Sunday 31 May 2009

Bukan Cinta Biasa

Opening-4stars
Plot-4stars
Teknik penceritaan-4stars
Penstrukturan watak-4stars
Closing-3stars
Bonus-4bentang
Konklusi-3,8stars!!

SRi:Kalau ending dia beliaw x rebonding+x menjerit time akad nikah-konpem Sri bg 4.5 stars for closing!hihi

PUSH

Opening-4stars
Plot-3stars
Teknik penceritaan-3.5stars
Penstrukturan watak-4stars
Closing-3stars
Bonus-4 bentang
Konklusi-3,5stars!!
SRi:Ending agak berserabut..huhue

Knowing

Opening-4stars

Plot-5stars

Teknik penceritaan-4.7 stars

Penstrukturan watak-4stars

Closing-3 stars

Bonus-5bentang

Konklusi-4.3stars!!
SRi:If diz movie stopped time Nicolas’ family hugging each other,SRi rase boleh bagi 5 bintang for the ending part. Why laa must show “dunia baru” tu?

Billu Barber

Opening-3stars
Plot-3stars
Teknik penceritaan-3.5 stars
Penstrukturan watak-3stars
Closing-3.5stars
Bonus-4bentang
Konklusi-3.3stars!!
SRi:Pemilihan tema&plot yg sangat lemah. Mungkinkah ini petanda awal kejatuhan Khan? *nasib baiklaa dh layan all OST..so,bleyhlaa sanggop tggu smpi habis dis movie~

A Wednesday (2008)


Opening-5stars
Plot-5stars
Teknik penceritaan-5stars
Penstrukturan watak-4stars
Closing-5stars
Bonus-5bentang
Konklusi-4.8stars!! Harus ditonton!
SRi:Sangat suka dengan plot dan cara dia mengakhiri cerita tersebut!Sememangnya cerita terbaik sepanjang tahun 2008!!

Ghajini

Ghajini [Aamir Khan’s version]
Opening-4stars
Plot-5stars
Teknik penceritaan-5stars
Penstrukturan watak-5stars
Closing-5stars
Bonus-5bentang
Konklusi-4.8stars!! Harus ditonton!
SRi:U’ve to watch till d last part to understand perfectly who is Ghajini actually

Rab Ne Bana Di Jodi

Opening-3.5stars

Plot-4stars

Teknik penceritaan-3.5 stars

Penstrukturan watak-4stars

Closing-3.5stars

Bonus-5bentang

Konklusi-3,9stars!!
SRi:SRK sangat nerd+lagu-lagu dia->huh,saaaaaaaaaangat layan!!

Bridge to Terabithia

Opening-3.5stars

Plot-4stars

Teknik penceritaan-4.5stars

Penstrukturan watak-3.5stars

Closing-4stars

Bonus-4.5bentang

Konklusi-4.0stars!!
SRi:Anna looked so cute in this movie!

Chakde! India

Opening-4stars
Plot-5stars
Teknik penceritaan-4stars
Penstrukturan watak-3.5stars
Closing-3.5stars
Bonus-4.5bentang
Konklusi-4.1stars!!
SRi:Wajib ditonton bagi anda yang semakin kehilangan semangat kenegaraan&jatidiri identiti. btw,y our country kenot make diz such great patriotik movie?Rily nice meyh!!

Thursday 28 May 2009

Blog Parti Komunis??

Owh yeah,thats right~PKM is online now!! Maybe finally we can hear their side of the story for once. I am not saying their fight is justified. I just want to see it from their side point of view. Let's put it this way.

You can actually read a few pages from a commemorative comic made for the 50th anniversary of PKM in that blog.

In those comics they often show how "evil" capitalism is. The love using the word "glorious battle" , " comrades" and " fighting for the people". I never knew that this kind of comic was available in my own country and my own mother tongue 29 years ago!

Here are a few pages that I find interesting.

Notice the word "serangan hendap indah"... I can't help but laugh. Probably a direct translation from " a glorious ambush"..hehe Also note the exaggerated figures of "beribu-ribu juta ringgit" just to emphasise on the wastefulness...hihi
SRi:Thanx to obefiend~check it out babe!

biru











makin celaru dibuatnya bila dicermati senario malaysia hari ini...
sudahlah masalah sedia ada-krisis kepemimpinan,ekonomi-tak selesai jua,ini ditambah pula kisah sosial hitam negara!
haru biru pokcik dibuatnya buka paper hari-hari!!
SRi:Sedang menantikan perkembangan ceritera Manohara&dramaswasta Ust Akhil&Wahe
eda..

Terminator Salvation

Nice!Menarik!kababooom!!!

Opening-4stars
Plot-5stars
Teknik penceritaan-5stars
Penstrukturan watak-4stars
Closing-4stars
Bonus-4.5bentang
Konklusi-4.4stars!! Harus ditonton!


SRi:Sila kenali terlebih dahulu siapakah sebenarnya watak-watak penting dalam Serial Terminator [p/s:sangat suka motor kiut miut yang keluor dri kaki robot tsebut!]

Wednesday 27 May 2009

Mati!!

houh!kenapa aku begitu yakin sekali pasti hirup udara esok hari?

terluang banyakkah sisa masa untukku esok siang hari?

Kan sempatkah ku ucapkan syahadah sewaktu Izrail datang menjengah??

hurm,entahlah...

SRi:Semoga Ruhnya Pak Long tenang di sana..aameein~

Wakil Rakyat

Perdana Menteri mengingatkan semua wakil rakyat dari parti pemerintah supaya selalu mendekatkan diri dengan rakyat. Mendekatkan diri dengan rakyat tentunya bererti bersikap dan berkelakuan dan bertindak prorakyat, bukan prodiri sendiri, prowang, properniagaan atau sebagainya. Prorakyat bererti membela rakyat dalam segala hal yang menyangkut masalah dan kepentingan rakyat, bangsa dan negara, walaupun sikap atau tindakan ini tak digemari oleh Perdana Menteri atau kerajaan sendiri.

Di Malaysia kita seolah-olah mengamalkan prinsip atau peraturan bahawa wakil rakyat yang dipilih oleh parti yang memerintah mesti senantiasa patuh kepada dasar kerajaan, kalau tidak mereka akan dipecat atau ‘digantung’ dari parti. Memanglah prinsip atau peraturan ini ada baiknya misalnya tuk menjaga perpaduan parti atau kestabilan kerajaan. Tetapi syarat ini tentu ada batas harusnya. Jika dasar kerajaan dianggap tidak baik untuk rakyat atau negara atau dasar tersebut dibantah oleh parti-parti yang bersikap “neutral” dan orang-orang “bebas” yang prihatin, apakah wakil-wakil rakyat tersebut yang juga percaya dasar tersebut tidak baik harus terus diam dan berkata “mm,kami terpaksa patuh kepada kerajaan?? Perubahan sikap dan fikiran rakyat juga perlu di ambil kira sama.

Kita dapat lihat perubahan sikap rakyat terhadap UMNO. Beberapa orang menteri dan timbalan menteri dan ahli parlimen UMNO kecundang dalam pilihanraya. Dikatakan generasi muda dari kalangan Melayu yang kebanyakannya terpelajar atau berfikir secara kritis memilih parti lain. Jika ini kebenarannya, apakah sebab asbabnya?

Apakah UMNO ‘sudah tua’, sudah tak mampu berubah, atau tidak baik berbanding parti-parti lain? Apakah ini disebabkan parti-parti lain itu lebih progresif, lebih prorakyat, lebih dinamik dan sebagainya? Apapun puncanya, 'bedah siasat' yang hendak dilakukan hendaklah berdasarkan fakta dan kajian yang rasional, yakni yang dapat dipertahankan dari segi bukti empirikalnya dan juga dari segi mesej yang lebih mendalam yang mungkin ada kaitannya dengan perubahan budaya, nilai dan mentaliti bangsa Melayu itu sendiri.

Dalam masyarakat yang sebahagian besar penduduknya sudah mula celik budaya ilmu,orang tak lagi mahu mendengar latahan, perbuatan mencarut dan memaki hamun, fitnah memfitnah. Orang mahu mengetahui kebenaran,isu,fakta dan bukti yang nyata. Orang juga tidak akan menyokong wakil rakyat yang perasuah, yang berakhlak buruk, bercakap lebih menggunakan perasaan daripada akal kebijaksanaan. Perkembangan ini berlaku di mana-mana,bukan cuma di Malaysia dan perlulah difahami oleh para pemimpin dan kerajaan.

Post-Mortem

Post-mortem dalam dunia perubatan dilakukan atas orang yang sudah mati. UMNO belum mati lagi!! Yang harus dilakukan bukannya post-mortem badan tetapi post-mortem muhasabah budaya dan nilai! Dalam hal ini objek kajian tidak seharusnya tertumpu kepada UMNO sebagai suatu badan fizikal sahaja, lebih penting lagi ialah, budaya orang UMNO itu yang harus dikaji sedalam-dalamnya. Rakyat melihat UMNO (parti mana-mana pun sekali) berdasarkan wakil rakyatnya. Pasti buruk buahnya jika akarnya sendiri dah rosak dimamah sakit.

Jangan kita salah sangka bahawa kemajuan hanya akan tercapai jikalau kita mengantikan nilai lama dengan nilai baharu. Yang penting adalah orang yang diberi kuasa oleh rakyat (tentunya dengan izin Tuhan) mestilah jujur , amanah, bertanggungjawab kepada bangsa,rakyat dan bukan kepada pihak-pihak yang tidak mempedulikan kepentingan negara ini!

Yang harus diutamakan adalah tanggungjawab kepada rakyat kerna rakyatlah yang memilih mereka. Tanggungjawab kepada parti atau kerajaan tidak seharusnya mengatasi tanggungjawab kepada rakyat. Jika perubahan konsep dan amalan ini dapat dilakukan, kita kira semua wakil rakyat daripada parti pemerintah maupun parti pembangkang akan dapat mengubah imej mereka dan menjadikan makin dihormati rakyat sebagai wakil rakyat dalam arti kata yang sebenar-benarnya.

Jikalau wakil rakyat hanya mementingkan politik dan kepentingan dirinya sahaja, dia akan turun padang hanya pabila untuk berkempen memujuk rakyat untuk memilihnya semula sebagai wakil rakyat dalam pilihan raya. Kalau dia kalah, dia akan menyalahkan orang lain, menyalahkan pengundi dan parti lawan. Jikalau rakyat mahu perubahan dan kemajuan,mereka takkan memilih orang seperti itu lagi. Wallahualam~

Saturday 16 May 2009

Selamat Hari Cikgu!!

Selamat Hari Guru Sri ucapkan kepada semua Pendidik Nusa Bangsa di seluruh dunia terutamanya kepada Cikgu-cikgu,Ustaz Ustazah,Dosen Pensyarah d’
Taski Abim KM21,Gombak
Sekolah Kebangsaan Gombak Utara
Sekolah Rendah Agama Sungai Chinchin
Sekolah Menengah Agama Persekutuan,Kajang
Management & Science University
Universitas Padjadjaran
Kolej Matrikulasi Johor
Dan Teman-Teman yang kini bergelar Sang Pendidik yang menjadikan dunia hari esok lebih baik daripada hari ini!
Jasa kalian amat SRi hargai. Kalianlah yang bertanggungjawab dengan pencapaian yang Sri kecapi hari ini!
SRi lengkapkan post kali ini dengan sebuah sajak yang sudah tak asing lagi dengan dunia pendidikan kita-karya Usman Awang, 1979 khusus tercipta buat guru-guru terchinta~

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
SRi:Selamat Hari Guru Abah Tua&Mama Tua!!Semoga hidup kalian semakin indah berseri-seri cahayanya...

Saturday 9 May 2009

3 Purnama Sudah

buat: adi

seekor kucing terus mengikuti jejak langkah kaki jemariku. tak tahu dari mana kucing itu datang. mungkinkah kucing itu datang diam diam menjelma dari huruf-huruf yang kau tulis saat itu. bayangkan bulunya yang jingga mulai berjatuhan menempel di celanaku. dan aku tak bisa mengusirnya. adi, kucing siapa ini? mungkinkah lelaki itu kehilangan kucingnya. sungguh akan sepi sekali dia. kasihan. sepi sekali kucing ini.
kasihan. sepi sekali hidup ini
...

SRi:Sempena hampir ketigapornamaan ia "pergi"..

Friday 8 May 2009

Hanak Hayam!

Baru semalam hampir-hampir termengeksidenkan sekor hayam waktu nak gi kelas sunda,tup2 arinie keluaw laks remau belang ni duk tengah-tengah jalan cari nahas... hahahahahdehlaa~ hedop2

*MASKOT Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), 'Belang Selamat' memberi panduan kepada pejalan kaki sempena kempen 'pilih tempat melintas yang betul' di Jalan Putra, Kuala Lumpur, hari ini. credit to bharian.com

SRi:Nilai moral di sini-jangan melintas seperti ayam,ok!!!

Monday 4 May 2009

dan...Sang Atheis pun Berdoa

Ya Tuhan, apakah Engkau memang ada?

seratus tahun perjalanan hidupku

tak kutemukan diri-Mu

di manakah Engkau?

ku tanya pada makhluk-makhlukmu yang alim dan khusyuk

mereka tak mampu menemukan-Mu untuk diriku

aku sendiri tertatih-tatih seirama pusaran angin di ujung badai

aku lelah menemukan-Mu

aku ingin pulang

namun kemana?

Pintu hati hamba-Mu tak terima kehadiranku

bahkan pintu rumah-Mu pun tak sudi membuka untukku

terdiam aku seribu kata menanti kata cinta

cinta teragung laksana butiran permata dunia

namun langkah tuaku tak mampu menahan waktu

terkaparku di sudut beku rumah-Mu,

dan aku tak percaya lagi pada-Mu

-sayuri yosiana-

SRi:Salah merekakah yang tak menemui kebenaran atau kitakah yang harus dipersalahkan kerna terus menerus menyoroknya daripada mereka?

Sunday 3 May 2009

X-Men Origins

Walaupun baru ditayangkan di panggung wayang, sudah ada yang berani melabelkan filem X-Men Origins: Wolverine sebagai filem terbaik 2009.

Filem X-Men diangkat daripada sebuah komik yang telah pun diterbitkan 40 tahun yang lalu oleh Stan Lee dan Jack Kirby mengenai superhero. Karakter Wolverine pula diwujudkan selepas tahun 1974 yang dihasilkan oleh Len Wein dan Johh Romita Sr. dan akhirnya menjadi watak utama X-Men dalam siri komik seterusnya.

X-Men Origins: Wolverine kembali menyorot kisah sebelum bermulanya X-Men trilogy membawa penonton kepada kisah hidup Wolverine yang dilakonkan oleh Hugh Jackman. Juga tentang hubungan yang sangat kompleks dengan Victor Creed yang kemudiannya menjadi Sabertooth dan juga menyorot kisah bagaimana Wolverine diperkasakan dengan Weapon X dan ingatannya dihapuskan. Tak dilupakan juga, kisah Gambit yang turut menjadi antara tulang belakang utama plot X-Men kali ini.

X-Men Origins: Wolverine mengisahkan tentang dua beradik yang hidup sebagai mutan. Meskipun mempunyai kuasa yang luar biasa tetapi mereka masih lagi sama seperti manusia yang lain. Hidup seperti biasa dalam komuniti manusia yang tiada apa-apa kuasa.

Prologue filem menceritakan perjalanan kehidupan dua beradik ini merentasi zaman. Bermula dengan Perang Dunia Pertama(maybe), sedutan Saving Private Ryan sehinggalah ke Perang Vietnam. Dan kehidupan mereka berubah setelah diserap menyertai Team X (ditubuhkan oleh Stryker) yang menjadi tempat berkumpulnya segala mutan yang ada-yang juga mempunyai kehebatan masing-masing.

Stryker sememangnya mempunyai misi untuk membangunkan mutan yang baru bagi mengusai dunia. Bagaimana mutan baru ini diciptakan? Cari jawapannya di pawagam-pawagam berdekatan. Filem yang diarahkan oleh Gavin Hood ini turut dilakonkan oleh Liev Schreiber, Danny Huston, Will.I.Am, Lynn Collins, Kevin Durand dan ramai lagi.

Jika anda benar-benar kipas susah mati X-Men,Wolverine terutamanya, filem ini sememangnya sekuel yang harus anda tonton! Di bawah sutradara baru, cara penggarapan bermula dari awal cerita sehingga ditutupnya projector sememangnya berbeza daripada trilogy sebelumnya.

Bahkan ada yang menyarankan agar trilogy X-Men ini dilakon semula di bawah pengarah yang baru ini. Sememangnya X-Men Origins: Wolverine merupakan filem yang berbaloi dinantikan oleh peminat-peminat setianya.

Sri:Lebih suka scene terakhir Knowing di'delete' dan dibiarkan berakhir ketika Nicholas Cage sedang berpelukan bersama keluarganya.
aku ingin menjadi sesuatu
dalam mimpimu
aku ingin kau tahu
bahwa aku merindukanmu
Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)