Semalam aku turun Bandung--saja saja jerks-niat nak gi makan Cizz Cake dekat Jalan Laswi jerks - kemudian terus balik-sebab malam semalam ada solat berjemaah dekat rumah. Tapi tetibe aku makan lahap sangat dalam kedai tue-sehingga menyebabkan tercepat sangat lah pula habis. Harga untuk setiap potongan kek Rp 16,000. Agak mahal lah jika nak dibandingkan dengan makan aku yang berkitaran Rp 10,000 setiap porsi. *Sila jangan tanya berapa porsi aku tibai sekali makan!** Tapi bila aku convert into RM -- Mm,lebih kurang dengan Secret Recipe jerks. So, enjoyce sajjorkss!
Sebab dah awal sangat habis--aku rasa tak berbaloi pula nak balik Jtown awal-awal sangat. Makanya aku pergi Riau-aku tak tahu kenapa-tapi aku lagi suka gi Riau than Dago. Biasa -- window shopping. Tapi dalam hati memang ada jah niat nak cari T-Shirt V neck baru-Ya lah; yang tinggal cuma Converse putih tu je kowts-dan kasut baru; aku nye kasut memang semua dah nazak-esp Nike Hitam tuh-nak masuk 4 tahun dah kot aku pakai. Tapi bab kasut tu--memang aku letak jauh-jauhlah; duit aku memang tengah semput sekarang ni
Apakah ada yang aku beli? Nehi!! Ada dua yang berkenan di hati-satu warna gray-one more Zara Black-- tapi bila aku tengok cam girly and gayyish semacam jerks-tak maw aku! Bley menimbulkan fitnah dan prasangka orang sekeliling pula. Dan sebelum aku menyebabkan awek korang turut terjatuhhati terjelessi pada kekedingan aku ni--jadi, better tak usah lah kots! Mulut korang tak caci maki aku-dosa pun selamats..
Selesai window shopping--Next station Makkann Time!! Niat di hati nak gi lepak Cilaki-HDL; dorang kata seafood dia sedap and came in BIG portion! Tapi disebabkan aku pun pakai baju putih-kemudian tak berbaloi kalau minta cuma one cuisine*ko gile aku nak makan banyak-banyak; mana nak cekau duit?!** Jadi-aku pun menggerakkan hati kepada Nasi Kalong.
Nasi Kalong masih di kawasan Riau. Aku tak tahu apa yang istimewa sangat dengan Nasi Kalong ni-tapi Humangaihss!! Manusia yang beratur?! Pergs--mau aku tercongok 30 minit semata nak pi amek nasi tuh. Tempat duduk tak payah cakaplah-semua dah ada orang chop! Takde kerjaan aku. Dah lah memang dah lapar gila nih. Orang cakap Kalong tu Kelawar--sebab dia buka sampai 3 pagi (4 pagi waktu tempatan). Tapi tak payah nak tunggu kul 3--pukul 11 dah tutup sebab dah habis! Ganas kan?!
Next station-Black Market. Jalan kaki jerk from Nasi Kalong. Pancake dia layan. Tapi turut mengundang kecewa. Ramai sangat manusia. So, aku just masuk tengok baju-baju dalam tu je lah! Sale macam harams jerk. Tapi menambah kecewa yang sedia ada; takde saiz pula. *Selamat duit aku.Hahaha!!
Next station-Sop Konro Marannu. Masih di kawasan Riau. Orang pun tak ramai mana. Alhamdulillah. Aku pun ambil seat-sebelah keluarga ni-Laki Bini+Sorang anak Laki *Laki kots?!** Aku duduk-aku tengok menu-sebab lapar-aku pun maen pesan jerk. Menu dia tak banyak.

Tetiba brader tu cakap-es takde! Mm,takpelah--aku ambil Tebs jerk. Bagi yang belum pernah merasai Tebs nie-dia lebih kurang cam Heineken laa-tapi non-alcohol version! Pergs--mesti korang lepas ni turun Indonesia terus gi cari Tebs kan?? Dasarr lhoe. Tapi siyyesly aku tipu jerk--Tebs cumalah teh biasa seperti Fruittea atau memanapun yang seangkatan dengannya cuma dia adalah Teh With Shocking Sodaa!!
Lupa pula-aku rasa Konro maksudnya Iga@Ribs@tulang selangkang. Aku ingat keciklah -- sebab dia kata 2 tulang jah-sekali datang--Humangaihs! Besar kowts.. Alhamdulillah. Besar rezeki Allah nak bagi aku malam tadi. **Eh silap-silap! Tulang rusuk daa. Selangkang nak mai celah mana nya lah?!isk
Konro Bakar datang dengan dua bentuk iga yang dah siap dibakar**Aiman pun tau benda nih-dibasahi saus yang aku rasa macam campuran cili boh dan kuah kacang plus semangkuk sup. Sop Konro juga sama-dihadiri dengan dua helai iga yang berlemasan kecepuk keceppaks dalam limpahan kenikmatan sup dia yang memang "berat", marvellous sambil ditaburi dengan bawang goreng yang keemasan.
Aku minta jeruk (limau) nipis--dan merenjisnya penuh kelazatan atas setiap helaian rusuk tersebut yang dah siap aku togelkan. Mmm. Nyam.. Nyam...
Couple yang duduk sebelah aku pun pelik tengok selera aku makan--keprofesionalisme aku mengtogelkan rusuk-rusuk tersebut. Maunye tidak-nasi berpinggan-pinggan. Apetah lagi bila dia tengok cara pasangannya yang terlihat sangat kekok jaga macho nak perkosa iga-iga tuh-mesti bertambah-tambah jelessi. Aku tengok pinggan dorang pun--banyak lagi daging terlekat dekat tulang-tulang tue. Nak jah aku offer my speciality to them. *Gila takabur!hahaha**
Seriously tetiba aku gelabah! Sebab?! Teretetteetsss... Sebab dalam poket aku ada Rp 120,00 jerk! Sedangkan steak yang biasa-biasa cenonet tu pon dah belasah aku Rp 50-60k for each portion-inikan pula iga yang besar gabangs tuh DUA! Mau laa makin tunggang terbalik aku dibuatnya. Aku jenguk-jenguk takdalah pula rupa tempat nak swipe kad! Argsss-sudah! Mati aku. Mana nak cekau cash nih. Dengan selambanya aku pergi dekat cashier minta bil **lepas dah basuh tangan lah!Gila tak higenis jijik kowts kalau tangan masih berminyak berlekiks*
Dia pun kira--tret tet teetts-tadaaaaaaaa!!! Rp 84,000 sajjorks. Takda tax. WOW!! Alhamdulillah. Selamat maruah aku. Siyyesly aku sangat kagom dengan jumlah tersebut. Sia-sia jah aku gabra tadi. Nasib baik tak kantoi dengan awek sebelah tu. Kalau tak hilang macho aku.
Konro Bakar - 33,500
Sop Konro - 32,500
Nasi Putih (3) - 12,000
Tebs - 3,000
Teh Botol - 3,000
JUMLAH 84,000
Begitulah alkisahnya pelayaran saya semalam. Memang tak rugi-apetah lagi dengan harga tersebut. Mungkinlah agak melampau sekali makan Rp 84,000. Tapi sangat puas dan berbaloi-dengan apa yang mereka sediakan. Walaupun tidaklah seekslusif Roemah Nenek, The Valley atau memana spots yang lain--tapi saya yakin saya akan kembali lagi terutamanya bila sudah berwang kembali. Sekarang-saya harus kembali berpuasa!
***Sop Konro Marannu. Jl Riau No 189. Bandung :: Buka jam 1000-2200
SRi:Tunggang Jangan Tunggang Langgang!
No comments:
New comments are not allowed.