Saturday, 30 January 2010

vrooomm..vrooOM!

Kelmaren 2 cerita yang sempat tertangkap dek mata fikir SRi die media arus perdana negara.

1.Petronas nafi tak patriotik

Jujur, SRi tak rasa ada masalah yang besar dalam cerita ni! Sedangkan langkah mereka untuk menaja pasukan mercedes memang patut pun! banyak kelebihan yang dorang dapat bila taja merce gp berbanding lotus f1 team
1.Dorang taja merce gp, depa bley buboh PETRONAS tue sendiri dekat dekat nama team. join lotus? jangankan petronas, airasia pun tak terlekat dalam nama team tue
2.Merce diterajui ross brawn memang dah orang nampak kuat dari season lepas. [bagi yang dari dulu follow F1, tipulaa korang tak kenal sapa dia kan?] makanya publisiti toksah nak susah2 nak cari lepas nie.
3.kehadiran bintang besar terutamanya en schumi memang betul-betul BONUS kepada petronas. even they said when they sign doz contract,tue masih rumours, in case schumi x join pon, kekuatan kepakaran n kefemesan brawn dah cukup tuk meyakinkan dorang yang pelaburan mereka takkan sia-sia
4.masih berkisar schumi, sebabkan schumi dah join merce&kemungkinan besar dia bakal bersinar diz new season, so merchandizes n produk2 hasil emas hitam petronas konpem melambung sold out nyew. so,untung r kite cz taunnie petronas bagi negara duit lebih banyak lagi
5.mungkin ramai berfikir kalau petronas join tony fernandes, team lotus bakal lagi kuat n patriotik. tapi bagi SRi, lagi better banyak team daripada satu team jerk. sekurang2nya adalaa jugak satu team yang boleh dibanggakan daripada kosong hampa begitu saja. nasihat kepada tourism malaysia, better dorang taja lah dua-dua team. biar dua-dua kereta ada bendera malaysia. barulah meriah sket!
6.papehal pun SRi sokong tindakan PETRONAS sponsor team mercedes gp. dalam keadaan ekonomi dan persaingan dunia yang makin dahsyat terumbang ambing ni, kepentingan bisnes tetap harus kita bagi perhatian no SATU! kita terpaksa realistik dalam tindakan. kang kalau keuntungan rendah, liabiliti bertambah, tak ke susah kepala director2 nie nak fikir sapa yang layak dipecat diberhenti kerja? kesian anak bini depa nak suap makan apa satgi..

2.Bas pecut 170km/j
Rasanya semua pada tahu sedaq lama dah kan yang geng-geng driver bas nie memang suka merempit atas highway. SRi dan Mama ada satu persamaan, kami suka naek bas express dan amek seat belakang driver
1.kami tak penat nak susah-susah drive balik kampung, sampai stesen, call abah tua
2.kami boleh tengok permandangan dengan lebih jelas *yupz,kami memang suka melihat, sebabtu kami pendiam*
3.paling kami suka-tengok meter laju driver bas tue bawak!! lagi menarik kalau lebih 140km/j
4.dengan berbekalkan enjin merce@scania b'cc besar, siyyes memang bawak laju dan stabil
5.SRi suka follow bas express kalau drive sebab dorang banyak click, dengan cuma saling berhubungan walkie talkie, mereka tau dekat mana ada "sniper", so SRi dah selamat daripada dapat surat chenta

Terkadang SRi lihat bahaya juga cara dorang bawak ni, macam bawak kancil plaks gayanya! bajet dia kecik. sigh tapi lagi bahaya kalau SRi follow lori yang bawak batu, dibuatnya tetiba batu jatuh, tak pecah kepala, tak ke retak nanti cermin kereta tue?huuue serreem~

Papehal pun, hati-hati memandu. Ingatlah orang yang tersayang. Nak bawa laju, bawalah! Yang penting pastikan skill stereng dan breaking anda memang A! Kalau tak, toksahlah ngengada, buat bahaya orang lain jah sebab jalan yang kita lalu tue bukannya litar sepang, LUBANG banyaklah!

Thursday, 28 January 2010

100 Hari

28 Januari:Hari Ricuh Demonstrasi Seindonesia
Harini semua TV dengan bangganya tunjuk kedemokratisnya negara mereka! Demo dekat mana-mana sambut hari ke SERATUS pasangan SBY-Boediono memerintah Indonesia


Mungkin dah jadi budaya gamaknya aksi demo-demo nie! SRi tengok tv tadi pun, yang betul-betul faham maksud inti objektif dorang nak berdemo nie sekerat je rasanya.. Yang len tue sume tersengeh-sengeh dekat kamera. Syiox masok tv lah tue jawabnya! Hentah hape ke BEST sangatnye demo-demo nie pon SRi tak tau! 


Polis pun semuanya dah pakai bomoh gamaknya! Dah taw nak gi bertentang mata dengan hamba-hamba Allah emo ni tak pakai pelindung sapa suruh? Kan dah ada jerk yang kepala berdarah! Sedangkan demonstran pon pakai helmet, inikan pula yang nak kena lawan dengan mereka! sigh


Mm,I don't have any probleymo with those kind yang yang betul-betul berhasrat, yang ada masalah nak demo-demo ni sebenarnya. Maybe they have tried 'angel' path untuk sound pihak-pihak tertentu ni tapi cam tak berape nak dilayan. So terpakselaa pakai care nie, kut-kut laa lepas nie terbukak sket gegendang dorang tue kan. Yang jadi masalahnya geng-geng terlebih provok, main-main nie! Haduihlaa cik abang euy, korang nie memang betul-betul takde kerjaan laa. 

1-Korang dah buang masa hentahhapehape dekat tengah jalan tu
2-Korang dah buang masa orang lain juga, yang nak buat kerja amal lagi berfaedah; dah laa sedia ada jalan macet cam haram dah, nie duk kaco lalu lintas lagi.  Haghu sungguh la hangpa nie! Orang nak gi kerja cari rezeki tuk bagi anak bini makanlah!
3-Korang takmo kerja, korangnya pasallah! Takyahlaa sampai makcik-makcik jual sayur, meniage ke hape ke benda jadi sasaran keganasan korang laks.

3-Yang selalu kene tangkap geng-geng provok bangang nie laa! Yang tak taw ape yang nak dorang perjuangkan. So,after this do homework! Think first should follow or NOT? Tapi better toksahlaa

4. Bakar kertas kaen SRi bley tahan lagi, nie duk bakar tayar menatang hape ntah yang busuk lagi hitam tue plaks! Bodoh betullah mereka ini! Pastu kalau Malaysia bising jerebu, kita pula yang diserang balik sebab kunun-kununnya kita patut bersyukur sebab dorang dah "provide" kita oksigen dari hutan yang maha lebat tuh
5.Mentaliti seorang pelabur tue memikirkan keuntungan semata dan kestabilan berpolitik, keamanan sesebuah negara menjadi titik asasnya. Tapi kalau SRi kaya triliunan pun, melihatkan "kedemokrasian" mereka camnie, rasenyea baik tarik balik kut niattu! Bek sedekah dekat tabung mesjid. Lagi berbaloi!

Maleh dah la nak cerita benda-benda macamni! Dari zaman purbakala kut dah jadi macamni. Silap-silap dah tersurat dalam kamus dorang, nak jadi dewasa, gi demo dulu! 
Lantak koranglaa labuuu
SRi:Nak letak jawatan Presiden CGC ah! hahahhaha

Tuesday, 26 January 2010

SBT yang CAMBEST!

Kelmarin TSM umum 20 SBT yang cambest! Hasrat terbesar dia nak hangkot semua-semua sekolah tue GO INTERNATIONAL!!


Ok fine.. Sekolah-sekolah tue memang layak bagi SRi nak naik taraf pun. Tapi dalam baca keistimewaan-keistimewaan yang kerajaan bagi tu, terhenti kejap dekat stetmen :
Bajet tambahan antara RM500,000 hingga RM1 juta setahun.
Humanghaih! Bagi yang ada adik dan jadi cikgu sekolah ,mesti tau fakta yang kerajaan dah POTONG bajet tuk sekolah kan? Bagi yang xtaw, nie ceq nak habaq mai kat hangpa-
1. Jr korang sekarangni [walaupun dah x semua sekolah] yang duk tingal kat asrama, tetiap hujung minggu harus "dihalau" sebab kementerian dah tak sponsor makan minum dorang bile weekend
2. Bil letrik sekolah bayar sendiri. Dalam kate laen memang kena berjimat abis lah, aircond pon buka dekat pejabat dengan bilik guru je kot
3. Bajet untuk buat sekolah, maintenance sume kena hold dulu

Mm,macam-macam lagilah yang lain! Ni tetiba depa buat bajet kaya pula! Nak bagi satu-satu sekolah tue TAMBAHAN sampai sejuta hingget! Gillos ke happew? Dah la boleh maen suke suki jerk sedut cikgu-cikgu terbaik masok sekolah depa! sroott..sroot.. Makin lingkuplah jawabnya sekolah-sekolah pendalaman yang 30% bebudak dia tak reti baca, tulis kira tuh! haihlaa.. Malaysia.. Malaysia..
SRi:Kot ye pun xsahlaa kacau peruntukan untuk pendidikan anak2, bakal pemimpin negara kita. isk3

kata kata

Dr Fadzilah Kamsah kata Anak yang berbahasa kasar dengan ibu bapanya memang tak sayang kedua orang tuanya! Meskipun di mulut, mereka kata tetap sayangkan kedua mak bapaknya even berbahasa ala-ala tak menghormati mereka.
SRi:Moga tak termasok dalam golongan tue sbab gua cakap ngan mama abah cam kekawan jerk~ huue

Wednesday, 13 January 2010

Untuk Tiga Hari

5/12/2007
Hjh Mariam Sign loan MARA Setelah 3 hari menunggu.

Jam 0244 WIB
SRi baru habis pack barang yang nak bawa esok. Tak sabar pula nak jumpa Abah Mama Aiman dekat rumah! Harap-harap baby Pak Jang pun ada dekat rumah juga nanti!  Sehat bersama Mak Jang dan Alia..

SRi sememangnya dah jadi kebiasaan membaca di waktu lapang dalam kata lain, SRi cuma membaca waktu dalam kereta, bas, angkot, tren dan kapal terbang! Dekat rumah? hehe Saya SIBUK!

Makanya dibelek-beleklah novel yang kut-kut boleh dibaca dalam kapal terbang esok ni. Tapi cari punya cari, ternyata semuanya SRi dah khatam! Takkan nak bawa KOMPAS yang dah berzaman berbulan lepas SRi beli kut? ngak jaman atuh akang euy!

Selak punya selak lagi. NAH! Ternampaklah sebuah buku yang masih elok berbalut kertas A4 putih itu. SRi memang suka balut novel dengan kertas sebab telapak tangan den selalu poluh euy! Makanya den balut lah boku-boku yang den nak baco ngan koerteh! Takdoklah boruk sangat nanti rupo dio! Sonang pon sonang! Lipat, koyak sikit dah SIAP berbalut potih novel-novel den tuh!

Oops, silap.. Ada pembetulan sedikit di sini. Novel tu kebanyakannya adalah hak milik Mamunief, Kak Nurul dan Kak Hana. Banyak tak banyaknya novel-novel tue sampai kami dah tak tahu nak letak kat mana dah. Akhirnya terutamanya ketika kami pindah rumah kelmarin, banyak yang terpaksa dibiarkan begitu sahaja.

Sri belek buku yang masih rapi berbalut kertas putih itu, buka muka surat pertama; foto hitam putih Ahadiat Akashah. Ok, fine. Buku Ahadiat. Muka surat kedua, sijil Malaysian Record dia sebab jadi penulis novel terbanyak negara. Sampai muka surat ketiga, SRi terpaku sejenak

UNTUK TIGA HARI
5/12/2007
Hjh Mariam Sign loan MARA Setelah 3 hari menunggu.

Tiba-tiba terasa ada kesyahduan kesayuan di situ. Tampak juga ada kesan kegembiraan dalam duka tulisan coretan Mama itu. Mungkin kerna kisahnya hari itu dan kebetulannya pula dia ternampakkan sosok novel ini di penjuru susunan buku-buku yang lain, makanya hatinya terus tertarik tuk membeli

Mm, sebenarnya ada banyak SRi nak coretkan di sini, dah coretkan sebenarnya tapi padam balik tapi tengok jam pun cam dah lambat. Nanti Presiden KBSR mengamuk tinggalkan SRi terkontang kanting di sini sesorang, tak ke tempah mati jawabnya?

Papehal pun, SRi doakan kalian semua yang sedang menghadapi ujian peperiksaan, Semoga Berjaya Menempuhinya dengan Cemerlangnya, yang sedang Belajar, belajarlah rajin-rajin, jangan nakal-nakal, yang sedang Bercuti, Hati-Hati. Jangan sampai ada yang berduka dan bagi yang sedang Bekerja, Terima Kasih atas pekerjaan mantap kalian yang membuatkan hari orang disekeliling anda makin mudah dan lancar kehidupannya.

SRi:Blank!
Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)