Wednesday 29 April 2009

UMNO+PAS=???

Sri dengar ada orang UMNO yang bertanya,”Mengapa UMNO nak bersatu dengan PAS?”. Penyokong PAS soalan yang sama juga ditimbulkan, “Perlukah PAS bersatu dengan UMNO?”.

Kedua-dua parti ini telah berjuang bermati-matian dalam pilihan raya umum yang lepas, dan selepas itu perang mulut antara mereka bersambung semula. Tak ada tanda reda dan tak ada pula usaha untuk berdamai antara keduanya. Tiba-tiba kedua-dua parti politik ini cuba hendak bersatu. (Bersatu dan berdamai tak sama ertinya, Ok!)


Tak jelas sebenarnya siapa yang hendak bersatu. Dalam
drama ini kita saksikan drama ‘hidung tak mancung pipi tersorong-sorong’. Tapi tak jelas siapa yang hidungnya tak mancung dan pipinya tersorong-sorong. Bukan ke UMNO dan PAS pernah bersatu dalam zaman Tun Abdul Razak dahulu, kemudian bercerai talak tiga? Dan usaha untuk rujuk semula sememangnya tampak gagal sejak awal lagi, sebelum perundingan atau dialog bermula lagi.

Daripada perbualan Sri dengan beberapa teman dari UMNO dan tak kurang juga dari penyokong PAS, dapat disimpulkan tiga teori mengapa usaha ini sejak awal lagi gagal.

.:Pertama, pihak pro-UMNO menuduh PAS menggagalkan usaha itu dengan meletakkan beberapa syarat yang tak dapat diterima oleh UMNO.
.:Kedua, pihak pro-PAS berkata PAS menaruh syak wasangka bahawa kesediaan UMNO untuk berdialog dengan PAS tentang soal perpaduan Melayu merupakan ‘jerat’ UMNO untuk melemahkan pengaruh atau daya tarik PAS sebagai parti pembangkang atau parti alternatif kepada UMNO.
.:Ketiga, PAS mungkin berasa yakin dengan kedudukan dan pengaruhnya khusunya dalam kalangan orang Melayu-Islam – begitu yakin sekali sehingga mampu meletakkan syarat-syarat itu, kalau bersetuju, perundingan boleh dimulakan, kalau tak, lupakan saja usaha ini.
Wallahualam~

10 comments:

  1. ok, kalau pas nak bersatu dd=engan umno,
    aku memang tak bersetuju. 100%. dulu masa zaman tun razak dulu,
    umno mahu bergabung ngan pas sebab dia orang kalah kat beberpa negeri masa tu.
    sekang ni pun sama. lagi pun perjuangan diaorang tu berbeza. perjuangan umno untuk melayu while perjuangan pas untuk islam dan sebuh negara islam. lagi pula, dah banyak kali kita tgk setiap kali umno jatuh, dia akan cari berbaik2 dengan pas. masa dia naik tahun 2008 dulu macam mana?

    ReplyDelete
  2. terima kasih banyak2 saudara ariz atas komentarnya.. mungkin ramai yang juga yg dluar sana b'sependapat dgn saudara,ttapi tak kurang juga yg ign melihat kedua-dua parti ini bersatu.
    namun yg paling penting sekali bknlah isu pgabungan ini yg harus kita perdebatkan,ttapi bgimana hubgn yg tjalin antara kduanya dpt dlgsungkan scara aman damai.
    sejujurnya saya lebih suka mereka mneruskan ideologi masing2 atas kaki sendiri,tetapi alangkah baiknya jika mereka bentuk satu persefahaman yg mjanjikan kedamaian antara kedua-duanya kemudian sama-sama berusaha majukan negara. anggota2nya bukan org lain,orang2 Melayu yg beragama Islam juga.
    rasanya itu lebih baik drpd bgabung, kmudian bt kelompok khemah masing2 dalam pemerintahan negara. makin haru biru jadinya malaysia nnti!
    wallahua'lam~

    ReplyDelete
  3. mari jadi orang yang berfikir....=)

    ReplyDelete
  4. Lihat dengan pelbagai sudut dan aspek..

    Saya setuju dan tak setuju..

    hehe

    ReplyDelete
  5. Lihat dunia dari mata burung
    Atau lihat dari dalam tempurung
    Yang mana satu engkau pilih?

    Dalam kalut ada peraturan
    Peraturan mencipta kekalutan
    Di mana pula kau berdiri?

    =)

    ReplyDelete
  6. hurmmmmmmmm!!!!
    ok, ari ni aku ada dapat maklumat terbaru,
    PAS TAKKAN BERGABUNG NGAN UMNO
    ni memang dah sure. benda ni tak kuar kat mana2 media. macam mana aku boleh tau?
    sebab salah seorang orang kuat pas yang bagi tau. serius aku kata yang aku memang dah muak dengan janji pembangunan parti umno. kalau ko balik malaysia, mungkin akan tahu macam mana parti kerajaan sekarang ni.

    ReplyDelete
  7. owh..terima kasih atas infonya~

    =)

    *tak ada apa2 komentar tntg pemilihan parti Jun ni?

    ReplyDelete
  8. salam..
    idea yang bagus...tapi kalau pemimpin kedua2 parti ni ja yang setuju tapi akar umbi x setuju susah jugak...

    1.dari sisi penyokong PAS..orang2 PAS pernah dibunuh oleh UMNO(kes memali),ada yang ditangkap tanpa bicara selama 8 tahun(ISA),dipecat,ditukarkan ke sabah,sewaktu 2002 bantuan perkapita ke sekolah agama rakyat dihentikan oleh UMNO,banyak ustaz waktu tu gaji sebulan RM400 ja dan banyak lagi..mungkin pemimpin PAS boleh maafkan atas dasar keilmuan mereka..tapi penyokong PAS yang bawah2 ni nak terima k????

    2.dari sisi penyokong UMNO
    kadang2 ustaz2 PAS selalu hentam UMNO di majlis2 ilmu dan perkara ini membuatkan UMNO semakin benci kepada PAS..media massa juga sering memanipulasi statement pemimpin2 PAS sehingga penyokong2 UMNO x boleh lagi terima pemimpin2 PAS seperti nik aziz,harun din dan hadi awang...

    dan atas sebab ini gabungan PAS dan UMNO saya rasa tidak realitic dan mungkin akan mebyebabkan ahli2 kedua2 parti memberontak...

    saya lebih suka kepada cadangan TG hadi awang melalui idea unity goverment..amalan ini telahpun diamalkan di indonesia..
    dengan tertubuhnya unity goverment ini,semua parti politik boleh terlibat dalam kerajaan...
    antara kebaikan unity goverment ini.
    1.SPR bukan di bawah kerajaan
    2.parti2 bukan dari komponen BN boleh kempen di tv
    3.petronas bukan di bawah PM lagi
    4.PM tidak ada lagi kuasa mutlak untuk melindungi kes2 rasuah,pemilihan hakim dan penggunaan ISA..


    komentar tentang pemilihan JUN ini..
    orang no 1 PAS rasa dah ok...presiden dah ok...ketua pemuda ja kena lantik baru....rasa mujahid rawa sesuai kot...ntah...hal2 ini perwakilan bahagian lebih mengetahui...hehe...

    ReplyDelete
  9. terima kasih atas ulasan yg cukup bernas drpd che madd [bkn nama sbnar]

    saya setuju mngenai idea unity government yg dcdgkan TG Hadi yg mbolehkan semua parti politik terlibat lgsg dlm kerajaan-dgn cara ini kita dapat mngumpulkan pakar-pakar pemikiran bidang masing2 dbawah satu ptadbiran.

    =)

    ReplyDelete
  10. saya akan setuju dengan
    cadangan TG hAdi tu bila PM kita
    orang yang betul2 islam...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)