Sunday 9 January 2011

Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter

Untuk meraikan kegemilangan penyanyi lagenda Francissca Peter dalam industri muzik Malaysia, Eye Design dengan bangganya mempersembahkan “Konsert Keunggulan 33 Tahun Francissca Peter”. Konsert ini bertujuan meraikan kehadiran Fran dalam industri muzik selama 33 tahun. Ia juga merupakan sebahagian daripada aturcara sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Konsert berprestij ini bakalan berlangsung di Istana Budaya Kuala Lumpur pada 5hb dan 6hb Februari 2011 nanti, dari jam 8.30pm sampai 11.45pm. En Ramli MS--pengarah muzik tersohor Malaysia--akan memimpin 33 pemuzik orkestra dengan menampilkan 33 lagu-lagu popular nyanyian Fran sepanjang perjalanan beliau di dalam bidang seni. Konsert ini juga akan mengaggabung kembali gandingan Fran bersama Royston Sta Maria dan juga persembahan istimewa dengan Imran Ajmain.
 Sebahagian dari hasil jualan tiket akan di salurkan kepada dua badan kebajikan iaitu International Aid Organization World Vision dan Yayasan Salam. Untuk pengetahuan anda semua--kini, World Vision di Malaysia telah melantik Francissca untuk menjadi duta mereka selama 6 tahun berturut- turut.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.francisscapeter-concert.com dan www.ticket2u.biz atau hubungi talian Hotline +603 4147 8600 . Harga tiket adalah RM99, RM149 , RM189 , RM239 dan RM299. 

Untuk info yang lebih lanjut click saja poster dia di atas atau sila layari: http://www.francisscapeter-concert.com
SRi:Salah ke gua nak karoks lagu Francisca?!ahaks

No comments:

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)