Showing posts with label hadith. Show all posts
Showing posts with label hadith. Show all posts

Sunday, 10 July 2011

Mimpi


Straight to the point, harini aku nak story sedikit info tentang mimpi yang aku tahu- dan sebahagiannya adalah pendapat aku semata-mata..
  1. Jika mimpi perkara baik di tengah malam, maka bangunlah dan bertahajjud sambil mendoakan agar mimpi itu makbul. Menurut Hadith, mimpi yang baik itu dari Allah, mimpi yang buruk dari syaitan.

  2. Jika mimpi buruk, bangun jugak, bertahajjud dan minta pada Allah, supaya perkara itu tak berlaku,

  3. Jika mimpi buruk dan malas nak bertahajjud, buat ‘isyarat ludah’ di sebelah kiri sebanyak tiga kali sambil beristigfar dan sambunglah tidur balik [ada dalam hadith]

  4. Jika mimpi berjumpa Nabi, Maka itu adalah Nabi Muhammad SAW, (Rujuk Hadith) sedikit cerita: baru baru ni ada beberapa kawan aku bermimpi jumpa Nabi, kawan aku tanya kepada Nabi, apakah tanda ahli shurga di akhir zaman, mengikut cerita kawan aku, tanda ahli syurga akhir zaman, Nabi bagitahu dalam mimpinya: mereka ada alas tidur di masjid. [baca: ini bukan Hadith: ini cerita mimpi]

  5. Pada pendapat aku, jika dalam mimpi korang bermimpi buat dosa, maka itu tandanya korang lemah iman, sila buat usaha atas iman dengan sungguh sungguh jika korang asyik buat dosa dalam mimpi. Orang beriman dalam mimpi pun tak buat dosa.

  6. Jika korang bermimpi buat pahala dalam mimpi sedangkan dalam dunia nyata korang banyak buat dosa, maka itu tandanya korang seorang yang suka berniat buat baik tapi tak mampu laksanakan mungkin di sebabkan pengaruh rakan atau masalah suasana, nasihat aku, sila zahirkan mimpi korang ke dunia nyata dengan cari suasana yang betul dan kawan yang betul [baca: jika tak nak masuk neraka]

  7. Jika korang bermimpi bersetubuh buat pertama kali dalam hidup, sedangkan korang tidak pernah bersetubuh, dan ketika terjaga terdapat cecair pekat wangi keputihan, itu tandanya korang sudah akhil baligh, yang mana lepas ni jika tinggal solat dengan sengaja boleh masuk neraka jika tak bertaubat. Sila jangan tinggal solat lagi sampai jadi mayat. Kalau nak tinggal solat jugak, tinggalkan solat jenazah untuk anda jer.. yang lain tak payah hihihi.

  8. Jika korang sudah baligh, tapi masih bermimpi bersetubuh atau berzina atau merogol, itu tandanya air sudah naik kepala. Tafsir mimpinya: Bila nak makan nasik minyak Bang euy?

Friday, 25 March 2011

Raikan Insan

Kenapa orang muda sekarang malas nak pergi sembahyang jemaah dekat masjid atau surau?

Jawapan standardnya - LAMA! Mereka bukannya tak tahu betapa besarnya ganjaran bagi orang yang solat berjemaah apatah lagi di masjid berbanding sesorang di rumah maupun dorm! Mereka bukannya sakit sampai tak boleh nak berjalan nak gi bertakbir bersama Imam yang jaraknya tak sampai 100 langkah tu pun.

Tetapi ketidakraian Tok Imam terhadap makmumnya membuatkan jemaah lari daripada menikmati kebersamaan Tuhan yang satu ini. Contoh paling mudah--tengok masjid mana yang penuh manusia gegilaks waktu Solat Jumaat. Biasanya mereka akan memilih yang masjid yang paling awal cepat selesainya. Khutbah daripada khatib tertentu memang sedap didengar--tetapi masa yang tersita lama membuatkan hanya orang orang tua saja yang sanggup menjadi pendengar setianya. Yang lain dah gatal panas punggung asyik-asyik mengadap jam di tangan saja. Minggu depan lari tak datang dah lah!

Sememangnya hadith Nabi SAW ada mengatakan, "Bahwa solat yang lama berdirinya adalah yang terbaik". Namun terkadang anak anak muda remaja ini nakal mentalnya. Ada saja aktiviti yang nak dilakukannya meskipun itu cuma di Subuh hari yang orang tak terfikir-Ko nak buat apa lah pepagi buta ni sampai tak boleh nak gi semayang dekat mesjid? Rayuan syaitan menggoda jiwa. Kemalasan menguasai raga. Akhirnya bersubuhanlah dia seorang saja.

Oleh itu kepada para Imam--raikan jiwa jiwa muda ini untuk mendekati Rumah Tuhan yang penuh barakah ni. Jangan kerna keangkuhan kita, kesombongan kesedapan kehafalan surah-surah panjang - kita kerugian pelapis-pelapis muda ini. Sayang kan? Nanti kalu kita dah takda-sapa nak jadi Imam lagi lepas ni?

Kisah ini muncul sebenarnya kerna kelmarin sewaktu menjengah ke sebuah masjid yang agak masyhur di Kota Bandung--Lama gila nak mati nak habis satu-satu rakaat tu. Imamnya tidaklah baca Al Waqiah maupun Yaasin-cuma baca 2 ayat terakhir Al Baqarah ja kots-tapi subhanallah-1 harkat dia cam dah 2 3 harkat orang biasa. Cubalah bayangkan kalu kena Mad Wajib Muttashil; jika huruf mad (و ي ا) bertemu dengan huruf hamzah dalam satu kata maka wajib dibaca 2,5 alif atau 5 harakat::mau meraban kat situ. Sayang masjid agung ditengah kompleks perumahan itu sunyi tidak bertempat. 

Oleh itu, selamat memanusiakan manusiawi. Nak berzikir panjang--zikirlah. Tak ada siapa nak marah. Namun sebaiknya raikanlah manusia yang cuba mendekati Tuhannya ini...



SRi:That sand artists was absolutely incredible 2:09:45

Sunday, 2 January 2011

::Doa Dan Harapan

Nukman bin Basyir meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W pernah bersabda:”Doa merupakan satu ibadat, lalu baginda membaca ayat: “Dan berkata Tuhan-Mu: “Berdoalah kepada-Ku...”

 
(Abu Daud dan at-Tirmidzi)
Doa adalah jambatan seorang hamba untuk menyampaikan keinginannya. Namun hendaknya kita tidak hanya meminta sesuatu yang hanya mencakupi urusan dunia semata, melainkan mencakupi urusan dunia dan akhirat sekaligus sebagaimana yang disebutkan dalam al-Quran yang maksudnya:
"Maka di antara manusia ada yang berdoa, 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia'. Dan tiadalah baginya kebahagiaan di akhirat. Dan di antara mereka ada yang berdoa, 'Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.' Mereka itulah orang-orang yang mendapat kebahagiaan dari apa yang mereka usahakan. Dan, Allah sangat cepat perhitungan-Nya." (al- Baqarah : 200-202).

"Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar"

Thursday, 30 December 2010

Diet Ala-Dr.Hanif [Bhgn II]

3. Puasa
Mama kata Nabi SAW puasa 3 hari sebulan. Isnin, Khamis dan hari-hari pertengahan-lebih kurang 15hb. Jadi aku rasa selain menghidupkan kembali sunnah Nabi SAW-secara tak langsung korang pun dapat kurus sekali. Tapi harus niat ikhlas kerana Allah lah-kalau korang memang niat semata-mata puasa nak kurus; memang kurus sajalah yang korang dapat nanti. Nol di mataNya. 
Innamal a'malu binniyat, wa innama likullimri in maanawa
Aku memula pun takdalah perasan sangat tentang hal ni-tetiba aku entah macamana kawan aku kata-aku kurus sebab duk selalu berpuasa. Mm,logik lah juga. Bukannya apa-bagi seorang yang agak penyegan cam aku nih-rasanya puasa adalah ibadah yang paling mudah sekali. Korang tak payah nak buat apa-apa. Jaga mata-tak payah buka televisi. Jaga lidah-tak payah susah-susah nak gi bercakap dengan orang. Mudah kan?! Duduk buat kerja macam biasa saja. 

Thursday, 16 December 2010

A'syura

Kalender Hijriyyah-Bulan Islam--Muharram Safar Rabiu'l awwal etc sangat sinonim dengan ibadah kita sehari-harian terutamanya apabila tiba Ramadhan dan Syawal. Tidak terkecuali peristiwa-peritiwa besar dalam dunia Islam-termasuk Maulid Nabi SAW, Awal Muharram, Nisfu Syaaban dan lain-lain..

Apabila melibatkan hal-hal ibadah, kita harusnya lebih teliti menanggapinya. Lihat saja--bila tiba Ramadhan berlambak-lambak orang tunggu depan televisi sabar menantikan pengumuman Pemegang Mohor Raja-Raja Melayu. Samalah juga bila nak tiba Hari Raya Aidilfitri--semua excited tertunggu-tunggu. Orang JAKIM JAWI segala mempersiapkan kelengkapan nak lihat anak bulan. Betul ke tidak esok puasa? Boleh tak kami nak raya esok nie?!

Tapi kenapa hanya bila nak Ramadhan nak sambut hari raya saja semua nak sibuk-sibuk pakat tengok anak bulan-rujuk falak syarie?! Kenapa tidak di bulan lain juga. Syaaban, Rejab apatah lagi Muharram?! Yakin kah kita yang kita semua ni puasa pada hari kesembilan (semalam) dan kesepuluh Muharram hari ini? Entah-entah hari ni baru 9 Muharram dan esok baru 10 Muharram. Kita pula dah berdondang sayang riang raya melantak Jumaat esok ni.

Sesungguhnya ada satu pendapat mengatakan adalah lebih afdhal puasa tiga-tiga hari - 9, 10 dan 11-risaukan kita terlepas A'syura tersebut. Dan dengan nikmat teknologi yang canggih manggih ni--berdoa sangatlah aku devisi falak syarie JAKIM rajin-rajinlah turun pi tengok anak bulan dan umumkan kehadirannya setiap bulan. Barulah hati pun rasa lebih tenang, nak beribadah pun aman. Lepastu--buatlah nota tazkirah pendek dekat celah-celah iklan biar umat Islam kat Malaysia ni perihatin - terisi sikit rohaninya hari-hari. Takkanlah nak kena pi majlis agama kat masjid--buka Astro Awani baru nak terisi? Tak rempits lah weyh

Serius, terkadang aku risau melihatkan mentaliti Majlis-Majlis Agama ni. Mengalahkan kerajaan pula politiknya. Tampak melebihkan yang menguntungkan mereka sahaja. Tak bersungguh-sungguh dalam menjaga kemaslahatan umat. Benda-benda yang ada unsur publisiti saja yang banyak diwar-warkan. Yang tak berkepentingan tak naikkan nama, dorang diamkan.

 Tak payah pergi jauh--lihat saja dekat Carefour atau apa?! Korang pasti apa yang korang makan tu tak bercampur dengan hal-hal haram? Adakah semua produk yang tak dapat tanda Halal JAKIM tu haram? Bab makan produk-produk seharianni--aku lebih suka kalau bukan tanda halal yang diberikan--tetapi logo HARAM yang diterakan. Jadi baru terhegeh-hegeh dorang nak rekrut ramai pekerja kasi sibuk sikit. Yang tak ada tanda Haram semuanya Halal. 

Malaysia adalah negara Islam yang majoriti penduduknya Muslim. Pekejadahnya kita nak susah-susah dapatkan benda halal-tengok logo halal bagai?! Nak buka web cari benda yang kita nak beli tu halal ka haram. We are the majority. **inilah masalahnya bila kita cuma majoriti pengguna bukan pengusaha

Thursday, 11 November 2010

Anggo yang Sedda' do'oh!

Mari kita belajar sejarah, zaman pakcik muda-muda dulu [macamlah aku dah tua sangat kan?] orang akan guna beberapa istilah untuk merujuk kepada mereka yang menganggur, kat kampung pakcik di terengganu [sebab bakal bini orang ganu] misalnya, penggangur di kenali sebagai “pengukur jalan” sebab berjalan ke sana ke mari takde hala tuju, takde matlamat, serta visi.. aktiviti bermula dengan lepak, lepas tu ‘ukur jalan’, dan lepak kembali…

Bagi yang perempuan, istilah menganggur mereka lebih akdemik, iaitu “ambik STPM”..
Contoh perbualan:-

“Minah, mung wak menda lening?"  [bulih kaweng oran ganu dop naki?](aih bahasa: Minah, [bukan nama sebenar] apa kamu sedang buat ketika ini?)

Minah akan menjawab: “ambik STPM”..

“OOOOO..,”

Kata aku sambil memuncung mulut dan berlalu (kerana Minah tak cantik), dan dalam hati tahu sudah bahawa Minah sedang menganggur dan kerja beliau sekarang adalah “ambik STPM”..iaitu, Sedang Tunggu Pinangan Mamat…

Namun, semua tahu sudah, istilah yang paling di iktiraf untuk penganggur sehingga arwah Sudirman pun ada buat lagu adalah “Tanam anggur”..

Contoh perbualan:-

“Minah, mung wak menda lening?"

Minah akan menjawab: “tanam anggur”..
“OOOOO..”
Kata aku sambil memuncung mulut dan berlalu kerana takut Minah mintak nak pinjam duit bagi kat Mamat untuk pinang dia, dan itu cerita lain…

Jadi, jika korang pelajar luar Negara, dan sedang belajar etnik rakyat Malaysia, dan jika korang terpaksa kena buat assigmnet interviu etnik Malaysia tentang ekonomi lalu ada di antara mereka yang menjawab sedang ‘tanam anggur’, maka korang kena faham bahawa jawapan itu adalah merupakan simbolik kepada mereka yang menganggur, takde kerja.. atau jobless!

Kenapa begitu?

Faktor ini mungkin disebabkan perkataan penganggur yang hampir dengan buah anggur, selain factor buah anggur sendiri yang susah nak dapat kat Malaysia ni..

Maka kelas bahasa kita hari ini akan membuat anjakan paradigma terhadap penggunaan kata kerja ini, kerana aku rasa istilah tanam anggur untuk penganggur dah tak beberapa sesuai kerana tak Islamic.. lagipun anggur bila diperam akan menjadi arak.. tak elok… haram tuue

Maka, apa kata untuk genarasi baru yang baca blog aku, lepas korang habis belajar nanti dan takde kerja kerana ekonomi gawat misalnya.. korang tukar istilah ‘tanam anggur’ untuk jobless kepada tanam pokok yang lebih islamik sikit.

Iaitu “Tanam kurma”!

Woha!

Contoh perbualan:

“Minah, mung wak menda lening?

Minah akan menjawab: “tanam kurma”..
“OOOOO..,”
Kata aku sambil memuncung mulut dan berlalu kerana tak nak kacau Minah yang sedang berzikir kerana munurut hadith,yang diriwayatkan dari Jabir r.ahu, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: Barangsiapa yang membaca “subhanallahil aziim wabihamdihi” maka akan tertanam baginya sebatang kurma di shurga, (hadith riwayat Tirmizi)

Ok, sampai sini dulu, akupun nak pergi tanam kurma!

“subhanallahil aziim wabihamdihi”

Saturday, 3 April 2010

...mayat yang huduh rupanya

Aku sedang mencari dua buah hadith, tapi dah puas aku belek belek kitab ugama kat rumah aku, tapi masih tak jumpa-jumpa jugak.. (macamlah banyak sangat kitab ugama kat rumah aku) salah aku jugak, akupun dah lupa kat mana akan dua buah hadith tu yang pernah aku baca, rasa macam pernah baca kat rumah aku, tapi kat kitab mana ntah? maka.. aku harap sangatlah jika korang yang tahu tentang hadith ini, silalah email atau komen.

Baik, untuk mudahkan korang menjejak kasihkan hadith yang aku maksudkan, biarlah aku cerita secara ringkas isi hadith tersebut yang masih aku ingat serba sedikit, dan insyAllah.. aku cuba tulis ‘sisa baki intipati’ hadith tersebut setakat yang aku ‘ingat-ingat lupa’, ketidak tepatan amatlah di kesali, dan maksud lafaz hadith juga akan bertulis dalam ‘lebih kurang maksud’ itu yang aku harap sangat bagi korang yang tahu akan lafaz sebenar hadith ini, silalah posting bagitaw hamba Allah yang tak tahu ini.

Hadith satu:

Pada satu hari, ada sorang hamba Allah ni dah jadi mayat, akan tetapi takde orang yang sudi nak solat mayat untuk si mayat ni kerana tak tahu status sebenar si mayat ni, munafik ke islam?

Sebab waktu hayat mayat ni banyak buat dosa yang semua orang tahu, maka, apabila berita ini sampai kepada Nabi Muhammad SAW, terus Baginda ke tempat kejadian dan mengumpulkan para sahabatnya lalu bertanya:

“siapakah antara kalian, yang pernah melihat hamba Allah ni buat baik?”

Tapi takde respond, lalu Nabi ulang lagi soalan tu berkali kali sehingga bangkitlah seorang sahabat Nabi yang memberitahu bahawa beliau pernah lihat si mayat ni menjaga barang-barang orang islam di satu medan perperangan sewaktu pejuang islam yang lain sedang berehat keletihan…

Mendengar kebaikkan mayat yang berjaga di jalan Allah, Lantas terus Nabi sempurnakan mayat itu secara islam, dimandikan, dikafankan, di solatkan, dan dikuburkan.. dan sewaktu mayat itu di baringkan ke liang lahad, Nabi telah ber’talking’ padanya:-

“Sahabat sahabatku berburuk sangka padamu, tapi bersaksilah, bahawa kamu adalah ahli shurga”

Hadith dua;

Pada satu hari yang lain, ada sorang hamba Allah yang lain juga sudah menjadi mayat, berbeza dari tadi, mayat ini telah di layan dengan baik, iaitu disempurnakan mayat itu secara islam, dimandikan, dikafankan, di solatkan, dan dikuburkan..

Setelah selesai dikuburkan mayat itu, maka berceritalah para sahabat sahabat sesama mereka akan betapa beruntungnya si mayat tadi, sebab waktu hayat selalu buat baik.. dah confirm masuk shurga katanya..

Kemudian, apabila Nabi terdengar pujian pujian yang begitu tinggi pada si mayat, maka Nabi telah bertanya 3 soalan, (aduh!.., ni part yang aku lupa ni, tapi seingat ingat aku) soalan Nabi berbunyi begini,(lebih kurang maksud) “ pernah tak si mayat ni tidak mendapat apa yang dia hajatkan” jawapan yang sahabat bagi, “tidak pernah” lepas tu Nabi Tanya, (kalau tak silap aku), “jika Hamba Allah ni pergi meminang, ada tak orang yang akan menolak pinangannya? jawapan yang sahabat bagi, “tidak ada” dan satu lagi soalan, memang aku lupa gila, yang mana pendek cerita…

Setelah Nabi dengar jawapan para sahabat, maka Nabi bersabda: “anggapan kamu pada si mayat adalah tidak benar..” ngaaa~

Nabi tak kata mayat tu masuk neraka, tapi Nabi kata sangkaan mereka terhadap kebaikkan yang di terima mayat itu seperti masuk shurga adalah tidak benar..

Ok, habis, aku kena baca lagi sekali hadith ni untuk tambah faham apa yang belum faham, itu yang aku harap korang tolong carikan hadith tu untuk aku dan bolehlah kita kongsi pada semua bakal-bakal mayat sekalian, insyAllah.. X)

Dan walaupun kita masih belum jupa matan sebenar hadith tersebut, tapi tak salah kita belajar moral dari dua hadith di atas, iaitu:-

Kita tak ada hak untuk tentukan mayat sipulan bin sipulan adalah ahli neraka hanya kerana kita melihat si mayat itu buat jahat sekian sekian atau atau ahli parti sekian sekian,

Juga,

Kita tak ada hak untuk tentukan mayat sifulan bin sifulan adalah ahli shurga hanya kerana kita melihat si mayat itu buat baik sekian sekian, atau ahli parti sekian sekian,

Kerana hakikat sebenar tentang nasib kepada roh adalah urusan Allah, jadi.. jangan pandai pandai nak jadi ahli nujum Pak Belalang.., sangkabaik takpe, tapi jangan letak HUKUM! Faham?

Aku tengok ada orang bila lihat mayat buruk sikit terus cari aib mayat dan padankan kesalahan mayat dengan rupa buruk mayat, sedangkan kita tak boleh meramal nasib mayat kerana ada hadith cerita tentang orang beriman bila nak mati, kadang kadang Allah susahkan waktu nazak sebab nak ampun dosa.., Nabi sendiri sakit kepala dan tak boleh nak berdiri waktu sakit.., belum lagi cerita kisah sahabat yang mati kena bunuh sesama islam, atau kisah mayat sahabat yang mati di lapah, atau kisah sahabat yang mati bercerai badan, ada jugak kisah mayat sahabat di kerumi lebah.., tapi takde pulak orang yang sanggup meramal nasib mayat berpandukan rupa mayat atau tempat mati si mayat..

Dan sama jugak jika mayat tu rupa bersih, kitapun terus yakin mayat tu masuk shurga, walaupun mayat tu tak solat waktu hidupnya, atau mayat tu pengebom berani mati misalnya, lalu syaiton cakap~ Tengok! orang tak solatpun muka bersih waktu mati, tengok, orang yang bom orangpun bersih mukanya waktu mati.. 

Jadi tak payahlaa kita nak sebarkan berita yang kitapun jahil- iaitu urusan roh adalah kerja Allah- kerja kita semua adalah sempurnakan mayatnya, tutup aibnya, dan sebarkan kebaikkan tentang mayat agar semua orang dapat belajar sangka baik..

Aku juga suatu hari nanti pasti jadi mayat, dan bagaimanapun rupa mayat aku, buruk atau bersih, bersangka baiklah pada Allah, sempurnakanlah mayatku secara islam, mandikan aku, kafan kan aku, dan kebumikanlah aku.. lupakanlah aku…

SRi: Kalau nak kenangkan aku jugak, kenanglah aku dalam doamu.. chewahh~
SRi:Semoga Pak Din (Din Beramboi@Mior Ahmad Fuad Mior Badri) tenang di sana..

Sunday, 28 March 2010

Batasan Melayari Kebebasan Duniawi

DAKWAH itu adalah suatu pekerjaan yang membawa ummat kepada berfikir, beramal, khidmat dan taqwa kepada Allah SWT.

Apabila berdakwah, syariat agama sangat penting bagi mengelakkan dari fitnah dunia.Jangan sekali-kali mengamalkan tariqat [jalan untuk mencapai kebenaran], hakikat dan makrifat tanpa syariat.

Wadah agama dan kefahaman Islam itu adalah berbeza-beza bagi setiap individu, maka tidak perlu bertikam lidah kepada sesuatu perkara. Jadikan syariat Islam -Quran dan Sunnah- sebagai jalan penyelesaian.

Setiap kebebasan dunia itu perlu ada batasan padanya. Hati-hatilah menilai, muhasabah pagar kebebasan kita. Silap langkah, kebebasan itu akan menjadi pintu gerbang syaitan untuk menghancurkan kita.

Renung-renungkanlah dan selamat beramal!

Sunday, 21 June 2009

Sunat VS Sunnat VS Sunnah

Dalam Duniya Islam kini, yang mana maklumat tentang agama boleh diperolehi dengan mudah, adalah menyedihkan apabila masih ada penganut Islam yang menghina Sunnah Nabi. Mungkin disebabkan oleh kurangnya ilmu atau tersilap dalam pemahaman agama.

Paling popular penghinaan yang selalu kita dengar adalah berjanggut macam kambing. Hairan? Orang simpan janggut, dituduhnya macam kambing, yang kita lari cari tempat teduh waktu hujan turun tak pula cakap macam kambing!

Sebenarnya apabila SRi usul perkara ini kepada segolongan Umat Islam, rupa-rupanya mereka terkeliru di antara Sunnah dan Sunnat.

SRi rasa ramai yang dapat bezakan maksud sunat untuk lelaki yang pra baligh, manakala Sunnat pula adalah amalan yang jika buat dapat pahala, tak buat tak apa, seperti solat sebelum Subuh atau selepas Isyak atau puasa [shaum] Isnin Khamis.

Tapi kenapa masih ramai yang tak dapat bezakan antara Sunnat dan Sunnah?

Malahan ramai orang Islam yang dah banyak cukur bulu dan potong kuku sepanjang beragama Islam beranggapan bahawa Sunnah dan sunat adalah sama, iaitu, jika buat dapat pahala, tak buat tak apa, maka kerana kejahilan itu maka mereka yang dah 60 tahun beragama Islampun masih selamba tinggalkan solat berjemaah kerana anggap perkara itu Sunnat, selamba cukur janggut dan selamba hina orang yang berserban kerana anggap Sunnah itu Sunnat, tak buat tak apa…

Janganlah jadi mangkuk, dilambung tak pecah tapi jatuh pecah berderai, dalam Hadith Nabi dah siap bagitahu awal-awal, bahawa beliau telah tinggalkan dua perkara yang jika korang semua [termasuk SRi] berpegang padanya maka tidak akan sesat buat selama-lamanya, iaitu Al Quran dan Sunnah, tak kan lah Sunnah di sini bermaksud Sunnat, buat dapat pahala, tak buat tak apa.., jadi sesat pula buat selamanyalah jika korang faham begitu..

Biar SRi betulkan balik offset kefahaman korang akan perbezaan antara Sunnah dan Sunnat.. insyaAllah

Dalam mengertikan Sunnat, ia termasuk dalam hukum Islam yang lima iaitu Wajib, Makruh, Haram, dan Harus. Kesemuanya bergantung kepada waktu dan tempat. Kita semua sedia maklum bahwa Sunnat adalah bermaksud, jika dibuat akan mendapat ganjaran yang banyak, jika ditinggalkan akan rugi tapi tidak pula mendatangkan dosa.

Adakah Sunnah bermaksud jika kita buat akan mendapat ganjaran yang banyak, jika di tinggalkan tidak pula berdosa? Bukan begitu kerana Sabda Nabi S.A.W, bahawa Baginda telah tinggalkan dua perkara kepada Ummatnya yang mana jika kita berpegang teguh maka tidak akan sesat buat selama-lamanya, iaitu Al Quran dan As Sunnah.

Bermakna di sini, Al Quran dan As Sunnah adalah dua perkara yang diwariskan oleh Nabi Muhammad S.A.W kepada ummat dalam menjaga diri kita daripada kesesatan.

Apakah itu Al Quran?
Al Quran adalah kehendak-kalam Allah yang dizahirkan dalam bentuk kitab dan Allah telah berjanji untuk menjaga Al Quran sampai Hari Kiamat yang mana hari ini setiap perkataan dan susunan huruf masih kekal seperti asal walaupun sudah berusia 1400 tahun dahulu..

Apakah itu As Sunnah?
As Sunnah adalah kehendak Allah yang dizahirkan dalam bentuk akhlak manusia, yang mana Aisyah R.A, meriwayatkan bahawa Nabi Muhamad S.A.W adalah “al-Quran yang bergerak”. Dan tiada jaminan dari Allah untuk menjaga As Sunnah seperti mana Allah menjaga Al Quran, maka diberitakan bahawa barang siapa yang dapat menghidupkan walaupun hanya satu Sunnah, di akhir zaman ini, mereka akan mendapat ganjaran seratus pahala mati syahid..

Jadi jika korang dah belajar agama sebelum ini tentang hukum dalam Islam yang terdiri daripada 5 hukum iaitu Hukum Wajib, Sunnat, Harus, Makruh dan Haram, lalu korang tak tahu nak letak Sunnah kat hukum yang mana dan akhirnya korang letak Sunnah dekat Sunnat maka di situlah kesesatan bermula, sebab masa tu korang akan selamba tinggal Sunnah sebab anggap Sunnah itu Sunnat, tak ke hampeh?

Padahal Sunnah ada dalam setiap hukum, ada Sunnah yang Wajib, seperti solat berjemaah [terasa sungguh] dan dakwah, ada Sunnah yang Sunnat seperti makan kurma, ada Sunnah yang harus seperti bercakap dalam bahasa arab, dan ada Sunnah yang haram, seperti kahwin sembilan serentak dan lain lain, dan kinilah masanya korang kena mengaji agama lagi, banyak yang korang tak faham, SRi pun sama..

Pendek kata,

Sunnat: buat dapat pahala banyak, tak buat rugi…
Sunnah: buat dapat pahala banyak, tak nak buat Nabi tak mengaku ummat! Nau’zubillah

Satu lagi:

Biasa Sunnah yang kita faham dan ikut adalah Surah dan Sirrah, iaitu penampilan dan cara hidup, kita berjanggut dan mengamalkan adab ketika makan, tidur dan sebagainya, akan tetapi lupakah kita untuk berfikir sebagaimana Nabi berfikir (sarirrah)?

SRi:Melalui berfikir seperti Bagindalah maka kita akan dapat hakikat ruh Sunnah iaitu amalan Surah serta Sirrah dapat dibuat dengan penuh rasa nikmat kemanisan X)

Apa Fikir Nabi??

Apa yang Nabi fikir?

Nabi fikir bagaimana semua orang dapat masuk syurga dan selamat dari azab api neraka, Nabi menangis lihat mayat Yahudi kerana Baginda faham nasib mereka.

Ada juga Nabi Muhammad S.A.W berfikir untuk membakar rumah orang yang tidak solat berjemaah kerana lebih suka solat di rumah, pendek kata, kita kena belajar fikir macam Nabi, jadikan apa yang Nabi risaukan sebagai perkara yang sama kita risaukan. (SRi pun duk belajar)

Sahabat-sahabat R.A berjaya kerana mereka telah berjaya ikut Sunnah 100%, mereka telah berfikir sebagaimana Nabi berfikir.

Moga kita semua dapat wujudkan fikir risau dalam diri, fikir macamana semua orang lelaki dapat solat jemaah 5 waktu (solat jemaah adalah Sunnah Nabi), semua wanita tutup aurat sempurna, semua kanak-kanak taat perintah ibu bapa, semua isteri taat perintah suami, semua perempuan solat awal waktu, wujud suasana agama yang mana lelaki jumpa lelaki cakap kebesaran Allah, wanita jumpa wanita cakap kebesaran Allah, kanak-kanak jumpa kanak-kanak cakap kebesaran Allah, fikir bagaimana bayi yang paling akhir zamanpun dapat mati dalam Islam.

Moga penulis dan kita semua dapat amal apa yang ditulis kerana agama adalah mudah untuk di bicarakan, tetapi adalah amat mujahadah untuk di laksanakan dengan istiqamah.

Apakah akibat menolak Sunnah?

Seandainya kita tidak mampu makan di atas lantai macam Nabi, dan lebih selesa makan menggunakan kerusi dan meja, atau kita lebih selesa makan menggunakan sudu dan garfu berbanding makan dengan jari cara Nabi Muhammad S.A.W, maka berdiamlah diri dan jaga lidah kita agar jangan sekali-kali sampai menghina mereka yang cuba menghidupkan Sunnah, kerana jika kita tidak mampu untuk mengikut semua Sunnah Nabi, maka itu adalah kelemahan kita, berdoalah dan beusahalah semoga diberi kekuatan untuk mengamalkannya dan semoga Allah ampunkan dosa kita, tapi apabila kita menghina dan menolak Sunnah, maka azabnya amat berat sekali.

Dalam sebuah hadith yang panjang, secara ringkasnya menceritakan bahawa setiap dari kita sebelum masuk syurga akan diberi minum air dari Telaga Kautsar, yang mana apabila kita minum air ini akan hilang dahaga buat selama-lamanya, kerana minumnya kita di syurga bukan kerana dahaga, cuma hanya untuk keseronokkan sahaja semata.

Dan untuk ummat Nabi Muhammad S.A.W, Nabi sendiri yang akan beri minum air ini dari telapak tangan baginda yang mulia, kemudian satu golongan manusia telah datang tapi di tahan oleh Malaikat sedang Nabi mengenalinya kerana tangan dan muka bercahaya kesan wudhu yang sempurna.

Tetapi apabila malaikat menyatakan bahawa golongan ini adalah golongan yang menolak Sunnah, maka Nabi sendiri yang menghalau golongan ini. [Nabi tak mengaku ummat tu!]

Na’uzubillah...

Berbalik kepada generasi muda zaman sekarang, kita dapat lihat akan mereka [including me] apabila terpengaruh atau minat gila pada satu-satu artis, bukan setakat hafal lagu, tapi penampilan dan cara berfikir artis itupun ditiru, gantung CD,rantai hanjing di tengkuk, ikat kain di kepala, bertindik di pusat, pakai baju terbalik, rambut diwarnakan, bukan dapat duit pun! Tapi semuanya dilakukan demi lebih penghayatan dan dapat menambahkan perisa rasa cinta pada artis-artis kesayangan mereka.

Sedang kita ummat Islam, mengaku cinta dan sanggup matinya kita demi Nabi, tapi sejauh manakah Sunnah yang ada dalam diri kita?

Oh!Apakah yang sedang berlaku pada diri kita semua?

Sahabat amalkan Sunnah, kerana itu adalah Sunnah...
Sedangkan Kita pula tinggalkan Sunnah, kerana itu adalah Sunnah...
SRi:Apa lagi nak dikata?

Sunday, 4 January 2009

Mereka Terus Sengsara Pabila Yahudi Berkuasa

SERANGAN pengganas Israel terhadap Gaza pada penghujung 2008 dan permulaan 2009 pasti menghapus ingatan masyarakat antarabangsa terhadap kisah kasut dan seorang presiden yang sangat memalukan.

Sekarang media tertumpu pada pencerobohan Israel ke atas bangsa Palestin, kes kasut sudah selesai, dunia tidak perlu ingat lagi.

Bahkan yang lebih memilukan hati seorang Muslim adalah fokus serangan keji dan tidak bertamadun Israel sekutu Amerika Syarikat itu hanya dikhususkan kepada Hamas sebagai pemerintah sah Palestin.

Padahal kini dalam konteks perjuangan tulen, Palestin adalah Hamas dan Hamas adalah Palestin. Hamas adalah usaha memanjangkan Harakah Muqawamah Islamiyyah (Gerakan Penentangan Islam) ditubuhkan sekitar pertengahan 1980-an.

Serangan ganas Israel yang meragut hampir 500 nyawa dan mencederakan lebih 2000 orang awam bukan yang pertama dan terakhir bagi bangsa Yahudi.

Mereka pernah membunuh 70,000 nabi dan tidak rasa salah sedikit pun apatah lagi menyesal, inikan pula hanya manusia biasa walaupun kanak-kanak dan orang tua. Mereka tidak akan berhenti mengganas kecuali seperti dikatakan Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad beberapa masa lalu, Yahudi dihapuskan dari peta dunia.

Namun siapa berani, sanggup dan berkuasa? Malah sekarang berlaku sebaliknya, umat Islam yang tidak ada dalam peta dunia.

Bangsa Yahudi khasnya di Israel tidak takut kepada umat Islam dunia kini yang masih mendepani keduniaan daripada kehidupan akhirat. Mereka tidak takut selagi umat Islam mengamal dan memakan riba; bergembira pada malam tahun baru atau tidak peduli halal makanan yang di lahap. Bangsa Yahudi akan gerun jika umat Islam benar-benar melaksanakan ajaran Islam.

Perdana Menteri keempat Israel, Golda Meir, pernah berkata bahawa dia tidak takut menentang bangsa Arab secara keseluruhannya selagi mereka tidak solat Subuh berjemaah seperti solat Jumaat. Keyakinan ini diucapkan "iron lady" itu ketika Arab dan Israel berada dalam kancah peperangan.

Kelompok pelampau agama Yahudi pun mempercayai kehancuran bangsa mereka akan berada di tangan umat Islam. Kepercayaan mereka berdasarkan keimanan mereka terhadap kebenaran Nabi Muhammad SAW. Mereka percaya Muhammad adalah seorang nabi, tapi tidak mahu mengikutinya.

Oleh itu, mereka percaya seperti diberitakan dalam beberapa hadis berkaitan akhir zaman, bangsa Yahudi akan dikalahkan oleh umat Islam sehingga batu pun berkata kepada tentera Islam: "Wahai pejuang Islam! Di sebalik aku ada orang Yahudi maka bunuhlah."

Antara hadis itu adalah yang bermaksud:
"Tidaklah akan berlaku kiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata: "Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada di belakang saya. Kemarilah! Dan bunuhlah dia!", kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon itu daripada pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)." (Hadir riwayat Bukhari dan Muslim)

Kepercayaan bangsa Yahudi termasuk umat Kristian terhadap kebenaran Nabi Muhammad SAW dan terhadap apa yang dibawa Baginda termaktub dalam sebuah ayat al-Quran yang maksudnya:
"Orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) seperti mereka mengenali anak mereka sendiri. Sesungguhnya sebahagian daripada mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan demikian." (Surah al-Baqarah: 146)

Mengapa mereka mengetahui sifat Nabi Muhammad dan kebenaran Islam yang dibawa Baginda. Al-Quran membuktikan maksudnya:

"Iaitu orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad) Nabi Ummi yang mereka dapati tertulis (nama dan sifatnya) dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Dia menyuruh mereka dengan perkara baik dan dia melarang daripada melakukan perkara keji; dia menghalalkan bagi mereka segala benda baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda buruk; dan dia juga menghapuskan daripada mereka beban dan belenggu yang ada pada mereka. Maka orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya, juga menolongnya serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (al-Quran), mereka itulah orang yang berjaya." (Surah al-A'raf: 157)

Bangsa Yahudi dan umat Kristian mengimani Nabi Muhammad dan mempercayai kebenaran Islam, tetapi mereka tidak mahu menjadi pengikutnya. Jika bangsa Yahudi menang dalam perang menentang Arab, maka barang rampasan perang itu tidak lagi mereka bakar seperti diajarkan Taurat tetapi mereka memanfaatkannya seperti yang diajarkan al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad.

Ini satu contoh pentafsiran ayat di atas khasnya perkataan "dan dia juga menghapuskan daripada mereka beban dan belenggu yang ada pada mereka." Mereka percaya tetapi tidak ikut.

Sebaliknya, umat Islam harus menjadi kuat dan tinggi martabatnya seperti ditegaskan al-Quran maksudnya:
"Dan janganlah kamu berasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan jangan kamu berduka cita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang yang (sungguh-sungguh) beriman." (Surah Ali 'Imran: 139)

Syarat kekuatan dan kemenangan dalam ayat ini ialah beriman. Inilah yang membezakan umat Islam dan ahli kitab. Mereka mempercayai kebenaran Islam, tetapi tidak mengikutinya.

Sebaliknya, kita pengikut Islam, tidak mempercayai kebenarannya. Inilah yang sedang kita perhatikan di Gaza, Palestin serta kawasan yang sama dengannya.

SRi:Dunia masih kaku berpeluk tubuh sedangkan mereka telah "disembelih" 750 kali seminggu ini

Sunday, 28 December 2008

Salam Muharam 1430H

“Allah Maha Besar. Ya Allah! Tampakkan bulan tanggal satu itu kepada kami dengan membawa keamanan dan keimanan, keselamatan dan Islam serta mendapat taufik untuk menjalankan apa yang Engkau senang dan rela. Tuhan kami dan Tuhanmu (wahai bulan sabit) adalah Allah.”

HR. At-Tirmidzi 5/504, Ad-Darimi dengan lafazh hadits yang sama 1/336 dan lihat Shahihut Tirmidzi 3/157.

-salah satu hadith di dalam Hisnul Muslim-

p/s: Doa dan hadith ini adalah doa yang dianjurkan oleh nabi untuk setiap awal bulan dan tidak dikhususkan untuk bulan muharram sahaja.

Wallahu’alam

.:thanx adjie:.

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)