Tuesday 29 March 2011

I Love Cigarettes!!

Perokok adalah spesis manusia yang amat menjengkelkan. Diorang suka hisap sesuka hati. Lepas hisap rokok, buang puntung rokok macam buang sperma hasil masturbasi! Lagi ada "No Smoking" sign lagi lah diorang nak hisap rokok. Aku rasa lah, kalau satu Malaysia letak signage "Ini ialah kawasan merokok" mesti diorang tak akan hisap kat situ. 
Aku suggest kerajaan buat special death trap untuk smokers. Buat satu area larangan merokok, lepas tu pipe in gas memasak dalam kawasan tu. Bila ada perokok nyalakan lighter aje KEBABOOOOM!! One less smoker to pollute the genetic pool! Tapi tahukah kamu tentang jenis-jenis perokok yang ada dalam dunia ni? Mari kenal pasti these bloody morons.



PEROKOK MISKIN TAK SEDAR DIRI


Perokok Miskin Tak Sedar Diri (PMTSD) ialah perokok yang miskin nak mampos tapi still nak hisap rokok dan pretend dia cool macam James Bond di meja Blackjack. Badan PMTSD ini selalunya cekeding macam mumia Ramses II selepas dikeringkan selama 3 Millenia. PMTSD akan hisap rokok yang paling murah yang mampu dibelinya. Dia akan shispa rokok yang jenama tah hape-hape macam Red Clover , American Mustang and Praktijarp Slimporn (rokok Siam yang rasa macam Tomyam basi).




Kings Candy - 10% tobacco, 20% paper and 70% bullshit


Biasanya rokok yang dia beli semuanya rokok seludup. Dapat la jimat 2-3 ringgit seminggu beli dari dealer underwater. Kalau ada duit lebih dia upgrade sikit ke brand macam Silk Cut atau Pall Mall. Apa yang pasti rokok yang diorang hisap semuanya suck ass. Takde perasa pun. Kena hisap 2-3 batang baru rasa sama stimnya macam hisap sebatang Dunhill. In a way diorang tak jimat banyak pun pasal still kena hisap lebih dari biasa.Tapi kerana otak dah rosak hisap kimia rokok murahan, basic math pun gagal. Tak boleh nak figure out yang beli rokok mahal sekotak sebenarnya lagi ekonomikal dari beli rokok murah tiga kotak.


MACAM MANA NAK KENAL PEROKOK MISKIN TAK SEDAR DIRI?

Monday 28 March 2011

#hujan

sengaja ku ciptakan hujan, agar aku bisa memayungkan kenangan, di matamu.

Sunday 27 March 2011

#kosong

Seperti rumah tua angker, kau adalah hantu di hatiku, menghantui sepiku. @

#anything

Anyone can make you happy by doing something special, but only someone special can make you happy without doing anything.

2:286

"Rabbanaa laa tuaakhitznaaa in-nasiinaa aw akh-ta''na. Rab-banaa wa laa tahmil 'alayna isran kama hamaltahu 'alallatzina min qablina, Rab-bana wa la tuhammilna maa laa thaaqata lanaa bih, wa'fu 'annaa waghfirlanaa warhamnaa anta Maulaana fanssurnaa 'alalqawmil kaafiriin."

 "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan; Ya Tuhan Kami, Janganlah Engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami, maka tolonglah kami menghadapi orang-orang kafir.

"Our Lord! do not punish us if we forget or make mistake; Our Lord! do not lay on us a burden as Thou didst lay on those before us; Our Lord! do not impose upon us that which we have not the strength to bear; and pardon us and grant us protection and have mercy on us, Thou art our Patron, so help us against the unbelieving people." 

Al Baqarah:286

#happybirthday

Selamat Ulang Tahun Sayang ~

Saturday 26 March 2011

#halaman

@: Halaman demi halaman. Kulihat kau menuliskan kenang. Rindu tak berakhiran.

107% rule SUCK!

1. Why must FIA bring back a rule which would only serve to make life even harder for the sport’s most vulnerable teams?

2. The 107% rule, which prevented any driver who failed to qualify within 107% of the pole sitter’s time from starting the race, was dropped at the end of 2002

3. The 107% rule is a bad rule. It harms the sport and it harms small teams like Hispania for whom every minute of track running and every second of television exposure they can get is precious.

4. Throwing them out of a race weekend when they’ve already gone to the huge expense of flying to Australia or Malaysia only makes it even harder for them to compete in the future.

5. If the FIA really wants to stop cars that are too slow from competing then it should be done without forcing the teams to fly their cars halfway around the world first. They could hold a pre-season qualification test to make sure all the cars can lap within a certain time of each other

6. A snobbish attitude to new teams which aren’t on the pace yet does F1 no favors.

7. An important part of racing is having to share a track with other cars and finding ways to get around them. It’s an area where F1 is hardly excelling at the moment.

Friday 25 March 2011

Raikan Insan

Kenapa orang muda sekarang malas nak pergi sembahyang jemaah dekat masjid atau surau?

Jawapan standardnya - LAMA! Mereka bukannya tak tahu betapa besarnya ganjaran bagi orang yang solat berjemaah apatah lagi di masjid berbanding sesorang di rumah maupun dorm! Mereka bukannya sakit sampai tak boleh nak berjalan nak gi bertakbir bersama Imam yang jaraknya tak sampai 100 langkah tu pun.

Tetapi ketidakraian Tok Imam terhadap makmumnya membuatkan jemaah lari daripada menikmati kebersamaan Tuhan yang satu ini. Contoh paling mudah--tengok masjid mana yang penuh manusia gegilaks waktu Solat Jumaat. Biasanya mereka akan memilih yang masjid yang paling awal cepat selesainya. Khutbah daripada khatib tertentu memang sedap didengar--tetapi masa yang tersita lama membuatkan hanya orang orang tua saja yang sanggup menjadi pendengar setianya. Yang lain dah gatal panas punggung asyik-asyik mengadap jam di tangan saja. Minggu depan lari tak datang dah lah!

Sememangnya hadith Nabi SAW ada mengatakan, "Bahwa solat yang lama berdirinya adalah yang terbaik". Namun terkadang anak anak muda remaja ini nakal mentalnya. Ada saja aktiviti yang nak dilakukannya meskipun itu cuma di Subuh hari yang orang tak terfikir-Ko nak buat apa lah pepagi buta ni sampai tak boleh nak gi semayang dekat mesjid? Rayuan syaitan menggoda jiwa. Kemalasan menguasai raga. Akhirnya bersubuhanlah dia seorang saja.

Oleh itu kepada para Imam--raikan jiwa jiwa muda ini untuk mendekati Rumah Tuhan yang penuh barakah ni. Jangan kerna keangkuhan kita, kesombongan kesedapan kehafalan surah-surah panjang - kita kerugian pelapis-pelapis muda ini. Sayang kan? Nanti kalu kita dah takda-sapa nak jadi Imam lagi lepas ni?

Kisah ini muncul sebenarnya kerna kelmarin sewaktu menjengah ke sebuah masjid yang agak masyhur di Kota Bandung--Lama gila nak mati nak habis satu-satu rakaat tu. Imamnya tidaklah baca Al Waqiah maupun Yaasin-cuma baca 2 ayat terakhir Al Baqarah ja kots-tapi subhanallah-1 harkat dia cam dah 2 3 harkat orang biasa. Cubalah bayangkan kalu kena Mad Wajib Muttashil; jika huruf mad (و ي ا) bertemu dengan huruf hamzah dalam satu kata maka wajib dibaca 2,5 alif atau 5 harakat::mau meraban kat situ. Sayang masjid agung ditengah kompleks perumahan itu sunyi tidak bertempat. 

Oleh itu, selamat memanusiakan manusiawi. Nak berzikir panjang--zikirlah. Tak ada siapa nak marah. Namun sebaiknya raikanlah manusia yang cuba mendekati Tuhannya ini...



SRi:That sand artists was absolutely incredible 2:09:45

Thursday 24 March 2011

#baca

Cinta adalah, ketika kau mengajari anak kita membaca di ruang keluarga, kelak.

Wednesday 23 March 2011

#warna

@ Di hari kau patahkan hatiku. Lenyapnya segala warna dunia. Lenyaplah segala bunga. Lalu abadilah luka. Lalu abadilah duka.

Monday 21 March 2011

#siapa

kita saling bertanya, siapa kamu, kata puisi kepada sajak, sajak bertanya yang sama kepada puisi. siapa kita sesungguhnya?

Sunday 20 March 2011

#rembulan

Saat kau resah. Melolonglah. Aku rembulan. Setia mendengar keluh kesahmu

Saturday 19 March 2011

#cinta

Cintamu begitu sederhana/ Tidak menuntut, memberi kepercayaan/ Bagaimana aku bisa berpaling?

Friday 18 March 2011

#merahmekar

di musim dingin paling sunyi, inginku bekukan sekuntum tawa, yang mekar merekah di bibirmu.

Tuesday 15 March 2011

Perusahaan Motokar Donia


ALFA ROMEO
Salib merah untuk mengingati jasa Giovanni Da Rio yang terkenal sebagai orang pertama yang memanjat tembok Jerusalem dan mengibarkan bendera ini saat Perang Salib I. Simbol sebelahnya adalah gambar naga pemakan manusia yang konon menghabiskan penduduk Milan pada awal abad 5 Masehi. Romeo? Makan Manusia?! WHOA!
 BMW
Logo ini adalah sebahagian dari bendera Bavaria dan juga menunjukkan bahwa BMW membuat enjin pesawat tempur saat Perang Dunia Kedua. Sebab tu korang biasa terjumpa perkataan Bavarian Motors dekat produk BMW nie.
FERRARI
Lambang kuda Ferrari yang terkenal berasal dari lambang Ace (pesawat terbang) Angkatan Udara Itali ketika Perang Dunia Pertama --- milik Count Francesco Baracca. Lambang ini dilukis di samping pesawatnya sebagai pembawa kejayaan.
LAMBORGHINI
Logo ini melambangkan Zodiak pemilik [Kobau = Taurus] Ferrucio Lamborghini. Dia juga pecinta pertunjukkan matador. Ngaauummm!!
LOTUS
Lihat huruf ACBC di atas tulisan Lotus? Itu adalah nama pendiri perusahaan ini, Anthony Colin Bruce Chapman.

Monday 14 March 2011

Mengapa masih ada rakyat Sarawak miskin?

Nukilan Dr Jeniri Amir
Kerajaan negeri telah untuk sekian lama berusaha memerangi masalah kemiskinan di Sarawak. Meskipun telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan, namun Sarawak masih berada di tangga ke empat dari bawah dari segi jumlah keluarga miskin di negara ini. Dengan kekayaan sumber semula jadi dan pelbagai langkah dilaksanakan mengapakah kita masih belum berjaya membanteras masalah kemiskinan? Ke mana perginya kekayaan hasil balak, minyak dan sumber lain yang dimiliki negeri Sarawak? Siapakah yang menguasai dan membolotnya? Ketika terdapat pemimpin kaya raya luar biasa, sebahagian rakyat hidup sederhana dan papa kedana.

Program ekonomi yang dilaksanakan seolah-olah gagal membuahkan hasil sedangkan pendapatan negeri begitu memberangsangkan. Misalnya, pada tahun 2009, pendapatan Sarawak mencecah hampir RM3.726 bilion, tetapi mengapakah sekitar 70 peratus penduduk rumah panjang masih tidak menikmati bekalan air bersih, jalan raya dan tenaga elektrik dan dibelenggu kemiskinan yang parah?

Kita tidak boleh membutakan mata kepada realiti, sebagaimana kita tidak menafikan kejayaan kerajaan mengurangkan kadar kemiskinan. Untuk melihat kedaifan dan kemiskinan sebahagian rakyat Sarawak, kunjungi sahaja sebahagian rumah orang Melayu, Melanau dan rumah panjang Iban yang dalam keadaan begitu daif – dinding, atap dan lantai yang begitu menyedihkan.

Saya pernah melihat dengan mata sendiri, masih terdapat rakyat yang papa kedana, dengan keadaan rumah yang hampir hendak menyembah bumi, dan dengan keadaan hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Ironinya, mereka ini merupakan penyokong setia Barisan Nasional yang ditaburkan pelbagai janji menjelang setiap pilihan raya.

Penduduk dijanjikan air, bekalan elektrik dan jalan raya berturap. Tetapi janji tinggal janji, dan rakyat tetap miskin dan menderita. Mereka tetap menghadapi kesukaran untuk makan makanan yang enak, pakaian yang mencukupi, dan seterusnya mengeluarkan keluarga daripada cengkaman kemiskinan.

Memang, kerajaan memberikan perhatian yang serius terhadap usaha membasmikan kemiskinan terutama di luar bandar dan pedalaman negeri 2.5 juta jiwa ini. Pelbagai projek dilaksanakan bagi meningkatkan pendapatan bulanan mereka, terutama dalam kalangan golongan yang miskin tegar. Bagi membuktikan bahawa kerajaan komited dalam usaha mengurangkan kadar kemiskinan, kerajaan telah meletakkan sasaran pengurangan kemiskinan kepada tahap 2.8 peratus pada akhir tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

#suap

"Janganlah anda bekerja di tempat yang mengharuskan anda untuk menyuap"
-Mario Teguh-

Sunday 13 March 2011

Tolong lah Jangan 1Malaysia lagi!

Adalah menjadi kebiasaan Perdana Menteri Malaysia dari UMNO untuk mentadbir negara dengan slogan. Bermula dengan "Bersih, Cekap dan Amanah" oleh Mahathir Mohamad, disusuli dengan "Work with me, not for me" oleh Abdullah Ahmad Badawi, dan kini "Satu Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" oleh Najib Razak. Slogan ini dilaungkan pada tempoh awal mereka mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan.

Tempoh pemerintahan Mahathir lebih panjang. Selain "Bersih, Cekap dan Amanah", dekad kedua pemerintahan beliau menyajikan satu lagi slogan, iaitu "Wawasan 2020". Oleh sebab wawasan ini melakar masa depan Malaysia yang bertunggakkan pembangunan ekonomi, ditambah pula situasi di mana kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia berada di atas paras 8% setiap tahun sebelum kemelut ekonomi tahun 1997, maka "Wawasan 2020" telah menjadi buah mulut media - sehingga mewujudkan satu suasana untuk maju ke depan - dan "Bersih, Cekap dan Amanah" dilupakan begitu sahaja.

Sebagaimana yang sedia maklum, slogan semestinya lebih sedap diperdengarkan - ia bukan slogan seandainya tidak bersifat demikian. Slogan yang direka dengan halus biasanya sedap bunyinya - namun sering menerima tamparan sengit daripada realiti yang membingitkan. Misalnya, sementara slogan "Bersih, Cekap dan Amanah" berkumandang di sisi telinga, skandal kewangan datang berpusu-pusu - skandal Bumiputra Malaysia Finance, MAMINCO, KWSP dan Makuwasa, Pan-Electric Industries, koperasi dan sebagainya. Malah, berlakunya pembunuhan pegawai penyiasat di Hong Kong - mayatnya ditemui di pantai - ketika menyiasat skandal Bumiputra Malaysia Finance.

Saya tidak mengkaji sama ada slogan Mahathir dan Abdullah itu hasil kerja think-tank-nya selepas meneliti senario yang ada pada ketika itu, ataupun hasil kerja syarikat perunding yang dibayar dengan upah yang tinggi. Seingat saya tiada laporan dan perbincangan dalam aspek ini.

Namun, "Satu Malaysia" oleh Najib telah diperlihatkan umum sebagai hasil daripada syarikat perunding. Lebih malang, ia dikatakan meniru slogan "One Israel", produk daripada syarikat perunding. Lantas kesesuaiannya dipertikaikan kerana ia adalah produk tiruan dari negara lain, malah slogan ini memperlihatkan kekosongan dalam maknanya, dan saling bertentangan.

Pertama, seandainya "1Malaysia "dikatakan sebagai wawasan untuk menyatu-padukan seluruh rakyat, persoalan yang timbul adalah, apakah kita berada dalam keadaan berpecah belah sejak mencapai kemerdekaan? Keduanya, seandainya "1Malaysia" bertujuan untuk menghapuskan perbezaan antara kaum, apakah ia versi moden "Satu bangsa, Satu bahasa"? Seterusnya, jikalau "1Malaysia" adalah untuk menghapuskan perbezaan layanan di antara kaum, maka apakah dasar yang telah digubal kerajaan untuk tujuan tersebut?

Najib gagal merungkaikan 1Malaysia

Saturday 12 March 2011

#patience

Sometimes, all it takes is patience, If it's meant to happen, it will be.

Thursday 10 March 2011

Wednesday 9 March 2011

Lintah Darat Melayu atau Drakula Versi Moden?

Satu-satunya benda yang aku paling tak suka dalam bisnes bangsa Melayu adalah wujudnya budaya middle man atau dalam bahasa Melayunya,orang tengah.Aku gelarkan orang-orang ni,kaki pau professional.Tinjau aje la mana-mana bisnes sekalipun mesti akan wujud golongan ni.

Apa kerja seorang middle man sebenar? Kerja seorang middle man sebenar adalah mencari client dan dari situ diorang dibayar fees diorang. Kita boleh nampak middle man di mana-mana aje. Salesman kereta,salesman rumah, pemborong runcit dan mana2 lagilah yang ada sales. Sindiket gores dan menang juga menggunakan middle man untuk menipu orang ramai.Syarikat gelang useless AC Mizal juga menggunakan downline sebagai middle man.

Tapi,aku tak nak cerita pasal middle man mcm tu. At least middle man tu ada jugak usaha dia. Aku nak cerita pasal middle man yang paling useless antara semua middle man iaitu...

MIDDLE MAN KEPADA MIDDLE MAN

Sangat ramai orang Melayu yang suka buat kerja macam ni.Apa modus operandi diorang?

Mula2 sekali,kita tengok macam mana semua ni boleh berlaku,aku bagi contoh; tender RM20 ribu untuk membuat website dan CMS mana2 Jabatan Kerajaan kat Malaysia ni.

1. Kerajaan bukak tender,jadi selalunya tender ni nama dia aje tender,yang dapatnya kroni.Kita panggil dia Datuk A.Datuk  A adalah seorang berpengaruh dalam politik dan dia juga mempunyai kuasa dalam menentukan siapa yang layak dapat tender.Datuk A langsung tidak tahu menahu apa itu website tapi dia nak RM5 ribu daripada peruntukan kos website tu.Kata dia,nak bawak perempuan simpanan melancong kat Paris.

2. Datuk A akan mencari mana satu anak buah dia yang paling dia sayang.Carik punya carik,dia jumpa Kroni B.Kroni B adalah seorang bisnesman yang berjaya.Apa yang dijualnya?Entah!Apa sebenarnya servis yang dia keluarkan?Tak pasti.Yang pasti hanya satu,Kroni B adalah anak buah Datuk A.Apa yang Kroni B tahu pasal website?Dia reti bukak Facebook.Tugas Kroni B sekarang,adalah untuk menjual tender tu kepada mana-mana syarikat yang nak buat job tu.Fees Kroni B untuk buat semua ni?RM5 ribu jugak.

3. Kroni B akan call mana-mana syarikat yang dia nampak ada potensi buat website.Syarikat-syarikat tu akan quote harga dan kroni B akan pilih syarikat mana yang quote harga paling rendah untuk memaksimakan lebihan baki daripada pembayaran yang perlu dikeluarkan.Asal siap dengan kos yang paling rendah sebab Kroni B tau,paling penting...mesti ada gambar Ketua Jabatan dekat front page.....Itu compulsory.Syarikat C menjanjikan boleh buat website dengan kadar seberapa segera dan hasil yang baik.Masalahnya....Syarikat C adalah sebuah syarikat IT yang tahu macam mana nak pasang network tapi haram tak tahu apa2 pasal website tapi diorang gamble, letak harga RM10 ribu.

4. Masa semakin suntuk.Projek perlu disiapkan dah ni.Syarikat C pun sebab tak nak pening kepala,bukak iklan dekat mana-mana forum komuniti designer dan programmer atau suruh staff tanya mana2 kawan yang boleh buat website.Tiba-tiba antara semua staff ada seorang angkat tangan kata "Saya ada member boleh buat bos!" Bos Syarikat C pun meminta staff dia tadi manage-kan benda tu dan pastikan job tu siap."Duit masyuk ni,kau setelkan,aku bagi kau percent!Aku kira projek ni RM2 ribu,kau punya percent kau mark up sendiri," kata bos dia.Staff tadi pun berkobar2 la.Kita gelarkan dia staff D.

5. Staff D pun dengan pantas menelefon member dia,"Brooooo,gua ada projek besar untuk lu!Website sekali dengan CMS untuk Jabatan Kerajaan..RM1500,amacam?" Member dia tadi,seorang programmer pun angguk aje la sebab bulan tu dah berapa hari makan megi.Programmer tadi pun ambik job tu dengan bayaran RM1500.Member dia,staff Syarikat C sudah makan RM500.

Assalamualaikum

Jangan biarkan mood jelek mendominasi pagimu. Seburuk apapun kondisinya berusahalah tersenyum sebab hari yang diawali senyum akan indah.

Monday 7 March 2011

You can be the prettiest woman on earth, but it's what you have inside that makes you special.
Hatta Dolmat is the BEST IDOL I ever had. Sekian
NanaiteZz

Sunday 6 March 2011

Tubuhmu, sayang, adalah tanah suci, kurindu beribadah di sana. Tiap hari. ~ @
Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)