Friday 31 December 2010

3:192-194

"Rabbana innaka man tudkhilin-nara fa-qad akhzaytahu, wa ma liz-zalimina min ansar." 
 
"Rabbana innana sami'na munadiyan yunadi lil imani an aminu bi-Rabbikum fa-amanna, Rabbana faghfir lana dhunubana wa kaffir 'anna sayyiatina wa tawaffana ma'al-abrar. Rabbana wa atina ma wa'adta-na 'ala russuli-ka wa la tikhzi-na yauma-l-qiyamati innaka latukhlifu-l-mi'ad." 

 "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya orang yang Engkau masukkan ke dalam neraka, maka sungguh, Engkau telah menghinanya, dan tidak akan ada penolong bagi orang yang zalim."
 
"Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mendengar orang yang menyeru kepada iman, (iaitu)  "Berimanlah pada Tuhanmu!" Maka kami pun Ya Tuhan kami, ampunilah kesalahan kami dan hapuskanlah kejahatan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti"

"Ya Tuhan kami, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui rasul-rasulMu. Dan janganlah engkau hinakan kami pada hari Kiamat. Sungguh Engkau tidak pernah memungkiri janji."
  *****
"Our Lord! surely whomsoever Thou makest enter fire, him Thou hast indeed brought to disgrace, and there shall be no helpers for the unjust." 

"Our Lord! We have heard the call of one calling (us) to faith, saying, Believe in your Lord; so we do believe; our lord! forgive us our faults and cover our evil deeds and make us die with the righteous; Our Lord! and grant us what Thou hast promised us by Thy messengers and disgrace us not on the day of reserrection; surely Thou dost not fail to perform the promise." 
Ali Imran:192-194

Thursday 30 December 2010

Diet Ala-Dr.Hanif [Bhgn II]

3. Puasa
Mama kata Nabi SAW puasa 3 hari sebulan. Isnin, Khamis dan hari-hari pertengahan-lebih kurang 15hb. Jadi aku rasa selain menghidupkan kembali sunnah Nabi SAW-secara tak langsung korang pun dapat kurus sekali. Tapi harus niat ikhlas kerana Allah lah-kalau korang memang niat semata-mata puasa nak kurus; memang kurus sajalah yang korang dapat nanti. Nol di mataNya. 
Innamal a'malu binniyat, wa innama likullimri in maanawa
Aku memula pun takdalah perasan sangat tentang hal ni-tetiba aku entah macamana kawan aku kata-aku kurus sebab duk selalu berpuasa. Mm,logik lah juga. Bukannya apa-bagi seorang yang agak penyegan cam aku nih-rasanya puasa adalah ibadah yang paling mudah sekali. Korang tak payah nak buat apa-apa. Jaga mata-tak payah buka televisi. Jaga lidah-tak payah susah-susah nak gi bercakap dengan orang. Mudah kan?! Duduk buat kerja macam biasa saja. 

Ceritera Chinta Harimau Malaya

Sebut tentang Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex, lahir 7 Februari 1989--ramai betul awex-awex FB malam tadi ajak beliau kahwin-ajak couple! Tumpang-tumpanglah muka Hero kelahiran Kelantan ni ala-ala Cina - lepas tu sangat berwibawa dan hebat menangkaps bola pula tu Final ni-semua wajiblah kan tergugat iman sudah! Gua tak tahu goalkeeper negara ni PTS ka apa-tapi menurut sumber yang boleh dipercayai dia PMR'03 di Sekolah Bandar Penawar, SPM'05 di Sekolah Bukit Jalil.
Dalam post yang sebelumnya-Harimau Malaya-gua ada sebut tergossipkan bola kan?! Jadi kepada yang dah berkenan akan kecomelan wajah Cina [yang kekadang aku tengok macam rupa VJ Daniel] dan kesasaan keketaqan tubuh badannya-sila tarik nafas dalam-dalam OK! Sila bersiap sedia untuk terkecewa selepas ini.

Khairul Fahmi SUDAH Berpunya!

Jalan-Jalan@Norfolk City


 Malaysia’s involvement in Formula 1 is now greater than ever. It first started off with Petronas’ engagement with the Sauber Formula 1 back in 1995 and then the hosting of the Malaysian Grand Prix at Sepang in 1999. That has been going on for the past 12 years. 

Now Petronas is the title sponsor of Mercedes GP, a team which 7-times World Champion Michael Schumacher calls home and a team that has won the Driver’s and Constructor’s Championships in 2009, when it was known as Brawn GP. Our involvement has increased with the birth of Team Lotus (previously known as Lotus Racing) which is run Air Asia’s boss Tony Fernandes under the 1Malaysia Racing Team. This team is officially classified by the FIA as a Malaysian team.


You would also know that the Renault Formula 1 team is now known as Lotus Renault, backed by Group Lotus. This came after a fallout between Team Lotus, Group Lotus and it’s parent company Proton. This team has no relations to Fernandes’ Team Lotus, only having the brand name in common.

The use of the name Team Lotus is still in jeopardy for Fernandes, pending a decision from the British High Court on the matter and no one has any idea when the decision will be announced. For now the team is allowed to use Team Lotus as its official name in Formula 1 after the FIA gave the green light.

Putting the issue between Team Lotus, Group Lotus and Proton aside, lets we go jalan-jalan merry around the Norfolk's factory.



The factory isn’t huge, but definitely enough to run a Formula 1 outfit. The factory looked fully operational, occupied by staff that are busy preparing for the team’s second campaign in 2011.

Harimau Malaya Gah Membaham Garuda!

Ahaks. Kepada Cik Princessa--sila berbangga OK! Saya buat post kali ni-bley lah dikatekan semata-mata untuk memenuhi permintaan Anda.. Sila berbangga!! WHOA
Well-sebenarnya gua tengah bersemangat waja nak sambung Bahagian II Diet-mendiet nih.. Tapi sebab aku terklebihculturalshocked melihatkan status FB *Twitter tak masuk lagi** dan bloglist yang semuanya hapdets tentang kejayaan Malaysia hari ini-gua pun jadi terikut gembira juga untuk berkongsikan kebahagian ni dengan korang semua! Lagipun gua pun baru saja balik dari nonton bola dan makan-makan bincang bercerita (baca:gosip) bola tadi.

Serius-gua sangat bangga dengan prestasi sepakbola Harimau Malaya akhir-akhir ini. Takdalah akhir-akhir sangat-tapi sejak skuad bawah 21-23 mulai menunjukkan taringnya-asal ada topik tentang dorang di saluran akhbar perdana-pasti gua click dan baca. Bangga gila kowts! Dan untuk pengetahuan pembaca semua-besdey gua [baca:rujuk besdey Amri Yahyah] dah nak dekat-jadi bolehlah kot sesapa nak hadiah kan jersey Malaysia yang belang hitam kuning tuh. Gua pakai size S-sengaja nak bagi sexay macam patung-patung Nike tuh!WHOA

Malam ini-selain delegasi VVIP Indonesia yang termasuk Presiden SBY-kamera turut sempat menyorot kehadiran Luna Maya [yang dah makin berkurangan kecantikannya-gara gara kesunyian gamaknya] dan Daram Queen Manohara. **Btw, betul ke wujud injection yang boleh bagi gemuk tuh?! Kalau ada-aku pun nak weyh. Sakit jiwa gila kot duk asyik tengok jarum penimbang bawah 50.

Secara keseluruhan-meskipun Malaysia agak digasak keras malam ini; namun kematangan permainan terlihat mampu menahan semua serangan Timnas Indonesia. Meskipun kita agak terlihat lebih bermain defensif-namun counter attack by Safee Sali, Ashari dan Idlan Talaha sememangnya mampu menggentarkan jiwa kubu lawan malam ini. Secara keseluruhan tepukan gemuruh harus diberikan kepada semua pemain wakil negara sebagai tanda apresiasi rakyat kepada mutu bola sepak Malaysia hari ini.

Tuesday 28 December 2010

Piagam Madinah

Piagam Madinah telah digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia. Serius saya sangat kagum dengan kenyataan ini. Bangga tak terkata tetapi disebabkan tidak punya teman bukan muslim ketika di bangku sekolah, jadi tiadalah kepada siapa saya ingin berkongsi faktanya.

Kita sebagai umat Islam sentiasa beriktikad [percaya dan meyakini] bahawa segala kata-kata Rasulullah itu bukanlah hawa nafsu Baginda - sesungguhnya ianya adalah wahyu dari Allah Taala -- Wama yantiku anil hawa, in hua illa wahyu yuha.


Maka dengan sebab itu, saya berpendapat Piagam/Sahifah Madinah adalah sesuatu yang digubal oleh Rasulullah yang sentiasa dipandu oleh Allah Taala dalam menggubalnya.

Maka tidak hairanlah jika kita tidak menemui sebarang kecacatan dan sebenarnya kita tidak mungkin akan menemui kecacatan pada Sahifah Madinah itu. Ini kerana Allah sebagai "khalik" lebih mengetahui apa yang tidak kita sebagai "Makhluk" ketahui kerana Dialah yang menciptakan kita semua dan Dialah juga yang mengaturkan segalanya.

Diet Ala-Dr.Hanif [Bhgn I]

Berat aku paling tinggi rasanya 50kg. Tu pun dah tercungap-cungap aku nak capai! Bila naik atas penimbang tu dan lihat jarum tersebut di atas angka 50-aku rasa macam nak peluk saja semua manusia yang ada. Senyum gembira bukan kepalang. Namun panas tak sampai ke petang-tidak lama kemudian-kembali kepada kitaran asalanya semula-46. Yups-berat aku memang standardnya adalah 4+. Dan korang tak tahu aku stress bila tengok jarum tersebut di bawah 45.

Menjadi seorang yang kecil (baca:Kurus seperti Yuna) bukanlah sesuatu yang sangat boleh dibanggakan. Apetah lagi aku adalah lelaki. Bukannya perempuan. Mencari baju mungkinlah tidak sesukar celana. Hanya beberapa brand saja yang selesa aku pakai sehari-hari; bagi ukuran pinggangku yang 27 ini- SODA, Body Glove, Snails dan X8. Nampak gayanya, mungkin aku perlu bertukar citarasa kepada MNG, Esprit, ROXY selepas ini.

Tahun ini (baca:terutamanya dua bulan terakhir) aku baca status dekat Facebook-banyak sangat yang komplen dengan diet yang tak berjaya dan lain. Pendek kata semua pakat sakit kepala dengan beban badan mereka sendiri. Dan anggaplah ini sebagai hadiah tahun baru untuk korang-aku akan bagitau apa rahasianya aku masih boleh kekal langsing sampai hari ini. WHOA!

Oleh kerna blog aku juga turut banyak dibaca ahli-ahli bidang perubatan dan pakar-pakar sains kesihatan-jadi sila jangan segan silu untuk memberikan apa-apa jua input masukan yang membina-apetah lagi jika ada yang tersalah fakta. Aku akan mempertimbangkannya. Sebab ketika aku tulis ni-aku tak berada di dalam gedung yang penuh buku-buku medis yang boleh dijadikan sebagai rujukan. Jadi jika ada yang salah-sila jolokkan. Ouch

1. Jalan Laju
Aku budak asrama-dan memang waktu aku masuk asrama dulu; antara cita-cita aku adalah untuk menjadi seorang yang tinggi dan berbadan sasa [baca:berisi] -namun apabila akhir tahun kelima-selesai SPM-aku masih seperti waktu mula-mula masuk Tingkatan Satu Marikh-kecil dan alhamdulillah-tidaklah terlalu kerdil. *tambah satu lagi-aku nak berkulit cerah! Sebab tu aku banyak "tanned" atas katil.

Aku tahu--waktu di dewan makan-ada ramai yang tunggu aku habis makan-terutamanya geng-geng kakak itu -sebab budak laki apekesah dengan aku-dorang sanggup tunggu aku bangun dari tempat duduk; semata-mata nak tengok aku "lari" pergi hantar tray. 

Yups-dorang tunggu nak tengok sebuah kartun pengguin yang bininya dah pecah ketuban nak pergi hantar tray makan. Gara-gara keobsesan terlampau dengan Formula Satu. --Jadi ke mana-mana saja aku akan memperaktikkan "kecepatannya" walaupun takdalah cepat mana pun sebenarnya. Hahaha

Dalam kata lain, dari sekolah lagi--aku memang dah terbiasa dengan jalan laju-laju ni.  Dan untuk pengetahuan korang, bila kita jalan laju-laju -jalan okayh,bukan lari- badan kita kita akan mengaktivasikan sistem metabolism yang lebih tinggi. Dalam kata lain- korang akan jadi sebuah kereta yang sangat boros minyaknya. Orang lain cukup makan sebiji roti sehari-tapi anda perlukan dua atau tiga roti sehari untuk menyamai tenaga yang dihasilkan sehari-hari. 

Sunday 26 December 2010

Naza Forte, Toyota Camry, Toyota Corolla Altis, Kia Sportage::NEXT Generation PDRM's Eagles

Anda mesti kagum apabila menonton filem-filem antarabangsa terutama keluaran Hollywood yang menampilkan kehebatan Polis mereka dalam menangani jenayah. Kini kegagahan tersebut tidak lagi hanya di sana semata. Mereka akan dibawa ke Malaysia untuk menguatkan lagi jentera PDRM selepas ini. Dan jangan terkejut jika suatu ketika nanti para Abang Polis Peronda menjadi golongan terhangat di mata wanita-wanita di luar sana. Gigit jari sajalah nampak gayanya Dr, Ir, Lawyer yang baharu grad nanti. "Muscle" mereka jauh lebih besar daripada Kancil Anda.


Gambar-gambar ini saya percaya diambil di sebuah Ibu Pejabat Polis di Langkawi. Hallaaaa--yang atas bukit tuh. Bagi mereka yang baharu pulang daripada festival Langkawi-mungkin tahu lokasi yang saya maksudkan.

JJCM-Sop Konro

Semalam aku turun Bandung--saja saja jerks-niat nak gi makan Cizz Cake dekat Jalan Laswi jerks - kemudian terus balik-sebab malam semalam ada solat berjemaah dekat rumah. Tapi tetibe aku makan lahap sangat dalam kedai tue-sehingga menyebabkan tercepat sangat lah pula habis. Harga untuk setiap potongan kek Rp 16,000. Agak mahal lah jika nak dibandingkan dengan makan aku yang berkitaran Rp 10,000 setiap porsi. *Sila jangan tanya berapa porsi aku tibai sekali makan!** Tapi bila aku convert into RM -- Mm,lebih kurang dengan Secret Recipe jerks. So, enjoyce sajjorkss!
Sebab dah awal sangat habis--aku rasa tak berbaloi pula nak balik Jtown awal-awal sangat. Makanya aku pergi Riau-aku tak tahu kenapa-tapi aku lagi suka gi Riau than Dago. Biasa -- window shopping. Tapi dalam hati memang ada jah niat nak cari T-Shirt V neck baru-Ya lah; yang tinggal cuma Converse putih tu je kowts-dan kasut baru; aku nye kasut memang semua dah nazak-esp Nike Hitam tuh-nak masuk 4 tahun dah kot aku pakai. Tapi bab kasut tu--memang aku letak jauh-jauhlah; duit aku memang tengah semput sekarang ni

Apakah ada yang aku beli? Nehi!! Ada dua yang berkenan di hati-satu warna gray-one more Zara Black-- tapi bila aku tengok cam girly and gayyish semacam jerks-tak maw aku! Bley menimbulkan fitnah dan prasangka orang sekeliling pula. Dan sebelum aku menyebabkan awek korang turut terjatuhhati terjelessi pada kekedingan aku ni--jadi, better tak usah lah kots! Mulut korang tak caci maki aku-dosa pun selamats..

Saturday 25 December 2010

Merry Christmas

1. Hukum ucapkan Selamat Hariraya kepada agama lain-adalah Harus. Mengingatkan keperluan zaman ini berharmonian sesama manusia.

2. Hukum meraikannya adalah Haram. Berkisarkan perihalnya seperti kita meredhai atau meraikan kekufuran. Definitely not good for our Rohani

3. Hukum jadi Santa Claus pun turut Haram. Jadi kepada peniaga dan pekerja-sila prihatin dan sensitif soal isu ini.

4. Merry Christmas-Selamat Hari Natal kepada semua penganut Kristian yang menyambutnya.

5. Sila rujuk@click KPBI'06 dan BHarian untuk perbahasan dan alasan yang lebih lanjut. Penulis mohon maaf atas segala kesulitan tidak dapat menghuraikan di sini. Ada hal yang harus diselesaikan pagi ini.
SRi:Semua (segelintir sebenarnya) dah balik Malaysia Cuti-cuti Raya!So, enjoyce your Holiday..

Friday 24 December 2010

Chu-Rangs [Yang keberapa kali juga ntah?!]

Mesti ramai lelaki yang pelik bila suami Nora Danish ceraikan dia untuk bercouple dengan Fasha Sandha. Gila kau, Nora Danish tu! Lazat! Aku pun teguk air liur bila teringatkan pasal kecomelan Nora Danish dalam Puteri.

Fasha Sandha?.......Pada aku--no komen...kang dia kutuk aku dalam Facebook dia. Mati! Dah lah fans dia makin berkembang walaupun masih jauh ketinggalan daripada Lisa Surihani.

Yes. Lelaki-lelaki di luar sana pasti menyimpan impian nak dapat Nora Danish ke sebagai awek atau lebih best lagi...perempuan simpanan. Sapa yang tak nak kan? Kalau bagi aku pun aku nak, tapi sebagai gundik la, tak lebih dari itu. *Gila-mau kena gam aku pasnie!** 

"Bodoh siot laki dia ceraikan dia!Gila body melentik macam tu,muka cute2 ala Melayu mix dengan kucing" kata mana-mana remaja atau lelaki yang masih bujang. "Kalau aku dapat..aku tak tidur punya 2 minggu berturut-turut!" Pasti ada juga perempuan yang terliur tengok gambar duda Maya Karin.

Bodoh ke lelaki dia?
Takde ah. Laki dia tak bodoh,Nora Danish juga tidak bodoh.Takde sapa yang bodoh dalam benda ni.Sangat senang dalam diri kita untuk membina imaginasi tentang sesuatu yang kita tak nampak.Samalah jugak masa sebelum kahwin, awek anda atau boifen anda adalah orang yang paling hebat dan baik.

Hoo Hooo Hooooe!!

Thursday 23 December 2010

Maher Zain Back In Town!!

Berita baik kepada semua kipassussamatti En Maher Zain--terutamanya bagi yang tak sempat nak pergi jenguk beliaw kelmarin hari-kini Maher Zain akan kembali ke Malaysia pada 26hb Disember ini. Maher Zain akan menghiburkan para peminatnya selama 3 malam berturut-turut di The Summit Hotel, Subang Jaya.

Buat die hard fan [baca:kipassussamatti] Maher Zain, sila telefon 03-2288-1996 untuk membeli tiket yang bermula dengan harga RM200. Memang agak mahal tapi kalau dah nama peminat hardcore, apalah sangat RM200 tue kan? Sila telefon sekarang sebelum line menjadi busy dan seterusnya membuatkan anda menangis lagi kerana tak dapat melihat Maher Zain secara live. Meja Ukhwah tampaknya meja paling laris panass ketika ini.

Butiran lanjut sila rujuk MuslimAidAsia atau pun klik saja poster di atas.

Kredit:DragonNara
SRi:Syukur Piere Andre dah sedar untuk kembali ke pangkal jalan yang diredhaiNya. Anda bila lagi?!

Shahir AF8 diketemui ***********

Kebahagiaan Dalam Perpisahan
Itulah pesanan ringkas (SMS) terakhir Shahir AF8 dua minggu lalu sebelum menghilangkan diri. Tiada SMS dibalas-deringan telefon dijawab kepada mana-mana rakan artis mahupun pihak produksi sendiri. Tiada seorang pun yang berjaya menghubunginya walaupun khabarnya beliau di kampung, malah pihak pengurusan dikatakan telah mengupah penyiasat persendirian untuk mencari kelibat Shahir.

Mana tidaknya---press conference-AJL-show tak datang. Kalau nama memang dah layu - takde lah orang nak kisah lah kan?! Tapi kalau dah tengah meletup-semua orang masih minat - mau nya tak kena tembak! Contract sudah sign-encik menghilang pula. Apa kes?!

Pagi ini nak dijadikan cerita-Aznil bersama Ray dan Hanif-Krew Riuh Pagi ERA--berjaya menerjah telefon bimbit ibunda Shahir. Syukur-difahamkan Shahir telah pun bertemu memberi penjelasan kepada pihak Astro. Menurut ibu beliau--kesepian beliau lebih banyak dipengaruhi dengan tekanan kerja ditambah lagi dengan migrainnya yang sememangnya sudah sedia ada. **Tapi kami rasa-kebreak-up-an beliau dengan kekasih hati bertudung seperti yang diwar-warkan KakNabs kelmarin hariss-lebih banyak mempengaruhi ke-missing-in-action-an beliaw nie!

Wednesday 22 December 2010

1000-Mission Accomplished!!

Aku tak pasti mulai tanggal berapakah Ketua Pengarah Projek; Saudari Hajjah Siti Nur Nabila M.Shidik dengan bahagianya melancarkan projek ulung 1000<2011-atau kepanjangannya 1000 komen sebelum Tahun Baru; 2011 -- Namun yang pastinya pada tanggal 22 Disember 2010-impian tersebut telah menjadi kenyataan.

Beliaw dengan sukacitanya menggambarkan wawasannya -- dikelilingi oleh pelbagai rupawan wartawan dalam dan luar negara menemuramah mengoreks rahasia kejayaannya membawakan gambar yang entah siapa-siapa kepada kepecahanan kerekodan yang tak pernah terciptakan sebelum ini.

**Mungkin sudah--tapi kami tak sedar dan tak pernah jumpa ada lebih 1000 komen pada satu gambar yang sama. Biasanya paling tinggi pernah terketemui hanya cuma setakat 5++ sahaja. Dan of courselah itu melibatkan artis pujaan--atau memana figures yang memang gah dahsyat di mata dunia.

Anda memang takda kerja!

Couple [yg entah ke berapa]

Dulu-Jika ada (girl) yang letak SINGLE balik dekat Fb--aku mesti jadi antara yang pertama tekan butang LIKE -- and of course-gua tak perlu susah-susah nak tanya sebab apa break atau sebagainya-sebab tunggu jah lagi 4 jam 5 minit-Insyaallah ada punya explenesen dia kejap lagi.

Tapi tu DULU--sekarang aku dah malas nak tekan Like atau apa dah-sebab?! Selang seminggu- In a Relationship balik dah. Malas aku nak layan


Yups-aku masih single -- of course aku lagi bahagia macamnie dan serius walaupun aku berharap korang juga jadi macam aku--be a single-tapi tetap aku tak boleh harapkan realiti nya semudah itu. Kerna aku tau korang bukan aku. Sebab tu aku tak pernah ngamok tengking korang yang tak pernah nak reti-reti buat kerja ikut jalan kerja aku--kerna aku tau korang memang bukan aku dan aku pun tak expect korang boleh jadi macam aku

Sebab apa aku suka korang jadi single sekarangni?! 
  1. Korang tengah belajar lagi
  2. Pakwe korang pun duk belajar lagi
  3. Pakwe korang tak kerja lagi--takpun duk tengah tanam kurma--maupun kejap tanam kurma; esok lusa tanam anggur balik
  4. Korang duduk jauh-jauh; Long Distance Relationship
  5. Serius korang muda lagi--umur dah lah sebaya---sistem reproduksi saja yang dah matang-tapi otak?!hee

Monday 20 December 2010

Satria GTi:Harga Berpatutan--Pemanduan pun Mantafp!

Proton, apa saja kritikan yang dilemparkan terhadap mereka, sama ada berkenaan isu rebadge, copycat, kualiti rendah, harga yang mahal, servis selepas jualan yang teruk atau apa saja, untuk mereka yang masih tercari-cari sebuah kereta terpakai sporty yang berkuasa, dengan harga yang boleh dikatakan murah dan dilengkapi ciri-ciri talaan dari Lotus, jawapannya ada pada model Proton Satria GTi.

Benar -- Proton Satria GTi sebuah lagi kereta copycat dari Proton, ianya dibina berasaskan model hatchback 3 pintu keluaran Mitsubishi, dikenali sebagai Mitsubishi Mirage dan diluar pasaran Jepun dikenali sebagai Mitsubishi Colt. Perubahan yang dilakukan Proton melibatkan gaya rekabentuk di bahagian luaran hadapan, belakang dan beberapa komponen dalaman yang dipinjam dari model Wira, satu lagi model rebadge dari Mitsubishi Lancer.


Dilancarkan oleh Proton pada tahun 1999, Proton Satria GTi dilengkapi enjin aspirasi normal yang boleh dikatakan cukup berkuasa. Enjin 1.8 liter (1834cc), 16 valve DOHC (Double Overhead Camshafts) dari Mitsubishi siri 4G93p, dibantu transmisi manual 5 kelajuan, mampu menghamburkan kuasa kuda setinggi 138hp@6,000rpm dan daya tork sebanyak 164Nm@5,500rpm.

Saturday 18 December 2010

Money Matters

Its a very long time already I not talk about economy business thingy, especially Malaysia's. Actually I'm enjoy following currency market. I always take a walk through Jalan Masjid India, then go to Brickfield especially KL Sentral, take monorel to Bukit Bintang, after that Giant and Tesco or Carefour just want to know the exchange rate they offer. And supprisingly, KL Sentral offers better price than others.

Nowadays Malaysians, including Malaysian monetary authorities seem quite happy over the appreciation of the Ringgit against the US Dollar. It is now stronger against the US Dollar by approximately 20 per cent.

But what does this mean to the people? It should result in imports becoming cheaper if not by 20 per cent at least by some percentage below that. But I don't think Malaysian imports paid for in US Dollars is noticeably cheaper in Ringgit. I don't think you could buy Bvrgari 20 per cent less cheaper than before. Why is this so?  

We think that when our currency strengthens it must be because our economy is strong, Therefore we are doing well. But are we doing well? 

Is it the Ringgit which is appreciating or is it the US Dollar which is devaluing? Actually for me it is the US Dollar which is devaluing. It is devaluing against most other currencies, especially against China's currency. Why is the dollar devaluing? Could it be due to the currency traders selling dollars? Could it be because the balance of payment is not in US favor?

Martin Wolf of the Financial Times, an expert on money have this to say. There is a global currency battle going on. "To put it crudely," he says, "the US wants to inflate the rest of the world, while the latter is trying to deflate the US. The US must win, since it has infinite ammunition; there is no limit to the dollars the Federal Reserve can create. What needs to be discussed is the terms of the world's surrender; the needed changes in nominal exchange rates and domestic policies around the world.

Our reserves are represented by the US Dollar, gold and other currencies which we keep in order to back the value of our Ringgit, The US clearly does not have to hold foreign currencies to back the Dollar. All the US has to is just to create [print] the money.


When we buy US Dollar bonds, we are in fact lending US Dollars to the US. When we redeem the bonds all the US has to do is to print more dollars to pay us. We are actually exchanging hard-earned money for pieces of paper which some people call toilet paper. How nice it would be if we can pay all our debts by just printing money aah..

There is something fishy going on and the fishy smell is very strong in the US. "Poor" China with 2.5 trillion devalued dollars in its reserve. Wonder how much Bank Negara has? I'll try to find it later because I've read somewhere Zetty Aziz had gave press statement about Bank Negara's reserved before.

In the face of Governments devaluing their currencies in a currency war, what should Malaysia do? Keep the float or control? When we controlled our currency in 1998 we were called pariahs whose knowledge about finance could be written on the back of a postage stamp. Now it seems many nations are using their magnifying glasses to read what is written on the back of the postage stamps...
SRi:Better we float Malaysian Ringgit before it comes too late

Heppi Besdeey Adz!!!

Sebelum wujud gelombang YM, Friendster apetah lagi Facebook dan Twitter (Soory-saya takde MySpace) Korang pasti sempat merasai kehebatan MiRC kan?! Hallaa-laman sembang yang sangat popular tue--kena join #dalnet (zaman jahiliah) takpun #webnet kalau nak join sembang-sembang. Dua channel room tu sangat popular lah untuk chatters Malaysia. Aku pun tak pasti siapa yang kenalkan ajar aku dunia chatting nie--tapi yang pasti aku sanggup pergi CC [baca:cybercafe] sampai 2 3 pagi semata-mata nak chatting. Sampai satu keadaan Abah ingat aku dapat D BM sebab banyak sangat chatting.

Yupz-saya memang hantu MiRC-orang lain pergi CC sebab nak maen Counter Strike-aku gi lepak maen Chatting Strike bertubi-tubi. Boom Boom Boom! Banyak room yang aku jadi Op. Rasa cam manager besar pula--orang nak chat kena dapat permission aku dulu. Kalau rasa cam annoying-tendang saja. Tapi nak jadi Op-korang kena aktif dan banyak idea-baru ramai nak join. Bersembang ngan artis especially Radhi OAG memang dah jadi makanan ruji dah lah. *hah-berlagak!riakk!!ntah Radhi tu ingat lagi ke tidak dekat ko?!haha***


Hari ini Ulang Tahun Kelahiran CyBerstiess aku- Nurul Adzlyana. Aku jumpa dia dekat #sbp. Dia pakai username Adz*** - and semua orang yang ada Adz memang semua aku kacau--sebab aku dah terhilangkan jejak sorang sahabat cyber yang nick dia Adz juga  dan aku memang suka nama Adz nie -- Priceless! Sampai satu tahap-aku pernah terskandal dengan seorang chatter yang turut bernama Adz. 

Walaupun Nurul Adzlyana ni bukanlah Adz yang aku duk cari-cari -- tapi dia best! Dia suka layan aku, aku pun lagilah suka layan dia. Win - Win situation. Haha

Orang tak panggil dia Adz-tapi dzq [baca:dezeq] *ada ja yang panggil dia Along-Nurul dll lagi** Dia cool-sempoi-ranggi-and-sexay. Dan berkat pertemuan aku dengan beliau-aku dapat new bestfriend--Tora, Zana and Mint! Dorang berempat ni satu sekolah- Sekolah Sri Puteri. Dan waktu aku kenal Adz-dorang masih di Kuala Lumpur, lepas tu baru pindah turun Cyberjaya.

Aku tak tahu banyak sangat tentang Adz nie--yang aku taw-dia Along-gila math; sebab aku pernah minta dia ajar Add Math dulu and of course dia memang superb!!-ayah dia cool cam beliaw; kerja dekat kilang tapi yang rangking-rangking atas lah-rumah dekat Kampar, Klang-actually ada dua, satu dekat depan satu lagi dekat belakang-pernah kerja-sekarang ngah sambung belajar lagi-bawa kancil (skrg dengar cerita Civic)-pernah juga merangkap penasihat ekonomi aku terutamanya dalam hal ehwal tukaran matawang asing-apa lagi eyh Dzq?! Owh ya-she got a very beautiful smile!! Gigi dia cantik.

Tapi yang pasti-minah nie memang sempoi dan best! Aku tak pernah nak susah-susah nak pujuk dia sebab dia tak pernah merajuk ngan aku. Owh yaa! Lagi satu; baru teringat--masih bersama dengan jejaka yang dicouplenya sejak sekolah dulu lagi- En Apam. Aku ingat lagi Tora selalu SMS aku kata Apam bawa korang makanan petang-petang. Bahagia betul. Sebut tentang Apam-beliaw sekarang Jurutera MAS - pernah menuntut di MIAT dan bekas budak Yayasan Saad. Pernah ada scooter--sebab tak silap aku dia bawa scooter time bagi makan dekat budak-budak kebuluran dalam penjara ni. I think he is a very nice guy--sebab even ada sedikit sengketa antara mereka-kawan baik aku ni masih terjaga bahagia saja - Alhamdulillah takda apa-apa masalah. Semoga korang berdua kekal bahagia ceria sampai ke akhir hayat.

Untuk pengetahuan korang--walaupun aku dah banyak kali jumpa Tora dan Zana--tapi sekali pun belum pernah jumpa empunya nama Nurul Adzlyana ni. Gila kan?! Rasa sangat berdosa pula--maunya tak-dah banyak kali aku mungkir janji dengan beliau kata nak jumpa esp waktu aku cuti bulan Augustus tue. Tapi sampai sekarang masih belum bersua muka. Memang betul-betul cyber buddy habis lah! Jumpa dalam online saja.

Di hari kebesaran mu ini --Nurul Adzlyana-- aku doakan semoga Anda makin tenang bahagia dan dekat kepadaNya. Tidak diciptakan Jin dan Manusia itu selain daripada untuk menyembahNya!

Happy Birthday
Selamat Ulang Tahun
Nurul Adzlyana 
SRi:Harap-harap dia x baca--so,xdalah dia taw aku curik gambar dia!haha

10 terkaya Indonesia

Dan tidak satu pun makhluk bergerak (bernyawa) di bumi melainkan rezeki semuanya dijamin Allah. Dia mengetahui tempat kediamannya dan tempat penyimpanannya. Semua (tertulis) dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)
Surah Hud : 6.
 1. Robert Kuok, RM42.76 billion
2. Ananda Krishnan, RM27 billion
3. Tan Sri Lee Shin Cheng, RM11.92 billion
4. Tan Sri Teh Hong Piow, RM10.86 billion
5. Tan Sri Lim Kok Thay, 55. RM10.38 billion
6. Tan Sri Quek leng Chan, RM7.09 billion
7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, RM6.01 billion
8. Puan Sri Lee Kim Hua, RM4.4 billion
9. Tan Sri Tion Hiew King, RM3.5 billion
10. Tan Sri Vincent Tan, RM3.29 billion

Mengikut sebahagian Ulama Islam adalah menjadi kesalahan apabila manusia bekerja, berusaha atau berniaga dengan niat untuk MENCARI rezeki. Berdasar ayat 6 surah Hud telah nyata bahawa setiap rezeki manusia telah ditetapkan oleh Allah. Niat yang sebenar untuk setiap kerja dan usaha manusia adalah untuk MENGUNDANG rezeki.

Manusia perlu menyediakan diri menjadi seperti magnet yang mempunyai daya tarikan yang boleh mengundang bermacam benda untuk melekat kepadanya. Begitulah caranya bagaimana 10 orang terkaya di Malaysia terus menjadi kaya di kalangan warga Malaysia. Mereka berusaha siang dan malam bukan mencari rezeki tetapi mengundang rezeki yang memang sudah ada di keliling kita.

Antara cara untuk mengundang rezeki yang diamalkan oleh Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang merupakan billionaire termuda di kalangan 10 adalah dengan terus banyak memberi. Hidup untuk memberi terutamanya kepada warga miskin daripada bentuk sosial-pendidikian-bantuan ekonomi telah beliau amalkan sejak sebelum beliau menjadi billionaire lagi. Hasil ketaatan kepada nasihat ibunya--sehingga kini dia masih bahagia menjadi semakin kaya.

Friday 17 December 2010

EMAS-City Car@2013


Its been a very long time since KLIMS--I didn't mention anything about world's automobile. Lucky me yesterday, Dany Bahar has revealed that the Lotus City Car concept has been confirmed and will be launched as a production car in October 2013. He also mentioned that the car would be a project together with Proton and another car manufacturer, which leads us to believe that Proton and Lotus have found a suitable third party to share in the development costs of the vehicle, or at least provide a platform.
According to Bahar, there will be three cars spawned from the project – one for the Asian market -- this should be Proton’s, one for the European market [the third party?] and a sportier version --this is the Lotus for sure. So who might this third party be? There has not been any official word yet but according to Autocar India back in November this year, the Nissan V platform might be used to underpin the EMAS range of cars.

Just wait and see what is the Proton's next step?!

2:250

"Rabbanaaa afrigh 'alaynaa sabranw wa thabbit aqdaamanaa wanssurnaa 'alal-qawmil-kaafirin." 

"Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, kukuhkanlah langkah kami dan tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir"
 
"Our Lord! pour down upon us patience, and make our steps firm and assist us against the unbelieving people."

Al Baqarah:250

Thursday 16 December 2010

A'syura

Kalender Hijriyyah-Bulan Islam--Muharram Safar Rabiu'l awwal etc sangat sinonim dengan ibadah kita sehari-harian terutamanya apabila tiba Ramadhan dan Syawal. Tidak terkecuali peristiwa-peritiwa besar dalam dunia Islam-termasuk Maulid Nabi SAW, Awal Muharram, Nisfu Syaaban dan lain-lain..

Apabila melibatkan hal-hal ibadah, kita harusnya lebih teliti menanggapinya. Lihat saja--bila tiba Ramadhan berlambak-lambak orang tunggu depan televisi sabar menantikan pengumuman Pemegang Mohor Raja-Raja Melayu. Samalah juga bila nak tiba Hari Raya Aidilfitri--semua excited tertunggu-tunggu. Orang JAKIM JAWI segala mempersiapkan kelengkapan nak lihat anak bulan. Betul ke tidak esok puasa? Boleh tak kami nak raya esok nie?!

Tapi kenapa hanya bila nak Ramadhan nak sambut hari raya saja semua nak sibuk-sibuk pakat tengok anak bulan-rujuk falak syarie?! Kenapa tidak di bulan lain juga. Syaaban, Rejab apatah lagi Muharram?! Yakin kah kita yang kita semua ni puasa pada hari kesembilan (semalam) dan kesepuluh Muharram hari ini? Entah-entah hari ni baru 9 Muharram dan esok baru 10 Muharram. Kita pula dah berdondang sayang riang raya melantak Jumaat esok ni.

Sesungguhnya ada satu pendapat mengatakan adalah lebih afdhal puasa tiga-tiga hari - 9, 10 dan 11-risaukan kita terlepas A'syura tersebut. Dan dengan nikmat teknologi yang canggih manggih ni--berdoa sangatlah aku devisi falak syarie JAKIM rajin-rajinlah turun pi tengok anak bulan dan umumkan kehadirannya setiap bulan. Barulah hati pun rasa lebih tenang, nak beribadah pun aman. Lepastu--buatlah nota tazkirah pendek dekat celah-celah iklan biar umat Islam kat Malaysia ni perihatin - terisi sikit rohaninya hari-hari. Takkanlah nak kena pi majlis agama kat masjid--buka Astro Awani baru nak terisi? Tak rempits lah weyh

Serius, terkadang aku risau melihatkan mentaliti Majlis-Majlis Agama ni. Mengalahkan kerajaan pula politiknya. Tampak melebihkan yang menguntungkan mereka sahaja. Tak bersungguh-sungguh dalam menjaga kemaslahatan umat. Benda-benda yang ada unsur publisiti saja yang banyak diwar-warkan. Yang tak berkepentingan tak naikkan nama, dorang diamkan.

 Tak payah pergi jauh--lihat saja dekat Carefour atau apa?! Korang pasti apa yang korang makan tu tak bercampur dengan hal-hal haram? Adakah semua produk yang tak dapat tanda Halal JAKIM tu haram? Bab makan produk-produk seharianni--aku lebih suka kalau bukan tanda halal yang diberikan--tetapi logo HARAM yang diterakan. Jadi baru terhegeh-hegeh dorang nak rekrut ramai pekerja kasi sibuk sikit. Yang tak ada tanda Haram semuanya Halal. 

Malaysia adalah negara Islam yang majoriti penduduknya Muslim. Pekejadahnya kita nak susah-susah dapatkan benda halal-tengok logo halal bagai?! Nak buka web cari benda yang kita nak beli tu halal ka haram. We are the majority. **inilah masalahnya bila kita cuma majoriti pengguna bukan pengusaha

Wednesday 15 December 2010

Marion and Nasa to wed tomorrow

Amid super secretive wedding preparations, E! News Asia host Marion Caunter will wed her long-time sweetheart, SM Nasarudin Tan Sri SM Nasimuddin tomorrow.


The akad nikah will be held at Nasa's home in Damansara, Kuala Lumpur. An official in JAWI told  that Marion has converted to Islam, and that the department has received the couple's marriage forms.

"Yes, they will nikah at his place [ SM Nasarudin's house] tomorrrow," confirmed the officer. **memandai jerk aku buat ayat beliaws*

According to Murai, the name of Islam Marion is Marion Rose Caunter Abdullah, and she has converted to Islam since last October. Only channel E! Asia News be allowed to cover their wedding. No TV1, TV2, TV3, or even Astro Ok.. Sorry seems to be the hardest word.

Marion and Nasa, who is the group executive chairman of NAZA Group, dated for five years before they got engaged in the middle of this year.

This cute couple will hold their private wedding reception on Friday at the Mandarin Oriental Hotel in Kuala Lumpur. Then will be follow by a reception in Maldives.

*****

"InsyaAllah we will go through the Malay Tradition in which it will start from engaged and then married. The date is there.. "

"At the moment I do not want to announce any decisions as to respect Jejai's family. I do not want to forward in the presence. If it is the right time we will be inviting press" says Fasha Sandha spoiled..ehe
SRi:Congratulation to Malaysia Football Team especially Safiee Sali for a great game tonight..
SRii:Ana Rafali tidak dibenarkan bergambar bersama gitar (trademarknya) oleh krew Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-2. Motip??! Oops lupa uols kan orang-orangs Jabatan Pendaftaran Negara

270:6mins


Tinggal dua minggu sahaja lagi tahun 2010 akan meninggalkan kita. Dalam beberapa hari inilah, akan banyak statistik dunia hiburan 2010 akan timbul. Kita akan lihat berapa ramai yang dah mengikat tali pertunangan, mendirikan rumah tangga, teruntuhkan masjid yang dah dibina, anak-anak seabad milenium dan lain-lain lagi lah.

Tak ketinggalan juga, video terbitan Gen I ini dah tolong rangkumkan filem 2010 kegemaran kami. Dengan berlatarbelakangkan muzik yang segar dan mantap, footage ini tepat mengambarkan mood filem sepanjang 2010.

Sebanyak 270 filem dimuatkan dalam video berdurasi 6 minit ini termasuk filem hits seperti Inception, Despicable Me, The Social Network, Shutter Island, Iron Man 2 dan Scott Pilgrim vs. the World. Anda tonton saja sendiri.

Senarai penuh filem yang ada dalam video ini boleh di’dapati di Filmography 2010 (Google Doc). Berapa banyak sudah anda tonton?WHOA
SRi:Dah Solat belum hah??!

EH! First Lady

Wanita Pertama Syria, Asma Al Assad jelita, langsing dan uhhh speechless. Menikmati keindahan Louvre Museum seraya mengenakan chain necklace dan berkaca mata hitam. Siapa percaya beliau ibu kepada dua orang anak? Anggun.

Isteri Presiden Uganda, Jana Mus tampak ringkas dengan motif Sseko, mungkin elok lebih bergaya dengan sash; sementara Azam Al Sadat Farahi, isteri Presiden Ahmadinejad tampil yakin, dengan fesyen 'berbungkus' tidak lemau terdedah. Dagunya ditutup mematuhi syariat. Cadur lambang busana wanita ingin ke syurga, two thumbs up!

arrested

Sunday 12 December 2010

Apa bestnya pakai barang kemas?

Entah kenapa? Aku memang tidak suka melihat wanita yang memakai perhiasan emas di badannya, terutamanya yang melampau-lampau, bagi aku --- mereka menjadi bertambah hodoh dengan perhiasan emas yang melilit di leher dan lengan mereka dan mereka kelihatan sungguh bodoh! WHOA

Kalau korang cantik, maka korang tak perlu kepada emas untuk menjadi bertambah cantik.. dan kalau korang hodoh, emas sepuluh beribupun takkan buat korang cantikpun.. Bodoh pulak jika korang perasan cantik, anggun dan bergaya, tapi takde orang pedulipun..

Kalau ada yang pedulipun, orang tu jugak sama bodoh macam korang, tu yang jadi bodoh tu..

Maka, bersederhanalah, tak payah nak tunjuk korang punya kebodohan dan kehodohan..

Lagipun banyak keburukkannya bila korang pakai barang kemas melampau lampau..

Saturday 11 December 2010

Sen-sasi Ich-Lust

Siapa yang pernah jadi makmum--mesti selalu pelik kenapa aku suka sangat baca Al Ikhlas. Sikit-sikit Qul huallah hu Ahad-Katakanlah Allah itu Satu (Insyaallah betul walaupun aku dapat B- BAT dulu)--sebab aku tau maksud apa yang aku baca tu. Sebab aku tahu Allah sangat suka dipuji. Al Ikhlas tu satu persatu ayat dia semuanya nak nyatakan Dia itu SATU! Yang ESA. TIADA yang KEDUA. 

Sebab itu jangan korang jangan buat muka pelik bila dengar sabda Rasulullah SAW--kata baca Qulhuallahuahad tiga kali sama ganjarannya dengan khatam Quran sekali. Sebab maksud motif yang dibawa Al Ikhlas tu sangat besar--akidah kita. Nak cerita hanya Allah saja yang layak disembah. Meskipun dia pendek--tapi arti mesej yang dibawanya sangat padat. Cukup korang berpegang pada 4 ayat ni-- insyaallah selamat dunia akhirat. Samalah juga--aku pernah dengar kata Laailahaillallah--Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah--tu merupakan kalimat yang paaaaaaling berat timbangannya di mata Allah. Aku tak tak tahulah mungkin lidah aku saja--tapi dalam banyak-banyak zikir --yang paling terasa ringan nak bertasbih-- kalimah Laailahaillaah.. Baca banyak-banyak kali pun tak rasa cam nak berhenti

Sambung kisah-- aku bukan nak kondem siapa yang baca surah panjang-panjang tu. Bagus--sangat bagus! Aku pernah baca hadith Nabi SAW bersabda--Solat yang baik itu yang panjang lama berdirinya dan mestilah korang dah tahu Nabi SAW benci kowt orang yang "mencuri" waktu tengah sembahyang. Huduh sangat tu. Tapi tolong jangan kondem aku bila aku cuma baca Rabbana la tuzighqulubana ba'da idh hadaitana wa hab lana min ladun-ka rahmah, innaka antal Wahhab sahaja selepas baca Al Fatihah. Sebab aku tahu--waktu aku solatlah satu-satunya waktu yang aku mampu fokus kepadaNya yang satu--nak minta apa-apa yang perlu. Orang kata solat itu doa--dan jangan salahkan orang yang terus bangkit lepas solat tak baca doa. Sebab waktu dalam sembahyang tadi pun dia dah siap-siap berdoa. Korang jah yang rugi tak guna kesempatan keemasan tadi tu

Rock The World

Rock The World 10 menambah lagi daftar panjang konsert yang tak dapat gua hadiri dan t-shirt yang tak dapat nak buat koleksi. Nama-nama seperti Love Me Butch, Plague Of Happiness, Republic Of Brickfield dan Koffin Kanser sering menghiasi pentas Rock The World sekali lagi setia budimannya turun padang stadium menghiburkan mereka yang berjiwa rock!

Kalau tahun lepas, 3 pentas dibuka yang menampilkan puluhan band dari serata Malaysia --pastu orang kata susah nak layan-dah lah hujan; so, tahun ini ada info kata  2 pentas akan dibuka. Antara penaja yang terlibat ialah prabayar TuneTalk dan tiket-tiket boleh didapati dengan harga serendah RM30. Rock The World 10 akan diadakan pada 26 Disember 2010 di Stadium Bukit Jalil (Carpark A).

Selamat layan klip video promo RTW10 bersama awek cuns yang psycho dalam lif!WHOA


SRi:Suka LO, Popshuvit&Disagree.
Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)