Thursday, 31 December 2009

Y2k+10

Kalau diikutkan 10 tahun yang lepas, rasanya SRi waktu ni tak gi memana. Motor pun SRi tak pandai guna. Makanya, duk kat rumah macam biasalah jawabnya. Mm, mungkin terasa debarlah juga sebab waktu ni baru nak menjengah masuk Sekolah Menengah. Tapi masih ada 19 hari lagi nak start sebab SBP kan mula lambat 2 hari. Sekolah lain 17 dah mula perkenalkan diri. Best juga rasanya time orang semua pagi-pagi gi sekolah, kita masih dirumah terhempas pulas tarik selimut semula!

Sekarang dah sepuluh tahun berlalu, kekanak sekolah rendah dulu pun dah macam-macam rupa sekarangni. Thanks to facebook, I've found my old friends again. Mm,ingatkan dulu SRi dah kenal ramai orang dah, tapi sejak akhir-akhir ni baru SRi sedar, rupa-rupanya banyak sangat dah nama dan rupa yang SRi terlupakan. Tapi bukan salah SRi juga yang sebenarnya, doranglah yang dah lain bebenor rupanya, Berapa ramai yang jadi model iklan, televisi segala. Perg, sumpah gua cakap beb; Korang sume sekarangni memang dah berbeza bebenor sangat laa. Kalau bukan sebab reunion n pesbuking memang konpem gua tak tau pon korang sume pernah sekolah ngan gua time kecik-kecik dulu!

Tahun 2000 kelmarin hampir semua orang duk risau tentang sistem perkomputeran, elektronik segala. Rasanya sistem LRT, ATM pun sengaja dilumpuhkan seketika.  Sri pun tak buka komputer maen games cam biasa. Bukannya apa, takut komputer tak boleh terima dengan angka 00 di belakangnya. Kalau tetiba mati, tak ke parah jadinya? Wallahua'lam.. SRi bukan pakarnya dan time nie pun bukannya tahu apa-apa.. Yang penting hati+perut gua gumbira dan bahagia suddaa~

Rock The World adalah sambutan ajang tahun baru yang SRi tunggu setiap tahun! Mungkin sebab semata nak tengok OAG buat performance kut. So,every year if I'm free, I'm gonna get the ticket! No 's' sebab SRi sesorang jah! Zaman sekolah dulu tak banyak yang minat dengan OAG atau band yang berbaur GiG ni! But still, SRi tak pernah dapat t-shirt free dia! Ada sekali tu SRi ajak abah join sekali, tapi tak jadi sebab waktu tu clash dengan tilawah alQuran dekat PWTC! sigh Namun begitu,sejak masuk sini, lepas SPM lebih tepat lagi; SRi dah tak berkesempatan dah nak gi tempat-tempat cenggini!

Mm,azam tahun baru? Sejujurnya SRi dah lama tak menetapkan apa-apa target bila sampai tahun baru sebab hari-hari SRi buat azam hari baru! Maybe sebab banyak juga yang tercapai dan sekolah pon start bulan 9, makanya buat SRi jadi malas nak berazam-azam bila sampai tahun baru ni! Papehal pun, moga kita hari esok jauh lebih baik lah yea daripada hari ini! Barulah boleh jadi insan yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang! ahaks

SRi:Selamat Tahun Baru Semua!!Doakan juga buat kami yang nak periksa minggu depanni! Bubye 2009, Welcome 2010! Tak sabar-sabar pula nak tengok gerhana bulan malam tahun baru nie!

Wednesday, 30 December 2009

Beauty-Curse or Bonus

Miss Universe said beauty is a bonus. 
Bekas pengacara Nona pun pernah kata yang sama..

Tapi kekawan SRi tak habih-habih dikejar dek stalker!
Nak buat apa-apa pun tak senang.
Hapdet status, blog ka; pasti dia ada di situ
Jangankan yang bujang,
dah kahwin punya suami pun sama turut serta kena

Mm,payah juga eyh jadi Cantik nie rupanya!
Tapi lagi bertambah payah kalau ditempeknya make-up tak hewngat donia
Dari elok lawa-lawa, terus jadi serba tak kena
Euw,seksa mata mak noks~


So,berpadasederhanalah dalam setiap perkara
Nanti orang dah tak suka
Baru kita taw langit tinggi rendah
Hah,time tue baru ingat nak taubat
tapi dah terlambat suddaa
Orang tue dah buang kita jauh-jauh daa~

SRi:Proud to be a stalker!haha

Monday, 28 December 2009

o.li.dey

Menu Malam Ini:
Mandi Hujan + Makan Vanetta + Menom Float + Tengok SET + Layan Thesis = SUPERB!!! [baca:tidoq]

*SET:Sony Entertainment Television

SRi:1st time kut tak rase ghairah mana nak menikmati cuti. Mungkin sebab hujan, makanya malas nak turun kota bersukaria!Tapi duit totap manyak habbes jua beli makan macam-macam!!hahahahaddehlaa~

Sunday, 27 December 2009

Sher-Locked-Home-Less

*warning-please don't proceed your reading if you don't want to be spoiled when watching this megablockbuster movie*

Opening- 3.0 stars
Pembinaan Plot- 3.3stars
Teknik penceritaan- 3.5stars
Penstrukturan watak- 3.3stars
Closing- 3.5stars
Bonus- 3.5bentang
Konklusi- 3.35stars!!

1. Directed by Guy Ritchie and written by first-timer Michael Robert Johnson, Anthony Peckham and Simon Kinberg, the picture is most likely resembles the Wild Wild West the notorious 1999 bomb that not even Will Smith could turn into a hit. 
2. Like that film, "Sherlock Holmes" tries to be too many things at once;a comedy, an action-adventure, a thriller, a turn-of-the-twentieth-century "CSI" investigative procedural, even a romance; without fully committing to any of them. 
3. The results are half-hearted, limp and empty, giving the viewer nothing to care or get excited about
4. But the film has a saving grace in leading man Robert Downey Jr. Even when he’s studiously grotesque, Downey is worth watching. 
5. The same goes for Downey’s co-star, Jude Law, playing a steady, worldly Watson, the friend whose loyalty is tested by Holmes’ extreme eccentricities.
6. To his credit, Ritchie does hit the ground running, not wasting too much time with dull back story.
7. But with vaguely drawn characters exhibiting no background history and a plot that seems to have already been set up by the time the film begins, "Sherlock Holmes" feels like a sequel rather than the proper beginning to a new series based on the stories by Arthur Conan Doyle.
8. At a loss for what it wants to be, the movie is never funny [even some of times I've laughed] and never thrilling, because the sparse action scenes are unimaginative, non understandably. 
9. And never scary too! Blackwood's evil doings are just skimmed over with little of discussion between the actors than appearing itself onscreen. sigh 
10. Even Downey Jr worth to be watched, but he goes through the paces with an unusual lack of fire, naughty and arrogant  in his eyes. His Sherlock Holmes certainly does not have the sparks like Tony Stark to become a well-loved film character or icon. 
11. The relationship between Holmes and Watson for me is far more interesting than the one between Holmes with Rachel McAdams. Seems the director have forgotten to use her charismatic optimumly. 
12. I hope the sequel will be a very far superior film than this time.
SRi:Tak larat melangut tengok kat depan sangat!Penuh euy~

Friday, 25 December 2009

CONGRATEZ PiRANHa

mamuneif:assalamualaikum abg sihat mama harap abg ok hari ni result PMR keluar cik mat dapat straight A ALHAMDULILLAH [beliau memang pemaleh sket bab2 tanda noktah,koma segala nie! *selambe kutok mama sendiri..hehe PEACE Mama!!]
Tahniah CheMat! Pergh, boleh dikira dengan jari kowt family kita yang dapat straight A PMR nie! [bajet ada berpuluh-puluh adeq bradeq jah! hahaha] We always proud with You bro!! Jangan lupa, ada yang lagi besar menanti anda 2011 ni! Goodluck!!
umi:Buletin Utama: Smap Kajang antara top 5 PMR terbaik sekolah agama peringkt kebangsaan. Tahniah 123org 9A dan 8A. Berkat Doa guru2 yg selalu bersama2 anak murid yg berakhlak mulia.

To all SMAPianz n teachers, Congratulation too! Dah lama kan kita tak masuk ranking gara-gara ada geng-geng spoiler sengaja bagi dapat D Bahasa Arab Komunikasi.. =) Tak sabar pula nak menantikan result SPM 2011! hihi.. Keep Good Momentum, don't Loose it!

setelah beberapa kali berbalasan SMS yang caranya memang tak macam anak ngan mak men meses, SRi dapat SMS nie pula!

mamuneif:terkejut baca blog abg apa dah jadi nak kawin kejar cita2 dulu kut anak
hahhahahhaa..tidak ku sangka mama ku jua turut ikut meraikan kehidupanku di blog ini juga! bahye nie~ korang [termasuk bakal ibu mertua] yang duk hantar komen yang terasa nak bersuamikan saya sila jaga tutur kata ya! Mama [mungkin bersama Abah] saya sedang memonitori anda semua!hahahahhahaa

bajet HOT! haha *larikkkkkk!!*


SRi:Padan muka Eman!Sappa suruh mama baca blog abg?Kan dah tetiap saat duk bius telinga dengaq mama berFatwa Pujangga!hahahhahaha

Thursday, 24 December 2009

Fatwa Fujangga


T'lah kuterima suratmu nan lalu
Penuh sanjungan kata merayu
Syair dan pantun tersusun indah, sayang
Bagaikan madah fatwa pujangga


Kan kusimpan suratmu nan itu
Bak pusaka yang amat bermutu
Walau kita tak lagi bersua, sayang
Cukup sudah cintamu setia


Tapi sayang sayang sayang
Seribu kali sayang
Ke manakah risalahku
Nak kualamatkan


Terimalah jawapanku ini
Hanyalah doa restu Ilahi
Moga lah Dik kau tak putus asa, sayang
Pasti kelak kita kan bersua

SRi:Sang Pemimpi->Wajeebul Nunton euy! kredit to farina

MiMPi

*warning-please don't proceed your reading if you don't want to be spoiled when watching this megablockbuster movie*

Opening- 3.5 stars
Pembinaan Plot- 4.0stars
Teknik penceritaan- 4.5stars
Penstrukturan watak- 4.5stars
Closing- 3.5stars
Bonus- 3.5bentang
Konklusi- 3.91stars!


1. Sang Pemimpi, novel kedua daripada trilogi Andrea Hirata merupakan kesinambungan daripada Laskar Pelangi yang mungkin bakal diikuti rapat oleh Edensor tak lama lagi. 
2. Sejujurnya bagi penonton yang terlepas tonton Laskar Pelangi juga ga papa koq kerna sekuel ini tidak terlalu mengaitkan memori Laskar Pelangi di dalamnya, tiada lagi Lintang dan warna-warni pelangi yang lain
3. SRi cuma sempat membaca Laskar Pelangi sahaja. Mungkin gara-gara kerna SRi dah terbeli novel tersebut sebelum keluar filemnya membuatkan SRi ralat ketika menontonnya, makanya SRi mengambil pendekatan mudah hanya dengan menunggu saja filemnya keluar, dah tak beli lagi novelnya
4. Sang Pemimpi mengisahkan kehidupan Sekolah Menengah Ikal ['hero' Laskar Pelangi yang berambut kerintingtu], Aral Arai-saudara jauhnya Ikal yang akhirnya menjadi teman baik atau saudara angkatnya setelah kepergian ayahnya menemui Yang Esa dan Jimbron- anak yatim piatu muslim yang tinggal bersama pendeta, sangat obses dengan kuda dan akan gagap pabila tertarik oleh sesuatu perkara atau ketika gugup
5. Sama halnya seperti sekuel Ketika Cinta Bertasbih yang sangat banyak perbaikan mutunya, Sang Pemimpi juga tak kurang hebatnya menutupi cela cacatnya Laskar Pelangi. Sejujurnya SRi amat terhibur dengan apa yang cuba disampaikan.
6. Dengan latar belakang bukan asal keluarga kaya dan rambut keriting hebat lebatnya, membuatkan SRi terbuai dengan perwatakan yang dibawakan Ikal atau Ahmad Haikal. Banyak SRi lihat persamaan yang ada pada kami meskipun sebenarnya dari segi kegigihan dan kematangan, masih banyak SRi ketinggalan
7. Dengan senyum yang tak lekang daripada wajah ayahnya Ikal meskipun perih kehidupannya, langsung mengingatkan SRi kepada Bamuneif. 
I Miss U, Abah.. 
8. Jika pada Laskar Pelangi ada Lintang sebagai pendorong, di Sang Pemimpi-Arai pula yang memegang tampuk pemain utama dalam pembetukan kematangan pemikiran dan tingkah laku Ikal, 'jelmaan' Andrea Hirata
9. Arai-setelah ketiadaan bapanya yang tercinta, hanya tinggal keluarga Ikal saja yang masih terbau bacang-bacang persaudaraannya. Makanya dijemputlah beliau oleh Ikal dan bapanya, tinggal bersama mereka sebagai keluarga, membesar bersama-sama menikmati dunia. Dari segi kematangan fikiran dan daya imaginatif, tergambar benarlah Arai akan hakikat itu! Setiap perkara dilihatnya dari sudut positif semata. Sangat-sangat matang sehingga SRi yang sudah 22 tahun pun tak termampu bertingkah sedemikian.
10. Meskipun beliau cerdik dan rajin orangnya, kenakalan dan berkat kebijakannya; beliau, Ikal dan Jimbron seringkali membuat onar yang sering mengundang keberangan guru besarnya.
11. Filem ini amat sangat sesuai ditonton oleh anak-anak muda yang dah mulai kehilangan identiti, tujuan asal kehidupannya. Sangat terharu ketika melihatkan kegigihan tubuh kecil 17 tahun itu mengejarkan ayahnya yang berbasikal pulang setelah mengambil report cardnya tuk menyatakan keinsafannya.
12. Secara keseluruhan Sang Pemimpi sememangnya digarap dengan sangat baik. Meskipun ada beberapa kecacatan yang sempat SRi sedari, namun cara pengolahan, susun atur kamera, jalan ceritanya membuat kita tak ambil pusing itu semua. Latar belakang kehidupannya diperjelaskan satu persatu tanpa melompat-lompat. Mudah dihadam.
13. Taste kita berbeza. Mungkin akan ada ramai merasakan Sang Pemimpi ini membosankan. Mungkin.. SRi tak menafikan itu kerna  citarasa kita semua berbeza. Tapi bagi SRi Sang Pemimpi adalah filem Indonesia terbaik buat tahun ini. Sang Pemimpi sememangnya desert 2009 yang sangat menyelerakan.
14. Kehadiran Ariel Peterpan yang bersahaja, sememeh tak seperti biasa amat menepati kehendak yang digambarkan Andrea Hirata. SRi berharapkan mutu lakonannya di Paris kelak pada siri Edensor jauh lebih baik.
15. Sejujurnya SRi sempat malas menonton filem ini kerna melihatkan ketidakberapagilaan peminat nukilan Andrea Hirata ini. Tak seperti Laskar Pelangi, kalau dulu sampai minggu kedua pasti penuh saja theaternya. Tapi habis saja seminggu, Sang Pemimpi sudah menunjukkan kemerosotan daripada 4 theater yang menayangkannya kepada tinggal cuma dua atau satu sahaja. Mungkin kerna banyak filem lain yang beratur hendak masuk, jadi mereka kurangkan tayangannya. Tapi ini secara tak langsung menunjukkan bahawa filem ini kurang sambutan. Namun setelah menontonnya sendiri, WOW!! Nice~
SRi:Takde masalah jika ada yang ingin mengajak menontonnya buat kali kedua!


Tuesday, 22 December 2009

Richard Branson = AirAsia Stewardess?


Yes you read right! Sir Richard Branson of Virgin fame could be serving AirAsia passengers in a stewardess uniform – but only if Lotus F1 beats Virgin Racing in the battle of the newcomers. Lotus F1 chief Tony Fernandes will have to do the same on a Virgin Atlantic flight if the Malaysian backed team loses in the duel!

He has an airline, we have an airline and if we beat him he can come and work on our airline as a Virgin stewardess. We will make sure that the stewardess outfit is perfect. I suspect that he might ask us to reciprocate. I’ll have to check how fetching his stewardess outfits are but I’d be game to do it while totally confident of winning,” said the Briton.

AirAsia boss Fernandes replied:
Bring it on, the sexier the better. Our passengers will be delighted to be served by a Knight of the Realm. But, knowing Richard, the real challenge will be to prevent him from asking our guests ‘coffee, tea or me?’ That would be scary,” he said.

These two “warring” friends subscribe to the power of publicity, so this challenge comes as no surprise. As much as I want Lotus F1 to do well, Tony Fernandes in a tight skirt would be quite a sight! What do you think? paultan.org


SRi:PETRONAS join Brawn->Mercedes GP PETRONAS Formula One Team

11.11.11

Matematika memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita dewasa ini. Hari-hari kita diselubungi oleh angka-angka yang samada kita sedari atau pun tak pernah kita ambil kisah selamani. Jam kita kunci pukul ENAM pagi, subuh DUA rakaat, no hp saya 019*******, plat kereta saya bla.. bla.. Semuanya melibatkan angka.

Jikalau dulu orang cuma berjanji ketemunya petang nanti, hari ini kita harus menetapkan jam berapa. Dulu barter ikut sesedap rasa, tak perlu sukatan yang tepat. Hari ini wang pula digunakan sebagai ukuran. Baru kurang 10 sen, kita sudah mulai berbalah bertikam lidah! Angka terkadang mengubah kita menjadi manusia yang lebih pentingkan diri,cepat naik darah dan materialistik, menjadikan kita lebih analitik berbanding berfikir rasional nilai deskriptif disebaliknya.

Sama juga, jika dulu orang kahwin nikah asal tiba hujung minggu bulan sekolah bercuti ria. Hari ini kita lebih melihat tarikhnya. Tak zamanlah main cepuk macam tu saja. TAK Ong orang Cina kata! Tahun ini tahun 2009! Makanya berduyun-duyunlah pakat menempah khemah dewan 9 September kelmarin! Bukannya apa, nak dapatkan berkat 090909! Kaya tokei dewan ngan perancang perkahwinan!

Tak cukup tarikh, mas kahwin ngan hantaran pun ikut sama! Semuanya nak nombor SEMBILAN! Saya terima nikahnya bla bla bla RM 9999.90 tunai! Mm, tu pun nasib baiklah duit 1 sen dah takda, kalau tak memang dah sah sangatlah ada 99 sen tuh! Terbeliat geliat lidah nak menyebutnya. Dah lah gabra nak sebut nama bakal bini satu hal, nie nak sebut SEMBILAN yang berturut-turut tupula! Bala euy~

Btw, TAHNIAH SRi ucapkan kepada sahabat teman yang telah melangsungkan perkahwinan mereka tahun ini. Minta maaf sesangatlah ye SRi tak berkesempatan nak turut seta meramaikan majlis. SRi masih di sini tersangkut dalam situasi administrasi yang makin memburuk dan membusuk! Kalau dah sudah pasti sangatlah SRi ada di sana bersama kalian meraikan hari-hari bahagianya. Apapun, SRi mendoakan semoga yang terbaik, kalian bakal tempuhi. Hidup bahagia hingga ke akhir nyawa. Takda masalah apa-apa.

Sesungguhnya SRi bahagia punya teman seperti kalian. Bangga juga kerna orang lain sudah lupakan rakan-rakan sekolah rendahnya. Namun alhamdulillah,kami tidak ya adik-adik! Bahkan rasanya kita lebih rapat hari ini berbanding kelmarin. Boleh duduk bersama-sama, balik subuh pagi bercerita lepak suka ria. Mungkin kerna ibu bapa kita semua saling sudah kenal sedia ada, makanya mudah tuk meraih percaya mereka.

SRi tak tahu sebenarnya hendak tulis tentang apa malam ini. Tapi yang pasti SRi ingin ucapkan tahniah kepada teman-teman yang sudah dan bakal melangsungkan pernikahan dan pertunangan masing-masing. SRi doakan kalian semua bahagia gumbira ceria hingga ke hujung nyawa. Yang dah nak menimang cahaya mata, pepandailah hangpa mengasuhnya yaa. Moga mereka bakal membawakan 1001 manfaat buat hari tua dan ketika kita sudah tiada kelak. Buat teman-teman Taski Abim Bt 7, Sek Keb Gombak Utara, Sek Ren Agama Sg Chinchin dan Geng Bas Sekolah Pak Wan, SRi bahagia sangat dapat mengenali kalian!

Tak dilupakan juga buat pasangan pengantin yang turut mengenakan Al-Quran sebagai hantaran, janganlah buat-buat lupa pula nak membacanya. Al-Quran tu bukannya buat perhiasaan di dalam almari kaca tapi gunanya tuk dibaca, ditelaah bersama. Barulah hidup kita sekeluarga tenang aman harmoni, dirahmati Allah senantiasa. Dah elok baca Quran tue, sejadah telekung janganlah dibiar bersawang pula! XD

SRi:Mama!Abang nak kahwin 11 Nov 2011 nanti bulih?? *p/s:chemat,xsah nk ngengada bgtaw sesapa naa! haha*

Monday, 21 December 2009

11.11.11

Sile Rujuk Post di atas!
*syndrom malas nak delete! tenek terlampau ngokngek.. ngaaaa~

Sunday, 20 December 2009

Ju-OFF 4

*warning-please don't proceed your reading if you don't want to be spoiled when watching this megablockbuster movie*
Opening- 2.0 stars
Pembinaan Plot- 2.3stars
Teknik penceritaan- 2.5stars
Penstrukturan watak- 2.3stars
Closing- 2.5stars
Bonus- 2.0bentang
Konklusi- 2.3stars!!

All I can tell about this movie is poorly done. I didn't even get a little tense during the plays of this movie.

The director seems like preferred to do bloody scene rather than the horror scene. I can tell you that his taste is definitely doesn't fit with the Ju-oN franchise.

Also, what the heck with the old lady holding a basketball? Her appearance was just a gags. The only original ghost that appeared in this movie was Toshio, for a little 5 sec. Where is Kayako? Where is Takeo?

No crawling, no scary croaking. A big disappointment for a super Ju-oN fans. Lucky me, I'm not a kipassussamatti Ju-oN!


Friday, 18 December 2009

Salam Maal Hijrah


Satu muharam detik permulaan
....satu muharraaaam
perkiraan tahun Islam Hijrah
Islam hijraaaah...
perpindahan nabi dan umat Islam
uuuu uuuu wuuuuwuuuwuu...
dari kota Mekah ke kota Madinah
ila akhir~

Pernah dengar nasyid ala-koir sambil diiringi gersikan piano? Gegendang telinga warga Sek Keb Gombak Utara mungkin pernah bergetar menikmati keindahannya. Diajar langsung oleh The Master of Music, kami membina satu lembaran sejarah dalam industri lapang pendidikan negara. Bersama Teacher Nirmala yang bukan main bersungguh-sungguh cuba nak sebut Allah; sememangnya memori yang tak terlupakan.

Berapa ramai yang dah rasa berputus asa, tak mau join dah. belajar Setiap hari, ada ja yang meleleh air mata teresak-esak gara-gara diherdik!  Mulut tak bukalah, bibir tak lebarlah, senyum tak bagilah, semuanya jadi modalnya tuk ciptakan masalah dan timbulkan amarah. Namun semua itu akhirnya terbalaskan dengan pengalaman sememangnya manis tuk dikenangi. Nice.. Thank you very much Teacher for a very great experience! We Love You wherever You are and to all Seniors dekat Hillcrest, thanx coz always support and guide us to look not stupid when perform the choir!

97-99 sememangnya zaman kegemilangan seni suara bagi SKGU dan SRA Sg Chinchin. Jangankan cuma bidang nyanyian, debat dan alunan Quran juga tak kurang hebatnya. Cuma mungkin kerna masih belum kuat, tak pernah lagi kami jejakkan kaki ke peringkat tertinggi, KEBANGSAAN. Semuanya paling tinggi cuma takat negeri. Selalu juga kami bandingi dengan Perlis yang khabarnya mudah sekali menjengahkan diri ke darjat paling tinggi! sigh

Pernahkah SRi menipu ketika bertanding? Yups,pernah! Waktu itu pertandingan solat jemaah. SRi storykan di sini sedikit latar belakangnya. Skema pertandingan seperti biasa telah diberitahu awal-awal lagi iaitu pertandingan diuji berdasarkan mutu persembahan individu dan perkumpulan, bacaan tajwid tartil imam, ketepatan waktu nak masuk sembahyang; bila makmum kedua masuk, tepuk makmum pertama ajak masuk barisan ke belakang, makmum join solat waktu rukuk dll sampailah join ketika imam dah tahiyat akhir; seterusnya kualiti azan yang dilaungkan dan doa yang didendangkan.

Nak dijadikan cerita, SRi pun tak ingat siapa yang mastermind; mungkin SRi sendirilah kut yang tukang cadang *Well,bab2 keji nie memang I agak terkehadapan!* [tapi skali nie je kot kitorg buat cengginie sebab tak berape prepare mane..hehe] Kami tukar no giliran masing-masing. Kalau ikutkan tugasan asal, SRi kena jadi Imam, tapi sebab SRi tak hafal doa dan surah-surah yang cambest, SRi bagi dekat Ibrahim! SRi amek bahagian yang masbu' time rukuk tu. Yang paling best tu, kitorang bagi Sulaiman jadi Muazzin! Pergh, memang bergegar habislah Masjid As-Syakirin Batu 6 tuh! Terasa zou' kenikmatan kelunakan laungan azan yang digemakannya! Ustazah kami pun senyum bahagia bila mendengarkannya.

Alhamdulillah, dipendekkan cerita kami dapat Naib Johan. "Fuuh,syukuuur!"ujar SRi dalam hati. Nasib baik kawan SRi tu tak buat sujud sahwi sebab dia tak baca doa Qunut [tu laa, tak datang lagi training] kalau tak konpem dapat johan kemudian rasa cam bersalah dekat sekolah yang lain sebab untuk ke peringkat seterusnya, dorang hantar johan jah.. Baik kan saya?hehehehe

Tapi itu semua kisah lama, hari ini pun kita dah menjengah masuk ke tahun baru, mengulangi detik permulaan kegemilangan Islam secara terang-terangan ke 1431. Meskipun banyak pendapat yang mengatakan bahawa umat Islam bukanlah berhijrah pada 1 Muharram, namun yang pasti; kita sebagai hamba Allah yang menganuti ajaran yang telah disampaikan Rasulullah SAW haruslah sentiasa melihat ke hadapan, memajukan diri bukannya makin terkebelakangkan jatidiri. Bersamalah kita menjadi hambaNya yang hari ini jauh lebih lebih baik daripada hari semalam, dan hari esok sudah pasti kan lebih baik daripada apa yang kita kerjakan ketika ini. InsyaAllah~

Salam Maal Hijrah ke-1431 daripada kru produksi kerabatASTANA. Semoga kita makin dekat kepadaNya, dirahmati segala tindak tanduk dan dipermudahkan segala pekerjaan kita sehari-hari. Selamat Tahun Baru, Maaf Zahir Batin =)

Hijrah Itu Pengorbanan *Pengorbanaaaan
Hijrah Itu Perjuangan *Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan  *Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan *aa aaaa aaaaan

Oleh Itu Mari Semua [sambil buat marching]
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman
Untuk Sepanjang Zammaaaaannn....
HIJRAH!! *creeeeeennnnggggg..munyik drum* [nasyid kitorang hebat kan?hihi]


SRi: Ulangtahun bukanlah tuk kita raikan berhuhahoohasukaria gila-gila. Tapi seharusnya sebagai peringatan bahwa betapa banyak bebanan dosa yang dah kita hangkot bersama dan betapa tipis masa tuk kita kembali menebusnya~ 
Renung-renungkanlah dan Selamat beramal!

AVATAR:the unreal thing

*warning-please don't proceed your reading if you don't want to be spoiled when watching this megablockbuster movie*

Opening- 3.0 stars
Pembinaan Plot- 3.3stars
Teknik penceritaan- 3.5stars
Penstrukturan watak- 3.3stars
Closing- 4.5stars
Bonus- 4.0bentang
Konklusi- 3.6stars!!

1. Opening with a bored non-commercial narrator voice
2. Plots take too long to develop love sensation between Jack Sully (Sam Worthington) and Neytiri (Zoe Saldana) until we can guess what will happen next and at last I don't feel their LOVE anymore

3. This movie takes itself way too seriously; there are no cute or funny moments, nothing. Make me sleepy sometimes

4. Nice CGI technic. The details SUPERB!

5. UTOPIA - nice word to describe Pandora. Beautiful scenery, unique flora and crazy idea of wild beast! With floating island, gorgeously tree absolutely will make your jaw drop and say Waaaaaaa~

6.  I love the ending when those fauna came help to destroy "Sky People" troop. Should be the half or 1/3 of this movie is all about their fighting to protect their family and lovely planet not just wandering around jumping along the forest!

 7. Blue-skinned, yellow-eyed, big nose, tiger stripes plus shining star and 10-foot tall Na'vi for me wasn't a really nice combination for these aliens to look beautiful and cool.
8. With covering their tits and reproductive organs, so; this movie may 'suitable' watched by children also! Nice 'job' Cameron

9. Is there anybody know what happened to Neytiri's farther and brother after they've been killed by Sky People? Are they buried or just left there rotten being candle lite dinner for Aewa?? sigh

10.  Which is more logic? Ask your God to help an old-not sexy-stranger who 'involved' in destroying your home or friends and your families who will wipe your tears? Of courselah we choose to help Dr. Augustine Grace! We are a very noble and non-selfish alien. ngaaaa~

11.  Mm, I don't think I wanna go watching this movie for the second time XP


Wednesday, 16 December 2009

Dunia Kita Beza

Alhamdulillah, hari ini selesai sudah Ujian "Akhir Semester" [UAS] KKN. Semuanya ada 10 soalan dan sejujurnya cuma satu soalan sahaja yang SRi pasti itu adalah jawapannya. Yang lain, macam biasa~ GORENG saja! Nama pun Esei. SRi taram habis dua muka. Moga DPL mengertilah apa yang SRi karangkan. Malas nak menulis dalam bahasa Inggeris pula kerna soalnya juga berbahasa Indonesia.

Ini adalah kali pertama SRi berada di dalam ruangan ujian tanpa teman Malaysia di sisi. Asal DPL keluar saja, terus riuh rendah biliktu mereka berbincang cari jawapan. Mungkin kerna DPL pun tak anggap ujian ini terlalu penting, makanya dibuat tak tahu saja apa yang berlaku. Tapi tak tahulah bagaimana dengan rupa ketika ujian yang sebenar. Mungkin tak jauh beza juga gamaknya! Wallahua'lam~

Masih berkaitan dengan ujian, nak dijadikan cerita betapa sungguh genius sangatlah hamba-hamba Allah ini, nak diperbuatkan "party" 9 Januari nanti di Ciateur! Adoilah, kekanak nie.. Sabar sajalah! Mungkin bagi mereka UAS ini terlampau mudah, jadi satu malam cukup untuk buat bekalan pasti peroleh nilai A esok hari. SRi tak tahulah nak kata apa. Terkadang keputusan yang mereka tetapkan agak tidak matang dan mengguris jiwa sensitif ini

Teman dan suka ria mungkin itu yang mereka prioritaskan ketika ini. Ga ada loe ga' rame! Makanya mereka sanggup ketepikan perkara yang lebih penting demi dua perkara ini. Program yang mereka rancangkan itu sebenarnya berada si tengah-tengah ujian! *UAS mulai 4-14 Jan 2010 bagi kebanyakan fakulti* Sejujurnya SRi masih belum pasti mampukah ikut mereka bersama 9hb nanti! Kita lihat saja apa yang bakal terjadi

Satu yang SRi nampak ketara pada mereka. Suka bebenorlah BUANG MASA! Sanggup berlama-lamaan menantikan sesuatu yang belum pasti jadinya. Duduk borak kosong tak bermanfaat. Sejujurnya, SRi juga begitu kebiasaannya, tapi taklah sampai suka buang masa begitu sahaja, tak buat apa-apa.  Sudah habis program atau hajatnya, masih di situ tak reti nak bergerak-gerak! Tungguuu saja. Entah dan sampai bila hendak jadi tunggul di situ, SRi pun tak tahu! Mujurlah SRi bukan tuan rumahnya, jika tak; tak tahulah bagaimana hendak menghalau mereka keluar! Parah ini orang

SRi:Adab bertamu->Jangan sebelum Subuh, sebelum Zuhur dan ketika Maghrib.. Balik-baliklaa weyh!!

Tuesday, 15 December 2009

Tahniah Malaysia!!

KITA KE FINAL-Setelah kemarau EMAS berpanjangan di lapangan padang sepak bola, akhirnya sinar 20 tahun kelmarin itu kembali bergemerlapan! *konpem takde tayang kat tv indonnye nie!dasaar*

Masih mengekalkan di kedudukan tangga ke-4, Malaysia telah mengumpul 26 pingat EMAS dengan 8 antaranya adalah daripada Kolam Renang semata dan Daniel Bego sebagai penyumbang utama pingat menyapu bersih 4 Emas buat negara.

Teka-teki mengenai pelumba yang akan menduduki kerusi pemandu pasukan Formula Satu 1Malaysia-Lotus (1MF1T-Lotus) bagi musim 2010 terjawab apabila diumumkan Jarno Trulli dari Itali sebagai pemandu utama, Heikki Kovalainen dari Finland (pemandu kedua) dan Fairuz Fauzy dari Malaysia (pemandu ketiga) bakal membawa kibaran bendera Malaysia ke persada dunia.
 

BADDROL (dua dari kiri) meraikan jaringannya ketika membantu Malaysia menewaskan Laos 3-1 dalam saingan separuh akhir


PEMAIN wanita negara merai detik bersejarah selepas muncul juara berpasukan

TENAGA utama Lotus F1 Racing (dari kiri) Riad Asmat, Datuk Kamarudin Mernanun, Kovalainen, Datuk Tony Fernandes, Trulli, Fairuz, SM Nasarudin SM Nasimuddin dan Zahri Ismail pada sidang media pengumuman pemandu Lotus F1 Racing

MUN Yee (kiri) dan Yan Yee memperaga pingat emas terjun 3m papan anjal

SRi:Tak penah nak dapat tengok langsung Sukan SEA sebab Indovision tak teringin nak tayangkan!ciskek

Saturday, 12 December 2009

Wednesday, 9 December 2009

Otromen

Dahulu, anak kecil main daun terup kecil bergambar super hero, Suria Bajak Hitam dan Ultraman di halaman rumah. Bosan main tepuk, mereka main baling selipar. Daun terup diletak di atas tin di dalam lakaran bulatan di tanah, dibaling menggunakan selipar, terup terkeluar, milik si pembaling. Anak menang gembira, anak tewas berduka seketika. Esok mereka main lagi.

Ibu bapa senang hati memerhati.

Sekarang, anak kecil melepak di kafe siber konon menimba ilmu di dunia tanpa sempadan. Walhal pantang berpeluang mereka pantas melayari laman web lucah. Tersengeh, tersenyum, terbeliak biji mata, menonton perlakuan pelik, manusia dewasa tunggang terbalik, sesekali kedengaran jeritan manja, “Yes! Yes! Yes!”.

Orang tua tidak menjengah, ibu ayah sibuk berkerja, pihak berkuasa entah di mana.

Dahulu, anak kecil lelaki dan perempuan sekampung, bergaul sama. Main guli, ‘police century’, galah panjang dan kondak kondi. Bersentuhan, tidak berasa apa, barangkali kerana itu, biarpun di darjah 5 masih lagi berbogel, mandi sungai bersama. Mereka terjun, menyelam dan terapung gembira.

Jangan hanyut sudah,” cuma itu pesan ringkas orang tua.

Lalu melangkah mereka ke kebun, berhati ceria.

Sekarang, anak kecil duduk berkumpul di tangga flat. Mata liar memerhati, menunggu mangsa.

Kenapa menangis?,” tanya ibu.

Man raba masa lalu ikut tangga,” jawab anaknya, Riyana.

Man, 12 tahun, Riyana 11.

Bergegas si ibu ke balai polis membuat laporan, anak kecil dicabul dek anak kecil lain, itu kesnya.

Dahulu, anak kecil duduk sopan bersila, memerhati opah menggulung rokok daun. Opah menghisap rokok berisi tembakau Cina, cucu hisap rokok daun ‘kosong’ dihulur dek opah tua. Cucu terbatuk, opah tesenyum.

Tak payah hisap rokok lagi kalau batuk,kata opah sambil menggosok belakang cucunya.

Sekarang, anak kecil jarang kenal rokok daun, mereka menghisap rokok Dunhill, dibeli 60 sen sebatang dari kedai runcit Aceh atau mamak berhampiran. Tersilap langkah, mereka menghidu gam kasut Cap Senapang dijual dek Ah Seng. Khayal, berjalan terhoyong-hayang bagai lalang. Tiada siapa peduli.

Hanya ayat klise terpancul dari mulut orang tua memerhati.

Apa nak jadi dengan budak tu?

Jauh sungguh perbezaan di antara dulu dan sekarang

Renung-renungkanlah dan Selamat Beramal! Di CopyPaste daripada blog MazidulAkmal

Tuesday, 8 December 2009

Pedang

Ada orang kata lidah itu lebih tajam daripada pedang. Tak perlu bom maupun hutang darah dibayar darah, cukup hamburkan saja kata-kata pedas, itu dah cukup tuk menyeksa jiwa dan perasaan sang pendengarnya sehingga serasa mahu mati!

Yupz, itulah kuasa lidah pabila berkata-kata. Rasanya tiada lagi akta yang diperuntukkan untuk mendakwa yang mengunakan lisan sebagai senjata pembunuhan! 'Senyap' dan BERSIH! Cukup diduga si bijak forensik si mati meninggal dunia kerna heart attack atau sakit tua! CASE CLOSE

Ada orang kata SRi adalah gabungan abah dan mama. Abah agak pendiam orangnya, dia cuma akan bising pabila ada yang menarik perhatiannya. Berbeza pula dengan mama yang memang suka bercerita. Mungkin lumrah wanita yang suka berbicara 24 jam, jadi ada saja yang hendak diceritanya.

Sejujurnya SRi lebih suka berdiamkan diri walaupun banyak ketikanya SRi rajin berkata-kata. Bukannya apa, SRi memilih untuk membisu kerna tahu jika SRi berbicara, pasti ada saja yang salahnya. Namun apakan daya, ada saja yang menarik perhatian supaya SRi ikut menyampuk masuk ikut campur perbualan mereka. Makanya ter'ada'lah blog ini sebagai sampingan jika ada yang memaksa jiwa ini tuk berbicara juga walaupun tak semua SRi muntahkan

Berfikir sebelum berkata-kata. Itulah yang dipinta sehari-hari. Semoga dikurniakan kelebihan seperti bangsawan budiman, yang femes emes dengan kata-kata bijaknya itu yang penuh erti makna tersirat. Bicaranya tak sia-sia,tiada nista bahkan menjadi ikutan moto hidup segenap penduduk dunia. Istimewa kan, mereka?

Oleh itu,maafkanlah ya jika terkadang itu SRi lebih suka mengasingkan diri menyumbat earphone ke telinga, sambil mata membaca apa di tangan kerna yang biasa keluar dari mulut ini biasanya cuma kan menyakitkan jiwa kalian dan menambahkan kekusutan permasalahan daripada memudahkannya. I'm Sorry..

SRi:Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata habis rosak santan sebelanga~

Sekolah Dasar

Terkadang hidup di negara yang cukup serba serbi membuatkan kita lupa hakikat siapa kita dahulu kala. Adat ketimuran yang kita banggakan mulai ditinggalkan satu persatu. Sedar atau tidak jatidiri kita ketika masih kecil sudah jauh berbeza dengan diri kita hari ini. Bahkan ramai yang rindukan dirinya yang dulu. Namun apakan daya, cerita itu telah pun lama berlalu dan tak terkejarkan lagi, dan akhirnya terpaksa kita lepaskan pergi.

Kelmarin SRi mengajar di Sekolah Dasar (SD@Sekolah Rendah) Desa Ciluluk. Baharu melangkah setapak ke dalam teritori mereka, berduyun-duyun anak-anak kecil meluru menghulurkan salam. Beberapa minit kami di situ tak bergerak melayani tangan-tangan sopan memohon restu sang pengajarnya. Mungkin kerna jas almamater (Blazer Universiti) yang kami sarungkan menarik perhatian mereka atau apa, Sri pun tak pasti. Yang SRi tahu, mereka meluru tanpa dipinta sesiapa. Senyuman senantiasa diukir melepasi satu persatu sang guru. Mungkin sudah menjadi adat bersalaman dengan tetamu, itu tak pula SRi tahu.

Lain ceritanya pula dengan tanah air kita yang tercinta. Jangankan hendak menghulurkan tangan, LARI lagi adalah! Mungkin suasana kita yang terlampau banyak kes culik menyebabkan anak-anak hari ini lebih mudah mengambil jalan protektif membawa diri pergi. Bertemu orang asing ertinya mengundang bala. Kalau tak dibawa lari, pasti kan ditanya macam-macam lagi! Beza kan? Tambah menyebalkan adalah tindakan beberapa setan yang makin menyesatkan tetamunya pula. Hajat hendak bertemukan guru, akhirnya ke bilik air pula dihantarkan. Tak cukup dengan itu, siap diludahi lagi kepalanya dari atas. Kasihan

Seringkali kita mendengarkan istilah Tetamu Membawa Rahmat. Namun sediakah kita terima kalimah tersebut sebagai rahmah? Kebanyakan kita menganggap tetamu pasti kan bawa masalah. Mesti macam-macam nak dikerjakan. Mulai dari bancuh air panas sehinggalah terganggu program televisi. Adoilaa! Awatlah dia mesti datang harini?

Sungguh, hari ini dan semalam jauh sudah bezanya. Mungkin kerna terlalu lama di atas, kita sudah lupa rasa hidup di bawah sama sekali. Globalisasi mengurangi nilai komunikasi sehari-hari, buatkan kita rabun tuk menikmati erti komuniti, menciptakan monster selfish dalam diri. Mizan masing-masing, Kubur sendiri-sendiri dah jadi pegangan hati. Hurm, dah makin parahni. *sigh
SRi:Kagum dengan semangat anak-anak di sini!

Sunday, 6 December 2009

soup around d corner

Adakah anda pernah pening sebelum ini setelah menghirup kuah yang bergelar SUP? hah,malam ini perkara yang disebut orang yang selamani SRi tak percaya kebenarannya telahpun dan sedang berlaku pada SRi. Dalam kata lain, ketika SRi mencoretkan entry kali ni, SRi bukanlah dalam keadaan sihat walafiat seratus persen!hihi

Kita pendekkan cerita sebab SRi pun seperti dah tak larat nak tahan mata yang dari tadi terus menerus ajak berbaring menenangkan kepala yang sedang berpusing-pusinganni, di sini SRi sertakan bagi sesiapa yang berminat nak belajar dan mempelajari cara-cara nak memasak sup tulang yang simple ni!

Bahan-Bahan:
Bahan A :
1.5 kg tulang lembu (bahagian rusuk dsb)
- dicuci hingga bersih dan toskan
2 inci halia - diketuk
1 sd besar lada hitam - ditumbuk
1 sd teh garam
1 sd besar gula
5 liter air

Bahan B (Tumbuk bersama) :
1 labu bawang besar
7 ulas bawang putih
2 inci halia
1 sd besar jintan manis
1 sd besar lada hitam
5 ulas bawang merah

Bahan C (Rempah Tumis):
2 batang kulit kayu manis
3 biji bunga lawang
7 biji cengkih
4 biji buah pelaga
1 labu bawang besar - dihiris halus

Bahan lain :
4 biji kentang - potong 2
2 btg lobak merah - hiris kasar
3 biji tomato besar - dibelah 4
¾ cawan minyak
2 bunjut rempah sup tulang
3 sd besar sos tiram
2 sd besar sos ikan
1 sd besar garam (atau secukup rasa)
1 biji limau nipis diambil jus

Prosedurnya
1. Masukkan tulang-tulang yang telah siap dibersihkan ke dalam periuk besar bersama bahan-bahan A yang lain dan didihkan dengan api yang kecil.
2. Jangan lupa buang minyak dan buih-buih yang terapung untuk mengurangkan kandungan rasa darah dan lemak di dalam sup.
3. Setelah agak mendidih dan daging pon dah mulai megempukkan diri,di atas pan lainnya, tumis bahan C sehingga agak garing. Kemudian dicampurkan dengan bahan B yang telah siap sedia ada dikisar atau ditumbuk dan tumis sehingga bau wangi semerbak.
4. Masukkan hasil tumisan tersebut ke dalam sup yang sedang menggelegak kepanasan. Godek-godek agar sebati
5. Masukkan bersama 2 sup bunjut
6. Lebih kurang 30 minit kemudian, masukkan sos tiram, sos ikan dan garam sambil mengacau agar serata. Jangan lupa rasa sekali.
7. Setelah sekian lama menanti, masukkan pula potongan kentang, tunggu sehingga empuk
8. Setelah empuk, masukkan hirisan lobak dan daun sup. Didihkan 10 minit, masukkan daduan tomato
9. Setelah berpuas hati dengan sup anda, tutup api.
10. Tuang jus limau rata-rata dan kacau agar sebati.
11. MAKAN!!

SRi:Gearbox memang bahagian yang paling TERBAIK! ~zZZ

aiyaaaaaaarrrrkkkk!!!

*warning-please don't proceed your reading if you don't want to be spoiled when watching this megablockbuster movie*
Opening- 3.0 stars
Pembinaan Plot- 3.0stars
Teknik penceritaan- 3.0stars
Penstrukturan watak- 3.0stars
Closing- 3.2stars
Bonus- 4.5bentang
Konklusi- 3.28stars!!1. Separuh pertama mungkin bagi kebanyakan penonton agak membosankan dan mereka berpendapat mungkin boleh diketepikan saja walaupun beberapa scenes nya agak menarik dan menyakitkan. ouch

2. Sayang kerna James McTeigue tak menggunakan sepenuh kemampuannya dalam kesuksesan Matrix Trilogy bagi filem arahannya kali ini. Banyak kelemahan yang mampu kita lihat daripada segi skil frame to frame, kegagalan penggunaan teknik bullet time dll

3. Latar belakang yang terlalu malap membuatkan penonton kelelahan memfokuskecilkan zona penglihatan mata untuk melihat lebih jelas apa yang berlaku.

4. SRi tak pasti berbanding JasonVsFreddy, siapa lebih murah darah? Tetapi yang pastinya, darah yang mencurah-curah ke ladang gandum, berhamburan ke sana sini kelihatan sangat berlebih-lebihan and looked FAKE!

5. Mungkin masalah kewangan atau apa, kesan CGI yang dipergunakan agak kurang memuaskan. But, don't worry, we've got what you want try to say through those scenes.

6. SRi lebih suka jika pembukaannya dibuat bukan dalam bahasa inggeris. Seperti mendengarkan orang Indonesia yang sedang berusaha keras untuk menghafal skrip pula jadinya.

7. Kehadiran RAIN dalam filem ini merupakan BONUS yang sangat besar. Kebanyakan penonton ke panggung menonton filem ini semata-mata untuk melihatkan beliau di layar lebar. Melihatkan usahanya buat filem ini, mungkin peminatnya mampu tersenyum puas. Mulai daripada kerja kerasnya 8 bulan penuh demi menampakkan otot-otot sekeliling abdomen sampailah 90% lagak ngeri, 'tarian' akrobatik yang dilakukan oleh dirinya sendiri, sudah membuatkan peminat-peminatnya bertepuk tangan dalam hati mereka sendiri. Bahkan penonton juga lebih gemar melihatkan sosok Asia yang melakonkan watak Ninja, bukan Mat Salleh yang sok Asia menjadikan Rain sememangnya adalah pilihan tepat! [tak berbunyi racist sangat kan?]

8. Selain latar yang gelap, berhamburan darah sana sini, keadaan yang berminyak membuatkan penonton dapat menyedari kecacatan dalam make-up skills terutamanya pada bahagian parut-parut yang ada di sekeliling badan Raizo [Rain]

9. Koreografi masih boleh dikira lumayan. Mungkin disebabkan yang melakonkan watak utamanya bukanlah martial art expert, jadi hasil yang disampaikan juga tidaklah terlampau mengujakan namun tidak mustahil kemungkinan Rain untuk mengantikan bayangan Bruce Lee jika kita melihatkan kegigihan usahanya untuk memberikan yang terbaik untuk peminatnya.

10. Cerita cinta yang cuba diselitkan mudah untuk difahami dan tidaklah berlebihan. Jadi mudah untuk dihadam oleh penonton. Cuma mungkin bakal lebih menarik jika ceritanya berkisarkan perseteruan antara Raizo dan Kiriko [Anna Sawai]. Dalam kata lain, kehadiran Kiriko adalah tidak lain hanya untuk melawan cintanya sendiri yang telah terjerumus dalam dunia gelap kejahatan yang dalam. Bad Boy always looks better than Mr Nice Guy
SRi:Masih teringatkan sosok anak kecil dalam angkot yang mirip habis seperti Dakota Fanning dalam Dreamer
Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)

Recento Vizitores