Thursday, 2 December 2010

Tuah Persona

Model konsep sememangnya sering menjadi perhatian sesiapa sahaja--apatah lagi bagi mereka yang sememangnya fanatik dengan pentas otomotif dunia. Meskipun kebanyakannya tidak diluncurkan atas jalan-- namun itu sudah cukup buat sang penggemar tersenyum gembira.


Terbaru di KLIMS--Proton melancarkan otomotif konsepnya yang bertemakan Siri Kepahlawanan Melayu Melaka--Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu and Hang Kasturi.. Yang paling menarik perhatian pastinya adalah Tuah. Model sedan 4 pintu yang tampak sexy berlitup tinted hitam tebal.

Model tanah liat ini digembar-gemburkan bakal menggantikan Persona di pasaran. Dan nampak gayanya mungkin akan jadi kenyataan-cuma kita tak tahu kapan peluncurannya. Mungkin akhir tahun depan. Papehal--selamat menikmati angan-angan anda yang masih belum tahu bilakan kesampaian.


SRi:Suka design busana model tue..