Tengah malam kelmaren dulu, saya terdengar perbualan sekumpulan 3 gadis melepak di kedai mamak.
"Macam mana nak make sure boyfriend aku mengekalkan interest dia dekat aku?," tanya gadis berambut pendek mencecah bahu.
Dia tinggi, bertubuh langsing dan kelihatan ayu.
"Kenapa, Rino dan mula hilang interest kat engkau ke?," soal temannya duduk di sebelah.
"Biasalah, dah 2 tahun, dulu boleh kata dia call almost every day, sekarang aku pula macam terhegeh-hegeh call dia. Itu pun cuma bercakap sekejap, lepas itu letak, busy katanya," jawab gadis tebabit.
Hemat saya, soalan pertama gadis itu seharusnya diajukan kepada lelaki.
Mengapa sebilangan lelaki luntur minat terhadap teman wanita mereka berbanding waktu saat mula perkenalan? Biarpun teman wanita mereka cantik bak bidadari.
Barangkali ramai gadis mencari jawaban kepada soalan sama tetapi jarang memperoleh jawaban tepat.
Bagi saya - amnya, lelaki akan menaruh minat konsisten terhadap teman wanita mereka selagi wujud curiosity pada diri wanita terbabit. Jika 'semua' telah didedahkan terlalu awal maka terhapus semua tanda tanya - minat juga turut lupus bersama.
Itu hemat saya. Hemat Anda bagaimana pula?ahaks
SRi:Secrets make woman woman ~
SRi:Secrets make woman woman ~
setujuuuuu
ReplyDeleteniceeee
ReplyDelete