Thursday, 23 April 2009

Sulalat al-Salatin


Walaupun kota Melaka telah roboh digantikan dengan A Famosa dan Stadhyus, sejarah dan tamadun Melayu Melaka telah meninggalkan pusaka yang cukup berharga dari segi nilai sejarah, budaya, kesusasteraan, sistem pemerintahan, dan tatacara urusan perdagangan di perlabuhan. Pusaka ini ditinggalkan dalam bentuk dokumen besar, iaitu karya Sulalat al-Salatin atau Sejarah Melayu.

Dokumen besar budaya dan tamadun inilah yang tidak termusnah oleh zaman, oleh penjajahan. Ia kekal sebagai saksi sebenarnya kebesaran bangsa Melayu, di samping segala kelemahan moral peribadi beberapa raja yang memerintah sehingga menyebabkan negara atau empayar yang masyhur itu lemah lalu terdedah kepada segala tipu muslihat saudagar asing yang menggunakan rasuah untuk melagakan raja dengan bendahara dan akhirnya empuk dimakan sang Portugis.

Dokumen ini menjadi bahan kajian puluhan, ribuan mungkin para sarjana daripada pelbagai bangsa sejak abad ke-19. Malangnya, warisan ini pun nampaknya makin lama makin tak dikenali secara serius oleh generasi Melayu hari ini. karya seagung-dan karya yang setarafnya-tak dijadikan bahan bacaan wajib sistem pendidikan negara dan para pegawai kerajaan yang seharusnya menguruskan pentadbiran negara tak cuma berdasarkan ilmu pengurusan yang diajarkan oleh orang lain, tetapi semestinya juga berdasarkan ilmu dan nilai pengurusan bangsa sendiri.

Namun, inilah ilmu yang tidak diajarkan dalam bangsa kita. Kita menyangka, ilmu orang lain lebih baik daripada ilmu kita-ilmu yang banyak disampaikan secara langsung atau tak langsung dalam cerita atau wacana tradisional, dalam peribahasa dan pepatah Melayu, dalam pantun Melayu, dalam hikayat Melayu. Ilmu Melayu dimantapkan dan menjadi pusaka yang tak lekang dek panas, tak lekuk dek hujan melalui petua dan amalan.

Ilmu Melayu ini sejak zaman Melayu belum dijajah oleh bangsa asing, adalah berdasarkan kitab, yakni perintah Allah yang memerintah manusia mentadbir urusan dunia, urusan negeri dan urusan rakyat, dengan adil, amanah, bersih dan cekap berdasarkan ajaran dan nilai Islam. Pemikir Melayu dahulukala mengungkapkan model ini melalui peribahasa dan pantun sebagai: Adat Bersendikan Kitab

Kalau bangunan bersejarah dapat kita baik pulih dan pelihara maka warisan ilmu dan falsafah bangsa yang terkandung dalam sekian banyak korpus persuratan Melayu itu pun semestinya dipelihara, dikaji, dipelajari, diajarkan melalui sistem pendidikan bangsa Melayu dan ilmunya yang baik dan sesuai sepanjang zaman kita amalkan dewasa ini.

SRi:Cuti kelmaren baru sedaw tahu kewujudan dokumen bersejarahni

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)