Saturday, 1 October 2011

Sayap

Pada suatu petang, kita berbaring di rerumputan kau menunjuk langit saat kawanan burung terbang pulang. Lalu perlahan jemarimu bergerak menyentuh tanganku, dan tiba-tiba sayap mereka mengepak jelas di dalam dada– pada suatu petang yang belum pernah ada.
Selamat ulang tahun Sayang~

Sunday, 4 September 2011

~ Mama

Pertemuan kita
hanya belasan basa-basi,
lalu sunyi.



Kubilang aku ada janji.
Aku akan kembali lain kali.

Friday, 2 September 2011

Papa

Aku di kedai kopi.
Menyesap pekat cairan hitam,
lalu tenggelam di dalamnya.

 
Tiba-tiba aku ada dalam gendonganmu,
kau menaruhku di atas kasur
dan mengecup lembut keningku.
Esoknya kita berenang bersama,
kau pura-pura jadi lumba-lumba
dan aku tertawa-tawa.


..

Kopiku habis, Papa.

Wednesday, 31 August 2011

#rasa

"merdeka! ucapkanlah dari lubuk hati kita, rasailah kesan dan nikmatnya, hargailah ia setiap masa, moga anak cucu kita juga mampu melaungkannya. merdeka!"

#dream

"malaysia without malaysians is merely a dream, malaysians without malaysia is just a crisis, malaysia and malaysians can change the world"

Tuesday, 30 August 2011

#makna

kebebasan, kesejahteraan dan kejayaan. hayati erti merdeka, perjuangan paling bermakna

Monday, 29 August 2011

#runtuh

"dari keruntuhan empayar kesultanan melayu melaka, kita tegakkan sebuah bangsa yang akan mendukung negara ke arah kegemilangan yang berterusan."

Sunday, 28 August 2011

#nyawa

"kemerdekaan, mendatanginya amat payah, menghilangkannya begitu mudah, buat rakyat malaysia, hargailah kemerdekaan ini umpama nyawa di badan sendiri!"

Saturday, 30 July 2011

Tokoh Perempuan di Kepalaku

Ingatkah kau pada tokoh perempuan dari kisah cinta yang berhenti kautuliskan? Kini ia ada di dalam kepalaku menaikkan dagu merobek-robek halaman buku.

Jemarimenari

Thursday, 28 July 2011

..Abah

Kau mulai bicara tentang kesepian.
Aku mulai bicara tentang gambar-gambar bergerak di televisi.



Kau mulai bicara tentang kerinduan.
Aku mulai bicara tentang politik yang sama sekali tak kumengerti.


Kau mulai bicara tentang penyesalan.
Aku mulai bicara tentang selebriti di tayangan gosip pagi.


Kau mulai bicara tentang angan.
Aku mulai bicara tentang segala hal yang terlalu dicari-cari.


Lalu jarum jam dinding mulai berbincang dengan detak jantung kita.

Tuesday, 26 July 2011

Friday, 22 July 2011

Hero Tanpa Heroin

Sesiapa yang menjaga matanya, akan mendapat rasai kelazatan iman

Pada satu malam, kelihatan seorang remaja cina telah masuk ke sebuah kedai makan sambil menggalas sebuah beg, lalu singgah di beberapa meja makan, tanpa dipelawa duduk, kelihatan beliau tabah bercerita kepada beberapa pelangggan kedai makan akan movie terkini di pawagam lalu membuka beg dan mengeluarkan beberapa keping DVD, rupa-rupanya remaja cina tu adalah lanun cetak rompak DVD haram.

Setelah berjaya menjual beberapa keping DVD dengan harga RM6 sekeping kepada beberapa pekerja kilang yang sedang makan nasi goreng, beliau mendekati sebuah meja yang di duduki oleh seorang pakcik berserban hijau yang sedang makan roti canai.

“Hello, Pakcik, saya ada movie terkini, gambar baik punya, DVD copy, mahu beli?”

Pakcik tu menghabiskan kunyahan roti canai lalu menelannya, kemudian hirup air teh tarik perlahan lahan lalu bersuara.

“Kalau kau ada movie tanpa pelakon perempuan, baru pakcik sanggup beli”

Pemuda cina dalam keadaan hairan, bertanya:

“Kenapa pakcik tak nak tengok perem,puan? Mereka semua cantik cantik maa..”

Pakcik tu ambik tisu untuk lap mulut dan bersuara lagi, kali ni agak keras.

“Sebab aurat wanita tu haram!, tengok aurat wanita boleh buat pakcik masuk neraka! Kalau takde movie tanpa pelakon perempuan, baik kau blah!”

Aurat? Haram? Apa ni, bisik pemuda cina, tapi beliau tabah geledah beg kandungnya lalu mengeluarkan beberapa lagi keping DVD.

“Ha, ni cerita yang pakcik cari, tak de pelakon perempuan jadi heroin.., confirm!”

Pakcik tu belek belek DVD tu dengan mencebik bibir.

“Saving Private Ryan? Kisah perang dunia kedua yang mana satu kumpulan di tugaskan selamat adik beradik Ryan yang terakhir hidup selepas abangnya semua mati?, takde perempuan? Kau jangan tipu pakcik, comfirm ada perempuan, babak mak Ryan terduduk terima surat kematian anak-anaknya, babak kerani tulis surat mati sebelum pos pada mak Ryan, tu semua aurat tu, haram!."

“Cerita ni pulak pakcik”, hulur pemuda cina tu dengan penuh sopan dan tabah.

“Ni cerita apa? Reservoir Dogs? Memang semua pelakon utama lelaki, kisah rompak kedai emas tanpa babak rompak kedai emas, tapi sebelum rompak mereka makan kat kedai, casher kedai tu perempuan, makcik gemok yang tembak mereka lepas rompak kedai itupun perempuan”.

“Cuba yang ni pulak pakcik, Shawshank Redemption.”

"Kisah orang masuk penjara kena liwat? Sebelum masuk penjara ada babak dia dengan isteri dia, perempuan, lepas tu waktu negro keluar penjara jaga kedai ada pelanggan perempuan, aurat semua tu, haram!"

“Haiya, ini macam banyak susah lo mau cari makan, tapi takpe, ni cerita harap pakcik suka. Memang confirm tak ada pelakon perempuan , semua lelaki. Ini movie baru, belum masuk panggung lagi, gambar clear, DVD copy.”

Pakcik tu pun tenung dan belek belek, sambil berbisik.

“Top Gun 2?” Hmm, pakcik tak pernah tahu ada filem hollywood tanpa pelakon perempuan. Bagus, pakcik beli.

Malam tu, pakcik tu pun dengan tak sabarnya ajak anak bini menonton filem Top Gun Part Two, sebuah filem tanpa pelakon perempuan, semangat sungguh pakcik ni mempromosikan filem ini pada anak bini suruh tengok betul betul takut ada kelibat pelakon perempuan, (jika ada, boleh claim ganti rugi) al maklumlah, tengok aurat perempuankan berdosa, tak gitu?

Malam tu pakcik tu mati serta merta depan TV sebab beliau ada penyakit jantung, apa taknya, filem tu rupanya filem:

“Gay Pornos”

Whoa!

SRi: Di akhir zaman, manusia tidak dapat lari daripada dosa, seperti orang yang berjalan menharung air tanpa mengharap setitik basah, sedang pasti kamu akan kebasahan, mengakulah dosa masing masing dalam taubat hari ini, tinggalkan fatwa kaum kera kepada mereka yang ingin senasib kaum kera sahaja.

Sunday, 17 July 2011

Selamat Ku Ucapkan Pada MU


Dalam sepi ku terbayang
Wajahmu bermain di mataku
Lantas bercucuran airmata
Berlinangan dipipiku

Mengenangkan peristiwa
Di suatu masa kita berdua
Bermesra dan saling menyinta
Namun perpisahan akhirnya

Betapa sedih betapa pilu
Melihat kau berdua di situ
Bersama duduk di atas takhta
Di hari persandinganmu

Burung-burung pun turut berkicau
Menyanyikan lagu indah
Sanak saudara sekelian yang ada
Semua turut gembira

Selamat ku ucapkan padamu
Semoga kau bahagia dengan pilihanmu
Selamat ku pinta izin pergi dahulu
Membawa diriku ke alam baru

Selamat wahai pengantin baru
Semoga bahagia ke anak cucu
Selamat tinggal oh! sayangku
Semoga gembira selalu

Who?!

To all homo sapien souls who-knows-who-I'm-referring-to, she is not a wild girl, perampas, curang atau apa-apa lagi lah yang sekawasan dengannya. Beliau adalah wanita yang sangat manis, mulia, suci hatinya yang cuma tak merasakan apa yang aku rasakan. Thats all. The End. I'm OK with it ~

#Pergi

Bagaimana lagi aku bisa menyambut pagi dengan puisi? Jika kau sang inspirasi telah pergi dari sisi...

Saturday, 16 July 2011

resah

di dalam gersang hatiku
ku merenung dirimu
hati tersentuh rindu
yang dalam tak menentu
dengarkah kasihku
getar di jantungku
inikah erti, inikah erti
resah hatiku

bilakah kau datang ke sini
di hari indah nanti
ku sanggup menunggu
tanda cinta kasihku
inikah erti, inikah erti
rinduku padamu

aku turut, aku turut bersamamu
aku jua, aku jua ingin bersamamu
aku ingin, aku ingin bersamamu jua nanti
bagaikan hari-hari dulu lagi

Thursday, 14 July 2011

Tam.maT

Hahaha.memg nak kna budak tu

Eh,jgnlah.. Hehe
Hai sayang laki nampak.hahhaha

Hehe.. Eh, berbuka apa mlm nnt?
Hati berulam jantung..hahaha
 The.End

Tuesday, 12 July 2011

#esak

"mengapa kau menangis?" tanyaku pada anak kecil itu.

"bukan, aku hanya mengajari mataku tentang getir kehidupan"

Sunday, 10 July 2011

Mimpi


Straight to the point, harini aku nak story sedikit info tentang mimpi yang aku tahu- dan sebahagiannya adalah pendapat aku semata-mata..
  1. Jika mimpi perkara baik di tengah malam, maka bangunlah dan bertahajjud sambil mendoakan agar mimpi itu makbul. Menurut Hadith, mimpi yang baik itu dari Allah, mimpi yang buruk dari syaitan.

  2. Jika mimpi buruk, bangun jugak, bertahajjud dan minta pada Allah, supaya perkara itu tak berlaku,

  3. Jika mimpi buruk dan malas nak bertahajjud, buat ‘isyarat ludah’ di sebelah kiri sebanyak tiga kali sambil beristigfar dan sambunglah tidur balik [ada dalam hadith]

  4. Jika mimpi berjumpa Nabi, Maka itu adalah Nabi Muhammad SAW, (Rujuk Hadith) sedikit cerita: baru baru ni ada beberapa kawan aku bermimpi jumpa Nabi, kawan aku tanya kepada Nabi, apakah tanda ahli shurga di akhir zaman, mengikut cerita kawan aku, tanda ahli syurga akhir zaman, Nabi bagitahu dalam mimpinya: mereka ada alas tidur di masjid. [baca: ini bukan Hadith: ini cerita mimpi]

  5. Pada pendapat aku, jika dalam mimpi korang bermimpi buat dosa, maka itu tandanya korang lemah iman, sila buat usaha atas iman dengan sungguh sungguh jika korang asyik buat dosa dalam mimpi. Orang beriman dalam mimpi pun tak buat dosa.

  6. Jika korang bermimpi buat pahala dalam mimpi sedangkan dalam dunia nyata korang banyak buat dosa, maka itu tandanya korang seorang yang suka berniat buat baik tapi tak mampu laksanakan mungkin di sebabkan pengaruh rakan atau masalah suasana, nasihat aku, sila zahirkan mimpi korang ke dunia nyata dengan cari suasana yang betul dan kawan yang betul [baca: jika tak nak masuk neraka]

  7. Jika korang bermimpi bersetubuh buat pertama kali dalam hidup, sedangkan korang tidak pernah bersetubuh, dan ketika terjaga terdapat cecair pekat wangi keputihan, itu tandanya korang sudah akhil baligh, yang mana lepas ni jika tinggal solat dengan sengaja boleh masuk neraka jika tak bertaubat. Sila jangan tinggal solat lagi sampai jadi mayat. Kalau nak tinggal solat jugak, tinggalkan solat jenazah untuk anda jer.. yang lain tak payah hihihi.

  8. Jika korang sudah baligh, tapi masih bermimpi bersetubuh atau berzina atau merogol, itu tandanya air sudah naik kepala. Tafsir mimpinya: Bila nak makan nasik minyak Bang euy?

Sunday, 3 July 2011

Call

Nak kata anak mama. Mungkin ya. Mungkin juga tidak. Sebab aku sendiri tak tahu maksud anak mama itu apa sebenarnya. Hahaha Tapi yang pasti aku rasa ikatan batin antara aku dan keluarga makin kuat sejak pertama kali mereka datang sini--aku rasa kami makin rapat sejak majlis konvo itu. Dan rasa itu sering mengundang rindu. Cuma aku je malas nak telefon rumah.

Ayat nak hilangkan risau mama mudah je--walaupun aku rasa takdalah hilang mana pun rindu dia. Biasalah--anak jantan sekor je. Tok pun aku dah lama tak call. Sian orang tua tu. Nasib baik tak bersendiri. Jenis suka bersosial. Hahahha 

Mudah saja. Aku cakap--kalau aku tak call tu maksudnya aku tak ada apa-apa masalah kehidupan. Tapi aku rasa tu semua tipu semata. Sebab bila ada masalah--mesti aku terus lenyap daripada dunia. Jangankan telefon--twitt fb pun offline. Nasib. Nasib..

Rasa nak call rumah--tapi malas. Hp tengah cass. Dah laa dah kantoi ngan mama beli hp baru. Oops. Apa aku nak cakap satgi ni? Mmm.. Susun ayat. susun.. Hahahaha

Agak. agak.. Apalah dorang tengah buat sekarang ni kan? Sibuk dengan katering kah? Ke tengah sibuk sibuk nak buang DIlah tengah laut? Biasalah--esok kan budak tu nak masuk sekolah baru. Aku pun tak tahu detail sangat. Tak interview habis lagi minah tu. Elok lah tu-Dr, Qs, Ir then last masuk jadi Chef! Nice 

Mmm.. Tak lama lagi dah sorang-sorang nak habis. Makcik tu pun target next year settle. Hopefully semua aman bahagialah takda papa masalah. Tapi gua tak risau ngan minah senget tu--dia genius. Insyaallah ok punya lah. Latest news bout gua--baru nak settel 1 sem. Lepas ni ada setahun setengah lagi-setaun praktikal setengah tahun lagi magang. Semoga semuanya baik lulus cemerlang takda nak kena remed remedial sudah. Aamein~

Hati? Hahahaha Single but not available. Masih belum tiba masanya. Tapi susah eyh main dengan jiwa ni. Tetambah lagi bila rasa dah cam rojak--sekejap rindu, sekejap cemburu. Owh Tuhan saja yang tahu seksanya. Ahaks 

Papehal--selamat menikmati minggu Anda! Esok dah nak masuk kerja lagi. Sayangi mereka yang disekeliling. Love uols! daa~

Friday, 1 July 2011

semput

Apa kau tau betapa hancurnya hatiku pabila ku tau kau rapatkan dirimu pada si dia itu kebelakangan ini? Ku tau kau tak tahu. Yakin aku itu. Rasa menangis hati ini malam ini mengenangkan hal itu. Betapa kau melayani dia sama persis seperti kau pernah malayani ku suatu ketika dulu.

Owh Tuhan. Aku mohon kasihanMu--jauhlah rasa ini. Rasa perih yang sering merenggut nafasku sehari-hari. Pedih. Mahkota ku kini beralih arah pergi.  Tidak yang dulu lagi.

Saturday, 25 June 2011

#back

Loving someone who doesn't love you, its noble. But it'd be much better loving someone who loves you back.

Wednesday, 22 June 2011

#senyum

aku sedang tersenyum kepada seseorang yang sedang tersenyum di ingatanku.

Tuesday, 21 June 2011

#puzzle

Your LIFE is a PUZZLE, don't waste your time trying to place people where they don't fit.

Sunday, 12 June 2011

Bold Touch VS SE Arc

Mesti ramai yang pelik kenapa saya lebih banyak guna Sony Ericsson M600i daripada N86 Nokia. Tu semua gara-gara dengan bangga nya beliau gi surfing kat laut tahun kelmarin. Hahahhahha

Sejak hari tu--beliau sering sakit sampai satu tahap--butang # tak boleh nak tekan. Cemana nak men twitter kalu tak bley nak berhashtag ye tak? Makanya den pakai lah my lovely M600i tu. Best! Sebab dia ada QWERTY dan touch screen. Senang sikit kehidupan nak berTwitterans.hihi

Memandangkan N86 saya duk asyik buat hal je. Makanya haruslah diterpaksakan diri dicarikan penggantinya kan. Sebab saya dulu beli N86 pun--gara gara kagum sangat dengan dia punya kamera. Tapi lepas beli--ada kekecewaan yang jelas terbungkam dalam jiwa. Everytime nak snapp photo--keceng kecenggk! Tak reti diam btoi. Sebbek takde Dr dalam dewan periksa tu--kalu tak mau kena tendang gua duk amek gambar exam paper. Oopss~

Jadi sekarang ada dua henpon yang berjaya mengaet mata ni. Pertama Sony Ericcson ARC-Android. Yang kedua Bold Touch 9900-Blacberry. Dua dua memiliki kehebatan yang tersendiri.

BB wajiblah keunggulan nyatanya BBM kan. Pepaham je lah--saye kan chatingerz tegarzz!! Haruslah BB sangat dekat di hati. Tapi sebab dah terbiasa pakai M600i yang ada touchscreen--maka, siri siri BB yang ada sebelum ni semuanya memang tak berapa nak berkenanlah di hati-sebab depa semua hanya ada QWERTY. Storm--Touchscreen semata. Torch-keypad dia tak best.

Tapi Bold Touch nie lain-bukan saja ada touchscreen dan QWERTY! Dia turut dikuasakan dengan enjin 1.2 GHz processor, 8 GB of onboard memory, 720p HD video recording, dual-band Wi-Fi®, built-in compass (magnetometer) plus Near Field Communication (NFC) technology. Memang smartphone habis lah!


Image courtesy of BlackBerry.

Tapi masalahnya--harus ke gua tunggu sampai bulan September nanti?? Aduuuuh.. Lama gila kots ~ Saya nak sekarang!! Hahahhaha

Pilihan kedua--atau yang hakikatnya bertakhta di hati pertamanya-Sony Ericcson Arc. Also known as Sony Ericsson Anzu or Sony Ericsson X12. Adik dia Sony Ericcson Neo. Dah rekabentuk sangat sexy--siap ada kamera 8MP lagi. Sesuai sangatlah tuk ganti tempat N86 kesayangan tu. Best!! 

Gua memang niatnya nak cari Android. Bukannya apa---sebab nak sumbat semua ebook sebenarnya. Mudah sikit nak belajar. Tak payah berat-berat bawa buku ke hulu ke hilir. Kagum dengan iPod Touch Sanjeev sebenarnya. Lepas dia tunjuk kat gua--semua buku buku yangada dalam tu--terus gua terpanggil nak cari phone baru. Nak sumbat semua benda tu.
Lepas tu gua rasa lagi best men Twitter ngan Android@BB--bukannya apa. Nampak lagi cool and smarter. Especially bila nak update--tengok latest timeline. Barulah meriah sket--sikit sikit hapdets. RT! Hehehehhe 

Tapi sama seperti Bold Touch--meskipun ARC dah lama launched--stock dia selalu habis. Gara-gara tsunami kelmarin. Makanya semua kena delayed. Production stuck!
Semoga walauapapun pilihan ku nanti--aku berharap sangatlah berbaloi. Bukannya apa--henpon ka, leptop ka--semuanya pakai duit sendiri. So, kalu mengecewakan jua--mati lah saya kekeringan. Dan seperti biasa--abah mama maupun adik adik gua memang tak tahu dilema yang bermain dalam pala ni. Kalu tau--abis gua kena basuh. Haii--banyak sangat duit nampak! Hahahaha
SRi:Lambat lagi lah jawabnya nak sunting anak dara orang camni jawabnya.Haha

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)

Recento Vizitores