Sunday 29 March 2009

Malaysia Truly Asia?

Sri terfikir tentang iklan Malaysia “Asia yang sebenar-benarnya” (Malaysia Truly Asia). Barangkali tujuannya ialah untuk memberitahu seluruh dunia bahawa apa yang ada di seluruh Asia ada juga di Malaysia. Jadi pelancong tak payahlah ke negara-negara Asia yang lain. Cukuplah mereka datang ke Malaysia sebagai destinasi ‘satu perhentian sahaja’ atau one-stop destination; semuanya ada di sini, ada ‘negeri Chinanya’ ,ada ‘negeri Indianya’, ada ‘negeri Thainya’ (sekurang-kurangnya kita ada banyak restoran ala-Thai d’Malaysia), ada ‘negeri Jepunnya’ (restoran sushi kita ada, kilang Jepun, kedai Jepun, kereta Jepun pun banyak kat Malaysia), ‘negeri Mesirnya’ pun ada (jangan lupa,kita juga punya “Piramid”)

Selain itu, wajah Barat juga makin ketara di Kuala Lumpur. Ada Delifrance, Starbuck Coffee, McDonald, KFC, Planet Hollywood pun kita ada, bahkan ada berpuluh-puluh mungkin beratus restoran makanan Barat dan sebagainya di seluruh ibukota sahaja. Diharap suatu hari nanti, tak pula kita promosikan Malaysia sebagai negara ‘truly Western’ atau ‘truly European’ sudahlah.

Sayangnya yang tidak ada ialah wajah dan watak Melayunya, terutama di kota-kota besar, di Kuala Lumpur, di Georgetown, Ipoh, JB dan di kawasan yang lain. Silap-silap suatu hari nanti pelancong asing kan bertanya, ‘kami ingin melihat wajah Melayu di Kuala Lumpur, di mana dapat kami lihat?’,mungkin kita pula kan berkata, ‘pergilah ke Kampung Baru’ atau ke Muzium Negara'. Di situ masih dapat dilihat “artifak” Melayu, baik yang masih hidup maupun sudah menjadi relik. Barangkali itulah yang tidak terdapat di tempat-tempat lain di Asia.

Bahkan saki–baki sejarah asal Kuala Lumpur makin dihapuskan demi kemajuan. Nama-nama kawasan di pusat ibukota yang asalnya dalam bahasa Melayu dah digantikan dengan nama baru dalam bahasa Inggeris. Misalnya Bukit Bintang berubah menjadi Star Hill. Kota-kota yang baharu wujud juga diberi nama Inggeris seperti Star City, Mid Valley City di KL. KLCC, KLIA, LCCT toksah cakaplah.

Terkadang tertanya juga Sri sendiri, mengapakah pihak yang berkuasa menghalalkan wajah baharu yang tak berjati diri Malaysia ini diciptakan sewenang-wenangnya sahaja? Apa kata Dewan Bahasa dan Pustaka yang suatu dulu begitu gigih sibuk dengan visinya untuk membantu pihak berkuasa tempatan dan pihak swasta menamakan bangunan dengan nama yang berwatak dan beridentiti kemalaysiaan?

Suatu hari nanti Sri risau tiada apa-apa lagi yang tinggal di Malysia untuk dipromosikan sebagai negara yang ‘truly Malaysian’, yang benar-benar unik Malaysia. Tetapi orang akan bertanya, apakah yang dimaksudkan dengan ‘truly Malaysian’ itu? Kalau yang dimaksudkan ialah wajah Malaysia yang bercirikan ‘kemelayuan’ sebagai dasarnya, banyak orang akan mentertawakan kita, sambil berkata bahawa wajah yang dimaksudkan tu tak mungkin mewakili realitiMalaysia hari ini yang hakiki.

Apa pun dasar kerajaan tentang kebudayaan kebangsaan Malaysia yang berteraskan ciri-ciri kepribumiannya, proses kemajuan, pemodenan dan globalisasi yang berlaku sekarang akan menenggelami dan pasti akan meminggirkan dasar atau konsep itu. Lagipun hari ini kita tidak mahu bercakap lagi tentang bangsa dari segi kaum etnik lagi. Kita hendak mewujudkan, melalui proses permodenan atau proses nasionisme (kenegaraan), identiti ‘bangsa Malaysia’.

Apa lagi yang akan tinggal? Barangkali negeri-negeri di Pantai Timur yang dianggap sebagai ‘kawasan tidak maju’ masih dapat dipromosikan sebagai negeri yang masih berwajah ‘kemelayuan’ tetapi hakikatnya masih tidak dapat dianggap sebagai wajah yang ‘truly Malaysian’.

6 comments:

  1. cm betul je ape ko ckp..
    truly asia, tp melayu nye mane..
    hummm....

    nice one~~

    ReplyDelete
  2. nak buat cemana..kat sekolah pun cikgu2 speaking..hik3..

    ReplyDelete
  3. Sayang kan...Pembangunan yang kita kejar semakin lama semakin buatkan kita hilang jatidiri.
    p/s:bahasa melayu merupakan bahasa keempat atau kelima selepas Inggeris,Cina,Hindi dan Sepanyol =)
    Berbanggalah dengan siapa diri kita sebenarnya

    ReplyDelete
  4. eh..salah fakta ni..ada k nama bahasa cina??bahasa mandarin saya tau la..hehe
    hindi tu bahasa k??bukan bahasa tamil k??

    dah paling penting,bahasa melayu adalah bahasa ke 3 terbesar di dunia..bahasa melayu dipakai di indonesia,malaysia,thailand,kemboja,myanmar dan negara2 lain...

    ReplyDelete
  5. bahasa cina meliputi mandarin,kantonis dll
    seperti jg bahsa melayu,ada dialeknya sendiri
    ~wallahua'lam

    ReplyDelete
  6. Bodoh-nya korang!

    Semestinya dengan menggunakan Bahasa Melayu sahaja, tak pandai lah orang kita..

    Aku pun orang Melayu jugak, tapi benci sangat akan orang Melayu yang nak mempertahankan sangat Bahasa Melayu sampai cakap Bahasa Inggeris sikit pun tak geti.. Buat malu je.. Waktu presentation kat uni pun, jarang jarang orang kita disuruh present-kerana cakap BI macam tahi!!

    Pastu, ingat speaking sikit sikit dah ok-cukup sekadar pass exam je.. Macam mana nak compete internationally..

    Korang je Orang Melayu yang bodoh yang nak sangat duduk bawah tempurung~golongan Melayu elit (yang Datuk-Datuk dan Datin-Datin yang duduk kat Damansara dan Hartamas, anak-anak diorang yang masuk private school pastu sambung blaja di luar negara) diorang tu sengaja pijak pijak atas kepala kita supaya mereka kekal di atas.. Diorang punya advantage-tahu cakap BI! Boleh pegi overseas.. Budak budak MARA pulak memalukan nama kita kat luar negera!!

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)