Sesiapa yang menjaga matanya, akan mendapat rasai kelazatan iman
Pada
satu malam, kelihatan seorang remaja cina telah masuk ke sebuah kedai
makan sambil menggalas sebuah beg, lalu singgah di beberapa meja makan,
tanpa dipelawa duduk, kelihatan beliau tabah bercerita kepada beberapa
pelangggan kedai makan akan movie terkini di pawagam lalu membuka beg
dan mengeluarkan beberapa keping DVD, rupa-rupanya remaja cina tu adalah
lanun cetak rompak DVD haram.
Setelah berjaya menjual beberapa
keping DVD dengan harga RM6 sekeping kepada beberapa pekerja kilang yang
sedang makan nasi goreng, beliau mendekati sebuah meja yang di duduki
oleh seorang pakcik berserban hijau yang sedang makan roti canai.
“Hello, Pakcik, saya ada movie terkini, gambar baik punya, DVD copy, mahu beli?”
Pakcik tu menghabiskan kunyahan roti canai lalu menelannya, kemudian hirup air teh tarik perlahan lahan lalu bersuara.
“Kalau kau ada movie tanpa pelakon perempuan, baru pakcik sanggup beli”
Pemuda cina dalam keadaan hairan, bertanya:
“Kenapa pakcik tak nak tengok perem,puan? Mereka semua cantik cantik maa..”
Pakcik tu ambik tisu untuk lap mulut dan bersuara lagi, kali ni agak keras.
“Sebab
aurat wanita tu haram!, tengok aurat wanita boleh buat pakcik masuk
neraka! Kalau takde movie tanpa pelakon perempuan, baik kau blah!”
Aurat? Haram? Apa ni, bisik pemuda cina, tapi beliau tabah geledah beg kandungnya lalu mengeluarkan beberapa lagi keping DVD.
“Ha, ni cerita yang pakcik cari, tak de pelakon perempuan jadi heroin.., confirm!”
Pakcik tu belek belek DVD tu dengan mencebik bibir.
“Saving
Private Ryan? Kisah perang dunia kedua yang mana satu kumpulan di
tugaskan selamat adik beradik Ryan yang terakhir hidup selepas abangnya
semua mati?, takde perempuan? Kau jangan tipu pakcik, comfirm ada
perempuan, babak mak Ryan terduduk terima surat kematian anak-anaknya,
babak kerani tulis surat mati sebelum pos pada mak Ryan, tu semua aurat
tu, haram!."
“Cerita ni pulak pakcik”, hulur pemuda cina tu dengan penuh sopan dan tabah.
“Ni
cerita apa? Reservoir Dogs? Memang semua pelakon utama lelaki, kisah
rompak kedai emas tanpa babak rompak kedai emas, tapi sebelum rompak
mereka makan kat kedai, casher kedai tu perempuan, makcik gemok yang
tembak mereka lepas rompak kedai itupun perempuan”.
“Cuba yang ni pulak pakcik, Shawshank Redemption.”
"Kisah
orang masuk penjara kena liwat? Sebelum masuk penjara ada babak dia
dengan isteri dia, perempuan, lepas tu waktu negro keluar penjara jaga
kedai ada pelanggan perempuan, aurat semua tu, haram!"
“Haiya,
ini macam banyak susah lo mau cari makan, tapi takpe, ni cerita harap
pakcik suka. Memang confirm tak ada pelakon perempuan , semua lelaki.
Ini movie baru, belum masuk panggung lagi, gambar clear, DVD copy.”
Pakcik tu pun tenung dan belek belek, sambil berbisik.
“Top Gun 2?” Hmm, pakcik tak pernah tahu ada filem hollywood tanpa pelakon perempuan. Bagus, pakcik beli.
Malam
tu, pakcik tu pun dengan tak sabarnya ajak anak bini menonton filem Top
Gun Part Two, sebuah filem tanpa pelakon perempuan, semangat sungguh
pakcik ni mempromosikan filem ini pada anak bini suruh tengok betul
betul takut ada kelibat pelakon perempuan, (jika ada, boleh claim ganti
rugi) al maklumlah, tengok aurat perempuankan berdosa, tak gitu?
Malam tu pakcik tu mati serta merta depan TV sebab beliau ada penyakit jantung, apa taknya, filem tu rupanya filem:
“Gay Pornos”
Whoa!
SRi:
Di akhir zaman, manusia tidak dapat lari daripada dosa, seperti orang
yang berjalan menharung air tanpa mengharap setitik basah, sedang pasti
kamu akan kebasahan, mengakulah dosa masing masing dalam taubat hari
ini, tinggalkan fatwa kaum kera kepada mereka yang ingin senasib kaum
kera sahaja.