Monday, 30 May 2011

Sunday, 29 May 2011

#bisik

Angin tampak mengetuk jendela, membiarkan embun tertinggal disana, lalu tersenyum dan berlalu -harusnya ia tak datang- bisiknya perlahan

Thursday, 26 May 2011

#sampah

Setinggi apapun kamu sekolah. Sejauh apapun kamu melangkah. Tanpa Budi bahasa, kamu sampah

Wednesday, 25 May 2011

Tuesday, 24 May 2011

#hujan

Cinta adalah aku, yang setia menantikan hujan berkabar tentang mu.

Sunday, 22 May 2011

Sendiri

"Semoga engkau baik-baik saja.." 

Lalu daun-daun menggugurkan diri dan ranting dengan fasih menuliskan kenangannnya sendiri. Kenangan yang telah meminjamkan nafas buatan, buatkannya hidup sedetik lebih lama dari semalam. Kenangan yang membuatkan jantungnya kembali bernyawa penuh debaran menikmati getir ketidakpastian.  Ketidakpastian dalam kehidupan.

Di atas kerusi malas itu dia berayun sendiri. Perlahan. Melirik titi-titi sepi. Menikmati daun luruh menerpa pantai senja hari. Ombak sahut melambai. Setia berdampingan. Datang gelombang, pecah. Gelombang datang, pecah. Tertib ikut sabda Tuhan

Rebah rindu di dada lagi. Sendu mencipta rupa gerimis. Terkenangkannya peristiwa lalu. Berlari anak-anak kecil menerjah gigi air. Dipecahnya buih buih cinta Sang Pencipta kaki-kaki munggil itu. Gelak gegak gempita memecah hening senja. Di pantai yang sama. Disaksikan daun nyiur melambai. Cinta mereka terurai.

Ada kalanya ingin dibawanya dia berbasikal di langit. Di mana tiada penghujung, belokan yang membuatkannya kehilangan dia. Ingin dipeluknya dia, seperti tak ingin berjarak. Berjarak dari keindahan. Hangatnya cinta berdua.

Sesak dia tiba-tiba. Memikirkannya tega bertingkah sedemikian rupa. Senja yang sangat memerihkan. Tidak seperti malam-malam sebelumnya. Ceria mereka membincangkan masa depan. Bergaduh siapa yang harus mengajar anak mengaji. Bertepuk tampar memikirkan perihal cucu cicit.

"Pulanglah, Sayang. Masakan ini masih akan hangat, meski tengah malam kau baru tiba"' desah dia sendiri. Ditemani sang mentari. Mentari pun tak lama lagi kan berlalu pergi. Hilang di sayup-sayup kesepian desis-desis ombak menghempas pantai. Tak lagi dirasa ritma itu menyenangkan. Makin merobohkan iman adalah. Geram. Dia bangkit tinggalkan laman usang itu sendiri. Tiada berpenghuni. Hanya ditemani bayu hembusan dingin Sang Ilahi.

Assalamualaikum warahmatullah. Assalamualaikum warahmatullah.. Salam diucapkan penuh kekhusyukan. Wajahnya diusap perlahan. Tangan ditadah, memohon perlindungan, cahaya daripada Tuhan yang Maha Bijaksana. 

"Oh Tuhan, kumohon ciptakan manusia dengan dua hati. Ketika yang satu mati rasa karena patah hati, aku masih bisa hidup sendiri", disabdakannya penuh pengertian dan pengharapan. Dilipat kemas sejadah, ditaruk di sudut taubat samping jendela. Hela sebentar menarik nafas dalam. Perihnya semalam masih mengular di dadanya. Tarik nafas dalam dalam lagi. Disandarkan kepala di tiang seri, memohon kasih Ilahi tenangkan jiwa seketika. Alhamdulillah...

Pejam matanya menanti mentari menjemput subuh pagi. 

Sendiri. Temannya hilang pergi. Bertemu Ilahi.

SRi: Di dalam dadaku, kau tak pernah pergi, hanya bersembunyi dari ancaman-ancaman kecemasanku sendiri.

Friday, 20 May 2011

bahasa terindah,

Yang diucap dalam bahasa terindah,
Jawapan yang bertanya didengar nabi,
Antara kagum dan khusuk setiap ayatnya,
Lereng gunung menjadi amat sunyi,
Suara sajak tegas bergema,
Disampai arah berkias maksud serentak,
Tapi jelas intinya,
Tidak sedetikpun Allah menghindar,
Atau mencemuh nabi disisi segala didoa,
Dipenuhi segala yang dipinta tulus dan,
Penuh baraqah,
Yatim ia tak berlindung,
Tidakkah tersedia juga bumbung baginya.
Awal begitu bergantung,
Kini tidakkah merdeka,
Bebas hidupnya.

~ Dato’ A Samad Said

Wednesday, 18 May 2011

Sofa

Aku tak tahu sejak bila suka sangat tidur kat ruang tamu. Tapi aku saspek sejak zaman sekolah lagi lah gamaknya. Sebab sedar sedar aku terjaga gara gara kena rembat ngan Cikgu Atan. Adooiii!!!

Aku ingat semua itu terhenti selesai kat Cikuda jah. Rumah lama aku dekat Jatinangor, waktu aku belajar teori dulu. Sebab sebulan dua bulan pertama aku kat Sukagalih, Villa Intan -- rumah aku sekarang dekat Bandung ni-aku biasa tidur dalam bilik jah. Tup tup sebulan terakhir aku kembali terbongkang atas sofa kat ruang tamu tu. 

Tak tahu kenapa--aku lagi senang terlelap kat sana. Selesa sangat kot. Kesian kat geng serumah yang nak duduk tengok televisi -- maen leppie terhalang hajatnya, kurang selesa gara-gara ada aku kat situ. Maunya tidak--sofa panjang tiga tempat duduk tu jadi tempat perbaringan aku! Terbatal niat dorang nak layan TV

Tapi aku suka dorang--dorang tak pernah reti merungut. Aku sayang gila dekat dorang. Sebab tu aku tak berapa nak reti nak berkira ngan dorang. Dorang pun tak pernah nak berkira ngan aku. Cool gila! Cakap jah nak apa--mesti ada jah yang bakal kabulkan.

Hidup aku tak terbayangkan tanpa kehadiran bebudak rumah ni. Lebih besar lagi--kekanak Cikuda yang dah jadi keluarga Sukagalih kini. Maaflah mama, abah, adik adik--abang bukannya tak ingat kat korang, Tapi kekanak ni tak pernah biarkan abang terasa sendiri. Dalam kata lain, dorang sayang abang cam korang semua sayang abang. Sampai terkadang abang terlupakan erti rindu tuh.

Sebagai penutup--saya memang suka tidur dekat sofa depan TV dan saya telah menemukan alasan untuk beli TV baru.
SRi:Kagum dengan TV besar kat ruang Konsulen Obgyn. Nak beli satu lah!!

Sunday, 15 May 2011

Hikayat Sang Kabayan

Tersebutlah alkisah sang kabayan tiadalah bertemu raga jiwa tiga hari tiga malam penoh purnama bertandang. Berlaralah hati di bawah air jatuh sana. Hakikat sadarlah cuma ceritera kelam tiada hitam berputihlah mata. Sana sang kabayan berdiamlah dia. Bertapa

Dipersiaplah sudah tiga lengkap persalinan tuk dipersembah. Namun daya tak tercipta, kail sejengkal laut dalam tak terduga, peluklah lidi dia ketawa. Jelas bahaknya berair mata. Tiadalah terdengar dek kabayan yang lain jua. Karna mereka lain lain dunia. Tiadalah perantara.

Si kabayan larilah lalu bertapa pergi. Lara hati dibawa pergi. Mengobatlah luka berdarah kembali. Bertapalah bersendiri

Gunung dipeluk hajatlah cuma. Tiadalah tercipta jua hakikatnya.

Larilah si kabayan hati lari. Beronaklah berduri rotan cakari. Tiadalah tegal bisa menular api. Mengular mengakar terbakar diri. Habislah hati dimamah sepi. Tiadalah terdaya sang kabayan lagi. Terus berlari kabayan berhenti. Tunduk sepi tiada berpenghuni.

Bersemayamlah si kabayan tiadalah lari lagi henti. Dinilai hari hari sesali lalulah pergi. Khawatirlah hari mendatangi. Tiadalah sempat disyukuri ini hari. Nikmat Ilahi tiada sempat disedari. Rohani ternoda tiadalah tenang lagi. Sungguh terlupalah kabayan akan Sang Ilahi. Penjaga langit dan bumi.

Berderaplah mutiara suci perkosalah dara bumi. Hitamlah putih tiada lagi. Ternoda kisah ceritera hati. Terbanglah pergi mencari. Dua jiwa bersatu mati. Tiadalah guna dinanti lagi.

KOREAN CUISINE@Food Junction, Midvelley

Ever wonder where to find korean food??? Then wonder no more....cewah...hahahhaha There's a food court in Mid valley that offer a variety of food from nasi kandar to nasi campur to japanese food. Usually I eat sizzling when I'm there but then one day my friend introduce me to the korean food, I've been in love ever since....<3.. Located on the 3rd floor of Mid Valley, the name is Food Junction. Just go to the korean cuisine stall and check out their menu. I had Chicken  Bi Bim Bap (RM13.90) which is Korean mix rice with a lot of vege (timun, carrot, cendawan, taugeh and 'green lefy vege that i forgot what it is'). They served it with seaweed soup.



Chicken Bi Bim Bap

They offer a lot of other stuff like Dukbokki (Spicy Rice Cake), Ramyun, and Korean Pancake. Just check it out for yourself whenever you're there.

My friend had a Japanese dish. Got skewered sausage, chicken and saba fish. Served with rice,miso soup and  cabbage salad.


 There's a lot of good food here at the Food Junction food court just try them and have fun doing it, if doesn't  suited with your taste then reject it and move on to the next menu next time....^_^

ps: craving for mee bandung muor rite now!...poskan please.... >_<

Saturday, 14 May 2011

Dalam librari

Dalam librari
aku tersengguk
seorang tua
tersenyum menegur:
Tak guna
membuka buku
menutup mata.
Kan elok
menutup buku
membuka mata?
Mulai esoknya
dalam librari
ku tak pernah
tersengguk lagi
walau orang tua
sudah lama
tiada kusua
Dalam librari
kini ku membaca,
mataku sering
ke kerusi orang tua
yang sudah tiada
~ A. Samad Said

Wednesday, 11 May 2011

Friday, 6 May 2011

#moviereview

Pada pagi Jumaat Penghulu segala hari yang mulia ini ~ saya memohon seribu kemaafan terutama yang direct massage me atas kelamaan membisunya ruangan ulasan filem terbaru--mana yang best mana yang kongs. Polisi baru Indonesia yang memperberatkan kemasukan filem filem asing ke bioskop menyebabkan ketandusan filem baru untuk  diulas. Terima kasih atas keperihatinan dan sokongan Anda semua selama ini. Amat saya hargai dengan sepenuh ikhlas hati. Selamat menikmati hari hari Anda!

#obgyn

Gua ngah lepak kat dept obgyn sekarang. overall ok jah. nothing too interested and not too bored neither.sekarang dekat stase nifas--bahagian 40 hari orang pas bersalin. dalam kata lain bila korang dah lepas beranak--kira lepas tu korang masuk dalam ward tu lah pula. relax istirahat sebelum dibenarkan pulang sambung melepak dekat rumah

kalu tak berapa nak ada apa apa komplikasi berat--tak sampai sehari korang dah boleh chow dah. tapi kalu duk berdarah tak sedap badan jah memanjang---memang kena tahan lah jawabnya.
ada orang tanya susah ke belajar medic ni? bagi aku tak kiralah ilmu apa pun--nak ikutkan semuanya berat. tapi yang lebih memberatkan belajar perubatan ni sebab korang pegang tanggungjawab atas setiap nyawa insan yang datang berubat. makanya terpaksa lebihlah sikit beban dia bila nak dibandingkan dengan yang lain

kalu jurusan yang lain--salah sedikit mungkin masih boleh diperbaiki selekas mungkin atau tidak mengakibatkan kerosakan fatal. tapi akalu bercerita bab nyawa orang ni--ko termenidakkan kesterillan pun boleh mengambangkan maut di mata pasien tu! oleh itu harus lebih particularlah dalam setiap perkara--tak berapa nak boleh main malas malas sangat. harus terus semangat

tempat belajar aku dia bahagi dua--teori 4 tahun. 2 tahun praktikal dekat hospital. zaman teori sangat berbeza dengan praktikal. teori kebanyakan hanya baca untuk ujian dan disinilah masalah banyak muncul. senang masuk senang keluar. bila ditanya semuanya pakat terkebil kebil cam cicak mati tiada ekor

bagi gua yang memberatkan adalah part dua tahun praktikal kat hospital tu. bukannya apa--kalu dulu gua belajar macamtu jah--untuk esok [baca:ujian] tapi bila dah masuk hospital--mentaliti sedemikian memang dah tak boleh pakai sudah. harus lebih serius. nyawa sudah mulai dipertaruhkan dalam tangan kita. masa lebih banyak dihabiskan kat hospital daripada di rumah walaupun hakikatnya ko duk kat sana banyak melangut jah.

jadi kesimpulannya--aku tak rasa nak suh anak gua amek medic juga nanti. serius aku tak berapa nampak nak ada life sangat especially bila hidup ko dekat hospital bukan cuma di siang hari tapi sampai malam minggu pun ko kena lepak kat sana. dah berapa minggu dah hah aku tak dapat pergi CFD gara gara kena on-call malam sabtu! tensi gua.
SRi: Bertekad nak gi CFD gak this week!

Wednesday, 4 May 2011

#tawa

Mungkin cinta adalah, bocah-bocah yang berlari di jalanan, TERTAWA bersama, menikmati liburan

Tuesday, 3 May 2011

#first

Ladies: Before you go searching for a good man make sure that you are a good woman first.

Sunday, 1 May 2011

Ombak

Ombak yang menjamah
kakiku sekali
takkan dapat
kukenali lagi.

~ A.Samad Said
Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)

Recento Vizitores