Thursday, 4 November 2010
Tuesday, 2 November 2010
Anjakan Paradigma
Di suasana pagi yang indah-di kala mak aku ngah bermimpikan anak dia tengah sembahyang Dhuha--yang memang waktu ni jujur aku tak buat lagi--sebab dari tadi duk bizi depan leppie baca berita mancanegara--aku pun melahap koko crunch dengan enaknya.
Jap, sebelum aku masuk topik sebenar--kenapa perlu manusia sematang aku harus didiskriminasikan gara-gara bersarapan dengan lapan mangkuk Coco Crunch? Apa Coco Crunch tu dia ada tulis dekat kotak kata hanya sesuai untuk budak sekolah darjah satu ke bawah ke? Takda kan! Ada lambang haram? Halal. Makanya, apalah masalahnya aku nak telan coco crunch pon korang duk buat bising euuww..euuww ni?! Hish, tak paham betul lah aku. Takkanlah tetiap pagi aku nak pergi tebas pokok pisang nak buat nasi lemak kot. Rajin sangat tu nampaknya. Coco crunch tu tersangat amatlah berkhasiat--siap men susu-susu lagi. Yang korang duk bising ni-korang sarapan tak pagi ni? Hish--makan salah, tak makan lagilah salah. Tensen mak taw camni noks!!hahahaha *Giloss.Pagi-pagi lagi dah meroyan cam orang menopos*
Alhamdulillah. Sedap pula sarapan aku pagi ni. Lemak berkrim disukai ramai lagi. Pandai aku buat. Boleh masuk bursa saham kalau aku buat restoran lepas ni. Boleh buat menara kalah kan Al-burj. Korang yang jenis gatal nak berdiet tu--pergi cari brekfes. sekarang Penting tu nyah oooui brekfes--dia cam semayang Subuh lah--kalau pagi-pagi pon ko keluar gi kerja, sekolah tak sembahyang-macamana nak berkat-nak bersemangat. Tu lah yang makin lama makin rasa malas--sebab makan gaji tak berkat-tak amanah pada yang pemberi rezeki. Macamana Tuhan nak sayang..?
Di pagi yang damai ni--tetiba rasa rindu nak naik Putra pula "Next station-Damai, Stesen berikutnya-Damai"-- macam biasalah kan-lepas kita dah menjengah ayat-ayat suci kalamullah-haruslah kita ketahui juga apa yang berlaku di bumi ciptaannya-barulah boleh jadi khalifah amirul mukminin! Betul tak adik-adik?! Betul Abang Hanep.. WOHA!
Dah.dah. Melalut banyak sangat pula dah. Aku pagi ni nak sentuh sikit tentang tajuk-tajuk kontroversi di media surat khabar arus perdana; 'Sudah tiba Anwar bersara'. Macam biasa-aku memang tak lah berapa masalah sangat dengan tajuk dan apa yang dikeutarakan tu-sebab memang ada benarnya. Dan untuk pengetahuan pembaca sekalian--topik ni adalah buah hikmah daripada blog Dr Asri, Politik Kita Memerlukan Anjakan Baru. Kalau korang tanya aku-adalah lebih baik korang pergi klik saja link Dr Asri tu sebab adab berilmu ni bila dah ada banyak sumber-lebih baiklah kita merujuk langsung terus kepada tuan guru asal muasalnya. Barulah berkah terjamin ilmu yang dipelajari tu.
Namun begitu-bukanlah berkisahkan tajuk yang dikeutarakan oleh media-media perdana negara ni yang hendak dipersoalkan-tetapi di manakah etika kewartawanan sebuah akhbar yang harusnya neutral tapi dilihat lebih kepada memihak ke satu pihak sahaja. Kenapa harus cuma artikel Dr Asri yang satu ini sahaja yang harus disensasikan oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian. Kenapa tidak yang lain--sedangkan banyak perihal bijak yang beliau sentuh-tak dihebahkan kepada masyarakat termasuklah isu "Festival Fesyen Islam" yang kecoh baru-baru ini. Bila perkara tersebut menguntungkan kerajaan-terus Pap! Tersebar luas jadi berita utama. Tapi bila hal-hal yang menyentuh kesensitifan-adab beragama-simpan dalam-dalam nak dekat dengan bahagian iklan yang memang orang skip tak tengok pun selama ni.
Sayang seribu kali sayang apabila peranan akhbar utama negara yang harusnya memperjuangkan bangsa terus diperkotak-katikkan bagai boneka untuk kepentingan peribadi. Bukan kali pertama hal sebegini berlaku-bahkan sejak berabad lama dah dari generasi sampai ke generasi rakyat dipermainkan mindanya terus-terusan.
Kalau memang sah-sah terpampang dekat depan Berita Harian dan Utusan kata Hanya untuk ahli BN sahaja macam Harakah-tak mengapalah dia nak buat berita berat sebelah macam ni-sebab aku memang agak pasti walaupun aku memang dah lama tak baca Harakah yang fizikal maupun online; memang sah-sah lah tak keluar kot artikel Dr Asri ni dekat akhbar dorang-tapi masalahnya kedua-dua akhbar ini untuk umum dan menjadi pedoman panutan semua lapisan rakyat untuk mengetahui apa yang berlaku di dalam dan luar negara khususnya -sebab kekadang dorang ada juga cerita tentang peristiwa di luar angkasa lepas, makhluk asing ke apa dia kan-so,yang tu umumnyalah yang dunia ni khususnya.
Tapi itulah-bagi aku yang boleh kata setiap hari makanan ruji-sarapan pagi dengan baca berita di dua portal ni-berasa terkilan sangat bila makin lama makin berat sebelah. Tak syok laa camtu kawan. Yang betul tu-betullah. Yang tak betul pun kenalah sentuh juga. Janganlah simpan dalam sorang-sorang. Jangan sampai satu ketika nanti orang melayu semua jadi bangang pergi boikot BH ngan Utusan pastu pergi beli Tamil Nisan yang sah-sah satu patah habuk pun dorang tak paham konon-kononnya nak dapatkan berita yang benar adil dan seksama. Tu dah terlampau melampau bangang sangat dah tu namanya. Sebab aku taw ada ja atuk nenek yang pergi tibai The Star ngan NST-tapi haram sepatah habuk pun tak paham-berlagak ja lebih.
Sama juga dengan TV3--aku taw dah ramai mula meluat dengan berita TV3 sekarang ni dan aku rasa dah banyak mula berubah cita rasa ke saluran berita Astro pula sebab dorang siarkan berita daripada kedua-dua pihak. Bukannya aku tak pernah tengok dekat Astro punyalah orang PR jelaskan panjang lebar-dekat TV3 putt seciput saja dia cerita dan ulasan sang pembaca berita pun tak kena-bahkan makin mengkontroversikan. Sayang bila media yang harusnya jadi sumber kepercayaan rakyat pun dah senang hati gi main dalam lubang najis kekotoran politik.
Aku tak berapa nak mahu sentuh tentang Anwar sebab aku pun dah tumpang meluat dengan drama swasta semua ni. Dah tak larat nak dengar layan kerenah sesapa. Semuanya lebih kurang sama saja. Tapi papehal pun dalam ramai-ramai seriusly aku sangat nak termuntah dengan Rosmah. Sorrylah eyh Kak Mah--anda sama saja dengan Kak Pah yang tak habis-habis meloyakkan tekak Boelan Poernama ni. Blweekk!
SRi:Semoga mangsa-mangsa di Wasior, Jogja, Sumbar, Kedah, Perlis, Kelantan ngan Terengganu dirahmati, diberikan kekuatan yang super dasat oleh Allah SWT untuk menghadapi segala ujian daripadaNya. aamein~
SRi:Semoga mangsa-mangsa di Wasior, Jogja, Sumbar, Kedah, Perlis, Kelantan ngan Terengganu dirahmati, diberikan kekuatan yang super dasat oleh Allah SWT untuk menghadapi segala ujian daripadaNya. aamein~
Monday, 1 November 2010
Saya Nak beli Scramblerr!! VR000M *sirius x nyambung ngan post*
Sambil ngah layan kepenatan tutorial tadi ngan halwa telinga Aage Peche--terajinlah sesaat hamba Allah yang tak reti nak Asar lagi ni gi buka berita harian. Dan seperti biasalah haruslah ada kan yang menangkap mata ni! *Btw, kalau bukan mata, macamana nak baca?! Adushlah korang ni..
Selain daripada gambar Calon BN Galas ngan Presiden KAFA ngah terkinja-tinja meraikan kemenangan Kelantan kelmarin hari yang bakal makin memperburukkan persepsi wajah BN yang sanggup berhabis berapa ribu nak gi upah En KAFA supaya berdiri sama tinggi dengan calon dorang yang seharusnya jauh lagi baik dorang pergi sedekahkan dekat orang-orang asli nue--pernyataan Kerajaan nak cadang benarkan guna kereta automatik semasa ujian memandu memang bebetul menarik perhatian SRi.WOHA!
Alasan dorang adalah nak mudahkan nenek atok kita dan golongan wanita yang lemah yang memang sah-sah tak kuat benor nak men tolak tarik batang gear tu dan geng-geng yang malas nak tekan kaki dekat pedal klac. Memang murni sangat hasrat kerajaan tu. Ye lah--orang sekarang pun memang banyak bila nak beli kereta lebih sukakan yang automatik. Logik-logik.. Lagipun korang bila dah terbiasa ngan auto-mana nak ingat dah manual. So, sama sajalah kan ajar korang manual pun. Bukan nak pakai! Membazir ja.
Tak sangka betul SRi-- kerajaan kita Malaysia ni memang kaya gila nak mati-melimpah ruah harta dia- baik ati bebenor nak bayar Perodua gi tukar semua gear manual jadi auto. Bagus-bagus!! Adalah alasan nak naikkan yuran belajar korang pula lepas ni--tak dapat naik tol-dapat pow budak baru nak belajar-jadi lah! Daripada tak dapat langsung kan. Sikit pun jadilah. WOHA
Tapi sebenarnya manual kah, auto kah-bukanlah masalah sangat sebab makcik pakcik ni bukanlah mental retard sangat tak paham-paham macamana nak main klac tu. Waktu awal-awal standardlah kalau duk tersengguk-sengguk. Tengku Djan drifter tu pun waktu awal tersengguk-sengguk juga.
Yang jadi masalahnya teknik pemanduan tu. Bak kata Dr Ir Hana Razak-Pakar Alzheimer UiTM, "Nak bawa laju bawalah--tapi yang penting kena pandai kawal stereng dan brek!" Dan di situlah masalahnya pemanduan tak kira sesapapun lah--lelaki ka perempuan kah-semua key point dia ada pada dua itu-stereng (handle bagi motor) dan brek.
Oleh itu kalau korang undi SRi suh jadi orang paling besar JPJ tu-SRi akan pastikan yang tetiap kelas memandu turut melengkapkan ilmu drifter dalam jiwa anak-anak muda pemandu kereta motor sekalian. Bagi anak-anak jantan memang lah sah-sah suka-boleh lah merempit lepas ni. Tapi bagi golongan yang merasa membazir rasa macam tak perlu-ilmu ni sangat penting terutamanya bila korang dalam situasi pra-kemalangan. Tentang simulasi rasanya terpaksalah kerajaanlah pula fikirkan caranya. Kalau semua nak SRi jah suap-lemak ah! Lebih baik korang undi SRi jadi PM jah lepas ni.
Pengendalian pemanduan secara ekstrim rasanya memang terpaksa diterapkan dalam jiwa muda mudi lepas ni sebab SRi dan semua orang tau--korang semua muka berlakon ja bila depan JPJ tu. Speed limit 60km/j? Tipu sangatlah korang boleh tahan. Hilang JPJ korang rembat kereta mak bapak korang yang tengah enak berbulan madu dalam suite tuh-korang buat test drive pecut atas highway tengok berapa speed kereta tu boleh terbang gi jumpa Tuhan!
Kurikulum trek buat motorsikal pun rasanya haruslah diperbaharui. Janganlah setakat main dalam tu--naik titi yang tak seberapa tu saja. Cuba buat trek jalan berlumpur, berpasir, berminyak--pastu bawa dalam gaya 70km/j ke atas-barulah thrill--baru kurang kemalangan jiwa di kalangan mat rempit ni plus jimat duit kerajaan nak sponsor bandage kepala korang yang pecah tu.
Serius, pemandu akan belajar lebih bila dia accident! Waktu tu lah dia akan tahu apa yang sepatutnya dia buat dan TIDAK! Makanya fikir baik-baik; mana lebih baik samada korang dapat pengalaman (pra)accident dalam trek waktu tengah belajar atau tetengah malam depan kubur sesorang?! *takda emoticon hantu lah pula*
Papehal--yang dah ada lesen memandu; belajarlah mematuhi had laju dan lampu isyarat terutamanya. Yang masih belum--korang rajin-rajinlah tanya cekgu korang macamana nak buat Drift!WOHA
SRi:Katakanlah drama perceraian Erra-Irman itu semua dusta!
Cuma bermodalkan RM200, dapat RM15,000! WOHA
Sama macam sinetron baca:berita Indonesia--Malaysia punya berita pun makin lama-makin boleh dibuat jadi bahan ketawa. Yang terbaru dekat Kemaman--3 orang perempuan 18-26 tahun kena tangkap gara-gara gi pecah masuk musnahkan harta benda tuan rumah tu.
Alkisah sabbab musababnya gara-gara cintanya yang tak berbalas--laki dia ni pergi curang dengan budak 19 tahun. Aku tak tahulah yang dah gatal sangat nak berlaga lubang kencing tu yang 18 tu ke atau yang 26 tu sebab yang cinta bertepuk sebelah tangan tu sorang jah--yang dua lagi tu company saja--tapi yang pastinya tiga-tiga tu sama jah bangangnya!
Kot iya pun dah bengang sangat tak payahlah sampai nak pecah masuk cam maling Indon tu. Baling cat, cocktail bom sudahlah! Pastu larik. Habis cerita. Ni pergi buat aksi drama sinetron konon-kononnya berharap waktu tengah mengamuk tu lelaki tu balik buat apa?! Kan dah kantoi kena tangkap ngan jiran-jiran. Aduhlah. Tak matang betul! Ni confirm SPM pun sangkut ni. Nak buat jahat tapi tak profesional. Isk isk isk
Nak dijadikan cerita lagi makhluk-makhluk tuhan yang maha bangang ni sempat rosakkan pemain cakera padat dan telefon bimbit menyebabkan kerugian RM200 ja. Allah Akbar. 200 ringgit ja? Kalau orang kaya--pelakon sinetron takpalah juga nak pergi ngamuk berebut bagai--ni pemain DVD+Hp=baru RM200. Aku tak tahulah apa kebendalah sangat istimewa laki ni dekat mata minah yang sorang ni. Dunia--dunia... *dalam hati nak pergi menuntut ilmu ngan mamat tu*
Nak tambah panas lagi, dorang bertiga ni kena tahan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga tiga tahun dan denda RM5,000. Memang vangang tahap petala ke lapan puluh lapan.. Wassalam~
SRi:Gila tak berbaloi--rosak barang 200 ja. Kena denda 15000 nanti! Harap-harap ada kes yang dah termengandung r. Baru laa havoc skets kes ni! *Gila jahat mulot ko nokss!Larikkk..*
SRi:Nak g pasang grill. Takut ada tetiba mai memana wanita gila serang rumah aku laks.Top 10 Worst Movie Sequel Titles
Wall Street 2: Money Never Sleeps
Of course lah money never sleeps: It's an inanimate object! Other just-as-accurate titles Oliver Stone could have considered for the sequel to his 1988 business drama: Wall Street 2: Money Never Eats, Wall Street 2: Money Never Says Never, Wall Street 2: Money Never Just Wants To Be Friends. Perhaps by pointing out the insomniatic nature of currency, Stone is trying to make a commentary on the way that liquid capital slyly exerts power over the economic system that dwarves that of mere humans? Maybe... But in that case, he would have been better off using this line from David Mamet's Heist: "Everybody needs money. That's why they call it money." isk isk isk..
Highlander II: The Quickening
What is "the Quickening" exactly? Well, it turns out even the people behind the Highlander fantasy series aren't sure. In general Highlander mythology, a Quickening is the explosion of energy that happens when one immortal swordsman decapitates another. However, in the original 1986 film, the Quickening is also the process through which the Immortals discover their true nature. And in 1991's Highlander II, a Quickening is basically a writer's trick to get characters out of a jam: one Quickening de-ages our hero (it's complicated), and also brings Sean Connery back from the dead (it's very complicated) and another Quickening at the climax takes down a shield that was covering up the ozone layer. (Complicated is maybe not a strong enough word.) Perhaps they should have just called the film Highlander II: The Deus Ex Machina... hihi
Alvin and the Chipmunks: The Squeakquel
Contrary to what a lot of people will tell you, there is nothing inherently wrong with puns. Shakespeare used them, James Joyce used them — The Beatles even used one to come up with the name of their band. But it's hard not to dislike puns when they're as bad as the one in the title of the newest Alvin and the Chipmunks film. The 'Squeak'-quel? Really? If we're being charitable, though, we will admit: That awful title is the most creative thing about the entire film. (The plot, if you were unaware, takes the singing chipmunks to high school, just because.) Unfortunately, last year's Squeakquel made even more money than the original Alvin and the Chipmunks, which means one thing: Get ready for the shrill-ogy.
Leprechaun: Back 2 Tha Hood
Despite middling reviews, the original 1993 Leprechaun film was a cult-classic, a financial success, and marked the film debut of a pre-Friends Jennifer Aniston. It set a fairly high bar for the sequels that followed, one that 2003's Leprechaun: Back 2 Tha Hood managed to shimmy under without breaking a sweat. To be fair, the sixth installment in any franchise is probably scraping the bottom of the barrel. But really — making a movie chock full of racial stereotypes while rehashing the same old plot (Yes, you still can't take this leprechaun's gold without him hunting you down and killing you) is just lazy. A hint to filmmakers: When you have to resort to a title that looks like something tapped out on a cell phone by a 13-year-old upper-middle-class suburban kid desperate to prove to his friends just how gangsta he is, that's probably a sign your movie is in trouble. Even if it is straight-to-video.
2 Fast 2 Furious
It's the title that launched a million movie-review puns. To quote USA Today, for example, "'2 Fast' is 2 dopey, and that's 2 bad." The film itself? Almost 2 similar to the original, but why tweak success?
In 2003, 2 Fast 2 Furious took the fast cars and buff bodies of 2001's The Fast and the Furious from Los Angeles to Miami, and replaced standout Vin Diesel (who was too busy dealing with newfound fame) with model-actor Tyrese Gibson as Paul Walker's buddy. Other than that, the formula stayed the same, just with even more racing and even less plot. Moviegoers didn't seem to mind the corny title — take fast cars and add hot girls, and you get a $127 million box-office gross. However, the next film in the series, The Fast and the Furious: Tokyo Drift, only took in $62 million. Shud have called it 3 Fast 3 Furious..huhue
In 2003, 2 Fast 2 Furious took the fast cars and buff bodies of 2001's The Fast and the Furious from Los Angeles to Miami, and replaced standout Vin Diesel (who was too busy dealing with newfound fame) with model-actor Tyrese Gibson as Paul Walker's buddy. Other than that, the formula stayed the same, just with even more racing and even less plot. Moviegoers didn't seem to mind the corny title — take fast cars and add hot girls, and you get a $127 million box-office gross. However, the next film in the series, The Fast and the Furious: Tokyo Drift, only took in $62 million. Shud have called it 3 Fast 3 Furious..huhue
Nuklir.At.Bandoeng
Beberapa hari lampau--tetiba di kala gua tengah enak melayan jiwa menonton televisi dengan bahagianya-termuncullah sebuah iklan yang tersangat amat gah nya-dan yang pastinya seperti hari apa, sudah pastilah gua pun tak mampu merecall kembali di stesen manakah hamba allah iklan ni muncul--Indonesia nak buat dan mengembangkan lagi reaktor nuklear untuk kesejagatan umum--kiranya untuk elektrik dorang lah. Dalam kata lain Indonesia nak buat reaktor NUKLEAR!WOHA
Gua tak gelak--seriusly gua tak gelak taw-sebab gua tau yang dorang sebenarnya memang dah jauh terkedepan dalam ilmu industri nuklear atomni banding dengan Malaysia. Bahkan dorang memang dah ada banyak pakar-pakar atom bertabur di seluruh negara. Lagi satu Indonesia memang memerlukan satu sumber tenaga yang teramat sangat besar, murah dan bersih untuk menampung keperluan negara mereka. Bagi yang duduk belajar dekat sini mungkin lebih memahami seksanya terutama bila esok korang nak ada exam--tetiba malam tu takda letrik kan. Terpaksalah korang masuk jawab exam yang 200 minit tu 30 minit jek. Gua faham. Gua faham sangat situasi tu.
Sebelum gua utarakan kegusaran yang berkubu dalam jiwa ni-mai sini kita cerita dulu tentang perkembangan ilmu teknologi nuklear atau orang Bandung sebut nuklir di Indonesia. Dorang dah mulai mengkaji dan menubuhkan Panitia Negara untuk Radioaktif ni sebelum kita merdeka lagi-1954. Lepas tu 1965 dorang dah buka reaktor pertama untuk penyelidikan dekat Bandung (macam kita yang dekat Bangi tu)--bagi yang duk selalu pergi cuci mata dekat Ciwalk mesti perasan Pusat Nuklir dekat sebelah kebun binatang tu kan? *Bukan yang dekat dengan tol Moch. Toha tu taw! Tu reaktor arang batu tak silap gua* Lepas tu 66 dekat Jakarta dan 67 dekat Jogja.Untungnya Indonesia-mereka mempunyai dua lombong uranium dekat Kalimantan Barat. Gua tak tahulah kan kalau Malaysia pun ada dapat tempiasnya sedikit dekat Sabah Sarawak sebab macam dah terlebih semangat tak sabar-sabar sangat jek nak buat reaktor nuklear hari tu. Tapi in case dorang tak cukup supply pun--dorang dah buat banyak MoU dengan negara-negara yang ada lombong uranium ni to be their supplier. Malaysia? Wallahua'lam..
Tapi ini bukanlah hal musabab yang menggundahgulakan jiwa ni sebenarnya. Yang merisaukan bila dorang dah ada teknologi nuklir yang mantaf--yang jadi pokok persoalannya sampai bilakah tahap keamanan ini akan masih tetap ditahap yang takkan memusnahkan keharmonian sejagat. Dengan kemudahan yang dah sedia ada ini tak mustahil dibantu dengan dorongan syaiton nir rojim nikmat Tuhan ini bakal di bawa ke peringkat yang lebih tinggi iaitu menjadi laras-laras Senjata Pemusnah Besar-Besaran ; Senjata Nuklear.
Pada hari ulangtahun Tentera Nasional Indonesia (TNI) baru-baru ini--orang besar TNI dengan tanpa segan silunya menyuarakan hasrat mereka ingin merajai mendominasi industri persenjataan dunia dalam masa 8 tahun lagi dan menjadi hanya satu-satunya negara yang mampu menjadi pengeluar senjata di ASEAN.WOHA!
Pada hari ulangtahun Tentera Nasional Indonesia (TNI) baru-baru ini--orang besar TNI dengan tanpa segan silunya menyuarakan hasrat mereka ingin merajai mendominasi industri persenjataan dunia dalam masa 8 tahun lagi dan menjadi hanya satu-satunya negara yang mampu menjadi pengeluar senjata di ASEAN.WOHA!
Berbeza dengan Malaysia, mereka mempunyai segala kapasiti kemampuan untuk menjadikan ini semua kenyataan. Dengan luas persegi negara yang kaya dengan hasil alam dan bilangan rakyat sangatlah menyesakkan serta kepakaran PT Pindad (Syarikat yang bertanggungjawab terhadap RnD Senjata Ketenteraan TNI)--memang cukup besar sangatlah peluang menjadikan cita-cita mereka sebagai pengeluar senjata dunia tercapai. Kalau kita lihat pun negara-negara yang menjadi pengeluar senjata dunia semuanya mempunyai satu persamaan--dorang semua negara-negara yang sangat-sangat BESAR!WOHA
Dan dalam jiwa Republik Indonesia--sememangnya mereka sebenarnya berhasrat untuk menjadi kuasa dan abang besar kepada ASEAN terutamanya. Tidak dinafikan meskipun rakyatnya masih kebanyakan yang tak cukup makan--tapi data pelaburan perdagangan membuktikan Indonesia masih tetap yang tertinggi. Sebabnya mereka mempunyai sumberdaya tak kira daripada materialnya maupun tenaga kerja yang teramat kaya.
Dengan perasaan yang semakin iri dan merasa tersepit antara Australia dan England yang sering memberi sokongan kepada Malaysia apabila berlaku konflik antara dua negara--semua permainan psikologis ni sangat berbahaya kepada Malaysia terutamanya dan rantau ASEAN umumnya. Bayngkanlah jika tiba-tiba ada satu kuasa kepala yang sangat besar bernama Indonesia muncul. Mau makan pasir telan air liur kita nanti kalau sekali dia lempar rudal nuklir dari Bandung pergi meletup dekat Gombak.huhue~
Dorang nak bangunkan tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik mereka-buatlah. Memang patut pun--sedih gua baca status jr yang mengamuk sebab takda elektrik. Cuma kita yang jiran-jiran ni terpaksalah lebih bersiap sedia dan peka dengan setiap segala kemungkinan. Nuklear kot?! Logiklah tu kan sebab biasanya bila dah ada A, mestilah B nya akan muncul tak lama lagi. Setan kan banyak berkeliaran.
Tak kisahlah negara mana sekalipun, tapi bila dah ada teknologi nuklear di negaranya--negara sebelahnya wajiblah sah-sah tak berapa nak senang duduk tidur meskipun dah berkali-kali dikeluarkan statement itu cuma untuk keamanan sahaja. Sebab semua tu ada kemungkinan yang memusnahkan. Semoga diri ini, Malaysia masih dilindungi rahmat Tuhanlah sampai kiamat. X)
Tak kisahlah negara mana sekalipun, tapi bila dah ada teknologi nuklear di negaranya--negara sebelahnya wajiblah sah-sah tak berapa nak senang duduk tidur meskipun dah berkali-kali dikeluarkan statement itu cuma untuk keamanan sahaja. Sebab semua tu ada kemungkinan yang memusnahkan. Semoga diri ini, Malaysia masih dilindungi rahmat Tuhanlah sampai kiamat. X)
SRi:Pelik kenapa Najib nak sibuk sangat buat tenaga nuklear.Bakun dam pun tak operate lagi-kecoh! *sambil kagum ngan persenjataan Singapura*
SRi:Congratez to Sazzy yang dengar cerite pregnent twinss!WOHA
Subscribe to:
Posts (Atom)
QUNChi?
agama
(49)
al quran
(18)
arab
(21)
artis
(49)
bahasa
(32)
blog
(23)
bollywood
(17)
ceghita dia
(38)
doa
(14)
donia
(61)
drama
(31)
ekonomi
(26)
fashion
(17)
Food
(1)
Formula One
(32)
hadith
(12)
hollywood
(42)
horor
(13)
humor
(28)
indonesia
(50)
israel
(13)
JJCM
(5)
kahwin
(31)
Ke Luar Jendela
(32)
komunis
(6)
malaysia
(148)
medic
(25)
mind n soul
(149)
motivasi
(25)
motokar
(32)
movie
(82)
myself
(77)
palestin
(10)
politic
(59)
proton
(20)
puisi
(48)
radio
(9)
resepi
(7)
Rothschild
(5)
sejarah pemikiran
(24)
student
(96)
swedish
(3)
US
(39)
vampire
(6)
zodiac
(5)


