Sunday, 6 December 2009

aiyaaaaaaarrrrkkkk!!!

*warning-please don't proceed your reading if you don't want to be spoiled when watching this megablockbuster movie*
Opening- 3.0 stars
Pembinaan Plot- 3.0stars
Teknik penceritaan- 3.0stars
Penstrukturan watak- 3.0stars
Closing- 3.2stars
Bonus- 4.5bentang
Konklusi- 3.28stars!!1. Separuh pertama mungkin bagi kebanyakan penonton agak membosankan dan mereka berpendapat mungkin boleh diketepikan saja walaupun beberapa scenes nya agak menarik dan menyakitkan. ouch

2. Sayang kerna James McTeigue tak menggunakan sepenuh kemampuannya dalam kesuksesan Matrix Trilogy bagi filem arahannya kali ini. Banyak kelemahan yang mampu kita lihat daripada segi skil frame to frame, kegagalan penggunaan teknik bullet time dll

3. Latar belakang yang terlalu malap membuatkan penonton kelelahan memfokuskecilkan zona penglihatan mata untuk melihat lebih jelas apa yang berlaku.

4. SRi tak pasti berbanding JasonVsFreddy, siapa lebih murah darah? Tetapi yang pastinya, darah yang mencurah-curah ke ladang gandum, berhamburan ke sana sini kelihatan sangat berlebih-lebihan and looked FAKE!

5. Mungkin masalah kewangan atau apa, kesan CGI yang dipergunakan agak kurang memuaskan. But, don't worry, we've got what you want try to say through those scenes.

6. SRi lebih suka jika pembukaannya dibuat bukan dalam bahasa inggeris. Seperti mendengarkan orang Indonesia yang sedang berusaha keras untuk menghafal skrip pula jadinya.

7. Kehadiran RAIN dalam filem ini merupakan BONUS yang sangat besar. Kebanyakan penonton ke panggung menonton filem ini semata-mata untuk melihatkan beliau di layar lebar. Melihatkan usahanya buat filem ini, mungkin peminatnya mampu tersenyum puas. Mulai daripada kerja kerasnya 8 bulan penuh demi menampakkan otot-otot sekeliling abdomen sampailah 90% lagak ngeri, 'tarian' akrobatik yang dilakukan oleh dirinya sendiri, sudah membuatkan peminat-peminatnya bertepuk tangan dalam hati mereka sendiri. Bahkan penonton juga lebih gemar melihatkan sosok Asia yang melakonkan watak Ninja, bukan Mat Salleh yang sok Asia menjadikan Rain sememangnya adalah pilihan tepat! [tak berbunyi racist sangat kan?]

8. Selain latar yang gelap, berhamburan darah sana sini, keadaan yang berminyak membuatkan penonton dapat menyedari kecacatan dalam make-up skills terutamanya pada bahagian parut-parut yang ada di sekeliling badan Raizo [Rain]

9. Koreografi masih boleh dikira lumayan. Mungkin disebabkan yang melakonkan watak utamanya bukanlah martial art expert, jadi hasil yang disampaikan juga tidaklah terlampau mengujakan namun tidak mustahil kemungkinan Rain untuk mengantikan bayangan Bruce Lee jika kita melihatkan kegigihan usahanya untuk memberikan yang terbaik untuk peminatnya.

10. Cerita cinta yang cuba diselitkan mudah untuk difahami dan tidaklah berlebihan. Jadi mudah untuk dihadam oleh penonton. Cuma mungkin bakal lebih menarik jika ceritanya berkisarkan perseteruan antara Raizo dan Kiriko [Anna Sawai]. Dalam kata lain, kehadiran Kiriko adalah tidak lain hanya untuk melawan cintanya sendiri yang telah terjerumus dalam dunia gelap kejahatan yang dalam. Bad Boy always looks better than Mr Nice Guy
SRi:Masih teringatkan sosok anak kecil dalam angkot yang mirip habis seperti Dakota Fanning dalam Dreamer

Saturday, 5 December 2009

boelan barroe

*warning-please don't proceed your reading if you don't want to be spoiled when watching this megablockbuster movie*
Opening- 3.2 stars
Pembinaan Plot- 3.2stars
Teknik penceritaan- 3.0stars
Penstrukturan watak- 3.0stars
Closing- 3.0stars
Bonus- 3.3bentang
Konklusi- 3.12stars!!

"This is the last time you'll ever see me," Edward Cullen says to Bella Swan. As if.

1. The raging hype around “New Moon’’ has divided the planet between Team Edward[that's sometimes-shirtless vampire Edward Cullen, played by Robert Pattinson] and Team Jacob[that's perpetually shirtless werewolf Jacob Black, played by Taylor Lautner], and everyone’s forced to take sides.. But, please sign me up for Team Confused

2. SRi masih terkial-kial dalam mencari mutu terhebat lakonan mereka semua walaupun ini sudah masuk sekuel yang kedua. They basically just primp and pose through the same humdrum motions they did before. *sigh* Nasib baik Dakota Fanning tak buat benda-benda pelik sangat.

3. Sorry to say for Team Edward, this sequel is just not for you. You may be disappointed by Pattinson's reduced presence here, as his Edward appears predominantly in mumbling visions until a cliffhanger that brazenly sets up the next episode. However; Lautner's Jake provides a strong alternative to Edward's pale dreariness, though the filmmakers overdo the "strong" part in an ongoing effort to keep their target audience enraptured.

4. Seperti kebiasaan kemenurutan kenasihatan orang tua-tua; SRi tak membaca novel yang bakal ditayangkan ceritanya sebelum menonton filem tersebut. [kecuali Lagenda Budak Setan] Makanya SRi tak tahulah bagaimana rupa ceritera bait-bait puisi yang Stephenie Meyer coret lakarkan dalam hasil nukilannya.

5. Sejujurnya SRi jauh lebih suka mendengarkan bahasa Master Yoda dalam Star Wars berbanding watak-watak Twilight. Dialog yang diguna pakai tidaklah seindah mana yang menyebabkan jiwa kebanyakan penonton tak terbawa oleh suasana romantis yang cuba disampaikan oleh Chris Weitz. Dalam kata lain, masih seperti sekuel yang pertama, cinta yang hendak digambarkan masih kelihatan hambar dan tak bertenaga! :(

5. Rasa-rasanya special effect yang paling berjaya dalam filem ini adalah bahagian pabila En Jacob dan rakan-rakannya TAK berbaju! Hampir seluruh panggung [SRi tak join,ok] bergema "WOOOOOoooooaaa!!" setiap kali adegan tersebut ditayangulangkan. Tak sia-sia Jacob pergi gym hari-hari

6. Teknik CGI yang digunapakai juga lumayan terutamanya ketika transformation Jacob kepada serigala raksasa dan cara penghapusan watak Edward ala-ala asap ditiup angin sepoi-sepoi bahasa gitu. Cuma terkilan sedikit sewaktu terlihatkan kecacatan dalam scene fighting between the werewolves and the vampire in the woods.

7.Konklusinya, SRi yakin ramai peminat-peminat novel Twilight berasa agak keciwa dengan hasil yang terpaparkan di layar perak kini. Buat pencinta deruan adrenaline pula, ini bukanlah cerita untuk anda..

SRi: Poor girl ; when she gets on an airplane to rescue her lover, she’s stuck riding Virgin Air.

Thursday, 3 December 2009

Makan Malam

Bahan-bahan Utama
200g daging kambing, dipotong dadu 2cmX2cm
1 sudu teh kunyit
1 sudu makan pes tomyam
2 sudu makan madu
1 sudu makan kicap manis
1/2 sudu makan serbuk lada hitam [lebih menarik jika sudah dikisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang dll rempah ratus]
2/3 daripada setengah lemon atau beberapa butir limau nipis [tidak mengapa jika tiada]
Secubit garam
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos tiram
Sedikit planta

Ramuan "Piringnya"
2 biji telur ayam
1/4 sudu teh serbuk kunyit [sebagai peningkat warna]
Sedikit planta

Buat Sos nya pula
2 sudu makan mayonaise
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos cili
1/3 daripada 1/2 lemon@sebiji limau nipis

Prosedur
1. Perap daging tersebut bersama bahan-bahan utama di atas kecuali sos tomato, sos tiram dan planta selama 30 minit. [Lebih lama,lebih-lebih lagi SRi suka!]
2. Cairkan planta di atas pan panas dengan api sedang, dan goreng daging tersebut sampai matang dan di antaranya diadukkan bersama sos tiram dan sos tomato tersebut.
3. Di atas pan yang berbeza, panaskan planta tersebut dan kemudian layurkan larutan telur yang telah dikocok bersama kunyit [ala-dadar gitu]
4. Agak separa matang telur dadar tersebut, tuangkan daging-daging tadi di atasnya.
5. Lebih kurang seminit dua, tutup api; sediakannya di atas piring [SRi lebih gemarkan separa matang telurnya&tanpa diterbalikkan]
6. Gaulkan semua bahan sos bersama sehingga sebati dan membentuk jalur ala rainbow lolipop gitu [supaya lebih menarik kelihatannya]
7. Diletakkan di samping hidangan utama supaya mudah dicicipi.
8. MAKAAAAAAAAAAAAAAN!! [plus Coke di sisi]
SRi:Harini baru sentuh makan nasi.Sebelumni makan hati berulam jantung saja semata

Tuesday, 1 December 2009

GAS

Gelas terakhir daripada botol kedua yang dibuka kelmarin habis diteguk sebelum sempat jari bergedik mengetik-ketik papan kekunci ini. Tak tahu apa yang hendak dibuktikan dan dinyatakan kepada dunia, tetapi kenyataannya SRi membeli 3 lagi botol Coke dan Sprite semalam setelah bermandikan 4 botol minggu lepas.

Risau juga kekadang dengan situasi perut. Kut kut lah terkena gastrikkan. Mujur SRi angkut banyak juga daging qurban kelmarin. Maka, berbekalkan daging-daging tersebut yang dibikin steak saban hari, Coke dingin sememangnya merupakan teman yang sangat bersahabat! Lazat gila weyh!!

Hurm,bilik toksah nak ceritalah! Bersepah-sepah botol-botol di sana ke mari. Syukur alhamdulillah, mungkin berkat atas kuasa Allah, selepas bergelinangan air berkabonatni, SRi dah tak berapa biol sangat dah! Jadi mingguni saya akan kembali lebih bersemangat daripada sediakala!

SRi:Jadi, siapa yang nak COKE??hahahaha

Sunday, 29 November 2009

b.a.m.u.n.e.i.f

Pagi ini SRi nampak kelibat Abah dalam dirinya. Dia yang mengajarkan pekerjanya acuan komposisi struktur bahan yang harus diaduk bersama,mengingatkan SRi pada Abah yang tak kenal jemu menunjukajarkan bawahannya dalam setiap kemahiran pekerjaan. Cuma dia bukan Abah. Tiada gelak tawa antara mereka, tiada sengehan lucunya pada riak mandur itu. Semuanya berlalu dalam suasana tegang dan serius.

Abah bukannya orang biasa. Dia sangat luar biasa. Ke mana saja dicampak pasti dia kan tiada berseorang. Pernah dulu ketika majlis tahunan Maahad Kak Nurul, dia duduk bersama golongan VVIP makan bergelaktawa bersama meskipun tiada seorang pun teman Abah di situ. Ke Kompleks Kerajaan mahupun Pembangkang, selalu saja ada yang menyapa dan disapanya.

Tak kurang juga di majlis keagamaan, jika mahu mencarinya, lihat sahaja di mana ada golongan Al-Fadhil Ustadz duduk bersila, pasti dia kan berada di kalangan mereka meskipun dia bukan sesiapa namun itulah Abah yang sangat senang berteman. Sambil menyalin, jika dia terlebih rajin, akan ada lakaran lukisan atas coretannya.

Abah, di mana saja dia berada; senyuman tak pernah lekang dari wajahnya. Meskipun penat lelah mengajarkan bawahannya menggodek ramuan rahasia, mengecat rumah; sengeh yang menampakkan gigi taringnya pasti kan tak luput dan SRi juga sudah lupa bagaimana kelibat seriusnya. Abah marah? Jauh panggang dari api. Dia memang gagal dalam hal ini. Akhirnya pasti kan jadi bahan ketawa kami sekeluarga. Terusnya dia merajukkan diri mencari teman dibawa belanja minum kopi..

Abang rindu Abah..
Moga hidup kita sekeluarga makin bahagia dan ceria selamanya~
SRi:Dah lama tak pow duet abah gi tengok movie!! XD

Thursday, 26 November 2009

seksa

Hujan banyak membantutkan pemikiran dan aktiviti sehari-hari. Rasanya program hibernasi yang tersangat amat berlebihan menyumbang peratusan tinggi dalam ketidakprodukaktifan ini! ngeeeee~ Sebelum berlanjutan kepada topik sebenar, SRi ingin mengucapkan;
SELAMAT HARI RAYA HAJI@QURBAN, MAAF ZAHIR BATIN!

Kisah ini punya kaitan dengan yang masih hidup dan telah pergi menemui Penciptanya serta boleh dipergunakan sebagai pedoman buat diri sendiri dan orang lain.

Nak dijadikan cerita, sewaktu SRi berkehendakkan mengerjakan piket, maka naiklah hamba tuhanni sebuah angkot[van yang dijadikan sebagai pengangkutan awam]. Nak ditambahkan cerita lagi, naiklah pula seorang minahni bersama seorang anak atau adik yang dijingjingnya bersama.

Nak dipermasalahkannya di sini,Tuhan saja yang tahu! Pakaian dia.. pergh~ GILAKSS!! GAY pon berdarah hidung kot? Adoilaa.. Dah laa duduk depan SRi pula tu. GILA kuasa dua! Mm,nak tengok ke taknak?Nak ke taknak??hehehehe

Sabar sajalah! Angkottu memang dah jadi ajang "freeshow" dah Semua melihat menjelingnya. Sampai makcik hajjah yang baru balik marhaban gamaknya tak habis-habis menoleh kiri [melihatkan wanita itu] dan menjeling kanan [merenung tajam suami dia di sisi].. Nampak sangat kut rasanya di wajahnya meminta wanita tersebut supaya turun untuk menaiki angkot lain. Risau berebut laki gamaknya~

Bukan saja muka makcik-makcik dalam angkottu sahaja yang 'ketat' mencemburui keseksian gadis beranak satu itu, awek berbaju singkat putihtu pun tak kurang hebat 'ketat' juga rupa dia. Sikit-sikit tarik-tarik kain nipistu untuk tutup peha yang dah segenap lama diratah rakus dek mata-mata di dalam kotak berodatu. Betul-betulkan mana yang mampu melitupi dadanya yang terbentang luas saujana mata memandang. sigh~

SRi sebenarnya tak terlalu bermasalah jika nak berpakaian sedemikian di shopping complex atau majlis-majlis tertentu yang memang biasanya orang pakai macamtu sebab SRi bukan nak berdepan secara terus menerus, paling-paling cuma sekali lalu je. Tapi kalau dah tahu nak naik public tranport tu pepaham sendirilah ya, jangan la susah-susah nak menyeksikan diri, seksa orang yang disekitarnya nak tahan pandangan. Sekali takpalaa lagi kut;rezeki, tapi kalau dah berkali-kali,berdosa weyh!! Kemudian akhirnya, diri sendiri juga yang tersipu-sipu tak senang duduk duk betulkan sana sini, katup situ siti. kesian~

Kesimpulannya, Angkot adalah kenderaan kemudahan awam yang paling TAK SESUAI sekali untuk berpakaian sebegitu wokeyh! Makanya, toksahlah ngengada nak menyeksa diri pakai macamtu lagi! Jika bas, tren pula SRi nasihatkan sekurangnya bawalah jaket bersama. Tolonglah tutup dua ketumbuhterlebihan lemak tue dengan sebaik-baiknya! Tak kuasa mak nak melayannya,ok! *untuk gmbr sexy,sila google sdiri!*
SRi:Akhirnya 2012 dah masuk juga Jatos.Layanlaa juga cerita dia.SRi bg 3.8/5 bintang!
Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)