Wednesday, 29 April 2009

UMNO+PAS=???

Sri dengar ada orang UMNO yang bertanya,”Mengapa UMNO nak bersatu dengan PAS?”. Penyokong PAS soalan yang sama juga ditimbulkan, “Perlukah PAS bersatu dengan UMNO?”.

Kedua-dua parti ini telah berjuang bermati-matian dalam pilihan raya umum yang lepas, dan selepas itu perang mulut antara mereka bersambung semula. Tak ada tanda reda dan tak ada pula usaha untuk berdamai antara keduanya. Tiba-tiba kedua-dua parti politik ini cuba hendak bersatu. (Bersatu dan berdamai tak sama ertinya, Ok!)


Tak jelas sebenarnya siapa yang hendak bersatu. Dalam
drama ini kita saksikan drama ‘hidung tak mancung pipi tersorong-sorong’. Tapi tak jelas siapa yang hidungnya tak mancung dan pipinya tersorong-sorong. Bukan ke UMNO dan PAS pernah bersatu dalam zaman Tun Abdul Razak dahulu, kemudian bercerai talak tiga? Dan usaha untuk rujuk semula sememangnya tampak gagal sejak awal lagi, sebelum perundingan atau dialog bermula lagi.

Daripada perbualan Sri dengan beberapa teman dari UMNO dan tak kurang juga dari penyokong PAS, dapat disimpulkan tiga teori mengapa usaha ini sejak awal lagi gagal.

.:Pertama, pihak pro-UMNO menuduh PAS menggagalkan usaha itu dengan meletakkan beberapa syarat yang tak dapat diterima oleh UMNO.
.:Kedua, pihak pro-PAS berkata PAS menaruh syak wasangka bahawa kesediaan UMNO untuk berdialog dengan PAS tentang soal perpaduan Melayu merupakan ‘jerat’ UMNO untuk melemahkan pengaruh atau daya tarik PAS sebagai parti pembangkang atau parti alternatif kepada UMNO.
.:Ketiga, PAS mungkin berasa yakin dengan kedudukan dan pengaruhnya khusunya dalam kalangan orang Melayu-Islam – begitu yakin sekali sehingga mampu meletakkan syarat-syarat itu, kalau bersetuju, perundingan boleh dimulakan, kalau tak, lupakan saja usaha ini.
Wallahualam~

L.E.M.A.H

Ada orang,baik dari khemah PAS maupun UMNO (atau bukan dari kedua-dua khemah) menganggap bahawa UMNO sekarang cuba memperkuat atau menyelamatkan dirinya melalui ‘gabungan’ atau ‘perpaduan’nya dengan PAS. Pendapat ini berdasarkan anggapan bahawa UMNO sedang mengalami pelbagai kelemahan untuk terus bertahan.

Banyak orang berpendapat salah satu sebab utama mengapa pengaruh PAS kian merebak dalam kalangan orang Melayu ialah kelemahan UMNO itu sendiri, bukan karena PAS punya dasar alternatif yang lebih menarik untuk memerintah negara pelbagai etnik, agama dan budaya ini.

Bagi kebanyakan orang, UMNO masih dianggap sebagai parti yang mempunyai dasar dan ideologi yang baik untuk orang Melayu dan semua rakyat Malaysia, tapi sejak beberapa tahun mutakhir ini dilihat kebanyakan orang Melayu telah dirosakkan oleh cara-cara pelaksanaan yang salah , yang lemah, tidak tegas, tidak cekap, tidak amanah, dan yang dilakukan demi kepentingan UMNO tidak untuk orang Melayu.

Jika inilah ‘kelemahan’ UMNO, maka cara bagaimana parti ini dapat menandingi pengaruh PAS adalah dengan memperbaiki cara pelaksanaan dasar dan ideologi politiknya, memperbaiki rekod moralnya dan memastikan hanya orang UMNO yang ‘bersih’, yang cekap, yang tidak mementingkan diri sendiri sahaja yang dipilih untuk melaksanakan dasar itu.

Jadi jikalau UMNO dapat memperbaiki imej moralnya dan dapat meyakini rakyat bahawa parti ini tidak akan merosakkan kepentingan bangsa Melayu dalam bidang apa pun, Sri kira parti lawan, baik PAS maupun Pakatan Rakyat umumnya akan kehilangan modal yang banyak untuk mengkritik UMNO lagi.

SRi:Jikalau hal ini berlaku,UMNO mungkin dapat memberitahu PAS kami tidak memerlukan anda lagi, atau kami tidak perlu ‘bersatu’ dengan anda.

Tuesday, 28 April 2009

Udang Di Sebalik Maggi

Soalan yang masih perlu ditimbulkan ialah:Apakah tujuan perpaduan UMNO-PAS itu? Jikalau tujuannya ialah untuk menyatupadukan bangsa Melayu seluruhnya, maka kita dah buat andaian yang tak semestinya benar. Orang sering kali menyangka bahawa jika mereka menyokong satu parti politik Melayu sahaja,mereka akan menjadi bangsa yang kuat dan kalau berbeza-beza, mereka akan berpecah dan lemah. Tapi dapatkah kita katakan orang Melayu yang menyokong UMNO atau PAS bersatu padu dan kuat? Tak semestinya kan. Anggota UMNO juga berpecah-pecah dan sering membentuk khemah kecil masing-masing dalam UMNO. Dan hal ini juga tak terkecuali untuk parti-parti politik yang lain.

Di negara lain seperti Britain dan Amerika Syarikat,penyokong parti terbahagi kepada dua parti, Parti Buruh (Labour) dan Parti Konservatif (di Britain) dan Parti Demokrat (bukan Indonesia punya) dan Parti Republikan (di Amerika Syarikat), tetapi rakyat di Britain dan US (yang berkulit putih terutamanya) tidak berpecah di peringkat kebangsaan, peringkat yang lebih tinggi daripada peringkat politik kepartian atau politik kabilahan.

Walaupun mereka menyokong parti politik yang berlainan dari segi orientasi dasar politiknya,mereka tetap mengongsi visi bangsa dan negara yang sama, berdasarkan prinsip-prinsip asas, fundamental yang sama, yang tak boleh dirosakkan atau dikorbankan oleh mana-mana parti politik atau kerajaan, seperti prinsip keadilan undang-undang atau keadilan ekonomi dan sosial. Kerajaan mereka memerintah menurut kehendak rakyat, bukan menurut kehendak ketua kerajaan atau kepentingan anggota parti politiknya.

Namun,di beberapa banyak negara membangun, demokrasi seperti ini tak selalu diamalkan, akibatnya seringlah berlaku perpecahan perpaduan dalam kalangan rakyat yang menyokong parti-parti politik yang tidak berjaya bersatu melalui persefahaman yang sama terhadap prinsip-prinsip asas yang sama untuk kepentingan rakyat, tidak kira apakah parti yang mereka sokong. Dan kalau terus berlangsung sebegini rupa, kiamat pun tak tentu lagi kita kan berdiri bangga sebagai bangsa yang terbilang dan ternama!

Caranya Salah!!

Kebanyakan orang Melayu-Islam yang tidak punya apa-apa teori politik melihat drama kegagalan memulakan dialog perpaduan UMNO-PAS itu bukan dari segi kepentingan UMNO atau PAS tetapi dari segi kepentingan umat Melayu-Islam di negara ini keseluruhannya, umat yang selama ini memang jelas berpecah belah oleh parti-parti politik yang memperjuangkan ideologi dan dasar parti masing-masing. Bagi mereka pendekatan yang lebih terbuka patut digunakan oleh kedua-dua pihak, berdasarkan semangat ukhuwah dan tasamuh(toleransi) Islamiah. Ini usaha untuk mengeratkan persaudaraan antara orang Melayu-Islam.

Salahnya cara UMNO-PAS ialah mereka tak merisik-risik dahulu secara senyap-senyap, secara tertutup. Sebaliknya kedua-dua pihak itu menggunakan media massa, surat khabar dan televisyen untuk mendedahkan hasrat mereka dan menentukan pendirian masing-masing melalui media. Jadi belum apa-apa, kedua-duanya yang dah setuju untuk berdialog atau berunding, sudah bertengkar dan kata-mengata di khalayak umum.

PAS meletakkan syarat. UMNO tak mahu terima syarat-syarat itu. Orang PAS menuduh UMNO ‘pencuri’. Tentulah UMNO melenting! Macam cara Yahudi atau Israel; mereka menuduh orang Palestin atau PLO sebagai pengganas. Ini bukan cara orang Islam. Ini cara samseng, cara orang yang tak beradab atau biadab! Cara orang Melayu-Islam lebih beradab, lebih tertib.

Bukankah elok misalnya para pemimpin tertinggi daripada kedua-dua pihak mengadakan pertemuan bersemuka secara tertutup di rumah Presiden UMNO atau PAS, masjid-tanpad TV,tanpa wartawan. Selepas itu jikalau tak bersetuju meneruskan rundingan, barulah dikhabarkan kepada umum dengan baik dan tertib, tanpa menyinggung mana-mana pihak.

Jikalau usaha ini mahu diteruskan juga atau dicuba lagi, ubahlah caranya. Gunakanlah cara yang lebih bijaksana, berdasarkan semangat dan budaya Islam. UMNO dan PAS tentu mempunyai matlamat, dasar dan wawasan yang sama. Tidakkah lebih baik jikalau persamaan ini dijadikan asas untuk bertemu di meja perundingan dan permuafakatan.

Perbezaan ideologi antara kedua-dua pihak pasti ada, tetapi kalu perbezaan ini dibesar-besarkan, sampai bila pun perpaduan UMNO-PAS takkan tercapai. Kalau perpaduan tak tercapai, sekurang-kurangnya dicari formula untuk berdamai. Perdamaian berlaku apabila kedua-dua pihak memahami pendirian masing-masing yang berbeza dan mencapai permuafakatan untuk bantu membantu dalam hal-hal yang dipersetujui bersama untuk kepentingan bangsa, agama, sastra dan negara!

SRi:Bersekutu Bertambah Mutu

Friday, 24 April 2009

Gerbang...

Mungkinkah kali ini akan berakhir segala derita yang aku lalui. Mungkin juga kali ini akan bermula episod indah dalam hidup yang bakal aku langkahi.

Entahlah!?

Dia tatap wajah itu-wajah yang membawa sinar di dalam hidupnya lewat kebelakagan ini. Mampukah wajah itu terus mementarikan langit suramnya. Menerbitkan pelangi di kala mendungnya? Meniupkan bayu di waktu rembang senja. Mendamaikan mayapada jiwanya….

Mampukah?

Sekian lama ditutup hati yang luka, namun, kini sedikit demi sedikit dibukanya. Dibiarkan cahaya cinta itu menerangi tabir gelap yang sekian lama meraja di kamar hatinya.

Terima kasih….

Dia sebenarnya tak sabar untuk menantikan saat disatukan dengannya. Menjadikan wanita itu isterinya yang sah. Biarlah gerbang perkahwinan mengakhiri episod cinta ini. Dia tak mahu lagi menunggu lebih lama kerana khuatirkan dugaan yang tak menentu. Dah terlalu banyak liku yang digagahi, dilangkaui-takut kali ini tak lagi mampu untuk menentangnya. Lalu tewaslah dia sebelum dapat menyunting bunga ke taman hatinya. Dia tak mahu perkara ini terjadi. Tidak sesekali. Nauzubillah!

Kepada Tuhan, sering dia mintakan agar tak lagi ada halangan atau apa jua rintangan. Dia terlalu serik. Dan, yang paling ditakuti-kematian! Telah terlalu banyak dia kehilangan insan tersayang-sehinggakan dia sendiri meminta agar nyawanya menjadi galang ganti. Tapi kalau dikaitkannya semua kematian itu sebagai sial atau badi… semua itu adalah kepercayaan tahyul yang hanya membawa dosa….

Walau apa pun… tak sampai sepurnama pun lagi… segalanya akan menjadi indah… seindah cahaya purnama yang menerangi langit suram malam ini….

SRi:Jiwaku berbaur gumbira dan curiga…

Thursday, 23 April 2009

Kota Melaka

Sering kali kita dengar orang kata apa-apa yang ditinggalkan oleh sejarah hanya merupakan kenangan tak dapat digantikan atau dibuat apa-apa lagi. Ini sama sekali tak tepat. Sejarah bangsa meninggalkan dua jenis harta yang cukup besar nilainya kepada bangsa generasi berikutnya.

Pertama ialah ‘harta’ dalam bentuk pelajaran yang penting dipelajari atau direnungi oleh generasi bangsa kemudiannya. Jika pelajaran yang ditinggalkan itu baik, maka perlulah generasi berikutnya mempelajari, mencontohinya, mengekalkan dan seterusnya memperkuatkan tradisi yang ditinggalkan. Jika tak baik, lainlah pula caranya. Kenalah belajar dan ambil iktibar. Takkanlah kita nak biarkan diri dijajah lagi?

Harta sejarah bangsa adalah harta yang ditinggalkan oleh nenek moyang Melayu dalam bentuk seni dan kesusasteraan bangsa, baik dalam bentuk fizikal maupun dalam bentuk yang tak tertangkap dek mata namun hanya mampu difahami, dihayati dan dipelajari isi dan maknanya melalui fikiran yang tajam, halus dan mendalam. Harta pusaka fizikal termasuklah seni binanya dan segala motif yang tertancap di dalam rekabentuk rumah tradisional, istana Raja Melayu dan sebagainya.

Apabila Melaka diserang Portugis dan menduduki negeri itu lebih seratus tahun kemudian digantikan dengan Belanda dan kemudiannya Inggeris, imej Melayu di negeri itu hampir-hampir lenyap, dihapuskan. Kini kita pula terpaksa membina replika Istana untuk ditontonkan kepada anak cucu dan pelancong luar nak tunjukkan bahawa di Melaka suatu ketika dulu ada Istana Raja Melayu yang memerintah selama lebih 100 tahun sebelum penjajah Portugis memusnahkannya.

Nasib baik bentuk istana itu dirakamkan melalui karya Agung Melayu, Sulalat al-Salatin atau Sejarah Melayu. Tetapi itu replika sahaja, bukan yang asal seperti bangunan A’Famosa, gereja St. Paul dan bangunan Stadhyus. Entah mengapa kita juga menghidupkan semula sejarah serangan Portugis di Melaka dengan membina replika kapal perang Portugis yang menyerang Melaka. Inilah yang menghantui benak Sri sejak zaman kanak-kanak lagi.

Namun disebalik tongkang itu, tak pula kita hidupkan sejarah orang Melayu Melaka yang berjuang menentang penceroboh Portugis itu, dan bagaimana ‘tali barut’ orang asing yang berada di Melaka pada ketika itu memberi maklumat untuk memudahkan askar-askar Portugis mendarat di Melaka. Kita juga tidak menghidupkan semula keberanian Melayu Johor yang membantu askar Belanda merampas Melaka dari tangan Portugis.

Lekeh sangatkah kita zaman dulu? Malukah kita dengan moyang kita yang berjuang bermati-matian dengan tulang empat kerat tanpa pistol dan meriam demi kelangsungan keharmonian hidup kita hari ini? Haruskah kita berbangga dengan sejarah hitam dijajah orang? Kesilapan mereka kita jadikan teladan, namun semangat patriotisme yang dikibarkan kita ambil sebagai pedoman kehidupan seharian.

SRi:Tak tau lagi bila nak sambung cerita tentang Islamic Architecture tue?
[bile kite nk bukak hamper tue weyh??hahahhahaha]

Sulalat al-Salatin


Walaupun kota Melaka telah roboh digantikan dengan A Famosa dan Stadhyus, sejarah dan tamadun Melayu Melaka telah meninggalkan pusaka yang cukup berharga dari segi nilai sejarah, budaya, kesusasteraan, sistem pemerintahan, dan tatacara urusan perdagangan di perlabuhan. Pusaka ini ditinggalkan dalam bentuk dokumen besar, iaitu karya Sulalat al-Salatin atau Sejarah Melayu.

Dokumen besar budaya dan tamadun inilah yang tidak termusnah oleh zaman, oleh penjajahan. Ia kekal sebagai saksi sebenarnya kebesaran bangsa Melayu, di samping segala kelemahan moral peribadi beberapa raja yang memerintah sehingga menyebabkan negara atau empayar yang masyhur itu lemah lalu terdedah kepada segala tipu muslihat saudagar asing yang menggunakan rasuah untuk melagakan raja dengan bendahara dan akhirnya empuk dimakan sang Portugis.

Dokumen ini menjadi bahan kajian puluhan, ribuan mungkin para sarjana daripada pelbagai bangsa sejak abad ke-19. Malangnya, warisan ini pun nampaknya makin lama makin tak dikenali secara serius oleh generasi Melayu hari ini. karya seagung-dan karya yang setarafnya-tak dijadikan bahan bacaan wajib sistem pendidikan negara dan para pegawai kerajaan yang seharusnya menguruskan pentadbiran negara tak cuma berdasarkan ilmu pengurusan yang diajarkan oleh orang lain, tetapi semestinya juga berdasarkan ilmu dan nilai pengurusan bangsa sendiri.

Namun, inilah ilmu yang tidak diajarkan dalam bangsa kita. Kita menyangka, ilmu orang lain lebih baik daripada ilmu kita-ilmu yang banyak disampaikan secara langsung atau tak langsung dalam cerita atau wacana tradisional, dalam peribahasa dan pepatah Melayu, dalam pantun Melayu, dalam hikayat Melayu. Ilmu Melayu dimantapkan dan menjadi pusaka yang tak lekang dek panas, tak lekuk dek hujan melalui petua dan amalan.

Ilmu Melayu ini sejak zaman Melayu belum dijajah oleh bangsa asing, adalah berdasarkan kitab, yakni perintah Allah yang memerintah manusia mentadbir urusan dunia, urusan negeri dan urusan rakyat, dengan adil, amanah, bersih dan cekap berdasarkan ajaran dan nilai Islam. Pemikir Melayu dahulukala mengungkapkan model ini melalui peribahasa dan pantun sebagai: Adat Bersendikan Kitab

Kalau bangunan bersejarah dapat kita baik pulih dan pelihara maka warisan ilmu dan falsafah bangsa yang terkandung dalam sekian banyak korpus persuratan Melayu itu pun semestinya dipelihara, dikaji, dipelajari, diajarkan melalui sistem pendidikan bangsa Melayu dan ilmunya yang baik dan sesuai sepanjang zaman kita amalkan dewasa ini.

SRi:Cuti kelmaren baru sedaw tahu kewujudan dokumen bersejarahni

Wednesday, 22 April 2009

Pertahanan Terakhir

Kita punya sebuah kementerian yang selain menguruskan soal kebudayaan dan kesenian, juga bertanggungjawab menjaga dan menguruskan warisan negara dan bangsa. Tugas ini tentu saja tak cuma melibatkan usaha memelihara warisan yang telah diiktiraf kerajaan tetapi haruslah termasuk usaha memastikan bahawa pembangunan negara tak memusnahkan tanah atau pusaka nenek moyang kita dari seni sejarah, seni dan kebudayaan.

Menteri Wilayah Persekutuan khususnya tentu mempunyai kuasa untuk mengubah aliran pembangunan yang tidak membawa kepada pembentukan identiti Kuala Lumpur sebagai kota Malaysia, bukan kota global atau kota “truely Malaysia”!

Stesen-stesen televisyen negara ak kiralah yang swasa maupun punya pemerinah haruslah memainkan peranan unuk menjaga aau mempromosikan imej kebangsaan di TV. Bahasa Melayu yang digunakan daam semua program TV, hiburannya, filemnya, drama yang ditayangkan, jangan dibiarkan merosakkan warisan bangsa.

Kita tak perlu meniru nilai dan gaya hiburan bangsa asing. Untuk menjadi bangsa yang mempunyai kelebihannya sendiri dalam bidang apa-apapun, bangsa Melayu perlu menjadi bangsa yang kreatif- seperti pemikir, seniman dan sasterawan bangsa Melayu dahulukala- untuk mencipta pembaharuan berdasarkan budaya dan nilai sendiri, tidak dengan meniru nilai dan budaya orang lain.

SRi:Pembangunan bangsa dan negara tidak boleh tidak perlu berdasarkan meritokrasi nilai fikiran, budaya dan moral - tidak hanya berdasarkan meritokrasi fizikal dan luaran sahaja..

Bila Siti Berpetua

Melihatkan bentuk tubuh dan kulit wajah penyanyi tersohor tanahair kita, Dato’ Siti Nurhaliza pasti saja ada di kalangan wanita di luar sana yang termimpi-mimpi dan paling tidak pun berangan-angan untuk memiliki tubuh dan kulit cantik sepertinya.

Siti yang dibesarkan dengan penuh adat budaya pastinya menyanjung tinggi setiap apa yang diwariskan kepadanya. Begitu juga dengan amalan petua yang diguna pakai sejak dahulu lagi. Tidak menolak kecanggihan terkini, apa yang penting bagi Siti amalan tradisional itu menjanjikan pengalaman yang luar biasa.

Bagi Siti, untuk mendapatkan kulit licin, ambil tepung pulut dan campurkan dengan air. Kemudiannnya, Sapukan pada muka sebelum tidur. Jangan pula lupa basuh muka keesokan harinya. (kalau tak basuh,kantoila den x sobuh!)

Begitu juga dengan penjagaan kulit, Siti gemar mengambil madu lebah dan dicampur dengan putih telur. Selepas itu, ianya di sapu pada muka sehingga kering dan kemudian bilas selepas 30 minit. Itu bagi memiliki kulit halus dan bersih.

Mungkin ada yang tidak perasan kulit kering dan bersisik itu sebenarnya mencacatkan penampilan seseorang. Untuk itu, bagi mengelakkan perkara itu terjadi Siti amalkan mengambil hampas kelapa dan campurkan dengan air asam jawa. Selepas itu, disapukan pada tempat kulit yang bersisik. Buat berulang kali dan insyaAllah kulit tidak akan bermasalah lagi. Selamat mencuba!

SRi:Sanggup ke Datuk K tengok muka Siti bertepung tetiap malam?
credit to ohbulan!

k.e.l.a.m

Dia rindukan ketenangan yang dulu. Kedamaian yang menjanjikan kebahagiaan. Kini jiwanya tak lagi keruan. Rukuk sujudnya bergolak dengan terjahan melodi duniawi. Tiada lagi khusyuk dalam lenanya. Bercitcit citcit tempua bersarang berbusuk bising di kotak mindanya.

Kepuasaan telah lama hilang. Ikhlas pergi tak pulang-pulang. Dia bingung sendirian. Jalan ceritanya makin tak keruan. Plotnya makin berkucar kaciran. Cincau dicincang kejam juga tak sama pincangnya dengan hari sekarang. Tiada lagi arti kenikmatan kehidupan.

Malam tak lagi kelam. Siang tak lagi senang. Pejam tak lagi malam. Jalan tak lagi siang. Dalam keramaian dia masih terasa sepi. Sendirian memikirkan Kamu.Yang menggenggam hatinya. Yang di atasnya terlukis namaMu.

Dunianya tak lagi aman. Tenteramnya tak lagi mencengkam. Tembakan sudah di tangan. Pelatuk tinggal ditekan. Goyah iman riwayatnya berkecaian. Bertaburan satu-satu memori silam. Kisah kehidupan yang tak lagi didambakan.

Pang!!!

Lekitan cairan pekat merah panas membanjiri basahi punggungnya.

Sepi. Diam. Tenang. Kosong.

Dia tersenyum puas…

=)

Monday, 6 April 2009

.:Mentauhidkan Allah:.

“katakanlah: Dia-lah Allah yang Maha Esa
Allah tempat bergantung segala sesuatu
Dia tiada beranak dan tiada pula diberanakkan
Dan tiada seorang pun yang setara dengan Dia.”
Surah Al-Ikhlas (surah ke-112)
1. Allah memerintahkan manusia supaya beriman kepada Tuhan yang satu sahaja, iaitu Tuhan Yang Esa, Yang Tunggal, tidak dua,tidak tiga,tidak banyak. Tuhan Yang Satu ini tidak berkahwin, tidak mempunyai isteri, tidak mempunyai bapa, dan tidak beranak atau diberanakkan. Kalau dia mempunyai isteri, atau ibu atau bapa, dan beranak atau diberanakkan, bukan Allahlah Dia, tetapi makhluk yang diciptakan Allah. Dialah yang menciptakan manusia dan segala makhluk lain yang ada di seluruh alam ini. Kalau di dunia atau alam ini banyak tuhan, dunia dan alam ini tidaklah satu seperti yang kita lihat sekarang, dan peraturan atau Sunnatullah di seluruh alam ini tentunya tidak juga satu dan tidak sama tetapi banyak dan pelbagai, kerana tuhan yang banyak itu tentulah mempunyai alam,makhluk dan peraturan alam yang tidak sama tetapi berbeza-beza menurut kehendak dan hukum tuhan yang berlainan itu.

2. Tuhan Yang Satu tidak bergantung kepada sesiapa. Segala makhluk yang diciptakanNya yang bergantung kepadaNya. Dia tidak lapar dan tidak meminta apa-apa daripada makhlukNya. Makanya manusia tak perlulah menyediakan dan menjamu makanan untuk Allah, kerana Tuhan Yang Maha Mencipta ini ialah Tuhan Yang Maha Kaya. Dialah pemberi rezeki kepada semua makhlukNya. Seluruh alam ini adalah milik kekayaanNya,segala apa yang ada di bumi dan langit adalah hartaNya. Kita sebagai makhluk ciptaanNya yang bergantung kepadaNya. Kalau tidak ada air, kita mati. Tidak ada udara, mati kita. Cahaya mentari tiada, mati juga kita. Tetapi Allah tidak mati, tidak boleh ditikam, disula, disalib dan dibunuh. Dia hidup sejak azali dan selama-lamanya. Dialah Yang Hayyu Qayyum.

3. Hubungan antara manusia dengan Allah adalah hubungan yang langsung. Tidak ada orang tengah. Dalam sebuah Hadis, Allah berfirman yang bermaksud: “Aku menurut sangkaan hambaKu terhadap Ku”. Perkataan “sangkaan” bererti keyakinan dan kepercayaan. Hanya doa yang datang dari hati yang yakin sepenuhnya sahaja yang akan dikabuli Allah. Doa daripada hati yang waswas, yang ragu, yang tidak yakin, tidak akan kabul~wallahua’lam. Ini bererti bahawa yang diperhatikan Allah bukan hati orang lain-apatah lagi makhluk yang tidak punya hati atau qalbu seperti batu dan pokok atau haiwan- tetapi ialah hati orang yang berdoa kepadaNya secara langsung. Kita tidak tahu sama ada hati orang yang berdoa itu ikhlas atau tidak. Yang tahu tentang kehendak hati kita tentulah diri atau hati kita sendiri, bukan hati orang lain. Inilah nilai doa orang Islam.

4. Sebenarnya manusia tidak dilahirkan ke dunia bebas daripada segala peraturan. Kalau kita berfikir berdasarkan Islam, manusia mempunya ‘kontrak’ atau ‘kovenan’ hanya dengan Tuhan. Isi perjanjiannya adalah bahawa manusia bersetuju untuk menyembah hanya Tuhan Yang Satu, Tuhan yang menciptakan manusia itu.Tuhan berfirman bahawa tidak Dia ciptakan manusia dan jin selain untuk menyembah dan beribadah kepada-Nya. Segala-gala yang wujud di alam ini sujud dan bertasbih kepada Allah dengan cara tersendiri. Yang penting dalam Islam ialah manusia hanya hamba kepada Allah sahaja, tidak kepada makhluk lain.

5. Kesimpulannya ialah, konsep tauhid mendasari seluruh keimanan, kepercayaan, perbuatan dan nilai manusia Islam. Konsep ini berdasarkan kebenaran wahyu daripada Allah yang menyifatkan Diri-Nya sebagai Allah Yang Satu, yang tidak diciptakan oleh apa-apa yang lain selain Dia. Inilah makna Allah yang hakiki, datangnya daripada Allah sendiri, bukan diciptakan atau direka oleh manusia.

6. Jadi kalau orang daripada apa-apa agama pun mahu menggunakan Allah untuk menggunakan nama lain, misalnya, ‘dewa’, ‘dewi’, apa salahnya asalkan mereka menerima kebenaran bahawa itulah Allah. Lebih baik lagi jikalau mereka mengubah kepercayaan mereka daripada konsep ‘non-tauhidik’ kepada tauhidik dan tidak menganggap bahawa Allah ialah anak Tuhan atau ‘bapa manusia’, atau Tuhan itu banyak dan boleh beranak pinak,boleh mati hidup semula, boleh jatuh sakit, lalu mati. Tetapi perubahan akidah ini tidak cukup kalau ia hanya berlaku pada peringkat konseptual atau teori atau pemikiran falsafah sahaja tetapi hendaklah disertai dengan kepercayaan atau keyakinan dalam hati dan diikuti dengan amalan yang sesuai dengan akidah tauhid itu.

7. Jadi,sesiapa pun boleh menggunakan perkataan atau nama Allah, tidak semestinya orang Islam sahaja. Soalnya ialah; apakah yang mereka maksudkan dan faham tentang Allah itu, dan adakah amalan mereka bertentangan dengan sifat Allah sebagai Tuhan Yang SATU dan tidak berjasad, dan apakah yang mereka sembah: ALLAH atau MAKHLUK Allah?
Wallahua’lam…

Saturday, 4 April 2009

Kerana Politikus yang Mabuk

Inilah negeri yang sekian lama
tidur dan bermimpi
kini dikejutkan
agar memilih dendam dan sangsi.

Ketika kita sesama jelata
dihasut agar saling berbagi curiga
dan merumahkan segala prasangka
meski tidak meminta.

Kerana politikus yang mabuk
kini berlagak sibuk
atas nama kaum dan bangsa
mereka fiksi demi fiksi
dengan ayat dan hujah demokrasi.

Tetapi helahnya tersembunyi
kerana mempertahankan sebuah kerusi.

Marsli081208

Thursday, 2 April 2009

Grand Prix of Australia III

Yes!Yes!!McLaren’s Lewis Hamilton has been disqualified from last weekend’s Australian Grand Prix after a second stewards’ investigation on Thursday decided both he and his team had provided ‘misleading' evidence during a hearing held after the Melbourne race.

Hamilton crossed the finish line in Australia in fourth, but was subsequently promoted to third after Toyota’s Jarno Trulli was handed a 25-second time penalty for passing his McLaren under the safety car during the race’s closing laps

SRi:Soo sinetronz!!

Wednesday, 1 April 2009

Grand Prix of Australia II

Not since the French Grand Prix in 1954 has a team new to Formula One racing finished one-two on their debut. That day it was Juan Manuel Fangio and Karl Kling for Mercedes-Benz. This afternoon it was Jenson Button and Rubens Barrichello for Brawn-Mercedes after an extraordinary ‘race of two halves’ in Australia.

Button led from pole as Barrichello bogged down when his car activated its anti-stall device, and the Brazilian was then embroiled in a first-corner clash with BMW Sauber’s Nick Heidfeld, Red Bull’s Mark Webber, Force India's Adrian Sutil and McLaren’s Heikki Kovalainen.

Button streaked away from Sebastian Vettel’s Red Bull, Robert Kubica’s BMW Sauber, Nico Rosberg’s Williams and the Ferraris of Felipe Massa and Kimi Raikkonen. But the face of the race changed on Lap 19 when Kazuki Nakajima crashed his Williams heavily, bringing out the safety car until the end of the 24th lap.

By then Button had watched a 47.7s lead reduced to nothing, and began to struggle to generate heat in his tyres. But he got his head down and opened a gap to Vettel again. As the Ferraris faded, Kubica found his BMW Sauber getting better and better on the harder Bridgestone tyre and gradually began to put Vettel, on the softer option tyre, under serious pressure in the closing stages.

Going into Turn Three on the 55th lap - with three left to run under a setting sun which made driving conditions very difficult - Kubica got alongside Vettel but they touched. Both spun, but continued. But not for long. Vettel had lost his front wing and crashed heavily just as Kubica, further down the road, did the same thing. Out came the safety car again.

Incredibly, that melee had promoted Barrichello back to the second place, despite his first-lap incident and a later touch with Raikkonen which damaged his Brawn’s front wing. It was changed during his first pit stop on the 18th lap. As the race finished under the safety car, he admitted that he had never expected a one-two after all his dramas.

Jarno Trulli started from the pit lane after Toyota’s rear wing infringement yesterday, but hauled through to take the final podium finish, while a very determined drive brought a hugely valuable fourth place for McLaren's Lewis Hamilton. The world champion was briefly third in the dying stages after Trulli ran off track behind the safety car, before the Italian subsequently retook the place - an infringement which prompted stewards to subsequently add 25s to his race time, later dropping him to 12th.

In the second Toyota Timo Glock came home fifth. The German survived a spin while battling from his own pit lane start, when he and Fernando Alonso tangled.

The Spaniard brought his Renault home sixth, while seventh place came as a bitter disappointment to Rosberg. The German was running fourth with six laps to go and had set fastest lap, but had used up his Bridgestone option tyres and was simply in no position to defend the place. By the finish he had rookie Sebastien Buemi thirsting after him as Toro Rosso’s Swiss driver scored a point for eighth place on his debut.

Neither of the Ferraris finished. Both struggled with tyre wear, and as Massa suffered a mechanical problem late in the race, Raikkonen spun and subsequently retired. So sad.
Credit to Formula1.com
SRi:Can't wait anymore Malaysia GP this weekend!
Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)

Recento Vizitores