Showing posts with label sejarah pemikiran. Show all posts
Showing posts with label sejarah pemikiran. Show all posts

Friday, 2 September 2011

Papa

Aku di kedai kopi.
Menyesap pekat cairan hitam,
lalu tenggelam di dalamnya.

 
Tiba-tiba aku ada dalam gendonganmu,
kau menaruhku di atas kasur
dan mengecup lembut keningku.
Esoknya kita berenang bersama,
kau pura-pura jadi lumba-lumba
dan aku tertawa-tawa.


..

Kopiku habis, Papa.

Wednesday, 31 August 2011

#rasa

"merdeka! ucapkanlah dari lubuk hati kita, rasailah kesan dan nikmatnya, hargailah ia setiap masa, moga anak cucu kita juga mampu melaungkannya. merdeka!"

#dream

"malaysia without malaysians is merely a dream, malaysians without malaysia is just a crisis, malaysia and malaysians can change the world"

Tuesday, 30 August 2011

#makna

kebebasan, kesejahteraan dan kejayaan. hayati erti merdeka, perjuangan paling bermakna

Monday, 29 August 2011

#runtuh

"dari keruntuhan empayar kesultanan melayu melaka, kita tegakkan sebuah bangsa yang akan mendukung negara ke arah kegemilangan yang berterusan."

Sunday, 28 August 2011

#nyawa

"kemerdekaan, mendatanginya amat payah, menghilangkannya begitu mudah, buat rakyat malaysia, hargailah kemerdekaan ini umpama nyawa di badan sendiri!"

Monday, 21 March 2011

#siapa

kita saling bertanya, siapa kamu, kata puisi kepada sajak, sajak bertanya yang sama kepada puisi. siapa kita sesungguhnya?

Monday, 14 March 2011

Mengapa masih ada rakyat Sarawak miskin?

Nukilan Dr Jeniri Amir
Kerajaan negeri telah untuk sekian lama berusaha memerangi masalah kemiskinan di Sarawak. Meskipun telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan, namun Sarawak masih berada di tangga ke empat dari bawah dari segi jumlah keluarga miskin di negara ini. Dengan kekayaan sumber semula jadi dan pelbagai langkah dilaksanakan mengapakah kita masih belum berjaya membanteras masalah kemiskinan? Ke mana perginya kekayaan hasil balak, minyak dan sumber lain yang dimiliki negeri Sarawak? Siapakah yang menguasai dan membolotnya? Ketika terdapat pemimpin kaya raya luar biasa, sebahagian rakyat hidup sederhana dan papa kedana.

Program ekonomi yang dilaksanakan seolah-olah gagal membuahkan hasil sedangkan pendapatan negeri begitu memberangsangkan. Misalnya, pada tahun 2009, pendapatan Sarawak mencecah hampir RM3.726 bilion, tetapi mengapakah sekitar 70 peratus penduduk rumah panjang masih tidak menikmati bekalan air bersih, jalan raya dan tenaga elektrik dan dibelenggu kemiskinan yang parah?

Kita tidak boleh membutakan mata kepada realiti, sebagaimana kita tidak menafikan kejayaan kerajaan mengurangkan kadar kemiskinan. Untuk melihat kedaifan dan kemiskinan sebahagian rakyat Sarawak, kunjungi sahaja sebahagian rumah orang Melayu, Melanau dan rumah panjang Iban yang dalam keadaan begitu daif – dinding, atap dan lantai yang begitu menyedihkan.

Saya pernah melihat dengan mata sendiri, masih terdapat rakyat yang papa kedana, dengan keadaan rumah yang hampir hendak menyembah bumi, dan dengan keadaan hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Ironinya, mereka ini merupakan penyokong setia Barisan Nasional yang ditaburkan pelbagai janji menjelang setiap pilihan raya.

Penduduk dijanjikan air, bekalan elektrik dan jalan raya berturap. Tetapi janji tinggal janji, dan rakyat tetap miskin dan menderita. Mereka tetap menghadapi kesukaran untuk makan makanan yang enak, pakaian yang mencukupi, dan seterusnya mengeluarkan keluarga daripada cengkaman kemiskinan.

Memang, kerajaan memberikan perhatian yang serius terhadap usaha membasmikan kemiskinan terutama di luar bandar dan pedalaman negeri 2.5 juta jiwa ini. Pelbagai projek dilaksanakan bagi meningkatkan pendapatan bulanan mereka, terutama dalam kalangan golongan yang miskin tegar. Bagi membuktikan bahawa kerajaan komited dalam usaha mengurangkan kadar kemiskinan, kerajaan telah meletakkan sasaran pengurangan kemiskinan kepada tahap 2.8 peratus pada akhir tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Sunday, 13 March 2011

Tolong lah Jangan 1Malaysia lagi!

Adalah menjadi kebiasaan Perdana Menteri Malaysia dari UMNO untuk mentadbir negara dengan slogan. Bermula dengan "Bersih, Cekap dan Amanah" oleh Mahathir Mohamad, disusuli dengan "Work with me, not for me" oleh Abdullah Ahmad Badawi, dan kini "Satu Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" oleh Najib Razak. Slogan ini dilaungkan pada tempoh awal mereka mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan.

Tempoh pemerintahan Mahathir lebih panjang. Selain "Bersih, Cekap dan Amanah", dekad kedua pemerintahan beliau menyajikan satu lagi slogan, iaitu "Wawasan 2020". Oleh sebab wawasan ini melakar masa depan Malaysia yang bertunggakkan pembangunan ekonomi, ditambah pula situasi di mana kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia berada di atas paras 8% setiap tahun sebelum kemelut ekonomi tahun 1997, maka "Wawasan 2020" telah menjadi buah mulut media - sehingga mewujudkan satu suasana untuk maju ke depan - dan "Bersih, Cekap dan Amanah" dilupakan begitu sahaja.

Sebagaimana yang sedia maklum, slogan semestinya lebih sedap diperdengarkan - ia bukan slogan seandainya tidak bersifat demikian. Slogan yang direka dengan halus biasanya sedap bunyinya - namun sering menerima tamparan sengit daripada realiti yang membingitkan. Misalnya, sementara slogan "Bersih, Cekap dan Amanah" berkumandang di sisi telinga, skandal kewangan datang berpusu-pusu - skandal Bumiputra Malaysia Finance, MAMINCO, KWSP dan Makuwasa, Pan-Electric Industries, koperasi dan sebagainya. Malah, berlakunya pembunuhan pegawai penyiasat di Hong Kong - mayatnya ditemui di pantai - ketika menyiasat skandal Bumiputra Malaysia Finance.

Saya tidak mengkaji sama ada slogan Mahathir dan Abdullah itu hasil kerja think-tank-nya selepas meneliti senario yang ada pada ketika itu, ataupun hasil kerja syarikat perunding yang dibayar dengan upah yang tinggi. Seingat saya tiada laporan dan perbincangan dalam aspek ini.

Namun, "Satu Malaysia" oleh Najib telah diperlihatkan umum sebagai hasil daripada syarikat perunding. Lebih malang, ia dikatakan meniru slogan "One Israel", produk daripada syarikat perunding. Lantas kesesuaiannya dipertikaikan kerana ia adalah produk tiruan dari negara lain, malah slogan ini memperlihatkan kekosongan dalam maknanya, dan saling bertentangan.

Pertama, seandainya "1Malaysia "dikatakan sebagai wawasan untuk menyatu-padukan seluruh rakyat, persoalan yang timbul adalah, apakah kita berada dalam keadaan berpecah belah sejak mencapai kemerdekaan? Keduanya, seandainya "1Malaysia" bertujuan untuk menghapuskan perbezaan antara kaum, apakah ia versi moden "Satu bangsa, Satu bahasa"? Seterusnya, jikalau "1Malaysia" adalah untuk menghapuskan perbezaan layanan di antara kaum, maka apakah dasar yang telah digubal kerajaan untuk tujuan tersebut?

Najib gagal merungkaikan 1Malaysia

Monday, 28 February 2011

Ticer.Kenapa burung ngan ayam jer bertelor?!Manusia pun bertelor juga!!

Sekarang ni wujud banyak benar pusat tuisyen yang memenuhi permintaan ibu bapa. Aku tak berapa nampak kenapa perlunya pusat tuisyen ni kecuali jika sesetengah golongan ibu bapa merasakan apa yang dipelajari oleh anak-anak di sekolah tak mencukupi, tak fokus atau ibu bapa tak cukup masa (atau tak cukup hebat) untuk membantu anak-anak. Aku merasakan tuisyen tak compulsory.

Kebanyakan iklan pusat tuisyen yang aku nampak sekarang ni penuh dengan tagline menarik pelanggan..selalunya korang boleh nampak; "PASTI A!" "BELAJAR SEHINGGA DAPAT A!" "KONFEM A!" tapi ada satu iklan yang sangat2 menarik perhatian aku dengan tagline dia;

"PUSAT TUISYEN CIKGU MARTINA - 
SOALAN RAMALAN PMR TAHUN LEPAS TEPAT 100% - PASTI A"

.......................

Mari aku bertanya satu benda; apa point anda hantar anak anda pegi tuisyen sebenarnya?

Adakah untuk buat dia paham benda yang dia tak mampu paham kat sekolah atau untuk buatkan dia dapat A? Satu benda yang aku paham,student yang dapat A tidak semestinya faham apa yang dia lakukan dan student yang grednya tidak baik bukan bermakna student itu tidak baik. Aplikasi knowledge itu lebih penting. Ramai orang Melayu hantar anak pegi tuisyen dengan harapan nak anak dapat A. Diorang tak peduli pun jika anak dia paham atau tidak sebab itu Pusat Tuisyen Cikgu Martina berani meletakkan tagline "Soalan Ramalan 100% Tepat" sebab diorang tau apa benda yang paling mak bapak pentingkan dalam kelas tuisyen.

Jadi aku tanya lagi sekali, kenapa hantar anak ke tempat Tuisyen yang hanya nak mengajar anak anda supaya pandai dalam soalan ramalan? Soalan ramalan takkan membuat anak anda belajar.Soalan ramalan hanya akan membuatkan anak anda prektis satu rutin yang sama sampai dia hafal. Keyword dia...HAFAL.
Hafal dan belajar adalah dua benda yang berbeza.

Kita belajar dengan menghafal. Ibu bapa juga menggalakkan anak mereka menghafal. Pusat tuisyen juga sekarang ni mengajar dengan menghafal..IPT pun samalah. Apa point budak-budak hafal nama-nama tokoh dalam subjek Sejarah kalau diorang sendiri tak faham susur galur Sejarah yang dihafalnya? Semuanya berpunca daripada permintaan. Sebab sistem education Malaysia menghargai orang-orang yang menghafal kerana kita mahukan orang yang teorinya mantap.

Sayangnya, kita orang Melayu suka sistem sebegitu.Kita suka benda teori, rutin, lazim. Kita tak suka sesuatu yang diluar jangkaan,sesuatu yang membuatkan otak tu berfungsi lebih. Sebab itu ramai mak bapak berebut-rebut hantar anak ke tempat tuisyen yang berani jamin "SOALAN RAMALAN PMR TAHUN LEPAS TEPAT 100%" sebab itu benda yang paling ingin dikecapi mak bapak dan murid....A!

Nak tengok dengan lebih ekstrim?

Pendidikan Islam ada surah-surah hafazan yang perlu dihafal semua murid. Adakah ada kajian yang menunjukkan adakah budak-budak hafal dan faham ayat hafazan tu atau majoritinya sekadar hafal membuta tuli? Aku hafal! Lancar! Kau tanya aku apa maksud ayat yang aku baca? Satu benda pun aku tak tau. Aku hanya reti bacakan je untuk anda.

Sistem pendidikan kita adalah berasaskan formula. Bila apa-apa benda pun dijadikan formula,benda tu akan jadi sesuatu yang perlu dihafal. Tapi bagaimana pulak dengan nasib budak-budak yang tak berapa hebat memori dia? Adakah dengan mempunyai memori yang baik sahaja student dikategorikan good student?

Semua terkejar "gred A".  "A" merata-rata. Lagi banyak "A" lagi pandai, takde "A" dianggap lemah. Kenapa pendidikan kita semakin lama semakin mengecilkan skop pemikiran murid-murid dengan sesuatu benda crap yang dipanggil "Soalan Ramalan?" Semua orang suka soalan ramalan. Murid-murid suka soalan ramalan kerana soalan ramalan mampu memendekkan time belajar diorang.Ibu bapa pun suka sebab anak-anak tak kacau diorang banyak. Cikgu-cikgu pun suka sebab revision cepat habis. Pusat-pusat tuisyen pun suka sebab daripada kena ajar 10 bab sepanjang penggal, diorang boleh ajar 5 bab aje,save time save cost.

Time periksa keluar soalan lain.Menangis budak-budak tu.Menangis mak bapak.

Soalan ramalan adalah satu bentuk shortcut yang bahaya dalam proses pembelajaran. Sayangnya, masyarakat Melayu sekarang lebih gemar menilai kemampuan otak seseorang melalui jumlah A yang dipungut. Sebab itu ramai ibu bapa mahukan shortcut itu untuk memastikan anak mereka punya berbelas A sehingga mereka terlupa yang pegi tuisyen sebenarnya adalah untuk mendalamkan kefahaman, bukan untuk memastikan anak tau apa nak dijawab.

Ramai benar yang tersilap tujuan mereka menghantar anak ke sekolah. Murid ke sekolah untuk belajar dan faham, bukannya untuk mengejar gred A.Once mereka belajar dan faham... gred A akan datang secara semulajadi sebagai reward dan ganjaran. Gred A tidak sepatutnya menjadi fokus paling penting dalam proses pembelajaran murid-murid sekolah. Memajukan diri dan minda.Itu adalah benda paling penting dalam proses pendidikan.

SPM hebat,ada Degree,ada Master,ada PHD...tapi bila disuruh angguk,dia angguk,bila disuruh geleng,dia geleng walaupun dia tak mau. Siapa yang pandai sebenarnya? Apa yang dibanggakan bila result periksa bagus tapi tak punya pemikiran sendiri?

Sunday, 13 February 2011

Petunjuk dari kebangkitan di Mesir

Oleh Mujahid Yusof

Saya tidak berapa perasan mulanya berlaku kebangkitan rakyat di Tunisia. Ketika saya berada di Melaka pada 15 January lalu saya bertemu dengan seorang guru lelaki dari Mesir yang mengajar di Sekolah Islam Ar Rahmah Solok Gaung. Isterinya orang Malaysia dari Terengganu.

Sebenarnya pagi itu setelah kuliah Subuh di Bukit Katil saya diajak oleh Hj Mat Diah pengasas sekolah untuk meninjau-ninjau perkembangan pembangunan sekolah sambil mempelawa sarapan pagi di rumahnya. Saya mempunyai hubungan yang baik dengan sekolah Ar Rahmah kerana anak-anak saya adalah bekas penuntut di situ dari sekolah rendah lagi.

Semasa bertemu dengan lelaki Arab dari Mesir itu beliau kelihatan gembira kerana saya boleh bertutor Bahasa Arab , antara respon awal pertemuan tersebut ialah dia menceritakan dengan penuh semangat tentang kebangkita rakyat di Tunisia hanya kerana seorang penganggur yang berijazah telah membakar dirinya kerana kecewa dengan sistem korup pemerintahan Ben Ali di Tunis.

Katanya lagi dalam bahasa arab pekatnya, Mesir sedang menanti saat kebangkitan dalam masa beberapa hari menurut apa yang didapatinya dari jaringan Internet. Sememangnya pagi itu dalam dada akhbar terpampang berita kejatuhan Ben Ali yang bersiap sedia untuk meninggalkan Tunisia.

Selang beberapa hari berita tentang kebangkitan Mesir pula menyusul dan hari ini, kebangkitan dua negara Arab di benua Afrika Utara itu menguasai ruang pemberitaan seluruh dunia.
Tidak kurang peristiwa kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia membawa mesej berambus kepada pemimpin kuku besi lain di negara Arab sehingga isyaratnya menggetarkan pemimpin-pemimpin diktator sampai ke tulang sum-sum mereka.

DEMOKRASI UNTUK SIAPA?

Monday, 31 January 2011

Gadis Lazimnya Gagal...

Sebilangan kita berada dalam keadaan duka manakala sebilangan lagi bergembira. Begitu lumrah kehidupan manusia. Bagaikan roda.

Bagaimana pun kita berhak menentukan sikap dan kaedah pemikiran sendiri.

Kita berhak berfikiran positif, positive thinking.

Mengapakah kita perlu mengamalkan postive thinking sepanjang kehidupan? Positive thinking, satu harapan.
Jika manusia berada dalam keadaan lara dan tidak mampu berfikiran secara positif, mereka mengundang langkah kecundang. Kecundang berikutan tidak memiliki harapan. 

Contohnya, golongan miskin, jika tidak berfikiran positif untuk berusaha mengubah tahap kehidupan bakal kekal miskin.

"Sudah begini takdir kehidupan kita"

Itu antara keluhan mereka.

Ya! Begitu kehidupan andai terus berfikiran negatif.

Jika sebaliknya berlaku, niat itu satu semangat, satu harapan.

"Kita miskin namun kita akan terus berusaha mencari peluang untuk memperbaiki kehidupan kita"

Berfikiran secara positif, formula mendorong manusia untuk mengecapi kejayaan. Golongan miskin harus tahu di mana ada kehendak, di situ ada jalan, where there is a will there is a way namun kekadang tiada insan sudi membisikkan semangat itu ke telinga mereka.

Hakikatnya, majoriti golongan kaya, lena dibuai kekayaan dan  hanya  bergaul  di kalangan kelompok elit mereka. Masa melihat ke bawah, memahami dan membantu golongan miskin bukan lagi tersenarai dalam jadual mereka.

Justeru, berusaha untuk memperbaiki kehidupan, tanggungjawab golongan miskin tanpa terlalu berharap kepada bantuan golongan kaya raya.

JIka dilihat, rakyat Indonesia, berhijrah ke negara ini sehelai sepinggang mampu hidup mewah, memiliki rumah besar dan empayar perniagaan sendiri di negara asing, Malaysia.

Mengapa tidak kita?

Tuesday, 28 December 2010

Piagam Madinah

Piagam Madinah telah digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia. Serius saya sangat kagum dengan kenyataan ini. Bangga tak terkata tetapi disebabkan tidak punya teman bukan muslim ketika di bangku sekolah, jadi tiadalah kepada siapa saya ingin berkongsi faktanya.

Kita sebagai umat Islam sentiasa beriktikad [percaya dan meyakini] bahawa segala kata-kata Rasulullah itu bukanlah hawa nafsu Baginda - sesungguhnya ianya adalah wahyu dari Allah Taala -- Wama yantiku anil hawa, in hua illa wahyu yuha.


Maka dengan sebab itu, saya berpendapat Piagam/Sahifah Madinah adalah sesuatu yang digubal oleh Rasulullah yang sentiasa dipandu oleh Allah Taala dalam menggubalnya.

Maka tidak hairanlah jika kita tidak menemui sebarang kecacatan dan sebenarnya kita tidak mungkin akan menemui kecacatan pada Sahifah Madinah itu. Ini kerana Allah sebagai "khalik" lebih mengetahui apa yang tidak kita sebagai "Makhluk" ketahui kerana Dialah yang menciptakan kita semua dan Dialah juga yang mengaturkan segalanya.

Sunday, 5 December 2010

Selamat Tahun Baru!!

Muharram adalah nama bulan antara bulan-bulan yang lain yang telah ditetapkan di Arab sejak zaman pra kenabian lagi. Dalam kata lain sebelum kelahiran junjungan besar Rasulullah SAW lagi, Muharam, Rejab, Syawal telah lama digunapakai di negara-negara Arab. Dan perkiraan ini terus digunapakai oleh Rasululllah SAW sehinggalah hari ini. 

Meskipun demikian, saat itu masih belum dimulai perhitungan tahunnya. Oleh itu bagi yang mempelajari sirah, pasti akan bertemu dengan nama-nama peristiwa terpenting yang membelakangi pada tahun tersebut seperti tahun gajah, tahun kesedihan, dan lain-lain. Ketika Saidina Umar bin Khathab menjadi Khalifah, baharulah perhitungan tahun itu dimulai dengan mendasarkan pada hijrahnya Nabi SAW dari Makkah ke Madinah.

Sedangkan Sura adalah salah satu nama bulan dari tahun Çaka, nama ini berasal dari mitologi Hindu-Jawa, Aji Çaka. Dalam Babad Tanah Jawa disebutkan bahwa kedatangan orang-orang Hindu di Jawa menandai dimulainya zaman baru, yaitu zaman Aji Çaka yang menurut perhitungan mereka zaman itu bersamaan dengan tahun 78 Masihi. Oleh sebab itu, tahun Çaka dan tahun Masihi berselisih 78 tahun.
ilustrasi 
Puluhan tahun berikutnya, ketika Mataram ada di bawah pemerintahan Sultan Agung Hanyokrokusumo, dia pun berinisiatif untuk memperbaiki penanggalan Caka nie. Maka kemudian pada tanggal 1 Muharram 1043 H (8 Juli 1633 M) ditetapkan sebagai tanggal 1 Suro tahun Alif.

*artikel berikut saya pergunakan Bahasa Indonesia atas hal nya merekalah yang menjadi inti topik tersebut***
Persepsi yang Salah
Bulan suro adalah bulan penuh musibah, bencana, kesialan, bulan keramat dan sangat sakral. Itulah berbagai tanggapan masyarakat mengenai bulan Suro atau bulan Muharram. Sehingga kita akan melihat berbagai ritual untuk menghindari kesialan, bencana, musibah dilakukan oleh mereka.

Sunday, 14 November 2010

Suu Kyi::

Berita pembebasan tanpa syarat Aung San Suu Kyi--pemimpin prodemokratik Burma pasti amat disambut gembira seluruh dunia terutamanya pengamat politik Myanmar. Tidak terkecuali yang melalui getirnya secara langsung-Ban Ki Moon dan Dr Mahathir serta lain-lain pemimpin ASEAN yang sekian lama menuntut kedemokrasian-pembebasan pemegang Nobel ini.
 Daw Aung San Suu Kyi, 65 adalah seorang aktivis prodemokrasi Myanmar dan pemimpin National League for Democracy (Liga Kebangsaan bagi Demokrasi). Pada 1991, ia menerima Penghargaan Perdamaian Nobel karena berjuang mempromosikan demokrasi di negaranya tanpa menggunakan kekerasan dalam menentang kekuasaan rejim militer. Ia dibebaskan secara resmi oleh junta militer Myanmar pada tanggal 13 November 2010 setelah bergelar sebagai tahanan rumah selama 15 tahun dari 21 tahun masa penahanannya sejak pilihanraya umum yang dimenanginya pada tahun 1990.
Myanmar sekian lama sememangnya menjadi duri dalam daging ASEAN terutamanya buat Tun Dr Mahathir -- kerana beliaulah yang bertanggungjawab terhadap penyertaan Burma ke dalam peta ASEAN. Sekian lama perhatian dunia tertumpu kepada tokoh pembangkang yang satu ini. Bahkan saat junta menang besar pada pilihanraya yang baru-baru ini-sempat mengundang kegusaran banyak hati akan nasib masa depan Aung San Suu Kyi.

Walaupun tokoh pembangkang paling terkenal di Myanmar itu ditahan di rumah sejak tujuh tahun lalu, dipinggirkan dan dihalang daripada bersuara oleh junta tentera, beliau tetap melambangkan harapan untuk masa depan lebih baik terutamanya bagi ramai penduduk di negara miskin ini. Tidak sedikit yang menganggapnya sebagai dewa yang bakal menyelamatkan membawa sinar cahaya kepada rakyatnya.

Jangan tidak tahu--kelantangan beliau di medan politik turut menginspirasi banyak jiwa di Indonesia bagi meruntuhkan rejim Soeharto 1998 lalu. Bagi mereka perjuangan demokrasi yang dilakukan oleh rakyat Burma di bawah kepemimpinan Aung San Suu Kyi yang berhasil menggulingkan diktator Ne Win pada tahun 1988 menginspirasi mereka untuk juga memperjuangkan demokrasi di Indonesia

Sidang produksi Poernama mengucapkan sekalung ucapan tahniah atas pembebasan Aung San Suu Kyi. Semoga masa depan Myanmar terutamanya makin bertambah gemilang di masa depan.
SRi:Puas hati ngan keputusan Kerajaan Negeri tak menjemput media-media "arus perdana" daripada meliputi Sidang DUN pagi tadi. Tapi pelik macam bangga sangat pula Utusan Malaysia ni buat statement: "Wartawan Utusan bagaimanapun berjaya menyusup masuk untuk membuat liputan tersebut." Nampak sangat memang dasar orang jahat dan teramat terdeteksi kepoyoannya di situ!erg

Monday, 31 May 2010

Dayus Israel!!

1. Jika Anda pernah belajar Humanitarian Law sewaktu sekolah dulu mesti Anda tahu siapa yang boleh diserang dan siapa yang teramat sangat TAK boleh diserang.
2. Pendek kata- jika masih ingat peristiwa Perang Pembukaan Kota Mekkah - Perang terakhir Baginda SAW - itulah aturan yang diterapkan dalam Humanitarian Law - hanya cuma insan yang benar-benar menyerang konvoy ketenteraan sahaja yang boleh diperangi-yang lain-yang tidak berniat apatah lagi rakyat jelata yang tidak bermaya - jangankan darah mereka menyembah bumi-dihunuskan jelingan mata tajam amarah pun tidak diperbolehkan.
3. Israel tak pernah menghormati aturan ini. Dan yang terbaru konvoy bantuan kemanusiaan ke Gaza pula yang diserang. Kapal-kapal konvoy ini penuh bertempelkan mesej keamanan - menunjukkan yang hadir cuma rakyat biasa - membawa bantuan perubatan dan makanan. Bahkan konvoy ini telah diperiksa dengan ketat oleh sebelum berlepas menjamah laut 

p/s: Recep Tayyip Erdogan, Turkey's prime minister, says the flotilla was carefully inspected before departure:
"I want to say to the world, to the heads of state and the governments, that these boats that left from Turkey and other countries were checked in a strict way under the framework of the rules of international navigation and were only loaded with humanitarian aid."
"There was no one on board "other than civilian volunteers" he said.

4. Mereka diserang oleh komando Israel - atas laut antarabangsa 65km daripada pantai Palestin - dengan alasan mereka membawa senjata tajam dan berkaitan dengan teroris [Al-Qaeda]. Hebat sungguh benda tajam itu sampai mampu menyebabkan serangan yang menghasilkan 19 terkorban manakala 26 lagi cedera. Dan jumlah ini mungkin lebih jauh sediki daripada jumlah asalnya.
p/s:Terdapat beberapa rakyat Israel, dua ahli parlimen Israel turut serta dalam konvoy. Dan teramat sangat tak logik sangatah jika mereka-mereka ini pun dituduh termasuk dalam komplot teroris juga.

5. Adalah sangat pengecut tidak logik norma manusia-Israel yang sangat gah dengan senjata-senjata pemusnahnya - sangat terancam pisau yang dibawa mereka. Sungguh - Israel adalah satu kelompok negara bangsa yang sangat pengecut terencat akalnya.
6. Zaman Jahiliyyah pun jauh lebih bertamadun daripada mereka.
7. Semoga anak-anak tempatan-wakil media negara-yang menaiki kapal Turki-'Mavi Marmara'- dan semua serta bantuannya-selamat sahaja alhamdulillah. Dengar khabar-tentera Turki pun sudah dalam perjalanan ke sana. Apakah hanya negara yang satu ini sahaja yang berani untuk menghadapi memerangi laknatullah ni?
8.  Rasanya kita yang masih belum memboikot - banyak mengunakan produk yang sah-sah menyumbang kepada Israel - turut wajib rasa bersalah dengan apa yang terjadi hari ini.
SRi: What kind of world are we living in when it allows a rogue state to use violence and killings against unarmed people on a mission of charity. Really ruined my happy day!*urgh!!!!*

Thursday, 28 May 2009

Blog Parti Komunis??

Owh yeah,thats right~PKM is online now!! Maybe finally we can hear their side of the story for once. I am not saying their fight is justified. I just want to see it from their side point of view. Let's put it this way.

You can actually read a few pages from a commemorative comic made for the 50th anniversary of PKM in that blog.

In those comics they often show how "evil" capitalism is. The love using the word "glorious battle" , " comrades" and " fighting for the people". I never knew that this kind of comic was available in my own country and my own mother tongue 29 years ago!

Here are a few pages that I find interesting.

Notice the word "serangan hendap indah"... I can't help but laugh. Probably a direct translation from " a glorious ambush"..hehe Also note the exaggerated figures of "beribu-ribu juta ringgit" just to emphasise on the wastefulness...hihi
SRi:Thanx to obefiend~check it out babe!

Thursday, 23 April 2009

Kota Melaka

Sering kali kita dengar orang kata apa-apa yang ditinggalkan oleh sejarah hanya merupakan kenangan tak dapat digantikan atau dibuat apa-apa lagi. Ini sama sekali tak tepat. Sejarah bangsa meninggalkan dua jenis harta yang cukup besar nilainya kepada bangsa generasi berikutnya.

Pertama ialah ‘harta’ dalam bentuk pelajaran yang penting dipelajari atau direnungi oleh generasi bangsa kemudiannya. Jika pelajaran yang ditinggalkan itu baik, maka perlulah generasi berikutnya mempelajari, mencontohinya, mengekalkan dan seterusnya memperkuatkan tradisi yang ditinggalkan. Jika tak baik, lainlah pula caranya. Kenalah belajar dan ambil iktibar. Takkanlah kita nak biarkan diri dijajah lagi?

Harta sejarah bangsa adalah harta yang ditinggalkan oleh nenek moyang Melayu dalam bentuk seni dan kesusasteraan bangsa, baik dalam bentuk fizikal maupun dalam bentuk yang tak tertangkap dek mata namun hanya mampu difahami, dihayati dan dipelajari isi dan maknanya melalui fikiran yang tajam, halus dan mendalam. Harta pusaka fizikal termasuklah seni binanya dan segala motif yang tertancap di dalam rekabentuk rumah tradisional, istana Raja Melayu dan sebagainya.

Apabila Melaka diserang Portugis dan menduduki negeri itu lebih seratus tahun kemudian digantikan dengan Belanda dan kemudiannya Inggeris, imej Melayu di negeri itu hampir-hampir lenyap, dihapuskan. Kini kita pula terpaksa membina replika Istana untuk ditontonkan kepada anak cucu dan pelancong luar nak tunjukkan bahawa di Melaka suatu ketika dulu ada Istana Raja Melayu yang memerintah selama lebih 100 tahun sebelum penjajah Portugis memusnahkannya.

Nasib baik bentuk istana itu dirakamkan melalui karya Agung Melayu, Sulalat al-Salatin atau Sejarah Melayu. Tetapi itu replika sahaja, bukan yang asal seperti bangunan A’Famosa, gereja St. Paul dan bangunan Stadhyus. Entah mengapa kita juga menghidupkan semula sejarah serangan Portugis di Melaka dengan membina replika kapal perang Portugis yang menyerang Melaka. Inilah yang menghantui benak Sri sejak zaman kanak-kanak lagi.

Namun disebalik tongkang itu, tak pula kita hidupkan sejarah orang Melayu Melaka yang berjuang menentang penceroboh Portugis itu, dan bagaimana ‘tali barut’ orang asing yang berada di Melaka pada ketika itu memberi maklumat untuk memudahkan askar-askar Portugis mendarat di Melaka. Kita juga tidak menghidupkan semula keberanian Melayu Johor yang membantu askar Belanda merampas Melaka dari tangan Portugis.

Lekeh sangatkah kita zaman dulu? Malukah kita dengan moyang kita yang berjuang bermati-matian dengan tulang empat kerat tanpa pistol dan meriam demi kelangsungan keharmonian hidup kita hari ini? Haruskah kita berbangga dengan sejarah hitam dijajah orang? Kesilapan mereka kita jadikan teladan, namun semangat patriotisme yang dikibarkan kita ambil sebagai pedoman kehidupan seharian.

SRi:Tak tau lagi bila nak sambung cerita tentang Islamic Architecture tue?
[bile kite nk bukak hamper tue weyh??hahahhahaha]

Sulalat al-Salatin


Walaupun kota Melaka telah roboh digantikan dengan A Famosa dan Stadhyus, sejarah dan tamadun Melayu Melaka telah meninggalkan pusaka yang cukup berharga dari segi nilai sejarah, budaya, kesusasteraan, sistem pemerintahan, dan tatacara urusan perdagangan di perlabuhan. Pusaka ini ditinggalkan dalam bentuk dokumen besar, iaitu karya Sulalat al-Salatin atau Sejarah Melayu.

Dokumen besar budaya dan tamadun inilah yang tidak termusnah oleh zaman, oleh penjajahan. Ia kekal sebagai saksi sebenarnya kebesaran bangsa Melayu, di samping segala kelemahan moral peribadi beberapa raja yang memerintah sehingga menyebabkan negara atau empayar yang masyhur itu lemah lalu terdedah kepada segala tipu muslihat saudagar asing yang menggunakan rasuah untuk melagakan raja dengan bendahara dan akhirnya empuk dimakan sang Portugis.

Dokumen ini menjadi bahan kajian puluhan, ribuan mungkin para sarjana daripada pelbagai bangsa sejak abad ke-19. Malangnya, warisan ini pun nampaknya makin lama makin tak dikenali secara serius oleh generasi Melayu hari ini. karya seagung-dan karya yang setarafnya-tak dijadikan bahan bacaan wajib sistem pendidikan negara dan para pegawai kerajaan yang seharusnya menguruskan pentadbiran negara tak cuma berdasarkan ilmu pengurusan yang diajarkan oleh orang lain, tetapi semestinya juga berdasarkan ilmu dan nilai pengurusan bangsa sendiri.

Namun, inilah ilmu yang tidak diajarkan dalam bangsa kita. Kita menyangka, ilmu orang lain lebih baik daripada ilmu kita-ilmu yang banyak disampaikan secara langsung atau tak langsung dalam cerita atau wacana tradisional, dalam peribahasa dan pepatah Melayu, dalam pantun Melayu, dalam hikayat Melayu. Ilmu Melayu dimantapkan dan menjadi pusaka yang tak lekang dek panas, tak lekuk dek hujan melalui petua dan amalan.

Ilmu Melayu ini sejak zaman Melayu belum dijajah oleh bangsa asing, adalah berdasarkan kitab, yakni perintah Allah yang memerintah manusia mentadbir urusan dunia, urusan negeri dan urusan rakyat, dengan adil, amanah, bersih dan cekap berdasarkan ajaran dan nilai Islam. Pemikir Melayu dahulukala mengungkapkan model ini melalui peribahasa dan pantun sebagai: Adat Bersendikan Kitab

Kalau bangunan bersejarah dapat kita baik pulih dan pelihara maka warisan ilmu dan falsafah bangsa yang terkandung dalam sekian banyak korpus persuratan Melayu itu pun semestinya dipelihara, dikaji, dipelajari, diajarkan melalui sistem pendidikan bangsa Melayu dan ilmunya yang baik dan sesuai sepanjang zaman kita amalkan dewasa ini.

SRi:Cuti kelmaren baru sedaw tahu kewujudan dokumen bersejarahni
Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)