Tuesday, 28 April 2009

Caranya Salah!!

Kebanyakan orang Melayu-Islam yang tidak punya apa-apa teori politik melihat drama kegagalan memulakan dialog perpaduan UMNO-PAS itu bukan dari segi kepentingan UMNO atau PAS tetapi dari segi kepentingan umat Melayu-Islam di negara ini keseluruhannya, umat yang selama ini memang jelas berpecah belah oleh parti-parti politik yang memperjuangkan ideologi dan dasar parti masing-masing. Bagi mereka pendekatan yang lebih terbuka patut digunakan oleh kedua-dua pihak, berdasarkan semangat ukhuwah dan tasamuh(toleransi) Islamiah. Ini usaha untuk mengeratkan persaudaraan antara orang Melayu-Islam.

Salahnya cara UMNO-PAS ialah mereka tak merisik-risik dahulu secara senyap-senyap, secara tertutup. Sebaliknya kedua-dua pihak itu menggunakan media massa, surat khabar dan televisyen untuk mendedahkan hasrat mereka dan menentukan pendirian masing-masing melalui media. Jadi belum apa-apa, kedua-duanya yang dah setuju untuk berdialog atau berunding, sudah bertengkar dan kata-mengata di khalayak umum.

PAS meletakkan syarat. UMNO tak mahu terima syarat-syarat itu. Orang PAS menuduh UMNO ‘pencuri’. Tentulah UMNO melenting! Macam cara Yahudi atau Israel; mereka menuduh orang Palestin atau PLO sebagai pengganas. Ini bukan cara orang Islam. Ini cara samseng, cara orang yang tak beradab atau biadab! Cara orang Melayu-Islam lebih beradab, lebih tertib.

Bukankah elok misalnya para pemimpin tertinggi daripada kedua-dua pihak mengadakan pertemuan bersemuka secara tertutup di rumah Presiden UMNO atau PAS, masjid-tanpad TV,tanpa wartawan. Selepas itu jikalau tak bersetuju meneruskan rundingan, barulah dikhabarkan kepada umum dengan baik dan tertib, tanpa menyinggung mana-mana pihak.

Jikalau usaha ini mahu diteruskan juga atau dicuba lagi, ubahlah caranya. Gunakanlah cara yang lebih bijaksana, berdasarkan semangat dan budaya Islam. UMNO dan PAS tentu mempunyai matlamat, dasar dan wawasan yang sama. Tidakkah lebih baik jikalau persamaan ini dijadikan asas untuk bertemu di meja perundingan dan permuafakatan.

Perbezaan ideologi antara kedua-dua pihak pasti ada, tetapi kalu perbezaan ini dibesar-besarkan, sampai bila pun perpaduan UMNO-PAS takkan tercapai. Kalau perpaduan tak tercapai, sekurang-kurangnya dicari formula untuk berdamai. Perdamaian berlaku apabila kedua-dua pihak memahami pendirian masing-masing yang berbeza dan mencapai permuafakatan untuk bantu membantu dalam hal-hal yang dipersetujui bersama untuk kepentingan bangsa, agama, sastra dan negara!

SRi:Bersekutu Bertambah Mutu

10 comments:

  1. aku ni kan, tak minat politik tau~
    sbb ntah, cm bosan je politik ni..

    tp main reason yg buat aku tak mnt politik, bl tgk efek die kt org..
    cnth la, ade org umno wat kenduri kawen, org pas tak dtg..
    org umno smyg kt msjd, org pas smyg kt markas pas dorg..
    so rase cm pecah belah yg sgt2 tau~

    pastu ade sekali ni mase ade cuti, aku bwk keta..keta ayah aku, ade la pelekat pkr..ayah aku org kuat pkr..so aku bwk keta, tbe2 aku ade wat silap skit la..then keta blkg aku hon semahunyaaaaaaaaa...aku sedar slh aku..

    pastu tbe2 org tu potong aku n jerit "bodohnye org pas"..* kebetulan aku tak guna aircond, bkk tgkp*..aku terkejut la..sekali tgk keta die dipenuhi pelekat umno..uik??? waa..tak psl2 kne bodoh..bkn aku sngaja..n bkn lggr pon..aku kt lane 1 mase die nk potong..aku tak sdr die kt blkg......

    ish..trus aku bengang..ntah pape politik ni..

    *eh meraban lak..hihihi..sory kalu komen tak kne ngan post ko*

    ReplyDelete
  2. owh..x mengapa~btw,terima kasih atas luahan rasa hatinya

    semua orang ada pendapatnya yang tersendiri dgn erti politik yg sbnr. ada org yg memg btul2 ikut rapat2 pjalanan politik negaranya, xkurang juga yang memg lgsg xmaw ambil tahu tntg apa yg berlaku dalam negaranya sendiri (aku rasa,ko dkt tgh2 kut~even xminat,tpi stil ambil tahu skt2)

    aku stuju dgn komentar ko. orang melayu terutamanya, mereka terlampau taksub dgn ssuatu bnda t'utama dgn bnda2 yg mampu memuaskan dirinya&mjadikannya megah d pndangan org lain (klu taksub study,kerja xpa jg)

    dan inilah masalah palg besar skali nk diuruskan. bkn org2 besar shj mjadi penyebab utama kjijikan politik negara,ktaksuban penyokong2nya mengamarahkan lg kmurkaan barah yg dah sedia ada tercipta dalam politik kita.

    so,tugas generasi baru nie boleh dikatakan lebih&makin berat untuk mngembalikan kpercayaan rakyat kepada institusi kedemokratisan negara.

    semoga Malaysia senantiasa aman,makmur sentosa~aamein..

    ReplyDelete
  3. aahh..aku tgh2..aku tak mnt tp stil amk tau la..
    esp time krisis kt perak tu..rajen gile aku bc paper..paper harakah ckp len, paper utusan ckp len..
    poning~

    humm...btol3..
    taksub la dorg ni..
    even kdg2 aku geram ngn mak aku..leh die warning aku suh cr bakal husband org pas..
    aku mls mau layan..
    hahahaha..
    *sbb anak org umno kt perumahan aku kacak2 belaka..kah3*

    ntah la..kdg2 pk, btol ke dorg ni nk utk rakyat..ke sbb nk nama je..ntah3..

    so, bl 21 br aku pk..hehehee..

    nway, apsl ayat ko cm sgt sastera ha?? ko jd doc part time ckgu bm la..hehee

    ReplyDelete
  4. citz...dasar bdak sengal!!ish3
    sanggop dikau mderhaka ibu yg tlh mlahirkanmu k donia ini smata2 krna jejaka kacak itu?bidadara d sorga nnti jauh lebih mbahgiakan drpd kkacakan bliaw g ko dpt kat donia yg fana nie!hahhahhaha

    aku pon kkadang hangin&peninglaa jgak klu bab2 bace brita+mlayan geng2 fanatik nie.. mcm2 sgt kerenahnyea..nk asek menang jerk.. aku pon nk menang jga!huhue

    mm,sastera sgt ke??ne de~biasa2 jerk...tpi klu ko rasa memg hebat pon,syukor k hadrat ilahi lah atas korniaanNya kpd hambaNya yg lemah xbermaya nie..

    =)

    ReplyDelete
  5. alaa...ko ni..aku puji kacak je...bukan ckp aku nk dorg pon...
    kacak tp atu taman ape best??
    ssh ade la..
    at lis cr la mamat kacak anak org kaya duk kt sri hartamas or ukey perdana..hahahaha

    eh atok..ko org ape? ke bebas? hehe

    aah..sastera..kagum3

    ReplyDelete
  6. ye ke xnak??aku dpt rasakan bile ko kat belakng dorg,cam nk ngekor ajekan..ngaku ajelaa..hahhaha

    bakpe cari anak org kaya..bkn reta dia pon ko nak rembat..bek kawen ngan bapak dia tros xpon duda xdak anak ka..aman hidop donia akherat!hihi

    orang selangor..bukan bebas lah!syabas!!

    mekasehlaa yea atas pujiannya.tpi hakikatnye ramai jerk bdak2 unpadnie yg lg power sastera dorg..bukak jah blog depa..ayat ngalahkan a samad said hah!!xtahaan~

    ReplyDelete
  7. hehe..kalu dh kacak, indah ciptaan tuhan, mmg la aku usha..ngekor tu tak lah kot..tu psiko namanye..usha sudah..tu pon dh dosa dh tu..
    *ish3 aku ni..huhu*

    ko ni kerekk ek..ko org ape? pas pkr umno dap??

    oh yeke..setakat ni aku nmpk batch ko la yg ramai sastera2 ni..esp ko..haha

    ReplyDelete
  8. hh,ko bukan memg sjak azali psiko ke??ape nak dikesah@dihiraukan lagi??memg tue bntuk asal ko

    Undi anda adalah RAHSIA!
    -pesanan ini dibawa khas kpd anda oleh SPR Malaysia

    hish,takdelaa..ramai je lagi yg ayat gilaks2 mcm apa ha putar belit dia.nak cerita satu benda jah.tpi explenesen sampai bhelai2 keteh kajang dia tarah!hahahhaha

    ReplyDelete
  9. ko tak baikk..aku ni normal.. ne de psiko2..
    aku ni plak tak pnh mnt kt laki..
    kecuali penyanyi..
    mu caye tak?? haha

    mmg pon..bnde nk ckp skit tp taip cm novel je..
    penat aku baca..
    dh la gune segala mcm sastera..
    inversi paradoks metafora hiperbola..
    rase cm berada ni form 12345 je..haha

    ReplyDelete
  10. houh,itulah kuasa bahsa dan sastera..satu kata tak bererti cuma ada satu makna dan satu makna tak bererti cuma hanya ada satu kata.

    *huih,maken bahye r jadinye cengginie.sbb klu ikot logik,memg ko xkan kawen ngan artis laa kan?so??hahhahahhahaa [sambong sdirik ayat tsebot dgn mentaliti org jahat!hihik]

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)