Showing posts with label indonesia. Show all posts
Showing posts with label indonesia. Show all posts

Friday, 11 February 2011

Kurangnya Lelaki Berkualiti Membuatkan Gadis Makin Desperate

Zaman sekarang ni,bilangan perempuan dah jauh berbanding lelaki.Nisbahnya agak tak balance. Bila aku tengok website sekolah-sekolah, boleh nampak la perbezaan tu agak ketara. Tak tau la sebab apa.
Yang masuk universiti terutamanya kursus-kursus kritikal tak payah cakap dah lah. Dah berapa banyak kali aku berdua jah lelaki tercongok dalam bilik tutorial tuh. Yang lain...
Bagai bulan dipagari bintang 
Adakah golongan hawa juga menyedari hakikat ini?

Pasti diorang sedar masalah ni. Satu masalah paling ditakuti bila terjadinya nisbah perbezaan lelaki dan wanita dalam komuniti adalah kurangnya lelaki2 bujang yang berkualiti untuk dijadikan suami, sebab selalunya lelaki-lelaki yang berkualiti [baca:macam aku] mesti dah kahwin [baca:yang ni aku belum lagi]. Bila dah jadi camtu...mesti akan timbul masalah ni. Korang mesti pernah dengar masalah ni-perempuan bujang try tekel suami orang. Aku tak faham perempuan macam ni. Bila tak kena kat batang hidung sendiri, punyalah galak try tekel laki orang. Tapi cuba orang tekel suami dia bila dia dah kahwin nanti? Mau dia kejar dengan parang...bleop bleop bleop

Aku tak boleh nak bagi explanations atau description kenapa makin ramai perempuan bujang suka try usha lelaki dah kahwin. Adakah sebab lelaki dah kahwin ni dah "stabil" minda dia? Atau perempuan tu rasa thrill sebab cuba dapatkan "suami orang" jadi cabaran dia jauh lebih seronok berbanding try tekel lelaki bujang? Aku tak faham. Tak mengerti.

Masalahnya.....makin ramai perempuan yang macam tu. MAKIN RAMAI! Setakat nak serah tubuh ke, picit sana-sini, geli-geli, takde hal.Dalam kes-kes yang aku tau,perempuan tu yang offer. Tak tau la aku sama ada perempuan tu dah dikhatankan ke tidak....mungkin sebab belum kot yang jadi gedik semacam jerk..Nak kata kejar duit pun....takde la sangat. Selalunya dorang ni pun sendiri dah kerja. Pakai Prada, Gucci segala.

Jika semua benda ni terjadi sebab kurangnya lelaki bujang yang berkualiti.... Adakah boleh aku gunakan alasan ni untuk kahwin empat? Aku sekadar nak bertanya sebab kat sini ramai pembaca perempuan, kenapa ada yang nak carik suami orang? Sebab dorang ni adorable ke? Aku tak mampu nak tulis panjang-panjang sebab aku tak pernah kena benda ni - tapi, benda-benda ni banyak terjadi sekeliling aku [baca:kawan bapak aku] dan aku sangat pelik dengan benda ni... Mmm
SRi:Ingat dalam diri perempuan dah ada silent agreement antara semua perempuan-"suami orang,off limits." ergss

Thursday, 30 December 2010

Harimau Malaya Gah Membaham Garuda!

Ahaks. Kepada Cik Princessa--sila berbangga OK! Saya buat post kali ni-bley lah dikatekan semata-mata untuk memenuhi permintaan Anda.. Sila berbangga!! WHOA
Well-sebenarnya gua tengah bersemangat waja nak sambung Bahagian II Diet-mendiet nih.. Tapi sebab aku terklebihculturalshocked melihatkan status FB *Twitter tak masuk lagi** dan bloglist yang semuanya hapdets tentang kejayaan Malaysia hari ini-gua pun jadi terikut gembira juga untuk berkongsikan kebahagian ni dengan korang semua! Lagipun gua pun baru saja balik dari nonton bola dan makan-makan bincang bercerita (baca:gosip) bola tadi.

Serius-gua sangat bangga dengan prestasi sepakbola Harimau Malaya akhir-akhir ini. Takdalah akhir-akhir sangat-tapi sejak skuad bawah 21-23 mulai menunjukkan taringnya-asal ada topik tentang dorang di saluran akhbar perdana-pasti gua click dan baca. Bangga gila kowts! Dan untuk pengetahuan pembaca semua-besdey gua [baca:rujuk besdey Amri Yahyah] dah nak dekat-jadi bolehlah kot sesapa nak hadiah kan jersey Malaysia yang belang hitam kuning tuh. Gua pakai size S-sengaja nak bagi sexay macam patung-patung Nike tuh!WHOA

Malam ini-selain delegasi VVIP Indonesia yang termasuk Presiden SBY-kamera turut sempat menyorot kehadiran Luna Maya [yang dah makin berkurangan kecantikannya-gara gara kesunyian gamaknya] dan Daram Queen Manohara. **Btw, betul ke wujud injection yang boleh bagi gemuk tuh?! Kalau ada-aku pun nak weyh. Sakit jiwa gila kot duk asyik tengok jarum penimbang bawah 50.

Secara keseluruhan-meskipun Malaysia agak digasak keras malam ini; namun kematangan permainan terlihat mampu menahan semua serangan Timnas Indonesia. Meskipun kita agak terlihat lebih bermain defensif-namun counter attack by Safee Sali, Ashari dan Idlan Talaha sememangnya mampu menggentarkan jiwa kubu lawan malam ini. Secara keseluruhan tepukan gemuruh harus diberikan kepada semua pemain wakil negara sebagai tanda apresiasi rakyat kepada mutu bola sepak Malaysia hari ini.

Sunday, 26 December 2010

JJCM-Sop Konro

Semalam aku turun Bandung--saja saja jerks-niat nak gi makan Cizz Cake dekat Jalan Laswi jerks - kemudian terus balik-sebab malam semalam ada solat berjemaah dekat rumah. Tapi tetibe aku makan lahap sangat dalam kedai tue-sehingga menyebabkan tercepat sangat lah pula habis. Harga untuk setiap potongan kek Rp 16,000. Agak mahal lah jika nak dibandingkan dengan makan aku yang berkitaran Rp 10,000 setiap porsi. *Sila jangan tanya berapa porsi aku tibai sekali makan!** Tapi bila aku convert into RM -- Mm,lebih kurang dengan Secret Recipe jerks. So, enjoyce sajjorkss!
Sebab dah awal sangat habis--aku rasa tak berbaloi pula nak balik Jtown awal-awal sangat. Makanya aku pergi Riau-aku tak tahu kenapa-tapi aku lagi suka gi Riau than Dago. Biasa -- window shopping. Tapi dalam hati memang ada jah niat nak cari T-Shirt V neck baru-Ya lah; yang tinggal cuma Converse putih tu je kowts-dan kasut baru; aku nye kasut memang semua dah nazak-esp Nike Hitam tuh-nak masuk 4 tahun dah kot aku pakai. Tapi bab kasut tu--memang aku letak jauh-jauhlah; duit aku memang tengah semput sekarang ni

Apakah ada yang aku beli? Nehi!! Ada dua yang berkenan di hati-satu warna gray-one more Zara Black-- tapi bila aku tengok cam girly and gayyish semacam jerks-tak maw aku! Bley menimbulkan fitnah dan prasangka orang sekeliling pula. Dan sebelum aku menyebabkan awek korang turut terjatuhhati terjelessi pada kekedingan aku ni--jadi, better tak usah lah kots! Mulut korang tak caci maki aku-dosa pun selamats..

Saturday, 18 December 2010

10 terkaya Indonesia

“Dan tidak satu pun makhluk bergerak (bernyawa) di bumi melainkan rezeki semuanya dijamin Allah. Dia mengetahui tempat kediamannya dan tempat penyimpanannya. Semua (tertulis) dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz)”
Surah Hud : 6.
 1. Robert Kuok, RM42.76 billion
2. Ananda Krishnan, RM27 billion
3. Tan Sri Lee Shin Cheng, RM11.92 billion
4. Tan Sri Teh Hong Piow, RM10.86 billion
5. Tan Sri Lim Kok Thay, 55. RM10.38 billion
6. Tan Sri Quek leng Chan, RM7.09 billion
7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, RM6.01 billion
8. Puan Sri Lee Kim Hua, RM4.4 billion
9. Tan Sri Tion Hiew King, RM3.5 billion
10. Tan Sri Vincent Tan, RM3.29 billion

Mengikut sebahagian Ulama Islam adalah menjadi kesalahan apabila manusia bekerja, berusaha atau berniaga dengan niat untuk MENCARI rezeki. Berdasar ayat 6 surah Hud telah nyata bahawa setiap rezeki manusia telah ditetapkan oleh Allah. Niat yang sebenar untuk setiap kerja dan usaha manusia adalah untuk MENGUNDANG rezeki.

Manusia perlu menyediakan diri menjadi seperti magnet yang mempunyai daya tarikan yang boleh mengundang bermacam benda untuk melekat kepadanya. Begitulah caranya bagaimana 10 orang terkaya di Malaysia terus menjadi kaya di kalangan warga Malaysia. Mereka berusaha siang dan malam bukan mencari rezeki tetapi mengundang rezeki yang memang sudah ada di keliling kita.

Antara cara untuk mengundang rezeki yang diamalkan oleh Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang merupakan billionaire termuda di kalangan 10 adalah dengan terus banyak memberi. Hidup untuk memberi terutamanya kepada warga miskin daripada bentuk sosial-pendidikian-bantuan ekonomi telah beliau amalkan sejak sebelum beliau menjadi billionaire lagi. Hasil ketaatan kepada nasihat ibunya--sehingga kini dia masih bahagia menjadi semakin kaya.

Wednesday, 15 December 2010

EH! First Lady

Wanita Pertama Syria, Asma Al Assad jelita, langsing dan uhhh speechless. Menikmati keindahan Louvre Museum seraya mengenakan chain necklace dan berkaca mata hitam. Siapa percaya beliau ibu kepada dua orang anak? Anggun.

Isteri Presiden Uganda, Jana Mus tampak ringkas dengan motif Sseko, mungkin elok lebih bergaya dengan sash; sementara Azam Al Sadat Farahi, isteri Presiden Ahmadinejad tampil yakin, dengan fesyen 'berbungkus' tidak lemau terdedah. Dagunya ditutup mematuhi syariat. Cadur lambang busana wanita ingin ke syurga, two thumbs up!

Monday, 6 December 2010

Demi Masa

 ST 12 : Dunia Pasti Berputar

Dunia pasti berputar
Ada saatnya semua harus berubah
Ingat pasti bertukar
Kita harus siap hadapi semua
Ikhlaskan segalanya
Jalani semua yang ada di dunia

Dunia pasti berputar
Ada saatnya semua harus berubah
Ikhlaskan segalanya
Jalani semua yang ada

Dunia pasti berputar
Ada saatnya semua harus berubah
Ingat pasti bertukar
Kita harus siap hadapi semua
Ikhlaskan segalanya
Jalani semua yang ada

Tuhan pasti berikan kita
Segala yang indah
Dengan segala anugerah ‘tuk kita
Yakinkan kita pasti bisa jalani semua
Jagalah semua yang telah ada
‘tuk hidup kita

Dunia pasti berputar
Ada saatnya semua harus berubah
Ingat pasti bertukar
Kita harus siap hadapi semua
Ikhlaskan segalanya
Jalani semua yang ada di dunia

 
SRi:Kalau Bulan Bisa Ngomongss...

Sunday, 14 November 2010

Suu Kyi::

Berita pembebasan tanpa syarat Aung San Suu Kyi--pemimpin prodemokratik Burma pasti amat disambut gembira seluruh dunia terutamanya pengamat politik Myanmar. Tidak terkecuali yang melalui getirnya secara langsung-Ban Ki Moon dan Dr Mahathir serta lain-lain pemimpin ASEAN yang sekian lama menuntut kedemokrasian-pembebasan pemegang Nobel ini.
 Daw Aung San Suu Kyi, 65 adalah seorang aktivis prodemokrasi Myanmar dan pemimpin National League for Democracy (Liga Kebangsaan bagi Demokrasi). Pada 1991, ia menerima Penghargaan Perdamaian Nobel karena berjuang mempromosikan demokrasi di negaranya tanpa menggunakan kekerasan dalam menentang kekuasaan rejim militer. Ia dibebaskan secara resmi oleh junta militer Myanmar pada tanggal 13 November 2010 setelah bergelar sebagai tahanan rumah selama 15 tahun dari 21 tahun masa penahanannya sejak pilihanraya umum yang dimenanginya pada tahun 1990.
Myanmar sekian lama sememangnya menjadi duri dalam daging ASEAN terutamanya buat Tun Dr Mahathir -- kerana beliaulah yang bertanggungjawab terhadap penyertaan Burma ke dalam peta ASEAN. Sekian lama perhatian dunia tertumpu kepada tokoh pembangkang yang satu ini. Bahkan saat junta menang besar pada pilihanraya yang baru-baru ini-sempat mengundang kegusaran banyak hati akan nasib masa depan Aung San Suu Kyi.

Walaupun tokoh pembangkang paling terkenal di Myanmar itu ditahan di rumah sejak tujuh tahun lalu, dipinggirkan dan dihalang daripada bersuara oleh junta tentera, beliau tetap melambangkan harapan untuk masa depan lebih baik terutamanya bagi ramai penduduk di negara miskin ini. Tidak sedikit yang menganggapnya sebagai dewa yang bakal menyelamatkan membawa sinar cahaya kepada rakyatnya.

Jangan tidak tahu--kelantangan beliau di medan politik turut menginspirasi banyak jiwa di Indonesia bagi meruntuhkan rejim Soeharto 1998 lalu. Bagi mereka perjuangan demokrasi yang dilakukan oleh rakyat Burma di bawah kepemimpinan Aung San Suu Kyi yang berhasil menggulingkan diktator Ne Win pada tahun 1988 menginspirasi mereka untuk juga memperjuangkan demokrasi di Indonesia

Sidang produksi Poernama mengucapkan sekalung ucapan tahniah atas pembebasan Aung San Suu Kyi. Semoga masa depan Myanmar terutamanya makin bertambah gemilang di masa depan.
SRi:Puas hati ngan keputusan Kerajaan Negeri tak menjemput media-media "arus perdana" daripada meliputi Sidang DUN pagi tadi. Tapi pelik macam bangga sangat pula Utusan Malaysia ni buat statement: "Wartawan Utusan bagaimanapun berjaya menyusup masuk untuk membuat liputan tersebut." Nampak sangat memang dasar orang jahat dan teramat terdeteksi kepoyoannya di situ!erg

Thursday, 11 November 2010

Apa Pentingnya OBAMA II

 Melukut di tepi gantang--mungkin agak keterlaluan, tetapi itulah yang mampu ditafsirkan daripada lawatan rasmi Presiden Austria, Dr Heinz Fischer ke Indonesia. 

Selasa 9 November kelmarin, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menerima dua tetamu kehormatan sekaligus, Presiden Austria, Dr Heinz Fischer dan Presiden Amerika Serikat, Barack Obama. Namun tampak penyambutan Fischer tak seheboh persiapan menerima kedatangan Obama.
Bahkan, ketika Dr Heinz Fischer menjengah Istana Negara, kerja-kerja karpet merah bagi penyambutan Obama masih dilaksanakan. Sambutan kenegaraan pun tidak segah Obama pada petangnya. Taraf keselamatan pun kelihatan seperti adanya sahaja.

Press Conference pun sempat tergendala dua kali. Alat penterjemah gagal berfungsi. Tampak benar kelam kabutnya. Seperti kedatangan beliau tidak dirancang--datangnya mengejut. Mungkin kerna lawatannya lama 9-11 November membuatkan mereka berfikir masih banyak masa untuk melayannya dan isteri di kemudian hari. Tidak seperti halnya Obama-rencananya cuma 22jam sahaja di Indonesia. Maka perhatian haruslah diberikan lebih supaya kenangan yang ditinggalkan mantap.
Mungkin Austria tidaklah semegah Amerika Syarikat di mata dunia. Namun kehadirannya turut mewakili mata kepala rakyat Kesatuan Eropah yang memainkan peranan besar dalam politik dan turun bangunnya ekonomi dunia. Seribu kali sayang apabila sambutan kepada tokoh besar dunia ini terjadi kekalutan sebegini. Nasib baik beliau seorang yang terpelajar tidak mudah berang--tenang sahaja menghadapi situasinya. Tetap manis tersenyum di atas pentas.
SRI:Tampak romantis dan manis wajah Dr Heinz bersama isteri ketika menunggang beca di Melaka kelmarin.

Apa Pentingnya OBAMA

19 jam--dipendekkan daripada rancangan awal 22 jam kerna risaukan abu vulkanik-itulah jumlah jam Obama di Indonesia. Selepas tiga hari di India-kini Obama di Korea Selatan bagi memenuhi jemputan KTT G20. Selepas itu beliau akan berangkat ke Jepun bagi menghadiri persidangan APEC.

Kehadirannya kurang daripada 24 jam ini ditafsirkan oleh pakar politik--hanya sebagai balasan kunjungan Presiden Indonesia kelmarin hari dan memenuhi janjinya yang telah dua kali dimungkirinya sebelum ini. Kisah peribadi di Indonesia dan demi menaikkan namanya kembali di dunia Muslim setelah gagal di Cairo turut menjadi alasan utama tambah mereka. Perang yang lama dilancarkan AS di negara Muslim --Afghanistan dan Irak-- telah telah membuat dia kehilangan dukungan di kalangan umat Muslim, dan tiada kemajuan dalam perundingan perdamaian antara Israel dan Palestina menambah dampak negatif buatnya. 

Namun dari sisi ekonomi--amat diragui meskipun beberapa memorendum persafahaman-Comprehensive Partnership-ditandatangani yang telah diperbincangkan terdahulu bersama Hillary Clinton, Menteri Perdagangan Gary Locke, serta Menteri Pertahanan Robert M Gates sebelumnya. Daripada senarai negara-negara Asia yang dikunjunginya dalam tempoh lawatan 10 hari ini -- Indonesia merupakah kepentingan perdagangan bagi Amerika yang terkecil.
Obama dilihat sebagai sosok yang amat pandai mengambil hati rakyat Indonesia terutamanya melalui setiap ucapan khutbahnya. Terdahulu--selepas tiba di Bandara (Bandara Udara-Airport) Jakarta petang Selasa, Obama dan delegasi lainnya diiring langsung ke Istana Negara-diberi sambutan kenegaraan. Di kesempatan yang singkat ini-Obama dan SBY melakukan perbincangan tertutup bagi mendiskusi beberapa hal yang tersangkut dalam memorendum "Kemitraan Menyeluruh" yang telah disepakati setahun lalu. *jangan tanya aku kenapa sekarang baru nak sign n kalau dah sepakat-kenapa ada yang nak dibincangkan lagi--serius aku tak tahu!* 

Setelah itu kedua-dua kepala negara dipersilakan membuat press conference. Tidak berlalu panjang--hanya beberapa soalan sahaja yang diajukan-tetapi yang salutnya-wartawan Indonesia tidak bertanyakannya dalam Bahasa Inggeris-tetapi langsung sahaja dalam Bahasa Indonesia memandangkan Obama pernah menghabiskan 4 tahun zaman kecilnya di Menteng, Jakarta. Dan syukur Obama tenang menjawab soalannya dengan mudah. Berbeza dengan SBY yang terpaksa meminta bantuan penterjemahnya apabila diajukan oleh wartawan asing.
Selesai konferensi pers--Obama di bawa untuk istirahat di Hotel Shangri-La sebelum menjamah jamuan kenegaraan di sebelah malamnya. Menu dalam jamuan kenegaraan itu di antaranya makanan yang pernah menjadi kesukaan Presiden Obama saat tinggal di Indonesia. Makanan itu di antaranya bakso dan nasi goreng Sunda Kelapa, Menteng, yang pernah menjadi langganannya, juga pisang bakar dan es kopyor. Karena di tengah kedukaan bencana, jamuan kenegaraan tidak diisi dengan tari-tarian. Musik tradisional Bali diperdengarkan saat Presiden Obama dan Presiden Yudhoyono memasuki ruang jamuan. Turut kelihatan pada malam itu adalah Presiden Indonesia Kelima--Megawati Sukarnoputri 
Pada hari Rabu--Obama menjengah Masjid Istiqlal, Jakarta. Beliau menekankan kepentingan kebebasan beragama dan kesatuan dalam kepelbagaian. Jam 9.30 WIB Obama memberikan kuliah singkat dihadapan tamu yang hadir di Universitas Indonesia. Ucapannya yang turut diselangi bahasa Indonesia menerima tepukan gemuruh hadirin yang setia menanti daripada subuh lagi. Antara pernyataan yang mencuri perhatian-- "Indonesia adalah bagian dari diri saya." Meskipun cuma 30 minit--kuliah singkat ini amat memberi makna terutama kepada jiwa patriotisme bangsa Indonesia.

Obama dan rombongan tiba di Bandara Halim Perdanakusuma sekitar pukul 10.30 WIB setelah memberikan kuliah umum di Universitas Indonesia, Depok, Jawa Barat. Mobil Presiden Obama "Cadillac One" langsung menuju pesawat yang berada di landasan. Tampak melepas keberangkatan Obama, Menteri Luar Negeri Marty Natalegawa dan Duta Besar RI untuk AS Dino Patti Djalal. Pesawat "Air Force One" lepas landas menuju Seoul sekitar pukul 11.00 WIB. Jadwal keberangkatan tersebut lebih awal dua jam lebih dari rencana semula karena Presiden Obama mempersingkat kunjungannya di Indonesia.

Kesimpulannya, kunjungan Presiden Barack Obama ke Indonesia dinilai positif bagi masa depan hubungan dua negara di masa yang akan datang. Namun Indonesia tidak boleh terus menerus mengandalkan Negeri Uncle Sam itu. Bahkan Indonesia menerima tanggungjawab yang sangat besar bagi memenuhi harapan dan membuktikan pandangan yang telah dicanangkan oleh Obama kepada dunia kelmarin.

Thursday, 4 November 2010

Limbad-Next Mbah Maridjan

Tetiba teringat dekat sepupu aku Alia-yang suka sangat nyanyi lagu Adira; Ku Ada Kamu bila buka Era pagi ni. Dan macam biasa-kehidupan awal pagiku memang kebanyakan dimulakan dengan benda lagha--ampon mama,satgi abang gi baca Quran eyh.

Memandangkan aku dengan bahagianya dah tak melanggan Indovision sekarang--makanya sah-sahlah aku akan berusaha mencari alternatif yang lain terutamanya pergi duduk lama-lama buka kedai gossip dengan tauke rumah makan!WOHA

Bagi yang tinggal dan peka dengan hal ehwal semasa Indonesia-mesti korang tahu kan yang Jurukunci Merapi dah pergi tinggalkan kita selama-lamanya. Aku pun bukan tahu sangat siapa Mbah Maridjan tu. Yang aku pernah sedar-dia jadi duta extraJoss Rossa tu. Yang lain gua tak tahu.

Bagi masyarakat Indonesia terutamanya warga Merapi Yogyakarta--sosok Mbah Marijdan ini sangat dikagumi dan penting dalam kelangsungan kehidupan mereka. Beliau dianggap sebagai perantara antara Merapi dan menjadi panutan masyarakat. Sejauh manakah kebenaran dan fungsinya-gua tak tahu.

Dan dalam kekalutan ketiadaan penerus jurubicara Merapi dan manusia, macam-macamlah khabar angin yang tersebar di seluruh negara siapa yang bakal mengisi tampuk kekuasaan Merapi tersebut. Berbeza dengan Melodi atau Galaksi(ni aku tak pernah tengok walaupun aku rasa cam Irma tu sangat cute.WOHA) yang hanya memaparkan seputar selebriti tanah air semata-industri gossip Indonesia yang memang tak tahulah aku nak cakap macamana-dorang akan liput segala semua jenis berita-tak kira yang jenis politik atau pun berkisarkan dunia hiburan-bila ada nilai sensasi dalam tu dorang akan kontroversikan. Kira lagi jahat daripada Melodi lah jawabnya sebab ayat-ayat dia haram gak selalunya. Banyak je berita yang dorang paparkan tu sebenarnya simple--tak bagi masalah kehidupan kat umat pun-tapi sebab dah dorang punya gaya punya cerita-tu dia mami jarum pun sakit kepala dibuatnya.

Alkisahnya-semalam tengah sedap-sedap makan, tertancaplah mata ni pada gossip yang sudah mashur di seantero Nusantara sekarang ni-Limbad bakal menggantikan kerusi Mbah Maridjan jadi Jurukunci Merapi. WOHA! Bagi korang yang tak sempat kenal Limbad ni siapa-dia adalah juara The Master 2nd Season tak silap gua-gameshow dunia magis tanpa mantera. Limbad ni memang sejak azali (since masuk The Master) tak reti bercakap-apatah lagi bila dah kena sign kontrak membisu dengan RCTi-lagilah makin jadi pendiam jawabnya- Makanya dia akan gunekan khidmat jurubicara-dan biasanya orang yang tukang cakap tu adalah daripada ahli keluarganya sendiri terutamanya bini dia sendiri. Dan kalau waktu tengah bertanding dulu-dia akan selalu bawa burung hantu dia -nama Burhan- yang besar tu sebagai teman.

Mengenai kelayakan Limbad sebagai jurukunci Merapi banyak yang persoalkan. Alasan paling popular kerana dia bukan asal muasal daripada kawasan Merapi- tapi dia ada darah Jawa. Namun kelebihan Limbad yang memang daripada awal lagi agak horror menjadikan faktor spiritualitasnya menjadi andalan. Mana tak nya-nak bercakap dengan gunung kot. Haruslah main "hati" ke "hati", bukannya kita boleh SMS je--gunung mana reti main i-Phone!

Tapi itulah hakikatnya Indonesia. Masih terbelenggu dengan kejahiliahannya. Waktu ramai-ramai artis diwawancara mengenai kepergian Mbah Marijan dan peletusan Gunung Merapi-bagi aku Sule yang paling bijak berkata-kata beragama jawapannya;Kun Fayakunn--Allah kata jadi-maka jadilah! Yang lain-Subhanallah. Sedih rasanya duk dengar. Sebab tu aku tak berapa nak minat dengan TV Indon ni--tak membina langsung isi kupasannya.
Aku tak tahulah apa gunanya Jurukunci Merapi ni. Nak kata dia boleh pujuk gunung tu supaya tak meletus-entahlah-aktif jah aku tengok. Makin berkepul-kepol adalah. Nak kata dia yang tolong jaga jalan-aku tak pernah lah pula dengar Mbah Marijan ni pergi buat cantikkan jalan Merapi tu nak bagi orang semua mudah nak naik pergi. Nak kata Jurukunci ni  boleh ramal-aku rasa banyak lagi teknologi luar sana yang jauh lebih akurat boleh ramal dan tafsir kesehatan gunung berapi tu

Namun inilah uniknya Indonesia--kekentalan seni kekhurafatan kejahiliahannya menjadi tarikan orang luar untuk datang menjengah. Setiap tempat pasti ada sejarah mistisnya. Sedih bila dengar sampai orang muslim sendiri yang memuja-muja--syirik tak bertempat - tak bergantung pada yang Esa lagi akhirnya. Sanggup bermohon kepada setan, batu nesan untuk kesejahteraannya. Nauzubillah~

Entahlah labu--aku pun tak tahu apa yang aku rapikkan pepagi ni. Sebelum ayat makin tunggang langgang dan makin jauh meracau--baik aku chow pergi dapur telan Coco Crunch dulu. Wassalam...
SRi:Limbad ni "bisu".Kalau dia jadi jurukunci-confirm ke apa yang ditafsirkan tu betul-betul daripada kepalanya-tak bercampur baur dengan pemikiran sang transltornya.gulp karot betul!

Monday, 1 November 2010

Nuklir.At.Bandoeng

Beberapa hari lampau--tetiba di kala gua tengah enak melayan jiwa menonton televisi dengan bahagianya-termuncullah sebuah iklan yang tersangat amat gah nya-dan yang pastinya seperti hari apa, sudah pastilah gua pun tak mampu merecall kembali di stesen manakah hamba allah iklan ni muncul--Indonesia nak buat dan mengembangkan lagi reaktor nuklear untuk kesejagatan umum--kiranya untuk elektrik dorang lah. Dalam kata lain Indonesia nak buat reaktor NUKLEAR!WOHA

Gua tak gelak--seriusly gua tak gelak taw-sebab gua tau yang dorang sebenarnya memang dah jauh terkedepan dalam ilmu industri nuklear atomni banding dengan Malaysia. Bahkan dorang memang dah ada banyak pakar-pakar atom bertabur di seluruh negara. Lagi satu Indonesia memang memerlukan satu sumber tenaga yang teramat sangat besar, murah dan bersih untuk menampung keperluan negara mereka. Bagi yang duduk belajar dekat sini mungkin lebih memahami seksanya terutama bila esok korang nak ada exam--tetiba malam tu takda letrik kan. Terpaksalah korang masuk jawab exam yang 200 minit tu 30 minit jek. Gua faham. Gua faham sangat situasi tu.
Sebelum gua utarakan kegusaran yang berkubu dalam jiwa ni-mai sini kita cerita dulu tentang perkembangan ilmu teknologi nuklear atau orang Bandung sebut nuklir di Indonesia. Dorang dah mulai mengkaji dan menubuhkan Panitia Negara untuk Radioaktif ni sebelum kita merdeka lagi-1954. Lepas tu 1965 dorang dah buka reaktor pertama untuk penyelidikan dekat Bandung (macam kita yang dekat Bangi tu)--bagi yang duk selalu pergi cuci mata dekat Ciwalk mesti perasan Pusat Nuklir dekat sebelah kebun binatang tu kan? *Bukan yang dekat dengan tol Moch. Toha tu taw! Tu reaktor arang batu tak silap gua* Lepas tu 66 dekat Jakarta dan 67 dekat Jogja.
Untungnya Indonesia-mereka mempunyai dua lombong uranium dekat Kalimantan Barat. Gua tak tahulah kan kalau Malaysia pun ada dapat tempiasnya sedikit dekat Sabah Sarawak sebab macam dah terlebih semangat tak sabar-sabar sangat jek nak buat reaktor nuklear hari tu. Tapi in case dorang tak cukup supply pun--dorang dah buat banyak MoU dengan negara-negara yang ada lombong uranium ni to be their supplier. Malaysia? Wallahua'lam..

Tapi ini bukanlah hal musabab yang menggundahgulakan jiwa ni sebenarnya. Yang merisaukan bila dorang dah ada teknologi nuklir yang mantaf--yang jadi pokok persoalannya sampai bilakah tahap keamanan ini akan masih tetap ditahap yang takkan memusnahkan keharmonian sejagat. Dengan kemudahan yang dah sedia ada ini tak mustahil  dibantu dengan dorongan syaiton nir rojim nikmat Tuhan ini bakal di bawa ke peringkat yang lebih tinggi iaitu menjadi laras-laras Senjata Pemusnah Besar-Besaran ; Senjata Nuklear.
Pada hari ulangtahun Tentera Nasional Indonesia (TNI) baru-baru ini--orang besar TNI dengan tanpa segan silunya menyuarakan hasrat mereka ingin merajai mendominasi industri persenjataan dunia dalam masa 8 tahun lagi dan menjadi hanya satu-satunya negara yang mampu menjadi pengeluar senjata di ASEAN.WOHA!

Berbeza dengan Malaysia, mereka mempunyai segala kapasiti kemampuan untuk menjadikan ini semua kenyataan. Dengan luas persegi negara yang kaya dengan hasil alam dan bilangan rakyat sangatlah menyesakkan serta kepakaran PT Pindad (Syarikat yang bertanggungjawab terhadap RnD Senjata Ketenteraan TNI)--memang cukup besar sangatlah peluang menjadikan cita-cita mereka sebagai pengeluar senjata dunia tercapai. Kalau kita lihat pun negara-negara yang menjadi pengeluar senjata dunia semuanya mempunyai satu persamaan--dorang semua negara-negara yang sangat-sangat BESAR!WOHA

Dan dalam jiwa Republik Indonesia--sememangnya mereka sebenarnya berhasrat untuk menjadi kuasa  dan abang besar kepada ASEAN terutamanya. Tidak dinafikan meskipun rakyatnya masih kebanyakan yang tak cukup makan--tapi data pelaburan perdagangan membuktikan Indonesia masih tetap yang tertinggi. Sebabnya mereka mempunyai sumberdaya tak kira daripada materialnya maupun tenaga kerja yang teramat kaya.
Dengan perasaan yang semakin iri dan merasa tersepit antara Australia dan England yang sering memberi sokongan kepada Malaysia apabila berlaku konflik antara dua negara--semua permainan psikologis ni sangat berbahaya kepada Malaysia terutamanya dan rantau ASEAN umumnya. Bayngkanlah jika tiba-tiba ada satu kuasa kepala yang sangat besar bernama Indonesia muncul. Mau makan pasir telan air liur kita nanti kalau sekali dia lempar rudal nuklir dari Bandung pergi meletup dekat Gombak.huhue~

Dorang nak bangunkan tenaga nuklear untuk penjanaan elektrik mereka-buatlah. Memang patut pun--sedih gua baca status jr yang mengamuk sebab takda elektrik. Cuma kita yang jiran-jiran ni terpaksalah lebih bersiap sedia dan peka dengan setiap segala kemungkinan.  Nuklear kot?!  Logiklah tu kan sebab biasanya bila dah ada A, mestilah B nya akan muncul tak lama lagi. Setan kan banyak berkeliaran.
Tak kisahlah negara mana sekalipun, tapi bila dah ada teknologi nuklear di negaranya--negara sebelahnya wajiblah sah-sah tak berapa nak senang duduk tidur meskipun dah berkali-kali dikeluarkan statement itu cuma untuk keamanan sahaja. Sebab semua tu ada kemungkinan yang memusnahkan. Semoga diri ini, Malaysia masih dilindungi rahmat Tuhanlah sampai kiamat. X)
SRi:Pelik kenapa Najib nak sibuk sangat buat tenaga nuklear.Bakun dam pun tak operate lagi-kecoh! *sambil kagum ngan persenjataan Singapura*
SRi:Congratez to Sazzy yang dengar cerite pregnent twinss!WOHA

Saturday, 7 August 2010

Pinterr Gak Tuh?!

Hanya di RANKING SATUU!!

Kalau waktu tahun pertama kedua dulu gua bangun pagi-pagi terus ngadap depan tv semata-mata nak layan Inbox segala--kini semua itu sudah berubah dengan kehadiran RANKING 1!!

Gua sebenarnya dah bosan gila dengan rancangan-rancangan dekat tv indon ni. (Baca:Malaysia pun sama ja) Semuanya sefesyen-tak membangun jiwa langsung. Sinetron tak payah nak cakaplah-memang sejak azali gua tak layan-bangang sangat.

Kalau di Malaysia---masih bolehlah nak dibanggakan lagi kerna sifat siarannya masih mendidik (Baca:Walaupun dah makin berkurangan) Pagi-pagi masih boleh kita mendengarkan suara Dr Fadzilah Kamsah berceloteh, tak pun Ustaz Wan Akashah duk buat kuliah subuh dalam tv. Selesai Subuh, mulalah Aziz Desa ceriakan pagi kita. Tapi situasi ni hampir semuanya berbeza di Indonesia--sudahlah gossip bermaharajalela- ini berita nasional pun tumpang ikut sama cara infotainmentnya--sungguh gua tak respect pada institusi pemberitaan mereka -- yang boleh diharap sikit pun - cuma Metro TV -- yang lain pembaca berita jangankan tidak profesional -- bersedia pun tidak gayanya. Sangat-sangat mengecewakan saya
Pernah layan Bell Challenge di KBS World? Hah, Ranking 1 ni adik beradik dia lah. Daripada 80 orang - hanya seorang sahaja yang akan diberi peluang merebut Rp 50juta dan trofi Ranking 1 yang keemasan tu. Soalan terbahagi kepada 4 pusingan yang melibatkan Semester 1 (paling mudah), Semester 2, Babak Praktikum dan Ujian Akhir Nasional sampailah cuma seorang saja yang tinggal.

Sama seperti Are You Smarter Than 5th Grader? - soalan melibatkan ilmu-ilmu pengetahuan yang pernah dorang pelajari dalam kelas sampailah ke personil band-band penghibur tanah air.

Walaupun gua layan Behemoth, terkadang gua rasa gua nie nerd juga kekadang. Maunye tidak---sampai satu tahap gua dah macam craving gila nak mati program-program kat tv yan berbentuk pendidikan. Nat Geo, Discovery ngan BBC Knowledge toksah cakaplah--memang dah hampir dalam tangan dah lah-especially yang adik beradik dengan Mega Thursday and Top Gear--damn!I'm lovin it.

Gua berharap makin banyaklah program yang sama coraknya dengan Ranking 1 ni--dah muak sangat kot hiburan setiap hari. Ada kalanya jauh lebih baiklah kita suap ja rohani ni dengan benda-benda yang bermanfaat dan berwawasan. Kesian dia terpaksa bergelumang dengan dosa lama-lama kan?
SRi:Jom Qiam!! WOHA



Saturday, 22 May 2010

Sinar


Dua tahun lepas Hot FM, kemudian Era FM dan kini mahkota disarung kepada underdog Sinar FM pula.

Mungkin ada yang agak terkejut dengan rating yang baharu dikeluarkan. Apetah lagi yang tak pernah terfikir nak melayan Sinar. Mana tak nya, yang diputar semuanya lagu zaman rock kapak, gelek-mana nak tahan. Gua modern babe!

Seribu SinarTapi semuanya mungkin berkat jasa gabungan mantap dj yang menceriakan pagi. Format konti Hot yang tak jauh berubah dengan zaman kegemilangannya dulu mungkin sebabnya sudah mulai berubah arah. Pemergian Din Beramboi tanpa pengganti yang mantap mungkin juga menyebabkan sang pendengar berusaha mencari selera sarapan pagi baru.

Lagu-lagu yang diputar sememangnya memainkan peranan. Senarai musik yang do corong Sinar jauh lebih mudah dilayan. Bahkan semua musik retro ini pernah menjadi siulan satu zaman dahulu. Berbeza dengan Hot FM dan Era-lagu lagu yang diputar hampir semuanya lebih kurang sahaja. Bagi bukan peminat hard core lagu-lagu seberang seperti SRi-mungkin ada jua terasa bengkerk bila lagu-lagu tue saja yang tak habis-habis diulang dari pagi tadi.

Tak dinafikan pemilihan lagu modern yang terkini merupakan kelemahan utama stesen no 1 negara ni. Linda Onn pun pernah bising bila dia kena berubah layar konti radio. Tapi kalau nak diikutkan, lagu-lagu lama jauh lebih menarik irama musik dan erti maksud lirik dia. Makanya kepada sesapa yang berminat nak menulis lirik dan mencipta lagu-make sure lah easy going plus ada maksud dia. Jangan main sebat, bantai bajet sedap hati nurani sendiri je, tapi telinga lain yang mendengar sakit bingit pula.



Tapi bagi pendengar yang menggunakan khidmat internet sebagai jalur utama- berharap sesangatlaa semoga tak payah sangat nak streaming Sinar pasni. Kalau dulu waktu pertama kali Hot Fm no 1-susah gila nak stream, lepass tu ikut dengan Era pulak dah. Mm,macam-macam!! *sigh*

Papehal, Sinar memang layan. Daripada barisan pengacara dj dia sampailah ke susunan lagunya. Percaya tak percaya, adik bongsu SRi adalah kipas paling sussah maw mati Sinar ni dan dialah promoter utama stesen radio ni selepas abah! WOHA!!

SRi:Suka sangat dengar celoteh Abby Fana sejak dia di pagi THR lagi!

Sunday, 25 April 2010

Mama Keramat

Kami memang selalu keluar malam. And mostly for dinner laa especially to find out new seafood or nice western spot! The Navigator of course lah tak lain dan tak bukan lagi Mr Bamuneif! 

Bila dah semua dalam kereta, macam-macamlah gossip keluar. Yang paling menarik sekali kisah Mama Keramat. SRi tak tahu tentang kesahihan kewujudan Makcik Keramat tuh, tapi Mama dan Abah memang selalu berceritakan tentang beliau (baca:dulu). Mungkinkah beliau cinta skandal abah, atau tempat curhatnya mama~ wallahua’am.

Memang ramai kawan-kawan Abah yang dah berpoligami-tak kesahlah yang tempatan ke, maupun imported mari! Tapi seriously memang ramai!! [Nama terpaksa dirahasiakan sebab ada yang semunyik-semunyik!haha] 

Abah pernah cakap-tak salah jika nak punya pembantu rumah, tapi pastikan makanan buat sang suami mestilah hasil air tangan si isteri! BUKAN amah! Tue yang banyak kes laki skandal ngan pembantu rumah sendiri. Tak payah tunggu dia nak baca jampi serapah ke ape, memang kita pun dah selalu dengar- makanan tu adalah campuran zat fizikal dan rohani. Bukan ajinomoto yang menyedapkan lagi rasa santapan kita pagi tu, tapi kasih sayang yang dicurahkan chefnya jauh lebih terserap dalm setiap kepingan, kuah juadah tu. Pastu mulalah tersengih-sengih maen mate! Bini, anak-anak takda... [sila sambung sendiri]


Ada kisah temannya yang sering keluar outstation lama-lama [tak taulah keje gali minyak takpun kapal]: Dia mengadu kata tak pernah makan kat rumah. Ceritanya mudah je, sang laki balik rumah kerja penat-penat dengan niat di hati nak makan bini masaklah, sampai-sampai rumah-bini ajak makan luar pulak! Sebabnya sang isteri selama ni duk selalu pesan kat anak-anak, kite tunggu abah balik la eyh. Nanti kalau abah dah balik-kita pegi makan dekat luar! Melepas hajat laki tu nak merasa masakan si isteri tercinta. Kawin lagi satu!

Dua minggu lepas kita disogokkan dengan banyak cerita lelaki tempatan kahwin dengan wanita Sumatera. Kisah ni bukanlah cerita baru bagi SRi. Dari zaman sekolah lagi, Abah memang suka cerita. Lelaki sememangnya dikurniakan dengan tahapan egonya masing-masing. Dalam kata lain, bila sang arjuna hendak berkenankan kepada seorang teman hidup, biasanya dia akan mencari yang lebih rendah statusnya. Lelaki memang suka merasai dia adalah Raja, menguasai segala apa yang dibawahnya.

Tak salah untuk punya daya tahan, keyakinan yang tinggi. Tapi jika dah selalu sangat melampaui batas, kutu buku pun mau terasa tercabar! Sebab tu lah banyak kes yang menjemput Sumaterians untuk hadir dalam hidup dia. Selain daripada makan pakaian sang suami terjaga, wanita Sumatera punya satu lagi senjata pamungkas-mereka akan tetap tunggu suami tercinta pulang meskipun dah terlampau larut malam lambatnya. Sudah diambil coat, beg-sang suami dibelai bak raja-tanya nak makan atau minum apa. Lain kisahnya pula isteri pertama;maunya kena interogasi 2 3 jam sebelum masuk tidur. Tu tak kira lagi perut yang duk berdondangsayangriang tak makan lagi dari siang tadi. Gastrik! Gastrik!!

Mengikut kajian, salah satu faktor utama tercetusnya pergaduhan atau alasan berpoligami adalah hubungan intim antara suami isteri. Seks adalah wilayah yang sering menjadi konflik dalam kehidupan pasangan. Banyak pasangan yang bertengkar karena memiliki keinginan yang berbeda. Misalnya, salah satu pasangan ingin berhubungan seks lebih sering, tapi menginginkan pasangannya memulai inisiatif keintiman. Tu tak kira lagi yang merajuk gara-gara suami taknak belikan rantai baru! Terseksalah batiniah lelaki tu selagi dia tak belikan rantai baru tu! Hahahhaha

Makanya jika tak mahu hidup bermadu dua tiga, sayangilah suami anda seperti anda cintai sungai kita! X)

SRi: Syarat Tok Siti kalau Abah hendak beristeri Dua: RM6000/bulan untuk Mama, 3000 untuk Dia, 2000 buat setiap anak-anak! WOHA!!

Thursday, 22 April 2010

KABAR BURUK DARI NEGERI TERPURUK

Bukan kereta sembarang kereta
Kereta ini putih sekali

Bukan berita sembarang berita
Berita ini sedih sekali

Kemarin di negeri kita 156 orang meninggal dunia
Tapi anehnya di koran tidak ada itu berita
Tak di radio, tak di televisi, tak satu pun di media
Apakah ada pemboikotan yang begitu merata?
Padahal kejadian ini sudah bertahun-tahun lamanya

Setiap hari tercatat 156 orang mati
Lebih ngeri dari bom Kuningan, bom Mariott, dan bom Bali
Lebih dahsyat ketimbang bencana banjir bandang dan gunung api
Yang masing-masing itu terjadi cuma satu kali
Termasuk gempa dan gemuruh tsunami
Celakanya, tak tampak oleh mata kita korban sebanyak ini
Karena dia menyebar merata di seluruh negeri
Dan fenomena maut yang satu ini
Bertahun-tahun, bertahun-tahun berlangsung setiap hari
Setiap 24 jam 156 orang, mayat menjadi
Setahunnya 57.000 orang Indonesia mati
Korban empat tahun yang lalu sama dengan satu tsunami
Korban empat tahun depan sama dengan satu tsunami lagi
 
Karena merokok, sebabnya pasti
Gara-gara dicengkeram nikotin sebagai adiksi

Bukan kereta sembarang kereta
Kereta ini putih sekali

Bukan berita sembarang berita
Berita ini sedih sekali
SRi:Agak-agak kalau gua bukak sidang seminar thesis ngan baca puisi ney-boleh dapat A x?ahaks

Friday, 5 March 2010

Reggae vs Metal

Sama hal nya dengan industri perfilemannya, dunia musik Indonesia pun dah semakin tenat. Tapi hari ni gua nak cerita tentang musik saja, tue pon sikit jaa. Kalau dulu pagi-pagi gua bangun terus ngadap tv sebab nak layan Inbox ke menatang pa lagi program musik kat tv tue pagi-pagi, sekarang dah malas dah! Sebabnya- lagu dorang dah TAK best! Video klip pon maken ntah hape hape takde wawasan langsung -Gua nak serius belajar sekarang! hahahha

Ok,nak di jadikan cerita,tengah sedap-sedap men tukar-tukar cenel dekat tv, terhentilaa gua dekat satu konsert nie. Waktu tu dorang baru nak start main. rambut bob marley habis. yang lain pun gaya reggae giler nak mati. 1.2.3.4.. tetibe kepung kepang keboom bang bang sana sini- NAH kow! hammek death metal.. Duk terlolong terleleng ke sane ke mari! GILA!! gua terkesima abes time tue. kalau sedap takpe jugak. Ni cam haram jerk gaye sekor-sekor. Macam budak tadika baru nak kenal music metal. Terus gua tukar cenel lain!hahaha

Btw, gua pun bukan orang baru dalam dunia death metal nie. Gua paling minat ngan Anorexia Nervosa, Theatres des Vampires, Dragonlord, Diablo Swing Orchestra n Trans-Siberian Orchestra sebab dorang nye music ala-ala symphony gittoe.. tapi,dun wory meyh, gua tak pernah le plaks bvat keja gila  sampai nak pergi layan konsert dorang, kang tak pepasal kena sepok tangkap basah ngan abg fuliis takpon jais gare-gare black metal. larikkkk!!

tapi kalau korang nak gi rasa, bagitaw r.. *cetz,sempat lagi nak sesatkan anak orang..hahaha* pakcik gua memang head banger punya orang!hehe *hopefully cuma takat music ja laa.. dia kata x pernah lagi buat kerja-kerja gila cam uncle tukul paku tuh*

Tapi tue laa, cara kita berpakaian merujuk kepada siapa kita. Cikgu selalu kata-1st impression is the most important thing especially kalau kita nak gi interview, nak start berinteraksi dengan tempat kerja baru, nak ngorat anak dara orang ke hapekebende yang lain yang sewaktu dengannya. So,jangan buat bende-bende pelik yang boleh sebabkan orang hilang keyakinan dan kepercayaan dekat kita! 

Mungkin ada yang berfikir,  buat apa fikir tentang orang lain? Payahlah asyik nak jage hati orang jerk. Mm,korang hengat korang best sangat r bleyh kate camtue? Hello boss. Hidup kita ni bermasyarakat, dalam Islam pon banyak cerita tentang persaudaraan dan ikatan silaturrahim. Jangan disebabkan ego yang bodoh tue - asyik nak tunjuk kepala sendiri, nanti last-last sekali korang gigit jari suddaa..hahahaha

Sama hal nya dengan band music nie. Yang duk dekat tengah-tengah biasanya dorang takde masalah. Depa cool, casual. Pakailah mende pape pon-orang tak kesah! Nie yang geng-geng yang dah identiti tersendiri cam nasyid, reggae ngan bapak-bapak kambing black metal nie-kalau silap attire-gile kow! Mau haru biru orang tengok! Guba korang bayangkan Saujana, Raihan tetiba pakai cam Slipknot, topeng cam haram tuh - duk bernasyid depan korang dekat konsert amal dekat padang depan mesjid! ngaaa~ tak ke cam harraam jadinya? sereeem euy!

Makanya, kalau kita gi majlis-majlis rasmi terutamanya, toksahla korang duk buat kerja gila nak bereksperimen gi pakai ala-ala gothic gittoe. dah raggae tue, reggae je laa.. nak metal, buat cara metal. ikut suasana babe. nie pergi masjid nak ngadap tuhan pon cam nak gi masok tangkap babi hutan, pecite boss?
SRi:bukan kipassussamati [V]India jerk ok!Gua Universal r..hihi

Thursday, 28 January 2010

100 Hari

28 Januari:Hari Ricuh Demonstrasi Seindonesia
Harini semua TV dengan bangganya tunjuk kedemokratisnya negara mereka! Demo dekat mana-mana sambut hari ke SERATUS pasangan SBY-Boediono memerintah Indonesia


Mungkin dah jadi budaya gamaknya aksi demo-demo nie! SRi tengok tv tadi pun, yang betul-betul faham maksud inti objektif dorang nak berdemo nie sekerat je rasanya.. Yang len tue sume tersengeh-sengeh dekat kamera. Syiox masok tv lah tue jawabnya! Hentah hape ke BEST sangatnye demo-demo nie pon SRi tak tau! 


Polis pun semuanya dah pakai bomoh gamaknya! Dah taw nak gi bertentang mata dengan hamba-hamba Allah emo ni tak pakai pelindung sapa suruh? Kan dah ada jerk yang kepala berdarah! Sedangkan demonstran pon pakai helmet, inikan pula yang nak kena lawan dengan mereka! sigh


Mm,I don't have any probleymo with those kind yang yang betul-betul berhasrat, yang ada masalah nak demo-demo ni sebenarnya. Maybe they have tried 'angel' path untuk sound pihak-pihak tertentu ni tapi cam tak berape nak dilayan. So terpakselaa pakai care nie, kut-kut laa lepas nie terbukak sket gegendang dorang tue kan. Yang jadi masalahnya geng-geng terlebih provok, main-main nie! Haduihlaa cik abang euy, korang nie memang betul-betul takde kerjaan laa. 

1-Korang dah buang masa hentahhapehape dekat tengah jalan tu
2-Korang dah buang masa orang lain juga, yang nak buat kerja amal lagi berfaedah; dah laa sedia ada jalan macet cam haram dah, nie duk kaco lalu lintas lagi.  Haghu sungguh la hangpa nie! Orang nak gi kerja cari rezeki tuk bagi anak bini makanlah!
3-Korang takmo kerja, korangnya pasallah! Takyahlaa sampai makcik-makcik jual sayur, meniage ke hape ke benda jadi sasaran keganasan korang laks.

3-Yang selalu kene tangkap geng-geng provok bangang nie laa! Yang tak taw ape yang nak dorang perjuangkan. So,after this do homework! Think first should follow or NOT? Tapi better toksahlaa

4. Bakar kertas kaen SRi bley tahan lagi, nie duk bakar tayar menatang hape ntah yang busuk lagi hitam tue plaks! Bodoh betullah mereka ini! Pastu kalau Malaysia bising jerebu, kita pula yang diserang balik sebab kunun-kununnya kita patut bersyukur sebab dorang dah "provide" kita oksigen dari hutan yang maha lebat tuh
5.Mentaliti seorang pelabur tue memikirkan keuntungan semata dan kestabilan berpolitik, keamanan sesebuah negara menjadi titik asasnya. Tapi kalau SRi kaya triliunan pun, melihatkan "kedemokrasian" mereka camnie, rasenyea baik tarik balik kut niattu! Bek sedekah dekat tabung mesjid. Lagi berbaloi!

Maleh dah la nak cerita benda-benda macamni! Dari zaman purbakala kut dah jadi macamni. Silap-silap dah tersurat dalam kamus dorang, nak jadi dewasa, gi demo dulu! 
Lantak koranglaa labuuu
SRi:Nak letak jawatan Presiden CGC ah! hahahhaha

Thursday, 24 December 2009

Fatwa Fujangga


T'lah kuterima suratmu nan lalu
Penuh sanjungan kata merayu
Syair dan pantun tersusun indah, sayang
Bagaikan madah fatwa pujangga


Kan kusimpan suratmu nan itu
Bak pusaka yang amat bermutu
Walau kita tak lagi bersua, sayang
Cukup sudah cintamu setia


Tapi sayang sayang sayang
Seribu kali sayang
Ke manakah risalahku
Nak kualamatkan


Terimalah jawapanku ini
Hanyalah doa restu Ilahi
Moga lah Dik kau tak putus asa, sayang
Pasti kelak kita kan bersua

SRi:Sang Pemimpi->Wajeebul Nunton euy! kredit to farina

MiMPi

*warning-please don't proceed your reading if you don't want to be spoiled when watching this megablockbuster movie*

Opening- 3.5 stars
Pembinaan Plot- 4.0stars
Teknik penceritaan- 4.5stars
Penstrukturan watak- 4.5stars
Closing- 3.5stars
Bonus- 3.5bentang
Konklusi- 3.91stars!


1. Sang Pemimpi, novel kedua daripada trilogi Andrea Hirata merupakan kesinambungan daripada Laskar Pelangi yang mungkin bakal diikuti rapat oleh Edensor tak lama lagi. 
2. Sejujurnya bagi penonton yang terlepas tonton Laskar Pelangi juga ga papa koq kerna sekuel ini tidak terlalu mengaitkan memori Laskar Pelangi di dalamnya, tiada lagi Lintang dan warna-warni pelangi yang lain
3. SRi cuma sempat membaca Laskar Pelangi sahaja. Mungkin gara-gara kerna SRi dah terbeli novel tersebut sebelum keluar filemnya membuatkan SRi ralat ketika menontonnya, makanya SRi mengambil pendekatan mudah hanya dengan menunggu saja filemnya keluar, dah tak beli lagi novelnya
4. Sang Pemimpi mengisahkan kehidupan Sekolah Menengah Ikal ['hero' Laskar Pelangi yang berambut kerintingtu], Aral Arai-saudara jauhnya Ikal yang akhirnya menjadi teman baik atau saudara angkatnya setelah kepergian ayahnya menemui Yang Esa dan Jimbron- anak yatim piatu muslim yang tinggal bersama pendeta, sangat obses dengan kuda dan akan gagap pabila tertarik oleh sesuatu perkara atau ketika gugup
5. Sama halnya seperti sekuel Ketika Cinta Bertasbih yang sangat banyak perbaikan mutunya, Sang Pemimpi juga tak kurang hebatnya menutupi cela cacatnya Laskar Pelangi. Sejujurnya SRi amat terhibur dengan apa yang cuba disampaikan.
6. Dengan latar belakang bukan asal keluarga kaya dan rambut keriting hebat lebatnya, membuatkan SRi terbuai dengan perwatakan yang dibawakan Ikal atau Ahmad Haikal. Banyak SRi lihat persamaan yang ada pada kami meskipun sebenarnya dari segi kegigihan dan kematangan, masih banyak SRi ketinggalan
7. Dengan senyum yang tak lekang daripada wajah ayahnya Ikal meskipun perih kehidupannya, langsung mengingatkan SRi kepada Bamuneif. 
I Miss U, Abah.. 
8. Jika pada Laskar Pelangi ada Lintang sebagai pendorong, di Sang Pemimpi-Arai pula yang memegang tampuk pemain utama dalam pembetukan kematangan pemikiran dan tingkah laku Ikal, 'jelmaan' Andrea Hirata
9. Arai-setelah ketiadaan bapanya yang tercinta, hanya tinggal keluarga Ikal saja yang masih terbau bacang-bacang persaudaraannya. Makanya dijemputlah beliau oleh Ikal dan bapanya, tinggal bersama mereka sebagai keluarga, membesar bersama-sama menikmati dunia. Dari segi kematangan fikiran dan daya imaginatif, tergambar benarlah Arai akan hakikat itu! Setiap perkara dilihatnya dari sudut positif semata. Sangat-sangat matang sehingga SRi yang sudah 22 tahun pun tak termampu bertingkah sedemikian.
10. Meskipun beliau cerdik dan rajin orangnya, kenakalan dan berkat kebijakannya; beliau, Ikal dan Jimbron seringkali membuat onar yang sering mengundang keberangan guru besarnya.
11. Filem ini amat sangat sesuai ditonton oleh anak-anak muda yang dah mulai kehilangan identiti, tujuan asal kehidupannya. Sangat terharu ketika melihatkan kegigihan tubuh kecil 17 tahun itu mengejarkan ayahnya yang berbasikal pulang setelah mengambil report cardnya tuk menyatakan keinsafannya.
12. Secara keseluruhan Sang Pemimpi sememangnya digarap dengan sangat baik. Meskipun ada beberapa kecacatan yang sempat SRi sedari, namun cara pengolahan, susun atur kamera, jalan ceritanya membuat kita tak ambil pusing itu semua. Latar belakang kehidupannya diperjelaskan satu persatu tanpa melompat-lompat. Mudah dihadam.
13. Taste kita berbeza. Mungkin akan ada ramai merasakan Sang Pemimpi ini membosankan. Mungkin.. SRi tak menafikan itu kerna  citarasa kita semua berbeza. Tapi bagi SRi Sang Pemimpi adalah filem Indonesia terbaik buat tahun ini. Sang Pemimpi sememangnya desert 2009 yang sangat menyelerakan.
14. Kehadiran Ariel Peterpan yang bersahaja, sememeh tak seperti biasa amat menepati kehendak yang digambarkan Andrea Hirata. SRi berharapkan mutu lakonannya di Paris kelak pada siri Edensor jauh lebih baik.
15. Sejujurnya SRi sempat malas menonton filem ini kerna melihatkan ketidakberapagilaan peminat nukilan Andrea Hirata ini. Tak seperti Laskar Pelangi, kalau dulu sampai minggu kedua pasti penuh saja theaternya. Tapi habis saja seminggu, Sang Pemimpi sudah menunjukkan kemerosotan daripada 4 theater yang menayangkannya kepada tinggal cuma dua atau satu sahaja. Mungkin kerna banyak filem lain yang beratur hendak masuk, jadi mereka kurangkan tayangannya. Tapi ini secara tak langsung menunjukkan bahawa filem ini kurang sambutan. Namun setelah menontonnya sendiri, WOW!! Nice~
SRi:Takde masalah jika ada yang ingin mengajak menontonnya buat kali kedua!


Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)