Thursday, 30 December 2010

Harimau Malaya Gah Membaham Garuda!

Ahaks. Kepada Cik Princessa--sila berbangga OK! Saya buat post kali ni-bley lah dikatekan semata-mata untuk memenuhi permintaan Anda.. Sila berbangga!! WHOA
Well-sebenarnya gua tengah bersemangat waja nak sambung Bahagian II Diet-mendiet nih.. Tapi sebab aku terklebihculturalshocked melihatkan status FB *Twitter tak masuk lagi** dan bloglist yang semuanya hapdets tentang kejayaan Malaysia hari ini-gua pun jadi terikut gembira juga untuk berkongsikan kebahagian ni dengan korang semua! Lagipun gua pun baru saja balik dari nonton bola dan makan-makan bincang bercerita (baca:gosip) bola tadi.

Serius-gua sangat bangga dengan prestasi sepakbola Harimau Malaya akhir-akhir ini. Takdalah akhir-akhir sangat-tapi sejak skuad bawah 21-23 mulai menunjukkan taringnya-asal ada topik tentang dorang di saluran akhbar perdana-pasti gua click dan baca. Bangga gila kowts! Dan untuk pengetahuan pembaca semua-besdey gua [baca:rujuk besdey Amri Yahyah] dah nak dekat-jadi bolehlah kot sesapa nak hadiah kan jersey Malaysia yang belang hitam kuning tuh. Gua pakai size S-sengaja nak bagi sexay macam patung-patung Nike tuh!WHOA

Malam ini-selain delegasi VVIP Indonesia yang termasuk Presiden SBY-kamera turut sempat menyorot kehadiran Luna Maya [yang dah makin berkurangan kecantikannya-gara gara kesunyian gamaknya] dan Daram Queen Manohara. **Btw, betul ke wujud injection yang boleh bagi gemuk tuh?! Kalau ada-aku pun nak weyh. Sakit jiwa gila kot duk asyik tengok jarum penimbang bawah 50.

Secara keseluruhan-meskipun Malaysia agak digasak keras malam ini; namun kematangan permainan terlihat mampu menahan semua serangan Timnas Indonesia. Meskipun kita agak terlihat lebih bermain defensif-namun counter attack by Safee Sali, Ashari dan Idlan Talaha sememangnya mampu menggentarkan jiwa kubu lawan malam ini. Secara keseluruhan tepukan gemuruh harus diberikan kepada semua pemain wakil negara sebagai tanda apresiasi rakyat kepada mutu bola sepak Malaysia hari ini.


Sejujurnya gua beranggapan pada mulanya - gandingan Irfan Bachdim, Gonzales, Bustomi, Ridwan dan Bambang Pamungkas bakalan serentak diturunkan menentang kubu Malaysia sejak dari minit pertama malam ini. Namun tampaknya angan-angan strategi itu cuma mainan di kepala sahaja apabila Bambang masih disimpan di kerusi simpanan dan bahkan ditukarkan dengan Irfan Bachdim pula di masa-masa kecemasan. Apakah strategi yang bermain di minda Ketua Jurulatih mereka gua pun kurang tahu?! Mungkin saja stamina Bambang masih belum cukup kuat untuk bermain habis-habisan 90 minit penuh. Tapi still-kenapa perlu penyerang ditukar dengan striker?! Gila tak ubah formasi.. *Mungkin Irfan pula kelihatannya dah tercungap-cungap mencari sehela oksigen buat bernafas**

Gua berang sebenarnya bila media-media Indonesia sikit-sikit memperlihatkan ketidakmatangan mereka demi meraih rating yang tinggi. Minggu ni penuh kot dekat semua channel televisi Indonesia makin menghangatkan bahang suasana Indonesia terutamanya Jakarta yang dah sedia ada panas tuh. Risau pula bila terfikirkan keadaan teman-teman Malaysia yang menuntut di sana. Semoga korang semua aman damai lah ya!
Mengenai kes insiden laser tersebut-gua malas gila nak layan. Mengarut! Julia Perez nak pakai coli yang penuh dengan laser lah apalah. Please deyh. Serius kebudak-budakkan OK! *Tapi waktu tengah game tadi- berdoalah juga-kut-kot lah dia buat bebetul-Mm, layanlah juga. Hahahahantu kow Haneps! Bagitaws dekat Cik Abu baru tau langit tinggi rendah. Hahahhaha 

Malaysia [baca:Malingsia] bukanlah bangsa yang reti nak mereka budaya sendiri. Mereka harus ditunjuk ajar terlebih dahulu terutamanya bila melibatkan hal-hal keji sebegini. Gua memang bahagia gila bila tetiba keluar video rasmi AFF yang penjaga gol kita sah-sah dipanah laser terlebih dahulu pada perlawanan di mana Malaysia kalah di tangan Indonesia kelmarin 5-1. Papss-patah hidung mereka! *Tapi ada media mereka tayang benda ni berulang-ulang kali?! Harams.
Penyokong bertamadun=Indonesia?! Owh-please deyh. Gua tak rasa itu kalimat yang sesuai. Nak beli tiket pun berapa ramai yang luka parah *silap-silap ada jah yang pergi menemui ajal*-inikan pula bila dah game. Tak payah tunggu mereka kalah, kalau menang pun sama juga. Cuma tambah lagi dahsyat lah rupa dia jika mereka yang kalah. Sebabtu delegasi Malaysia dijemput masuk dalam tank bila dah habis perlawanan tadi. Risau terluka parah kena belasah buta kena laser kot nanti. Habis US $ 100,000 buat bayar treatment mata saja nanti. *Sebut tentang tiket-gua rasa keluarga Firman Utina-Kapten kesebelasan Indonesia langsung tak datang kot stadium malam ni gara-gara tak dapat tiket! Gila tak profesional..isk

Indonesia jauh lagi haru cacamarba bagi gua. Lu pergi sajalah mana-mana, terutamanya konsertlah-serius gila! Gua tak tahu keturunan manalah yang datang tengok pergi layan ni?! Nak kata jahiliah-dah terlebih masuk zaman millennium dah kot ni. Takut gila OK. Gua berdoa-semoga gua tak kenalah Jaga [baca:oncall] bilamana malamnya ada aktiviti hiburan-himpun terkinja ramai-ramai di kota Bandung ni-tak menang tangan kowts nanti. Bertubi-tubi Ambulance datang masuk hantar tetamu. *Tips Diet Ketiga:Selalu minta untuk buat Oncall malam perayaan@yang ada konsert di Indonesia.Kurus dapat-experience pun lebat!***

Alhamdulillah-syukur ke hadrat Ilahi-atas kurniaannya-Malaysia buat pertama kali memenangi Piala AFF-18 tahun selepas penubuhannya; 14 tahun setelah berputih mata. Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 selepas menumpaskan Indonesia 4-2 secara agregat. Indonesia mungkin berjaya menumpaskan Malaysia 2-1 di Stadium Gelora Bung Karno namun ianya tidak cukup buat Sang Garuda menyekat kelebihan tiga gol Harimau Malaya. Mungkin penerobosan gawang tendangan Safee Sali menambahkan lagi kesentotan jiwa Timnas (baca:plus Penyokong) Indonesia malam ini.

Tahniah buat delegasi Jalur Gemilang-Harimau Malaya atas kegemilangannya terutamanya Jurulatih Bola Sepak Negara- K. Rajagobal. Bangga gila bila semua yang naik atas podium malam ini adalah jiwa yang berbangsa Malaysia. Asal muasalnya memang sudah sejak azali memegang Kad Pengenalan Malaysia.
Tidak dilupakan En Hero; penjaring Gol terbanyak-Safee Sali yang tiga daripadanya adalah pada Final menumbangkan Indonesia- Dua di Bukit Jalil, Satu di Bung Karno. Amirulhadi, Idlan Talaha, Ashari dan sudah pastilah kemantapan En Khairul Fahmi sangat membanggakan kami warga Malaysia; tetambah lagi bagi yang duduk dekat overseas - mesti korang makin bangga nak sarung jersey Malaysia lepas ni kan?! ***mana pergi kelibat psaangan kembar aidil dan zakuan?

Sebenarnya gua berharap dorang pakai Jersi Kuning Belang Hitam tu tadi-tapi apakan daya-aku tak tahu badi manakah yang terlekat-Malaysia tampak kurang bangkit mencipta kecemerlangan bila menyarungkan jersi itu. Mungkin sebab itulah Rajagobal lebih memilih jersi Biru sebagai andalan. Mental pemain pun lebih bersemangat! ***Ceitz-khurafat betul ko nih Hanif!

Semoga dengan kegemilangan malam ini bakalan terus membakar semangat wira-wira bola sepak negara untuk terus merekodkan kejayaan pada masa depan dan kembali muncul sebagai pasukan yang digeruni bukan sahaja di Asia Tenggara malah seluruh dunia.
SRi:Aku cuti Jumaat ni!Agak-agak FK nak bagi tambahan cuti sampai Isnin depan tak?!

No comments:

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)