Sunday, 3 July 2011

Call

Nak kata anak mama. Mungkin ya. Mungkin juga tidak. Sebab aku sendiri tak tahu maksud anak mama itu apa sebenarnya. Hahaha Tapi yang pasti aku rasa ikatan batin antara aku dan keluarga makin kuat sejak pertama kali mereka datang sini--aku rasa kami makin rapat sejak majlis konvo itu. Dan rasa itu sering mengundang rindu. Cuma aku je malas nak telefon rumah.

Ayat nak hilangkan risau mama mudah je--walaupun aku rasa takdalah hilang mana pun rindu dia. Biasalah--anak jantan sekor je. Tok pun aku dah lama tak call. Sian orang tua tu. Nasib baik tak bersendiri. Jenis suka bersosial. Hahahha 

Mudah saja. Aku cakap--kalau aku tak call tu maksudnya aku tak ada apa-apa masalah kehidupan. Tapi aku rasa tu semua tipu semata. Sebab bila ada masalah--mesti aku terus lenyap daripada dunia. Jangankan telefon--twitt fb pun offline. Nasib. Nasib..

Rasa nak call rumah--tapi malas. Hp tengah cass. Dah laa dah kantoi ngan mama beli hp baru. Oops. Apa aku nak cakap satgi ni? Mmm.. Susun ayat. susun.. Hahahaha

Agak. agak.. Apalah dorang tengah buat sekarang ni kan? Sibuk dengan katering kah? Ke tengah sibuk sibuk nak buang DIlah tengah laut? Biasalah--esok kan budak tu nak masuk sekolah baru. Aku pun tak tahu detail sangat. Tak interview habis lagi minah tu. Elok lah tu-Dr, Qs, Ir then last masuk jadi Chef! Nice 

Mmm.. Tak lama lagi dah sorang-sorang nak habis. Makcik tu pun target next year settle. Hopefully semua aman bahagialah takda papa masalah. Tapi gua tak risau ngan minah senget tu--dia genius. Insyaallah ok punya lah. Latest news bout gua--baru nak settel 1 sem. Lepas ni ada setahun setengah lagi-setaun praktikal setengah tahun lagi magang. Semoga semuanya baik lulus cemerlang takda nak kena remed remedial sudah. Aamein~

Hati? Hahahaha Single but not available. Masih belum tiba masanya. Tapi susah eyh main dengan jiwa ni. Tetambah lagi bila rasa dah cam rojak--sekejap rindu, sekejap cemburu. Owh Tuhan saja yang tahu seksanya. Ahaks 

Papehal--selamat menikmati minggu Anda! Esok dah nak masuk kerja lagi. Sayangi mereka yang disekeliling. Love uols! daa~

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)

Recento Vizitores