Sunday 21 December 2008

Hilang Tak berGanti...

Lepas satu..satu yang pergi meninggalkan konti yg penuh sinetronis ini..tak tahulah apa yg berlaku sbnarnya?apakah dari pihak atasan atau mereka sendiri yang dah tak betah untuk terus menjadi penunggu setia d'sana?

Mula dgn Seelan Paul,then Halim Othman,Khyril Rashid,Faizal Ismail,Fara Fauzana dan skrg Linda Onn pula.. [x brape nk igtla kronologi sbnr]

Era tampaknya harus lekas bangun dari "nitemare" selekas mungkin jika tak mahu terus diperkotak katikkan dek stesen radio yang lain.Mereka seharusnya lebih memantapkan siaran waktu pagi&malam dengan bermain lebih berani kerana itulah yang lebih banyak memerankan jatuh bangkitnya satu-satu konti radio itu.

Siapakah yang layak mengganti tempat Linda?Mm,sebenarnya, semua nama baru itu ada dalam poket orang kuat Era FM, Nazri Noran yang tengah pasang strategi itu.

Mungkinkah Era FM akan menggunakan formula dulu iaitu dengan mengadakan uji bakat terbuka? Sebab,setahu pendengar; dari uji bakatlah Era FM inilah mereka dapat gali bakat terpendam seperti Fara Fauzana dan Kieran yang kini sudah berlalu pergi.

Paling tidak pun, mungkin Era FM masih mahu mengekalkan personaliti sedia ada seperti Haji Aznil Nawawi dan Saiful Apek. Tapi, ada juga yang membisikkan Kak Mah yang bakal mengecohkan hari-hari Malaysia selepas ini. Bisik-bisik tu kata lagi, Era.FM sudah melamar seorang penyanyi comel berstatus ibu kepada 2 anak untuk memantapkan rombakan kabinet konti mereka.Mm,siapa tue ya?

Walaubagimanapun,semoga sukses selalulah yea Konti Emas Astro ni.Rasanya dah tak larat pendengar setia untuk terus mendukung kalau prestasi mereka terus merudum saban hari. Namun,jika mereka bangkit kembali;Wah!Pasti bakal gamat hidup kita semua kelak! Ada yang nak dengar Hot,ada nak layan Era..hihi Apa-apa pun kita juga yang untung sebab boleh ada banyak pilihan (^o*)v

SRi:Pasti huru hara kalau betul2 Kak Mah&Amy Mastura yang gamatkan pagi-pagi kita lepasni!!
SRi:Dah lama x layan THR Gegar..ni semua gara-gara leppie ku yang terus membisu

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)