Showing posts with label ekonomi. Show all posts
Showing posts with label ekonomi. Show all posts

Wednesday, 31 August 2011

#rasa

"merdeka! ucapkanlah dari lubuk hati kita, rasailah kesan dan nikmatnya, hargailah ia setiap masa, moga anak cucu kita juga mampu melaungkannya. merdeka!"

Wednesday, 9 March 2011

Lintah Darat Melayu atau Drakula Versi Moden?

Satu-satunya benda yang aku paling tak suka dalam bisnes bangsa Melayu adalah wujudnya budaya middle man atau dalam bahasa Melayunya,orang tengah.Aku gelarkan orang-orang ni,kaki pau professional.Tinjau aje la mana-mana bisnes sekalipun mesti akan wujud golongan ni.

Apa kerja seorang middle man sebenar? Kerja seorang middle man sebenar adalah mencari client dan dari situ diorang dibayar fees diorang. Kita boleh nampak middle man di mana-mana aje. Salesman kereta,salesman rumah, pemborong runcit dan mana2 lagilah yang ada sales. Sindiket gores dan menang juga menggunakan middle man untuk menipu orang ramai.Syarikat gelang useless AC Mizal juga menggunakan downline sebagai middle man.

Tapi,aku tak nak cerita pasal middle man mcm tu. At least middle man tu ada jugak usaha dia. Aku nak cerita pasal middle man yang paling useless antara semua middle man iaitu...

MIDDLE MAN KEPADA MIDDLE MAN

Sangat ramai orang Melayu yang suka buat kerja macam ni.Apa modus operandi diorang?

Mula2 sekali,kita tengok macam mana semua ni boleh berlaku,aku bagi contoh; tender RM20 ribu untuk membuat website dan CMS mana2 Jabatan Kerajaan kat Malaysia ni.

1. Kerajaan bukak tender,jadi selalunya tender ni nama dia aje tender,yang dapatnya kroni.Kita panggil dia Datuk A.Datuk  A adalah seorang berpengaruh dalam politik dan dia juga mempunyai kuasa dalam menentukan siapa yang layak dapat tender.Datuk A langsung tidak tahu menahu apa itu website tapi dia nak RM5 ribu daripada peruntukan kos website tu.Kata dia,nak bawak perempuan simpanan melancong kat Paris.

2. Datuk A akan mencari mana satu anak buah dia yang paling dia sayang.Carik punya carik,dia jumpa Kroni B.Kroni B adalah seorang bisnesman yang berjaya.Apa yang dijualnya?Entah!Apa sebenarnya servis yang dia keluarkan?Tak pasti.Yang pasti hanya satu,Kroni B adalah anak buah Datuk A.Apa yang Kroni B tahu pasal website?Dia reti bukak Facebook.Tugas Kroni B sekarang,adalah untuk menjual tender tu kepada mana-mana syarikat yang nak buat job tu.Fees Kroni B untuk buat semua ni?RM5 ribu jugak.

3. Kroni B akan call mana-mana syarikat yang dia nampak ada potensi buat website.Syarikat-syarikat tu akan quote harga dan kroni B akan pilih syarikat mana yang quote harga paling rendah untuk memaksimakan lebihan baki daripada pembayaran yang perlu dikeluarkan.Asal siap dengan kos yang paling rendah sebab Kroni B tau,paling penting...mesti ada gambar Ketua Jabatan dekat front page.....Itu compulsory.Syarikat C menjanjikan boleh buat website dengan kadar seberapa segera dan hasil yang baik.Masalahnya....Syarikat C adalah sebuah syarikat IT yang tahu macam mana nak pasang network tapi haram tak tahu apa2 pasal website tapi diorang gamble, letak harga RM10 ribu.

4. Masa semakin suntuk.Projek perlu disiapkan dah ni.Syarikat C pun sebab tak nak pening kepala,bukak iklan dekat mana-mana forum komuniti designer dan programmer atau suruh staff tanya mana2 kawan yang boleh buat website.Tiba-tiba antara semua staff ada seorang angkat tangan kata "Saya ada member boleh buat bos!" Bos Syarikat C pun meminta staff dia tadi manage-kan benda tu dan pastikan job tu siap."Duit masyuk ni,kau setelkan,aku bagi kau percent!Aku kira projek ni RM2 ribu,kau punya percent kau mark up sendiri," kata bos dia.Staff tadi pun berkobar2 la.Kita gelarkan dia staff D.

5. Staff D pun dengan pantas menelefon member dia,"Brooooo,gua ada projek besar untuk lu!Website sekali dengan CMS untuk Jabatan Kerajaan..RM1500,amacam?" Member dia tadi,seorang programmer pun angguk aje la sebab bulan tu dah berapa hari makan megi.Programmer tadi pun ambik job tu dengan bayaran RM1500.Member dia,staff Syarikat C sudah makan RM500.

Sunday, 26 December 2010

Naza Forte, Toyota Camry, Toyota Corolla Altis, Kia Sportage::NEXT Generation PDRM's Eagles

Anda mesti kagum apabila menonton filem-filem antarabangsa terutama keluaran Hollywood yang menampilkan kehebatan Polis mereka dalam menangani jenayah. Kini kegagahan tersebut tidak lagi hanya di sana semata. Mereka akan dibawa ke Malaysia untuk menguatkan lagi jentera PDRM selepas ini. Dan jangan terkejut jika suatu ketika nanti para Abang Polis Peronda menjadi golongan terhangat di mata wanita-wanita di luar sana. Gigit jari sajalah nampak gayanya Dr, Ir, Lawyer yang baharu grad nanti. "Muscle" mereka jauh lebih besar daripada Kancil Anda.


Gambar-gambar ini saya percaya diambil di sebuah Ibu Pejabat Polis di Langkawi. Hallaaaa--yang atas bukit tuh. Bagi mereka yang baharu pulang daripada festival Langkawi-mungkin tahu lokasi yang saya maksudkan.

Monday, 20 December 2010

Satria GTi:Harga Berpatutan--Pemanduan pun Mantafp!

Proton, apa saja kritikan yang dilemparkan terhadap mereka, sama ada berkenaan isu rebadge, copycat, kualiti rendah, harga yang mahal, servis selepas jualan yang teruk atau apa saja, untuk mereka yang masih tercari-cari sebuah kereta terpakai sporty yang berkuasa, dengan harga yang boleh dikatakan murah dan dilengkapi ciri-ciri talaan dari Lotus, jawapannya ada pada model Proton Satria GTi.

Benar -- Proton Satria GTi sebuah lagi kereta copycat dari Proton, ianya dibina berasaskan model hatchback 3 pintu keluaran Mitsubishi, dikenali sebagai Mitsubishi Mirage dan diluar pasaran Jepun dikenali sebagai Mitsubishi Colt. Perubahan yang dilakukan Proton melibatkan gaya rekabentuk di bahagian luaran hadapan, belakang dan beberapa komponen dalaman yang dipinjam dari model Wira, satu lagi model rebadge dari Mitsubishi Lancer.


Dilancarkan oleh Proton pada tahun 1999, Proton Satria GTi dilengkapi enjin aspirasi normal yang boleh dikatakan cukup berkuasa. Enjin 1.8 liter (1834cc), 16 valve DOHC (Double Overhead Camshafts) dari Mitsubishi siri 4G93p, dibantu transmisi manual 5 kelajuan, mampu menghamburkan kuasa kuda setinggi 138hp@6,000rpm dan daya tork sebanyak 164Nm@5,500rpm.

Saturday, 18 December 2010

Money Matters

Its a very long time already I not talk about economy business thingy, especially Malaysia's. Actually I'm enjoy following currency market. I always take a walk through Jalan Masjid India, then go to Brickfield especially KL Sentral, take monorel to Bukit Bintang, after that Giant and Tesco or Carefour just want to know the exchange rate they offer. And supprisingly, KL Sentral offers better price than others.

Nowadays Malaysians, including Malaysian monetary authorities seem quite happy over the appreciation of the Ringgit against the US Dollar. It is now stronger against the US Dollar by approximately 20 per cent.

But what does this mean to the people? It should result in imports becoming cheaper if not by 20 per cent at least by some percentage below that. But I don't think Malaysian imports paid for in US Dollars is noticeably cheaper in Ringgit. I don't think you could buy Bvrgari 20 per cent less cheaper than before. Why is this so?  

We think that when our currency strengthens it must be because our economy is strong, Therefore we are doing well. But are we doing well? 

Is it the Ringgit which is appreciating or is it the US Dollar which is devaluing? Actually for me it is the US Dollar which is devaluing. It is devaluing against most other currencies, especially against China's currency. Why is the dollar devaluing? Could it be due to the currency traders selling dollars? Could it be because the balance of payment is not in US favor?

Martin Wolf of the Financial Times, an expert on money have this to say. There is a global currency battle going on. "To put it crudely," he says, "the US wants to inflate the rest of the world, while the latter is trying to deflate the US. The US must win, since it has infinite ammunition; there is no limit to the dollars the Federal Reserve can create. What needs to be discussed is the terms of the world's surrender; the needed changes in nominal exchange rates and domestic policies around the world.

Our reserves are represented by the US Dollar, gold and other currencies which we keep in order to back the value of our Ringgit, The US clearly does not have to hold foreign currencies to back the Dollar. All the US has to is just to create [print] the money.


When we buy US Dollar bonds, we are in fact lending US Dollars to the US. When we redeem the bonds all the US has to do is to print more dollars to pay us. We are actually exchanging hard-earned money for pieces of paper which some people call toilet paper. How nice it would be if we can pay all our debts by just printing money aah..

There is something fishy going on and the fishy smell is very strong in the US. "Poor" China with 2.5 trillion devalued dollars in its reserve. Wonder how much Bank Negara has? I'll try to find it later because I've read somewhere Zetty Aziz had gave press statement about Bank Negara's reserved before.

In the face of Governments devaluing their currencies in a currency war, what should Malaysia do? Keep the float or control? When we controlled our currency in 1998 we were called pariahs whose knowledge about finance could be written on the back of a postage stamp. Now it seems many nations are using their magnifying glasses to read what is written on the back of the postage stamps...
SRi:Better we float Malaysian Ringgit before it comes too late

10 terkaya Indonesia

“Dan tidak satu pun makhluk bergerak (bernyawa) di bumi melainkan rezeki semuanya dijamin Allah. Dia mengetahui tempat kediamannya dan tempat penyimpanannya. Semua (tertulis) dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)”
Surah Hud : 6.
 1. Robert Kuok, RM42.76 billion
2. Ananda Krishnan, RM27 billion
3. Tan Sri Lee Shin Cheng, RM11.92 billion
4. Tan Sri Teh Hong Piow, RM10.86 billion
5. Tan Sri Lim Kok Thay, 55. RM10.38 billion
6. Tan Sri Quek leng Chan, RM7.09 billion
7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, RM6.01 billion
8. Puan Sri Lee Kim Hua, RM4.4 billion
9. Tan Sri Tion Hiew King, RM3.5 billion
10. Tan Sri Vincent Tan, RM3.29 billion

Mengikut sebahagian Ulama Islam adalah menjadi kesalahan apabila manusia bekerja, berusaha atau berniaga dengan niat untuk MENCARI rezeki. Berdasar ayat 6 surah Hud telah nyata bahawa setiap rezeki manusia telah ditetapkan oleh Allah. Niat yang sebenar untuk setiap kerja dan usaha manusia adalah untuk MENGUNDANG rezeki.

Manusia perlu menyediakan diri menjadi seperti magnet yang mempunyai daya tarikan yang boleh mengundang bermacam benda untuk melekat kepadanya. Begitulah caranya bagaimana 10 orang terkaya di Malaysia terus menjadi kaya di kalangan warga Malaysia. Mereka berusaha siang dan malam bukan mencari rezeki tetapi mengundang rezeki yang memang sudah ada di keliling kita.

Antara cara untuk mengundang rezeki yang diamalkan oleh Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang merupakan billionaire termuda di kalangan 10 adalah dengan terus banyak memberi. Hidup untuk memberi terutamanya kepada warga miskin daripada bentuk sosial-pendidikian-bantuan ekonomi telah beliau amalkan sejak sebelum beliau menjadi billionaire lagi. Hasil ketaatan kepada nasihat ibunya--sehingga kini dia masih bahagia menjadi semakin kaya.

Thursday, 9 December 2010

Proton-Lotus


After weeks of agonizing wait, it has been officially confirmed that Group Lotus will come into Formula 1 next season with Genii Capital, owner of the Renault F1 team. According to the press release, Group Lotus have signed a title sponsorship deal that will run till 2017.

As previous reports have suggested, Group Lotus has purchased all of the remaining shares held by Renault. This new partnership between Group Lotus and Genii has given birth to the Lotus Renault GP team. The team will continue to have Renault as its engine supplier, hence the reason why the French brand is in the team’s official name.

Furthermore, it has also been confirmed that the team will make use of Lotus’ iconic black and gold colour scheme as the team’s official livery in 2011, as pictured in the artist impression above.

Interestingly, Tony Fernandes’ Lotus Racing team also plans to do the same. This colour combination was last seen in the 1980s.

So, it possible that we could see two teams competing under the Lotus name, both in the same colours, with the same engine supplier- Renault's engine.

Saturday, 4 December 2010

4 Teras Lonjak Ekonomi

PUTRAJAYA: Empat teras yang dicadangkan dalam Laporan Akhir Model Baru Ekonomi (MBE) yang dilancarkan semalam, mampu mewujudkan satu lonjakan besar yang dapat mentransformasikan ekonomi dengan lebih bermakna dan mapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata cadangan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) itu jika dilaksanakan secara bersepadu dan selaras, berupaya memberikan impak lebih berkesan sekali gus mengubah ekonomi dan kehidupan rakyat dengan lebih baik. 

Beliau berkata, pelaksanaan teras berkenaan juga mampu membawa Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020 dan menangani cabaran pertumbuhan ekonomi yang semakin perlahan.  

Kerajaan semalam mengumumkan penyelarasan harga petrol RON95, diesel dan petroleum gas cecair (LPG) sebanyak lima sen manakala gula diselaras pada harga 20 sen berkuat kuasa hari ini.

Berikutan itu, harga RON95 yang diselaraskan menjadi RM1.90 seliter, diesel kepada RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram manakala gula RM2.10 sekilogram. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala, berkata penyelarasan semula harga barangan itu membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya mencecah RM1.18 bilion di samping mengimbangi defisit kewangan negara.  

Dengan lebihan RM 1.18 bilion setahun ini, Malaysia bakal menjadi negara maju 2020 dengan paling-paling senak masih lebih kaya RM 11.8 bilion daripada sebelumnya. Diharapkan pada sambutan Wawasan 2020 tersebut, Malaysia dapat berpesta 365 hari 366 malam sambil diterangi cahaya bunga api saban malam. Di samping itu juga, rakyat Malaysia dapat menikmati cuti setahun gaji jalan sebagai tanda penghargaan pengorbanan dan kemengertian rakyat terhadap keterpaksaan projek-projek kenaikan harga minyak dan lain-lain yang mengdukacitakan ini.

Idris turut berkata, walaupun harga bahan itu diselaraskan, ia masih rendah berbanding beberapa negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Thailand. Jika kita terus memberi subsidi yang berlebihan, makanya Malaysia akan muflis tahun hadapan.

Dengan penyelarasan ini, diharapkan rakyat lebih banyakkan bersenam dan tambahkan manis dalam senyuman.
SRi:Kan aku dah jadi jahat!

Friday, 3 December 2010

Akhirnya Diriku Tidur Senyuuum Sudah!!!

Bekas Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman hari ini memfailkan saman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Hankelsiker kerana telah bertindak melanggar maklumat sulit baginda.

Siti Aishah yang juga sebagai plaintif turut memfailkan saman ke atas bapa kepada Syed Abdullah iaitu Syed Hussein Al-Attas yang merupakan defendan kedua.

Berikutan itu, tarikh pendengaran interparte ditetapkan pada 22 Disember ini di Temerloh, Pahang.

Dalam saman tersebut, Siti Aishah memohon perintah injuksi bagi melarang defendan pertama, Syed Abdullah dan defendan kedua, Syed Hussein untuk tidak mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog-blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat mengenai plaintif.

SRi:Padan muka, tiada pasal sekarang jadi pasal. Puas hati aku. Semoga kisah ini tidak berhenti tengah jalan ja. Dan semoga juga saman ini juga adalah tulus daripada hati Tuanku Siti Aishah semata--bukan atas paksaan ayahandanya. 

****

Wednesday, 1 December 2010

Proton Saga Facelift R3 2011 Concept unveiled

Garang. Sporty. Stylo. Mungkin itu yang terlintas di kepala jejaka yang mula berfikirkan alternatif bagi menggantikan Satria yang mungkin sudah agak lama berlegar di pasaran dunia. Meskipun masih relevan hingga hari ini-tetapi umur Satria yang sudah semakin tua menjadikan mereka ingin mencari nafas baru

Proton Saga R3 Facelift Concept 2011 yang dipamerkan di Thai Motor Expo 2010 pasti membuatkan golongan ini menarik nafas lega. Bukannya apa--hendakkan Inspira tangan tak sampai. Mungkin Saga R3 ini mampu memberikan sedikit harapan buat mereka menikmati sentuhan Lotus

Menurut Abang Evo- bahagian permotoran ekstrem dari Proton iaitu R3 (Race, Rally, Research) kini telah mempunyai laman web rasmi di alamat http://r3.proton.com/. Namun laman web tersebut masih belum siap sepenuhnya---masih dalam peringkat percubaan. 

Nampaknya Proton semakin maju apabila mereka kini telah meletakkan satu penanda aras yang tinggi untuk bahagian R3--mungkin tarafnya nanti akan sama seperti Mugen untuk Honda atau Ralliart untuk Mitsubishi.

Tambahan berita menarik lagi setakat ini ialah R3 akan mengeluarkan turbo kit untuk enjin Campro CPS yang mampu meningkatkan prestasi enjin ke tahap yang lebih tinggi. Cayalah Proton R3! 

Akhirnya Proton makin serius bagi menampakkan "bahasa" mereka di pentas permotoran dunia. Cuma persoalannya adakah rakyat Malaysia akan kembali menaruh kepercayaan terhadap mereka? Kita tunggu dan lihat, hanya masa yang akan menentukan.
SRi:Harga petrol RON97 baru saja dinaikkan sebanyak 5 sen seliter pada 2 November 2010 yang lepas kepada RM2.15 seliter, kali ini naik lagi kepada harga baru RM2.30. Tetiba muncul persoalan kedua--mampukah rakyat Malaysia kembali menaruh kepercayaan terhadap kerajaan?! 
SRi:Kurangkan naik kereta atau motor. Banyakkan merangkak dan berjalan itik kerna baik untuk kesehatan. WHOA~
Kredit:Paul Tan n' Arena Kereta

Tuesday, 23 November 2010

Gaji PM.TPM

[Bernama] KUALA LUMPUR 23 Nov. — Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan)(Pindaan) 2005, mulai 1 Jan 2004.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Timbalan Perdana Menteri pula dibayar RM18,168.15 sementara jemaah menteri menerima RM14,907.20.

"Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Jan 2004,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan N.Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) mengenai penetapan gaji dan semua bentuk elaun yang dinikmati anggota kabinet, setiausaha politik serta jumlah emolumen serta elaun kepada anggota kabinet dari 2005 hingga 2009 di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mohamed Nazri berkata jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota kabinet bagi tahun lepas ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008.

Katanya, sejumlah RM5,858,529.60 dibayar pada 2007 manakala RM5,858,529.60 pada 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005.

Macam brother Cacamarba cakap--Yang tidak rasmi jangan tanya!! 

Mana tak nya--gaji 22 ribu nak buat apa ja lah?! Baju saja pun dah berpuluh-puluh ribu. Sabun yang paling koman duk gosok-gosok badan dalam bilik air tu pun sekali picit silap-silap beribu juga. Hurm--sendiri maw fikirlah mana yang benar-mana yang logik. Gua sendiri pun belum tentu puas hati jika cuma 22 ribu jah sebulan gaji. Bini selera besar kowt weyh!
SRi:Kena berjimat bulan ni.

Thursday, 11 November 2010

Apa Pentingnya OBAMA

19 jam--dipendekkan daripada rancangan awal 22 jam kerna risaukan abu vulkanik-itulah jumlah jam Obama di Indonesia. Selepas tiga hari di India-kini Obama di Korea Selatan bagi memenuhi jemputan KTT G20. Selepas itu beliau akan berangkat ke Jepun bagi menghadiri persidangan APEC.

Kehadirannya kurang daripada 24 jam ini ditafsirkan oleh pakar politik--hanya sebagai balasan kunjungan Presiden Indonesia kelmarin hari dan memenuhi janjinya yang telah dua kali dimungkirinya sebelum ini. Kisah peribadi di Indonesia dan demi menaikkan namanya kembali di dunia Muslim setelah gagal di Cairo turut menjadi alasan utama tambah mereka. Perang yang lama dilancarkan AS di negara Muslim --Afghanistan dan Irak-- telah telah membuat dia kehilangan dukungan di kalangan umat Muslim, dan tiada kemajuan dalam perundingan perdamaian antara Israel dan Palestina menambah dampak negatif buatnya. 

Namun dari sisi ekonomi--amat diragui meskipun beberapa memorendum persafahaman-Comprehensive Partnership-ditandatangani yang telah diperbincangkan terdahulu bersama Hillary Clinton, Menteri Perdagangan Gary Locke, serta Menteri Pertahanan Robert M Gates sebelumnya. Daripada senarai negara-negara Asia yang dikunjunginya dalam tempoh lawatan 10 hari ini -- Indonesia merupakah kepentingan perdagangan bagi Amerika yang terkecil.
Obama dilihat sebagai sosok yang amat pandai mengambil hati rakyat Indonesia terutamanya melalui setiap ucapan khutbahnya. Terdahulu--selepas tiba di Bandara (Bandara Udara-Airport) Jakarta petang Selasa, Obama dan delegasi lainnya diiring langsung ke Istana Negara-diberi sambutan kenegaraan. Di kesempatan yang singkat ini-Obama dan SBY melakukan perbincangan tertutup bagi mendiskusi beberapa hal yang tersangkut dalam memorendum "Kemitraan Menyeluruh" yang telah disepakati setahun lalu. *jangan tanya aku kenapa sekarang baru nak sign n kalau dah sepakat-kenapa ada yang nak dibincangkan lagi--serius aku tak tahu!* 

Setelah itu kedua-dua kepala negara dipersilakan membuat press conference. Tidak berlalu panjang--hanya beberapa soalan sahaja yang diajukan-tetapi yang salutnya-wartawan Indonesia tidak bertanyakannya dalam Bahasa Inggeris-tetapi langsung sahaja dalam Bahasa Indonesia memandangkan Obama pernah menghabiskan 4 tahun zaman kecilnya di Menteng, Jakarta. Dan syukur Obama tenang menjawab soalannya dengan mudah. Berbeza dengan SBY yang terpaksa meminta bantuan penterjemahnya apabila diajukan oleh wartawan asing.
Selesai konferensi pers--Obama di bawa untuk istirahat di Hotel Shangri-La sebelum menjamah jamuan kenegaraan di sebelah malamnya. Menu dalam jamuan kenegaraan itu di antaranya makanan yang pernah menjadi kesukaan Presiden Obama saat tinggal di Indonesia. Makanan itu di antaranya bakso dan nasi goreng Sunda Kelapa, Menteng, yang pernah menjadi langganannya, juga pisang bakar dan es kopyor. Karena di tengah kedukaan bencana, jamuan kenegaraan tidak diisi dengan tari-tarian. Musik tradisional Bali diperdengarkan saat Presiden Obama dan Presiden Yudhoyono memasuki ruang jamuan. Turut kelihatan pada malam itu adalah Presiden Indonesia Kelima--Megawati Sukarnoputri 
Pada hari Rabu--Obama menjengah Masjid Istiqlal, Jakarta. Beliau menekankan kepentingan kebebasan beragama dan kesatuan dalam kepelbagaian. Jam 9.30 WIB Obama memberikan kuliah singkat dihadapan tamu yang hadir di Universitas Indonesia. Ucapannya yang turut diselangi bahasa Indonesia menerima tepukan gemuruh hadirin yang setia menanti daripada subuh lagi. Antara pernyataan yang mencuri perhatian-- "Indonesia adalah bagian dari diri saya." Meskipun cuma 30 minit--kuliah singkat ini amat memberi makna terutama kepada jiwa patriotisme bangsa Indonesia.

Obama dan rombongan tiba di Bandara Halim Perdanakusuma sekitar pukul 10.30 WIB setelah memberikan kuliah umum di Universitas Indonesia, Depok, Jawa Barat. Mobil Presiden Obama "Cadillac One" langsung menuju pesawat yang berada di landasan. Tampak melepas keberangkatan Obama, Menteri Luar Negeri Marty Natalegawa dan Duta Besar RI untuk AS Dino Patti Djalal. Pesawat "Air Force One" lepas landas menuju Seoul sekitar pukul 11.00 WIB. Jadwal keberangkatan tersebut lebih awal dua jam lebih dari rencana semula karena Presiden Obama mempersingkat kunjungannya di Indonesia.

Kesimpulannya, kunjungan Presiden Barack Obama ke Indonesia dinilai positif bagi masa depan hubungan dua negara di masa yang akan datang. Namun Indonesia tidak boleh terus menerus mengandalkan Negeri Uncle Sam itu. Bahkan Indonesia menerima tanggungjawab yang sangat besar bagi memenuhi harapan dan membuktikan pandangan yang telah dicanangkan oleh Obama kepada dunia kelmarin.

Tuesday, 12 October 2010

"No More Kereta Buruk", kata Proton

Menjelang Bajet 2011 yang bakal dibentangkan oleh kerajaan pada 15 Oktober 2010, Proton berharap pihak kerajaan dapat mempertimbangkan untuk melaksanakan semula dasar kenderaan tamat hayat (ELV) dalam bajet 2011 bagi menampung industri automotif negara. Hasrat Proton tersebut dapat difahami kerana pelaksaan dasar ELV sebelum ini menguntungkan Proton apabila jumlah jualan kenderaan Proton meningkat dengan mendadak kesan pelaksanaannya. Sama ada hasrat Proton itu akan diterima kerajaan atau tidak, kita akan mengetahuinya apabila Bajet 2011 dibentangkan di parlimen nanti.

KUALA LUMPUR – Proton Holdings Bhd. (Proton) berharap kerajaan menimbang melaksanakan dasar kenderaan tamat hayat (ELV) dalam Bajet 2011 bagi menampung industri automotif negara. Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, dasar ELV itu memberi impak segera terhadap keseluruhan ekosistem seperti yang dilaksanakan menerusi pakej rangsangan setahun yang lepas.
“Kami faham ia satu proses yang mahal dan kami bersedia berbincang dengan kerajaan untuk mencari kaedah bagaimana peserta industri dan kerajaan boleh memainkan peranan,” katanya kepada pemberita pada rumah terbuka Aidilfitri Proton di sini semalam. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi Proton, Datuk Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh.
Syed Zainal menjelaskan, kenderaan lama perlu ditamatkan hayatnya apabila jumlah industri automotif mencapai peringkat ketepuan. Beliau berkata, sudah sampai masanya untuk kerajaan menyediakan pakej dan insentif bagi memastikan kereta-kereta lama yang tidak selamat dan tidak mesra alam tidak berada di atas jalan raya.
“Ini boleh dilihat di negara lain seperti Jepun, Korea Selatan, Singapura dan Indonesia. “ELV membabitkan kereta dan trak ringan yang dianggapkan sampah dan perlu dilupuskan,” jelasnya. Selain itu, Syed Zainal menerangkan, kerajaan juga perlu menyediakan insentif untuk penggunaan teknologi hijau serta geran penyelidikan dan pembangunan (R & D) untuk mempromosikan inovasi sejajar dengan Model Baru Ekonomi.
Langkah itu kata beliau, akan menggalakkan aktiviti R & D dalam negara dengan harapan teknologi itu boleh dikomersialkan.
 Petikan dari akhbar harian Kosmo, 7 Oktober 2010, m/s 51

Bagi SRi dasar ELV yang pernah dilaksanakan kerajaan sebelum ini amat baik sekali dalam usaha mengurangkan kenderaan lama yang sudah uzur dan tidak mesra alam dari terus berada di atas jalan raya. Selain itu dasar tersebut juga dapat membantu syarikat automotif tempatan seperti Proton dengan peningkatan jumlah jualan kenderaan mereka.

Namun diharapkan dasar itu tidak akan membebankan pemilik-pemilik kereta lama, terutamanya bagi mereka yang tidak ada keperluan untuk bertukar ke kereta baru. Takrif kereta lama yang perlu ditamatkan hayat juga perlu diperhalusi oleh pihak kerajaan terlebih dahulu, seperti mengambil kira umur kenderaan dan keadaan kereta itu sendiri. Seelok-eloknya kereta lama yang perlu dilupuskan berusia 20 tahun ke atas, namun seandainya keadaan kereta tersebut masih baik, pemiliknya perlu diberi pengecualian khas (jika dasar tersebut adalah wajib).

Sama seperti Proton, SRi juga mengharapkan pihak kerajaan akan melaksanakan kembali dasar ELV dan berharap akan ada berita gembira berkenaan perkara tersebut dalam Bajet 2011 nanti.
SRi:Tak tahu nak cekaw duit dari mana nak beli kereta.

Monday, 31 May 2010

Dayus Israel!!

1. Jika Anda pernah belajar Humanitarian Law sewaktu sekolah dulu mesti Anda tahu siapa yang boleh diserang dan siapa yang teramat sangat TAK boleh diserang.
2. Pendek kata- jika masih ingat peristiwa Perang Pembukaan Kota Mekkah - Perang terakhir Baginda SAW - itulah aturan yang diterapkan dalam Humanitarian Law - hanya cuma insan yang benar-benar menyerang konvoy ketenteraan sahaja yang boleh diperangi-yang lain-yang tidak berniat apatah lagi rakyat jelata yang tidak bermaya - jangankan darah mereka menyembah bumi-dihunuskan jelingan mata tajam amarah pun tidak diperbolehkan.
3. Israel tak pernah menghormati aturan ini. Dan yang terbaru konvoy bantuan kemanusiaan ke Gaza pula yang diserang. Kapal-kapal konvoy ini penuh bertempelkan mesej keamanan - menunjukkan yang hadir cuma rakyat biasa - membawa bantuan perubatan dan makanan. Bahkan konvoy ini telah diperiksa dengan ketat oleh sebelum berlepas menjamah laut 

p/s: Recep Tayyip Erdogan, Turkey's prime minister, says the flotilla was carefully inspected before departure:
"I want to say to the world, to the heads of state and the governments, that these boats that left from Turkey and other countries were checked in a strict way under the framework of the rules of international navigation and were only loaded with humanitarian aid."
"There was no one on board "other than civilian volunteers" he said.

4. Mereka diserang oleh komando Israel - atas laut antarabangsa 65km daripada pantai Palestin - dengan alasan mereka membawa senjata tajam dan berkaitan dengan teroris [Al-Qaeda]. Hebat sungguh benda tajam itu sampai mampu menyebabkan serangan yang menghasilkan 19 terkorban manakala 26 lagi cedera. Dan jumlah ini mungkin lebih jauh sediki daripada jumlah asalnya.
p/s:Terdapat beberapa rakyat Israel, dua ahli parlimen Israel turut serta dalam konvoy. Dan teramat sangat tak logik sangatah jika mereka-mereka ini pun dituduh termasuk dalam komplot teroris juga.

5. Adalah sangat pengecut tidak logik norma manusia-Israel yang sangat gah dengan senjata-senjata pemusnahnya - sangat terancam pisau yang dibawa mereka. Sungguh - Israel adalah satu kelompok negara bangsa yang sangat pengecut terencat akalnya.
6. Zaman Jahiliyyah pun jauh lebih bertamadun daripada mereka.
7. Semoga anak-anak tempatan-wakil media negara-yang menaiki kapal Turki-'Mavi Marmara'- dan semua serta bantuannya-selamat sahaja alhamdulillah. Dengar khabar-tentera Turki pun sudah dalam perjalanan ke sana. Apakah hanya negara yang satu ini sahaja yang berani untuk menghadapi memerangi laknatullah ni?
8.  Rasanya kita yang masih belum memboikot - banyak mengunakan produk yang sah-sah menyumbang kepada Israel - turut wajib rasa bersalah dengan apa yang terjadi hari ini.
SRi: What kind of world are we living in when it allows a rogue state to use violence and killings against unarmed people on a mission of charity. Really ruined my happy day!*urgh!!!!*

Saturday, 22 May 2010

1Murid=1Sukan=1Malaysia

Sekolah Rendah SRi merupakan sekolah tertua di Selangor

Di padang yang satu itulah kami main bola sepak, hoki, bola tampar, dan buat acara sukan tahunan-maen kawat keliling trek balapan

Dekat situ juga dorang pasang khemah main unggun api untuk bermalam berpandu puteri islam pengakap bulan sabit merah bagai

Kami pun pernah bergaduh di atas padang yang sama lepas kantoi dengan Cikgu Nazri

Tapi itu semua dulu. Kini padang itu sudah jadi tapak mainan buat anak-anak kecil dan buat sang mak bapak bermain menambah bilangan ahli keluarga mereka.  Sudah ada kompleks kuaters guru di atas padang itu

Rasa geli hati juga memikirkan cadangan TSM ni. Bukan cuma satu sekolah ini saja yang tak berpadang. Banyak lagi sekolah di luar sana turut mengalami perkara yang sama

Kaya mewah sangatkah kerajaan ketika ini untuk turut memperuntukkan berjuta-juta ringgit buat menghadiahkan padang baru buat mereka? Entahlah labuuu...

Sejujurnya masih banyak ruang-ruang kosong kekonfiusan bertebaran di ruang minda terutamanya kepunyaan mak bapak tentang pelaksanan dasar ini. Makanya kementerian haruslah mengkaji sedalam-dalamnya terlebih dahulu sebelum mengimplimentasikannya. Kalau tak, baru setahun jagung dah banyak bantahan keluar-kemudian membazir semua kempen dan peruntukan yang dah dikeluarkan
SRi:Rasa cam nak buka tusen maen dam aji chess plaks.hihi

Saturday, 13 February 2010

Kapal Selam ROSAK!!!ngaaaa...

Gua daripada dulu lagi memang cam tak berape nak terhinginkan sangat ngan aktiviti beli membeli benda-benda tentera nie! Bukannya apa, bende tue semua dah laa mahal gila belaka! Tapi last-last semua nya duk berhabuk jadik tempat spiderman mengawan jah jadinya!
Nak beli memang dah MAHAL GILA nak mati! Bila dah beli, nak kena jaga pulak lagi! Haih,bila nak KAYA camnie??

Sama kes nya dengan baju. Baju beli dekat Pavilion toksahlah korang buat kerja gila nak jaga dia cam baju korang tibai kat haptown nue! Mati menangeh tak berlagulaa korang jawabnya nanti! Benda-benda mahal nie sebenarnya sensitif gila nak mati! Sama juga hal nya dengan kereta, hapetah lagi benda sebilion hingget cam kapal selam neyh! Lagi laa kow kena belai cam menatang minyak yang penoh! Di buatnye tersangkutnye hanak tikus dalam enjin, berasap time tengah dekat dasar lawot, tak ke haru nanti!ngaaaa~ tak pepasal haplin shoki buat cerita scorpene ala-titanik satg!ngaa

Orang jual benda-benda ketenteraan ni memang bijak! Dorang memang pandai manipulasi ketidaktenteraman negara-negara dunia. Goverment tak beli, hape susah? Dorang jual dekat rebelion. Bile kerajaan dah beli, negara tetangga pulak tak senang hati. Dorang pon ikot beli lah jugak nanti! Last-last tokey tue jugak yang kaya nanti! Tahun depan dorang buat lagik, konpemlaa dorang kata yang baru nie lagi bagus, lagi banyak pekdah daripada yang lama. Pastu,kita pon terkedek-kedek beli lagik. Sedangkan kite bukannye nak gi berperang, nak pakai pon benda-benda nie! Kita nak uji senjata pon dah fikir banyak kali, rugi ke tak nie.. rugi ke tak nie..? last-last rosak kadalwarsa tak boleh nak pakai lagi.

Tue jet-jet pejuang tuh, cuba sebut sikit berape banyak yang dah gi massok medan perang? Haram!! Setakat dok maen-maen dogfight, kentot warna warni dekat datran merdeka, tak pernah tembak jatuh satu haprak jet pejuang lain buat hape? Buat habeh petrol, duit rakyat jerk! Tue tak campor lagik yang dah terhempas. Hurm, bazeeerrr lagik! Pastue masok dewan parlimen cakap dekat yang dipertua, kita kena ganti bla.. bla.. bla.. dengan bla.. bla.. bla.. sebab bla.. bla.. blaa. POP!Tahun depan, naik bajet tentera lagik. Kita beli yang baru lagik.

Sumpah. Dunia tak perlukan syarikat persenjataan tuk beri oksigen kepadanya! Sedangkan company-company nie lah yang duk jadi musuh dalam selimut,duk bagi terasa bahang neraka dia! BOOM sana, boom sini. Ade dorang kesah dorang nye weapon dah ragut berapa banyak nyawa, tinggalkan anak-anak kecil terkapai-kapai takde orang tua? Takdee punya!

Hah, nie tak sampai setahun, Scorpene dah terbatuk tersedak-sedak tak boleh nak tenggelam pulak dah. Sekarang dah jadik cam ikan paus mati perot kembong dah hah! Timbool jah memanjang, perot kat atas. Mm,tue baru setahun,nie hentah hapelaa jadi 4 5 tahun lagi ke depan gamaknya? Tak boleh nak timbol-timbolla plaks dah kowt.. Tenggelam jah manjang jadi tempat beranak ikan plaks.. sigh

SRi:Jenayahkan PERANG!

Saturday, 30 January 2010

vrooomm..vrooOM!

Kelmaren 2 cerita yang sempat tertangkap dek mata fikir SRi die media arus perdana negara.

1.Petronas nafi tak patriotik

Jujur, SRi tak rasa ada masalah yang besar dalam cerita ni! Sedangkan langkah mereka untuk menaja pasukan mercedes memang patut pun! banyak kelebihan yang dorang dapat bila taja merce gp berbanding lotus f1 team
1.Dorang taja merce gp, depa bley buboh PETRONAS tue sendiri dekat dekat nama team. join lotus? jangankan petronas, airasia pun tak terlekat dalam nama team tue
2.Merce diterajui ross brawn memang dah orang nampak kuat dari season lepas. [bagi yang dari dulu follow F1, tipulaa korang tak kenal sapa dia kan?] makanya publisiti toksah nak susah2 nak cari lepas nie.
3.kehadiran bintang besar terutamanya en schumi memang betul-betul BONUS kepada petronas. even they said when they sign doz contract,tue masih rumours, in case schumi x join pon, kekuatan kepakaran n kefemesan brawn dah cukup tuk meyakinkan dorang yang pelaburan mereka takkan sia-sia
4.masih berkisar schumi, sebabkan schumi dah join merce&kemungkinan besar dia bakal bersinar diz new season, so merchandizes n produk2 hasil emas hitam petronas konpem melambung sold out nyew. so,untung r kite cz taunnie petronas bagi negara duit lebih banyak lagi
5.mungkin ramai berfikir kalau petronas join tony fernandes, team lotus bakal lagi kuat n patriotik. tapi bagi SRi, lagi better banyak team daripada satu team jerk. sekurang2nya adalaa jugak satu team yang boleh dibanggakan daripada kosong hampa begitu saja. nasihat kepada tourism malaysia, better dorang taja lah dua-dua team. biar dua-dua kereta ada bendera malaysia. barulah meriah sket!
6.papehal pun SRi sokong tindakan PETRONAS sponsor team mercedes gp. dalam keadaan ekonomi dan persaingan dunia yang makin dahsyat terumbang ambing ni, kepentingan bisnes tetap harus kita bagi perhatian no SATU! kita terpaksa realistik dalam tindakan. kang kalau keuntungan rendah, liabiliti bertambah, tak ke susah kepala director2 nie nak fikir sapa yang layak dipecat diberhenti kerja? kesian anak bini depa nak suap makan apa satgi..

2.Bas pecut 170km/j
Rasanya semua pada tahu sedaq lama dah kan yang geng-geng driver bas nie memang suka merempit atas highway. SRi dan Mama ada satu persamaan, kami suka naek bas express dan amek seat belakang driver
1.kami tak penat nak susah-susah drive balik kampung, sampai stesen, call abah tua
2.kami boleh tengok permandangan dengan lebih jelas *yupz,kami memang suka melihat, sebabtu kami pendiam*
3.paling kami suka-tengok meter laju driver bas tue bawak!! lagi menarik kalau lebih 140km/j
4.dengan berbekalkan enjin merce@scania b'cc besar, siyyes memang bawak laju dan stabil
5.SRi suka follow bas express kalau drive sebab dorang banyak click, dengan cuma saling berhubungan walkie talkie, mereka tau dekat mana ada "sniper", so SRi dah selamat daripada dapat surat chenta

Terkadang SRi lihat bahaya juga cara dorang bawak ni, macam bawak kancil plaks gayanya! bajet dia kecik. sigh tapi lagi bahaya kalau SRi follow lori yang bawak batu, dibuatnya tetiba batu jatuh, tak pecah kepala, tak ke retak nanti cermin kereta tue?huuue serreem~

Papehal pun, hati-hati memandu. Ingatlah orang yang tersayang. Nak bawa laju, bawalah! Yang penting pastikan skill stereng dan breaking anda memang A! Kalau tak, toksahlah ngengada, buat bahaya orang lain jah sebab jalan yang kita lalu tue bukannya litar sepang, LUBANG banyaklah!

Tuesday, 22 December 2009

Richard Branson = AirAsia Stewardess?


Yes you read right! Sir Richard Branson of Virgin fame could be serving AirAsia passengers in a stewardess uniform – but only if Lotus F1 beats Virgin Racing in the battle of the newcomers. Lotus F1 chief Tony Fernandes will have to do the same on a Virgin Atlantic flight if the Malaysian backed team loses in the duel!

“He has an airline, we have an airline and if we beat him he can come and work on our airline as a Virgin stewardess. We will make sure that the stewardess outfit is perfect. I suspect that he might ask us to reciprocate. I’ll have to check how fetching his stewardess outfits are but I’d be game to do it while totally confident of winning,” said the Briton.

AirAsia boss Fernandes replied:
“Bring it on, the sexier the better. Our passengers will be delighted to be served by a Knight of the Realm. But, knowing Richard, the real challenge will be to prevent him from asking our guests ‘coffee, tea or me?’ That would be scary,” he said.

These two “warring” friends subscribe to the power of publicity, so this challenge comes as no surprise. As much as I want Lotus F1 to do well, Tony Fernandes in a tight skirt would be quite a sight! What do you think? paultan.org


SRi:PETRONAS join Brawn->Mercedes GP PETRONAS Formula One Team

Friday, 27 February 2009

Hot Pursuit!!















































WOHOOE!
PDRM Kuala Lumpur telah membeli 25 unit kenderaan mewah berkuasa tinggi Mitsubishi Lancer Evolution 10 untuk mengejar penjenayah yang semakin bermaharajalela terutamanya bagi kes-kes ‘carjacking’, penculikan dan rompakan yang mana penjenayahnya mempergunakan kereta-kereta yang memang ummph!

Mitsubihi Lancer Evo 10 ini dijanakan dengan 2.0l turbocharge enjin yang menghasilkan 280 kuasa kuda! Tak Cuma Mitsubishi ja yang depa sebat, Volvo S80 pun tak terlepas daripada mata-mata Pak Lah ni! Volvo S80 ini pula mengusung enjin 5 silinder turbo (T5) 2500 cc! Semburan 200 kuasa kuda pada 4800 rpm disalurkan dengan halus melalui transmisi automatic 6-speed Geartonic. Pengendaliannya juga semakin mudah dengan panel control cruise di sterengnya..Hebat sengoty!

Semoga yang dihajatkan tercapaila yea,Malaysia makin Aman dan Tenteram!Bukannya sat lagi, PDRM pula yang kena saman sebab buat “Litar Sepang” baru!Parah tue. Hah,tak dilupakan juga nasihat kepada geng rempit; Berwaspadalah selalu terutamanya buat yang selalu lepak dekat Dataran malam Jumaat tu!hahaha

SRi: “Hai,laju sangat kut bawa motor tue,”senyum bangge Abang Fulis tu leh tahan haku..time tu baru balik dari SMAP!hihik

Thursday, 29 January 2009

TRiSOME??

Dun wory,post kali nie masih di bawah level "U".. Sesuai untuk TATAPAN UMUM.. Mm,Sri hari nie nak bawa kalian berkelana kejap, relax relax minda, tenangkan fikiran segala.. Korang semua mesti dah taw dah kan yang Proton nak bawa keluar kenderaan MPV (Multi-Purpose Vehicle) mereka yang pertama.. Gambar MPV tue pun dah tersiar dekat paper kelmarin! Gussip-gussipan yang sempat singgah d'telinga Sri bisik MPV ulung negara tue nama dia CHERY! [cam comel sangatlaa plaks..huhue] Sejauh mana kebenarannya, terpaksalah kita tunggu April nanti yea!! [harap-harap Proton tak plan April Fool dah laa..hihi]
Mitsubishi Grandis - 2006

MPV Pertama Proton "Cherry" -2009

Toyota Wish -2007

Mm, ramai yang kata anak emas Proton terbaru nie macam toyota Wish! Kalau tengok betul-betul pun memang mirip sangatlaa!! Kalau nak kate kembar pon, rasenya memang takdela keterlaluan sangat kot? Silap-silap baru keluar sebulan, dah ada orang gatal-gatal buang lambang Proton tue, ganti dengan Wish nye logo laks!hahahhaaha Mm,tapi apa kata anda pula?hihi [macam buat kuiz apa kata survey laks!huhue]

Jika kita renung-renungkan dengan cermat, rasanya cuma Saga zaman Tun Dr Mahathir ajelaa yang memang betul-betul Made In Malaysia designnya, tiada yang sama dengannya.. [tapi Sri tak taulaakan kalau korang penah jumpe dekat Jopun ke, Brazil design kereta macamtue] Sekarangnie, kereta-kereta buatan negara kita semuanya mesti ade yang celup-celup sana sikit, cicah-cicah sini sikit! Kekadang tu memang saling tak tumpah dengan kereta yang ditirunya tu! [mungkin sebab kontrek dengan syarikat asal tue memang nak macamtu gamaknya..huhue]

Korang masih ingat tak masa ujibakat Malaysian Idol dulu, Paul Moss pernah cakap yang orang Malaysia nie memang tiada originality, semuanya suka tiru sana sikit, cedok sini sikit, ubah ubah sikit, then dengan megah bangganya mengaku itu adalah ciptaan dia yang punya! Tapi yang gempaknya, hasil yang dipersembahkan tu memang betul-betul mantap laa! Itu yang kita hebat tue! Kira dalam kata lain, Malaysian is the Excellent Copierlaa!hahhahahhaa [macam mesin potostet COPA laks..hihi]

Apa-apa pun sesamalah kita menyokong produk keluaran negara yea adik-adik. IC kita pon dah tempatan, so kenape nak malu-malu laks dengan barangan tempatan? Sedangkan Tok Tok Arab tue suma dok bangga dengan Proton, kereta buatan Negara Islam, mengapa pula mesti kita yang katakan tidak? Mm, sendiri fikir laa yea... daa~

SRi: Dah lame sangat tak sentuh kete Volvo tuh!Mm,ade peluang lagi ke Kak Nurul?? hahhahahhaha
Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)