*amaran:sila jangan teruskan pembacaan anda jika anda tidak mahu di"spoil"kan ketika menonton filem ini.
Yang namanya anak muda so pastilah senang betul untuk melakukan hal vivere pericoloso. Ya ampun susah amat bahasanya, maksudnya "hidup secara bahaya". Mungkin perkara macam inilah yang cuba dituturkan penulis Ve Handojo melalui filem MBA(Married By Accident) yang disutradarai oleh Winaldha E Melalatoa. Bagaimana urusan syahwat yang hanya sesaat tiba-tiba boleh mendatangkah mudharat mala petaka petala ketujuh. Mau tak mau, keluargapun dibuat parah seolah dunia maw kiamat.Cerita ini mulai bergulir ke sana ke mari dengan pasangan Raskal-Ole sebagai titik sentralnya. Mulai dari cubaan abortion hingga aneka pengalaman lain yang membuat filem untuk tontonan remaja ini menjadi penting untuk disemak. Ya, kerana ada hal-hal yang sengaja diselipkan sebagai pesan moral (cieee...)
*houh,alangkah berbahayanya hubungan di luar nikah itu…[so,baek janganla ngengade nak coba-coba]
Laksana sebuah gula-gula, filem ini memang diniatkan untuk manis dan renyah untuk dikunyah. Sang sineas ingin memanjakan penonton dengan terus-menerus tertawa. Deretan pemain yang parasnya manis-manis itu dibungkus pula oleh sutradara Winaldha supaya mesej yang ingin disampaikan lebih senang dicerna oleh para penonton.
Namun,itu buat yang dapat menerimanya secara benar. Lain pula bagi mereka yang bertanggapan haluan kiri. Setelah menonton filem ini,mungkin ada yang iseng-iseng berfikiran: “Owh,takpelah nak buat hubungan luar nikah nie jika mampu untuk mengatasinya”. Nah,di sinilah masalah sebenar yang bakal berlaku pabila ada yang beranggapan sedemikian. Gejala seks bebas akan berleluasa dan nilai agama yang telah dianuti selama ini cuma jadi juri yang tak bergigi,diam memeluk diri.
Konklusinya,semua bergantung kepada kita bagaimana untuk menerima dunia adanya. Tuhan telah kurniakan kita dua perkara yang paling berharga sebagai pedoman. Namun,jika kita tidak amalkan apa yang terkandung di dalamnya,sungguhlah kita dalam golongan orang-orang yang rugi dan menzalimi dirinya sendiri… [sekian tazkirah pagi d’Era..hihi]
SRi:Ceritenie takde ketan dengan mane-mane program Master of Business Administration owait!
SRi:xtaw nape bile nak cite tntg muvie indon jerk,mesti tros pakai mood indon jgak?hahahhahha
SRi:Lebih suka ama Juno Jeni terbitan Korea berbanding MBA atau Juno lakonan Jennifer Garner itu
No comments:
Post a Comment