Kami memang selalu keluar malam. And mostly for dinner laa especially to find out new seafood or nice western spot! The Navigator of course lah tak lain dan tak bukan lagi Mr Bamuneif!
Bila dah semua dalam kereta, macam-macamlah gossip keluar. Yang paling menarik sekali kisah Mama Keramat. SRi tak tahu tentang kesahihan kewujudan Makcik Keramat tuh, tapi Mama dan Abah memang selalu berceritakan tentang beliau (baca:dulu). Mungkinkah beliau cinta skandal abah, atau tempat curhatnya mama~ wallahua’am.
Memang ramai kawan-kawan Abah yang dah berpoligami-tak kesahlah yang tempatan ke, maupun imported mari! Tapi seriously memang ramai!! [Nama terpaksa dirahasiakan sebab ada yang semunyik-semunyik!haha]
Abah pernah cakap-tak salah jika nak punya pembantu rumah, tapi pastikan makanan buat sang suami mestilah hasil air tangan si isteri! BUKAN amah! Tue yang banyak kes laki skandal ngan pembantu rumah sendiri. Tak payah tunggu dia nak baca jampi serapah ke ape, memang kita pun dah selalu dengar- makanan tu adalah campuran zat fizikal dan rohani. Bukan ajinomoto yang menyedapkan lagi rasa santapan kita pagi tu, tapi kasih sayang yang dicurahkan chefnya jauh lebih terserap dalm setiap kepingan, kuah juadah tu. Pastu mulalah tersengih-sengih maen mate! Bini, anak-anak takda... [sila sambung sendiri]
Ada kisah temannya yang sering keluar outstation lama-lama [tak taulah keje gali minyak takpun kapal]: Dia mengadu kata tak pernah makan kat rumah. Ceritanya mudah je, sang laki balik rumah kerja penat-penat dengan niat di hati nak makan bini masaklah, sampai-sampai rumah-bini ajak makan luar pulak! Sebabnya sang isteri selama ni duk selalu pesan kat anak-anak, kite tunggu abah balik la eyh. Nanti kalau abah dah balik-kita pegi makan dekat luar! Melepas hajat laki tu nak merasa masakan si isteri tercinta. Kawin lagi satu!
Dua minggu lepas kita disogokkan dengan banyak cerita lelaki tempatan kahwin dengan wanita Sumatera. Kisah ni bukanlah cerita baru bagi SRi. Dari zaman sekolah lagi, Abah memang suka cerita. Lelaki sememangnya dikurniakan dengan tahapan egonya masing-masing. Dalam kata lain, bila sang arjuna hendak berkenankan kepada seorang teman hidup, biasanya dia akan mencari yang lebih rendah statusnya. Lelaki memang suka merasai dia adalah Raja, menguasai segala apa yang dibawahnya.
Tak salah untuk punya daya tahan, keyakinan yang tinggi. Tapi jika dah selalu sangat melampaui batas, kutu buku pun mau terasa tercabar! Sebab tu lah banyak kes yang menjemput Sumaterians untuk hadir dalam hidup dia. Selain daripada makan pakaian sang suami terjaga, wanita Sumatera punya satu lagi senjata pamungkas-mereka akan tetap tunggu suami tercinta pulang meskipun dah terlampau larut malam lambatnya. Sudah diambil coat, beg-sang suami dibelai bak raja-tanya nak makan atau minum apa. Lain kisahnya pula isteri pertama;maunya kena interogasi 2 3 jam sebelum masuk tidur. Tu tak kira lagi perut yang duk berdondangsayangriang tak makan lagi dari siang tadi. Gastrik! Gastrik!!
Mengikut kajian, salah satu faktor utama tercetusnya pergaduhan atau alasan berpoligami adalah hubungan intim antara suami isteri. Seks adalah wilayah yang sering menjadi konflik dalam kehidupan pasangan. Banyak pasangan yang bertengkar karena memiliki keinginan yang berbeda. Misalnya, salah satu pasangan ingin berhubungan seks lebih sering, tapi menginginkan pasangannya memulai inisiatif keintiman. Tu tak kira lagi yang merajuk gara-gara suami taknak belikan rantai baru! Terseksalah batiniah lelaki tu selagi dia tak belikan rantai baru tu! Hahahhaha
Makanya jika tak mahu hidup bermadu dua tiga, sayangilah suami anda seperti anda cintai sungai kita! X)
SRi: Syarat Tok Siti kalau Abah hendak beristeri Dua: RM6000/bulan untuk Mama, 3000 untuk Dia, 2000 buat setiap anak-anak! WOHA!!