Tak tahu perasaan gua yang tengah dirundum sedih atau memang betul bit lagu-lagu era ni dah di'slow'kan [makanya,pendengar bakal lebih mudah tuk mendalami menjiwai erti rangkaian lagu-lagu yang disampaikan] tapi serius -mereka memang berjaya buatkan gua turut terasa sangat kehilangan Din Beramboi sampai hari ini. Tapi tu la kan kuasa media! Semua boleh jadi-harini korang bahagia dengan hilai riang tawa terbahak-bahak, esok tangkap leleh menangis teresak-esak sampai merah-merah mata pula. *
pastu gi klinik-minta MC kata sakit mata! Dapat ponteng skola..Ngaaa*
p/s:che'mat jgn bt benda nie!

Kita sesama saudara seagama sememangnya wajar untuk merasai kehilangan itu. Tapi yang gua terkilannya, kita cuma merasakan perasaan itu cuma bila yang pergi itu adalah orang yang dekat di sekeliling kita sahaja. Sedangkan jika kita terbaca berita tentang sahabat kita di Palestin, Iraq, Afghanistan dan mungkin yang bakal- IRAN -kita tak rasa apa-apa simpati dalam hati-tiada rasa pilu-sepilunya-kita tak peduli. Kita rasakan itu lumrah, dah memang nasib mereka sebab kita dah rasa terbiasa, normal mereka terseksa setiap hari.
Pada gua, kebutaan hati ni merupakan salah kita sendiri sebab kita sendiri yang tak cuba mendekati mereka, merasai keperitan penderitaan mereka. Kalau tak, masakan kita masih mampu bergelak ketawa, memandang cuma sebelah mata ketika atau lagi parah kita skip terus ja daripada membaca berita cerita tentang mereka di sana.
Gua terpanggil dengan dalil yang Ustaz Hizul keutarakan semalam-Tanah Palestin merupakan tanah yang DIBERKAHI dan orang yang menjaga, mem'
protect'nya Insyaallah kan diberkahi Allah jua akhirnya nanti. Ramai rasanya yang kenal dengan taikun Albukhairy. Gua tak yakin berapa juta dah duit dia laburkan pada Palestin, tapi yang pasti beliau janji pada ibunya-setiap kali dia peroleh gaji-dia pasti kan berkongsi rezeki tersebut dengan orang yang memerlukan, fakir miskin yang menderita. Sebabtu dia makin hari makin KAYA! Sebab harta dia diberkati Allah. *
Insyaallah* Makanya, apalah salahnya lepas ni kita pun ambil tak banyak, sedikit saja- 1% paling kedekut pon 0.5% daripada pendapatan tetiap bulan kita sedekahkan pada tabung Palestin. Gaji RM800, tipu sangatlah kalau 4 hingget pon kite payah sangat nak sedekahkan kot? Khodokhut tahi hidun maseng sangat dah namanya tuh! Tak luak, mati pun kalau setakat banyak tuh tetiba tercicir tengah jalan. Makanya, daripada terbuang sia-sia,
better kita sedeqahkan pada yang menderita.

Mesti ada yang terkadang konpius,ke mana perginya semuanya duit-duit sumbangan ni semua. Sedangkan jika tsunami di Acheh pun kita dah mampu lihat ada pembangunan, inikan Palestine yang dah berkurun zaman orang duk bagi sumbangan, masih di takuk yang lama. Gua malas nak fikir duit-duit ni banyak yang ke "laut" ke hape, analoginya kita jangan fikir susah-susah. Acheh kita nampak orang dah berselesa duduk rumah baru, dapat bot baru-sebabnya depa kena tsunami sekali dulu tuh saja. Bukan setiap tahun hapetah lagi tetiap bulan. Lain pula alkisahnya dengan tanah terletaknya Masjid Ketiga Mulia kita nie-arinie depa dah habiskan sejuta hingget bangunkan bangunan rumah segala, esok- BOM BOOOM!!! Jet
fighter zionis laknatullah nie pula mai
bomber rumah-rumah baru nie- tak ke rugi namanya tuh- esok,habih lagi sejuta buat rumah segala. Lusa,kena BOM balik!

Macamana nak kaya??Toksah mimpi nak buat pencakar langit hapeke benda bagai yang lain- nak pacak tiang pon dah pikir banyak kali! Tak buat, nanti hujan-nak belindung dekat mana pula dah? Tu tak campur yang dah sakit-sakit. Dah buat, kena bom pula dah. Makanya,
as long as kita cam yakin bahawa kotak tu Insyaallah di jalan yang tepat menuju langsung tangan anak-anak Palestin ni- derma ja lah. Kalau boleh, jangan lah cuma seringgit saja- ikhlastu memanglah ikhlas, tapi ni bukannya tujuan dia nak pakai pi bayaq bil letrik air ka hapa- ni untuk membina kembali sebuah negara yang dah hancur infrastruktur fizikal dan sosial dia. Sedangkan
Penadol sepapan sekarang pun dah habih berapa hingget, inikan pula ubat-ubatan yang lain. Kalau suma duk pakat bagi singgit sorang jah, mm-habeh buat bayaq
tax ja laa.. *
ya kowt.ehe*
Papehal,bersamalah kita bersatu hati sedarkan diri-yang hidup kita nie tak boleh nak ikut sedap ati sendiri, men suka suki buat rules ikot kepala sendiri- Allah awal-awal lagi dah ajar kita yang kita semua ni adalah keluarga. Semuanya sama-Adam Hawa moyang kita semua. Allah timbulkan rasa kasih kaum Ansar terhadap tetamu Muhajirin. Ambillah kamu, tinggallah di rumah ku. Ini anakku, jadikanlah dia sebagai isterimu. Ambillah. Ambillah. Sedangkan jika itu berlaku di zaman jahiliyyah, waktu sinar keintelektuan ketuhanan baru nak cerah, inikan pula kita yang di zaman dunia yang dah takda sempadan. Hue, tak segan ke??
SRi:Bagus juga Era buat lagu-lagu sedih nie!Boleh juga semua pakat ingat yang kita pun dah tak lama lagi nak bakal merasa nek kereta jenazah kelak nanti.ahaks