Saturday, 30 April 2011

#senja

Senja sedang bercumbu dengan hujan. Sedang kau dan aku saling meninggalkan. Kita, kenangan yang terlupakan, perlahan.

Thursday, 28 April 2011

Jantan SIAL!!!!

Lazimnya pasangan bercinta mengimpikan perhubungan mereka berakhir di jinjang pelamin.

Justeru tidak hairan jika sebilangan pasangan tanpa perasaan segan silu kerap berkepit dan sekaligus kelihatan bagai tidak mampu dipisahkan. 

'Jangan pisahkan, aku dan dia. Tuhan tolonglah ku cinta dia. Biarkan kami tetap bersama di dalam suka dan duka' - Deddy Dores

Berpegang tangan, berjalan sambil berpelukan erat tanpa mengambil kira perlakuan mereka diperhatikan ramai. Mereka bagaikan hidup di dalam dunia ciptaan sendiri. 

Insan bergelar lelaki dan perempuan, saling sayang menyayangi dan cinta mencintai, indah nian. 

"Sayang! Sayang! Sayang! Sayang I tak?," soal si gadis.

"Sayang sangat!," balas si teruna sambil memeluk erat kekasihnya.

Wednesday, 27 April 2011

#alone

Nobody wants to be alone, but its better to be alone than be with someone who makes you feel alone when you're with them.

Monday, 25 April 2011

Mengapa Sebilangan Perempuan Takut Berkahwin?

Sebilangan perempuan rela tidak berkahwin sehingga ke akhir hayat mereka.

Mengapa?

Hasil perbincangan bersama rakan, berikut antara sebab dikenal pasti.

- Terlalu memilih

Hanya ingin bersuamikan lelaki memenuhi citarasa tersendiri dari aspek rupa, perlakuan dan layanan diterima.

- Kecewa

Pernah bercinta atau bertunang dan kemudian dikecewakan sebelum pernikahan berlangsung. Berikutan kejadian terbabit perempuan berfikir lelaki seterusnya hadir di dalam kehidupan juga akan membawa kekecewaan di dalam hidup mereka. Mereka menjadi phobia dan terlalu berhati-hati dalam pencarian calon seterusnya sehingga tidak menyedari usia semakin tua.

- Disegani lelaki

"Jangan lah Man oi! Malu mak nak meminang Milah tu. Kau ada diploma, dia ada PHD. Enggang sukar nak terbang bersama pipit," ujar emak lelaki.

Barangkali ramai antara kita pernah mendengar komen sebegitu dilontarkan orang tua. Lalu perempuan terbabit menjadi mangsa keadaan hanya kerana dia berpendidikan tinggi.

- Ego keterlaluan

Sememangnya lelaki sering dikatakan memiliki sikap keegoan tinggi namun sebilangan perempuan zaman sekarang tidak terkecuali.

"He is not my taste!"

Ujar perempuan tanpa menyedari dia juga mungkin tidak memenuhi keinginan lelaki. Kekadang perempuan sebegin kelihatan bergaya, berkerjaya tetapi dari aspek pergaulan, dia terlalu kepingin untuk menang dalam segala hal.

Berasa diri terlalu bijak kekadang membunuh impian lelaki untuk memperisterikannya.

- Lelaki gay

Barangkali bukan sebab utama tetapi tetap wajib diambil kira.

Sebilangan perempuan takut andai terjabak dengan lelaki bergelar suami namun mengamalkan kehidupan songsang di belakang mereka. Bukan semua lelaki gay mampu dikenal pasti dari aspek fizikal dan penampilan harian mereka. Segelintir kelihatan 'keras' tetapi memiliki jiwa hanya menaruh nafsu serakah terhadap kaum sejenis. Berkahwin hanya usaha mengkaburi mata keluarga dan masyarakat sekeliling.

Ada lagi faktor lain?ahaks

Sunday, 24 April 2011

#buah

Aku ingin melukis tawamu yang tak sederhana itu. Sebagai buah paling segar yang kau kupaskan untukku.

Saturday, 23 April 2011

#single

When you're single, no one notices but when you're taken you're wanted by everyone.

Thursday, 21 April 2011

tetamu senja ~

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat 
~ A. Samad Said

Wednesday, 20 April 2011

Cemana Nak Make Sure kan Boyfriend Aku Kekalkan Interest Dia Dekat Aku?

Tengah malam kelmaren dulu, saya terdengar perbualan sekumpulan 3 gadis melepak di kedai mamak.

"Macam mana nak make sure boyfriend aku mengekalkan interest dia dekat aku?," tanya gadis berambut pendek mencecah bahu.

Dia tinggi, bertubuh langsing dan kelihatan ayu.

"Kenapa, Rino dan mula hilang interest kat engkau ke?," soal temannya duduk di sebelah.

"Biasalah, dah 2 tahun, dulu boleh kata dia call almost every day, sekarang aku pula macam terhegeh-hegeh call dia. Itu pun cuma bercakap sekejap, lepas itu letak, busy katanya," jawab gadis tebabit.

Hemat saya, soalan pertama gadis itu seharusnya diajukan kepada lelaki.

Mengapa sebilangan lelaki luntur minat terhadap teman wanita mereka berbanding waktu saat mula perkenalan? Biarpun teman wanita mereka cantik bak bidadari.

Barangkali ramai gadis mencari jawaban kepada soalan sama tetapi jarang memperoleh jawaban tepat.

Bagi saya - amnya, lelaki akan menaruh minat konsisten terhadap teman wanita mereka selagi wujud curiosity pada diri wanita terbabit. Jika 'semua' telah didedahkan terlalu awal maka terhapus semua tanda tanya - minat juga turut lupus bersama.

Itu hemat saya. Hemat Anda bagaimana pula?ahaks
SRi:Secrets make woman woman ~

Sunday, 17 April 2011

#perfect

DON'T expect perfection in a relationship, its the imperfections on which you build upon to create a stronger foundation.

Friday, 15 April 2011

Kenapa Jalan Raya Percuma Malaysia Kurang Senonoh

Jika jalan raya percuma di Malaysia ini rata dan cantik permukaannya ; 

1. Lebuhraya yang memerlukan pengguna membayar tol tidak akan digunakan mengakibatkan kerajaan terpaksa membayar defisit forecast collection yang dikeluarkan oleh syarikat Lebuhraya

2. Syarikat yang mendapat tender kontrak untuk membaiki,menampal lubang dan menurap semula tar tidak akan berkembang maju

3. Syarikat yang menjual dan membaiki rim dan tayar akan mendapati pengurangan keuntungan

4. Kedai alignment dan balancing tidak akan beroperasi kerana mesin alignment dan balancing tidak dapat balik modal

5. Syarikat pengeluar spring dan absorber tidak lagi berminat untuk membuka perniagaan spare parts di Malaysia

6. Orang ramai akan memandu lebih lancar kerana tidak lagi perlu berhati-hati mengelakkan lubang mengakibatkan khidmat tonto-tonto tow truck tidak kritikal mengakibatkan tonto-tonto ini perlu mencari kerja lain mengakibatkan kenaikan masalah pengangguran

7. Kalau semua fasiliti kat Malaysia ni lengkap dan elok,apa benda lagi yang kerajaan boleh hadiahkan masa pilihanraya untuk tarik sokongan?

It's about economics,people!

Thursday, 14 April 2011

#mentari

Dalam sajak kuterbitkan mentari dari barat. Kuterbalikkan waktu dan kau bersamaku lagi

Tuesday, 12 April 2011

#ships

People change, relationships change, things change, everything will change, before you know, some people may even become complete strangers.

Sunday, 10 April 2011

Cium Bontot

Kereta ini ..


Cium bontot kereta ini ...


Jika mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, pemandu kereta mencium bontot, bersalah.

Apatah lagi kalau main bontot!

Lagi bersalah.

Thursday, 7 April 2011

#action!

Ladies: If a guy loves you, you'd be able to feel it without asking. His actions, words and everything else would have already proven it.

Tuesday, 5 April 2011

Bila lah Nak Boleh Khusyuk nie?!

Sebagai permulaan, Jika korang pernah belajar main gitar, korang akan sedar pada mulanya nak belajar gerakkan tangan kiri menukar kod dari kod A sampai kod G bukan lah suatu perkara yang mudah, tambah lagi kod minor dan kod deep major-lepas tu tangan kanan pulak nak petik serentak semua tali atau petik satu satu juga bukanlah senang, apatah lagi petikkan tangan kanan dan perubahan kod tangan kiri perlulah seiring dan selari, itu belum cerita bab nak goreng gitar dengan gigi..

Di samping itu kaki jugak main peranan untuk tukar tempo muzik dengan memijak pedal gear [baca:jika korang main gitar letrik] dan bila buat persembahan pentas, korang jugak nak kena jaga jarak mulut dan microphone agar suara korang jelas dan air liur tak terpecik - itu belum bab nak menyanyi sambil jaga pitching dan jaga lubang hidung, serta kena jugak pandai kenyit mata pada awek dan minah cun yang menjerit nama korang depan pentas akibat kagum dengan bakat korang bermain gitar sambil menyanyi.

Oleh sebab pemuzik tadi selalu istiqamah dalam latihan bermain gitar yang mana sepatutnya otak mengawal secara sedar akan tangan kiri, tangan kanan dan kaki si pemuzik, tapi bila dan selalu berlatih, maka bermain gitar sambil menyanyi sudah menjadi tindakan automatik.

Arghh - susah sangat nak bagi contoh, kita rujuk proses pemanduan kereta yang biasa kita buat hari hari, yang mana hari pertama belajar drive kereta, kita rasa susah nak kawal dengan otak sedar kita, yelah, tangan kiri nak jaga gear, tangan kanan nak jaga stereng, kaki kiri nak jaga break serta clutch manakala kaki kanan pulak nak jaga tekanan minyak, mata nak jaga cermin depan dan belakang, dan jari kecik nak jaga lampu signal, wiper dan tapak tangan nak jaga hon, susah tu!!

Sunday, 3 April 2011

Roooooooooootttiii!!!

Bahan-bahan :-

1- 1 kilo tepung gandum
2- 4 sudu majerin
3- 500ml air
4- 3 sudu susu pekat
5- 1 sudu kecil garam
6- 2 sudu besar gula
7- 1 biji telur

Cara-caranya hanyalah:-

1- Taburkan tepung di atas meja/dulang .
2- Buat bentuk seperti gunung berapi. (bulat di tengah)
3- Masukkan garam, gula, susu pekat, majerin, telur di tengah.
4- Gaul kesemuanya hingga sebati. Kemudian gaul dengan tepung.
5- Tuang air sedikit demi sedikit.
6- Uli sehingga doh tidak melekat dan lembut.
7- Biarkan doh tadi selama 2 jam.
8- Kemudian sapukan doh tadi dengan majerin dan buat bulat kecil kecil. Pastikan rata dengan majerin.
9- Tutup doh semula dan biarkan selama 2 jam.
10- Doh sedia untuk di canai. Nyum nyaammm
Info Tambahan:
Kalo doh uols masih tidak belum lembut,sila tambahkan air sedikit-hanya basahkan tapak tangan dan sapu pada doh sahaja. Kemudian uli semula ok. Tadaaa dah siap sudah. Selamat menjamu selera.

Friday, 1 April 2011

#happiness

True love is when you place someone else's happiness above your own sometimes. When you find someone you love, give them your all.

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)

Recento Vizitores