Saturday 28 March 2009

SpeakerKu berGEGAR Lagi!!

Deruman enjin menggegar Astana Presiden lagi. Setelah sekian lama lenyap senyap dalam dentuman gelak tawa drama dan aksi berdarah PS dan Wii, akhirnya sukan bermotor Formula One kembali menggegar. Dengan pelbagai peraturan baru yang tercipta, musim kali ini dijangka bakal lebih seru dengan menampilkan lebih banyak peluang kepada jentera-jentera tak ternama untuk turut sama bersaing dengan kumpulan papan atas.

Peringkat kelayakan tengah hari tadi sememangnya memberikan suasana yang berbeza jika hendak dibandingkan dengan perlumbaan-perlumbaan sebelum ini. Setelah sekian 38 kali perlumbaan, buat pertama kalinya tiada satupun pemandu daripada pasukan Ferrari maupun McLaren Mercedes berada di barisan hadapan. Bahkan muka baru yang tiba-tiba tercongok di depan.

Pusingan kelayakan hari ini telah memberikan sedikit klu gambaran sebenar yang bakal terjadi buat musim ini. tidak semestinya yang di atas akan terus berada di puncak. Dengan pelbagai regulasi yang telah tercipta, kita bakal dipersembahkan dengan kepelbagaian percaturan permainan.

Yang pastinya,strategi pit-stop sememangnya bakal mewarnai perlumbaan esok hari. Dengan pasukan Brawn Gp yang telah kekurangan bahan bakar berbanding jentera lain,besar kemungkinan mereka bakal bermain dengan strategi 3 kali berhenti dan McLaren pula cukup 2 kali. Apa-apapun yang bakal terjadi, bersamalah kita saksikannya esok hari,ok!

SRi:Yeaay!!F1 sudaah kembali jua...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)