Tuesday, 31 March 2009

Kita Ini Tetamu Senja

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
bila cukup detik kembalilah kita kepada-Nya
kita datang ini kosong tangan kosong dada
bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala.

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
bawalah bakti mesra kepada Tuhan kepada insan
pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
usahlah derhaka pula kepada Tuhan kepada insan.

Bila kita lihat manusia lupa tempat
atau segera sesat puja darjat puja pangkat
segera kita insaf - kita ini punya kiblat
segera kita ingat - kita ini punya tekad.

Bila kita lihat manusia terbiar larat
hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
harus kita lekas sedar penuh pada tugas
harus kita tegas sembah seluruh rasa belas.

Kita datang ini satu roh satu jasad
bila pulang sekali bawalah bakti padat berkat!

SRi:Khas buat insan bernafas yang kehilangan "nafas"

Sunday, 29 March 2009

Malaysia Truly Asia?

Sri terfikir tentang iklan Malaysia “Asia yang sebenar-benarnya” (Malaysia Truly Asia). Barangkali tujuannya ialah untuk memberitahu seluruh dunia bahawa apa yang ada di seluruh Asia ada juga di Malaysia. Jadi pelancong tak payahlah ke negara-negara Asia yang lain. Cukuplah mereka datang ke Malaysia sebagai destinasi ‘satu perhentian sahaja’ atau one-stop destination; semuanya ada di sini, ada ‘negeri Chinanya’ ,ada ‘negeri Indianya’, ada ‘negeri Thainya’ (sekurang-kurangnya kita ada banyak restoran ala-Thai d’Malaysia), ada ‘negeri Jepunnya’ (restoran sushi kita ada, kilang Jepun, kedai Jepun, kereta Jepun pun banyak kat Malaysia), ‘negeri Mesirnya’ pun ada (jangan lupa,kita juga punya “Piramid”)

Selain itu, wajah Barat juga makin ketara di Kuala Lumpur. Ada Delifrance, Starbuck Coffee, McDonald, KFC, Planet Hollywood pun kita ada, bahkan ada berpuluh-puluh mungkin beratus restoran makanan Barat dan sebagainya di seluruh ibukota sahaja. Diharap suatu hari nanti, tak pula kita promosikan Malaysia sebagai negara ‘truly Western’ atau ‘truly European’ sudahlah.

Sayangnya yang tidak ada ialah wajah dan watak Melayunya, terutama di kota-kota besar, di Kuala Lumpur, di Georgetown, Ipoh, JB dan di kawasan yang lain. Silap-silap suatu hari nanti pelancong asing kan bertanya, ‘kami ingin melihat wajah Melayu di Kuala Lumpur, di mana dapat kami lihat?’,mungkin kita pula kan berkata, ‘pergilah ke Kampung Baru’ atau ke Muzium Negara'. Di situ masih dapat dilihat “artifak” Melayu, baik yang masih hidup maupun sudah menjadi relik. Barangkali itulah yang tidak terdapat di tempat-tempat lain di Asia.

Bahkan saki–baki sejarah asal Kuala Lumpur makin dihapuskan demi kemajuan. Nama-nama kawasan di pusat ibukota yang asalnya dalam bahasa Melayu dah digantikan dengan nama baru dalam bahasa Inggeris. Misalnya Bukit Bintang berubah menjadi Star Hill. Kota-kota yang baharu wujud juga diberi nama Inggeris seperti Star City, Mid Valley City di KL. KLCC, KLIA, LCCT toksah cakaplah.

Terkadang tertanya juga Sri sendiri, mengapakah pihak yang berkuasa menghalalkan wajah baharu yang tak berjati diri Malaysia ini diciptakan sewenang-wenangnya sahaja? Apa kata Dewan Bahasa dan Pustaka yang suatu dulu begitu gigih sibuk dengan visinya untuk membantu pihak berkuasa tempatan dan pihak swasta menamakan bangunan dengan nama yang berwatak dan beridentiti kemalaysiaan?

Suatu hari nanti Sri risau tiada apa-apa lagi yang tinggal di Malysia untuk dipromosikan sebagai negara yang ‘truly Malaysian’, yang benar-benar unik Malaysia. Tetapi orang akan bertanya, apakah yang dimaksudkan dengan ‘truly Malaysian’ itu? Kalau yang dimaksudkan ialah wajah Malaysia yang bercirikan ‘kemelayuan’ sebagai dasarnya, banyak orang akan mentertawakan kita, sambil berkata bahawa wajah yang dimaksudkan tu tak mungkin mewakili realitiMalaysia hari ini yang hakiki.

Apa pun dasar kerajaan tentang kebudayaan kebangsaan Malaysia yang berteraskan ciri-ciri kepribumiannya, proses kemajuan, pemodenan dan globalisasi yang berlaku sekarang akan menenggelami dan pasti akan meminggirkan dasar atau konsep itu. Lagipun hari ini kita tidak mahu bercakap lagi tentang bangsa dari segi kaum etnik lagi. Kita hendak mewujudkan, melalui proses permodenan atau proses nasionisme (kenegaraan), identiti ‘bangsa Malaysia’.

Apa lagi yang akan tinggal? Barangkali negeri-negeri di Pantai Timur yang dianggap sebagai ‘kawasan tidak maju’ masih dapat dipromosikan sebagai negeri yang masih berwajah ‘kemelayuan’ tetapi hakikatnya masih tidak dapat dianggap sebagai wajah yang ‘truly Malaysian’.

Saturday, 28 March 2009

Grand Prix of Australia

Now, Sri will explain a little bit guides for tomorrow race's circuit. Melbourne's Albert Park is a stop-start mixture of temporary street course and a purpose-built track. This circuit includes an interesting variety of corners with unusual geometry and a constantly evolving track surface. Setting up the car is therefore a challenge, which is further, complicated by the fact that most of the 16 corners are really quite different and by the addition of moveable aerodynamics and KERS for 2009.

Aerodynamics
Melbourne is on a par with the aerodynamic demands of Silverstone or Sepang and therefore requires a medium to high downforce set-up. With the introduction of moveable front wings, the drivers will be able to change the angle of their front wing by six degrees twice per lap (once to change to the new angle, and the second time to return to the original setting) which could be used to help balance the car between two corners or to aid following another car closely. The circuit features a few critical high-speed corners, such as the fast fourth gear open chicane that forms Turns 11 and 12, which is perhaps the most challenging part of the lap.
By using a higher downforce set-up, the drivers will hope to get good traction on the exit of the slower corners, which is important for carrying good speed onto the straights.

Suspension
Melbourne has a number of chicanes where a responsive car with a good change of direction is critical. The suspension therefore has to be relatively stiff to achieve this, but at the same time the car needs to be soft enough to use the curbs and have good stability under braking. An optimum set-up therefore demands a compromise, dovetailing hard and soft settings accordingly.

Brakes
Albert Park is a demanding circuit on brakes with six major braking zones demanding stops from over 300 km/h. It is not the severity of the braking, but the frequency that makes an efficient brake cooling solution a priority during the race. The track surface can be bumpy in the braking zones, but nothing too significant and a soft enough car should be able to ride the bumps widout locking up under braking.

Tyres
The temporary nature of Albert Park means the track is 'green' and dusty at first and gradually improves over the weekend. With the re-introduction of slicks (like in A1) this year, the team will pay careful attention during free practice to the behavior of the super-soft and medium compounds that Bridgestone will bring to this race - both of which must be used during the race. The high track temperatures that we usually experience in Melbourne will play a role in determining which compound is preferred by the drivers.

Engine Performance
Melbourne offers a good test for engines with the V8s operating at full throttle for 66 percent of the lap. However, the secret of a good lap time depends not on peak power, but on good torque to help launch the car out of the slow corners that connect the succession of straights.

The car will understeer in the final part of the lap and so that can make it difficult to get on the power early. Having KERS this year will might make a difference as they may be able to use it to help increase the acceleration out of these low-speed corners.
Credit to FormulaOne.com

SpeakerKu berGEGAR Lagi!!

Deruman enjin menggegar Astana Presiden lagi. Setelah sekian lama lenyap senyap dalam dentuman gelak tawa drama dan aksi berdarah PS dan Wii, akhirnya sukan bermotor Formula One kembali menggegar. Dengan pelbagai peraturan baru yang tercipta, musim kali ini dijangka bakal lebih seru dengan menampilkan lebih banyak peluang kepada jentera-jentera tak ternama untuk turut sama bersaing dengan kumpulan papan atas.

Peringkat kelayakan tengah hari tadi sememangnya memberikan suasana yang berbeza jika hendak dibandingkan dengan perlumbaan-perlumbaan sebelum ini. Setelah sekian 38 kali perlumbaan, buat pertama kalinya tiada satupun pemandu daripada pasukan Ferrari maupun McLaren Mercedes berada di barisan hadapan. Bahkan muka baru yang tiba-tiba tercongok di depan.

Pusingan kelayakan hari ini telah memberikan sedikit klu gambaran sebenar yang bakal terjadi buat musim ini. tidak semestinya yang di atas akan terus berada di puncak. Dengan pelbagai regulasi yang telah tercipta, kita bakal dipersembahkan dengan kepelbagaian percaturan permainan.

Yang pastinya,strategi pit-stop sememangnya bakal mewarnai perlumbaan esok hari. Dengan pasukan Brawn Gp yang telah kekurangan bahan bakar berbanding jentera lain,besar kemungkinan mereka bakal bermain dengan strategi 3 kali berhenti dan McLaren pula cukup 2 kali. Apa-apapun yang bakal terjadi, bersamalah kita saksikannya esok hari,ok!

SRi:Yeaay!!F1 sudaah kembali jua...

Thursday, 26 March 2009

Berita Kepada Kawan

Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan
Sayang, Engkau tak duduk di sampingku Kawan
Banyak cerita yang mestinya kau saksikan
Di tanah kering berbatuan

Tubuhku terguncang dihempas batu jalanan
Hati tergetar menampak kering rerumputan
Perjalanan ini pun seperti jadi saksi
Gembala kecil menangis sedih

Kawan cuba dengar apa jawabnya
Ketika ia ku tanya "Mengapa?"
Bapa ibunya telah lama mati
Ditelan bencana tanah ini

Sesampainya di laut, ku khabarkan semuanya
Kepada karang, kepada ombak, kepada matahari
Tetapi semua diam, tetapi semua bisu
Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit

Barangkali di sana ada jawabnya
Mengapa di tanahku terjadi bencana

Mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang
(*.*)v

Tuesday, 24 March 2009

Seminggu Enam Hari

17 Maret, Selasa
Kepulangan kali ni tak seperti biasa. ‘Surprise” yang dicipta berakhir di tengah jalan. Tiada manusia di rumah. Jiran pun turut sama menghilang ke PD. Mujur Mak Lang bagitau awal-awal. So,pagi-pagi lagi sebelum naik flight, dah call abah yang masih asyik lena dibuai bayu laut. Hmm,kalau tak tepon, tidur dekat mesejidlah malam tu gamaknya. Makanya seharilah Sri habiskan masa bermain mandi manda dekat Telok Kemang tu. Hampir semua ada; Cik Ita, Cik Nisah, Cik Long, Pak Jang bawa keluarga masing-masing. Gamat habis jadinya, Pak Guard pun tumpang garu kepala tak larat nak layan manusia yang tak berapa paham bahasa melayu ni.hihi

18th March, Rabu

Sebut je RABU, terus teringat KLCC. Mana tak nya, TGV punya wayang kan murah pada hari RABU. So,terpakselah terkonyong-konyong Sri merajinkan diri menjejakkan kaki ke kaunter tiket TGV KLCC tu. Tak banyak cerita yang sempat dilayan, cuma Watchmen dan Race to Witch Mountain je [niat nak tengok Billu Barber, tapi cuma ada dekat CapPlaza je]. Itupun sebab kebetulan habis cerita The Rock tu, Abah call suruh balik sebab ada orang datang. [nak tengok lagi satu pun tak boleh sebenarnya, duit bawa RM20 je.hihi] Buka je pintu, nampak Aiman tengah buat sushi. Alhamdulillah, rizki!! Sri memang tak sempat makan pun lagi haritu. [dahsyat ye zaman sekarang.kalau dulu jangankan telur ikan tu, salmon tu pun susah nak dapat]

19 Mac, Khamis
Lepas hantar Lesen dan lain-lain dokumen Abah dekat Selayang, terus Sri pecut motortu gi Pasar Besar Gombak dekat Batu 5 nue. Masuk-masuk Maybank, akauntan tu cakap; “Tengah Offline lah dik. Tak boleh cash check lagi. Tau lagi bila dia ok”. So,terpakselah dengan muka sememehnya adik yang comel ini keluar pusing-pusing jap bangunan kolonial tu. Huh,Langkah Kanan! Lepas je topup kedit phone, masuk-masuk, dia dah simpan balik dah papan offline tue. Yang menariknya, baru Sri tau maknyah yang memang dari sekolah dulu duk jadi akauntan dekat situ nama dia Wan. Dulu kalau dapat dia jadi cashier, memang tak tau nak sebut kak ke ABANG. Panggil abang kang, tak pepasal dia melenting!
Malam itu. Seperti biasa, lepas baca Yaasin reramai [Yaasin jea;sebab time dzikir, Sri terlayan lentok..penat sangat gamaknye siapkan juadah petang tadi] Mak Lang buat kenduri makan-makan sikit. Ramai jugak yang datang! Tambah dengan geng-geng PD tue, ada family Tuan Hj Haron, Abah Pak Teh, Ayah Ujang dll. Makan malam tu memang superb. Udang Mama beli besar-besar, gulai nangka memang kecur habis air liurni. Tak campur lagi dengan stesen ABCnye. Perfectlah pendek kata. Dahlah Kak Nurul dengan Dik Diela pun sama-sama mencutikan diri. Dah macam rumah sendiri jadinya Surau Sunway Bt Caves tu.

20 Maret, Jumaat
Usai Solat Jumaat, Pak Jang belanja semua umat manusia main boling. Macam-macam aksi keluar. Rasa-rasanya pemain terbaik petang tue, Abahlah kot. Dah lah baling kuat, STRIKE pula tu. Tak tau la dah berapa banyak kali beliau practice. Aiman pun dahsyat juga, baling perlahan je tapi semua jatuh [tak strike,spare]. Haritu X MANDI [Sri’s nick sbb haritu memg x mandi lg] dapat 126. Orait la tu kan. Lepas dah penat habiskan 2 game kat lorong bowling tue, Abah bawa turun belanja aiskrim dan Mak Lang jinjing tangan Sri menuju ATM! [kayo pokcik!]
Petang tu jugak Kak Nurul balik Skudai sebab esoknya beliau ada kuliah dan interview. Lepas makan-makan Sate Kajang Samuri [ni Mak Lang pula yang belanja], Diela pula mengundurkan diri. Keesokan paginya, Tok Mek jemput beliau dekat Kota Bharu, Kelantan.
Baharu nak labuhkan badan, Hendra ajak keluar makan-makan ngan geng sekolah rendah dulu. Huh, apa lagi; lepas solat isya terus Sri chiow. Teh Tarik Halia hangat di tangan, Mi Goreng Mamak pun dah separuh disantap. Macam-macam perkara diperbincangkan malam itu. Syukur,walaupun dah 10 tahun berpisah tak satu sekolah, tapi rapatnya masih seperti dulu. Rasanya jam 12 lebih baru Sri sampai rumah. Dah laa kunci rumah tak ada, nasib baiklah Mama tak tidur lagi.

21st March, Sabtu
Nasi Kerabu dan Laksam dah menjengah isi perut pepagi sebegini. Rancangan hari ini nak pergi mencari buku-buku kompilasi puisi dan karya tulisan sasterawan negara [pelik betul,org lain semua duk pakat berebut cari buku Medic dkt Kamal] Makanya Abah ajak cari dekat Jalan Tunku Abdul Rahman. Nasib baiklah pucuk yang dicita tu terjumpa. Sejujurnya , sebanyak-banyak kedai buku kat Jln TAR tu, cuma SATU kedai je yang kenal dan tahu nilai tinggi karya golongan-golonganni. Fakta sedih yang terpaksa ditelan dalam-dalam. Sebenarnya, ada lagi satu buku nak di cari, novel Al-Amin hasil tangan A Samad Said, tapi nak buat lagumana, semuanya cakap “barangnya lagi kosong Ak”. Sebelum balik, Sri dengan Aiman merajinkan kaki mencari gerai moist choc cake yang memang tersangat-sangat amatlah terbaik kemoistchoclatannya sepanjang kekalutan lorong pasar malamtu. Tengok dia palit choc sekeliling cake tue ja dah buat semua orang yang lalu lalang rasa tak senang hati kalau tak beli.
Sementara tunggu Asar, Abah ajak lepak makan-makan dekat kedai belakang Masjid Setapak. Macam-macam sup ada. Sri pesan sup ekor, Abah pula makan sup kaki kambing. Pergh,memang superb sop dia. Terangkat habis! Memang Betul-Betul Hooliaw!! Speecheless.. Mama dengan Aiman tempah popia basah. Popia basah pun tak mau mengalah. Sama-sama sedap, sama-sama terangkat. Kesimpulannya, memang terbaiklah!
Malam itu kami bermalam dekat “kedai” [sebab lebih banyak guna untuk urusan catering drpd mjual] sebab nak buat preparation masak apa yang patut untuk majlis makan-makan dekat rumah Ucu esok pagi.

22 Mac, Ahad
Ramai juga muka-muka baru yang sempat jumpa waktu dekat rumah Ucu. Salah satunya keluarga cikgu waktu dekat SMAP dulu [sebab beliau ada kaitan kekeluargaan dengan Ucu]. Pasangan Pengantin Baru Seminggu [Kak Yong dan Abg Azrul] pun tak lepas daripada pandangan. Nasib baik Abg Azrul tue jenis rajin cakap dan senang “masuk”,kalau tak konpem Sri pun terkulat-kulat kat situ bila dah berdepan dengan beliau. Sewaktu bersalam dengan beliau, tetiba rasa tangan Sri “berisi”.hihi
Hampir jam 5, baru Sri bertolak dari rumah menuju LCCT. Kalau Jumaat lepas, hari Kak Nurul dan Diela, kini Sri pula yang terpaksa meninggalkan pangkuan keluarga. Jalan agak sedang,nak kata banyak kereta takdalah banyak sangat, sikit pun tak. Sesampai LCCT je, terus Sri laju meluru kaunter check-in! Mujurlah dia tak tutup lagi, kalau tak buat naya jah. Rasanya Sri jadi orang last@2nd last kot?hihi

dan kurang lebih Jam 1850 Waktu Malaysia, terbanglah dia membelah angkasa raya sana…

SRi:Sangat packed cuti kali ini!Tapi BEST!!!

Islamic Architecture

Alhamdulillah...Syukur ke hadrat Ilahi atas rahmatNya, semuanya berjalan seperti yang dirancang. Kehadiran Fiza, Yah (Ketua), Nad dan Adi memang banyak membantu dalam projek hari ini. Tetiba je rasa macam "kecik" sebab dorang punya kerja mantof sesangat. Terima kasih bebanyak juga Sri sampaikan buat hadirin yang datang memberi sokongan moral, mental dan fizikal dekat team "Islamic Architecture" angkatan korang ni.

Secara keseluruhan majlis hari ni memang agak gempak. Tak cuma rekaan replika-replika yang tercipta dek wakil-wakil angkatan yang lain, gerai-gerai jualan pun tak kurang hebatnya. Baru beberapa minit buka gerai, nasi lemak Biro Pendidikan dah habis sudah. Tak pepasal makin berkeroncongan pula perutni tadi. Biro PDI punya gerai pun dahsyat jugak, macam-macam ada.

Tentang rekabentuk rekabina kami, nanti Sri 'post'lah ye. Dah tak larat nak menaip dah. Penat sangat dah.Semoga apa yang kita usahakan hari ini memberikan manfaat di masa hadapan dan mendapat rahmat restuNya.

SRi:Mujur Ali beli sebungkus, kalau tak,mengidamla setahun ni nak makan nasi lemak..hihi

Tuesday, 17 March 2009

Siapa Kata Pocong Tak Pernah Jatuh Cinta?

*amaran:sila jangan teruskan pembacaan anda jika anda tidak mahu di"spoil"kan ketika menonton filem ini.
Dalam kekalutan hampir semua umat manusia sibuk membungkus barang baju segala tuk dibawa pulang ke Tanah Malaya, Sri masih sempat melayan cerita yang memang teramat sangatlah duk tunggu selamani nak tengok sebab tak masuk-masuk Jatos. Sumpah (Ini) Pocong judulnya. Mungkin (Ini) itu dibuat sedemikian sebagai sindiran kepada pecabarnya (The Real) Pocong!

Alkisahnya begini, di suatu sudut Indonesia yang raya dan indah, hiduplah Sugandhi (Jarwo Kwat), pejabat publik yang berambisi mempertahankan jawatan Kepala Desa untuk yang kedua kalinya. Semua musuh politik nampaknya sudah mampu dikendalikan, hingga Pak Gandhi riang gembira penuh optimisme meraih masa depan gilang gemilang, walau dengan segala “cara” yang harus dihalalkan.

Namun, suatu hari muncul tuduhan beliau berkelakuan tak senonoh yang mengancam puncak kekuasaannya. Untunglah Sugandhi punya penasihat spiritual, dukun sakti Ki Bolon. Atas saranan Ki Bolon, Sugandhi dengan berani melakukan Sumpah Pocong untuk menjaga citra dan kekuasaannya. Asistennya yang setia, Tatang (Udji Tonki), dengan sigap (“smart”) membawakan kain kafan untuk penyucian nama sang bos dalam proses Sumpah Pocong yang disakralkan masyarakat setempat.

Masalahnya, kain kafan itu milik seorang warga (Aming) yang tak sudi harus dikubur dengan kain sarung yang ditinggalkan Tatang sebagai ganti kain kafannya yang di"curi". Hantu pocong berkain pelekat itu kemudian menuntut balas, tak hanya mengejar Tatang, juga menghantui Nani dan Sugandhi hingga mengacaukan masa depan karier politik Sugandhi yang telah susah payah digarap sang dukun. Masa depan politis Sugandhi makin suram ketika Ki Bolon bahkan beralih rupa, menjadi pencabar Sugandhi di ajang Pilkada (Pilihan Raya Kepala Daerah).

Film ini amat-amatlah disyorkan terutama buat mahasiswa yang lagi tensen dengan kuliahnya. Mulai dari minit pertama sehingga penutup, tak lengang panggung dengan kikik kikik ketawa para penonton. Sememangnya movie yang sangat menghiburkan. Tak menyesal pergi layan malam ni walaupun beg tak packing lagi. Pujian juga diberikan kepada team make-up artis kerana berjaya mengerikan wajah-wajah pocong tersebut. Ngeri abiss!!

Secara keseluruhannya, Sumpah (Ini) Pocong adalah filem komedi romantis. Makanya kepada anda yang memang dari dulu takut nak layan cerita alam-alam ghaibni sesuai sangatlah memulakan langkah pertama kalian dengan menonton movie ini! 8.5 bintang diberikan kerana berjaya memecahkan perut Sri malamni. Nasihat kepada yang hendak pergi menonton,sila sediakan ilmu Bahasa Sunda yang asas kerana ada beberapa scene menggunakan bahasa ini sebagai perantara&rajin-rajinkanlah solat dulu sebab Julia Perez seksi sangat!!hahaha

SRi:Tak "pocongkan" beg lagi!hahahha

Sunday, 8 March 2009

Long Dick Reduction


*amaran:sila jangan teruskan pembacaan anda jika anda tidak mahu di"spoil"kan ketika menonton filem ini.
1. Versi buku/blog, isinya menceritakan pengalaman goblok sehari-harinya si Raditya Dika ni. Kenapa mesti Kambing Jantan? Karena si Raditya ini sering di panggil Kambing ama temen2nya sewaktu Sek Menengah dulu+dia tergolong makluk yang berkelamin Jantan, maka blog dia pun dinamakan Kambing Jantan. Cara penulisan di buku ini seperti format diari, sebabnya memang dah cerita2 yang ada adalah curhatnya si Radit nie.

2. Versi Komiknye pula masih sama seperti buku/blog, isinya masih menceritakan pengalaman2 Radit yang kuliah di Adelaide, Australia (Finance)

3. Versi Film? [mm,ni Sri kasi detail sket..hehe]
Berawal dari prolog yang menceritakan bagaimana ia dilahirkan. Simple yet funny. Kemudian waktu melompat ke saat Dika menduduki pendidikan sekolah rendah. Saat itu ia memiliki cinta monyet. Ine namanya. Akhirnya Dika berhasil mencuri perhatian Ine. Namun,sayangnya, nasib berkata lain. Ine diajak orangtuanya pindah ke Hong Kong. Namun Dika tidak murung. Bunga bukannya sekuntum kan...

Setelah itu kisah kembali lompat ke masa ketika Dika dah habis SPM. Parents Dika meminta agar Dika segera memutuskan kuliah jurusan apa yang nak diambil. Oleh kerana keluarga mereka “demokratis”, maka pemilihan jurusan ini diambil dari suara terbanyak [x pernah den jupe family mcmnie]. Antara doktor kandungan dan finance, suara terbanyak memutuskan Dika harus memilih finance. Kerna kedemokratisan yang mereka amalkan, Dika berhak memilih mana-,mana university dan akhirnya terpilihlah University of Adelaide, dengan alasan, namanya BAGUS..hahahhadehlaa

Mulailah kisah Dika di Australia. Bagaimana ia bertemu dengan teman baru yang unik-aneh-tapi-nyata, Hariyanto (Edric Tjandra dlm Extravaganza tue). Di sana ia juga menghadapi lecturer chengeng-garang-galak; Sally Dickson.

Selain itu,Dika turut mengalami kesulitan menjalani LDR [Long Distance Relatonship bukannya Long Dick Reduction,ok] dengan gelprennya, Kebo (Herfiza Novianti). Sememangnya secara keseluruhan film ini menceritakan tentang kisah cinta mereka berdua yang berlainan benua [mungkin kerna sutradaranya Rudi Soedjarwo, pengarah AADC] Kesulitan lainnya yang dihadapi adalah untuk beradaptasi dengan mata kuliah yang dia tekuni dan bagaimana harus dia jalani kehidupan di negara orang dengan duit poket yang makin berkurangan.

Seperti biasa, tak payahlah susah2 nak dibandingkan jalan cerita di film dan bukunya. Pasti ada yang berbeza meskipun isi intinya masih sama. Secara keseluruhannya Kambing Jantan ini sememangnya lain daripada lain kerana pertamanyanya, diangkat daripada bestseller novel yang karya asalnya tercatat di BLOG; kedua, menceritakan pengalaman sehari2an aka diary versi movie; ketiga,satu lagi muvi yang hampir2 menjebloskan diriku tuk tercongok betul2 depan layar tuh [penoh sangatla tuh namanya].

Kepada peminat-peminat Kambing Jantannie,maka ini adalah hadiah kasih buat anda daripada Raditya. Buat yang baru berjinak2 baru mahu mengenalinya atau lagi tensen ama idup, boleh sangatlah relax2 tenangkan jiwa dengan menonton CATATAN HARIAN pelajar bodoh ini

SRi:Hari pertama aja udah dapet 17 ribu lebih penonton. That’s a huge as number for a movie opening

Saturday, 7 March 2009

dr.Nila

*amaran:sila jangan teruskan pembacaan anda jika anda tidak mahu di"spoil"kan ketika menonton filem ini.
Indonesia dan mistik sememangnya tak dapat lagi dipisahkan. Ada saja duta-duta dunia ghaib yang “mencemar duli” menziarah panggung wayang senusantara saban hari. Cuba kita teliti kembali, sudah berapa kali sih Si Pocong dan Sang Kuntilanak mengilai di layar lebar? Maunye nak dekat ratusan gamaknya. Tak terkecuali juga minggu ini, kisah Si Bungkus Gula-Gula ini diangkat kembali menghantui layar perak. [dah berapa banyakla ye liang trofi Pocong dan Kuntilanak ni simpan?]

Makhluk berlilit kain putih ini melompat-lompat di tengah keluarga pasangan muda, Ivan (Ashraf Sinclair), Rini (Nabila Syakieb) dan anak kecil mereka, Laura (Sakinah Dava). Alkisah nak dijadikan cerita, keluarga Ivan baru ja pindah ke rumah baru, di tengah hutan pinus. Namun, dibalik harganya yang murah ternyata rumah tersebut menyimpan misterinya tersendiri. Misteri kasih ibu yang kehausan cinta anaknya yang tak kesampaian.

Aroma horor mulai ditebar saat si kecil Laura berlari-larian mengitari hutan itu seorang diri. Laura yang sedang menggendong boneka beruang tiba-tiba bertemu gadis sebayanya, berambut panjang bertubuh mungil. Anak kecil berbaju violet ini terus berlari menuju ke tengah hutan pabila terlihat sosok Laura. Terpancing rasa penasaran Laura mengikuti langkah si anak misterius tanpa berfikir panjang sampailah mereka tiba di “sarangnya”. Dan di sanalah sang gula-gula putih ni mulai mengeluarkan taringnya..huuuuee~~

Secara keseluruhan film ini seperti film-film horor Indonesia lainnya. Masih mengandalkan instrumen yang mencekam dan ditambah adegan-adegan yang mengejutkan penonton. Nyanyian yang sayup-sayup kedengaran. Runut-runut bunyi yang mendebarkan.

Namun, jika dilihat secara teliti, jalan cerita film ini sangat janggal. Muvi ini seakan-akan berdiri sendiri. Dalam hal ini, deskripsi antara alam nyata dan alam gaib sang pocong tidak menggambarkan perbezaan langsung. Selain itu, latar belakang permasalahan juga tidak dijelaskan dengan tepat. Disini diceritakan bahwa ternyata pocong itu adalah dr.Nila (Kinaryosih) yang mati bunuh diri. Akan tetapi misteri yang terjadi tak melibatkan rumahnya sendiri, melainkan rumah tetangganya pula yang dihantuinya.

Cerita ini seakan-akan ingin diselesaikan secepatnya. Dengan hanya melemparkan azimat, si pocong dr.Nila terus kalah terbakar terkubur begitu sahaja. Sementara beberapa adegan sebelumnya sempat menunjukan kalau hantu pocong itu ada bersentuhan dengan tangkal tersebut ketika berusaha membunuh Laura. Tetapi yang peliknya pada saat tersebut, tidak ada apa-apa reaksi yang terjadi. Kemunculan suami dr.Nila juga bagaikan teka teki. Di manakah dia bersembunyi selama ini? Tiba-tiba saja datang tak diundang.

Kesimpulannya, The Real Pocong menyajikan kesatuan karakter-karakter khas film horor. Perpaduan antara sang isteri yang depresi, suami tidak percaya takhyul, anak kecil yang selalu ingin tahu dan seorang dokter misterius. Mungkin jika saat menonton memperhatikan hal-hal itu, akan dengan mudah anda memecahkan misteri 'The Real Pocong'.

Sri: 6.8 bintang sebab aspek kejutannya yang memang betul-betul memeranjatkan & mempergunakan anak kecil sebagai tema utama jalan cerita..layaaan

Tuesday, 3 March 2009

Takkan MELAYU Hilang di DUNIA...

1. Beruntung sungguh dilahirkan dalam keluarga yang sememangnya berdarah seni. Abah seorang arkitek dan penganalisis sejarah, mama pula memang tyco seni tarian suara. Abah Tua pejuang bahasa dan budaya, Mama Tua juri ternama taranum al-Quran negara. Kak Caq, pelukis dan fashion designer, Kak Ciq pakar seramik (+) bermertuakan legendaries labu sayong SeMalaya. Semuanya ada darah seni yang mengalir dalam dirinya sendiri. [maaf bagi yg tak tersebut namanya]

2. Bahasa, Bangsa, Seni dan Budaya sememangnya sangat rapat bagaikan irama dan lagu. Seiring sekata membawa sejarah menerjah peradaban manusia. Kejayaan dan kegemilangan telah banyak tercipta kerna keteguhan jatidiri bangsanya. Kerukunan seni budayanya menambah keunikan sesebuah negara. Sudah pasti bahasa tak dapat dilekangkan daripada kecemerlangan yang diterokai.

3. Bahasa Jiwa Bangsa. Bahasa merupakan perantara utama tidak kira apa jua bentuknya. Komunikasi jadi tak berguna apabila cuma hanya satu pihak sahaja yang mengerti mesej yang ingin disampaikan. Komunikasi jadi rapuh apabila ada pihak yang kurang menguasai elemen yang menjadi perantara utama iaitu bahasa yang disampaikan.

4. Oleh itu, dasar dibentuk untuk melaksanakan PPSMI [Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam Bahasa Inggeris] bertujuan memastikan penguasaan yang lebih baik dalam sains dan matematik di kalangan murid memandangkan sebahagian besar sumbernya adalah dalam Bahasa Inggeris. Secara tidak langsung, pelaksanaan PPSMI diharapkan akan turut meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan murid.

5. Sememangnya dasar PPSMI ini adalah menjadi pertanggungjawaban Tun Dr Mahathir pada zaman pemerintahannya. Namun ada laporan menyebut PPSMI dibentuk setelah kegagalan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka menyediakan perkataan tertentu yang seharusnya digunakan di dalam kokurikulum pendidikan negara. Bertahun-tahun diperuntukkan kepada DBP untuk menuntaskan tugas ini, tapi hasilnya amat mengecewakan. Makanya kerajaan terpaksa melaksanakan dasar ini demi mengangkat darjat intelijen bakal pemimpin negara.

6. Hasrat dan objektif yang disenaraikan kementerian pendidikan amat logik dan bertepatan dengan keperluan semasa. Cuma mungkin pengimplimentasiannya yang tak kena cara. Terlalu banyak kelemahan yang dikesan terutamanya tahap kefahaman dan kemampuan anak-anak luar bandar untuk menanggapi segala yang telah dipelajari. Apabila perkara ini semakin kronik, ini bakal membawa musibah kepada keinginan pelajar tersebut untuk meneruskan pembelajarannya. Yang dikejar tak dapat, yang digendong berciciran.

7. Pada pandangan Sri, berbekalkan calon-calon guru yang semakin bercanakan bagai cendawan tumbuh selepas hujan, sistem kuliah dan tutorial dapat dilaksanakan. Maksudnya pembelajaran utama bakal dilaksanakan di dalam dewan dalam Bahasa Melayu dan kemudiannya bakal diperpanjangkan dan dibincang di dalam kelas masing-masing dengan menggunakan Bahasa Inggeris. Dengan cara ini Bahasa Melayu dapat dikekalkan dan kemampuan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dapat ditingkatkan.

8. Setiap sekolah mempunyai dewan atau kelas yang boleh “dibuka”. Sistem kuliah dalam Bahasa Melayu akan dilaksanakan di sana dengan menggabungkan beberapa kelas. Harus dipastikan pelajar di dalamnya haruslah tidak terlalu banyak supaya kualiti pengajaran masih dapat dikekalkan. Dengan cara ini pelajar mampu mencerna apa yang dipelajari dengan lebih mudah kerna masalahnya bukan sahaja murid yang lemah berbahasa Inggeris, tetapi para guru juga tak terkecuali. Bahkan dengan sistem ini,guru-guru juga mempunyai waktu senggang untuk berehat seketika daripada kepenatan dan kesibukan mengajar.

9. Setiap kerja sekolah yang diberikan haruslah disiapkan dalam Bahasa Inggeris. Kerja-kerja ini bakal dibentangkan di kelas masing-masing pada waktu tutorial. Para guru berhak dan hendaklah memilih secara ‘random’ pelajar yang harus menerangkannya. Bahasa Inggeris haruslah digunakan sebagai perantara sepanjang sistem tutorial. Pada waktu ini, perbendaharaan kata adalah kunci utamanya kerana tatabahasa, pelajar boleh mempelajarinya dalam kelas Bahasa Inggeris sendiri.

10. Sejak dasar PPSMI dilancarkan, semua buku teks dan rujukan telah dicetak ulang dalam Bahasa Inggeris. Buku-buku ini seharusnya terus digunakan kerana secara tak langsung bakal menjadikan para pelajar lebih dekat dengan kamus dan ‘familiar’ dengan Bahasa Inggeris. Maka, tiada istilah pembaziran di sini. Bahkan dengan menggunakan sistem kuliah di dewan, jumlah tenaga elektrik yang dikonsumsi juga dapat dijimatkan. Kini dewan bukan cuma untuk tempat menduduki ujian, malah bakal sering digunakan untuk lain-lain bentuk kegiatan ilmiah. Tidak cuma itu, pelajar-pelajar akan lebih terbiasa pabila mulai memasuki dunia kemahasiswaan.

11. Kerajaan mestilah belajar dari pengalaman. Dalam tahun 60-an Kerajaan telah “mengusir” keluar tulisan jawi daripada bilik darjah. Akibatnya 40 tahun kemudian akhbar tulisan jawi menjadi tidak lagi berdaya maju, hanya menjadi sisipan saja kepada akhbar tulisan rumi. Sekarang kerajaan sekali lagi “mengusir” keluar bahasa Melayu daripada bilik darjah “sains dan teknologi”. Kemungkinan besar 40 tahun lagi akhbar berbahasa Melayu tidak akan berdaya maju dan akan menjadi sisipan saja kepada akhbar Inggeris dan Mandarin. Pada waktu itu Bahasa Melayu bukan lagi bahasa ilmu dan budaya tinggi.

Sri: Jangan biarkan Bahasa Melayu sesekali hancur di negaranya sendiri.
Sri:Daripada tahun lepas nak tulis tentang PPSMI ni!
Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)

Recento Vizitores