1. Sri cuba access HarakahDaily untuk dengar kata-kata pihak disebelah PR pula semalam, tapi tak dapat. So,esok paginya Sri cuba lagi sekali; even tak berapa memuaskan, tapi sebab dah boleh masuk, kira oraitla tu kan. Mungkin ramai sangat surfer yang masuk, so,traffic jammed macet mencreet-cret laa jawabnya.
2. Banyak kata-kata yang bising salahkan itu ini tentang apa yang berlaku di negeri asal labu sayong itu. Tak kurang juga yang membuat spekulasi sendiri tentang apa yang bakal terjadi hari esok nanti. [amboi, dah makin celik politik ya rakyat Malaysia sejak akhir-akhir ini]
3. Tapi Sri kali ini tak berapa nak minatlah kan nak cerita lebih-lebih pasal ni sebab Sri bukannya dapat info banyak sangat pun, buat tambah dosa je nanti;free-free jea masuk neraka. Di sebelah ni Sri sertakan sepotong ayat Quran tuk manfaat bersama, selamat menikmatinya ya.
4. Hampir setiap hari kita didendangkan dengan doa ini. Mohon ditetapkan pendirian dan hati yang duk asyik berubah-ubah ni dll. Banyak je lagi doa-doa yang diajarkan seangkatan dengannya yang kita amalkan. Sri rasa geng-geng yang duk melompat ke kanan kiri ni pun tak terkecuali daripada membacanya saban hari, tapi kenapa kisah sedih sebegini masih terjadi?
5. Mm, depa tak takutkah dekat hari akhirat nanti kan ditanya Allah apakah sebab musababnya mereka mempermain-mainkan amanah yang telah rakyat amanatkan? Apakah munasabahnya mereka berubah pilihan? Semoga mereka mempunyai jawapan yang tepat dan lekaslah pulang ke jalan yang benar.
6. Bukanlah kecil pengharapan orang bila melantiknya menjadi ketua. Bukan calang-calang orang juga yang layak diangkat menjadi pemimpin. Tapi jika begini alkisahnya, siapa lagi yang mahu terus dibodohi oleh Sang Raja yang asyik berubah hati? Hari ini A yang diakuinya, esok B pula yang diangkatnya.
7. Sampai bila-bila konflik takkan selesai kalau terus bermain api macamni. Politik bukanlah medan untuk berteka teki, main lompat ten teng, mengenjet-ngenjet semut sapa sakit naik atas tapi adalah perang untuk menjanjikan hari-hari esok rakyat yang dipayunginya lebih bersinar lagi.
8. Semoga hati kita senantiasa ditetapkan atas jalan yang benar tak berubah-berubah. Pendirian yang kita bina teguh tak tergoyah. Amalan yang dikerjakan istiqamah dan selalu dipermudah. Doa juga dipanjatkan agar ketenteraman tanah air berkekalan serta sentiasa dipayungi rahmatNya. Wallahua'alam...

cik anep...
ReplyDeletesalam ziarah kat bloh hang ni...
hehehe
tenQ nimengchang... =)
ReplyDelete