Showing posts with label israel. Show all posts
Showing posts with label israel. Show all posts

Sunday, 13 March 2011

Tolong lah Jangan 1Malaysia lagi!

Adalah menjadi kebiasaan Perdana Menteri Malaysia dari UMNO untuk mentadbir negara dengan slogan. Bermula dengan "Bersih, Cekap dan Amanah" oleh Mahathir Mohamad, disusuli dengan "Work with me, not for me" oleh Abdullah Ahmad Badawi, dan kini "Satu Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" oleh Najib Razak. Slogan ini dilaungkan pada tempoh awal mereka mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan.

Tempoh pemerintahan Mahathir lebih panjang. Selain "Bersih, Cekap dan Amanah", dekad kedua pemerintahan beliau menyajikan satu lagi slogan, iaitu "Wawasan 2020". Oleh sebab wawasan ini melakar masa depan Malaysia yang bertunggakkan pembangunan ekonomi, ditambah pula situasi di mana kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia berada di atas paras 8% setiap tahun sebelum kemelut ekonomi tahun 1997, maka "Wawasan 2020" telah menjadi buah mulut media - sehingga mewujudkan satu suasana untuk maju ke depan - dan "Bersih, Cekap dan Amanah" dilupakan begitu sahaja.

Sebagaimana yang sedia maklum, slogan semestinya lebih sedap diperdengarkan - ia bukan slogan seandainya tidak bersifat demikian. Slogan yang direka dengan halus biasanya sedap bunyinya - namun sering menerima tamparan sengit daripada realiti yang membingitkan. Misalnya, sementara slogan "Bersih, Cekap dan Amanah" berkumandang di sisi telinga, skandal kewangan datang berpusu-pusu - skandal Bumiputra Malaysia Finance, MAMINCO, KWSP dan Makuwasa, Pan-Electric Industries, koperasi dan sebagainya. Malah, berlakunya pembunuhan pegawai penyiasat di Hong Kong - mayatnya ditemui di pantai - ketika menyiasat skandal Bumiputra Malaysia Finance.

Saya tidak mengkaji sama ada slogan Mahathir dan Abdullah itu hasil kerja think-tank-nya selepas meneliti senario yang ada pada ketika itu, ataupun hasil kerja syarikat perunding yang dibayar dengan upah yang tinggi. Seingat saya tiada laporan dan perbincangan dalam aspek ini.

Namun, "Satu Malaysia" oleh Najib telah diperlihatkan umum sebagai hasil daripada syarikat perunding. Lebih malang, ia dikatakan meniru slogan "One Israel", produk daripada syarikat perunding. Lantas kesesuaiannya dipertikaikan kerana ia adalah produk tiruan dari negara lain, malah slogan ini memperlihatkan kekosongan dalam maknanya, dan saling bertentangan.

Pertama, seandainya "1Malaysia "dikatakan sebagai wawasan untuk menyatu-padukan seluruh rakyat, persoalan yang timbul adalah, apakah kita berada dalam keadaan berpecah belah sejak mencapai kemerdekaan? Keduanya, seandainya "1Malaysia" bertujuan untuk menghapuskan perbezaan antara kaum, apakah ia versi moden "Satu bangsa, Satu bahasa"? Seterusnya, jikalau "1Malaysia" adalah untuk menghapuskan perbezaan layanan di antara kaum, maka apakah dasar yang telah digubal kerajaan untuk tujuan tersebut?

Najib gagal merungkaikan 1Malaysia

Monday, 31 May 2010

Dayus Israel!!

1. Jika Anda pernah belajar Humanitarian Law sewaktu sekolah dulu mesti Anda tahu siapa yang boleh diserang dan siapa yang teramat sangat TAK boleh diserang.
2. Pendek kata- jika masih ingat peristiwa Perang Pembukaan Kota Mekkah - Perang terakhir Baginda SAW - itulah aturan yang diterapkan dalam Humanitarian Law - hanya cuma insan yang benar-benar menyerang konvoy ketenteraan sahaja yang boleh diperangi-yang lain-yang tidak berniat apatah lagi rakyat jelata yang tidak bermaya - jangankan darah mereka menyembah bumi-dihunuskan jelingan mata tajam amarah pun tidak diperbolehkan.
3. Israel tak pernah menghormati aturan ini. Dan yang terbaru konvoy bantuan kemanusiaan ke Gaza pula yang diserang. Kapal-kapal konvoy ini penuh bertempelkan mesej keamanan - menunjukkan yang hadir cuma rakyat biasa - membawa bantuan perubatan dan makanan. Bahkan konvoy ini telah diperiksa dengan ketat oleh sebelum berlepas menjamah laut 

p/s: Recep Tayyip Erdogan, Turkey's prime minister, says the flotilla was carefully inspected before departure:
"I want to say to the world, to the heads of state and the governments, that these boats that left from Turkey and other countries were checked in a strict way under the framework of the rules of international navigation and were only loaded with humanitarian aid."
"There was no one on board "other than civilian volunteers" he said.

4. Mereka diserang oleh komando Israel - atas laut antarabangsa 65km daripada pantai Palestin - dengan alasan mereka membawa senjata tajam dan berkaitan dengan teroris [Al-Qaeda]. Hebat sungguh benda tajam itu sampai mampu menyebabkan serangan yang menghasilkan 19 terkorban manakala 26 lagi cedera. Dan jumlah ini mungkin lebih jauh sediki daripada jumlah asalnya.
p/s:Terdapat beberapa rakyat Israel, dua ahli parlimen Israel turut serta dalam konvoy. Dan teramat sangat tak logik sangatah jika mereka-mereka ini pun dituduh termasuk dalam komplot teroris juga.

5. Adalah sangat pengecut tidak logik norma manusia-Israel yang sangat gah dengan senjata-senjata pemusnahnya - sangat terancam pisau yang dibawa mereka. Sungguh - Israel adalah satu kelompok negara bangsa yang sangat pengecut terencat akalnya.
6. Zaman Jahiliyyah pun jauh lebih bertamadun daripada mereka.
7. Semoga anak-anak tempatan-wakil media negara-yang menaiki kapal Turki-'Mavi Marmara'- dan semua serta bantuannya-selamat sahaja alhamdulillah. Dengar khabar-tentera Turki pun sudah dalam perjalanan ke sana. Apakah hanya negara yang satu ini sahaja yang berani untuk menghadapi memerangi laknatullah ni?
8.  Rasanya kita yang masih belum memboikot - banyak mengunakan produk yang sah-sah menyumbang kepada Israel - turut wajib rasa bersalah dengan apa yang terjadi hari ini.
SRi: What kind of world are we living in when it allows a rogue state to use violence and killings against unarmed people on a mission of charity. Really ruined my happy day!*urgh!!!!*

Sunday, 4 April 2010

tanah yang DIBERKATI...

Tak tahu perasaan gua yang tengah dirundum sedih atau memang betul bit lagu-lagu era ni dah di'slow'kan [makanya,pendengar bakal lebih mudah tuk mendalami menjiwai erti rangkaian lagu-lagu yang disampaikan] tapi serius -mereka memang berjaya buatkan gua turut terasa sangat kehilangan Din Beramboi sampai hari ini. Tapi tu la kan kuasa media! Semua boleh jadi-harini korang bahagia dengan hilai riang tawa terbahak-bahak, esok tangkap leleh menangis teresak-esak sampai merah-merah mata pula. *pastu gi klinik-minta MC kata sakit mata! Dapat ponteng skola..Ngaaa*p/s:che'mat jgn bt benda nie!

Kita sesama saudara seagama sememangnya wajar untuk merasai kehilangan itu. Tapi yang gua terkilannya, kita cuma merasakan perasaan itu cuma bila yang pergi itu adalah orang yang dekat di sekeliling kita sahaja. Sedangkan jika kita terbaca berita tentang sahabat kita di Palestin, Iraq, Afghanistan dan mungkin yang bakal- IRAN -kita tak rasa apa-apa simpati dalam hati-tiada rasa pilu-sepilunya-kita tak peduli. Kita rasakan itu lumrah, dah memang nasib mereka sebab kita dah rasa terbiasa, normal mereka terseksa setiap hari.

Pada gua, kebutaan hati ni merupakan salah kita sendiri sebab kita sendiri yang tak cuba mendekati mereka, merasai keperitan penderitaan mereka. Kalau tak, masakan kita masih mampu bergelak ketawa, memandang cuma sebelah mata ketika atau lagi parah kita skip terus ja daripada membaca berita cerita tentang mereka di sana.
Gua terpanggil dengan dalil yang Ustaz Hizul keutarakan semalam-Tanah Palestin merupakan tanah yang DIBERKAHI dan orang yang menjaga, mem'protect'nya Insyaallah kan diberkahi Allah jua akhirnya nanti. Ramai rasanya yang kenal dengan taikun Albukhairy. Gua tak yakin berapa juta dah duit dia laburkan pada Palestin, tapi yang pasti beliau janji pada ibunya-setiap kali dia peroleh gaji-dia pasti kan berkongsi rezeki tersebut dengan orang yang memerlukan, fakir miskin yang menderita. Sebabtu dia makin hari makin KAYA! Sebab harta dia diberkati Allah. *Insyaallah* Makanya, apalah salahnya lepas ni kita pun ambil tak banyak, sedikit saja- 1% paling kedekut pon 0.5% daripada pendapatan tetiap bulan kita sedekahkan pada tabung Palestin. Gaji RM800, tipu sangatlah kalau 4 hingget pon kite payah sangat nak sedekahkan kot? Khodokhut tahi hidun maseng sangat dah namanya tuh! Tak luak, mati pun kalau setakat banyak tuh tetiba tercicir tengah jalan. Makanya, daripada terbuang sia-sia, better kita sedeqahkan pada yang menderita.

The Fund established a Special Grant Account for Palestine in November 2002, with an initial endowment of US$10 million, in response to the growing number of families displaced by the destruction of their homes.Mesti ada yang terkadang konpius,ke mana perginya semuanya duit-duit sumbangan ni semua. Sedangkan jika tsunami di Acheh pun kita dah mampu lihat ada pembangunan, inikan Palestine yang dah berkurun zaman orang duk bagi sumbangan, masih di takuk yang lama. Gua malas nak fikir duit-duit ni banyak yang ke "laut" ke hape, analoginya kita jangan fikir susah-susah. Acheh kita nampak orang dah berselesa duduk rumah baru, dapat bot baru-sebabnya depa kena tsunami sekali dulu tuh saja. Bukan setiap tahun hapetah lagi tetiap bulan. Lain pula alkisahnya dengan tanah terletaknya Masjid Ketiga Mulia kita nie-arinie depa dah habiskan sejuta hingget bangunkan bangunan rumah segala, esok- BOM BOOOM!!! Jet fighter zionis laknatullah nie pula mai bomber rumah-rumah baru nie- tak ke rugi namanya tuh- esok,habih lagi sejuta buat rumah segala. Lusa,kena BOM balik!
The Fund established a Special Grant Account for Palestine in November 2002.Macamana nak kaya??Toksah mimpi nak buat pencakar langit hapeke benda bagai yang lain- nak pacak tiang pon dah pikir banyak kali! Tak buat, nanti hujan-nak belindung dekat mana pula dah? Tu tak campur yang dah sakit-sakit. Dah buat, kena bom pula dah. Makanya, as long as kita cam yakin bahawa kotak tu Insyaallah di jalan yang tepat menuju langsung tangan anak-anak Palestin ni- derma ja lah. Kalau boleh, jangan lah cuma seringgit saja- ikhlastu memanglah ikhlas, tapi ni bukannya tujuan dia nak pakai pi bayaq bil letrik air ka hapa- ni untuk membina kembali sebuah negara yang dah hancur infrastruktur fizikal dan sosial dia. Sedangkan Penadol sepapan sekarang pun dah habih berapa hingget, inikan pula ubat-ubatan yang lain. Kalau suma duk pakat bagi singgit sorang jah, mm-habeh buat bayaq tax ja laa.. *ya kowt.ehe*

Papehal,bersamalah kita bersatu hati sedarkan diri-yang hidup kita nie tak boleh nak ikut sedap ati sendiri, men suka suki buat rules ikot kepala sendiri- Allah awal-awal lagi dah ajar kita yang kita semua ni adalah keluarga. Semuanya sama-Adam Hawa moyang kita semua. Allah timbulkan rasa kasih kaum Ansar terhadap tetamu Muhajirin. Ambillah kamu, tinggallah di rumah ku. Ini anakku, jadikanlah dia sebagai isterimu. Ambillah. Ambillah. Sedangkan jika itu berlaku di zaman jahiliyyah, waktu sinar keintelektuan ketuhanan baru nak cerah, inikan pula kita yang di zaman dunia yang dah takda sempadan. Hue, tak segan ke??
SRi:Bagus juga Era buat lagu-lagu sedih nie!Boleh juga semua pakat ingat yang kita pun dah tak lama lagi nak bakal merasa nek kereta jenazah kelak nanti.ahaks

Sunday, 21 June 2009

Apa Fikir Nabi??

Apa yang Nabi fikir?

Nabi fikir bagaimana semua orang dapat masuk syurga dan selamat dari azab api neraka, Nabi menangis lihat mayat Yahudi kerana Baginda faham nasib mereka.

Ada juga Nabi Muhammad S.A.W berfikir untuk membakar rumah orang yang tidak solat berjemaah kerana lebih suka solat di rumah, pendek kata, kita kena belajar fikir macam Nabi, jadikan apa yang Nabi risaukan sebagai perkara yang sama kita risaukan. (SRi pun duk belajar)

Sahabat-sahabat R.A berjaya kerana mereka telah berjaya ikut Sunnah 100%, mereka telah berfikir sebagaimana Nabi berfikir.

Moga kita semua dapat wujudkan fikir risau dalam diri, fikir macamana semua orang lelaki dapat solat jemaah 5 waktu (solat jemaah adalah Sunnah Nabi), semua wanita tutup aurat sempurna, semua kanak-kanak taat perintah ibu bapa, semua isteri taat perintah suami, semua perempuan solat awal waktu, wujud suasana agama yang mana lelaki jumpa lelaki cakap kebesaran Allah, wanita jumpa wanita cakap kebesaran Allah, kanak-kanak jumpa kanak-kanak cakap kebesaran Allah, fikir bagaimana bayi yang paling akhir zamanpun dapat mati dalam Islam.

Moga penulis dan kita semua dapat amal apa yang ditulis kerana agama adalah mudah untuk di bicarakan, tetapi adalah amat mujahadah untuk di laksanakan dengan istiqamah.

Apakah akibat menolak Sunnah?

Seandainya kita tidak mampu makan di atas lantai macam Nabi, dan lebih selesa makan menggunakan kerusi dan meja, atau kita lebih selesa makan menggunakan sudu dan garfu berbanding makan dengan jari cara Nabi Muhammad S.A.W, maka berdiamlah diri dan jaga lidah kita agar jangan sekali-kali sampai menghina mereka yang cuba menghidupkan Sunnah, kerana jika kita tidak mampu untuk mengikut semua Sunnah Nabi, maka itu adalah kelemahan kita, berdoalah dan beusahalah semoga diberi kekuatan untuk mengamalkannya dan semoga Allah ampunkan dosa kita, tapi apabila kita menghina dan menolak Sunnah, maka azabnya amat berat sekali.

Dalam sebuah hadith yang panjang, secara ringkasnya menceritakan bahawa setiap dari kita sebelum masuk syurga akan diberi minum air dari Telaga Kautsar, yang mana apabila kita minum air ini akan hilang dahaga buat selama-lamanya, kerana minumnya kita di syurga bukan kerana dahaga, cuma hanya untuk keseronokkan sahaja semata.

Dan untuk ummat Nabi Muhammad S.A.W, Nabi sendiri yang akan beri minum air ini dari telapak tangan baginda yang mulia, kemudian satu golongan manusia telah datang tapi di tahan oleh Malaikat sedang Nabi mengenalinya kerana tangan dan muka bercahaya kesan wudhu yang sempurna.

Tetapi apabila malaikat menyatakan bahawa golongan ini adalah golongan yang menolak Sunnah, maka Nabi sendiri yang menghalau golongan ini. [Nabi tak mengaku ummat tu!]

Na’uzubillah...

Berbalik kepada generasi muda zaman sekarang, kita dapat lihat akan mereka [including me] apabila terpengaruh atau minat gila pada satu-satu artis, bukan setakat hafal lagu, tapi penampilan dan cara berfikir artis itupun ditiru, gantung CD,rantai hanjing di tengkuk, ikat kain di kepala, bertindik di pusat, pakai baju terbalik, rambut diwarnakan, bukan dapat duit pun! Tapi semuanya dilakukan demi lebih penghayatan dan dapat menambahkan perisa rasa cinta pada artis-artis kesayangan mereka.

Sedang kita ummat Islam, mengaku cinta dan sanggup matinya kita demi Nabi, tapi sejauh manakah Sunnah yang ada dalam diri kita?

Oh!Apakah yang sedang berlaku pada diri kita semua?

Sahabat amalkan Sunnah, kerana itu adalah Sunnah...
Sedangkan Kita pula tinggalkan Sunnah, kerana itu adalah Sunnah...
SRi:Apa lagi nak dikata?

Tuesday, 28 April 2009

Caranya Salah!!

Kebanyakan orang Melayu-Islam yang tidak punya apa-apa teori politik melihat drama kegagalan memulakan dialog perpaduan UMNO-PAS itu bukan dari segi kepentingan UMNO atau PAS tetapi dari segi kepentingan umat Melayu-Islam di negara ini keseluruhannya, umat yang selama ini memang jelas berpecah belah oleh parti-parti politik yang memperjuangkan ideologi dan dasar parti masing-masing. Bagi mereka pendekatan yang lebih terbuka patut digunakan oleh kedua-dua pihak, berdasarkan semangat ukhuwah dan tasamuh(toleransi) Islamiah. Ini usaha untuk mengeratkan persaudaraan antara orang Melayu-Islam.

Salahnya cara UMNO-PAS ialah mereka tak merisik-risik dahulu secara senyap-senyap, secara tertutup. Sebaliknya kedua-dua pihak itu menggunakan media massa, surat khabar dan televisyen untuk mendedahkan hasrat mereka dan menentukan pendirian masing-masing melalui media. Jadi belum apa-apa, kedua-duanya yang dah setuju untuk berdialog atau berunding, sudah bertengkar dan kata-mengata di khalayak umum.

PAS meletakkan syarat. UMNO tak mahu terima syarat-syarat itu. Orang PAS menuduh UMNO ‘pencuri’. Tentulah UMNO melenting! Macam cara Yahudi atau Israel; mereka menuduh orang Palestin atau PLO sebagai pengganas. Ini bukan cara orang Islam. Ini cara samseng, cara orang yang tak beradab atau biadab! Cara orang Melayu-Islam lebih beradab, lebih tertib.

Bukankah elok misalnya para pemimpin tertinggi daripada kedua-dua pihak mengadakan pertemuan bersemuka secara tertutup di rumah Presiden UMNO atau PAS, masjid-tanpad TV,tanpa wartawan. Selepas itu jikalau tak bersetuju meneruskan rundingan, barulah dikhabarkan kepada umum dengan baik dan tertib, tanpa menyinggung mana-mana pihak.

Jikalau usaha ini mahu diteruskan juga atau dicuba lagi, ubahlah caranya. Gunakanlah cara yang lebih bijaksana, berdasarkan semangat dan budaya Islam. UMNO dan PAS tentu mempunyai matlamat, dasar dan wawasan yang sama. Tidakkah lebih baik jikalau persamaan ini dijadikan asas untuk bertemu di meja perundingan dan permuafakatan.

Perbezaan ideologi antara kedua-dua pihak pasti ada, tetapi kalu perbezaan ini dibesar-besarkan, sampai bila pun perpaduan UMNO-PAS takkan tercapai. Kalau perpaduan tak tercapai, sekurang-kurangnya dicari formula untuk berdamai. Perdamaian berlaku apabila kedua-dua pihak memahami pendirian masing-masing yang berbeza dan mencapai permuafakatan untuk bantu membantu dalam hal-hal yang dipersetujui bersama untuk kepentingan bangsa, agama, sastra dan negara!

SRi:Bersekutu Bertambah Mutu

Saturday, 24 January 2009

Who are the JEWS?

1. Christian Brog (1948) di dalam bukunya ‘ Who are the Jews?’, menerangkan bahwa istilah ‘Yahudi’ bukannya suatu bangsa kerana ada pengikut agama Yahudi berasal dari keturunan Semitik (Arab dan Bani Israel), Caucasian, Turks atau Mongol.

2. Kini, ada 2 kumpulan utama iaitu Sephardin yang pernah menjadi penduduk di Sepanyol dan Askenazim yang termasuk bangsa Rusia, Jerman, Baltik dan Polish yang berhijrah ke Barat Utara Khazaria.

3. Kebanyakan Yahudi Zionis yang berhijrah ke negara Israel bukannya daripada keturunan Semitik, tetapi keturunan Khazaria.

4. Gerakan Zionis bukanlah anjuran keturunan Semitik iaitu keturunan Nabi Ibrahim yang termasuk keturunan Arab melalui Nabi Ismail dan Bani Israel melalui Nabi Ishak.Sebaliknya mereka itu adalah daripada keturunan bangsa Mongol-Tarta yang memeluk agama Yahudi pada tahun 740 S.M

5. Yahudi Semitik adalah mereka berketurunan Arab dan mereka yang pernah tinggal di Sepanyol.Oleh itu dakwaan Zionis bagi tanah Palestin sebagai tanah lahir mereka adalah suatu tipu daya.

6. Menggelar penentang mereka sebagai anti-Semitik juga tidak kena kerana anti-Semitik membawa erti anti-Arab, sedangkan penentang utama Yahudi Zionis adalah orang Arab warganegara Palestin yang diusir secara paksa dan dizalimi mereka.

Wallahua’lam

Saturday, 17 January 2009

Bagaimana RAKYAT AMERIKA terHUTANG kepada ISRAEL?

1. Bagaimanakah kerajaan Amerika Syarikat boleh jadi terhutang kepada Institut FED dengan jumlah wang yang sangat besar?
2. Institut FED telah dikuasai oleh pemodal-pemodal elit Judaisme antarabangsa sejak 1913.
3. Menurut US News dan World Report, pada 28 Jun 1982, Amerika Syarikat telah terhutang sebanyak SATU TRILION dan faedah yang perlu dibayar atasnya setiap tahun ialah 115 BILION!Pada tahun 1990, jumlah hutang tersebut menjadi 5 TRILION!!
4. Menurut Des Griffin, caranya ialah institut FED mencetak wang yang diperlukan untuk dipinjamkan kepada kerajaan dan kerajaan membayar faedah ke atasnya.
5. Umpamanya, kerajaan memerlukan 1 bilion dolar. Maka, diarahkan FED mencetak wang bernilai 1 bilion dolar. Dalam pada itu, Kongres mengarah Jabatan Kewangan mencetak bon-bon (surat-surat perjanjian) Kerajaan Amerika bernilai 1 bilion untuk diserahkan kepada FED.
6. Untuk mencetak wang senilai 1 bilion dolar itu mungkin kosnya kurang daripada 500 dolar. Namun,FED menukarkan satu billion wang ‘Federal Reserve Notes’ yang dicetaknya dengan syarat kerajaan perlu membayar balik kepada institute FED wang bernilai satu billion dolar (harga bon) campur dengan faedah di atasnya.
7. Katakanlah faedah ke atas satu billion dolar bon-bon itu adalah 1%, bersamaan 10juta dolar setiap tahun. Maka kerajaan terpaksa meminta FED mencetak 10 juta dolar itu untuk membayar FED.
8. Tetapi kerajaan akan memerlukan wang tambahan bagi tahun hadapan. Maka, akan diarahkan lagi FED mencetak 1 bilion dolar lagi. Bermakna sekurang-sekurangnya kerajaan akan mencetak 1bilion tambahan dan 10 juta dolar untuk membayar faedah atas pinjaman tahun lepas.
9. Dengan cara demikian kerajaan Amerika tidak akan pernah lepas daripada belenggu hutangnya kepada institut FED, bahkan akan bertambah banyak lagi!
10. Sebaliknya bagi institute FED, ia telah memperoleh satu billion dolar dalam bentuk BON Amerika Syarikat sebagai harta.
11. Oleh kerana undang-undang Bank Amerika memerlukan hanya 10% simpanan (reserve), FED boleh meminjamkan 10 bilion dolar kepada pelanggan-pelanggannya serta mengenakan riba atasnya.
12. Dengan hanya bermodalkan 500 dolar bagi kos mencetak wang, FED boleh mengaut keuntungan daripada riba pinjaman 10 bilion dolar ke atas.

Wallahua’lam..

KERAJAAN dalam KERAJAAN

1. Menurut Des Griffin dalam bukunya “Descent into Slavery” (1980), yang berkuasa di England adalah sebenarnya kumpulan pemodal elit Yahudi antarabangsa yang memiliki 12 hingga 14 orang yang mentadbir Bandar London.

2. Jawatankuasa inilah yang menguasai perbendaharaan dan kerajaan Britain.

3. Keluarga Rothschild yang berketurunan Yahudi telah berjaya memiliki Bank of England pada 1815 dan seterusnya menguasai ekonomi Britain.

4. Melalui cawangan-cawangan banknya telah menguasai Negara-negara Eropah yang lain pada 1818.

5. Des Griffin juga menunjukkan bagaimana melalui tipu helah yang cekap, pemodal-pemodal Bank Yahudi Antarabangsa pada 23 Dis 1913 telah berjaya menubuhkan “The Federal Reserve Bank of Amerika” (Bank Simpanan Persekutuan Amerika) dan melaluinya menguasai ekonomi Amerika Syarikat.

6. Dengan menjadi unsur yang penting di dalam ekonomi, mereka berjaya menguasai politik kerajaan di dalam dan di luar Amerika

7. Seterusnya mereka memberi kesan yang buruk kepada perhubungan politik antarabangsa.

Sri:Am I a medic student or FISIP's committee?huhue

Thursday, 15 January 2009

ZIONISME dan KOMUNISME

1. Melalui rancangan yang teliti mereka membolehkan revolusi Rusia dan gerakan Zionis diwujudkan pada masa yang sama untuk mencapai tujuan Judaisme.

2. Pergerakan Zionisme bertujuan untuk mengumpulkan umat yang berselerak di satu daerah yang dijanjikan oleh Tuhan Jehovah.

3. Gerakan kedua; Komunisme bertujuan untuk memusnahkan kedaulatan negara . Dari segi definisinya, Zionisme adalah satu gerakan untuk membentuk suatu negara Yahudi di Palestin.

4. Di Kongres Gerakan Zionis Pertama, 1897 di Basel,Switz, Theodor Herzl mengemukakan pandangan-pandangannya. Antaranya ialah penolakan asimilasi; membentuk sebuah Negara Yahudi dan mewujudkan pertubuhan-pertubuhan Zionis di Negara-negara yang mempunyai penduduk Yahudi yang banyak.
5. Melalui perbelanjaan wang yang banyak dan penipuan, pemodal elit antarabangsa yang kebanyakannya Judaisme menguasai system kewangan England dan Eropah.
6. Meyer Rothschild telah menguasai Bank of England pada tahun 1814.
7. Melalui Bank of England, lima orang anaknya menguasai Bank-Bank di Jerman, Perancis, Itali dan Empayar Austro Hungari.
8. 1913, Reserve Bank of United States telah dikuasai oleh pemodal-pemodal elit Judaism antarabangsa.
9. Dengan penguasaan system kewangan Negara Amerika Syarikat, Britain, Eropah dan Rusia, penganut Judaism sangat berpengaruh dalam hal ehwal politik antarabangsa, media massa serta PBB.
10. Kerajaan British melalui James Balfour telah menulis surat kepada Rothschild pada 2 Nov 1917 menyatakan British member sokongan penubuhan Negara Israel.
11. Oleh kerana kekuasaan mereka itu,pemimpin Zionisme berjaya merancang secara zalim pembunuhan beribu penduduk Arab Palestin untuk merampas tanah dan harta mereka.
12. 14 Mei 1948, Negara Republik Israel diisytiharkan serta mendapata sokongan daripada ketua Negara Amerika dan Rusia.
13. Presiden Truman di US telah mengiktiraf penubuhan Israel selepas 14 minit deklarasi dibuat Israel
14. Kesatuan Soviet mengiktiraf 3 hari kemudiannya
15. Sudah mengertikah anda apa yang bakal berlaku jika Amerika Syarikat mulai menampakkan “taringnya” kepada kekejaman Israel di kala system kewangan mereka dicengkam Israel? Siapa juga yang menduduki takhta Presiden Amerika pasti kan tunduk kepada kehendak Zionis jua
Wallahua’lam…

Tuesday, 6 January 2009

Pulau Pandan Jauh ke Tengah

"Alaa..nak makan ape lepas ni?Ni tak boleh,ini tak boleh..Apa yang boleh?"
"Ish,nak kena ke?xyahlaa kut..Payahlaa nanti~"

Mungkin itu antara yang terdetik di hati teman-teman kita,tak terkecuali juga pada penulis. Ketergantungan kita yang keteramatan membuatkan jadi lesu tiba-tiba pabila diwar-warkan dengan anjuran sebegini. Kita dah terlalu biasa hidup dikelilingi semua ini hinggakan bila tiba waktunya untuk "berpisah",tak tercapai dek akal,haru biru dibuatnya.

Tapi,itulah harganya yang perlu dibayar jika kita tak lagi mahu melihat ke
angkuhan mereka berterusan menjamah bumi terchinta. Keseriusan kita mampu melumpuhkan laskar-laskar zionis itu. Dun wory,lama-lama nanti kita kan terbiasa juga. Even kecil yang kita buat, bila bersatu dampaknya bakal menggegarkan bumi Amerika dan Israel itu.

Sungguh,apa yang kita bakal usahakan ini bakal sed
ikit menyukarkan kehidupan seharian tetapi disebalik kepayahan itu akan timbul satu sinar baru yang bakal menenggelamkan pengaruh barat dalam hari-hari kita. Kitakan mampu hidup sendiri,berdikari tanpa bergantung kepada mereka lagi. Apa yang mereka punya, kita juga ada. Semuanya hasil berkat kesungguhan kita menciptakan satu sensasi baru dalam keperluan seharian.

Penulis sangat bersetuju dengan ulasan Dr M tentang pemulauan matawang Amerika dalam urusniaga sehari-hari. Ramai yang berpendapat jika mereka memiliki US Dolar,mereka bakal lebih terjamin.
Namun situasi hari ini tidak menjanjikan kelebihan tersebut lagi apetahlagi selepas mengalami guncangan taufan akhir-akhir ini. Semua transaksi menggunakan Dolar sudah tak menguntungkan seperti dahulu lagi,bahkan adalah lebih baik kita berpindah arah kepada Yuan,Dirham maupun membeli emas sebanyak-banyaknya. Pilihan tersebut lebih baik dan meyakinkan berbanding Dolar yang tak menentu hari ini.

Semoga usaha kita semua ini dirahmatiNya dan membuahkan hasil yang diharapkan bahkan jauh lebih baik daripada yang difikirkan serta yang paling penting tidaklah bermusim. Selamat Menikmati Hari-Hari Bahgia Anda.Jadikanlah Hari ini Lebih Baik daripada Semalam...


SRi:Nanti SRi story sebab ape Amerika tak mampu berbuat ape-ape,terus berpeluk tubuh...

Sunday, 4 January 2009

Mereka Terus Sengsara Pabila Yahudi Berkuasa

SERANGAN pengganas Israel terhadap Gaza pada penghujung 2008 dan permulaan 2009 pasti menghapus ingatan masyarakat antarabangsa terhadap kisah kasut dan seorang presiden yang sangat memalukan.

Sekarang media tertumpu pada pencerobohan Israel ke atas bangsa Palestin, kes kasut sudah selesai, dunia tidak perlu ingat lagi.

Bahkan yang lebih memilukan hati seorang Muslim adalah fokus serangan keji dan tidak bertamadun Israel sekutu Amerika Syarikat itu hanya dikhususkan kepada Hamas sebagai pemerintah sah Palestin.

Padahal kini dalam konteks perjuangan tulen, Palestin adalah Hamas dan Hamas adalah Palestin. Hamas adalah usaha memanjangkan Harakah Muqawamah Islamiyyah (Gerakan Penentangan Islam) ditubuhkan sekitar pertengahan 1980-an.

Serangan ganas Israel yang meragut hampir 500 nyawa dan mencederakan lebih 2000 orang awam bukan yang pertama dan terakhir bagi bangsa Yahudi.

Mereka pernah membunuh 70,000 nabi dan tidak rasa salah sedikit pun apatah lagi menyesal, inikan pula hanya manusia biasa walaupun kanak-kanak dan orang tua. Mereka tidak akan berhenti mengganas kecuali seperti dikatakan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad beberapa masa lalu, Yahudi dihapuskan dari peta dunia.

Namun siapa berani, sanggup dan berkuasa? Malah sekarang berlaku sebaliknya, umat Islam yang tidak ada dalam peta dunia.

Bangsa Yahudi khasnya di Israel tidak takut kepada umat Islam dunia kini yang masih mendepani keduniaan daripada kehidupan akhirat. Mereka tidak takut selagi umat Islam mengamal dan memakan riba; bergembira pada malam tahun baru atau tidak peduli halal makanan yang di lahap. Bangsa Yahudi akan gerun jika umat Islam benar-benar melaksanakan ajaran Islam.

Perdana Menteri keempat Israel, Golda Meir, pernah berkata bahawa dia tidak takut menentang bangsa Arab secara keseluruhannya selagi mereka tidak solat Subuh berjemaah seperti solat Jumaat. Keyakinan ini diucapkan "iron lady" itu ketika Arab dan Israel berada dalam kancah peperangan.

Kelompok pelampau agama Yahudi pun mempercayai kehancuran bangsa mereka akan berada di tangan umat Islam. Kepercayaan mereka berdasarkan keimanan mereka terhadap kebenaran Nabi Muhammad SAW. Mereka percaya Muhammad adalah seorang nabi, tapi tidak mahu mengikutinya.

Oleh itu, mereka percaya seperti diberitakan dalam beberapa hadis berkaitan akhir zaman, bangsa Yahudi akan dikalahkan oleh umat Islam sehingga batu pun berkata kepada tentera Islam: "Wahai pejuang Islam! Di sebalik aku ada orang Yahudi maka bunuhlah."

Antara hadis itu adalah yang bermaksud:
"Tidaklah akan berlaku kiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata: "Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada di belakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah dia!", kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon itu daripada pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)." (Hadir riwayat Bukhari dan Muslim)

Kepercayaan bangsa Yahudi termasuk umat Kristian terhadap kebenaran Nabi Muhammad SAW dan terhadap apa yang dibawa Baginda termaktub dalam sebuah ayat al-Quran yang maksudnya:
"Orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) seperti mereka mengenali anak mereka sendiri. Sesungguhnya sebahagian daripada mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan demikian." (Surah al-Baqarah: 146)

Mengapa mereka mengetahui sifat Nabi Muhammad dan kebenaran Islam yang dibawa Baginda. Al-Quran membuktikan maksudnya:

"Iaitu orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad) Nabi Ummi yang mereka dapati tertulis (nama dan sifatnya) dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka dengan perkara baik dan dia melarang daripada melakukan perkara keji; dia menghalalkan bagi mereka segala benda baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda buruk; dan dia juga menghapuskan daripada mereka beban dan belenggu yang ada pada mereka. Maka orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (al-Quran), mereka itulah orang yang berjaya." (Surah al-A'raf: 157)

Bangsa Yahudi dan umat Kristian mengimani Nabi Muhammad dan mempercayai kebenaran Islam, tetapi mereka tidak mahu menjadi pengikutnya. Jika bangsa Yahudi menang dalam perang menentang Arab, maka barang rampasan perang itu tidak lagi mereka bakar seperti diajarkan Taurat tetapi mereka memanfaatkannya seperti yang diajarkan al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad.

Ini satu contoh pentafsiran ayat di atas khasnya perkataan "dan dia juga menghapuskan daripada mereka beban dan belenggu yang ada pada mereka." Mereka percaya tetapi tidak ikut.

Sebaliknya, umat Islam harus menjadi kuat dan tinggi martabatnya seperti ditegaskan al-Quran maksudnya:
"Dan janganlah kamu berasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan jangan kamu berduka cita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang yang (sungguh-sungguh) beriman." (Surah Ali 'Imran: 139)

Syarat kekuatan dan kemenangan dalam ayat ini ialah beriman. Inilah yang membezakan umat Islam dan ahli kitab. Mereka mempercayai kebenaran Islam, tetapi tidak mengikutinya.

Sebaliknya, kita pengikut Islam, tidak mempercayai kebenarannya. Inilah yang sedang kita perhatikan di Gaza, Palestin serta kawasan yang sama dengannya.

SRi:Dunia masih kaku berpeluk tubuh sedangkan mereka telah "disembelih" 750 kali seminggu ini

Saturday, 3 January 2009

FOoled AGain.. =(

Politics has a short-lived memory, not only do the voters forget the past four years but also the viewers from around the world. Nobody shouldve expected Obama to bring about the 'change' he promised. The only change we see is a newly-elected democratic president for the first time in eight years, who happens to be of mixed ancestry (hes not even a real African American). Those are the only changes he brought about. I think Obama's administration will be less aggressive, in a military point of view, than that of Bush. Simply because, America cant afford extensive military campaigns that it once was able of doing. Also, the democrats have a reputation of taking non-violent measures when they want to voice their foreign policies. Having said that, there are certain red tapes America will never cross, regardless of who becomes president.

Its the American deal, NOT the American dream. The American deal is the deal every presidential candidate does with the lobbyists before entering the white house. This
deal is what makes one person enter the white house and another one not. McCain lost this deal, not because he want for the Israeli agenda, but because Obama was the best of the bunch. All candidates are pro-Israel, all are following the Zionist plot. But in reality, America is all that. A country that would forever be backed by its biggest lobbying power: the Israeli lobby. And this group has its agendas. Iran is nonnegotiable. The only difference is, democrats wont negotiate by applying non-military measures. Republicans wont negotiate with Iran by possibly aplpying military measures. But theres another irony to all this, Obama is already pressured to say that military force is still an option against Iran, come January 20th when he becomes the president.

So many brainwashed people don't get it, Obama is the false "scholars" worst nightmare - he can bomb the crap out of Iran all day, he has a mile of Teflon around him. When 200,000 Germans are wildly cheering for him, and he enjoyed 90% support of both foreign publics and their govt's worldwide, he has infinite political capital with which to hit Iran.

Just as leftist Clinton could bomb at will, with little recourse or media questioning, Obama, as a black man, could practically wipe Asia off the map and millions would still be cheering for him.

This is exactly why I wanted him to win over McCain, who would have had a very difficult time trying to conduct foreign wars; the press had basically written him off as a Bush clone, if not worse. Obama can smash Iran 6 days a week, and twice on Sunday, and who's going to attack him for it? Le Monde? The whole worldwide left not only voted for him, they have annointed him the Second Coming.

We all saw the interview a few days ago, the speech he made, and the Zionists around him. From Joe Biden all the way to Rahm Emmanuel, who is probably more in charge of issues than the president ever will be. Secretary of finance is also going to be a jew. Jews have a bigger base with democrats than with republicans. That isnt to say republicans arent pro-Zionism, they all are. But its well known republicans have those extreme right win christians who have that little bit of anti-jewish prejudism.

Anyhow this is the conclusion. America, land of the redtapes. You cant cross it, and Obama sadly deceived millions of arabs and muslims worldwide because of his skin color and promises to bring change. They thought that his middle name "Hussein" and his Kenyan ancestry would mean he'll be sympathetic to the cause of Allah. They're so stupid, any person who makes it into the white house is sympathetic for one thing and one thing only: Zionism

SRi: For as long as the US backs Israel, we eill continue see Israel ignoring world opinion as it murders Palestinians & destroy their towns & cities...

Thursday, 1 January 2009

Kisah Berdarah Tak Bernoktah..

Sabtu ,03/01/2009 -Ulama' terkenal Islam , Sheikh Yousef Al-Qaradawi telah menegaskan Jumaat lalu bahawa ummah Muslim dari Maghribi ke Indonesia berkewajipan mempertahankan Semenanjung Gaza, dan melindungi tanah Islam daripada pihak musuh."
Pejuang Jihad Islami sedang bersiap sedia melancarkan roket ke arah penempatan rejim Zionis.
Sabtu ,03/01/2009 -Untuk hari ketujuh, tentera udara rejim Zionis terus menggempur Semenanjung Gaza. Sumber-sumber Palestin melaporkan jet rejim Zionis telah mengsasarkan beberapa kediaman penduduk Palestin di beberapa bahagian Semenanjung Gaza. Antara sasaran ialah bengkel-bengkel, sekolah tempatan dan kenderaan awam."
Jumaat ,02/01/2009 -Sumber-sumber media Israel melaporkan pada hari Khamis , sekurang-kurangnya 20 buah roket buatan sendiri Qassam ditembak dari Gaza yang mana telah mencecah beberapa kawasan penempatan utara Israel." Khamis ,01/01/2009 -Brigade al Qassam menyatakan pihaknya telah melepaskan 58 roket ke arah bandar-bandar Israel. Sebanyak 14 roket jenis Grad. Antara bandar yang terlibat ialah Asdod, Ashkelon, Yabna dan Sderot. Serangan ini semua sebagai serang balas terhadap keganasan Zionis-Israel. "
Khamis ,01/01/2009 - Hospital utama Gaza, al-Shifa, kini sibuk melayan kemasukan ramai mangsa yang cedera dalam serangan udara Israel bermula 27 Disember lalu, menurut sumber hospital. Kakitangan dan para pesakit berasa takut kemungkinan Israel akan menyasarkan tempat berikutan pemimpin Hamas, pergerakan Islam yang mengawal wilayah tersebut melakukan sidang akhbar di situ
Rabu ,31/12/2008 -Satu bot bantuan kemanusiaan antarabangsa yang mengisi bekalan perubatan dan doktor-doktor bedah telah diserang oleh tentera laut rejim Zionis. Menurut pergerakan Free Gaza, bot yang dipanggil The Dignity itu telah ditembak pada jam 6:45 pagi Selasa tadi.
Rabu ,31/12/2008 -Sumber-sumber rejim Zionis melaporkan pada hari Selasa bahawa tentera rejim Zionis telah menculik sekurang-kurangnya 200 lelaki muda Penduduk Palestin daripada beberapa bahagian bandar raya Baitulmuqaddis sepanjang tempoh masa empat hari serangan bermula Sabtu lalu..membunuh lebih 363 rakyat Palestin.

SRi:Kita merayakan tahun baru penuh kemeriahan tetapi rakyat di Gaza meraikan dengan tangisan anak kehilangan bapa, isteri kehilangan suami dan sebaliknya.

*Untuk mklumat yang lebih lengkap dan terkini
sila rujuk http://www.palestine-info.co.uk/en/ dan http://www.palestinkini.info
Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)