Straight to the point, harini aku nak story sedikit info tentang mimpi yang aku tahu- dan sebahagiannya adalah pendapat aku semata-mata..
- Jika mimpi perkara baik di tengah malam, maka bangunlah dan bertahajjud sambil mendoakan agar mimpi itu makbul. Menurut Hadith, mimpi yang baik itu dari Allah, mimpi yang buruk dari syaitan.
- Jika mimpi buruk, bangun jugak, bertahajjud dan minta pada Allah, supaya perkara itu tak berlaku,
- Jika mimpi buruk dan malas nak bertahajjud, buat ‘isyarat ludah’ di sebelah kiri sebanyak tiga kali sambil beristigfar dan sambunglah tidur balik [ada dalam hadith]
- Jika mimpi berjumpa Nabi, Maka itu adalah Nabi Muhammad SAW, (Rujuk Hadith) sedikit cerita: baru baru ni ada beberapa kawan aku bermimpi jumpa Nabi, kawan aku tanya kepada Nabi, apakah tanda ahli shurga di akhir zaman, mengikut cerita kawan aku, tanda ahli syurga akhir zaman, Nabi bagitahu dalam mimpinya: mereka ada alas tidur di masjid. [baca: ini bukan Hadith: ini cerita mimpi]
- Pada pendapat aku, jika dalam mimpi korang bermimpi buat dosa, maka itu tandanya korang lemah iman, sila buat usaha atas iman dengan sungguh sungguh jika korang asyik buat dosa dalam mimpi. Orang beriman dalam mimpi pun tak buat dosa.
- Jika korang bermimpi buat pahala dalam mimpi sedangkan dalam dunia nyata korang banyak buat dosa, maka itu tandanya korang seorang yang suka berniat buat baik tapi tak mampu laksanakan mungkin di sebabkan pengaruh rakan atau masalah suasana, nasihat aku, sila zahirkan mimpi korang ke dunia nyata dengan cari suasana yang betul dan kawan yang betul [baca: jika tak nak masuk neraka]
- Jika korang bermimpi bersetubuh buat pertama kali dalam hidup, sedangkan korang tidak pernah bersetubuh, dan ketika terjaga terdapat cecair pekat wangi keputihan, itu tandanya korang sudah akhil baligh, yang mana lepas ni jika tinggal solat dengan sengaja boleh masuk neraka jika tak bertaubat. Sila jangan tinggal solat lagi sampai jadi mayat. Kalau nak tinggal solat jugak, tinggalkan solat jenazah untuk anda jer.. yang lain tak payah hihihi.
- Jika korang sudah baligh, tapi masih bermimpi bersetubuh atau berzina atau merogol, itu tandanya air sudah naik kepala. Tafsir mimpinya: Bila nak makan nasik minyak Bang euy?
- Jika korang bermimpi berjumpa hantu dan korang takut dengan hantu tu, maka terbukti korang memang penakut, sila takutkan Allah lebih dari segala- galanya. Aku bila mimpi jumpa hantu, aku akan kejar hantu tu dan tarik rambutnya- serius.
- Jika korang bermimpi bersetubuh dengan isteri sendiri, itu tandanya korang adalah kekasih yang setia. Tapi jika mimpi berzina dengan perempuan lain, itu tandanya korang bukan kekasih setia, lemah iman, dan rakus. Baik bertaubat cepat.
- Jika korang bermimpi solat subuh, tapi bila terjaga belum solat subuh dan haripun sudah siang, itu tandanya korang adalah seorang Islam yang suka tidur lewat.
- Jika korang bermimpi terasa nak kencing, berhati hati, nanti ada yang kencing dalam seluar. Hahahaha
- Jika korang bermimpi sedang memutarkan gasing kecil di atas meja, dan gasing itu tidak berhenti berputar buat selama-lamanya, itu tandanya korang sedang bermimpi. WHOA! [ini adalah lawak bagi yang faham]
No comments:
Post a Comment