Sunday 29 November 2009

b.a.m.u.n.e.i.f

Pagi ini SRi nampak kelibat Abah dalam dirinya. Dia yang mengajarkan pekerjanya acuan komposisi struktur bahan yang harus diaduk bersama,mengingatkan SRi pada Abah yang tak kenal jemu menunjukajarkan bawahannya dalam setiap kemahiran pekerjaan. Cuma dia bukan Abah. Tiada gelak tawa antara mereka, tiada sengehan lucunya pada riak mandur itu. Semuanya berlalu dalam suasana tegang dan serius.

Abah bukannya orang biasa. Dia sangat luar biasa. Ke mana saja dicampak pasti dia kan tiada berseorang. Pernah dulu ketika majlis tahunan Maahad Kak Nurul, dia duduk bersama golongan VVIP makan bergelaktawa bersama meskipun tiada seorang pun teman Abah di situ. Ke Kompleks Kerajaan mahupun Pembangkang, selalu saja ada yang menyapa dan disapanya.

Tak kurang juga di majlis keagamaan, jika mahu mencarinya, lihat sahaja di mana ada golongan Al-Fadhil Ustadz duduk bersila, pasti dia kan berada di kalangan mereka meskipun dia bukan sesiapa namun itulah Abah yang sangat senang berteman. Sambil menyalin, jika dia terlebih rajin, akan ada lakaran lukisan atas coretannya.

Abah, di mana saja dia berada; senyuman tak pernah lekang dari wajahnya. Meskipun penat lelah mengajarkan bawahannya menggodek ramuan rahasia, mengecat rumah; sengeh yang menampakkan gigi taringnya pasti kan tak luput dan SRi juga sudah lupa bagaimana kelibat seriusnya. Abah marah? Jauh panggang dari api. Dia memang gagal dalam hal ini. Akhirnya pasti kan jadi bahan ketawa kami sekeluarga. Terusnya dia merajukkan diri mencari teman dibawa belanja minum kopi..

Abang rindu Abah..
Moga hidup kita sekeluarga makin bahagia dan ceria selamanya~
SRi:Dah lama tak pow duet abah gi tengok movie!! XD

Thursday 26 November 2009

seksa

Hujan banyak membantutkan pemikiran dan aktiviti sehari-hari. Rasanya program hibernasi yang tersangat amat berlebihan menyumbang peratusan tinggi dalam ketidakprodukaktifan ini! ngeeeee~ Sebelum berlanjutan kepada topik sebenar, SRi ingin mengucapkan;
SELAMAT HARI RAYA HAJI@QURBAN, MAAF ZAHIR BATIN!

Kisah ini punya kaitan dengan yang masih hidup dan telah pergi menemui Penciptanya serta boleh dipergunakan sebagai pedoman buat diri sendiri dan orang lain.

Nak dijadikan cerita, sewaktu SRi berkehendakkan mengerjakan piket, maka naiklah hamba tuhanni sebuah angkot[van yang dijadikan sebagai pengangkutan awam]. Nak ditambahkan cerita lagi, naiklah pula seorang minahni bersama seorang anak atau adik yang dijingjingnya bersama.

Nak dipermasalahkannya di sini,Tuhan saja yang tahu! Pakaian dia.. pergh~ GILAKSS!! GAY pon berdarah hidung kot? Adoilaa.. Dah laa duduk depan SRi pula tu. GILA kuasa dua! Mm,nak tengok ke taknak?Nak ke taknak??hehehehe

Sabar sajalah! Angkottu memang dah jadi ajang "freeshow" dah Semua melihat menjelingnya. Sampai makcik hajjah yang baru balik marhaban gamaknya tak habis-habis menoleh kiri [melihatkan wanita itu] dan menjeling kanan [merenung tajam suami dia di sisi].. Nampak sangat kut rasanya di wajahnya meminta wanita tersebut supaya turun untuk menaiki angkot lain. Risau berebut laki gamaknya~

Bukan saja muka makcik-makcik dalam angkottu sahaja yang 'ketat' mencemburui keseksian gadis beranak satu itu, awek berbaju singkat putihtu pun tak kurang hebat 'ketat' juga rupa dia. Sikit-sikit tarik-tarik kain nipistu untuk tutup peha yang dah segenap lama diratah rakus dek mata-mata di dalam kotak berodatu. Betul-betulkan mana yang mampu melitupi dadanya yang terbentang luas saujana mata memandang. sigh~

SRi sebenarnya tak terlalu bermasalah jika nak berpakaian sedemikian di shopping complex atau majlis-majlis tertentu yang memang biasanya orang pakai macamtu sebab SRi bukan nak berdepan secara terus menerus, paling-paling cuma sekali lalu je. Tapi kalau dah tahu nak naik public tranport tu pepaham sendirilah ya, jangan la susah-susah nak menyeksikan diri, seksa orang yang disekitarnya nak tahan pandangan. Sekali takpalaa lagi kut;rezeki, tapi kalau dah berkali-kali,berdosa weyh!! Kemudian akhirnya, diri sendiri juga yang tersipu-sipu tak senang duduk duk betulkan sana sini, katup situ siti. kesian~

Kesimpulannya, Angkot adalah kenderaan kemudahan awam yang paling TAK SESUAI sekali untuk berpakaian sebegitu wokeyh! Makanya, toksahlah ngengada nak menyeksa diri pakai macamtu lagi! Jika bas, tren pula SRi nasihatkan sekurangnya bawalah jaket bersama. Tolonglah tutup dua ketumbuhterlebihan lemak tue dengan sebaik-baiknya! Tak kuasa mak nak melayannya,ok! *untuk gmbr sexy,sila google sdiri!*
SRi:Akhirnya 2012 dah masuk juga Jatos.Layanlaa juga cerita dia.SRi bg 3.8/5 bintang!

Monday 23 November 2009

don't leave me alone

Mm,jangan risau. SRi akan berusaha sebaik mungkin tuk memartabatkan Bahasa Melayu yang indah itu daripada digalanggantikan dengan Bahasa Inggeris SRi yang memang sedia ada tunggang langgang. SRi ada lagi satu penyakit yang nak dikongsikan bersama korang semua!

Kisahnya bermula di sebuah pondok usang kecil yang jauh di dalam pendalaman. Jauh daripada jiran manusia haiwan. Yang ada cuma hanyalah setaman lalang diselimuti rumput berduri yang dahagakan kemanisan manusia! [mm,tak jadilah nak cerita. cam karut sangat jah!]

Meh sini dekat-dekat. Nak cerita balik ni! Cerita dia macam nie, SRi memang tak berapa nak boleh duduk di dapur seorang diri terutamanya bila ada benda duk menggelegak atas dapur tu! Perg, memang kegemaran SRi laa nak mengacau benda-benda yang dah nak siap tu, lepastu apa yang ada konpem dicekaunye TERbubuh dalam masakantu.

Pagi tadi, Adi, my housemate masak Nasi Briyani! Dah siap dah! Api jah yang tak tutup lagi. Tak kisahlah kan, sebab kukus, insyaallah takdanya kes hangit ka apa. Makanya SRi pun godek godeklah nasi tu ke sana ke mari. Nak dijadikan cerita,SRi tak berkenan pula dengan warna nasi tu yang pucat!! Dan, dan.. waktu tu Adi tinggalkan nasi tu berkhalwat dengan SRi. Heh, apa lagi? SRi pun bukalah peti harta karun kut-kut ada yang boleh bantu! Taarrraaa!!! SRi TERambil dan TERbuka dua bungkusan kecil perencah dan TERtuang dalam kukusan nasi tuh. Oops

Adoilaa!! Kenapa tetiba nasi ni jadi buruk rupa dia? Tadi waktu SRi lalu Ok jah rupa dia. Takdalah pula tertompok huduh macamnie! Makanya dengan niat nak membantu, SRi pun kacaulah Nasi Briyani tersebut supaya sebati dengan perencah yang entah siapa entah hamba Allah buang dalam tu? Huh, tak reti bertanggungjawab betul!

Tensen betul! Orang lain punya salah, kita pula yang terpaksa betulkan! Korang pun mesti tumpang terasa kan keperitan yang SRi rasa kan, kan? Tapi takpalah, sebabni kan demi housemate sendiri, takkanlah nak biarkan dia sesorang nanti kena bambu kan bila orang lain nak ngadap makan nasi tu? Nanti dorang buka, tup! tup!! tengok nasi yang sangat huduh rupanya tue! Tak lalu pula nak makan, Sedih Adi nanti dia terasa, orang tak sudi makan nasi dia. Makanya dengan hati yang suci ni, SRi kacaulah nasi tu dengan sesungguh-sungguh ikhlasnya! Siyess, SRi tak minta balasan apa-apa pun daripada Adi! Yes, I'm know. You all mesti rasa sangat kagum kan dengan kebaikan jiwa I nie. Terima kasih, Thank you.. Xie xie..

Tak beberapa lama tengah gaul tuh sambil tangan kiri masih TERgoncang-goncangkan bungkusan perencah tadi tue, kut-kut laa ada sisa-sisa lagi kan, tak baik membazir, nanti kena jadi sedara SETAN! U ols taw kan I hate Devil aka Satan nie! Tetiba nak jadi sedara-mara dia pula. Feeulliisss deyh~

Oops, terlebih sudah! Tengah godek-godek tue. Adi datang!! Oops.. Ok, I need to have my Suriramramram NOW!! SRi chow pergi masuk bilik, ambil tuala. Keluar bilik, masuk bath tub~ Mandi!!!

Dari dalam waktu tengah sedap-sedap bersuriramramram tu, SRi jerit "Adi! Dah boleh tutup api tue!!" Kemudian, SRi keluar, tengok Adi sedang masukkan nasi dalam rice cooker. SRi masuk bilik bersiap nak pergi sekolah. Kemudian lagi, kami keluar pakai kasut, sambil tangan menjinjing plastik berisikan rice cooker masing-masing. Kami jalan sama-sama dengan hati yang riang gembira!!
-Happy Ending-
SRi:Korang agak-agaklaa kan sapalah punya kerja tue eyh?Sajjaa jah tak pernah reti nak tengok orang senang di pagi hari! ~sigh

b.i.o.l

Anda pernah tak bangun pagi-pagi, jalan-jalan di tengah hari, makan-makan sebelum tidur lagi tetapi dalam keadaan "bukan" diri anda yang sebenarnya? Hurm,apa yang SRi maksudkan di sini adalah anda merasakan yang menjalani hari itu bukanlah 'totally' diri anda sendiri. Hari hari yang anda jalani tu tak lebih daripada dalam keadaan separa sedar atau lebih tepat seperti duk mengigau mamai semata. Cuma bezanya anda agak sedar apa yang anda lakukan, sedangkan orang yang mamai dah lah mata terkatup rapat, sedar pon tidak apa yang mereka lakukan.

Mm,ni dah masuk minggu kedua SRi alami entah apa punya nama entah sindrom mental ni! Pagi-pagi SRi bangun pergi sekolah dalam keadaan Tak Bermaya, Tak Bertenaga, Tak Konsentrasi aka Blurrr, Mata pun Tumpang Blurr sekali, Otak macam Tak Berapa nak Berfungsi, ape lagi eyh? Apa-apahal pun 2 minggu nie bukanlah minggu-minggu yang produktif dan proaktif buat SRi! So Sad..

Untuk pengetahuan kalian, ini bukanlah pertama kali SRi alami sindrom pelikni. Pertama kali selepas keluar daripada "bermalam" dengan bahagianya di Wad Kajang gara-gara denggi!hihi Keluar saja, rasa seperti tak berpijak di bumi yang nyata, fikiran pun seperti melayang-layang saja. Hish, PELIK betul! I don't like this feeling. These situation make me more confuse and my life messier!

Ok lah, SRi minta izin berundur dulu! Kepala dah start weng-weeng balik! Kalau korang nampak atau dengar SRi cakap cam tak berapa nak nyambung tue, abaikan sajalah!
SRi:Ada sesiapa tak di luar sana yang pernah alami apa yang SRi sedang alami sekarangni?

Thursday 19 November 2009

MattaMatta

Ada 3 empunya mata yang SRi takuti
Mata Mama
Mata Para Ulama termasuk Abah Tua
[sory Abah,I x brape nak takut ngan Ur eyes!haha]
Mata Psikologis
Kenapa SRi harus risau dengan mata-mata mereka ini? Sejujurnya apa yang kalian nampak sehari-hari adalah cuma luaran SRi semata-mata. Masih terlalu banyak jatidiri SRi yang SRi cuma gambarkan sekali sekala. Mungkin 70% kehidupan SRi cualah pura-pura semata.

Namun di depan mata golongan-golongan ini, hampir segalanya terbongkar sebegitu sahaja terutamanya my beloved Mama. SRi tak mampu menipu apabila disergah olehnya. Sekelip mata, dia sudah mampu menafsir apa yang sedang dah telah bermain di kotak fikian SRi. Tak perlu keluarkan sepatah kata, dia sudah bisa menerka apa yang berlaku. Sebab itu SRi memang jarang telefon rumah sebab apa yang bakal dibualkan sudah terbaca teragak olehnya awal-awal lagi. I Love You Mama!! Sayang Abah jugak!hihi

Apabila SRi berdepan dengan orang-orang yang terpilih oleh Allah ini, jika kita sedar kita punya salah, pastikan bisa telah terketahui oleh mereka dari sinar mata hitam kita. SRi terkadang risau jugak apabila hendak bersemuka dengan Abah Tua. Takut dia dah terbaca sejarah-sejarah hitam yang SRi sembunyikan daripadanya. Namun apakan daya, mungkin kuasanya lebih kuat menepis blok penghalang yang SRi bina bina di depan mata, akhirnya KANTOI juga!

Masih berkisar KKN kelmarin! Cuma berbekalkan tandatangan, nama dan sedikit tulisan yang SRi yakin tak difahami oleh sang psikologis, Irna mampu mentafsir siapakah diri SRi sebenarnya? Hebat kan? Cuma daripada lenggang lenggok tulisan, kita sudah mampu mengenali lebih dekat siapa sebenarnya orang yang berdepan dengan kita! Tak sampai 1 minit, ketulan kaku ais itu telah terpecahkan! Meh sini SRi storykan sikitlah apa yang telah ditafsir oleh Si Mentalis, Cik Irna kelmarin malam: Mm,Hanif itu orangnya~
GILA!!
Cerewet [banyak cakap]
[gara-gara SRi tak bercakap sangat time dekat KKN..Kan SRi dah cakap, SRi nie kan PENDIAM & PEMALU orangnya]
JaIm [Jaga Imej]
Pentingkan Proses [sistematik gittoe]
Sangat menghargai SENI
Sabar
Terlalu suka asyik dengan DUNIANYA SENDIRI
dan banyak lagi [yg laen,RAHSIA!!hahahahaha]

SRi:Tak pergi langsung pun KKN minggu nie!SORY yaa temen2

Dilema..Dillemmmaaaa..

Rasanya sudah banyak yang sedia tahu yang SRi memang di Malaysia merupakan perempit yang tak kurang hebat berjayanya. Kak Hana pernah cakap, "Nak bawa laju, bawalah! Yang penting tahu bagaimana dan bila seharusnya Brek dan pandai kawal stereng" [handle laa kot org panggey utk motor] Namun kini bakat tersebut dah mulai tumpul. Jika dulu SRi mampu memecut sampai 140km/j. Kini SRi cuma berani melebihi had tersebut dengan kenderaan EMPAT roda sahaja. Mungkin sayangkan nyawa atau memang betul-betul SRi dah hilang keberanian skil gila-gila itu, SRi tak berani hendak berikan jawapannya.

Masih tentang motor, Insyaallah SRi akan di sini buat 2 tahun setengah lagi. Sejujurnya punya kenderaan sendiri merupakan BONUS yang tak teringga bagi mana-mana student apetah lagi pabila dia belajar dari tempat yang sangat jauh dari kampung halamannya. Kalau di rumah, mungkin bolehlah tibai kereta atau motor di rumah, Tapi duduk berjauhan apetah lagi di negara orang tak kurang menyebabkan kepalani pusing memikirkan solusinya.

Banyak perkara yang harus dipertimbangkan jika SRi hendak membeli sebuah motor untuk kegunaan sehari-hari. Yang paling utama sekali adalah WANG. Yupz, jujur SRi katakan di sini, untuk membeli motor secara tunai sememangnya SRi mampu. Namun untuk kehidupan sehari-harian selepasnya itu yang SRi TAK mampu!

Niat SRi sememangnya hendakkan motor baru. Motor second kita tak tahu bagaimana dalamannya yang sebenar. Biasanya sudah punya ragamnya sendiri dan SRi bukanlah seorang yang sangat pakar dalam mekanika kejuruteraan permotoranni. Dan yang paling utama, SRi bukanlah seorang yang suka diperkotakatikkan diperbodohi. SRi tak rasa ada memana teman-teman yang suka nikmati kesenangan cuma tuk sekelip mata. Yang buat hati SRi makin berat tuk membelinya adalah pulangan ketika SRi hendak menjualnya kembali. Takde kije sangatlah kan SRi nak hangkot balik Malaysia apabila dah selesai aktiviti perkuliahan di sini. Ape kess??

SRi sememangnya pentingkan keselamatan dan ketenangan ketika menunggang. Sebab itu jika ada yang pernah terserempak dengan SRi di jalan [especially budak-budak SMAP yang pernah terlihat SRi merempit di Saga Highway], kalian akan terlihatkan sosok yang terlitupi Helmet FULL FACE lengkap dengan jaket dan kasutnya. Atas dasar keselamatan yang diterapkan, SRi berani memecut laju motor kesayangan SRi itu. Namun itu bukanlah permasalahannya di sini,yang jadi persoalannya ketenangan ketika memandu! Jika SRi jadi membeli; makanya SRi haruslah juga buat Lesen Internasional juga dan permasalahannya bila nak buat tue lah yang tak terjawab lagi! Takde kije SRi nak letak kaki dalam pintu neraka semata-mata tolong suapkan "nasi" dekat Bapak-Bapak Polisi tu!

Sebenarnya banyak lagi yang SRi fikirkan yang bakal menimbulkan blok-blok halangan untuk SRi punya mtor sendiri dan atas sebab-sebab itulah sampai sekarang SRi masih tak terbeli-beli lagi! Mm,nantilah yea SRi fikir lagi. Jika sudah ada, insyaallah akan SRi kabarkan di sini.
SRi:Sr yang lain boleh jerk idop sukaria takde motor sendiri!hihi

Wednesday 18 November 2009

KKN

Ramai juga yang bertanyakan kepada SRi apa dia tu sebenarnya KKN tu? Mari sini SRi ceritakan secara ringkas ya sebab SRi ada kelas jam 8 kejap lagi.

KKN atau kepanjangannya Kuliah Kerja Nyata adalah program wajib universiti kepada semua mahasiswa dan mahasiswi sebelum Konvokesyen dan selepas telah memenuhi 110 jam kredit. Biasanya rata-rata yang bakal mengikuti adalah pelajar tahun ke-4. KKN akan mengumpulkan pelbagai bidang jurusan dalam satu kelompok yang kecil. Artinya dalam kumpulan 20 orang, akan ada mahasiswa dari MassCom, Peternakan, Dentist, Ilmu Politik [FISIP], Hukum [LAW], Kedokteran dan lain-lain.

Mereka akan ditempatkan di bawah pengawasan DPL-Dosen Pembimbing Lapangan [Dosen=Lecturer]yang akan memantau secara langsung dan tidak langsung dengan diketuai oleh KORDES [Koordinator Desa] yang telah dipilih ketika mesyuarat pertama. *KORDES adalah dipilih daripada golongan mahasiswa@mahasiswi bagi mengetuai kumpulan tersebut

Kumpulan 20 orang ini akan diletakkan di kampung-kampung tertentu selama 2 bulan. Sepanjang dua bulan ini mereka bakal melaksanakaan berbagai Khidmat Sosial yang termampu berdasarkan apa yang telah diminta daripada DPL dan inisiatif pelajar sendiri.

Seperti Ciluluk,kampung SRi;kami menjalankan program "Penggemukan" dan Pengolahan Itik. Ada dua sebab mungkin mengapa program ini diberi keutamaan. Pertama; DPL kami berasal daripada Fakultas Peternakan, jadi lebih senang dan mudah jika diperbuat program yang berkaitan dengan beliau. Kedua, potensi yang agak terbesar Desa Ciluluk tu adalah peternakan Itik. Makanya kan lebih menarik jika kita tingkatkan lagi potensi tersebut.

Disamping itu, masih banyak lagi program yang dicanang bakal dilakukan. Antaranya, program kesihatan seperti pengukuran BMI, tekanan darah, cara gosok gigi dan basuh tangan yang benar, meningkatkan kemampuan anak-anak usia dini [PAUD < 5tahun], pertandingan olaharaga buat penduduk desa, SEX EDUCATION dan sebagainya. Secara keseluruhannya, KKN dimulai sejak Oktober dan akan berakhir Disember nanti. Sepanjang Isnin sampai Jumaat, kami harus ada ke desa selama 8 jam dan Sabtu dan Minggu harus bermalam di sana. Oklaa, SRi dah in the MOOD nak kena g bersuriramram dah! Selamat menjalankan harri-hari anda dengan tenang dan bahagianya ya!!
SRi:Malam ni keluar dengan budak-budak KKN euy!!

Wednesday 11 November 2009

Kuasa Hukum: Manohara Nikah? Ya Nggak Apa-Apa [APEKAH??]

Berita tentang "ratu kontrobersi" ini makin hangat kembali diperbincangkan selepas berita kekalahannya di pengadilah Mahkamah Syariah Malaysia dicanang. Kali ni SRi sertakan pula press stetment from org yang terpelajar undang-undang DUNIAnya. Selamatlah yea menikmatinye.
Meski masih resmi menjadi istri Pangeran Kelantan, Teuku Fakhry, namun menurut kuasa hukumnya, Manohara Odelia Pinot tetap sah jika ingin menikah lagi di Indonesia. Apalagi, status Manohara di Indonesia memang masih belum kawin.

"Ya kalau sekarang dia nikah di sini ya nggak apa-apa. Soalnya status dia di sini kan belum menikah. Soalnya pernikahan dia di Malaysia itu belum dilaporkan ke Pengadilan Agama di sini," ujar Lury, salah satu kuasa hukum Mano yang mendampingi model/artis cantik itu dalam preskon di Summitmas, Jaksel, Selasa (10/11) siang. "Jadi ya, status dia ya masih belum menikah gitu di sini."

Disinggung soal dobel kewarganegaraan Manohara, Lury pun tidak menganggap itu suatu masalah.

"Dia sih belum bikin KTP karena kan selama ini dia punya dua kewarganegaraan yaitu Amerika sama Indonesia. Kalau di Amerika sana kan baru umur 21 dapat KTP. Tapi sebenarnya kalau di sini mau bikin sih bisa aja, cuma dia belum ada waktu," tutup Lury.

Renung-renungkanlah dan selamat beramal
SRi:Rasanya seopen2minded India pon x pernah lagi kot bt press stetment mcmnie?huh

Tuesday 10 November 2009

Kepada Semua--bye-bye...

Pernahkah kau terfikir
Mengapa engkau... kenapa kau lahir
Kau hidup lara sejak kecil
Cinta yang indah kau ambil

Dan, pernahkah kau tertanya
Mengapa engkau setelah dewasa
Cinta indah kau agung selamanya
Bagaikan sangkar engkau terpenjara

Kuhiasi cintaku
Dengan gelak tawamu
Dengan sentuhanmu... senyummu

Kauhiasi duniamu
Dengan warna yang ungu
Dengan rasa yang syahdu... lukisanmu

Pernahkah kau sendiri
Kau menangisi hari yang telah pergi
Kau meratapi jiwamu yang sunyi
Sebenarnya segala kaumiliki

Segalanya berakhir
Dilukiskan Tuhan sebagai takdir
Cinta abadi yang telah pun mati
Terkubur di dalam sepi

Kuhiasi cintaku
Dengan gelak tawamu
Dengan sentuhanmu... senyummu

Kauhiasi duniamu
Dengan warna yang ungu
Dengan rasa yang syahdu... lukisanmu

Lagendaku... lagendaku... lagendaku...

Lorong Kenanga,2007
SRi:Tetibe rasse rindu rumah lame..huhue

Alhamdulillah Mereka Pikir Aku Kaya!!

Masih tak habis-habis lagi dengan isu Manohara yang dah ternyata kalah di sidang penghakiman Malaysia kelmarin hari. Pernyataan press yang berlangsung petang tadi sememangnya menandakan ketidakmatangan beliau dalam berbicara. Bikin SRi panass saja. Memang maunya dia samannya berapa? Rp 50,000? Sepuluh ringgit? Emang dia selama ini caci fitnahnya siapa? Anak ayam? Pliss deyh.. Bertanggungjawablah sket atas kekalahan itu. Jangan diputarbelitkan lagi. Yea ye jerk dia nak bawak keluar 3juta fikir banyak kali. Sumber terdekat SRi yang pernah mengenali Manohara face to face mengatakan Manohara bukanlah orang yang tak berduit, bahkan dia tue bley bagi Sejuta Rp dekat korang macamtue jerk! Tapi tue pon kalau dia kenal koranglah! Kalau tak, singget pon dia tak hingin kot nak bagi!

Huh,Orang buat persidangan, dah panggil bagai, tak mahu turun! Sekali pun tak pernah! Bila dah disabit kesalahan, salahkan Fakhry. Emang Fakhry yang jaga airport tue, jadi kepala Imegresen tahan pasport dia? Sedangkan DS Anwar yang pernah jadi Timbalan Menteri pun turun sendiri ke Istana Keadilan , masa sih Manohara itu yang dah cakap banyak, bukan-bukan; then, Istana Kelantan juga yang nak gendong dukung buai bagai tebar bunga rampai dari Jakarta to Kuala Lumpur? Adoihlaa weyh~ Rasional laa sket!

Then,now salahkan Fakhry lagi yang dia tak boleh nak dakwa dekat sini. Besar sangat pengaruh Kelantan tue gamaknya sampai bleyh kuasai kuasa hukum satu Indonesia. Lagipun dah memang jelas terang tang tang kes jadi dekat Malaysia kut, rasanya memang confirmla kot kena sidang dekat sana. Budak kecik pon bleyh agak kot norma judisiari tuh. Pendakwaan kes bukannya kena ikut asal usul yang terdakwa, tapi ikut dekat mana kes tue berlaku laa kot? Hamboih, kalau macam tue parahlaa artis-artis kita yang kawen ngan minah bapak salleh tue nak kene ulang alik gi mahkamah soenoe! Tapi SRi tak tau laa kan kut-kut bleyh dakwa dekat sini sama. I'm nop a Law student. Tapi yaa sok atuh kalau mau di ajak bersidang di sini. Ga' ada apa-apa masalah. Kalau kita bleyh import team peguamcara Haziq Pillay lagi bagus. Senang sket cerita. Sebab SRi memang tak nampak sosok peguam di sini yang hebat beretika, punya daya bicara rasional berkarisma seperti peguam-peguambela di Malaysia dan SRi memang dah agak lama mengikuti perbicaraan yang diwakili oleh beliau sebagai peguamcaranya. Tapi kalau kalah jugak, jangan salahkan Fakhry lagi,kata dia "suap" mahkamah bagai laaks.. aduss,penin pokcik!

Cara pengaturcaraan mahkamah pon tak futuristis dan sistematis. Macam nak membicarakan kes golongan petani di zaman penjajah jerk rupa dia. Dengan bilik persidangan macam dalam kelas sekolah rendah. Aduh, tata balik atuh kamar sidangnya agar lebih ceria dan tak nampak kuno mana! Istana Keadilan atuh bung. Biar nampak ada kelas sikit!

Oklaa, SRi chiow doeloe.. dah reda sikit dah kepanasan memalam buta nie! Baru bangun tido, tup-tup baca press conference makcik ni. Huh,bikin panas sajjoerk. Nak cakap banyak-banyak lagi kang, tak pepasal terkeluaw segala-galanya. Dah kono banned blog pokcik nie hah! Lantak kow laa Manohara ooui.. Moga berbahgialah ekaw dengan kehidupannya. Si Fakhry tue pon memang takdenye teringinkan sangat mana ngan duit tuh! Dia dah kaya gila nak mati sangat dah hah! Btw, SRi sediakan link press tue dekat cnie, banyak lagi rasanya.yang laen korang cari sendiri laa eyh! Check it outz
SRi:Selepas siri Manohara, kini bakal bergulir pula kisah sinetron dari sisi Fakhry. Produksi bakal menerima bantuan langsung daripada kerabat istana berupa penggunaan Istana Kelantan sendiri dan jet peribadi Fakhry sbg set penggambaran

Thursday 5 November 2009

CUBA [Faizal Taher] Versi Romania

Nmpknya populariti Faizal Tahir tak terbatas kepada peminat Malaysia & Indonesia saja. Bakat & lagu Faizal Tahir dah sampai ke Romania noks.


Sorang penyanyi amatur dari Romania yang menggelarkan diri sebagai Mr.Avamon berjaya merakamkan bakatnya menyanyikan salah satu hits dari Faizal Tahir, Cuba.

Boleh tahan’lah jugak nyanyian jejaka Romania nie memandangkan jurang bahasa yang sangat berbeza kan. Hah,Siapa kata Bahasa Melayu tidak global? *sigh*

Korang layanlaa dlue eyh!SRi nk g tiddoow!Penat Piket td tak habbeh lg. btw,Congratez to Mr Fakhry&team Haaziq Pillay cz menang melawan kes Manohara tuh!gassak kow Mano euy! Bayaaw saman tuh!!
SRi:Direct copy paste from OhBulan

Dr Asri&Celebrity

Owh yeah..kalau dalam bidang politik kite ada Khairy Jamaluddin yang mempunyai daya saing untuk masuk dunia hiburan, dalam dunia religus keagamaan pula rasanya Dr Asri punya kaedah dakwahnya sendiri.

SRi tak pasti bile mase dia pernah face to face dengan golongan-golongan artis nie, tapi berikut SRi sertakan stetmen langsung komen atau pendapat daripada mereka atas peristiwa hitam yang menimpa Dr Asri. Check it out

1. Mohd Asri Ubaidullah (anggota kumpulan Rabbani)
Kami amat simpati dengan apa yang berlaku pada Dr Asri. Perkara itu tidak benar, tentu kami tidak setuju dengan tindakan yang diambil.

2. Aishah, penyanyi lagu Janji Manismu
Tak habis-habis orang nak dengki. Tak tahu lah apa nak jadi…

Ada jugak artis-artis yang SMS direct kat Dr. Asri dan bagi kata-kata semangat kepada beliau. Antara artis-artis yang menyokong beliau ialah Maya Karin, Wardina, Betty Benafe dan beberapa pengarah dan produser filem. Di bawah ialah kata-kata dari Dr. Asri:-
Ada yang SMS, ada yang hubungi saya. Mereka harap saya bersabar hadapi fitnah ini ini. Kata mereka, ini semua kerja orang yang hasad dengki.

Jelasnya lagi, ada seorang artis itu berkata…"Kalau mufti boleh dilayan begitu, apa tah lagi kami golongan artis."


Khairy Jamaluddin, MP for Rembau
Saya akan memantau situasi ini dengan cukup rapi dan jika benar wujud apa-apa ketidakadilan terhadap Asri dalam isu penahanan ini, saya tidak teragak-agak mengecam penuh tindakan seumpama ini.

SRi:Suke tengok Jibriel anak KJ nie.Comel gilleerrr~

Piket

Sungguh SRi sangat malas nak g piket KKN hari nie!! sekarang dh 1017, janji juppe kol 1100 satg.. arrrggg,malassnyeaaa!

ade sesape x yg ade idea yg sunggoh profesional tuk meloloskan diri drpd ektibiti yg tak berape nk bpekdah nie??takkan asek nak bagi alasan my grenny pergi jupe Sang Pencipta ataw atok kawen lagik kot?? bapek banyaklaa sangat tok ngan wan yg SRi adew!hahahahhaadehla

Owh yaa..SRi uca
pkan CONGRATEZ to Faizal Taher cz dah berjaye menaut hati orang Romania dengan lagu-lagu nyanyiannya...*sape katew lagu kite xdek org minat?huh* mm,nnti SRi crite eyh tntg nie! XD argg!!malleehnyea nk g! hahahha
SRi:nnti i story dkat u ols ape dia tue KKN eyh..gtg

Tuesday 3 November 2009

Sehati Berdansa

Uuuih, dah lame bebenow tak bergussip-gussip di sini.. mm,rasenyea sume dah pada tau kan yang hos sehati berdansa tue dua-dua dah isytihar cerai kan? SRi tak tau le talak berape kan, takde plaks yang bagitaw..

Ade orang kate Cik Scha kite nie yang mencurangkan diri-tue pon gare-gare beliaw duk suke suki gumbira bahgia bereply2an status di twitter dengan En Awal. tapi siape tau kan mungkin masalah sebenar terletak pada Abang Fahrin tue. ye laa, kite bukannya taw bebenow pon sape yang bersalah dan tersalah ketika kasus talak tiganya dulu. Entah-entah masalah sebenar terletak pada En F nie hah bukannye dekat Linda tuh..siaan Linda kene hentam bagai.. wallahua'lam~

Houh, tapi hari nie bukan itu yang hendak kite ceritekan yea adeq2 tapi kisah artis yang disenarai hitamkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kerana tidak menjelaskan hutang pinjamannya.

Nak dijadikan alkisahnya kedua-dua hero Sehati Berdansa nie terblacklist laks namanya gara-gara tak bayor pinjaman tue. Padanlah gussip dua-dua tue asek domestik jerk, takde gambor-gambor hot from obessi. Rupa-rupanya kene tahan dek abang imegresen tak kasi keluor.

Ada orang kata, Awal dan Fahrin ada buat pinjaman dengan tabung berkenaan ketika mereka belajar di UiTM Shah Alam tak lama dulu. Fahrin garaduan ijazah dalam bidang undang-undang manakala Awal pula diploma komunikasi di universiti berkenaan. Tapi Awal sempat menyambung pelajaran di Universiti Limkokwing dan memiliki ijazah dalam bidang filem & Televisyen.

So,kepada kekawan yang kat luor sanew tue, janganlah buat-buat lupew bayaw duet pinjaman tue eyh. Kesian dekat adik-adik kite tue. Dorang pon nak merase segulung ijazah jugak!
SRi:Awal dah settle bayaw,Fahrin bile laks??
SRi:Takziah kpd Anita&suami kerana tersingkirkan drpd "malam disko" kelmaren

Putih Abu-Abu dan Sepatu Kets

Amboi kow!dah terok sangat dah hah ektibiti menghapdet blog nie gamaknyea! Kesian dia dibiarkan bersawang tak berpenghuni.. Tak pepasal jadi rumah hantu laks kang... huuuuuuueee~

Kalinie SRi nak bercerite tentang kreativiti laks sket!! Laswik SRi pegilah layan movie Inglurious Basterds.. alaa,cerite Brad Pitt tuh. btw, cite nie memang muvie antara mubi yang paling SRi tunggu lepas Star Trek! houh,sangat-sangat tak rugi sia-sia penantian tuh, I Love diz movie.. tak terase SRi duk terpacung dalam cinema tuh 153 minutes, sedar-sedar dah masuk maghreb sudda!

time keluar tue, ternampaklah SRi sehelai poster nie yang sangat mengganggu pemikiran, rasse cam sangat familiar jerk dengan care dia bold n italickan title dia plus men tampal-tampal gambar gittoe.. mm,xmow cerite panjang, SRi tampalkan je lah teros eyh poster mana yang SRi maksudkan tuh.

Jujur SRi sabdakan disini, SRi tak rasa cerita nie sangat gempak untuk ditonton. Kalau U ols rasa cam nak layan adegan panas-panas gittoe, sile lah kowt.. tue pon takdekla panas mane pon, beseelaa bebudak kecik lagik.. Cuma nak habaq mai, heroin nie yang baru nak high school dah naek high merenyam nak bercioum gare-gare pas merasekan kenekmatannya tru diz movie.. eeuuwww~ golli pokcik!!

Dah lame bebenor SRi simpan poster-poster berikut nie, so -> layaaannnzzz...



U ols rasse-rasselee kan, ade tak poster filem-filem kite yang cam ciplaks orang laen punye? Ye laa, kitekan mane ade budaya sendiri untuk dibangge-banggekan.. XD
SRi: Momok The Movie menang tipis dengan Jin Notti apabila kutipan masing-masing ialah RM2.095 juta dan RM2,048 juta
Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)