Thursday, 28 April 2011

Jantan SIAL!!!!

Lazimnya pasangan bercinta mengimpikan perhubungan mereka berakhir di jinjang pelamin.

Justeru tidak hairan jika sebilangan pasangan tanpa perasaan segan silu kerap berkepit dan sekaligus kelihatan bagai tidak mampu dipisahkan. 

'Jangan pisahkan, aku dan dia. Tuhan tolonglah ku cinta dia. Biarkan kami tetap bersama di dalam suka dan duka' - Deddy Dores

Berpegang tangan, berjalan sambil berpelukan erat tanpa mengambil kira perlakuan mereka diperhatikan ramai. Mereka bagaikan hidup di dalam dunia ciptaan sendiri. 

Insan bergelar lelaki dan perempuan, saling sayang menyayangi dan cinta mencintai, indah nian. 

"Sayang! Sayang! Sayang! Sayang I tak?," soal si gadis.

"Sayang sangat!," balas si teruna sambil memeluk erat kekasihnya.

Wow! Bulan pun slowly jatuh ke riba.

Love, love, love is in the air (Chirp! Chirp! Chirp! Chirp! - Bunyi burung putih terbang berpasangan )

"Sayang ... Sayang nak ini. Boleh?," pinta teman lelaki.

"Boleh sayang"

"Sayang... Sayang nak itu. Boleh?," pintanya lagi.

"Boleh sayang"

"Sayang... Sayang nak itu dan ini. Boleh?"

"Boleh sayang, I am yours"

Lumrah sikap sebilangan perempuan sebegitu. Jiwa mereka mudah alah dengan rangkaian kata-kata manis, 'terbeli' dengan  pujuk rayu, dijalin perkataan sayang dan bait bait cinta.

Justeru segelintir lelaki opportunist mengambil kesempatan.

Tidak semua pasangan bertemu akan bersatu, itu hakikat tidak mampu disangkal. Kenikmatan dikecapi pasangan bercinta kekadang hanya bersifat sementara.

Sebelum jiwa bergelodak, hari terhiris dan perasaan terguris. Bila itu berlaku terkesampinglah perasaan sayang dan cinta. Musnah semua impian dibina bersama, berkecai bagai puing puing ditiup bayu senja.

"Ha! Bila you nak bayar semua bil telefon tertunggak tu? Dah lah dulu registered akaun guna nama I! Bil dah beribu, lepas itu porak porak buat tak tahu!!! Now nama I dah black listed! Jantan sial!!!"

Kata manis dan madah pujangga meleret teman lelaki mustahil boleh ditukar dengan wang ringgit.

Pengajarannya, JANGAN benarkan teman lelaki menggunakan nama dan maklumat peribadi anda untuk mendaftarkan talian telefon pasca bayar, post paid untuk kegunaannya.

Akibatnya, anda mungkin terpaksa membeli top up sehingga ke akhir hayat!

2 comments:

  1. perempuan skrg ni banyak yg da cepat sangat trmakan pujuk rayu lelaki.. yg pnting kena pndai jage dri. lelaki camtu tak ley wat jadi suami pun..huhu :))

    ReplyDelete
  2. npe salahkan laki jer???
    pompuan 2 salah gak...
    sanggop bg semuanyer....
    2 laa... kemarok sangat

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)