Saturday, 11 December 2010

Rock The World

Rock The World 10 menambah lagi daftar panjang konsert yang tak dapat gua hadiri dan t-shirt yang tak dapat nak buat koleksi. Nama-nama seperti Love Me Butch, Plague Of Happiness, Republic Of Brickfield dan Koffin Kanser sering menghiasi pentas Rock The World sekali lagi setia budimannya turun padang stadium menghiburkan mereka yang berjiwa rock!

Kalau tahun lepas, 3 pentas dibuka yang menampilkan puluhan band dari serata Malaysia --pastu orang kata susah nak layan-dah lah hujan; so, tahun ini ada info kata  2 pentas akan dibuka. Antara penaja yang terlibat ialah prabayar TuneTalk dan tiket-tiket boleh didapati dengan harga serendah RM30. Rock The World 10 akan diadakan pada 26 Disember 2010 di Stadium Bukit Jalil (Carpark A).

Selamat layan klip video promo RTW10 bersama awek cuns yang psycho dalam lif!WHOA


SRi:Suka LO, Popshuvit&Disagree.

assange is watching yooooouuuu...

Friday, 10 December 2010

Wikileaks

Ngangkung Pecah Rekod!!

fa poster ngangkung Filem Ngangkung Pecah Rekod RM10 Juta, Wow!

Sesiapa yang mengikuti perkembangan filem Ngangkung--especially adik SRi yg bongsu tue -- pasti akan berbangga dengan kejayaan filem ini yang berjaya memecah rekod kutipan paling tinggi dalam sejarah Malaysia, RM10 juta! 

Tanpa promosi angkat bakul atau terlampau optimis seperti filem ‘orang itu’--- pengarahnya mesti tengah tersenyum lebar sampai ke telinga dengan kejayaan ini--membayangkan bonus berupa kereta atau banglo daripada David Teo nanti.

Sebelum ini-- kutipan tertinggi dibuat oleh filem Adnan Sempit dengan kutipan berjumlah RM 7.66 juta, juga produksi Metroweatlh dan turut menampilkan pelakon utama yang sama, Sam Shaheizy. Entah apa sebabnya, mungkin ini rezeki Sam, lagi pun lakonannya pun layan.So, orang pun suka.

Ini tandanya--rakyat Malaysia dah kembali dapat menerima filem-filem ciptaan negara. Jadi dah semua orang dah mulai suka--janganlah nak ngengada buat hal yang boleh mematikan selera orang pula lepas ini.
SRi:Berdoa semoga David Teo diberikan hidayah masuk Islam tak lama lagi.Aameein

***

Tahniah buat Sarah Raisudeen dan Shuib Kumpulan Sepah Raja Lawak yang khabarnya sudah pun mengikat tali pertunangan pada 16 November lalu. Semoga cepat-cepatlah yea ke jinjang pelamin. Kisah yang lama usah dikenang -- cuma jadikannya pengajaran untuk menutupi segala kelemahan. Semoga berbahagia doa kami panjatkan

****

Bersempena dengan janji Rebecca Nur Islam untuk mengadakan press statement; siang tadi telah berlangsungnya sidang media majlis pengumuman perkahwinan selebriti seksiss Rebecca Nur Islam dengan pasangannya --- Nor Azam Bin Datuk Ismail di butik Chopard, KLCC. 

Rebecca, 24 dan Azam, 42 berhasrat untuk mengikat tali perkahwinan mereka pada 14 Januari 2011 --- juga sempena genap 3 tahun usia perkenalan mereka berdua. Azam merupakan seorang duda beranak dua. Jadi moga-moga takdalah isu siapa berebut siapa--kes jadi orang ketiga selepas ini.

Majlis resepsi yang khabarnya ditaja sepenuhnya oleh Chopard akan berlangsung selama 3 hari berturut-turut di 3 tempat berlainan. Tetapi yang paling eksklusif akan berlangsung di Menara Kuala Lumpur pada 16 Januari 2011.Untung badan~
Kredit:OhBulans

the fugitive

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)