Sunday, 18 April 2010

couple[iii] kondom

Jika 10 tahun lalu adik SRi minta kebenaran untuk berpacaran, rasanya tiada apa-apa masalah. Mungkin SRi tak terlalu terfikirkan dampaknya yang bukan-bukan. Tapi jika sekarang baharu beliau berkehendakkan kebenaran tersebut-satu saja jawapannya - TIDAK!

Dunia hari ini dan kelmarin sudah terlalu jauh berbeza. Setiap hari kita pasti kan terbaca kisah tragis yang sedang hangat melanda masyarakat. Bayi kini sudah sama harganya dengan anak kucing. Bahkan jauh lebih murah daripada haiwan berkurap itu! Belum sempat menikmati kasih sayang ibu bapanya, semut dah hurung, anjing dah gonggong buat santapan sarapan pagi sekeluarga. Euwww~

Bangang tak bangangnya masyarakat kita hari ini! Orang lain punya susah nak dapat zuriat- siap buat test kesuburan lagi-mereka senang-senang dah buat projek-dah reti pregnant-takmau tanggung pula! Keturunan bahlul, mental retard mana pun SRi tak tahu!
Seks luar nikah hari ini dah jadi trend! Jangankan yang kerja kilang, yang tengah belajar silap-silap ambil al-Quran Sunnah pun dah hilang pertimbangan, terlanjur memanjang. Ni semuanya gara-gara video porno yang mudah sangat nak dapat hari ini. Jika dulu kita anggap orang yang menonton video-video ini keji, kotor dan sebagainya-hari ini kita dah tak berapa nak kesah dah. Sebabnya semua dah terbiasa. Kita anggap orang yang tak pernah tengok- KOLOT! Ataupun dia tipu-tipu saja-sedangkan dia pun duk layan juga-siang malam.

Bila dah terbiasa-sekeliling kita pun sama-makanya berkeliaranlah setan-setan ni di semua pondok-pondok wakaf yang ada buat projek. Ada masa terluang-Tasss!! Dulu bawah tangga, dalam kereta semak-sembunyi, sekarang keselesaan lagi penting-guna hostel saja! Roommate masuk, dia buat-buat tak Nampak-tak kesah-kononnya cool lah tue-bangang punya keturunan-masuk neraka nanti baru tau! Tue tak campur lagi dia dah tumpang bersubahat dalam komplotan anak-anak yang tak berdosa tuh mati camtu saja. Kalaulah Allah memang dah letak neraka dekat dunia ni-rasanya jangankan anak luar nikah, tak sempat nak niat-dah pergi masuk masjid buat solat taubat, sujud rukuk 24/7!

Itulah masalahnya apabila kita senantiasa dikelilingi dengan benda-benda tak senonoh ni. Kita makin jadi berani [baca:BODOH] buat benda-benda yang tak sepatutnya. SRi bukanlah orang suci-bahkan dosa salah SRi mungkin jauh melebihi kalian sang bijak pandai. Tapi itulah, JANGAN SESEKALI MENDEKATI ZINA. Nabi tak pesan- jangan berzina –dekat pun Baginda dah sound JANGAN! Sebab bila kita dah semakin dekat, sikit sikit lama-lama nanti “berbukitlah” perut perempuan tu. Time tu barulah tahu langit tinggi rendah.

Mungkin ada yang di luar tu kata- CONTRACEPTION kan ADA! Kepala hotok mung! Mung ingat lelaki tu bila nak kawen nanti, dia akan cari mung lagi ke buat bini? HARAM! Daripada yang dah kena tebuk, lagi baik ambil perisa baru! Fresh bergetah lagi.

Lagi satu kepala yang IQ rendah- boleh pula pergi gila simpan anak haram tu, konon-kononnya tu- lambang kasih benih cinta korang, takpun kononnya sebagai bukti nak ugut buat test DNA bagai- SEMBILAN bulan cekkaq euy! SEMBILAN bulan! Kalau lelaki tu masuk meminang-kahwin takpa lah juga- nie-dia lagi lari adalah! Tak rock lah kahwin sebab TERbuntingkan anak dara orang! Malu euy!! Ko duk  bising, ngaku anak yang dikandungkan tu anak dia- Dia apa susah? Dia jawab je lah-Mana ko tau tu anak dia! Entah-entah tu anak lelaki mana entah yang lain? Sedangkan kalau dengan dia pun ko boleh terlanjur, kenapa mesti bukan dengan laki lain juga? SRi pun tak pernah terbaca ada akta undang-undang negara-yang menyatakan seorang lelaki itu mesti WAJIB menikahi wanita yang ternyata mengandungkan anaknya [baca:setelah ujian DNA]. Ngaaaaaa~ Selamat lah ko!

Jangan kita samakan dengan zaman purbakala. Jika dulu, rasa-rasanya mostly waktu belajar science sekolah menengah baru tahu sebab apa mama kita mengandung. Sekarangni, silap-silap budak darjah tiga pun dah hafal doa sebelum buat seks! Gila tak gila lah kesan globalisasi. Dulu sampai peluh-peluh pegi Petaling Street, terketar-ketar Tanya bro pasar nalam ada CD Blue tak..? Budak-budak sekarang? Tak mustahil kalau masing-masing dah bersusun semua "cerpen" dalam harddisk masing-masing. Chi Sin!!

Akhir kata-Mengelak lebih baik daripada mengubati! chiow X)
SRi:Diela, Aiman-Abang ngan Kakak pun Single-korang dua lagi lah jangan harap kitorang nak bagi Green Light!bwahahaha

7 comments:

  1. btol laaa nippo...
    skang ni suke2 at diorunk jek...
    dh pndai wat xpndai laaak nk jg anak..
    d bwang2 haaa pulak..
    klu bg kt org xpe..
    ni cmpak kt tong smpah..dlm sungai,lubang tndas..ape laaa slh baby tu...
    org len pnye ssh nk dpt ank..
    kawen 10thn pon xdpt ank lg..(contohnye p.ngah aku..ssh2 je amek ank angkat)
    bdk skang mmg xtau malu laaa..
    agak sesak jugak laa mate tgk...
    **ttbe aku pule yg bsg kt cni...huhu
    dunia skarang amat menakotkn.....huuuu

    ReplyDelete
  2. HAHAHHAHAHHA!Dunia hari ini sudah TIDAK SELAMAT lagi untuk didiami! hue~

    ReplyDelete
  3. habeh???nk pg mane lg kah???
    KIAMAT SUDA DEKAT...huuu
    Dunia ini hanya pinjam2an...uhuk
    insof!!!

    ReplyDelete
  4. ala beh r gtu...bru nk mnx restu abg anep...

    ReplyDelete
  5. hehhehehe.jangan lagho sgt~ X)

    aiman mana laa plaks dah ney??hahahha

    ReplyDelete
  6. aiman adek dyer la

    ReplyDelete
  7. dunia da akhir zaman..... da byk petanda, namun manusia tetap x sedar.... mintak dijauh segala bala.... amin.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)

Recento Vizitores