Monday, 26 October 2009

Planet 51


Go INTERNATIONAL!! Mungkin itu yang dimaksudkan oleh KRU Studio. Setelah berjaya mencipta fenomena melalui Cicakman dan Jin Notty, kini KRU dengan kerjasama Tristar kembali lagi dengan membawakan sebuah filem animasi-Planet51 dan Sunshine Barry & The Disco Worms yang dijangkan akan ditayangkan di 50 buah negara 29 November nie!

SRi sempat jenguk kejap trailer Planet51 tuh! Nice! I Looike.. Will not miss diz mubi. Rilly funny!! Animasi nie turut disuarai oleh THE ROCK, Jessica Biel, Justin Long dan Sean Wiliam Scott sebagai peneraju utamanya. Huh, Tak sabar-sabar betul nak tengok muvi nie!

Click
here for the trailer
Click here for the info of this movie[Planet51]
SRi:Bile laa KRU nak mampu buat sendiri filem animasi sehebat itu??
SRi:KRU Studio aka United Studio hanya bertindak sebagai pengedar yea adeq2!Bukan pembikin filem tersebut! XD

Thursday, 15 October 2009

Rama-Rama

Hari panas ketika itu,
mentari punya kisahnya sendiri.
Dan langit masih penuh rahsia.

Hari panas ketika itu,
Alam punya ceritanya sendiri
Dan gurun masih penuh rahsia.

Cuma sempat dua detik,
Karavan mimpi kita telah berhenti,
Dan kamu dengan jalanmu, dan aku dengan jalanku.

Apakah itu adalah kamu atau Cuma silauan mentari?
Apakah itu adalah kamu atau Cuma monsun mimpiku?
Apakah itu adalah kamu atau Cuma selangit awan ceria?
Apakah itu adalah kamu atau Cuma setaman mawar mekar?
Apakah itu adalah kamu atau Aku sendiri yang temui dunia baru?

Hanya buat dua detik,
Ada kisah tentang hati kita,
Dan kamu dengan jalanmu, dan aku dengan jalanku.

Hari panas ketika itu,
Aduh Rama-Rama sudah tiada…

RamaRamaku, Fatimatussolihah Aziz
23Februari1987-13Oktober2009
SRi:Semoga kamu tenang&baek2 saja d'sana

Cakap Siang Pandang Pandang

well, nie kisah Cik Linda Onn sbnarnyea SRi kutep form her blog.. So, terus terang kalau dah taw nak buat bende keji.. tengok-tengok laa dulu line ok!!

Al-kisahnya, semalam Linda ke cyber cafe,teman kawan Linda nak print kertas kerja dia. So,Linda pun masuk ke cyber cafe tu dengan muka selamba jer.. takde orang perasan Linda masuk sebab masing2 tengah sibuk mengadap komputer. Ada yang main game,ada yang chatting,ada yang layan facebook dan ada yang tengah bergosip di forum artis !

Hmmm.. nak dijadikan cerita,Linda duduk sebelah seorang budak perempuan ni. Linda duduk agak belakang sikit dari dia. So,dia tak perasan yang duduk kat belakang dia ni adalah LINDA ONN. Jadi, Linda pun sempat 'skodeng' apa yang dia gosipkan..di ruangan forum artis . Huh! Kalau artis baca, boleh berdarah jugak lah tengok apa yang dia type ! Lepas satu topik,satu lagi topik dia bukak.. dah tu..dia hentam artis baeeeeekkkkk punya ! Macam takde perasaan.

Tiba satu part ni,dok hentam tentang muka artis... antara yang dia taip ialah "eleh..takat muka jawa lubang hidung besar...nak jadi artis? hampeh! Monyet tengok pun belum tentu nak jadikan couple! Sah tak laku!"...

OK ni lagi satu.. Linda tak ingat satu persatu apa yang dia taip, tapi Linda ingat isinya.. "Paha besar macam *&^%$# . Takat muka macam dia ni,nak jadi gf mamat tu? telinga capang. Aku lagi layak lah.. Minah tu dah lah hidung macam serombong kapal! "

Lepas tu..dia boleh pulak sama-sama join 'memfitnah' dalam forum yang tajuknya 'Dagu Linda Onn runcing'. Dia taip gini -> "....cantik sangatlah tu dagu di injek..botox! Tak guna dapat duit banyak tapi semua ke dagu. Patutlah kena tinggal balak dia dulu sbb dagu tak cukup panjang! choyyy!".

Linda pun sabar je ... Rasa macam nak cekik je budak tu dari belakang. Dia tak perasan yang Linda Onn yang dia fitnah tu ada kat belakang dia. Pelik Linda tengok. Walhal dia pakai tudung. Dari sudut aurat,dia perfect sebagai seorang muslim sejati! Tapi dari sudut hati,perangai,pemikiran...dia kotor! Jijik! Jadi tudungnya itu untuk menutup jijiknya ke? Ya Allah,itu kan semua ciptaan tuhan..kenapa dia sebagai hambaNYA mengeji ciptaanNYA?

Nak dijadikan cerita,dia bangun sebab dah penat buat dosa agaknya. Dia toleh ke arah Linda dan terkejut badak!! Linda pun cuma senyum... dan sempat cakap

"..dik.. Kak Linda Onn tak buat dagu..tak percaya? peganglah dagu ni? "

Minah ni punyalah malu,dia tak terkata apa. Cuma sempat cakap "eh..hi..kak..". Lepas tu terus keluar dari cyber cafe tu. Linda dah tak nampak sangat muka dia.. yang Linda nampak cuma seorang perempuan yang rendah nilai dirinya..

DAGU LINDA ? Buat apalah nak buat dagu? Linda sendiri tak faham kenapa orang kena cucuk muka? Nampak bengkak tau tak.. But who knows..mungkin mereka ada sebab lain utk inject. BTW,my dearest blog readers...sayangku,manjaku,cintaku...dengarlah cakap Linda ni...Dagu Linda ni,dah berpuluh kali Linda katakan..nampak runcing bila kurus,cara mekap & cara senyum yang buat dagu nampak panjang. Linda tak pernah inject dagu ni.. Lillahi.. Ishhhh ..selisih!

Terus terang lah Linda cakap,budak perempuan bertudung yang dok mengata , menghina dan memfitnah artis kat laman forum gosip tu .. Linda tak berniat utk kutuk dia cuma heran,Linda expect orang yang mengutuk muka orang lain,mukanya sendiri sangat cantik bak bidadari,sangat perfect takde cacat cela tapi ..hmm. Maaf ye Linda cakap,(ni Linda nak jadi forumer punya perangai jap..hehe), wajah budak perempuan tu tak cantik ! Agaknya apa perasaan dia jika ada orang sesuka hati cakap dia punya lubang hidung besarlah..telinga capanglah,muka jawa dan segala bagai kutukan yang lain? :-)

Yang pelik,dalam forum tu,dia siap boleh suruh artis tu cermin diri... Agaknya dia sendiri lupa nak cermin diri sebelum ke cyber cafe kot. hmm...

Linda pun berlalu keluar dari cyber cafe dengan senyuman.. dan terdetik dalam hati "Orang yang mengata orang pun , dirinya sendiri tak sempurna . Tapi dia boleh mengeji ciptaan tuhan. Mungkin jugak kerana dia 'tidak sempurna' maka dia tidak puas hati dengan kesempurnaan orang lain"

So,kalau ada rakan artis yang terbaca blog Linda ni. Don't worry about what u read or what u hear from people ya ! Jangan terasa terhina atau kecik hati dgn forum2 yang tak berfaedah yang dicipta oleh manusia yang mencari kesempurnaan dari kekurangan pada diri sendiri.

...dan kepada yang suka bergosip,fitnah,ngumpat... Astaghfirullah. Fitnah itu lebih teruk dari membunuh. Bertaubatlah...

SRi:Masih keliru sape yg "jahat" sebenarnyea.. Fahrin@Linda??

Monday, 5 October 2009

Wanita~

Perempuan cantik bagai gula. Jika diletak di tempat terbuka pasti banyak semut hitam datang mengurung. Ketulan kecil kristal gula mula-mula dicair via air liur, sebelum cecair disedut masuk ke dalam perut kecil semut. Jika gula dimuat di dalam bekas tertutup, semut cuma tinggal melopong, sekadar hanya mampu melihat, akur kemanisan gula namun tetap tak dapat menyentuhnya.

Maka, jika punya kekasih atau isteri cantik, pilih tempat sesuai untuknya, usah biarkan dia berada terlalu kerap berseorangan di lokasi terbuka. Terlalu banyak ‘semut hitam’ berkaki dua mengintai peluang ‘mencairkannya’ hanya sekadar menggunakan air liur sahaja XD

SRi:Bila laa Abg Maz nak kawen lagik?Jangan kna tgkap JAIS suddaa!

Sunday, 4 October 2009

Jejaka Misteri Hantui Hati Wanita

Ni buat lelaki yang belum punya buah hati. Yang dah ada pun boleh try jugak tapi sendiri tanggung la. Try jangan tak try.


Jangan Selalu Menuruti Kehendak Wanita

Lelaki harus ada sedikit imej agar sentiasa tampil bersahaja di hadapan wanita. Jangan tunjuk bahawa anda sangat sukakannya. Padahal, kalau boleh, segala keinginannya ingin anda turuti. Anda buat wajah selamba dan sudah pasti wanita menjadi tidak tentu arah. Buatkan diri anda seperti seorang yang misteri. Kalau tidak percaya, cuba anda jarang berjumpa atau menelefonnya. Pasti dia tidak senang duduk dibuatnya. Jadi, dengan cara ini, rasa ingin tahu dirinya akan bentambah dan dia akan mencari jalan untuk mengenal diri anda dengan lebih rapat lagi.


Jangan Terlalu Rapat

Jangan pula anda terlalu akrab dan rapat dengannya. Ini kerana jika anda terlalu rapat dan sering berjumpa, perasaan kasih dan sayang itu akan menjadi biasa dan tiada lagi satu perasaan lain seperti berdebar-debar atau tertunggu-tunggu kedatangannya. Atau merasakan kehadirannya sudah seperti biasa.

Sibukkan diri anda dengan pelbagai aktiviti dan sekali sekala barulah tonjolkan diri. Biar si dia yang tercari-cari anda dan menunggu kedatangan anda. Ingat, jangan tunjukkan sangat yang anda suka kepadanya. Biar dia dahulu yang menunjukkannya.


Jangan Terlampau Yakin

Anda jangan terlampau yakin bahawa wanita sentiasa memerhatikan anda dek kerana ketampanan anda. Mungkin dia memandang kerana anda berpenampilan luar biasa atau anda berlainan di kaca matanya. Jangan cepat terperasan dengan menyangka wanita itu terus terpikat pada anda. Mana tahu, dia sekadar melihat kosong sahaja. Anda perlu berlagak biasa tetapi dalam masa yang sama memancingnya agar menghampiri anda. Pendekatan anda amat penting dalam menentukan berjaya atau tidak penjumpaan anda pada hari itu.


Buat Kejutan

Wanita sememangnya mengimpikan sesuatu yang diangan-angankannya. Wanita juga kuat berangan lebih-lebih lagi jika ia melibatkan perasaan dan hati. Kalau boleh, angan-angannya agar ada sang putera menyuntingnya dengan cara yang cukup romantis.

Anda boleh mengambil kesempatan ini dengan memberinya hadiah lebih-lebih lagi bunga. Bunga dan wanita memang tidak boleh dipisahkan. Kalau tidak boleh banyak, tiga kuntum sahaja sudah memadai. Tetapi jangan tonjolkan sangat bahawa anda terlalu suka kepadanya dengan memberikan bunga. Buat muka selamba dan kawal perasaan suka anda itu. Tunjukkan anda tidak terlalu ghairah untuk memberikannya bunga. Dengan cara begini, anda akan melihat si dia akan menumpukan perhatian pada anda tanpa anda sedari.



Ngeh ngeh ngeh...apa salahnya try. Lelaki kan perlu berani mencuba. Jangan sampai wanita langsung tidak menoleh kepada anda. Parah tuh... :D

Saturday, 3 October 2009

Sekitar Derita Mereka Di Sana

Kawasan Dataran Pendidikan Universitas Andalas, Padang


Sekitar Tutor Room *Klu x salah r..huhue*
Situasi Kamar Mr H***
[sebbeklaa hg xdak dalam blk time nie! klu x, memg konpem laa hg lunyai kena hempap ngan buku tuh..huhue]
Minangkabau International Airport
.Hercules On Board.
Selamat Tinggal Padang.Selamat Datang Subang

SRi:Bersyukurlah dengan siapa dan apa adanya kita~

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)

Recento Vizitores