Monday, 29 November 2010

Malaikat Kecil

Mama sebut mereka Malaikat. Kala yang tua terdampar terlebih garam berbuka-bapa ibu sedang sibuk bersiap sedia menyambut hari raya-Malaikat malaikat kecil ini ramaikan saf rela menyambut bahagia Ameiin di belakang Tok Imam. 

10 Ramadhan terakhir sepi jika tanpa mereka. Hanya berlatarkan Tok Imam bertemankan Bilal semata. Paling-paling tidak-mujur Pak Siak datang menjelma dalam kelam menguntumkan salam. Jika tidak. Kosong tak bermaya seri barakah limpahan cahaya rahmah Yang Maha Pemurah malam-malam itu

Mama kata mereka tiada dosa. Masih kecil. Belum mumayiz Mama tambah lagi. Lima bersahabat mereka berbaris mencium tangan Tok Imam dan Bilal usai solat tarawikh.  Tak lupa Pak Siak yang setia menanti di hujung pintu. Munggil dingin damai rasanya dalam setiap salaman mereka itu. Senyumannya nyamankan hati yang memandang

Duduk bersila elok di atas safrah--Sang Abang betulkan  Sang Adik-teman yang satu sediakan pinggan cawan buat kedua rakannya. Rukun terkumat kamit mulut satu-satu menikmati juadah yang disediakan. Jika berlebih pasti Tok Imam sedekahkan dibungkus dibawa pulang. Tersenyum satu-satu tak henti-henti bersembang.

Dang! Dang!! Assalamualaikum.. 2020-- Malaikat kecil datang mengetuk pintu. 

Mama jerit-- Malaikat dah mai tu! 

Masih belum berjawab--pintu terus dihentam. Dang! Dang!! 

Tok Imam bangkit daripada pembaringan--terkenyang seketika gelagat berita TV3. Tok Imam lari-lari anak mengejar sahutan malaikat kecil. Comel. Menyambut cucu di depan pagar. Priceless

Malaikat kecil tanya- Malam ni ada sembahyang tak?! 

Tok Imam jawab- Ada.Ada! 

Gembira bukan kepalang malaikat-malaikat kecil mendengarkan jawapan Tok Imam. Bersembang riang antara mereka. Melompat-lompat. Tampak sungguh kemalaikatan naluri rohaninya. Suci bersih. Sambut riang jawapan Tok Imam yang jauh dari siap.

Siapa bapa ibu malaikat kecil itu-Bilal tak tahu. Tapi Mama bilang itu cucu-cucu Pak Brahim. Bilal tidak tahu anak yang mana satu--anak Pak Brahim ramai. Syukur Allah hantar turunkan malaikat-malaikatnya menjengah malam-malam penuh rahmah. Kembali berseri sinarnya yang mulai padam

Malam ini kenangan itu kembali berulang. Hanya malaikat kecil yang tinggal. Cuma kali ini mereka naik pangkat. Jadi Bilal. Bilal jadi....
SRi:Rindukan Malaikat-Malaikat Kecil itu...

Friday, 26 November 2010

Owh Ibu Mertuaku...

Setelah menjalin hubungan cukup lama, kekasih mungkin akan mengajak Anda berkenalan dengan keluarganya. Ini pertanda dia serius. Untuk itu, pastikan Anda memberikan kesan baik saat berkenalan dengan keluarganya. Jika ingin terus hidup--jangan main-main.

Anda tentu ingin memiliki hubungan yang hangat dengan keluarga kekasih. Berikut lima common tactics yang masih berbisa agar perkenalan pertama Anda dengan keluarga kekasih berjalan sukses dan bahagia.WOAH!

Sopan berpakaian
Tak semestinya korang harus pergi Kedai Sopan dekat Terminal Seremban tu tetapi pilihlah busana yang berpotongan sopan. Suka tidak suka, penampilan adalah hal pertama yang paling menimbulkan kesan saat bertemu pertama kali. Jadi, pintar-pintarlah dalam memilih pakaian. Selain berpotongan sopan, baju tersebut haruslah nyaman waktu korang pakai. Jangan sampai Anda justru duk  sibuk betulkan pakaian pula saat orangtua pasangan tengah ajak bersembang. Tak sesuai kalley..
Bawa buah tangan
Tidak ada salahnya untuk membawa buah tangan. Korang boleh bawa makanan favorit keluarganya. Tanyakan saja pada pasangan korang apa makanan favorit keluarga dia. Makanan pun boleh membuat keluarganya 'jatuh cinta' pada Anda. Tak payah susah-susah nak buat benda pelik-pelik.
Jangan perlihatkan keintiman
Tahan diri untuk tidak bermesraan dengan pasangan, meski hanya berpegangan tangan. Mungkin jika Anda sudah cukup dekat tidak jadi masalah--sebab sekarang memang banyak orangtua yang dah terlebih open, tetapi ketika baru berkenalan untuk pertama kali, tolonglah jangan gelojoh nak tunjuk kemesraan korang. Tak pepasal keluarganya berpikir hal negatif. Lepas tu mulalah korang tak dapat dating! Muncooong sorang-sorang!

Pelajari keluarganya
Sebelum berkenalan dengan keluarganya, tidak ada salahnya Anda melakukan kajian sikit. Tanyakan pada pasangan korang apa yang disukai dan tidak disukai mama dan papa nya. Ni boleh lah korang jadikan topik perbualan--jadi takdalah ganjal sangat suasana tu. Dua tiga saat rancak bergelak ketawa--lima minit kemudian senyap sepi. Namun dalam rancak-rancak bercerita, akhirat jangan lupa. Jika kebetulan waktu itu azan sedang berkumandang-dan bapanya sedang bersiap hendak ke surau--eloklah sama anda turut serta solat berjemaah dengannya di surau juga. Bonus buat anda di situ.
Berikan pujian
Jika memang menurut Anda suasana rumah pasangan sangat nyaman atau makanan yang dihidangkan sangat lazat, jangan segan untuk memuji. Berikanlah pujian sebagai penghargaan, tetapi jangan sampai berlebihan. Bersederhanalah dalam setiap perkara. WOAH~
SRi:Tensen dengan orang cakap kuat-kuat dekat hospital.Ganggu ketenangan betul!

Wednesday, 24 November 2010

Pria dirogol 10 wanita.Lebih serems drpd 2 Alam!!

Papua New Guinea-Seorang lelaki dirogol 10 orang wanita. Gua tak tahu apa kisah di sebalik drama pagi ni. Lelaki tu kelihatannya sangat trauma-sekarang mungkin masih melepak dekat balai polis tak berani nak balik rumah. Mana tak nya-tetiba kena tahan dengan perempuan bawa pisau dapur segala-then kena rogol beramai-ramai pula! Gila.

Yang merisaukan-disamping semakin berkurangnya ke'hot'an beliau untuk beristerikan seorang yang masih sunti perawan, gara gara maruahnya ditogel oleh sekelompok perogol gila tersebut-kemungkinan beliau turut ketularan HIV bakal menyebabkan lebih ramai lagi wanita tidak berniat mendekatinya lagi. Pihak polis juga terpaksa akhirnya mengeluarkan amaran berhati-hati kepada golongan jejaka di luar sana. Mana tak nya-sebelum ni ingatkan perempuan saja yang diprojekkan; rupa-rupanya sang pria pun tak terkecuali sama.

Tuesday, 23 November 2010

Gaji PM.TPM

[Bernama] KUALA LUMPUR 23 Nov. — Perdana Menteri menerima gaji bulanan sebanyak RM22,826.65 mengikut Akta Ahli Parlimen (Saraan)(Pindaan) 2005, mulai 1 Jan 2004.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata Timbalan Perdana Menteri pula dibayar RM18,168.15 sementara jemaah menteri menerima RM14,907.20.

"Gaji bulanan setiausaha politik sebagaimana yang ditetapkan dalam Ketentuan Saraan Setiausaha Politik 1980 adalah RM5,709.99 yang juga berkuat kuasa pada 1 Jan 2004,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan N.Gobalakrishan (PKR-Padang Serai) mengenai penetapan gaji dan semua bentuk elaun yang dinikmati anggota kabinet, setiausaha politik serta jumlah emolumen serta elaun kepada anggota kabinet dari 2005 hingga 2009 di persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Mohamed Nazri berkata jumlah gaji tahunan yang telah dibayar kepada anggota kabinet bagi tahun lepas ialah RM5,470,942.40 dan RM5,783,993.60 pada 2008.

Katanya, sejumlah RM5,858,529.60 dibayar pada 2007 manakala RM5,858,529.60 pada 2006 dan RM6,007,601.60 pada 2005.

Macam brother Cacamarba cakap--Yang tidak rasmi jangan tanya!! 

Mana tak nya--gaji 22 ribu nak buat apa ja lah?! Baju saja pun dah berpuluh-puluh ribu. Sabun yang paling koman duk gosok-gosok badan dalam bilik air tu pun sekali picit silap-silap beribu juga. Hurm--sendiri maw fikirlah mana yang benar-mana yang logik. Gua sendiri pun belum tentu puas hati jika cuma 22 ribu jah sebulan gaji. Bini selera besar kowt weyh!
SRi:Kena berjimat bulan ni.

antiemetik

Aku tak pernah jumpa ada orang jual dekat kedai --> ubat anti-mual. Korang rasa cukup ke dengan telan Panadol dua tiga bijik boleh hilangkan motion sickness korang??! Takkan aku nak telan neuroleptic kot every time aku rasa cam nak muntah? Kuat sangat tu. Dah lah mahal!!

Korang agak-agak, terutamanya ubat yang dekat Indonesia ni-ubat apa yang paling berkesan untuk hilangkan rasa mual nak muntah tu?!hahahhaha  
Blweekkk!!!

Bollywood Actresses Without Makeup-damn freaky!


Kareena Kapoor and Karishma Kapoor Without Makeup

Kajol Without Makeup


Monday, 22 November 2010

Artis Kita--SHOUT Award!

SHOUT Award dah selesai hujung minggu lepas. Dan macam biasalah bila ada Majelis-majelis Hanugerahs macam ni-mestilah ramai artis-artis yang pakat serbu memana boutiques nak melarams. Para pereka fesyen mulalah ikut sama naik Haji nak mereka-buat baju-baju yang pelik. 

 SRi tak salahkan 100% fashion designer--bila korang tengok Red atau dalam Anugerah Shout ni dorang gelarkan "Purple" Carpet--korang terkejut artis kesayangan korang pakai baju entah hapa-hape. Sebab buah hati korang tu yang minta nak LAIN daripada yang lain. Dan bila dah jadi macam tu-makanya otak sang fesen designer yang dah sessaks nie pon makin jadi gilalah! Mula lah buat yang pelik-pelik mengundang saman para-para kritikus fesyen di luar sana. 
***Otak orang seni--semua nya gila-gila! Kalau tak gila-tak boleh nak hidup cari makanlah sayang ooui...

Cuma sedikit nasihat kepada pereka-pereka fesyen di luar sana-janganlah korang jadikan artis-artis ni sebagai tikus percubaan. Tumpang-tumpanglah dorang ni tak berapa nak cukup beragama--korang pergi tibai main tepek kertas seinci dekat dorang. Tak sesuai howkeyh. Dan kepada para selebriti--peminat sekarang dah makin bijak pandai menilai-tak semestinya sebab korang tu artis-boleh main sedap sentap je pakaian memana. Anda itu dilihat semua orang-menjadi panutan masyarakat-jadi bijak-bijaklah memilih. KAMI benci kontroversi publisiti murahan ni!

Disebabkan SRi masih in"fashion designer"mood+bajet Fashion Police mode-yang bajets cambests --->> makanya terajinlah diri ini mengomen rupa-wajah artis-artis kita ni melarams.WOAH~

DSC_0184
Iyaz & Mizz Nina. Hot! Tapi Mizz Nina akan lebih ayu jika tiada belahan tersebut. Nampak cacats di situ! Jangan seksi-seksi sangat-Abang Noh tak suka! Iyaz-rasanya jacket beliaw saja yang kurengs-Too much motips-tapi takkanlah rappers nak nak pakai blazzer pula?!Lagilah tak sesuai kot. **Dia rappers kew weyh?!Cam lagu-lagu pop balada jah*

Sunday, 21 November 2010

Street Ware House

Lama juga saya amati & teliti, satu-satu saya korek, selak, klik back dan forward. Saya "spy" album gambar pereka tempatan, bukan untuk suka-suka dan bukan juga untuk menyibuk. Ya, tepat sekali! rata-ratanya mencedok ilham Dior, Elie Saab, Valentino, Louis Vuitton & dan Prada. Daripada pemilihan warna, silhoutte, penataan gaya (terutamanya headgear) serba serbi di ciplak. Mungkin benar, "pelanduk dua serupa" mungkin juga "Inspiration" (mengagumi pereka asal) tetapi apa yang kurang enaknya, berulang kali ia diperagakan di pentas fesyen. Sekali dua mungkin kebetulan sama, empat,lima,enam kali nak kata apa? 
Kamu tidur sebantal dengan Galliano, Marc Jacobs, Lagerfeld? Lalu kamu berkongsi mimpi dan ilham dengan mereka? Paling jelas dan popular sekali di "duplicate" ialah rekaan agung couture Galliano. Bukan seorang pereka yang berbuat demikian, ramai lagi yang tanpa segan silu menghidupkan semula rekaan itu tetapi cacat celahnya jelas kelihatan disana sini. Sungguhpun begitu, mereka nafikan sekeras-kerasnya. Kononnya ingin memberi nafas baru dan "tribute" kepada grand master! Owh, Galliano tak perlu pujian kamu untuk dia merasa dihargai. Cukuplah Bernard Arnault memberi dia gaji jutaan dollar dan mengekalkan dia sebagai creative director for Dior.

Tahun 2010 sudah pun berada dikemuncaknya, kurang dua bulan sahaja lagi kita melangkah ke tahun 2011. Ramai pereka tempatan sudah memasang azam baru, mengira & menghitung detik untuk menunggu "fashion event", penuh diari dengan dakwat hitam (show merata tempat situ,sana,sini). Tapi adakah mereka bersedia meng-"upgradekan" dan meng-"evolusikan" rekaan mereka? Sudah bersediakah mereka berlari keluar membebaskan diri dari zaman "Renaissance"? Mampukah mereka buktikan bahawa rekaan mereka di masa hadapan benar-benar tulen dan bermutu? Kita tunggu dan lihat sahaja ya!
SRi:Sedih dengan sesetengah pereka yang menciplak bulat-bulat tanpa menambah mutu nilai kekreatifan mereka sendiri pada busana "ciptaannya".

Saturday, 20 November 2010

Hitler yang Kafir pon TAK suka Comolots!!

Lanjutan kisah Comolot depan Pavilion yang kecohkan satu negara minggu lepas tu---sekarang wujud plaks komentar daripada Hitler! Memang bengang habislah beliau dalam video tuh! Terima kasih kepada fitrihadi.com yang kasisebarkan semua ni! *u ols jangan serangs maks plaks tentang video tuh--maks tak tengok pula--so,maks takdelah nak faham klcc ke hape kebenda entah mende vangangs lagi yang dorang bicarakan dalam video tuh!WOAH
Tak sangka betul Sri dengan keprihatinan tahap gaban tokoh dunia ni. Orang-orang politik kita pun tak pernah nak susah-susah sebokkan diri dengan kesoSIALan negara Islam Moderen ni. Haritu Inspira--harini Comolot pula. Terbayyeksslaa!!
 

Friday, 19 November 2010

Cinta Syyyhh Uncleseeker yang Menggelikan !!!

Saya memohon maaf kerana terpaksa menghentikan kisah ini kerana saya ingin bukukan tentang “Cinta Syyhh” ini untuk berkongsi pengalaman dengan peminat yang ingin tahu perkara yang sebenar cinta ini.
Saya amat yakin buku “Cinta Syyhh” akan buat pembaca mengucap panjang kerana gambar-gambar dan bukti yang dipaparkan cukup ‘buas”
Waaaaaaaa!!! Ko nie memang pandai menghancurkan hari ku yang indah--hari raya yang mulia lagi permai kan -- Hankelsiker?! Baru je nak rasa macam bahagia seketika--bila anda menyebutkan ingin menghentikan kisah ini daripada diterussebarkan. Alhamdulillah ku ucapkan--Namun Tup.Tup--ropa-ropanya itu cumalah sandiwaramu nak jual buku pula. O.Mae.Ghott!! *Entah-entah nie rupanya ko punya tujuan utamakan?!Nak jual buku kan??Kononnya nak menyedarkan pihak tertentu bahwa bekas permaisuri itu perlukan kebebasan dan tidak perlu dikongkong. Licik sungguh hantu dalam dirimu ini Hankelsikers! Saye kagom sungguhlah. Rasa teruja sangat-tak sabar-sabar pula nak baca nukilan Cinta Syyhh Hankelsikers yang buass tue. Meowww~

Sungguh-di pagi Jumaat yang penuh barakah ni--aku doakan semoga Allah turunkanlah hidayah petunjuk kepadamu Hankelsikers supaya sedar akan perbuatan mu ini. Aku pun mungkin tidaklah lebih sempurna daripada mu--apetah lagi bab-bab pengalaman berchenta dengan VVIP ni--lagilah banyak kurangnya daripada ko. Tapi sekurang-kurangnya bila kita dah menjalin perasaan dengan public figure ni haruslah banyak pertimbangan harus dinilai kembali--tak sama jika perihalnya massyarakat kalau dibandingkan dengan kisah cinta kita dengan anak tauke estet batu lima. Lain Boss. Kena faham tu.
Kau story--tunjuk gambar cinta yang "buas" dengan Permaisuri tak sama dampaknya banding videomu yang jauh lebih "buas" dengan anak tauke estet batu lima tu. Benda ni akan dibawa sampai ke penghujung nyawa cicit-- orang akan terus bercerita. Kalau kes anak tauke estet batu lima tu--paling pun orang bercerita sampai bulan lima jah--tu pun kalau video tuh DVDrip lah--kalu tak setakat 3gp gegar kabur sana sini-esok pukul lima habis ofis time pon dorang dah tutup buku ko dah!

Kesimpulannya--Hankel tak payah lah susah-susah nak buat buku tu yea--simpan je sesorang. Lagipun payah. Banyak kos-pertimbangan yang Hankel nak fikir balik. Hankel mesti akan tempah orang untuk tuliskan kan?!--aku tak yakin publisher sanggup nak terbitkan sebuah Cinta Syyhh dengan bahasa hankel yang tunggang langgang tak romantis langsung tu. Brr---Naik bulu roma maks nak bayangkannya. Geli kowt!! 

So, Hankel simpan sesorang--takpun cerita kat anak cucu Hankelsikers  je lah eyh. Bukannya apa--risaulaks nanti tetiba Hankelsikers kena saman sebab ada anak-anak pembaca trauma mental tak boleh nak tidur laks--gara-gara bapak dorang ingat tu buku Bedtime story!
SRi:Adush-Bakpe tetibe jadi peliks sangat laks Era pagi ni?!

Tuesday, 16 November 2010

Selamat Hari Raya Qurban!! Maaf Zahir dan Batin X)

Selamat Hari Raya Aidiladha-Qurban-Haji kepada SEMUA!!
Mohon Ampon Maaf Zahir dan Batin dipinta...
Semoga kita semakin mengerti erti pengorbanan dan Hamba yang sebenarnya dalam mengejar Redha Allah SWT..
SRi:Bagi yang tak pulang--janganlaa sedih-sedih yaa di hari kemenangan ni-Nabi SAW tak suka!WOHA

F1 World Champions

Vettel is only the second German driver to win the world championship, joining Michael Schumacher, who last won the world championship in 2004.


CountryNo.Drivers/s
1Britain14Mike Hawthorn, Graham Hill (2), Jim Clark (2), John Surtees, Jackie Stewart (3), James Hunt, Nigel Mansell, Damon Hill, Lewis Hamilton, Jenson Button
2Brazil8Emerson Fittipaldi (2), Nelson Piquet (3), Ayrton Senna (3)
2Germany8Michael Schumacher (7), Sebastian Vettel
4Argentina5Juan Manuel Fangio
5Australia4Jack Brabham (3), Alan Jones
5Austria4Jochen Rindt, Niki Lauda (3)
5France4Alain Prost
5Finland4Keke Rosberg, Mika Hakkinen (2), Kimi Räikkönen
9Italy3Giuseppi Farina, Alberto Ascari (2)
10United States2Phil Hill, Mario Andretti
10Spain2Fernando Alonso
12New Zealand1Denny Hulme
12South Africa1Jody Scheckter
12Canada1Jacques Villeneuve

Monday, 15 November 2010

Cinta Syyyhh Uncleseeker yang Menggelikan !!

EMPAT-Kenapa orang kahwin lari? Sebab paling popular-tak dapat restu keluarga. Ni tak campur kes yang kahwin dua tiga tau! Bini aku pun belum tentu kasi restu tambah lagi. Ok, sekarang bagi aku statistik-dalam banyak-banyak artis yang korang pernah dengar yang kahwin lari-berapa ramai yang bahagia sampai ke mati? NEEEHIIIIIII!!! Takdak. 

Waktu cuti dulu-aku tengok Nasi Lemak Kopi O-uish, memang berminat sungguhlah aku dengan Aziz Desa ni-daripada zaman aku kecik-kecik dia duk main ngan teropong-teropong pepagi lagi. Bijak persoalan yang dilontarkan beliau pada pagi tu. Nak dijadikan cerita-pagi tu tengah kecoh dengan seorang wanita ni kahwin lari ngan bangla Pakistan tokey karpet dapat hak penjagaan anak dia balik. Umur muda lagi--comey pun comey-mak dia laa maksud aku-anak dia takdalah sangat! Biasalah-darah tengah muda ni-uish,bersemangat sungguhlah nak kahwin ni-nak elak zina. Baguihlah tu kan! Tapi alkisahnya-tak dapatlah restu mak pak plak. Huh, apa lagi? Kahwin lari lah jawabnya. Mula-mula makan pasir pun sedaplah. Tapi bila dah lama-lama; huh. duk asyik kena suap telan susu basi jah-sapa nak boleh tahan. Larilah beliau daripada kongkongan suaminya seorang diri--sebab nak bawa anak tak boleh-keluarga suami jaga pegang kuat-kuat. Last-last balik kampung-- keluarga juga jadi tempat rengekan lelehan jiwa. Minta uruskan semuanya. Segan kan!
 
Hurm, tapi tu lah bahananya bila nak kahwin tak dapat restu. Susah nak barakah bila redha orang tua kita lupakan. Rasanya tak pernah lagilah SRi dengar cerita yang kahwin lari  ni bahagia--siap boleh buat family reunion kat Perhentian. Nak dijadikan cerita instinct seorang ibu-bapa-orang tua tu selalunya tepat. Zass--Allah turunkan elok ka tak elok ni pada pandangan pertama kedua ibu bapanya. Bila dah tak elok-tue yang ending dia pun jadi tak  berapa nak segak tu. Tak pepasal jadi janda muda! Mau?

Cinta Syyyhh Uncleseeker yang Menggelikan!

Sebelum turun gi sekolah-tuto petang tadi--sempat menyempatlah aku buka blog wajib[takda lah wajib mana sangat-berapa hari dah tak bukak sebenarnya] Beautifulnara.
Kenapa Beautifulnara?
Sebab dia bessstttt!
Sebab apa dia besssst??
Sebab dia selalu hupdate tak macam OhBulan--dia kemas--tak banyak iklan dan intisari rancangan cam Budiey--pastu dia..*STOP!nanti kena gam Gay!*
Jap!Kembali kepada topik perbicaraan--aku memang jarang bincang tentang gossip-gossip sekarang ni. Tapi bila dah tiba ke kisah yang  RARE-terutamanya melibatkan Kerabat di Raja Melayu yang dihormati-mau le jugak berkongsi dekat sini.
Masih ingat dengan Siti Aishah--wanita comel lottey bertudung bekas permaisuri Agong-Sultan Selangor suatu ketika dahulu. Nak dijadikan cerita; rupa-rupanya beliau dah lama memendam cinta dengan Uncleseekers! Hallah--uncle yang bajet cambest gilaks nak mati--rambut panjang yang paranormal activity tu. Ada dulu dekat ntv7. Tak tahulah kalau sekarang pun ada lagi--aku balik aritu tak tengok tv sangatlah pula. Bagi yang dah tak sabar-sabar; sebab aku pun tak tahu berapa panjang aku bakal meraban ni--korang gi check sendiri pengakuan ekslusif Uncleseeker bersama cinta syyyyhh nya.Siap sampai part 6 lagi! Click ere; Cinta Syyyyhh 1, 2, 3, 4, 5 dan 6.

The Killer Elite

Sebab apa saya download I Love You Too?
Sebab dia Beeesst!
Sebab apa dia Best?
Sebab ada Yvonne Strahovski!
Ada apa dengan Yvonne Strahovski tu?
Dia smart--dia cantik--dia maskulin.. Larikkk!!!!
Mm, I Love You Too? Ok lah. Baru saja download baru-baru ni. Tak mahu berkehendak sangat bercerita tentang filem ini. Tapi yang pastinya nak story tentang pemegang watak Alice--Yvonne Strahovski. Make it short--cerita ni 3/5 stars. Not too bad--comedy story.
  
Bukan perkara pelik bagi seseorang penonton memilih satu-satu cerita berdasarkan pelakon yang memeran filem atau drama tersebut. Sama hal nya dengan saya yang cenderung melihat barisan pelakon dan pengarah filem tersebut dahulu sebelum berkeputusan untuk menontonnya. Nak buat macamana--i'm not kipas susah mati YouTube rajin sangat nak pergi cari trailer cerita-cerita baru. Paling-paling pun tengok waktu movie nak start dalam panggung ja--tu pun kalau masih ada-tak masuk lambat. Kalau tak-poster sajalah yang tinggal.

Yvonne Strahovski, atau nama sebenarnya Yvonne Strzechowski adalah anak kepada Peter dan Bozena Strzechowski--berketurunan Poland yang kemudiannya berhijrah ke Australia. Sebab tu Sarah ni boleh cakap Polish and English dan lagi satu dia banyak berlakon filem Australia-termasuklah I Love You Too ni juga.

Owh yaa--why I called her Sarah sebab watak beliau dalam Chuck- Agent Sarah Walker. Dan nama Strahovski ni wujud pun sebab pengarah Chuck tu susah bebenor nak nyebut Strzechowski-makanya dekat memana sekarang nama dia pun jad Yvonne Strahovski.

Watak dia dalam Chuck memang dinantikan--tak seperti pelakon drama yang agak terlebih berbuka-bukaan; Sarah cukup cuma senyum saja-tu pun dah mampu menggugat iman yang melihatnya. Tinggi lampai--cantik-tiada gossip liar-dan agak sopan-buatkan beliau berada dalam kelasnya yang tersendiri. Lakonannya yang mantap tak kaku dalam Chuck juga menyebabkan orang sanggup berjam-jam duduk depan TV tak berkedip-kedip mata menontonnya. Yang bergerak cuman tangan jaa pergi tukar DVD.

Papehal--gua memang tak sabar nak tunggu Agent Sarah Walker ni bergabung dengan John Statham, Robert De Niro, Clive Owen dan lain-lain dalam Killer Elite tak lama lagi-2011. Mesti gempak punya--sebab drama yang dia bintangi pun selain Chuck--memang jenis lasak-lasak pun. Maunye tak gigit jari lelaki kat luar sana tu tengok dia berlakon hari-hari. Fuhh--siapalah yang beruntung berbinikan beliau ni nanti!
SRi:Gurl wif BIG Bike Bertudung w/o Helmet pecut 130km/j atas Highway=SEXAY!!!

Sunday, 14 November 2010

Sebastian Vettel becomes YOUNGEST ever F1 CHAMPION!!

Sebastian Vettel has become the youngest driver ever to win the Formula 1 world championship. At 23 years and 134 days old he has broken the record set by Lewis Hamilton in 2008, who won the title aged 23 years, 301 days.

This record has now been broken three times in the last six years – Fernando Alonso the first to break it in 2005.

Sebastian Vettel has been crowned the 2010 Formula 1 World Champion after driving a remarkable race at the Abu Dhabi GP. Today’s achievement adds to Red Bull’s 2010 constructor’s title which the team bagged last week in Brazil. The youngest ever World Champion from Germany was the first driver to cross the finish line after starting from pole. His top rival, Ferrari’s Fernando Alonso who could have become champion if he finished in fourth place only managed seventh and lost the title by four points.

The double World Champion spent a lot of time behind Renault’s Vitaly Petrov and failed to overtake the Russian rookie and that pretty much took his championship chances away. Red Bull’s Mark Webber who was also a strong contender for the championship suffered from the same fate and spent the entire duration of the 55-lap race behind Alonso.

Vettel’s first place finish was accompanied by McLaren’s Lewis Hamilton who was closing the gap between himself and Vettel during the final few laps. Third place went to Hamilton’s teammate Jenson Button, champion of 2009. This meant that the podium of the 2010 Abu Dhabi GP at the Yas Marina circuit was made up by the 2008 champion (Hamilton), 2009 champion and of course of the freshly-crowned 2010 champion.
Fourth was taken up Mercedes’ Nico Rosberg while Renault’s Robert Kubica and Vitaly Petrov finished in fifth and sixth places respectively. Alonso crossed the line in seventh ahead of Webber while ninth and tenth spots were taken up by Jaime Alguersuari from Toro Rosso and Felipe Massa from Ferrari.

The best of the new comers is officially Lotus Racing as Heikki Kovalainen finished the race in 17th place ahead Virgin’s Lucas di Grassi. The Hispania duo Bruno Senna and Christian Klien finished in 19th and 20th. Jarno Trulli of Lotus who suffered from various issues including a broken rear wing managed 21st. The were only three retirements of the day and they were Timo Glock of Virgin, Michael Schumacher of Mercedes and finally Vitantonio Liuzzi of Force India.

All drivers had clean starts when the lights went green but Alonso slipped from third to fourth by the first corner. Vettel managed to maintain his lead and stayed up in front, ahead of both the McLaren drivers. Just moments later, within the first lap, Schumacher spun while exiting a corner and Liuzzi crashed straight into him. That caused the one and only Safety Car period of the race. Too bad for Schumi. This is his first race in Abu Dhabi.

After the restart the top positions were maintain with Vettel leading the McLaren drivers, Alonso, Webber and Massa. Webber was the first of the top runners to pit after suffering tire issues. His pit stop then prompted Massa and subsequently Alonso’s pit stops.
Many say that if Alonso didn’t pit as early as he did, he could have collected his third title. Unfortunately for the Spaniard, he got stuck behind Petrov until the very end of the race as the Russian already performed his pit stop during the Safety Car period earlier. Webber was also in the same train, behind Alonso.

Alonso tried his best to overtake Petrov but the Russian did an excellent job in keeping the title contender at bay. Good job Petrov. What a wonderful performance you've shown tonight.

Today was the final race of the season and we will meet again next for the 2011 Bahrain GP on March 13th. Meanwhile expect more news from the high-adrenaline world of Formula 1 as teams perform winter testing with new Pirelli rubber, launch their new contenders and announce their drivers. We will also find out if Lotus Racing will be able to keep the “Team Lotus” designation
SRi:Cannot sabar anymore to watch Richard Brenson treat Air Asia's passenger in stewardess outfit!

Vettel takes Pole

Sebastian Vettel will start the Abu Dhabi Grand Prix from his tenth pole position of the season.
But team mate Mark Webber suffered a serious setback, only able to qualify fifth behind all his championship rivals.

Q1

The drivers found the track surface improving rapidly at the start of qualifying, with Fernando Alonso, Lewis Hamilton and Sebastian Vettel going fastest seemingly with every lap they did.
Alonso stayed out later than his rivals and set the fastest time. Nico Rosberg also did a late lap to go second.
Jenson Button, meanwhile, ran into trouble with a brake vibration, and had to do a second run to improve his time.
As usual the three new teams were eliminated, with Jarno Trulli once again the fastest of the six.
The two Toro Rosso drivers found themselves in a battle to get into Q2. Jaime Alguersuari scraped through with his final lap, as team mate Sebastien Buemi failed to beat him by one tenth of a second.
Driver eliminated in Q1
18Sebastien BuemiToro Rosso-Ferrari1’41.824
19Jarno TrulliLotus-Cosworth1’43.516
20Heikki KovalainenLotus-Cosworth1’43.712
21Timo GlockVirgin-Cosworth1’44.095
22Lucas di GrassiVirgin-Cosworth1’44.510
23Bruno SennaHRT-Cosworth1’45.085
24Christian KlienHRT-Cosworth1’45.296

Q2

It was an eventful Q2 for Lewis Hamilton who who had two off-track moments and a controversial encounter with Felipe Massa.
Hamilton took to the kerbs and demolished a corner marker as Massa went around the outside of him. Both drivers made it into the top ten – Hamilton making it in with just a minute to spare.
Sebastian Vettel was the only driver to lap the Yas Marina track in less than a minute and 40 seconds and none of the others could match that.
Button improved to second with his last effort but just a few hundredths covered Rosberg behind him in third and Mark Webber.
A late improvement by Vitaly Petrov surprisingly eliminated his team mate Robert Kubica.
He was knocked out in Q2 along with Kamui Kobayashi, Adrian Sutil, Nick Heidfeld, Nico Hülkenberg, Vitantonio Liuzzi and Jaime Alguersuari.
Driver eliminated in Q2
11Robert KubicaRenault1’40.780
12Kamui KobayashiSauber-Ferrari1’40.783
13Adrian SutilForce India-Mercedes1’40.914
14Nick HeidfeldSauber-Ferrari1’41.113
15Nico HülkenbergWilliams-Cosworth1’41.418
16Vitantonio LiuzziForce India-Mercedes1’41.642
17Jaime AlguersuariToro Rosso-Ferrari1’41.738

Q3

The Red Bulls held back at the start of Q3 while the McLarens and Ferraris went first. And their first times were set in that order – Hamilton doing a 1’39.582, leading Button, Alonso and Massa.
While those four did two separate runs Vettel and Webber did just a single run at the end of the session. While that worked like a dream for Vettel, who who improved his time progressively to a 1’39.394, Webber ended up over half a second off his team mate.
The other drivers were all getting in each others’ way as the final laps begin, Rosberg threading his way through the Ferraris to ensure he didn’t miss the cut-off. Massa started his final lap the instant the clock ticked to zero.
Hamilton improved his time but fell short of beating Vettel by a few hundredths. But Alonso was the big winner, pulling together a lap good enough to salvage third place, splitting the McLarens.
The grid tees up a fascinating battle for the championship tomorrow with Alonso surrounded by McLarens, and Webber facing a mountain to climb to keep the Ferrari driver from the title.
Top ten in Q3
1Sebastian VettelRed Bull-Renault1’39.394
2Lewis HamiltonMcLaren-Mercedes1’39.425
3Fernando AlonsoFerrari1’39.792
4Jenson ButtonMcLaren-Mercedes1’39.823
5Mark WebberRed Bull-Renault1’39.925
6Felipe MassaFerrari1’40.202
7Rubens BarrichelloWilliams-Cosworth1’40.203
8Michael SchumacherMercedes1’40.516
9Nico RosbergMercedes1’40.589
10Vitaly PetrovRenault1’40.901

The championship

Alonso may only be ahead of one of his championship rivals on the grid, but it’s the one that matters most – Mark Webber, who’s eight points behind him in the constructors’ championship.
That means that were the top five drivers to finish in the order they qualified, Alonso would be world champion.
The most realistic threat to Alonso’s title hopes heading into the race is likely to come from Vettel. If he wins the race, Alonso has to make sure he finishes in the top four.
Were he to fall to fifth – behind, say, Button and Webber – he would end the race level on points with Vettel, and lose the championship due to Vettel having more fourth place finishes.
In that case his new best friend could come into play – Lewis Hamilton, who may pose the biggest threat to Vettel on race day.
Of course Alonso only needs to gain one place on his starting position to be guaranteed the championship regardless of what happens to his rivals.
How do you think the Abu Dhabi Grand Prix will unfold – and how will the championship be decided? We will see tonight.

 SRi:Suspen!Saspenn!!

Suu Kyi::

Berita pembebasan tanpa syarat Aung San Suu Kyi--pemimpin prodemokratik Burma pasti amat disambut gembira seluruh dunia terutamanya pengamat politik Myanmar. Tidak terkecuali yang melalui getirnya secara langsung-Ban Ki Moon dan Dr Mahathir serta lain-lain pemimpin ASEAN yang sekian lama menuntut kedemokrasian-pembebasan pemegang Nobel ini.
 Daw Aung San Suu Kyi, 65 adalah seorang aktivis prodemokrasi Myanmar dan pemimpin National League for Democracy (Liga Kebangsaan bagi Demokrasi). Pada 1991, ia menerima Penghargaan Perdamaian Nobel karena berjuang mempromosikan demokrasi di negaranya tanpa menggunakan kekerasan dalam menentang kekuasaan rejim militer. Ia dibebaskan secara resmi oleh junta militer Myanmar pada tanggal 13 November 2010 setelah bergelar sebagai tahanan rumah selama 15 tahun dari 21 tahun masa penahanannya sejak pilihanraya umum yang dimenanginya pada tahun 1990.
Myanmar sekian lama sememangnya menjadi duri dalam daging ASEAN terutamanya buat Tun Dr Mahathir -- kerana beliaulah yang bertanggungjawab terhadap penyertaan Burma ke dalam peta ASEAN. Sekian lama perhatian dunia tertumpu kepada tokoh pembangkang yang satu ini. Bahkan saat junta menang besar pada pilihanraya yang baru-baru ini-sempat mengundang kegusaran banyak hati akan nasib masa depan Aung San Suu Kyi.

Walaupun tokoh pembangkang paling terkenal di Myanmar itu ditahan di rumah sejak tujuh tahun lalu, dipinggirkan dan dihalang daripada bersuara oleh junta tentera, beliau tetap melambangkan harapan untuk masa depan lebih baik terutamanya bagi ramai penduduk di negara miskin ini. Tidak sedikit yang menganggapnya sebagai dewa yang bakal menyelamatkan membawa sinar cahaya kepada rakyatnya.

Jangan tidak tahu--kelantangan beliau di medan politik turut menginspirasi banyak jiwa di Indonesia bagi meruntuhkan rejim Soeharto 1998 lalu. Bagi mereka perjuangan demokrasi yang dilakukan oleh rakyat Burma di bawah kepemimpinan Aung San Suu Kyi yang berhasil menggulingkan diktator Ne Win pada tahun 1988 menginspirasi mereka untuk juga memperjuangkan demokrasi di Indonesia

Sidang produksi Poernama mengucapkan sekalung ucapan tahniah atas pembebasan Aung San Suu Kyi. Semoga masa depan Myanmar terutamanya makin bertambah gemilang di masa depan.
SRi:Puas hati ngan keputusan Kerajaan Negeri tak menjemput media-media "arus perdana" daripada meliputi Sidang DUN pagi tadi. Tapi pelik macam bangga sangat pula Utusan Malaysia ni buat statement: "Wartawan Utusan bagaimanapun berjaya menyusup masuk untuk membuat liputan tersebut." Nampak sangat memang dasar orang jahat dan teramat terdeteksi kepoyoannya di situ!erg

Saturday, 13 November 2010

Feno.mena:yang:meng.Inspira.kan

Akhirnya, Proton Inspira yang mendapat perhatian cukup meluas telah dilancarkan tiga hari yang lepas-10 November 2010. Pelancaran rasmi telah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Sri Mustapa bin Mohamed, bersama-sama dengan penasihat Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamed. Turut hadir di majlis tersebut ialah Pengerusi Proton Holdings Berhad, Dato’ Sri Mohd. Nazmi Mohd. Salleh dan Pengarah Urusan Kumpulan, Dato’ Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir. Majlis perasmian berlangsung di dewan Pusat Kecemerlangan Proton (Proton’s Centre of Excellence).

Mengkikut cakap-cakap Abang Evo yang dah pergi menjengah menyempatkan diri melakukan lawatan rasmi ke beberapa buah pusat pameran Proton dan telah mengambil beberapa keping foto model Inspira yang dipamerkan - hanya terdapat Proton Inspira 1.8 CVT berwarna hitam dan Proton Inspira 1.8 Manual berwarna putih sahaja yang dipamerkan. Dan agak mengejutkan apabila Proton memberikan tambahan surprise kepada penggunanya dengan menurunkan lagi harga Proton Inspira daripada yang diwar-warkan sebelumnya. 

Berikut ialah senarai harga terbaru yang berkuatkuasa sejak Rabu-hari pembukaannya yang lepas
Harga Proton Inspira (OTR termasuk insuran) -
Proton Inspira 1.8 (M) Executive (Solid) – RM78,549.00
Proton Inspira 1.8 (M) Executive (Metalik) – RM78,999.00
Proton Inspira 1.8 (CVT) Executive (Solid) – RM84,549.00
Proton Inspira 1.8 (CVT) Executive (Metalik) – RM84,999.00
Proton Inspira 2.0 (CVT) Premium (Solid) – RM91,549.00
Proton Inspira 2.0 (CVT) Premium (Metalik) – RM91,999.00

Setakat post ini ditulis, Proton Inspira telah menerima tempahan melebihi 2,000 unit dan semakin bertambah, dengan lebih 60 peratus daripadanya adalah tempahan untuk model Inspira 2.0 CVT Premium. Tahniah diucapkan kepada Proton. Inspira adalah fenomena terbaru dari Proton.
SRi:Tengah ready nak layan Live Timing Qualifying Abu Dhabi GP--sapa nak tambah kecoh-g laa dekat my FB japgi
Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)

Recento Vizitores