Saturday 3 April 2010

...mayat yang huduh rupanya

Aku sedang mencari dua buah hadith, tapi dah puas aku belek belek kitab ugama kat rumah aku, tapi masih tak jumpa-jumpa jugak.. (macamlah banyak sangat kitab ugama kat rumah aku) salah aku jugak, akupun dah lupa kat mana akan dua buah hadith tu yang pernah aku baca, rasa macam pernah baca kat rumah aku, tapi kat kitab mana ntah? maka.. aku harap sangatlah jika korang yang tahu tentang hadith ini, silalah email atau komen.

Baik, untuk mudahkan korang menjejak kasihkan hadith yang aku maksudkan, biarlah aku cerita secara ringkas isi hadith tersebut yang masih aku ingat serba sedikit, dan insyAllah.. aku cuba tulis ‘sisa baki intipati’ hadith tersebut setakat yang aku ‘ingat-ingat lupa’, ketidak tepatan amatlah di kesali, dan maksud lafaz hadith juga akan bertulis dalam ‘lebih kurang maksud’ itu yang aku harap sangat bagi korang yang tahu akan lafaz sebenar hadith ini, silalah posting bagitaw hamba Allah yang tak tahu ini.

Hadith satu:

Pada satu hari, ada sorang hamba Allah ni dah jadi mayat, akan tetapi takde orang yang sudi nak solat mayat untuk si mayat ni kerana tak tahu status sebenar si mayat ni, munafik ke islam?

Sebab waktu hayat mayat ni banyak buat dosa yang semua orang tahu, maka, apabila berita ini sampai kepada Nabi Muhammad SAW, terus Baginda ke tempat kejadian dan mengumpulkan para sahabatnya lalu bertanya:

siapakah antara kalian, yang pernah melihat hamba Allah ni buat baik?

Tapi takde respond, lalu Nabi ulang lagi soalan tu berkali kali sehingga bangkitlah seorang sahabat Nabi yang memberitahu bahawa beliau pernah lihat si mayat ni menjaga barang-barang orang islam di satu medan perperangan sewaktu pejuang islam yang lain sedang berehat keletihan…

Mendengar kebaikkan mayat yang berjaga di jalan Allah, Lantas terus Nabi sempurnakan mayat itu secara islam, dimandikan, dikafankan, di solatkan, dan dikuburkan.. dan sewaktu mayat itu di baringkan ke liang lahad, Nabi telah ber’talking’ padanya:-

Sahabat sahabatku berburuk sangka padamu, tapi bersaksilah, bahawa kamu adalah ahli shurga

Hadith dua;

Pada satu hari yang lain, ada sorang hamba Allah yang lain juga sudah menjadi mayat, berbeza dari tadi, mayat ini telah di layan dengan baik, iaitu disempurnakan mayat itu secara islam, dimandikan, dikafankan, di solatkan, dan dikuburkan..

Setelah selesai dikuburkan mayat itu, maka berceritalah para sahabat sahabat sesama mereka akan betapa beruntungnya si mayat tadi, sebab waktu hayat selalu buat baik.. dah confirm masuk shurga katanya..

Kemudian, apabila Nabi terdengar pujian pujian yang begitu tinggi pada si mayat, maka Nabi telah bertanya 3 soalan, (aduh!.., ni part yang aku lupa ni, tapi seingat ingat aku) soalan Nabi berbunyi begini,(lebih kurang maksud) “ pernah tak si mayat ni tidak mendapat apa yang dia hajatkan” jawapan yang sahabat bagi, “tidak pernah” lepas tu Nabi Tanya, (kalau tak silap aku), “jika Hamba Allah ni pergi meminang, ada tak orang yang akan menolak pinangannya? jawapan yang sahabat bagi, “tidak ada” dan satu lagi soalan, memang aku lupa gila, yang mana pendek cerita…

Setelah Nabi dengar jawapan para sahabat, maka Nabi bersabda: “anggapan kamu pada si mayat adalah tidak benar..” ngaaa~

Nabi tak kata mayat tu masuk neraka, tapi Nabi kata sangkaan mereka terhadap kebaikkan yang di terima mayat itu seperti masuk shurga adalah tidak benar..

Ok, habis, aku kena baca lagi sekali hadith ni untuk tambah faham apa yang belum faham, itu yang aku harap korang tolong carikan hadith tu untuk aku dan bolehlah kita kongsi pada semua bakal-bakal mayat sekalian, insyAllah.. X)

Dan walaupun kita masih belum jupa matan sebenar hadith tersebut, tapi tak salah kita belajar moral dari dua hadith di atas, iaitu:-

Kita tak ada hak untuk tentukan mayat sipulan bin sipulan adalah ahli neraka hanya kerana kita melihat si mayat itu buat jahat sekian sekian atau atau ahli parti sekian sekian,

Juga,

Kita tak ada hak untuk tentukan mayat sifulan bin sifulan adalah ahli shurga hanya kerana kita melihat si mayat itu buat baik sekian sekian, atau ahli parti sekian sekian,

Kerana hakikat sebenar tentang nasib kepada roh adalah urusan Allah, jadi.. jangan pandai pandai nak jadi ahli nujum Pak Belalang.., sangkabaik takpe, tapi jangan letak HUKUM! Faham?

Aku tengok ada orang bila lihat mayat buruk sikit terus cari aib mayat dan padankan kesalahan mayat dengan rupa buruk mayat, sedangkan kita tak boleh meramal nasib mayat kerana ada hadith cerita tentang orang beriman bila nak mati, kadang kadang Allah susahkan waktu nazak sebab nak ampun dosa.., Nabi sendiri sakit kepala dan tak boleh nak berdiri waktu sakit.., belum lagi cerita kisah sahabat yang mati kena bunuh sesama islam, atau kisah mayat sahabat yang mati di lapah, atau kisah sahabat yang mati bercerai badan, ada jugak kisah mayat sahabat di kerumi lebah.., tapi takde pulak orang yang sanggup meramal nasib mayat berpandukan rupa mayat atau tempat mati si mayat..

Dan sama jugak jika mayat tu rupa bersih, kitapun terus yakin mayat tu masuk shurga, walaupun mayat tu tak solat waktu hidupnya, atau mayat tu pengebom berani mati misalnya, lalu syaiton cakap~ Tengok! orang tak solatpun muka bersih waktu mati, tengok, orang yang bom orangpun bersih mukanya waktu mati.. 

Jadi tak payahlaa kita nak sebarkan berita yang kitapun jahil- iaitu urusan roh adalah kerja Allah- kerja kita semua adalah sempurnakan mayatnya, tutup aibnya, dan sebarkan kebaikkan tentang mayat agar semua orang dapat belajar sangka baik..

Aku juga suatu hari nanti pasti jadi mayat, dan bagaimanapun rupa mayat aku, buruk atau bersih, bersangka baiklah pada Allah, sempurnakanlah mayatku secara islam, mandikan aku, kafan kan aku, dan kebumikanlah aku.. lupakanlah aku…

SRi: Kalau nak kenangkan aku jugak, kenanglah aku dalam doamu.. chewahh~
SRi:Semoga Pak Din (Din Beramboi@Mior Ahmad Fuad Mior Badri) tenang di sana..

6 comments:

  1. manusia mmg camtu kan.. suka sangat nilai org berdasarkan luaran je.. kadang2 tu hanya kerana nila setitik pun habis semua kebaikan yg org tu buat jadi hilang~

    ReplyDelete
  2. manusia lebih suka nilaikan kekurangan keburukan daripada memandang bahagian positif. sayang kan? dunia dah sedekad tua daripada zaman milenium, tapi otak kita masih di takuk lama - zaman komunis! masih tetap suka lihat negatif daripada mengaut yang jernih. X)

    ReplyDelete
  3. could anyone name me satu benda y u nampak kat equation bawah nie..

    2+3=5
    6-3=3
    9+2=11
    8+2=11
    2-1=1
    5+5=10

    ReplyDelete
  4. tipu2..mane adew org tulih camtuh!!pukul karang!! perli r tuh..

    ReplyDelete
  5. aku pnah tgk dh equation tu n ksimpulan pd jawapan nye..hehe
    kang klu gtau xbesh laak kn sbb ko yg tnye...hihi
    aku xsuke no..tu yg plg penting..kueng3

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)