Tuesday, 5 April 2011

Bila lah Nak Boleh Khusyuk nie?!

Sebagai permulaan, Jika korang pernah belajar main gitar, korang akan sedar pada mulanya nak belajar gerakkan tangan kiri menukar kod dari kod A sampai kod G bukan lah suatu perkara yang mudah, tambah lagi kod minor dan kod deep major-lepas tu tangan kanan pulak nak petik serentak semua tali atau petik satu satu juga bukanlah senang, apatah lagi petikkan tangan kanan dan perubahan kod tangan kiri perlulah seiring dan selari, itu belum cerita bab nak goreng gitar dengan gigi..

Di samping itu kaki jugak main peranan untuk tukar tempo muzik dengan memijak pedal gear [baca:jika korang main gitar letrik] dan bila buat persembahan pentas, korang jugak nak kena jaga jarak mulut dan microphone agar suara korang jelas dan air liur tak terpecik - itu belum bab nak menyanyi sambil jaga pitching dan jaga lubang hidung, serta kena jugak pandai kenyit mata pada awek dan minah cun yang menjerit nama korang depan pentas akibat kagum dengan bakat korang bermain gitar sambil menyanyi.

Oleh sebab pemuzik tadi selalu istiqamah dalam latihan bermain gitar yang mana sepatutnya otak mengawal secara sedar akan tangan kiri, tangan kanan dan kaki si pemuzik, tapi bila dan selalu berlatih, maka bermain gitar sambil menyanyi sudah menjadi tindakan automatik.

Arghh - susah sangat nak bagi contoh, kita rujuk proses pemanduan kereta yang biasa kita buat hari hari, yang mana hari pertama belajar drive kereta, kita rasa susah nak kawal dengan otak sedar kita, yelah, tangan kiri nak jaga gear, tangan kanan nak jaga stereng, kaki kiri nak jaga break serta clutch manakala kaki kanan pulak nak jaga tekanan minyak, mata nak jaga cermin depan dan belakang, dan jari kecik nak jaga lampu signal, wiper dan tapak tangan nak jaga hon, susah tu!!

Tapi bila dah lama istiqamah dalam latihan pemanduan kereta yang mana sepatutnya otak mengawal secara sedar akan tangan kiri, tangan kanan dan kaki kiri serta kaki kanan, tapi bila dan selalu berlatih, maka memandu kereta sudah menjadi kawalan automatic, masuk sahaja simpang tiga: automatic jari kita petik signal, nak potong kereta: automatic, turun gear. Nampak lembu dan awek cun: automatic tekan hon, Nampak polis: automatic pakai tali pinggang keledar, hebat!

Lebih hebat lagi, sambil drive, boleh korek hidung, sikat rambut, atau jawab SMS, ada yang drive sambil makan karipap, dan lebih celaka, yang buat oral seks lagi!! Memang nak mampos jika kantoi dengan akhbar harian metro [boleh masuk muka depan tu!]

Maka fahamlah sudah akan kita, bahawa otak ciptaan Allah yang dianugerahkan kepada kita memang hebat fungsinya, yang mana apabila kita mahir, tindakan manual sudah menjadi automatic..

Lalu disinilah datang ujian Tuhan, yang mana bila masuk bab sembahyang [ehem..ehem] kita dah salah guna kehebatan otak yang unik itu tadi. Yalah, bila dah hari hari solat, dah istiqamah, hingga kita jadi mahir dalam solat yang mana tiba tiba solat kita menjadi tindakan automatic: angkat takbir, terus otak kita buat kerja lain, karang karangan, cari barang hilang, susun program, mengumpat, berangan, mengelamun, berkhayal, selesaikan masalah mantik, itu ini begitu begini, sedar sedar, imam bagi salam, kitapun ohh.. dah habis solat.. [merujuk kepada yang rajin solat jemaah-yang solat sorang sorang biasanya akan terkurang atau terlebih rakaaat, memang hampeh!]

Jadi, bila kita ummat islam ada masalah, kena tindas dan kena hina, dan kita rasa diri dah solat tapi masalah tak jugak jugak selesai, sedarlah bahawa, macam mana solat yang boleh selesaikan masalah dunia-akhirat dapat di manfaatkan jika solat yang patut dibuat secara manual telah di automatikkan oleh kita yang tidak khusyuk dalam solat.

Perlu di ingat, tidak khuyuk dalam solat bolehlah diibaratkan sama bahayanya dengan mereka yang tidak khuyuk dalam memandu kereta, yang mana jika kita sibuk buat benda lain (hantar SMS misalnya) maka kereta kita akan terbabas, dan termasuk laluan yang salah lalu bas dihadapan kita yang datang dari arah bertentangan terpaksa mengelak lalu terbalik dan mengorbankan 44 penumpang Thailand yang membuatkan kawasan itu berhantu dengan hantu Nang Nak, memang celaka!

Sama jugak, solat sambil kita buat kerja lain [baca:tidak khusyuk] akan menyebabkan Allah murka lalu mencampak solat seperti kain buruk ke muka kita yang boleh membuatkan kita diseksa oleh azab yang lebih dahsayat dari hantu Nang Nak! Celakalah kita!

So, balik kepada pemanduan berhemah, yang mana pihak kerajaan telah membuat kempen kesedaran keselamatan jalan raya yang mana aku rasa kempen paling berkesan adalah dengan meletak gambar mayat ngeri di jalanan [tapi ramai yang bantah idea ni]

Tengok mayat memang boleh insaf, tak percaya cuba korang berhenti lepas orang lain eksiden, lepas tengok perut terburai, kepala pecah, kemaluan hilang [baca:sebab eksiden sambil oral seks] dan melihat keluarga mangsa yang meraung, memang rentung hati kudus kita dibuatnya..

Lepas tengok mayat ngeri, kita punya drive pun kembali normal macam masa ambil ujian memandu tempoh hari di litar JPJ. Kita sedar tangan kiri di kepala gear, kaki kanan di pedal minyak.. Bawakpun berhemah gila.. Sungguh sopan.

Tapi kejap jelah kan. Bila dah lupa mayat - dah tak ingat mati - bawak kereta laju balik sambil balas SMS macam orang gila. Memang shilaka.

So, untuk solat khuyuk, sama jugak, kena banyak ingat pada mayat.. Ingatkan mati

Pesan nabi, bila solat, anggaplah diri kamu dikalangan mayat-mayat. Baru khusyuk insyAllah..

Masa rukuk - sedar diri kita sedang rukuk, masa sujud, sedarkan diri bahawa kita sedang sujud..
Sambil bisikan dalam hati kalimah ini:-

“ALLAH MELIHAT APA YANG AKU BUAT.. DAN APA YANG AKU BUAT, DINILAI OLEH ALLAH”

Jika kita mengelamun - memang pergerakan kita akan jadi automatik - So kita kena lawan syaitan - manualkan kembali pergerakkan kita sebab Allah laknat mereka yang solat macam burung mematuk matuk...

Ingat mayat banyak banyak.. InsyAllah, segala kemanisan dunia akan hilang dan tak boleh nak elak.
SRi:Jadi imam [esp;magreb dan isya'-sebab kena baca kuat-kuat] mampu menambahkan kekhusyukan

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)