Showing posts with label Ke Luar Jendela. Show all posts
Showing posts with label Ke Luar Jendela. Show all posts

Wednesday, 31 August 2011

#rasa

"merdeka! ucapkanlah dari lubuk hati kita, rasailah kesan dan nikmatnya, hargailah ia setiap masa, moga anak cucu kita juga mampu melaungkannya. merdeka!"

#dream

"malaysia without malaysians is merely a dream, malaysians without malaysia is just a crisis, malaysia and malaysians can change the world"

Tuesday, 30 August 2011

#makna

kebebasan, kesejahteraan dan kejayaan. hayati erti merdeka, perjuangan paling bermakna

Monday, 29 August 2011

#runtuh

"dari keruntuhan empayar kesultanan melayu melaka, kita tegakkan sebuah bangsa yang akan mendukung negara ke arah kegemilangan yang berterusan."

Sunday, 28 August 2011

#nyawa

"kemerdekaan, mendatanginya amat payah, menghilangkannya begitu mudah, buat rakyat malaysia, hargailah kemerdekaan ini umpama nyawa di badan sendiri!"

Friday, 22 July 2011

Hero Tanpa Heroin

Sesiapa yang menjaga matanya, akan mendapat rasai kelazatan iman

Pada satu malam, kelihatan seorang remaja cina telah masuk ke sebuah kedai makan sambil menggalas sebuah beg, lalu singgah di beberapa meja makan, tanpa dipelawa duduk, kelihatan beliau tabah bercerita kepada beberapa pelangggan kedai makan akan movie terkini di pawagam lalu membuka beg dan mengeluarkan beberapa keping DVD, rupa-rupanya remaja cina tu adalah lanun cetak rompak DVD haram.

Setelah berjaya menjual beberapa keping DVD dengan harga RM6 sekeping kepada beberapa pekerja kilang yang sedang makan nasi goreng, beliau mendekati sebuah meja yang di duduki oleh seorang pakcik berserban hijau yang sedang makan roti canai.

“Hello, Pakcik, saya ada movie terkini, gambar baik punya, DVD copy, mahu beli?”

Pakcik tu menghabiskan kunyahan roti canai lalu menelannya, kemudian hirup air teh tarik perlahan lahan lalu bersuara.

“Kalau kau ada movie tanpa pelakon perempuan, baru pakcik sanggup beli”

Pemuda cina dalam keadaan hairan, bertanya:

“Kenapa pakcik tak nak tengok perem,puan? Mereka semua cantik cantik maa..”

Pakcik tu ambik tisu untuk lap mulut dan bersuara lagi, kali ni agak keras.

“Sebab aurat wanita tu haram!, tengok aurat wanita boleh buat pakcik masuk neraka! Kalau takde movie tanpa pelakon perempuan, baik kau blah!”

Aurat? Haram? Apa ni, bisik pemuda cina, tapi beliau tabah geledah beg kandungnya lalu mengeluarkan beberapa lagi keping DVD.

“Ha, ni cerita yang pakcik cari, tak de pelakon perempuan jadi heroin.., confirm!”

Pakcik tu belek belek DVD tu dengan mencebik bibir.

“Saving Private Ryan? Kisah perang dunia kedua yang mana satu kumpulan di tugaskan selamat adik beradik Ryan yang terakhir hidup selepas abangnya semua mati?, takde perempuan? Kau jangan tipu pakcik, comfirm ada perempuan, babak mak Ryan terduduk terima surat kematian anak-anaknya, babak kerani tulis surat mati sebelum pos pada mak Ryan, tu semua aurat tu, haram!."

“Cerita ni pulak pakcik”, hulur pemuda cina tu dengan penuh sopan dan tabah.

“Ni cerita apa? Reservoir Dogs? Memang semua pelakon utama lelaki, kisah rompak kedai emas tanpa babak rompak kedai emas, tapi sebelum rompak mereka makan kat kedai, casher kedai tu perempuan, makcik gemok yang tembak mereka lepas rompak kedai itupun perempuan”.

“Cuba yang ni pulak pakcik, Shawshank Redemption.”

"Kisah orang masuk penjara kena liwat? Sebelum masuk penjara ada babak dia dengan isteri dia, perempuan, lepas tu waktu negro keluar penjara jaga kedai ada pelanggan perempuan, aurat semua tu, haram!"

“Haiya, ini macam banyak susah lo mau cari makan, tapi takpe, ni cerita harap pakcik suka. Memang confirm tak ada pelakon perempuan , semua lelaki. Ini movie baru, belum masuk panggung lagi, gambar clear, DVD copy.”

Pakcik tu pun tenung dan belek belek, sambil berbisik.

“Top Gun 2?” Hmm, pakcik tak pernah tahu ada filem hollywood tanpa pelakon perempuan. Bagus, pakcik beli.

Malam tu, pakcik tu pun dengan tak sabarnya ajak anak bini menonton filem Top Gun Part Two, sebuah filem tanpa pelakon perempuan, semangat sungguh pakcik ni mempromosikan filem ini pada anak bini suruh tengok betul betul takut ada kelibat pelakon perempuan, (jika ada, boleh claim ganti rugi) al maklumlah, tengok aurat perempuankan berdosa, tak gitu?

Malam tu pakcik tu mati serta merta depan TV sebab beliau ada penyakit jantung, apa taknya, filem tu rupanya filem:

“Gay Pornos”

Whoa!

SRi: Di akhir zaman, manusia tidak dapat lari daripada dosa, seperti orang yang berjalan menharung air tanpa mengharap setitik basah, sedang pasti kamu akan kebasahan, mengakulah dosa masing masing dalam taubat hari ini, tinggalkan fatwa kaum kera kepada mereka yang ingin senasib kaum kera sahaja.

Sunday, 1 May 2011

Ombak

Ombak yang menjamah
kakiku sekali
takkan dapat
kukenali lagi.

~ A.Samad Said

Wednesday, 9 March 2011

Lintah Darat Melayu atau Drakula Versi Moden?

Satu-satunya benda yang aku paling tak suka dalam bisnes bangsa Melayu adalah wujudnya budaya middle man atau dalam bahasa Melayunya,orang tengah.Aku gelarkan orang-orang ni,kaki pau professional.Tinjau aje la mana-mana bisnes sekalipun mesti akan wujud golongan ni.

Apa kerja seorang middle man sebenar? Kerja seorang middle man sebenar adalah mencari client dan dari situ diorang dibayar fees diorang. Kita boleh nampak middle man di mana-mana aje. Salesman kereta,salesman rumah, pemborong runcit dan mana2 lagilah yang ada sales. Sindiket gores dan menang juga menggunakan middle man untuk menipu orang ramai.Syarikat gelang useless AC Mizal juga menggunakan downline sebagai middle man.

Tapi,aku tak nak cerita pasal middle man mcm tu. At least middle man tu ada jugak usaha dia. Aku nak cerita pasal middle man yang paling useless antara semua middle man iaitu...

MIDDLE MAN KEPADA MIDDLE MAN

Sangat ramai orang Melayu yang suka buat kerja macam ni.Apa modus operandi diorang?

Mula2 sekali,kita tengok macam mana semua ni boleh berlaku,aku bagi contoh; tender RM20 ribu untuk membuat website dan CMS mana2 Jabatan Kerajaan kat Malaysia ni.

1. Kerajaan bukak tender,jadi selalunya tender ni nama dia aje tender,yang dapatnya kroni.Kita panggil dia Datuk A.Datuk  A adalah seorang berpengaruh dalam politik dan dia juga mempunyai kuasa dalam menentukan siapa yang layak dapat tender.Datuk A langsung tidak tahu menahu apa itu website tapi dia nak RM5 ribu daripada peruntukan kos website tu.Kata dia,nak bawak perempuan simpanan melancong kat Paris.

2. Datuk A akan mencari mana satu anak buah dia yang paling dia sayang.Carik punya carik,dia jumpa Kroni B.Kroni B adalah seorang bisnesman yang berjaya.Apa yang dijualnya?Entah!Apa sebenarnya servis yang dia keluarkan?Tak pasti.Yang pasti hanya satu,Kroni B adalah anak buah Datuk A.Apa yang Kroni B tahu pasal website?Dia reti bukak Facebook.Tugas Kroni B sekarang,adalah untuk menjual tender tu kepada mana-mana syarikat yang nak buat job tu.Fees Kroni B untuk buat semua ni?RM5 ribu jugak.

3. Kroni B akan call mana-mana syarikat yang dia nampak ada potensi buat website.Syarikat-syarikat tu akan quote harga dan kroni B akan pilih syarikat mana yang quote harga paling rendah untuk memaksimakan lebihan baki daripada pembayaran yang perlu dikeluarkan.Asal siap dengan kos yang paling rendah sebab Kroni B tau,paling penting...mesti ada gambar Ketua Jabatan dekat front page.....Itu compulsory.Syarikat C menjanjikan boleh buat website dengan kadar seberapa segera dan hasil yang baik.Masalahnya....Syarikat C adalah sebuah syarikat IT yang tahu macam mana nak pasang network tapi haram tak tahu apa2 pasal website tapi diorang gamble, letak harga RM10 ribu.

4. Masa semakin suntuk.Projek perlu disiapkan dah ni.Syarikat C pun sebab tak nak pening kepala,bukak iklan dekat mana-mana forum komuniti designer dan programmer atau suruh staff tanya mana2 kawan yang boleh buat website.Tiba-tiba antara semua staff ada seorang angkat tangan kata "Saya ada member boleh buat bos!" Bos Syarikat C pun meminta staff dia tadi manage-kan benda tu dan pastikan job tu siap."Duit masyuk ni,kau setelkan,aku bagi kau percent!Aku kira projek ni RM2 ribu,kau punya percent kau mark up sendiri," kata bos dia.Staff tadi pun berkobar2 la.Kita gelarkan dia staff D.

5. Staff D pun dengan pantas menelefon member dia,"Brooooo,gua ada projek besar untuk lu!Website sekali dengan CMS untuk Jabatan Kerajaan..RM1500,amacam?" Member dia tadi,seorang programmer pun angguk aje la sebab bulan tu dah berapa hari makan megi.Programmer tadi pun ambik job tu dengan bayaran RM1500.Member dia,staff Syarikat C sudah makan RM500.

Friday, 18 February 2011

Pendidikan Seks


Seorang rakan wanita anda datang kepada anda mengadu mengenai masalah dia dan suaminya. Mungkin kerana sudah tidak tahu nak cerita kat sapa dia pun cerita kat anda. (tak kira lah anda lelaki atau wanita)

Soalan dia berbunyi begini;

Aku satu masa dulu dah ter-romen dengan boifren aku masa zaman aku menggatal dulu.Nasib baik aku tak mengandung walaupun aku ngan ex aku takde  protection apa-apa pun.Lepas tu aku kahwin lah dengan hubby aku sekarang ni.Aku tak cerita la dekat husband aku pasal zaman muda aku dulu jadi lepas kenal dia aku berubah jadi baik la jugak.

Lepas hampir setahun kitorang kahwin,husband aku tanya aku,"Apsal awak tak berdarah ye masa first time kita buat tu?" Husband aku nampak la ada muka-muka curiga tapi dia berusaha la jugak pendam ingin tahu dia tu.Aku tepis2 je la soalan dia,selalunya aku kata mungkin awak punya tak kena kat situ ke,nanti2 koyak la,aku dulu sprinter sekolah,suka lompat-lompat. Sekarang ni aku dah habis alasan nak cakap kat dia.

Ada orang kata kat aku,suami tak perlu tahu masa silam kita sebelum kahwin tapi...camne lagi aku nak buang rasa curiga dia?Dia dah selalu tanya dan kadang-kadang nampak dia agak pushy nak suruh aku mengaku aje.Masalahnya,sebelum kahwin dulu,aku dah tertipu dia kata aku dara jadi expectation dia agak tak terkawal la.Aku takut nak admit dulu sebab aku nak kahwin dengan dia..aku sayang gila kat dia.

Jadi,perkahwinan aku sekarang ni dapat didirikan atas satu pembohongan yang aku buat dulu.Rasa bersalah aku kat dia sekarang ni makin teruk. Berdosa ke aku kalau aku terus tipu husband aku?Ada ke dalam agama yang membolehkan seorang isteri menipu suami untuk memastikan rumah tangga tu kekal?

Boleh ke aku masuk syurga kalau aku terus menipu husband aku?Boleh ke dia maafkan aku kalau dia tau benda ni?Aku duk hope jugak kalau aku admit aku tak dara masa kahwin,dia akan mengaku dia pernah tidur jugak dengan perempuan lain sebelum tu. Senang. Walaupun sakit nak dengar. Aku nak admit kat dia tapi aku takut kena cerai kalau dia tak dapat accept....

Apa yang aku perlu buat?

........................

Jadi,dengan kebebasan melakukan hubungan seks masa kini, sudah pastilah anda akan berhadapan dengan persoalan sebegini daripada salah seorang member anda atau lebih teruk, anda yang mengalami masalah itu.

Tapi, jangan letakkan diri anda sebagai isteri itu, sila letakkan diri anda ditempat orang yang diminta jadi pemberi nasihat itu. Agak-agak apa yang akan anda beritahu dia?Ingat,persoalan ini adalah berasaskan sebuah kisah benar. Jika anda merasakan susah untuk menjawab persoalan rakan anda itu, bayangkanlah..jika anda di tempat dia.
SRi:Malu itu separuh daripada iman. Jika hilang salah satu-maka hilanglah keduanya

Thursday, 3 February 2011

Adakah Anda Seorang Yang Hensem?


Semua orang ada insecurity.

Jangan tipulah kalau kau kata kau sangat yakin dengan diri sampai takde langsung ada perasaan insecure.Bila dah terlalu yakin dengan diri,tu dah sampai tahap berlagak,jalan langsung tak pandang bawah dan mendongak aje. Hehehehe. Tapi mesti ramai lelaki ada tertanya-tanya,"Aku ni sebenarnya hensem ke tidak?"

Salah satu benda yang aku rasa pelik adalah bila orang rasa pelik aku cakap "dia tu hensem aa" atau "tough siot mamat tu." Apsal?Salah ke seorang lelaki mengkagumi kehenseman seorang lelaki lain?Tapi mesti ramai diluar sana yang mempunyai rasa ingin tahu membuak2 nak pastikan,dia hensem ke tidak.Setakat tanya awek atau bini sendiri "saya hensem ke tidak?" konfem jawapan tu sangat2 fake.Jadi,kat sini,aku nak bagitau sket tanda2 nak tau sama ada anda hensem atau tidak.


1. Gadis betulkan tudung atau rambut bila berselisih dengan anda.

Member aku pempuan sendiri mengaku sebab bila dia nampak seseorang yang agak kacak,tangan dia secara automatik akan betulkan rambut dia.Mungkin terdetik dalam hati kerisauan takut kelihatan tak terurus.

2. Gadis atau wanita tidak mampu mengalihkan pandangan mereka

Atau sekurang-kurangnya sanggup melihat anda lebih dari 15 saat.Tapi jika anda cuba merenung mata dia,dia akan mengalihkan pandangan dia ke arah lain atau ubah topik perbualan.

3. Baca reaksi awek/isteri anda.

Aku baca dalam buku psikologi wanita,dalam diri pempuan,ada perasaan dengki mendengki antara satu sama lain.Jadi,katakanlah seorang awek dapat seorang balak yang hot stuff,dia akan melakukan taktik ni untuk tunjuk "aku best," : tiap-tiap kali dia berjalan dengan boifren/suami dan berselisih dengan awek yang dia rasa lagi hot drpd dia,dia akan makin dekat dengan boifren/suami dia untuk menunjukkan dominance diorang.

So,jika anda sedang berjalan2 di shopping kompleks dan dengan tiba-tiba anda nampak ada awek cun nun dijauh sana,tiba-tiba pulak awek/isteri anda makin rapat dengan anda,tahniah,anda hensem dan mampu membuatkan awek/isteri anda rasa insecure dengan diri sendiri.

4. Lelaki lain kata anda hensem.

Bila aku tulis macam ni,janganlah pulak esok kau pegi tanya member kau,"aku hensem ke tak aa?" Tindakan itu akan dianggap sangat gay.Jika seseorang yang anda tak kenal sangat atau seorang stranger kata anda hensem,itu petanda baik untuk anda (atau sebenarnya anda diminati gay)

5. Anda ada secret admirer

Yang ni agak susah nak diaplikasikan selepas tamat zaman belajar.Zaman sekolah atau IPT,berlambak2 kes nak jadikan abang angkat ke,adik angkat ke.

6. Mintak kawan anda aturkan blind date dan lihat resultnya

Janji dengan dia jumpa kat mana2 tempat public.Bagitau dia anda akan pakai baju apa dan akan letak buku ke apa2 atas meja nak jadikan tanda.Datang awal setengah jam,duduk situ.Kalau selepas 2 jam anda menunggu sampai terlepas masa yang dijanjikan....terimalah hakikatnya.Perempuan boleh jugak buat benda ni.Tapi sebab skrg ni dah ada Facebook lah,Myspace lah,blind date dah agak susah nak dipraktikkan.

7. Anda diminati gay

Diorang ni ada requirement yang agak tinggi sebelum meminati mana-mana lelaki.Jika anda terpilih,syabas!Sila pastikan anda berpegang teguh kepada sexual orientation asal anda.
SRi:7?!hehe

Tuesday, 25 January 2011

Mengapa Perempuan Cemburu?

Mengapa perempuan lebih cemburu berbanding lelaki?

Melalui pengamatan, kita terpaksa akur majoriti perempuan sejak mula bergelar gadis mula bersifat cemburu. Jika berpacaran, mereka bimbang teman lelaki dirampas dek gadis lain.
Begitu lazimnya.

Sebaik mendengar desas-desus berhubung kewujudan orang ketiga dalam perhubungan samada berita diterima berbentuk fakta atau sekadar telahan, selalunya mereka bingkas melatah dan melontarkan pelbagai  soalan kepada pasangan.

"You ada girl selain I ke?"

"You ni nak buat hal dengan I ke?"

"Siapa girl selalu saya tengok duk 'like' status you kat Facebook tu?"

Maka terkedu teman lelaki diterjah soalan sebegitu andai dia insan jujur dan setia. Benar, bukan semua lelaki bersifat sama tetapi kita harus menerima kenyataan masih ramai lelaki hanya ingin memiliki satu pasangan  sehingga ke akhir hayat.

Tuesday, 28 December 2010

Piagam Madinah

Piagam Madinah telah digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia. Serius saya sangat kagum dengan kenyataan ini. Bangga tak terkata tetapi disebabkan tidak punya teman bukan muslim ketika di bangku sekolah, jadi tiadalah kepada siapa saya ingin berkongsi faktanya.

Kita sebagai umat Islam sentiasa beriktikad [percaya dan meyakini] bahawa segala kata-kata Rasulullah itu bukanlah hawa nafsu Baginda - sesungguhnya ianya adalah wahyu dari Allah Taala -- Wama yantiku anil hawa, in hua illa wahyu yuha.


Maka dengan sebab itu, saya berpendapat Piagam/Sahifah Madinah adalah sesuatu yang digubal oleh Rasulullah yang sentiasa dipandu oleh Allah Taala dalam menggubalnya.

Maka tidak hairanlah jika kita tidak menemui sebarang kecacatan dan sebenarnya kita tidak mungkin akan menemui kecacatan pada Sahifah Madinah itu. Ini kerana Allah sebagai "khalik" lebih mengetahui apa yang tidak kita sebagai "Makhluk" ketahui kerana Dialah yang menciptakan kita semua dan Dialah juga yang mengaturkan segalanya.

Saturday, 4 December 2010

4 Teras Lonjak Ekonomi

PUTRAJAYA: Empat teras yang dicadangkan dalam Laporan Akhir Model Baru Ekonomi (MBE) yang dilancarkan semalam, mampu mewujudkan satu lonjakan besar yang dapat mentransformasikan ekonomi dengan lebih bermakna dan mapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata cadangan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) itu jika dilaksanakan secara bersepadu dan selaras, berupaya memberikan impak lebih berkesan sekali gus mengubah ekonomi dan kehidupan rakyat dengan lebih baik. 

Beliau berkata, pelaksanaan teras berkenaan juga mampu membawa Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020 dan menangani cabaran pertumbuhan ekonomi yang semakin perlahan.  

Kerajaan semalam mengumumkan penyelarasan harga petrol RON95, diesel dan petroleum gas cecair (LPG) sebanyak lima sen manakala gula diselaras pada harga 20 sen berkuat kuasa hari ini.

Berikutan itu, harga RON95 yang diselaraskan menjadi RM1.90 seliter, diesel kepada RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram manakala gula RM2.10 sekilogram. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, berkata penyelarasan semula harga barangan itu membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya mencecah RM1.18 bilion di samping mengimbangi defisit kewangan negara.  

Dengan lebihan RM 1.18 bilion setahun ini, Malaysia bakal menjadi negara maju 2020 dengan paling-paling senak masih lebih kaya RM 11.8 bilion daripada sebelumnya. Diharapkan pada sambutan Wawasan 2020 tersebut, Malaysia dapat berpesta 365 hari 366 malam sambil diterangi cahaya bunga api saban malam. Di samping itu juga, rakyat Malaysia dapat menikmati cuti setahun gaji jalan sebagai tanda penghargaan pengorbanan dan kemengertian rakyat terhadap keterpaksaan projek-projek kenaikan harga minyak dan lain-lain yang mengdukacitakan ini.

Idris turut berkata, walaupun harga bahan itu diselaraskan, ia masih rendah berbanding beberapa negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Thailand. Jika kita terus memberi subsidi yang berlebihan, makanya Malaysia akan muflis tahun hadapan.

Dengan penyelarasan ini, diharapkan rakyat lebih banyakkan bersenam dan tambahkan manis dalam senyuman.
SRi:Kan aku dah jadi jahat!

Friday, 3 December 2010

I Love You Anies...

Ada anak berusia di antara 14 dan 17 tahun? Masih  perawan--belum beranak? Ada adik yang berusia sama tak? Saudara mara?

Jika jawaban anda 'YA', anda WAJIB membaca tampalan ini. Jika 'tidak' namun berhasrat menambah ilmu pengetahun berhubung fakta menakutkan, sila teruskan pembacaan.

Mengikut statistik tercatat di laman web Pasukan Polis Di Raja Malaysia, 1,701 orang dilaporkan hilang tahun lalu. Hanya 44% ditemui kembali, selebihnya 966 lagi masih hilang.

Di antara Januari 2007 dan Mei 2010, 7,132 dilaporkan hilang, hanya 51% daripada mereka ditemui semula, selebihnya, 49% lagi, only God knows where they are.

49% bersamaan 3,479, samada mereka hidup atau mati, tiada siapa tahu.

Menurut laporan akhbar Kosmo!, remaja perempuan Melayu mencatat statistik kes kehilangan tertinggi dan majoriti mereka dilaporkan hilang, remaja berusia di antara 14 dan 17 tahun.

Fakta menakutkan, 99% remaja perempuan menghilangkan diri dipercayai kerana mengikut teman lelaki.

Hairan?

Tidak bagi saya. Jika perempuan dewasa dengan mudah saja terpedaya akibat pujukan lelaki, ini kan pula mereka masih remaja--kecil tak berapa nak berotak lagi.

"Tolonglah Anies, balik lah, mak dan ayah tak kan marah Anies lagi kalau Anies balik. Kami sayangkan Anies, lupakan lah apa dah berlaku. Ambil yang jernih buang yang keruh"

Ditambah lagi dengan kenyataan lebih klise ...

"Ayah Anies sakit, dia terlalu rindukan Anies, mak merayu, Anies balik lah"

Itu antara kenyataan berbentuk rayuan lazimnya diungkapkan ibu di kaca televisyen, memohon anaknya kembali ke pangkuan keluarga.

Ya! Sebilangan anak perempuan melarikan diri 'termakan' dengan rayuan seumpama itu. Hati mereka mudah remuk dan tersentuh mendengar kenyataan memilukan terutama jika diluahkan ibu.

Namun tidak semua kes berkesudahan dengan kisah gembira.

"Sayang duduk di rumah pun macam neraka, ibu asyik berleter siang malam, semua sayang buat, semua tak kena. Di sini dengan abang, sayang bebas, buatlah apa sayang nak buat. Lagi pun sayang tau kan abang memang sayangkan Anies. I love you. 
Abang dah tak sanggup tengok sayang berhimpit-himpit di rumah macam sardin. Ayah sayang punyalah garang, salah sikit menengking, pukul. Abang pun lelaki tetapi tak akan buat sayang macam itu, abang janji. Biarpun abang kerja kilang, abang mampu menanggung sayang, jangan risau. Kita susah senang bersama, kini dan selamanya"

Akuilah, kekadang ayat lelaki sebegitu sudah cukup menutup rapat pintu hati remaja perempuan untuk tidak kembali ke pangkuan keluarga. 

Tahun 2000, 828 daripada 5,137 mereka dilaporkan hilang kerana mengikut kekasih.

Memang selalu, ada antara kita berkata ...

"Emak marah, pukul kau bukan kerana emak benci tetapi sebab emak sayang"

Hemat saya, kenyataan itu lebih 'laku' 30 tahun lalu, tidak kini.

Usah terlalu yakin, biarpun anak diberikan pendidikan agama dan segala keperluan sekalipun, mereka tetap berkebarangkalian untuk melarikan diri.

806 daripada 4,939 dilaporkan hilang pada tahun 2003 dipercayai akibat pengaruh rakan rapat.

Cuba ajukan soalan cepu emas berikut kepada anak berusia di antara 14 dan 17 tahun biarpun tidak benar, hanya bertujuan melihat kecenderungan pilihan mereka.

"Hujung minggu ini, ayah dengan emak nak pergi majlis kenduri kahwin. Kamu nak ikut sekali ke atau nak keluar dengan kawan-kawan?"

Tanya sekarang, jika mereka berada di kawasan berhampiran. Jika tiada, saya tunggu ...
***

SRi:Apa jawaban diterima?Saya tunggu nie...

Sunday, 21 November 2010

Street Ware House

Lama juga saya amati & teliti, satu-satu saya korek, selak, klik back dan forward. Saya "spy" album gambar pereka tempatan, bukan untuk suka-suka dan bukan juga untuk menyibuk. Ya, tepat sekali! rata-ratanya mencedok ilham Dior, Elie Saab, Valentino, Louis Vuitton & dan Prada. Daripada pemilihan warna, silhoutte, penataan gaya (terutamanya headgear) serba serbi di ciplak. Mungkin benar, "pelanduk dua serupa" mungkin juga "Inspiration" (mengagumi pereka asal) tetapi apa yang kurang enaknya, berulang kali ia diperagakan di pentas fesyen. Sekali dua mungkin kebetulan sama, empat,lima,enam kali nak kata apa? 
Kamu tidur sebantal dengan Galliano, Marc Jacobs, Lagerfeld? Lalu kamu berkongsi mimpi dan ilham dengan mereka? Paling jelas dan popular sekali di "duplicate" ialah rekaan agung couture Galliano. Bukan seorang pereka yang berbuat demikian, ramai lagi yang tanpa segan silu menghidupkan semula rekaan itu tetapi cacat celahnya jelas kelihatan disana sini. Sungguhpun begitu, mereka nafikan sekeras-kerasnya. Kononnya ingin memberi nafas baru dan "tribute" kepada grand master! Owh, Galliano tak perlu pujian kamu untuk dia merasa dihargai. Cukuplah Bernard Arnault memberi dia gaji jutaan dollar dan mengekalkan dia sebagai creative director for Dior.

Tahun 2010 sudah pun berada dikemuncaknya, kurang dua bulan sahaja lagi kita melangkah ke tahun 2011. Ramai pereka tempatan sudah memasang azam baru, mengira & menghitung detik untuk menunggu "fashion event", penuh diari dengan dakwat hitam (show merata tempat situ,sana,sini). Tapi adakah mereka bersedia meng-"upgradekan" dan meng-"evolusikan" rekaan mereka? Sudah bersediakah mereka berlari keluar membebaskan diri dari zaman "Renaissance"? Mampukah mereka buktikan bahawa rekaan mereka di masa hadapan benar-benar tulen dan bermutu? Kita tunggu dan lihat sahaja ya!
SRi:Sedih dengan sesetengah pereka yang menciplak bulat-bulat tanpa menambah mutu nilai kekreatifan mereka sendiri pada busana "ciptaannya".

Thursday, 11 November 2010

Anggo yang Sedda' do'oh!

Mari kita belajar sejarah, zaman pakcik muda-muda dulu [macamlah aku dah tua sangat kan?] orang akan guna beberapa istilah untuk merujuk kepada mereka yang menganggur, kat kampung pakcik di terengganu [sebab bakal bini orang ganu] misalnya, penggangur di kenali sebagai “pengukur jalan” sebab berjalan ke sana ke mari takde hala tuju, takde matlamat, serta visi.. aktiviti bermula dengan lepak, lepas tu ‘ukur jalan’, dan lepak kembali…

Bagi yang perempuan, istilah menganggur mereka lebih akdemik, iaitu “ambik STPM”..
Contoh perbualan:-

“Minah, mung wak menda lening?"  [bulih kaweng oran ganu dop naki?](aih bahasa: Minah, [bukan nama sebenar] apa kamu sedang buat ketika ini?)

Minah akan menjawab: “ambik STPM”..

“OOOOO..,”

Kata aku sambil memuncung mulut dan berlalu (kerana Minah tak cantik), dan dalam hati tahu sudah bahawa Minah sedang menganggur dan kerja beliau sekarang adalah “ambik STPM”..iaitu, Sedang Tunggu Pinangan Mamat…

Namun, semua tahu sudah, istilah yang paling di iktiraf untuk penganggur sehingga arwah Sudirman pun ada buat lagu adalah “Tanam anggur”..

Contoh perbualan:-

“Minah, mung wak menda lening?"

Minah akan menjawab: “tanam anggur”..
“OOOOO..”
Kata aku sambil memuncung mulut dan berlalu kerana takut Minah mintak nak pinjam duit bagi kat Mamat untuk pinang dia, dan itu cerita lain…

Jadi, jika korang pelajar luar Negara, dan sedang belajar etnik rakyat Malaysia, dan jika korang terpaksa kena buat assigmnet interviu etnik Malaysia tentang ekonomi lalu ada di antara mereka yang menjawab sedang ‘tanam anggur’, maka korang kena faham bahawa jawapan itu adalah merupakan simbolik kepada mereka yang menganggur, takde kerja.. atau jobless!

Kenapa begitu?

Faktor ini mungkin disebabkan perkataan penganggur yang hampir dengan buah anggur, selain factor buah anggur sendiri yang susah nak dapat kat Malaysia ni..

Maka kelas bahasa kita hari ini akan membuat anjakan paradigma terhadap penggunaan kata kerja ini, kerana aku rasa istilah tanam anggur untuk penganggur dah tak beberapa sesuai kerana tak Islamic.. lagipun anggur bila diperam akan menjadi arak.. tak elok… haram tuue

Maka, apa kata untuk genarasi baru yang baca blog aku, lepas korang habis belajar nanti dan takde kerja kerana ekonomi gawat misalnya.. korang tukar istilah ‘tanam anggur’ untuk jobless kepada tanam pokok yang lebih islamik sikit.

Iaitu “Tanam kurma”!

Woha!

Contoh perbualan:

“Minah, mung wak menda lening?

Minah akan menjawab: “tanam kurma”..
“OOOOO..,”
Kata aku sambil memuncung mulut dan berlalu kerana tak nak kacau Minah yang sedang berzikir kerana munurut hadith,yang diriwayatkan dari Jabir r.ahu, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: Barangsiapa yang membaca “subhanallahil aziim wabihamdihi” maka akan tertanam baginya sebatang kurma di shurga, (hadith riwayat Tirmizi)

Ok, sampai sini dulu, akupun nak pergi tanam kurma!

“subhanallahil aziim wabihamdihi”

Monday, 1 November 2010

Nuklir.At.Bandoeng

Beberapa hari lampau--tetiba di kala gua tengah enak melayan jiwa menonton televisi dengan bahagianya-termuncullah sebuah iklan yang tersangat amat gah nya-dan yang pastinya seperti hari apa, sudah pastilah gua pun tak mampu merecall kembali di stesen manakah hamba allah iklan ni muncul--Indonesia nak buat dan mengembangkan lagi reaktor nuklear untuk kesejagatan umum--kiranya untuk elektrik dorang lah. Dalam kata lain Indonesia nak buat reaktor NUKLEAR!WOHA

Gua tak gelak--seriusly gua tak gelak taw-sebab gua tau yang dorang sebenarnya memang dah jauh terkedepan dalam ilmu industri nuklear atomni banding dengan Malaysia. Bahkan dorang memang dah ada banyak pakar-pakar atom bertabur di seluruh negara. Lagi satu Indonesia memang memerlukan satu sumber tenaga yang teramat sangat besar, murah dan bersih untuk menampung keperluan negara mereka. Bagi yang duduk belajar dekat sini mungkin lebih memahami seksanya terutama bila esok korang nak ada exam--tetiba malam tu takda letrik kan. Terpaksalah korang masuk jawab exam yang 200 minit tu 30 minit jek. Gua faham. Gua faham sangat situasi tu.
Sebelum gua utarakan kegusaran yang berkubu dalam jiwa ni-mai sini kita cerita dulu tentang perkembangan ilmu teknologi nuklear atau orang Bandung sebut nuklir di Indonesia. Dorang dah mulai mengkaji dan menubuhkan Panitia Negara untuk Radioaktif ni sebelum kita merdeka lagi-1954. Lepas tu 1965 dorang dah buka reaktor pertama untuk penyelidikan dekat Bandung (macam kita yang dekat Bangi tu)--bagi yang duk selalu pergi cuci mata dekat Ciwalk mesti perasan Pusat Nuklir dekat sebelah kebun binatang tu kan? *Bukan yang dekat dengan tol Moch. Toha tu taw! Tu reaktor arang batu tak silap gua* Lepas tu 66 dekat Jakarta dan 67 dekat Jogja.
Untungnya Indonesia-mereka mempunyai dua lombong uranium dekat Kalimantan Barat. Gua tak tahulah kan kalau Malaysia pun ada dapat tempiasnya sedikit dekat Sabah Sarawak sebab macam dah terlebih semangat tak sabar-sabar sangat jek nak buat reaktor nuklear hari tu. Tapi in case dorang tak cukup supply pun--dorang dah buat banyak MoU dengan negara-negara yang ada lombong uranium ni to be their supplier. Malaysia? Wallahua'lam..

Tapi ini bukanlah hal musabab yang menggundahgulakan jiwa ni sebenarnya. Yang merisaukan bila dorang dah ada teknologi nuklir yang mantaf--yang jadi pokok persoalannya sampai bilakah tahap keamanan ini akan masih tetap ditahap yang takkan memusnahkan keharmonian sejagat. Dengan kemudahan yang dah sedia ada ini tak mustahil  dibantu dengan dorongan syaiton nir rojim nikmat Tuhan ini bakal di bawa ke peringkat yang lebih tinggi iaitu menjadi laras-laras Senjata Pemusnah Besar-Besaran ; Senjata Nuklear.
Pada hari ulangtahun Tentera Nasional Indonesia (TNI) baru-baru ini--orang besar TNI dengan tanpa segan silunya menyuarakan hasrat mereka ingin merajai mendominasi industri persenjataan dunia dalam masa 8 tahun lagi dan menjadi hanya satu-satunya negara yang mampu menjadi pengeluar senjata di ASEAN.WOHA!

Berbeza dengan Malaysia, mereka mempunyai segala kapasiti kemampuan untuk menjadikan ini semua kenyataan. Dengan luas persegi negara yang kaya dengan hasil alam dan bilangan rakyat sangatlah menyesakkan serta kepakaran PT Pindad (Syarikat yang bertanggungjawab terhadap RnD Senjata Ketenteraan TNI)--memang cukup besar sangatlah peluang menjadikan cita-cita mereka sebagai pengeluar senjata dunia tercapai. Kalau kita lihat pun negara-negara yang menjadi pengeluar senjata dunia semuanya mempunyai satu persamaan--dorang semua negara-negara yang sangat-sangat BESAR!WOHA

Dan dalam jiwa Republik Indonesia--sememangnya mereka sebenarnya berhasrat untuk menjadi kuasa  dan abang besar kepada ASEAN terutamanya. Tidak dinafikan meskipun rakyatnya masih kebanyakan yang tak cukup makan--tapi data pelaburan perdagangan membuktikan Indonesia masih tetap yang tertinggi. Sebabnya mereka mempunyai sumberdaya tak kira daripada materialnya maupun tenaga kerja yang teramat kaya.
Dengan perasaan yang semakin iri dan merasa tersepit antara Australia dan England yang sering memberi sokongan kepada Malaysia apabila berlaku konflik antara dua negara--semua permainan psikologis ni sangat berbahaya kepada Malaysia terutamanya dan rantau ASEAN umumnya. Bayngkanlah jika tiba-tiba ada satu kuasa kepala yang sangat besar bernama Indonesia muncul. Mau makan pasir telan air liur kita nanti kalau sekali dia lempar rudal nuklir dari Bandung pergi meletup dekat Gombak.huhue~

Dorang nak bangunkan tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik mereka-buatlah. Memang patut pun--sedih gua baca status jr yang mengamuk sebab takda elektrik. Cuma kita yang jiran-jiran ni terpaksalah lebih bersiap sedia dan peka dengan setiap segala kemungkinan.  Nuklear kot?!  Logiklah tu kan sebab biasanya bila dah ada A, mestilah B nya akan muncul tak lama lagi. Setan kan banyak berkeliaran.
Tak kisahlah negara mana sekalipun, tapi bila dah ada teknologi nuklear di negaranya--negara sebelahnya wajiblah sah-sah tak berapa nak senang duduk tidur meskipun dah berkali-kali dikeluarkan statement itu cuma untuk keamanan sahaja. Sebab semua tu ada kemungkinan yang memusnahkan. Semoga diri ini, Malaysia masih dilindungi rahmat Tuhanlah sampai kiamat. X)
SRi:Pelik kenapa Najib nak sibuk sangat buat tenaga nuklear.Bakun dam pun tak operate lagi-kecoh! *sambil kagum ngan persenjataan Singapura*
SRi:Congratez to Sazzy yang dengar cerite pregnent twinss!WOHA

Sunday, 9 May 2010

antara dia yang di hutan,kita sebaik ciptaan Tuhan

Kera mati dikendong lari

Kita hidup dibunuh pergi

SRi:serabut bebenor ngan kes mati-mati nih!!*babun sbnarnye*

Thursday, 22 April 2010

KABAR BURUK DARI NEGERI TERPURUK

Bukan kereta sembarang kereta
Kereta ini putih sekali

Bukan berita sembarang berita
Berita ini sedih sekali

Kemarin di negeri kita 156 orang meninggal dunia
Tapi anehnya di koran tidak ada itu berita
Tak di radio, tak di televisi, tak satu pun di media
Apakah ada pemboikotan yang begitu merata?
Padahal kejadian ini sudah bertahun-tahun lamanya

Setiap hari tercatat 156 orang mati
Lebih ngeri dari bom Kuningan, bom Mariott, dan bom Bali
Lebih dahsyat ketimbang bencana banjir bandang dan gunung api
Yang masing-masing itu terjadi cuma satu kali
Termasuk gempa dan gemuruh tsunami
Celakanya, tak tampak oleh mata kita korban sebanyak ini
Karena dia menyebar merata di seluruh negeri
Dan fenomena maut yang satu ini
Bertahun-tahun, bertahun-tahun berlangsung setiap hari
Setiap 24 jam 156 orang, mayat menjadi
Setahunnya 57.000 orang Indonesia mati
Korban empat tahun yang lalu sama dengan satu tsunami
Korban empat tahun depan sama dengan satu tsunami lagi
 
Karena merokok, sebabnya pasti
Gara-gara dicengkeram nikotin sebagai adiksi

Bukan kereta sembarang kereta
Kereta ini putih sekali

Bukan berita sembarang berita
Berita ini sedih sekali
SRi:Agak-agak kalau gua bukak sidang seminar thesis ngan baca puisi ney-boleh dapat A x?ahaks

Friday, 9 April 2010

biar mati anak...?

Kalau kau pelajar undang-undang, kau akan belajar topik "Malay Customary Law" dalam subjek "Malaysian Legal System". Sebelum kedatangan Inggeris, undang-undang apa yang kita pakai? Sudah tentu bukan Common Law yang kita pakai pada hari ini. Masa tu kita pakai undang-undang adat.

Adat Perpatih diamalkan di Negeri Sembilan dan Naning, manakala Adat Temenggong diamalkan di negeri-negeri Melayu yang lain.

Adat Perpatih dan Temenggong ini bukan sekadar upacara "bersanding" dan "menepung tawar" saja, tapi merangkumi undang-undang secara seluas-luasnya -- Undang-Undang Perlembagaan, Undang-Undang Jenayah, Undang-Undang Keluarga, Undang-Undang Tanah, dan Undang-Undang Pewarisan Harta, sekadar menyebut beberapa contoh.

Dalam Undang-Undang Perlembagaan misalnya: Hari ini, untuk melihat sistem pemerintahan negara, orang rujuk Perlembagaan Persekutuan. Dulu-dulu, orang rujuk adat. Adat Perpatih mengamalkan sistem demokrasi kerana pemimpin atasan dipilih oleh orang bawahan (mamak melantik buapak, buapak melantik lembaga, lembaga melantik undang, undang melantik Yamtuan), manakala Adat Temenggong pula mengamalkan sistem autokrasi kerana pemimpin teratas melantik orang bawahan (Sultan melantik Bendahara, Temenggong, Laksamana, dan Penghulu Bendahari).

Dalam Undang-Undang Keluarga dan Pewarisan Harta misalnya: Hari ini, orang rujuk Akta atau Enakmen yang berkaitan. Dulu-dulu, orang rujuk adat. Adat Perpatih mengamalkan sistem "matriarchal" (berpihak kepada perempuan), manakala Adat Temenggong mengamalkan sistem "patriarchal" (berpihak kepada lelaki).

Begitu juga dalam Undang-Undang Jenayah: Hari ini, untuk melihat hukuman terhadap sesuatu kesalahan, orang rujuk Kanun Keseksaan. Dulu-dulu, orang rujuk adat. Adat Perpatih dan Temenggong menyenaraikan KESALAHAN dan HUKUMAN (sama juga Kanun Keseksaan pada hari ini). Hukuman dalam Adat Perpatih bersifat "restitution" dan "compensation", manakala hukuman dalam Adat Temenggong pula bersifat "punishment" dan "retaliation".

Kesimpulannya, kalimah "adat" pada 600 tahun yang silam adalah sama dengan kalimah "undang-undang" pada hari ini. Jadi, pepatah "biar mati anak jangan mati adat" itu adalah pepatah yang SANGAT-SANGAT BAGUS. Maksud pepatah itu: Jika kau orang yang berkuasa melaksanakan undang-undang, dan yang melanggar undang-undang itu adalah anak kau sendiri, kau kena laksanakan juga undang-undang itu. Biar anak kau mati, jangan undang-undang yang "mati" (tidak berfungsi).

Pepatah ini, sebenarnya, menentang amalan NEPOTISME dalam pelaksanaan undang-undang. Nah, hari ini ramai yang melaungkan rasa benci terhadap amalan nepotisme. Inilah pepatah yang paling tepat menggambarkan rasa benci itu -- "biar mati anak jangan mati adat!".

Orang sekarang keliru. Mereka menyangkakan pepatah "biar mati anak jangan mati adat" ini digunakan untuk justify amalan bersanding dan menepung tawar. Itu tidak benar sama sekali. Pepatah ini, sebenarnya, digunakan untuk menentang amalan nepotisme dalam pelaksanaan undang-undang.

Pepatah "biar mati anak jangan mati adat" ini, dan penentangan terhadap amalan nepotisme dalam pelaksanaan undang-undang, adalah selari dengan Islam. Dalam satu riwayat, Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya orang-orang yang sebelum dari kamu telah dimusnahkan, kerana mereka melepaskan orang yang berkedudukan bila mana dia mencuri, dan melaksanakan ketetapan hukuman Allah SWT ke atas orang yang lemah. Jika anakku Fatimah sendiri yang mencuri, nescaya aku akan potong tangannya!"

Jadi, pepatah "biar mati anak jangan mati adat" tak patut dibuang, ia cuma perlu digunakan dalam konteks yang betul.
SRi:Mungkin akan ada sambungannya. X)
Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)