| Bahan-bahan :- 1- 1 kilo tepung gandum 2- 4 sudu majerin 3- 500ml air 4- 3 sudu susu pekat 5- 1 sudu kecil garam 6- 2 sudu besar gula 7- 1 biji telur | |
| Cara-caranya hanyalah:- 1- Taburkan tepung di atas meja/dulang . 2- Buat bentuk seperti gunung berapi. (bulat di tengah) 3- Masukkan garam, gula, susu pekat, majerin, telur di tengah. 4- Gaul kesemuanya hingga sebati. Kemudian gaul dengan tepung. 5- Tuang air sedikit demi sedikit. 6- Uli sehingga doh tidak melekat dan lembut. 7- Biarkan doh tadi selama 2 jam. 8- Kemudian sapukan doh tadi dengan majerin dan buat bulat kecil kecil. Pastikan rata dengan majerin. 9- Tutup doh semula dan biarkan selama 2 jam. 10- Doh sedia untuk di canai. Nyum nyaammm | |
| Info Tambahan: | |
| Kalo doh uols masih tidak belum lembut,sila tambahkan air sedikit-hanya basahkan tapak tangan dan sapu pada doh sahaja. Kemudian uli semula ok. Tadaaa dah siap sudah. Selamat menjamu selera. | |

No comments:
Post a Comment