Monday, 28 February 2011

Ticer.Kenapa burung ngan ayam jer bertelor?!Manusia pun bertelor juga!!

Sekarang ni wujud banyak benar pusat tuisyen yang memenuhi permintaan ibu bapa. Aku tak berapa nampak kenapa perlunya pusat tuisyen ni kecuali jika sesetengah golongan ibu bapa merasakan apa yang dipelajari oleh anak-anak di sekolah tak mencukupi, tak fokus atau ibu bapa tak cukup masa (atau tak cukup hebat) untuk membantu anak-anak. Aku merasakan tuisyen tak compulsory.

Kebanyakan iklan pusat tuisyen yang aku nampak sekarang ni penuh dengan tagline menarik pelanggan..selalunya korang boleh nampak; "PASTI A!" "BELAJAR SEHINGGA DAPAT A!" "KONFEM A!" tapi ada satu iklan yang sangat2 menarik perhatian aku dengan tagline dia;

"PUSAT TUISYEN CIKGU MARTINA - 
SOALAN RAMALAN PMR TAHUN LEPAS TEPAT 100% - PASTI A"

.......................

Mari aku bertanya satu benda; apa point anda hantar anak anda pegi tuisyen sebenarnya?

Adakah untuk buat dia paham benda yang dia tak mampu paham kat sekolah atau untuk buatkan dia dapat A? Satu benda yang aku paham,student yang dapat A tidak semestinya faham apa yang dia lakukan dan student yang grednya tidak baik bukan bermakna student itu tidak baik. Aplikasi knowledge itu lebih penting. Ramai orang Melayu hantar anak pegi tuisyen dengan harapan nak anak dapat A. Diorang tak peduli pun jika anak dia paham atau tidak sebab itu Pusat Tuisyen Cikgu Martina berani meletakkan tagline "Soalan Ramalan 100% Tepat" sebab diorang tau apa benda yang paling mak bapak pentingkan dalam kelas tuisyen.

Jadi aku tanya lagi sekali, kenapa hantar anak ke tempat Tuisyen yang hanya nak mengajar anak anda supaya pandai dalam soalan ramalan? Soalan ramalan takkan membuat anak anda belajar.Soalan ramalan hanya akan membuatkan anak anda prektis satu rutin yang sama sampai dia hafal. Keyword dia...HAFAL.
Hafal dan belajar adalah dua benda yang berbeza.

Kita belajar dengan menghafal. Ibu bapa juga menggalakkan anak mereka menghafal. Pusat tuisyen juga sekarang ni mengajar dengan menghafal..IPT pun samalah. Apa point budak-budak hafal nama-nama tokoh dalam subjek Sejarah kalau diorang sendiri tak faham susur galur Sejarah yang dihafalnya? Semuanya berpunca daripada permintaan. Sebab sistem education Malaysia menghargai orang-orang yang menghafal kerana kita mahukan orang yang teorinya mantap.

Sayangnya, kita orang Melayu suka sistem sebegitu.Kita suka benda teori, rutin, lazim. Kita tak suka sesuatu yang diluar jangkaan,sesuatu yang membuatkan otak tu berfungsi lebih. Sebab itu ramai mak bapak berebut-rebut hantar anak ke tempat tuisyen yang berani jamin "SOALAN RAMALAN PMR TAHUN LEPAS TEPAT 100%" sebab itu benda yang paling ingin dikecapi mak bapak dan murid....A!

Nak tengok dengan lebih ekstrim?

Pendidikan Islam ada surah-surah hafazan yang perlu dihafal semua murid. Adakah ada kajian yang menunjukkan adakah budak-budak hafal dan faham ayat hafazan tu atau majoritinya sekadar hafal membuta tuli? Aku hafal! Lancar! Kau tanya aku apa maksud ayat yang aku baca? Satu benda pun aku tak tau. Aku hanya reti bacakan je untuk anda.

Sistem pendidikan kita adalah berasaskan formula. Bila apa-apa benda pun dijadikan formula,benda tu akan jadi sesuatu yang perlu dihafal. Tapi bagaimana pulak dengan nasib budak-budak yang tak berapa hebat memori dia? Adakah dengan mempunyai memori yang baik sahaja student dikategorikan good student?

Semua terkejar "gred A".  "A" merata-rata. Lagi banyak "A" lagi pandai, takde "A" dianggap lemah. Kenapa pendidikan kita semakin lama semakin mengecilkan skop pemikiran murid-murid dengan sesuatu benda crap yang dipanggil "Soalan Ramalan?" Semua orang suka soalan ramalan. Murid-murid suka soalan ramalan kerana soalan ramalan mampu memendekkan time belajar diorang.Ibu bapa pun suka sebab anak-anak tak kacau diorang banyak. Cikgu-cikgu pun suka sebab revision cepat habis. Pusat-pusat tuisyen pun suka sebab daripada kena ajar 10 bab sepanjang penggal, diorang boleh ajar 5 bab aje,save time save cost.

Time periksa keluar soalan lain.Menangis budak-budak tu.Menangis mak bapak.

Soalan ramalan adalah satu bentuk shortcut yang bahaya dalam proses pembelajaran. Sayangnya, masyarakat Melayu sekarang lebih gemar menilai kemampuan otak seseorang melalui jumlah A yang dipungut. Sebab itu ramai ibu bapa mahukan shortcut itu untuk memastikan anak mereka punya berbelas A sehingga mereka terlupa yang pegi tuisyen sebenarnya adalah untuk mendalamkan kefahaman, bukan untuk memastikan anak tau apa nak dijawab.

Ramai benar yang tersilap tujuan mereka menghantar anak ke sekolah. Murid ke sekolah untuk belajar dan faham, bukannya untuk mengejar gred A.Once mereka belajar dan faham... gred A akan datang secara semulajadi sebagai reward dan ganjaran. Gred A tidak sepatutnya menjadi fokus paling penting dalam proses pembelajaran murid-murid sekolah. Memajukan diri dan minda.Itu adalah benda paling penting dalam proses pendidikan.

SPM hebat,ada Degree,ada Master,ada PHD...tapi bila disuruh angguk,dia angguk,bila disuruh geleng,dia geleng walaupun dia tak mau. Siapa yang pandai sebenarnya? Apa yang dibanggakan bila result periksa bagus tapi tak punya pemikiran sendiri?

Sunday, 27 February 2011

A real man gives his lady the attention she deserves, gives her all of his love, calls her beautiful, and treats her like a queen.

Never leave a person you love for someone you like because your mind will always stay on the person you truly love.

Tuesday, 22 February 2011

Merah

" ... pena di tangan penyair yang unggul


Sebenarnya mengalirkan tinta indah


Warnanya merah


Menghirup inspirasi dari lautan


Pergelutan hidup massa yang penuh gelombang


Tanpa sempadan


Kehalusan seninya adalah amat tajam


Tepat seperti helang menembus sasaran


Yang walaupun bergerak


Membara menghapuskan segenap


Rumput yang beracun


Dari satu demi satu


Ia mencipta bunga-bunga baru


Yang kelak semerbak harum menguntum"

Sunday, 20 February 2011

anda #obsestwitter bila..

Adakah anda #obsestwitter?

  • anda #obsestwitter bila lebih byk tweets drp sms
  • anda #obsestwitter bila sanggup berhabis duit beli BB walaupun cuma utk tweets shj
  • anda #obsestwitter bila semua bende nak ditweet. mkn kt mane, tgh watpe. walhal nak ke jamban pun nak tweet...
  • anda #obsestwitter bila gantikan mms dgn plixi/yfrog/twitpic
  • anda #obsestwitter bila kejap2 cek ader org mention anda ker x...
  • anda #obsestwitter bila asyik mengadap twitter jer sampai kje x siap2
  • anda #obsestwitter bila berbalas tweets dgn member anda walaupun satu opis sama
  • anda #obsestwitter kalau gf & BB anda lemas, anda selamatkan BB dulu & tweet "gf aku lemas, plz RT"
  • anda #obsestwitter bila namakan anak anda Sitweet Nurhashtag
sumber: #obsestwitter

Saturday, 19 February 2011

FROZEnFRUST!!!

Aku tak pernah frust masa bercinta, tapi aku banyak kali  kena rejek orang yang tak nak bercinta. Adalah dalam 3-4 kali. Pada aku banyak lah tu kot. Tapi aku tak tahulah boleh dikategorikan dalam golongan Hot ke belum?! *abaikan** Jadi, sebab ada orang tanya, camne nak mengubat hati frust bercinta, aku tak reti nak tulis macam mana tapi aku tulis aje la secara generalnya macam mana nak recover hati daripada perasaan frust ni...

1. Jangan biarkan diri anda berseorangan
Bila anda berseorangan, anda akan mudah terkenang kembali benda-benda yang pernah berlaku

2. Buat sesuatu yang mengisi masa anda
Kritikal sewaktu sedang frust  adalah memastikan anda mempunyai sesuatu yang mampu mengisi masa anda. Tengok TV, tengok movie, kumpul setem dan sebagainya.

3. Fokus kepada kerja/study
Ini adalah salah satu cara yang paling banyak dipraktikkan ramai. Fokuskan kepada kemajuan kerja anda. Jika sebelum ini anda tidak gila pangkat atau kuasa,j adikan diri anda gilakan kuasa. Stayback dekat ofis. Masuk pilihanraya kampus. Hidup GIPANG!!

4. Ubah cara hidup
Selepas bercinta dalam satu tempoh yang agak panjang, ada kemungkinan timeline hidup anda dah terbentuk rutin dia. Kalau selalunya pukul 11 malam anda telefon awek/boifren anda, apa kata tiap-tiap pukul 11 malam anda pegi merempit. Best wooo--dibelai angin bayu lalu

5. Sorok semua benda yang bisa menggamit memori
Ada gambar dalam wallet? Dekat dinding? Dekat pintu? Dalam bilik air? Cabut semua, sorok--bakar. Ada nota-nota cinta atau log chat dekat Facebook? Copy masuk notepad, sorok. Takpun delete jah mudah

6. UnFriend Dia Daripada Facebook-Unfollow from Twitter
Susah nak melupakan seseorang bila tiap-tiap hari anda akan terbaca status update dia. Jadi,buang dia daripada friend list anda. Add balik dia sebagai friend bila anda dah dapat boifren atau gelfren untuk menunjuk-nunjuk.

7. Ubah Identiti Lelaki/Wanita Idaman Anda
Jika sebelum ini anda mencari lelaki ala-ala Remy Ishak atau wanita macam Nora Danish, mungkin tiba waktunya anda menurunkan benchmark anda atau mungkin juga anda perlu sedar diri yang anda tidaklah sehebat mana seperti yang anda jangkakan.

8. Kurangkan membaca/tengok cerita cinta
Pegi tengok kedai buku, ada berapa ribu judul buku cinta. Masyarakat kita sangat-sangat menyukai benda macam tu. Jika anda salah seorang daripada mereka yang suka dibuai mimpi itu, hentikan!

9. Dekatkan diri dengan keluarga dan Tuhan
Aku rasa aku tak perlu explain benda ni.

10 . Tengok "How I Met Your Mother"
Tengok lah sitcom tu. Ingat senang ke nak dapat isteri? Tak semestinya kekasih first anda adalah si dia walaupun dia terbaik untuk anda.

11. Ingat ayat ni, Tuhan Dah Tetapkan Jodoh Kita
Ingat dan yakin.
SRi:Tak lari gunung dikejar

Friday, 18 February 2011

Pendidikan Seks


Seorang rakan wanita anda datang kepada anda mengadu mengenai masalah dia dan suaminya. Mungkin kerana sudah tidak tahu nak cerita kat sapa dia pun cerita kat anda. (tak kira lah anda lelaki atau wanita)

Soalan dia berbunyi begini;

Aku satu masa dulu dah ter-romen dengan boifren aku masa zaman aku menggatal dulu.Nasib baik aku tak mengandung walaupun aku ngan ex aku takde  protection apa-apa pun.Lepas tu aku kahwin lah dengan hubby aku sekarang ni.Aku tak cerita la dekat husband aku pasal zaman muda aku dulu jadi lepas kenal dia aku berubah jadi baik la jugak.

Lepas hampir setahun kitorang kahwin,husband aku tanya aku,"Apsal awak tak berdarah ye masa first time kita buat tu?" Husband aku nampak la ada muka-muka curiga tapi dia berusaha la jugak pendam ingin tahu dia tu.Aku tepis2 je la soalan dia,selalunya aku kata mungkin awak punya tak kena kat situ ke,nanti2 koyak la,aku dulu sprinter sekolah,suka lompat-lompat. Sekarang ni aku dah habis alasan nak cakap kat dia.

Ada orang kata kat aku,suami tak perlu tahu masa silam kita sebelum kahwin tapi...camne lagi aku nak buang rasa curiga dia?Dia dah selalu tanya dan kadang-kadang nampak dia agak pushy nak suruh aku mengaku aje.Masalahnya,sebelum kahwin dulu,aku dah tertipu dia kata aku dara jadi expectation dia agak tak terkawal la.Aku takut nak admit dulu sebab aku nak kahwin dengan dia..aku sayang gila kat dia.

Jadi,perkahwinan aku sekarang ni dapat didirikan atas satu pembohongan yang aku buat dulu.Rasa bersalah aku kat dia sekarang ni makin teruk. Berdosa ke aku kalau aku terus tipu husband aku?Ada ke dalam agama yang membolehkan seorang isteri menipu suami untuk memastikan rumah tangga tu kekal?

Boleh ke aku masuk syurga kalau aku terus menipu husband aku?Boleh ke dia maafkan aku kalau dia tau benda ni?Aku duk hope jugak kalau aku admit aku tak dara masa kahwin,dia akan mengaku dia pernah tidur jugak dengan perempuan lain sebelum tu. Senang. Walaupun sakit nak dengar. Aku nak admit kat dia tapi aku takut kena cerai kalau dia tak dapat accept....

Apa yang aku perlu buat?

........................

Jadi,dengan kebebasan melakukan hubungan seks masa kini, sudah pastilah anda akan berhadapan dengan persoalan sebegini daripada salah seorang member anda atau lebih teruk, anda yang mengalami masalah itu.

Tapi, jangan letakkan diri anda sebagai isteri itu, sila letakkan diri anda ditempat orang yang diminta jadi pemberi nasihat itu. Agak-agak apa yang akan anda beritahu dia?Ingat,persoalan ini adalah berasaskan sebuah kisah benar. Jika anda merasakan susah untuk menjawab persoalan rakan anda itu, bayangkanlah..jika anda di tempat dia.
SRi:Malu itu separuh daripada iman. Jika hilang salah satu-maka hilanglah keduanya

Tuesday, 15 February 2011

Jika Ditahan 'Polis' Di Kawasan Sunyi Dan Gelap - Cool! Jangan Gelabah!!

Benar, majoriti kita pernah ditahan polis terutama ketika mereka melakukan pelbagai operasi di jalan raya. Bahkan saya sendiri juga pernah melarikan diri daripada ditahan polis. First of all-saya ingin memohon maaf kepada teman-teman yang turut menumpang saya ketika itu. Saya terlupa untuk menyatakan penyesalan menyebabkan Anda semua tidak rasa tenang tengah hari itu. Maaf dipinta
Dan jika Anda memandu kereta pada waktu malam, sebelum tiba di sekatan, usah panik, nyalakan lampu di dalam kenderaan - memudahkan mereka melihat wajah kita.

Lazimnya, jika pemandu tidak memakai tali pinggang keledar, sila pakai dengan tenang. Jangan sentap-kerna tali pinggang keledar sememangnya direkacipta untuk "stuck" pabila disentap dengan kuat.

Sewaktu bahagian dalam kenderaan disuluh, jika pembaca dan polis bertugas beragama Islam, berikan salam dan senyum atau gunakan greeting bersesuaian. Mereka selalunya akan menyuluh menggunakan lampu suluh di bahagian kiri bawah cermin hadapan untuk melihat tarikh tempoh cukai jalan.

Jika gerak geri pemandu tidak mencurigakan dan cukai jalan sah digunakan, kenderaan akan dibenarkan untuk meneruskan perjalanan.

No problem, right? Kita tahu mereka polis sah dan mempunyai pegawai bertugas di lokasi sama.

Sunday, 13 February 2011

Petunjuk dari kebangkitan di Mesir

Oleh Mujahid Yusof

Saya tidak berapa perasan mulanya berlaku kebangkitan rakyat di Tunisia. Ketika saya berada di Melaka pada 15 January lalu saya bertemu dengan seorang guru lelaki dari Mesir yang mengajar di Sekolah Islam Ar Rahmah Solok Gaung. Isterinya orang Malaysia dari Terengganu.

Sebenarnya pagi itu setelah kuliah Subuh di Bukit Katil saya diajak oleh Hj Mat Diah pengasas sekolah untuk meninjau-ninjau perkembangan pembangunan sekolah sambil mempelawa sarapan pagi di rumahnya. Saya mempunyai hubungan yang baik dengan sekolah Ar Rahmah kerana anak-anak saya adalah bekas penuntut di situ dari sekolah rendah lagi.

Semasa bertemu dengan lelaki Arab dari Mesir itu beliau kelihatan gembira kerana saya boleh bertutor Bahasa Arab , antara respon awal pertemuan tersebut ialah dia menceritakan dengan penuh semangat tentang kebangkita rakyat di Tunisia hanya kerana seorang penganggur yang berijazah telah membakar dirinya kerana kecewa dengan sistem korup pemerintahan Ben Ali di Tunis.

Katanya lagi dalam bahasa arab pekatnya, Mesir sedang menanti saat kebangkitan dalam masa beberapa hari menurut apa yang didapatinya dari jaringan Internet. Sememangnya pagi itu dalam dada akhbar terpampang berita kejatuhan Ben Ali yang bersiap sedia untuk meninggalkan Tunisia.

Selang beberapa hari berita tentang kebangkitan Mesir pula menyusul dan hari ini, kebangkitan dua negara Arab di benua Afrika Utara itu menguasai ruang pemberitaan seluruh dunia.
Tidak kurang peristiwa kebangkitan rakyat di Mesir dan Tunisia membawa mesej berambus kepada pemimpin kuku besi lain di negara Arab sehingga isyaratnya menggetarkan pemimpin-pemimpin diktator sampai ke tulang sum-sum mereka.

DEMOKRASI UNTUK SIAPA?

The Real Fashion Police


Mercedes-Benz is a big supporter of the fashion scene, not just here in Malaysia but in America as well. And in conjunction with the Mercedes-Benz Fashion Week (10-17 Feb) in the States, the fashion police will be out in full force to enforce law and order, and they will be patrolling in the new Mercedes-Benz CLS 63 AMG in police livery.

But less stylish New Yorkers need not worry, as the “Fashion Force” won’t be out nabbing style offenders, but to spot stylish people and reward them with a ride to their destination. Their picture will be taken as record and some will receive invitations to Mercedes-Benz Fashion Week runway shows as well as the main event.

“The Mercedes-Benz Fashion Force car is a statement about New York being one of the greatest fashion capitals of the world and the confident approach to individualistic style that people strive to explore throughout this amazing city,” said stylist Brad Goreski.

“Mercedes-Benz has a natural affinity with the world of fashion with cars that appeal to those with a strong sense of style,” said Lisa Holladay, manager of brand experience for MB USA. “The 2012 CLS 63 AMG four-door coupe is the perfect vehicle for the Mercedes-Benz Fashion Force initiative with its fascinating design and significant curb appeal.”

Saturday, 12 February 2011

Forget about all the reasons why something may not work. You only need to find one good reason why it will.

Friday, 11 February 2011

Kurangnya Lelaki Berkualiti Membuatkan Gadis Makin Desperate

Zaman sekarang ni,bilangan perempuan dah jauh berbanding lelaki.Nisbahnya agak tak balance. Bila aku tengok website sekolah-sekolah, boleh nampak la perbezaan tu agak ketara. Tak tau la sebab apa.
Yang masuk universiti terutamanya kursus-kursus kritikal tak payah cakap dah lah. Dah berapa banyak kali aku berdua jah lelaki tercongok dalam bilik tutorial tuh. Yang lain...
Bagai bulan dipagari bintang 
Adakah golongan hawa juga menyedari hakikat ini?

Pasti diorang sedar masalah ni. Satu masalah paling ditakuti bila terjadinya nisbah perbezaan lelaki dan wanita dalam komuniti adalah kurangnya lelaki2 bujang yang berkualiti untuk dijadikan suami, sebab selalunya lelaki-lelaki yang berkualiti [baca:macam aku] mesti dah kahwin [baca:yang ni aku belum lagi]. Bila dah jadi camtu...mesti akan timbul masalah ni. Korang mesti pernah dengar masalah ni-perempuan bujang try tekel suami orang. Aku tak faham perempuan macam ni. Bila tak kena kat batang hidung sendiri, punyalah galak try tekel laki orang. Tapi cuba orang tekel suami dia bila dia dah kahwin nanti? Mau dia kejar dengan parang...bleop bleop bleop

Aku tak boleh nak bagi explanations atau description kenapa makin ramai perempuan bujang suka try usha lelaki dah kahwin. Adakah sebab lelaki dah kahwin ni dah "stabil" minda dia? Atau perempuan tu rasa thrill sebab cuba dapatkan "suami orang" jadi cabaran dia jauh lebih seronok berbanding try tekel lelaki bujang? Aku tak faham. Tak mengerti.

Masalahnya.....makin ramai perempuan yang macam tu. MAKIN RAMAI! Setakat nak serah tubuh ke, picit sana-sini, geli-geli, takde hal.Dalam kes-kes yang aku tau,perempuan tu yang offer. Tak tau la aku sama ada perempuan tu dah dikhatankan ke tidak....mungkin sebab belum kot yang jadi gedik semacam jerk..Nak kata kejar duit pun....takde la sangat. Selalunya dorang ni pun sendiri dah kerja. Pakai Prada, Gucci segala.

Jika semua benda ni terjadi sebab kurangnya lelaki bujang yang berkualiti.... Adakah boleh aku gunakan alasan ni untuk kahwin empat? Aku sekadar nak bertanya sebab kat sini ramai pembaca perempuan, kenapa ada yang nak carik suami orang? Sebab dorang ni adorable ke? Aku tak mampu nak tulis panjang-panjang sebab aku tak pernah kena benda ni - tapi, benda-benda ni banyak terjadi sekeliling aku [baca:kawan bapak aku] dan aku sangat pelik dengan benda ni... Mmm
SRi:Ingat dalam diri perempuan dah ada silent agreement antara semua perempuan-"suami orang,off limits." ergss

Tuesday, 8 February 2011

Robert Kubica-Hangs by a Thread

Lotus Renault’s Formula One driver Robert Kubica suffers serious injuries in a high-speed rally crash in Italy.His right hand was partially severed and also suffered arm and leg fractures after his car hit a church wall.Read the full news from Wemotor below.

ROBERT KUBICA – F1 CAREER HANGS BY A THREAD

Formula One driver Robert Kubica has taken “important steps forward” in his recovery from the serious injuries he suffered in a rally accident yesterday morning.

That is the view of the Pole’s manager Daniele Morelli, who was speaking this morning after Kubica spent the night in an induced coma following a seven-hour operation to save his right hand.

Kubica’s hand was partially severed in the accident, which occurred 4.6 kilometres into the first special stage of the Ronde di Andora Rally. He also suffered fractures to his right arm and leg.

The 26-year-old’s Super 2000 Skoda Fabia left the road and collided with a church, with reports suggesting his injuries were caused by a crash barrier penetrating the driver’s footwell. His co-driver, Jakub Gerber, was unhurt.

Professor Mario Igor Rossello, who operated on Kubica at the Santa Corona Hospital in Pietra Ligure last night, has said the Lotus Renault driver will take a year to recover from his injuries.

But Morelli nevertheless confirmed that Kubica’s situation was improving.

“He is suffering because of the lesions to his leg and arm but the brain activity is okay and we are certainly more relieved than with respect to 24 hours ago,” said Morelli.

“The doctors have said he has taken important steps forward.”

It will nevertheless take the best part of a week to finally determine whether yesterday’s operation to rebuild Kubica’s hand was a success.

Rossello, a specialist hand surgeon, said: “The hand is warm which means the surgery went well. It was a difficult operation.

“We will need six days to verify if the blood circulation in the limb responds as it should do.”

Lotus Renault team principal Eric Boullier has defended the decision to allow Kubica to contest a rally so close to the start of the new F1 season.

“Robert is a true racer, his life is motor racing,” Boullier told BBC Radio 5 Live.

“It was agreed between us that he keep doing the rallies because it was part of his balance in his life.

“We knew the risks of doing the rally; he knew it as well. It was agreed together.”

Boullier echoed Morelli’s view that his driver’s progress had been encouraging, and even refused to rule Kubica out of the whole of the coming F1 season despite the doctors’ forecast of a year on the sidelines.

“This morning it was really fine – they needed 24 hours to make sure he recovered completely and it looks like this morning they are all happy,” Boullier said.

Monday, 7 February 2011

Saya Suka Lelaki.Sekian

"Saya lelaki dan saya berani.

Saya dilahirkan dengan keinginan pelik, percaya tak kalau saya cakap dari umur lima tahun perasaan saya nak melihat kemaluan lelaki sangat kuat..sebab nya bila saya terlihat cerita blue yang di buka oleh sepupu saya masa itu terus mencetuskan perasaan ingin tahu tentang lelaki, yang peliknya saya langsung tiada perasaan untuk mengetahui tentang kemaluan perempuan..

Dari kecil saya seperti terdorong oleh satu perasaan untuk menyukai lelaki. Saya tak tahu kenapa, emak kata dulu masa mengandung mak ingat saya anak perempuan dan memang mak ngan ayah suka sangat bila mengetahui dari bidan kampung yang mak saya mengandungkan anak perempuan..tetapi bagi saya itu bukanlah alasan kukuh kenapa saya jadi begini.

Saya ada pak cik yang juga seorang pondan dan tidak berkahwin sampai sekarang. Saya tinggal di kawasan kampung jauh di pedalaman, jadi persekitaran saya tiada pondan. Saya berkawan dengan lelaki dan perempuan. Saya sedikit lembut dan lembik malah adik-adik perempuan saya masa kecil  pun boleh buli saya. Mak ayah selalu marah suruh saya jadi kasar dan ganas tapi saya tak tahu kenapa saya tak reti jadi begitu. Seakan saya tidak di lahirkan seperti sifat budak-budak lelaki lain tetapi dari kecil saya dah biasa di gelar lembik, gembeng, lembut, saya jadi terbiasa..

Saya mula melakukan hubungan terkutuk sewaktu saya berusia 10 tahun oleh kerana sikap ingin tahu mengenai perasaan saya sendiri dan juga pengaruh blue saya dan jiran saya sering melakukan perkara itu. Perkara itu seakan membuat saya lebih seronok dan keinginan dalam diri untuk menjadi perempuan membara. Saya mula merasakan saya adalah seorang wanita kerana saya langsung tiada perasaan seperti lelaki.
Saya minat mengemas rumah, memasak, gubah bunga malah saya yang paling di harapkan dalam adik beradik saya berbanding yang perempuan.

Janji Koass

Kurang Dua Jam saja lagi. Sudah bukan mahasiswa biasa lagi.
Kurang Dua Jam saja lagi. Kitaran hari malamku bakal berubah.
Semoga semuanya lancar hingga ke hujung nyawa. 
Kosambi-here I come!! 
Semangat! Fighting!! Haaaiyaakkk!!! Hahahhhahha

Thursday, 3 February 2011

Adakah Anda Seorang Yang Hensem?


Semua orang ada insecurity.

Jangan tipulah kalau kau kata kau sangat yakin dengan diri sampai takde langsung ada perasaan insecure.Bila dah terlalu yakin dengan diri,tu dah sampai tahap berlagak,jalan langsung tak pandang bawah dan mendongak aje. Hehehehe. Tapi mesti ramai lelaki ada tertanya-tanya,"Aku ni sebenarnya hensem ke tidak?"

Salah satu benda yang aku rasa pelik adalah bila orang rasa pelik aku cakap "dia tu hensem aa" atau "tough siot mamat tu." Apsal?Salah ke seorang lelaki mengkagumi kehenseman seorang lelaki lain?Tapi mesti ramai diluar sana yang mempunyai rasa ingin tahu membuak2 nak pastikan,dia hensem ke tidak.Setakat tanya awek atau bini sendiri "saya hensem ke tidak?" konfem jawapan tu sangat2 fake.Jadi,kat sini,aku nak bagitau sket tanda2 nak tau sama ada anda hensem atau tidak.


1. Gadis betulkan tudung atau rambut bila berselisih dengan anda.

Member aku pempuan sendiri mengaku sebab bila dia nampak seseorang yang agak kacak,tangan dia secara automatik akan betulkan rambut dia.Mungkin terdetik dalam hati kerisauan takut kelihatan tak terurus.

2. Gadis atau wanita tidak mampu mengalihkan pandangan mereka

Atau sekurang-kurangnya sanggup melihat anda lebih dari 15 saat.Tapi jika anda cuba merenung mata dia,dia akan mengalihkan pandangan dia ke arah lain atau ubah topik perbualan.

3. Baca reaksi awek/isteri anda.

Aku baca dalam buku psikologi wanita,dalam diri pempuan,ada perasaan dengki mendengki antara satu sama lain.Jadi,katakanlah seorang awek dapat seorang balak yang hot stuff,dia akan melakukan taktik ni untuk tunjuk "aku best," : tiap-tiap kali dia berjalan dengan boifren/suami dan berselisih dengan awek yang dia rasa lagi hot drpd dia,dia akan makin dekat dengan boifren/suami dia untuk menunjukkan dominance diorang.

So,jika anda sedang berjalan2 di shopping kompleks dan dengan tiba-tiba anda nampak ada awek cun nun dijauh sana,tiba-tiba pulak awek/isteri anda makin rapat dengan anda,tahniah,anda hensem dan mampu membuatkan awek/isteri anda rasa insecure dengan diri sendiri.

4. Lelaki lain kata anda hensem.

Bila aku tulis macam ni,janganlah pulak esok kau pegi tanya member kau,"aku hensem ke tak aa?" Tindakan itu akan dianggap sangat gay.Jika seseorang yang anda tak kenal sangat atau seorang stranger kata anda hensem,itu petanda baik untuk anda (atau sebenarnya anda diminati gay)

5. Anda ada secret admirer

Yang ni agak susah nak diaplikasikan selepas tamat zaman belajar.Zaman sekolah atau IPT,berlambak2 kes nak jadikan abang angkat ke,adik angkat ke.

6. Mintak kawan anda aturkan blind date dan lihat resultnya

Janji dengan dia jumpa kat mana2 tempat public.Bagitau dia anda akan pakai baju apa dan akan letak buku ke apa2 atas meja nak jadikan tanda.Datang awal setengah jam,duduk situ.Kalau selepas 2 jam anda menunggu sampai terlepas masa yang dijanjikan....terimalah hakikatnya.Perempuan boleh jugak buat benda ni.Tapi sebab skrg ni dah ada Facebook lah,Myspace lah,blind date dah agak susah nak dipraktikkan.

7. Anda diminati gay

Diorang ni ada requirement yang agak tinggi sebelum meminati mana-mana lelaki.Jika anda terpilih,syabas!Sila pastikan anda berpegang teguh kepada sexual orientation asal anda.
SRi:7?!hehe
Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)

Recento Vizitores