Sunday, 4 April 2010

tanah yang DIBERKATI...

Tak tahu perasaan gua yang tengah dirundum sedih atau memang betul bit lagu-lagu era ni dah di'slow'kan [makanya,pendengar bakal lebih mudah tuk mendalami menjiwai erti rangkaian lagu-lagu yang disampaikan] tapi serius -mereka memang berjaya buatkan gua turut terasa sangat kehilangan Din Beramboi sampai hari ini. Tapi tu la kan kuasa media! Semua boleh jadi-harini korang bahagia dengan hilai riang tawa terbahak-bahak, esok tangkap leleh menangis teresak-esak sampai merah-merah mata pula. *pastu gi klinik-minta MC kata sakit mata! Dapat ponteng skola..Ngaaa*p/s:che'mat jgn bt benda nie!

Kita sesama saudara seagama sememangnya wajar untuk merasai kehilangan itu. Tapi yang gua terkilannya, kita cuma merasakan perasaan itu cuma bila yang pergi itu adalah orang yang dekat di sekeliling kita sahaja. Sedangkan jika kita terbaca berita tentang sahabat kita di Palestin, Iraq, Afghanistan dan mungkin yang bakal- IRAN -kita tak rasa apa-apa simpati dalam hati-tiada rasa pilu-sepilunya-kita tak peduli. Kita rasakan itu lumrah, dah memang nasib mereka sebab kita dah rasa terbiasa, normal mereka terseksa setiap hari.

Pada gua, kebutaan hati ni merupakan salah kita sendiri sebab kita sendiri yang tak cuba mendekati mereka, merasai keperitan penderitaan mereka. Kalau tak, masakan kita masih mampu bergelak ketawa, memandang cuma sebelah mata ketika atau lagi parah kita skip terus ja daripada membaca berita cerita tentang mereka di sana.
Gua terpanggil dengan dalil yang Ustaz Hizul keutarakan semalam-Tanah Palestin merupakan tanah yang DIBERKAHI dan orang yang menjaga, mem'protect'nya Insyaallah kan diberkahi Allah jua akhirnya nanti. Ramai rasanya yang kenal dengan taikun Albukhairy. Gua tak yakin berapa juta dah duit dia laburkan pada Palestin, tapi yang pasti beliau janji pada ibunya-setiap kali dia peroleh gaji-dia pasti kan berkongsi rezeki tersebut dengan orang yang memerlukan, fakir miskin yang menderita. Sebabtu dia makin hari makin KAYA! Sebab harta dia diberkati Allah. *Insyaallah* Makanya, apalah salahnya lepas ni kita pun ambil tak banyak, sedikit saja- 1% paling kedekut pon 0.5% daripada pendapatan tetiap bulan kita sedekahkan pada tabung Palestin. Gaji RM800, tipu sangatlah kalau 4 hingget pon kite payah sangat nak sedekahkan kot? Khodokhut tahi hidun maseng sangat dah namanya tuh! Tak luak, mati pun kalau setakat banyak tuh tetiba tercicir tengah jalan. Makanya, daripada terbuang sia-sia, better kita sedeqahkan pada yang menderita.

The Fund established a Special Grant Account for Palestine in November 2002, with an initial endowment of US$10 million, in response to the growing number of families displaced by the destruction of their homes.Mesti ada yang terkadang konpius,ke mana perginya semuanya duit-duit sumbangan ni semua. Sedangkan jika tsunami di Acheh pun kita dah mampu lihat ada pembangunan, inikan Palestine yang dah berkurun zaman orang duk bagi sumbangan, masih di takuk yang lama. Gua malas nak fikir duit-duit ni banyak yang ke "laut" ke hape, analoginya kita jangan fikir susah-susah. Acheh kita nampak orang dah berselesa duduk rumah baru, dapat bot baru-sebabnya depa kena tsunami sekali dulu tuh saja. Bukan setiap tahun hapetah lagi tetiap bulan. Lain pula alkisahnya dengan tanah terletaknya Masjid Ketiga Mulia kita nie-arinie depa dah habiskan sejuta hingget bangunkan bangunan rumah segala, esok- BOM BOOOM!!! Jet fighter zionis laknatullah nie pula mai bomber rumah-rumah baru nie- tak ke rugi namanya tuh- esok,habih lagi sejuta buat rumah segala. Lusa,kena BOM balik!
The Fund established a Special Grant Account for Palestine in November 2002.Macamana nak kaya??Toksah mimpi nak buat pencakar langit hapeke benda bagai yang lain- nak pacak tiang pon dah pikir banyak kali! Tak buat, nanti hujan-nak belindung dekat mana pula dah? Tu tak campur yang dah sakit-sakit. Dah buat, kena bom pula dah. Makanya, as long as kita cam yakin bahawa kotak tu Insyaallah di jalan yang tepat menuju langsung tangan anak-anak Palestin ni- derma ja lah. Kalau boleh, jangan lah cuma seringgit saja- ikhlastu memanglah ikhlas, tapi ni bukannya tujuan dia nak pakai pi bayaq bil letrik air ka hapa- ni untuk membina kembali sebuah negara yang dah hancur infrastruktur fizikal dan sosial dia. Sedangkan Penadol sepapan sekarang pun dah habih berapa hingget, inikan pula ubat-ubatan yang lain. Kalau suma duk pakat bagi singgit sorang jah, mm-habeh buat bayaq tax ja laa.. *ya kowt.ehe*

Papehal,bersamalah kita bersatu hati sedarkan diri-yang hidup kita nie tak boleh nak ikut sedap ati sendiri, men suka suki buat rules ikot kepala sendiri- Allah awal-awal lagi dah ajar kita yang kita semua ni adalah keluarga. Semuanya sama-Adam Hawa moyang kita semua. Allah timbulkan rasa kasih kaum Ansar terhadap tetamu Muhajirin. Ambillah kamu, tinggallah di rumah ku. Ini anakku, jadikanlah dia sebagai isterimu. Ambillah. Ambillah. Sedangkan jika itu berlaku di zaman jahiliyyah, waktu sinar keintelektuan ketuhanan baru nak cerah, inikan pula kita yang di zaman dunia yang dah takda sempadan. Hue, tak segan ke??
SRi:Bagus juga Era buat lagu-lagu sedih nie!Boleh juga semua pakat ingat yang kita pun dah tak lama lagi nak bakal merasa nek kereta jenazah kelak nanti.ahaks

12 comments:

  1. nice..terasa insaf lakk..
    tp yg org2 indo yg bg tabung2 tu nk pecaya ke?
    kdg2 tu aku bg bkn ikhlas pon aku bg selamba sbb malas aa dorg asyk 'tehh kasihannn'..hahahaha
    eh ade kne mngena ke?
    sory2..
    tp nicee.. :)

    ReplyDelete
  2. Apabila seorang Adam itu mati, maka putuslah segala amal ibadahnya, kecuali tiga jenis amalan yang tidak putus-putus iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh. (Riwayat Muslim)

    kan rugi kalau ko x m'ikhlaskan pberian dkat bliaw tuh?alang2 dah bgi-ikhlaskan jerk. terdetik rase riak@x brape nk ikhlaskan-istigfar byk2. Insyaallah x sia-sia sodaqah ekaw tuh. ahaks

    tentang tabung tuh-sama jgak-klu ko rase dia cam serong-bek toksah bagi-tapi kalau dah bagi- ikhlaskan saja-moga dia pergunakannya di jalan yg benar X)

    ReplyDelete
  3. takziah kt family din beramboi(konon mcm ade yg bc laaa..huhu)
    aku 1 ari poya2 dgn keta zana kt s.alam ari jumaat tu..tnpa d sdari mngalir air mate dnga cite2 dr pmanggil kt hot.fm...seb bek sorunk2 dlm kete..huhu

    ari tu jugak aku bc novel(tajok xingt..yg aku tnye sal solat badiyah tu)hehe..cite sal palestin..mmg sedeyh laa bile bc pnderitaan diorunk..b'syukur aku kt cni masih punye kluarga bahgia yg lgkap walaupon b'jauhan...cukop mkn(t'lebeyh kot)..pakai(ade ag baju yg d beli xpakai)..masih boleyh tido dgn aman...alhamdulillah...
    insaf sat..(sat jelaaa..huhu)

    ReplyDelete
  4. hahhahahhaa.xpew2~better ada terasa sikit daripada xda langsung kan?hehehhee man2 jerk. tapi dah alang2 terasa tuh-baek sesungguhlah kalau kita terarahkan perasaan tuh ke tempat yang sepatutnya. tinggalkan yang boleh mengundang murkaNya, tambahkan yang boleh mendatangkan cintaNya.ahaks X)

    ReplyDelete
  5. ermm..klu aq sedekat kete kat tora tu kire aci gak kan??hiihii..tp die p poye2 lak..haisshhh!!

    ReplyDelete
  6. hahahahaa.jgn bagi dia daa!!bknnye bulih pcaue sgt bliaw itu.ahaks

    ReplyDelete
  7. ko yg xboley d pecayai nippo...sedap jek ngate aku yeah???sekeh kang...

    ReplyDelete
  8. oit..ermm,tp rasenyer aq caye kot kat korg berdua..klu tak, takdenyer aq idop lg arini..heehee..

    ReplyDelete
  9. ko pon same jek bahaya bawak kete....sndiri bawak xde perasan punye laaa...

    ReplyDelete
  10. arg.bergaduh plaks dah dekat sini kome berdua nie.tak kesahlah nak percaya ke tak..? yang penting umi ngan abi tetap percayakan saye. ahaks

    ReplyDelete
  11. bile pulaaak gadoh ni???
    boleyh pulak ko syok sendiri...hiyeergh!!!

    ReplyDelete
  12. hehehhehe.mushti laa.den anak ksayangan umi n abi!bwahahahahha =P

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)