Wednesday, 9 March 2011

Lintah Darat Melayu atau Drakula Versi Moden?

Satu-satunya benda yang aku paling tak suka dalam bisnes bangsa Melayu adalah wujudnya budaya middle man atau dalam bahasa Melayunya,orang tengah.Aku gelarkan orang-orang ni,kaki pau professional.Tinjau aje la mana-mana bisnes sekalipun mesti akan wujud golongan ni.

Apa kerja seorang middle man sebenar? Kerja seorang middle man sebenar adalah mencari client dan dari situ diorang dibayar fees diorang. Kita boleh nampak middle man di mana-mana aje. Salesman kereta,salesman rumah, pemborong runcit dan mana2 lagilah yang ada sales. Sindiket gores dan menang juga menggunakan middle man untuk menipu orang ramai.Syarikat gelang useless AC Mizal juga menggunakan downline sebagai middle man.

Tapi,aku tak nak cerita pasal middle man mcm tu. At least middle man tu ada jugak usaha dia. Aku nak cerita pasal middle man yang paling useless antara semua middle man iaitu...

MIDDLE MAN KEPADA MIDDLE MAN

Sangat ramai orang Melayu yang suka buat kerja macam ni.Apa modus operandi diorang?

Mula2 sekali,kita tengok macam mana semua ni boleh berlaku,aku bagi contoh; tender RM20 ribu untuk membuat website dan CMS mana2 Jabatan Kerajaan kat Malaysia ni.

1. Kerajaan bukak tender,jadi selalunya tender ni nama dia aje tender,yang dapatnya kroni.Kita panggil dia Datuk A.Datuk  A adalah seorang berpengaruh dalam politik dan dia juga mempunyai kuasa dalam menentukan siapa yang layak dapat tender.Datuk A langsung tidak tahu menahu apa itu website tapi dia nak RM5 ribu daripada peruntukan kos website tu.Kata dia,nak bawak perempuan simpanan melancong kat Paris.

2. Datuk A akan mencari mana satu anak buah dia yang paling dia sayang.Carik punya carik,dia jumpa Kroni B.Kroni B adalah seorang bisnesman yang berjaya.Apa yang dijualnya?Entah!Apa sebenarnya servis yang dia keluarkan?Tak pasti.Yang pasti hanya satu,Kroni B adalah anak buah Datuk A.Apa yang Kroni B tahu pasal website?Dia reti bukak Facebook.Tugas Kroni B sekarang,adalah untuk menjual tender tu kepada mana-mana syarikat yang nak buat job tu.Fees Kroni B untuk buat semua ni?RM5 ribu jugak.

3. Kroni B akan call mana-mana syarikat yang dia nampak ada potensi buat website.Syarikat-syarikat tu akan quote harga dan kroni B akan pilih syarikat mana yang quote harga paling rendah untuk memaksimakan lebihan baki daripada pembayaran yang perlu dikeluarkan.Asal siap dengan kos yang paling rendah sebab Kroni B tau,paling penting...mesti ada gambar Ketua Jabatan dekat front page.....Itu compulsory.Syarikat C menjanjikan boleh buat website dengan kadar seberapa segera dan hasil yang baik.Masalahnya....Syarikat C adalah sebuah syarikat IT yang tahu macam mana nak pasang network tapi haram tak tahu apa2 pasal website tapi diorang gamble, letak harga RM10 ribu.

4. Masa semakin suntuk.Projek perlu disiapkan dah ni.Syarikat C pun sebab tak nak pening kepala,bukak iklan dekat mana-mana forum komuniti designer dan programmer atau suruh staff tanya mana2 kawan yang boleh buat website.Tiba-tiba antara semua staff ada seorang angkat tangan kata "Saya ada member boleh buat bos!" Bos Syarikat C pun meminta staff dia tadi manage-kan benda tu dan pastikan job tu siap."Duit masyuk ni,kau setelkan,aku bagi kau percent!Aku kira projek ni RM2 ribu,kau punya percent kau mark up sendiri," kata bos dia.Staff tadi pun berkobar2 la.Kita gelarkan dia staff D.

5. Staff D pun dengan pantas menelefon member dia,"Brooooo,gua ada projek besar untuk lu!Website sekali dengan CMS untuk Jabatan Kerajaan..RM1500,amacam?" Member dia tadi,seorang programmer pun angguk aje la sebab bulan tu dah berapa hari makan megi.Programmer tadi pun ambik job tu dengan bayaran RM1500.Member dia,staff Syarikat C sudah makan RM500.



6. Programmer tadi tu pun tersedar yang dia tak berapa pandai mereka grafik website terus menelefon kawan nya seorang designer. "Hoi, aku nak mintak tulong hang, design aku website. Aku bagi hang Rm300." Designer tadi pun angguk sebab designer tu memang tengah carik duit nak kawin. Programmer RM1200, Designer RM300.

7. Programmer dan designer tadi buatlah kerja siang malam 3 hari berturut-turut nak siapkan website tu.Siap aje,programmer tadi tu pun tunjuk dekat Syarikat C. Syarikat C tunjuk dekat Kroni B, Kroni B rejek kata HODOH!

8. Syarikat C call Programmer suruh buat ammendment.

(Langkah 7 dan 8 boleh berulang sebanyak mana yang mungkin ikut kemahuan)

9. Website itupun siap selepas dipersetujui oleh Kroni B.Kroni B pun merasa gembira lalu ditunjukkan kepada Datuk A.Datuk A merasa sangat berbesar hati kerana gambarnya jelas terpampang pada muka depan website tu. Datuk A pun mengeluarkan peruntukan Jabatan untuk melakukan perasmian website Jabatan tersebut siap ada upacara memotong riben dan tarian poco-poco oleh semua staff perempuan Jabatan dia.

10. Selepas sebulan website itu online,Programmer itupun menelefon Syarikat C meminta baki duit bayaran yang belum dibayar. Syarikat C kata "next week,tengah proses." Perkara itu selalunya berlanjutan selama beberapa bulan.

....................

Itu adalah budaya kerja di Malaysia di mana ramai orang-orang yang kaya sebab menggunakan taktik ni.Macam mana nak counter benda ni? Open tender boleh meminimakan penyalahgunaan keluaran tender.Selain tu,kerajaan juga boleh mewujudkan sistem grant seperti MDEC dalam menyiapkan projek-projek tertentu.Pitching mesti dilakukan secara terbuka dan duit dikeluarkan secara berperingkat. Macam mana nak perbetulkan benda ni? Aku pun takde idea sebab ini adalah sistem yang telah digunapakai sekian lama.Efektif? Percubaan memasak ayam goreng menggunakan kilat dari langit adalah satu benda yang jauh lebih efektif berbanding sistem ni.

Luar sana, ramai orang yang kaya menggunakan cara ni. Sepanjang hidup aku,aku dah jumpa beberapa orang yang sebegini -- bapak aku kan kontraktor --- dan apa yang aku boleh simpulkan kat sini mengenai pandangan aku terhadap diorang adalah... diorang ni hidup dalam dunia yang deluded.Takde langsung rasa bersalah dan selalunya.. harap maaf lah... mesti Kroni B ahli Pemuda UMNO dan Datuk A adalah orang berpangkat. Mana ada bentuk perniagaan yang membolehkan anda makan untung atas angin macam ni.Semua tu haram. Ramai orang Melayu yang kaya dengan duit haram. Sebab tu ramai orang Melayu beranak anak luar nikah.Nak makan,makan!Tapi berpada-pada la. Macam mana duit cukai negara tak terbuang?

Sebab kita tak peduli lagi dah haram halal.
Asal untung kita sapu.Asal sedap kita tibai.

2 comments:

  1. btw, sy x bace abeh ur entrance but mmg agree 800%!!juz to share sumthing hapen dpn mate aq..duet rakyat ditabur dgn hebatnyer bajet cam duet tokwan sendiri kononnyer nak buat projek government n macam2 dgn syart undi dacing...org len nak pilihanraya, org len y seksa xleh nak renew roadtax..y plg best, satu rumah 4K..klu cmtu,tiap2 bulan ade wakil rakyat mati pon takpew =P

    ReplyDelete
  2. gejala pontianak darat sesungguhnya merupakan virus dalam daging yg sgt membahayakan negara. jahanam nusa bangsa agama!!
    *hurrrmm.demi kuasa harta mereka sanggup berkorban nyawa

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails

QUNChi?

agama (49) al quran (18) arab (21) artis (49) bahasa (32) blog (23) bollywood (17) ceghita dia (38) doa (14) donia (61) drama (31) ekonomi (26) fashion (17) Food (1) Formula One (32) hadith (12) hollywood (42) horor (13) humor (28) indonesia (50) israel (13) JJCM (5) kahwin (31) Ke Luar Jendela (32) komunis (6) malaysia (148) medic (25) mind n soul (149) motivasi (25) motokar (32) movie (82) myself (77) palestin (10) politic (59) proton (20) puisi (48) radio (9) resepi (7) Rothschild (5) sejarah pemikiran (24) student (96) swedish (3) US (39) vampire (6) zodiac (5)