Tuesday 28 April 2009

Udang Di Sebalik Maggi

Soalan yang masih perlu ditimbulkan ialah:Apakah tujuan perpaduan UMNO-PAS itu? Jikalau tujuannya ialah untuk menyatupadukan bangsa Melayu seluruhnya, maka kita dah buat andaian yang tak semestinya benar. Orang sering kali menyangka bahawa jika mereka menyokong satu parti politik Melayu sahaja,mereka akan menjadi bangsa yang kuat dan kalau berbeza-beza, mereka akan berpecah dan lemah. Tapi dapatkah kita katakan orang Melayu yang menyokong UMNO atau PAS bersatu padu dan kuat? Tak semestinya kan. Anggota UMNO juga berpecah-pecah dan sering membentuk khemah kecil masing-masing dalam UMNO. Dan hal ini juga tak terkecuali untuk parti-parti politik yang lain.

Di negara lain seperti Britain dan Amerika Syarikat,penyokong parti terbahagi kepada dua parti, Parti Buruh (Labour) dan Parti Konservatif (di Britain) dan Parti Demokrat (bukan Indonesia punya) dan Parti Republikan (di Amerika Syarikat), tetapi rakyat di Britain dan US (yang berkulit putih terutamanya) tidak berpecah di peringkat kebangsaan, peringkat yang lebih tinggi daripada peringkat politik kepartian atau politik kabilahan.

Walaupun mereka menyokong parti politik yang berlainan dari segi orientasi dasar politiknya,mereka tetap mengongsi visi bangsa dan negara yang sama, berdasarkan prinsip-prinsip asas, fundamental yang sama, yang tak boleh dirosakkan atau dikorbankan oleh mana-mana parti politik atau kerajaan, seperti prinsip keadilan undang-undang atau keadilan ekonomi dan sosial. Kerajaan mereka memerintah menurut kehendak rakyat, bukan menurut kehendak ketua kerajaan atau kepentingan anggota parti politiknya.

Namun,di beberapa banyak negara membangun, demokrasi seperti ini tak selalu diamalkan, akibatnya seringlah berlaku perpecahan perpaduan dalam kalangan rakyat yang menyokong parti-parti politik yang tidak berjaya bersatu melalui persefahaman yang sama terhadap prinsip-prinsip asas yang sama untuk kepentingan rakyat, tidak kira apakah parti yang mereka sokong. Dan kalau terus berlangsung sebegini rupa, kiamat pun tak tentu lagi kita kan berdiri bangga sebagai bangsa yang terbilang dan ternama!

9 comments:

  1. speechlessssss...
    taktau nk komen ape..
    huhu~

    tp aku igt lagi mase yg umno bg statemenat nape pas tak gabung dorg tu..*eh..yeke..ke terbalik..tp aku rase ye*..

    fuyooo..gile ah..aku g markas pas bukak pose sunat ari kamis, gile2 nye dorg tamau..wahhh...

    nway, mee itu nmpk sdp..tergoda tp aku sdg diettttt

    ReplyDelete
  2. owh ye?aku xtaw la plaks puasa sunat pun dorg ada bt majlis bbuka puasa bersama2~
    tapi ape yg dorg gile2 tamau??

    lorg,mung nok diet bt mendenye??bukang doh kuruh do'ooh dh ko tue??aduhlaa bdak nie~

    pokok persoalannya skrg,siapa juga pembangkang atau pemerintah,semua kenalah ikhlas untuk bangunkan visi&misi negara. klu semua tak bt kerja yg spatutnya,smpi bila2 kita xkan jadi bangsa disegani&dhormati orang lain!

    ~berkhidmat demi bangsa,agama&sastera!

    ReplyDelete
  3. ntah..aku lupe la..
    aku nk mkn je..lapo..hahaha~

    tp mmg dorg selalu gather2 ni..ade ceramah, ade itu ade ini..hihi..
    aku terpaksa dtg sbb jd dribar mak n ayah..*kalau cuti la*

    ReplyDelete
  4. ohoohhohooe...hebat2~mak ngan abah aku memg arang join majlis2 makan nie~depa slalunya p kluaw sbb ada mesyuarat..org ajak pon,kkadang jerk~n opkoslaa aku ngan adik2 bkn antara tetamu yg diundang..hahhahhaha

    ko memg.lapo jerk manjang!hahhahaha

    ReplyDelete
  5. hehe..ko mmg..ko diundang ke batu caves je kan?? hehe..
    jumpe sedara maraa..muahahah~

    aku lapo?? biarrr laa..aku yg gemok..haha

    ReplyDelete
  6. haku x cakap apa2 eyh
    ko sdirik yg ngaku ko GEMOK!!
    not me =)

    ReplyDelete
  7. haha..tapi, adakah kau setuju??

    ReplyDelete
  8. hahaha..
    aku ingt post ko pasal char kuew teow yg ko na jual...haha
    btw..gamba mee tu mcm char kuew teow yg ko masak la=P

    ReplyDelete
  9. apa yg hendak ku setujukan?rasa2nya suma org taw yg memg xlogiklaa klu haku ade org nk jempot k bt caves tue kan..so,xsahlaa kut nak mjawab soalan yg memg dh trang tang2 tjawab tue..ahaks

    e eeih,,tu sedap sgt tue ghupe dia~heikal punya kot! [mrendah diri mode activated..hihi]

    mm,bile kite nk tebar roti caney nie niri??huhue

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)