Monday 10 January 2011

Congratulation Ana Raffali!!

Dengan ini rasmilah sudah Ana Raffali bergelar Juara Anugerah Juara Lagu kali yg ke-25... Mesti ramai yang terkejut kan? Tapi aku rilek jer. Sebab malam tu aku tengok kebanyakan persembahan memang gempak-gempak; hebat-hebat belaka-so,semua deserve to win. Tapi bagi aku ada satu kurangnya-mereka cuma hebat pada persembahan. Mereka terlupa satu elemen penting dalam seni muzik-Lagu; lirik dan melodi [andai dipisah lagu dan irama]. Elemen ni kalau korangs terer-peratusan nak menang tu memang banyak. Pentingnya elemen muzik ni sama dengan elemen pathophysio dan pathogenesis bila korang bentang SOOCA nanti
Mungkin korang pelik kan Ana Raffali menang -- aku pun takdalah saspek sangat dia boleh menang malam tadi sebab memang semua hebat-hebat belaka. Apetah lagi biasanya [sebab aku selalu layan AJL tru streaming] yang lagu yang aku tak tengok yang menang [baca:aku tengok lagu tu waktu dia nyanyi semula] dan semalam yang terstuck dengan hebatnya adalah Faizal Tahir-Selamat Malam. Tapi tengok-tengok Ana Raffali yang Juara [baca:tapi tu pun aku tak sempat nak tengok habis juga-5 second from finish-tenet sengal balik. So, memang boleh pakai lah theory aku nih! *Gila khurafat ko Hanep!!** - Tapi kekecewaan terubat pabila dapat layan habis lagu dia waktu nyanyi semula malam tadi.ahaks]
Kenapa Ana Raffali berbisa di mata juri? Satu-Sebab lagu tu die buat dari A sampai Z - respek beb. Pastu suare die ok-maksud ok di sini kan; tak lari pitching-tak de cacatnyer. Cume nadanya taklah setinggi lagu Sofea Jane nyanyian Black atau lagu Faizal Tahir atau si Hafiz sendiri. Tu kekuatan yang ada pada Ana Raffali. Lagi satu - care persembahan die pun not bad. Memang yang lain lagi nampak kegempakan dorang-tapi overall; Ana Raffali is still OK. NO major error dibuat...

Markah untuk jadi juara lagu ni-dia amik dari semua segi dan logiknya-kebiasaan markah paling tinggi terletak pada lagu tu sendiri. Maksudnya - kekuatan pada lirik lagu tu. Dan lirik lagu tu kene lah kena dengan irama muziknya. Kalau semua ni cukup syarat; rasa-rasanya cam lagu tu dah dapat 40% dah laa. Dan yang selebihnya terletak pada persembahan pada malam itu. Jika penyanyi tak buat kesilapan besar [major error] macam terlupa lirik, suara pecah-maknanya markah dia insyaallah OK lah gamaknya...

Kepade sape-sape yang tak puas hati-cuba belajar lagi camne pemarkahan dibuat. Kalau korang tau pasal tu - mesti korang akan tengok kelogikan dia-keputusan  unsangkarable dewan juri malam tadi.
Tekaan aku - Ana Raffali ni mungkin menang dengan sedikit je perbezaan markah-mungkin 0.5% atau 1% je melebihi Meet Uncle Hussein; sebabnya bagi aku overall semuanya lebih kurang jerk kekuatan dia. Tak kuat daripada segi lirik dan lagu-persembahan dan kemantapan vokal dorang hebat.

Macam Faizal Tahir-memang persembahan dia sangat gempak dengan gimik airnya tu-tapi markah persembahan biasenya dalam 15% sahaja daripada overall markah. So, mungkin dia dapat 15/15 dari segi sudut persembahan [still tak logik..sebab biasenye paling banyak juri bagi dalam 14/15] dan Ana Raffali dapat 12/15-tapi Faizal mungkin kurang dari sudut kekuatan lagu tu sendiri [maybe

Haa-kekuatan lagu ni bukan sebab lagu tu best bagi korang jer-tapi setiap lagu ade soul die tersendiri. Liriknya kena dengan adunan muzik. Pastu lirik pula banyak mesej tersirat. Part-part ni geng-geng juri lah lebih arif menilainya. Mereka lebih profesional.

Ni la lirik lagu Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku tu. Bagi aku lirik dia cukup bagus-ringkas-pemilihan kata yang puitis dan padat dengan makna tersirat. 
Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari
Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tu la sedikit ulasan aku dalam entry terbaru ni - agak serius sebab orang yang duk cerita benda ni pun semua ikut serius sama. Cara pemarkahan tetap sama dalam apa jua persembahan nyanyian [baca:kecuali bila dah masuk bab undian SMS

Tekaan aku-mungkin si Ana Raffali dapat dalam 85% overall-Meet Uncle Hussein dalam 84%, Hafiz dapat 83.5%. Mungkin si Faizal di tempat ke-4 dengan 83%. Kemungkinan jugak markah same-dan jika markah same;biasanya diambil markah apa yang majoriti dalam pertandingan tersebut. Dan bagi kes AJL ni aku rasa kekuatan lirik dan lagu dia lah.  Sebab tu dipanggil ANUGERAH JUARA LAGU! Mesti lah markah lirik dan lagu dia tu sendiri lagi tinggi dari persembahan, kreativiti dan popularitinya.
Ni sume ulasan tekaan jer-aku tengah tension asyik terlelap baca note SOOCA je. Kalau ada jawapan dan ulasan yang lebih bernas korang boleh comment dekat bawah ni.

Tapi begitulah kebiasaan jika korang nak menang pertandingan nyanyian. Kalau korang pertaruhkan lagu buatan ciptaan sendiri-peluang nak menang-dapat markah tinggi tu lagi banyak. Macam SOOCA lah-kalau korang bentang case yang korang dah karangkan sendiri [baca:banding pergi COPA@Mulya Abadi fotostet orang punya] mestilah lagi tinggi sebab korang merasai jiwa pendeklamasian tu sendiri.

Ana Raffali ni naik name melalui Youtube. Ni satu lagi cabaran baru ni. Gelombang baru kot nanti-mesti makin bertambah ramailah jawabnya yang upload ciptaan dan nyanyian sendiri di dalam Youtube. Justin Bieber dan Zee Avi pun Youtube. [plus pakai baju kurung dan baju melayu]

I know Ana Raffali as a down to earth hardworking singer. She went and do a lot of indie gigs like layar tanchap. She is not artis mee segera. I have nothing but respect for her hardwork and dedication. Her victory yesterday is a culmination of years of hard work.

Yang penting korang janganlah pula gi samakan juara lagu dengan ABPBH. Anugerah Juara Lagu lebih menekankan kepada LAGU [namapun trangtangtangs Anugerah Juara LAGU] jadi mestilah dia lebih tengok kepada melodi- lirik - dan - “keikhlasan” sang penyanyi mendeklamasikannya.
 
Mengenai persembahan-mungkin ramai yang tak mengerti apa yang cuba dibawakan. Mereka cuba membawa seni teater ke pentas AJL. Persembahan Ana Raffali cuba untuk menerangkan bahawa kita semua ada sangkar masing-masing ; terkurung dengan perasaan benci, marah, kecewa, cemburu dan dengki
 
Mungkin sebab persembahan dia takdelah superbb sangat sampai taklah semua orang  tepuk tangan sebab confuse tak faham–jadi dia tidaklah terlalu berhak untuk dapatkan persembahan terbaik. Sama juga vokal-jangan pertikaikannya sebab dia bukannya dapat vokal terbaik pun.ahaks
 
Papehal-Tahniah kepada Ana Raffali atas kejayaannya menjulang piala trofi AJL 25 dan juga kepada semua pemenang yang lain. Semoga beliau dan lain-lain terus humble down to earth like before.

**ana raffali-with one n, two f, one l and no e. 

peace.love.unity.respect
Kredit:Cerita Asal-WacanaKu
SRi:To Ana;if you read this article-tukang tulis WacanaKu tuh suruh Ana komen kat blog dia.

No comments:

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)